Saturday, 6 December 2014

HAKIM HAKIM MENUNGGU HASIL RUNDINGAN KES LIWAT ANWAR

AKIBAT NEGARA TIDAK  DI BAWAH  PIMPINAN  DYNAMIC DAN INSPIRING

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin  Zakaria merasa perlu untuk menjelaskan tentang  kelewatan keputusan penghakiman berhubung dengan rayuan Penasihat PKR, Anwar Ibahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini menunjukan beliau mempunyai kesedaran terhadap  keloh kesah rakyat dalam keghairahan menunggu  suatu proses perbicaraan  liwat  dari liwat satu ke liwat kedua dan setelah tamat ulangbicara rayuan  sejak Oktober lalu terpaksa pula  menunggu  sekian lama yang di luar jangkaan biasa.

Orang ramai tidak boleh disalahkan jika mereka mulai mempersoalkan kesihatan, kewibawaan,kearifan, kecekapan dan kebebasan bidang kehakiman negara.

Ketua Hakim Negara memberitahu Bernama bahawa beliau  tidak  dapat memberikan tarikh tepat kerana panel  hakim masih memerlukan masa untuk  melengkapkan penghakiman dengan  membaca penghujahan.

"Biarlah kami baca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman.Berilah kami ruang menulis penghakiman" kata Tun Arifin.

Alasan ini adalah merendah kemampuan berfikir orang ramai yang  merasakan tidak logik samasekali  para hakim tidak dapat  memikirkan bahawa keputusan ini perlu disegerakan kerana ia melibatkan   kepentingan awam yang sangat genting,penting dan  perlu disegerakan dengan apa cara sekalipun bagi menjamin  keselamatan rakyat dan  negara.

Rakyat merasakan  mereka telah memberikan masa yang lebih dari cukup terutama apabila mereka menimbangkan hakim-hakim adalah terdiri dari mereka yang arif dan bijaksana dan tentunya hakim hakim sekarang tidak seperti hakim hakim dahulu yang pernah ditegur oleh Perdana Menteri Dr.Mahathir banyak menghabiskan masa dengan minum arak di Selangor Club.

Bagaimanapun dengan alasan yang diberikan oleh Yang Ariff itu maka rakyat membuat kesimpulan bahawa tidak semua yang arif  itu semestinya ariff. Bukankah telah berlaku di negara kita seorang hakim yang berikutan dengan kematian isterinya  telah membicarakan dirinya  dan kemudian mengambil keputusan menghukum bunuh  dirinya sendiri.

Seorang hakim pula telah membuat keputusan di luar kuasanya  sekalipun telah dimaklumkan oleh Ketua Hakim Negara akan bidang kuasanya  tidak termasuk mahkamah syariah. Ada hakim yang tidak tahu  menghormati ketuanya

Kelewatan kes liwat Anwar Ibrahim ini telah mengesahkan  keraguan orang ramai selama ini terhadap keupayaan sistem kehakiman dan keadilan negara. Masa yang bagitu lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi ,prasangka,persepsi  dan pandangan negatif terhadap integriti,   kecekapan,kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat  badan kehakiman negara..

Persepsi atau spekulasi paling terkini dan terburuk ialah mengatakan hakim - hakim sedang menunggu keputusan rundingan yang sedang diadakan. Saya tidak tahu apakah rundingan yang sedang diadakan itu? Siapakah yang terlibat? Ada campurtangan politik ke?

Benar seperti kata mendiang  General Templer Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya di zaman dhururat  bahawa " Berita mengenai  keselamatan jika disimpan dan tidak disebarkan dengan secepat  akan menyebabkan tersebar berita yang lebih buruk dari yang sebenarnya , seorang terbunuh mungkin  dikatakan sepuluh terbunuh"

Kelewatan penghakiman terhadap Anwar Ibrahim  ini mungkin juga sebahagian dari working culture dalam pentadbiran  kerana negara tidak berada di bawah pimpinan yang dynamic    dan inspiring sebaliknya  sekejap kedepan dan sekejap kebelakang,flip flop   yang akhirnya menerap dalam sikap berkerja pegawai pegawai kerajaan dari peringkat tertinggi hingga ke bawah.

Perhatian:
Kecuali tulisan saya sendiri, Saya tidak bertanggungjawab di atas setiap komen yang disiarkan di blog ini sebagai reaksi kepada tulisan saya atau yang dipetik dari mana mana media  cetak atau  media sosial lainnya- Zainuddin Maidin.



8 comments:

  1. justice delayed is justice denied

    ReplyDelete
  2. Diorang meniru tingkah laku al-Bangang kite kan? Duduk main mengeluarkan slogan saja tanpa isi.

    ReplyDelete
  3. Berhenti kerja kalau malas....

    ReplyDelete
  4. sekali lagi nak ulang...hakim hakim ni takut ngan al-juburi...ntah2 ada yg pro al-jub tu...tu yg bg alasan kenapa lambat nak buat keputusan...takkan nak tunggu signal daripada anwar dulu?dah lah bebas pegi luar negara...cuba orang biasa..komfom pasport kena tahan...itu je dah menunjukkan hakim tak tegas....bila keputusan dah selesai...jawapannya adalah....anwar bebassssss...jangan terkejut semua...

    azhar

    ReplyDelete
  5. Tan Sri
    Bila pemimpin kerajaan lemah dan sering flip flop susahlah ketua jabatan kerajaan nak buat keputusan.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Tunggu Al Jub dengan Al Jib borunding...nasib la rakyat marhain...IQ yang arif2 kita ni tahap mana agaknya?

    ReplyDelete
  8. As Salam Dato,
    Kata orang (yang juga penganalisis politik) hakim menunggu isyarat berkenaan dengan suhu politik. Dah sejuk nanti baru nak diumumkan.

    ReplyDelete