Wednesday, 10 December 2014

GANTI NAJIB: NADA MESRA PAS PADA MAHATHIR

 AKAN LAKUKAN APA SAJA UNTUK SURVIVAL

Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar telah membuat kenyataan mesra dan menyegarkan kepada Dr. Mahathir  dengan   meanggap Mantan  Perdana Menteri itu  bersuara  berani  semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju yang betul bila beliau  mengatakan  ramai yang layak untuk ganti Najib  sebagai Perdana Menteri.

Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai orang Pas yang paling  keras dan lantang mengkritik Mahathir dalam banyak hal.

Bagaimanapun yang lebih penting untuk ditanya adakah kenyataan Mahfuz itu kerana beliau telah mendengar  desas desus mengatakan ada rundingan damai  sedang berlaku antara PKR dengan UMNO  atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali sebagai berpotensi untuk calun PM yang perlu kembali  kepada UMNO?.

Jika desas desus itu  benar maka mungkin Mahfuz  memperhetongkan di manakah kedudukan Pas kelak.

Mahathir tidak melihat hanya orang dari dalam UMNO sahaja boleh menggantikan Najib setelah keangganan Muhyuddin mengambil tanggungjawab ini  tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri menerima realiti bahawa UMNO sendiri adalah menjadi penghalang besar untuk gantikan Najib.

Dalam pada itu tidak ada sesiapapun yang meanggap  Mahathir  tidak relevan lagi dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri . Pengistiharan penarikan sokongannya kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca,gerakannya diperhatikan,senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan.

Najib tidak mengeluarkannya dari senarai musuh politiknya  yang paling merbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya. Dan dalam hal ini tidak mungkin tunggol di sangka hantu. Kuasa adalah kuasa.

Yang menjadi teka teki siapakah calun dari dalam dan siapakah calun dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir  untuk dibincang dan dipertimbangkan bersama.

GAMBAR SERIBU MAKNA,SEJUTA TAFSIRAN



Sekalipun Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin menyingkirkan saya dari kedudukan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu  pada akhir tahun 1992 dengan mempengaruhi Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak pernah menyimpan rasa dendam  dan marah pada Daim kerana jasanya kepada UMNO dan  negara adalah lebih besar disamping kesilapan dan kelemahannya.

Saya anggap apa yang berlaku adalah sebagai suatu keharusan dalam pehetongan politik masing-masing termasuk Mahathir sendiri untuk masa depan mereka dan negara.

Maka itu bila saya dijemput bersama bloggers lain untuk makan pagi di sebuah restoran India di Damansara  baru -baru ini,saya tidak menolaknya kerana dari  dulu hingga sekarang saya tidak pernah meanggap Daim sebagai musuh saya.

Gambar di atas telah disiarkan dalam portal berita UMNO dengan tajuk Gambar Seribu Makna,Sejuta Tafsiran. Yang pasti gambar ini menolak saya dari tafsiran bloggers bangang


Perhatian:
Kecuali tulisan saya sendiri, Saya tidak bertanggungjawab di atas setiap komen yang disiarkan di blog ini sebagai reaksi kepada tulisan saya atau yang dipetik dari mana mana media  cetak atau  media sosial lainnya- Zainuddin Maidin.






11 comments:

  1. Datuk Zam,

    Kalau dia dah jadi zebra yang hamil (ala Helan Ang) dengan pengisian 1MDB yang penuh misteri maka nak boleh ganti spare part apa ya untuk menyelamatkan kedudukan puncaknya? Lagipun dia sanggup me-moderat-kan agama kita demi kemesraan si kafir megah ahli fitnah.

    ReplyDelete
  2. to bring out a piece of old salted fish like Daim, Mahathir must be real despo la.
    that few retarded bloggers will bring down Najib? Doubt it.
    Rosmah is looking at that picture, licking her libs, and thought: "just one well-placed C4 can kao tim all these bangang mamak. How nice..."

    ReplyDelete
  3. Salam Tan Sri.

    PAS is way past shelf life anyway. They are in worse shape than UMNO. PKR may very well reconcile with UMNO. Except for their non Malay members. Where will they go?

    My reading is if UMNO and PKR reconcile, DAP will be the biggest winner. The people are tired of UMNO in its present form. Also PKR. However the rise of Azmin as a lotential leader of PKR gives people new hope. UMNO Malays may join PKR.

    UMNO is in bad shape with the voters. PAS has no shape at all. PKR is in slightly better shape with the voters. DAP is in good shape.,

    The best chance for UMNO is new leadership.

    Syed Akbar Ali

    ReplyDelete
  4. Apa salahnya jika Azmin beri syarat jadi PM untuk kembali bersama semua ahli PKR ke dalam UMNO. Asalpun orang UMNO juga.Zahid dah tak hendak, Muhyuddin pun anggan. Bagaimanapun pekara ini boleh dirundingkan dalam keadaan UMNO ketandusan pemimpin dan ramai tak mahu bertanggungjawab kerana jaga kedudukan masing-masing.

    ReplyDelete
  5. VARIASI WAJAH BERJUTA MAKNA

    ReplyDelete
  6. pas dah hancur tan sri. tunggu masa nak dikapankan pada pru14 ini. org melayu dah meluat sangat pada Pas terutamanya muka hadi yang dikenali sebagai pengguna perkataan barua. pas tunggu masa pengundi nak baca talkin. umno tak perlu takut pada pas lagi. parti melayu tinggal dua saja lagi - Umno dan pkr. tunggu sapa rakyat pilih

    ReplyDelete
  7. mamak semua............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abbas Dalip. Kangkong Kedah.11 December 2014 at 14:57

      Jangan main-main,mamak sudah perintah Malaysia dan menaikan taraf Malaysia di mata dunia dan jangan main- main mamak sudah patahkan beberapa pontensi mahu jadi PM dan juga menjatuhkan satu PM.

      Sekarang dia sudah tua tetapi kewujudan di tengah-tengah kita dianggap muda dan kerana itulah dia masih dipedulikan. Hidup mamak segala mamak. Ingat di luar kuasa mamak ada kuasa Tuhan.

      Delete
  8. Saya tidak mahu komen siapa yang baik, terbaik dan buruk, terburuk. Cuma kita benci dengan yang hodoh.

    Hodoh di sini bererti, mereka yang menjual agama Islam demi sedikit kesenangan dunia. Menghalalkan cara, berkelok menterjermah syariah Islam yang jelas dalam Al Quran; dengan tafsiran sendiri tidak merujuk pakar-pakar hadith dan ilmuan yang mempunyai kepakaran tafsiran AlQuran dan berkaitan dengan nya.

    Paling hodoh apabila negara Malaysia yang di amanahkan kepada Bangsa Melayu, di gadai dan di pecah-belahkan akibat politik sekular dan sewaktu nya merujuk pengaruh nasara dan zionisma / hak asasi yang sememang nya di beri ingat oleh Allah SWT tentang perlakuan mereka sehingga kiamat Cuma sebagai Islam kita di beritahu yang mula, pertengahan dan akhir. Merugi besar lah kita jika ingkar dan sentiasa dalam kekufuran.

    Sesungguh nya suara Tun M pada usia sebegini, memang boleh di dengar dan di jadikan penanda aras. Generasi Umno sekarang adalah anak, cucu dan cicit nya. Sekurang-kurang seorang "Bapa" sungguh ingin melihat kematangan "anak-anak" nya bijak dan cekap memimpin cucu dan cicit nya sehingga oneng-oneng nya. Ini lah VISI orang yang bijak mengkaji dan mentafsir. Bukan secara semborono mengaku Islam tetapi budaya dan cara fikiran terpengaruh dengan "tafsiran yahuddiyah" yang sudah bermula di zaman azali lagi, INGKAR PERINTAH YANG ESA, mengikut percaturan syaitan yang bijak menjadikan amalan sama tetapi tidak sesekali serupa dan akhir nya manusia itu "mensyirikkan" Allah Subhana Wa Taala seperti JANJI dan ikrar syaitan laknatullah yang di makbulkan sehingga akhir nya dunia fana ini.

    Maka WAJIB lah PM Najib bermuhasabah. Wajib juga beliau "balik menemui rakyat dan memimpin dengan cara yang lebih memberi manfaat kepada semua. Wajib juga beliau membuang segala parasit dan pengkhianat yan menjahanamkan masa depan Nusa dan Bangsa.

    Malaysia itu acuan kita. Keseimbangan itu satu tuntutan. Sejarah itu sebagai iktibar dan pengajaran untuk jaminan pewaris-pewaris nya di didik dan terdidik dalam landasan berhikmah. Keputusan muktamad dalam genggaman PM Najib sendiri. Jangan di matikan slogan "Hidup Melayu" dan "Agama aku itu Islam dan tidak yang lain"

    Tanah Melayu itu Malaysia ku jua. Tegar di beri percuma kepada bukan pewaris nya ?

    ReplyDelete
  9. Jika Najib hendak kekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri maka eloklah dia berbaik semula dengan Anwar Ibrahim . Zahid Hamidi masih mampu jadi orang tengah.

    ReplyDelete