Monday, 8 December 2014

BLOGER LUCAH DAPAT JATUHKAN MARUAH MENTERI DALAM NEGERI

Alvin Tan bukanlah seorang tokoh besar dalam bidang apapun. Dia tiba -tiba  terkenal  kerana kelucahan dan sifat kebinatanganganya  tetapi sekarang dia dapat membina dirinya  di luar dan juga dalam negara sebagai seorang juara kemanusiaan,liberal dan  demokrasi yang terulung malah kepada kaumnya di Malaysia dia seorang revolusioner yang berani  menentang  kedaulatan Raja Melayu.

Penyokong penyokong liberalisme di Malaysia sedang memberikan tepukan kepadanya kerana berani menghina Menteri  Dalam Negeri atau  KDN  sebagai pengecut. Di bawah  KDN terletak polis dan segala kuasa keselamatan negara.

Ini adalah proses mental revolusi  yang berlaku  bagitu pantas di Malaysia yang dalam jangka masa singkat menukarkan nilai dan persepsi, yang luar biasa menjadi biasa, yang lucah kepada bermaruah, yang hina kepada mulia dan kedaulatan tanpa penghormatan.

Media tidak dapat disalahkan apabila bloger lucah yang ditamatkan ceritanya dengan serta merta di Singapura telah mendapat publisiti utama  atau dipromosikan di Malaysia. tidak ada perbezaan layanan antara kes mahkamah untuk kepentingan awam dan kes biasa. Kepentingan politik menjadi perhetongan utama yang  menjadikan  pengurusan undang-undang di  Malaysia banyak tolak ansur, longgar dan lemah.

Masyarakat antarabangsa sekarang semakin jelas tentang  betapa lemahnya Sistem Kehakiman dan Perundangan di Malaysia. Jangan terkejut sekiranya Malaysia semakin hebat menjadi tumpuan pendatang haram,penjenayah, ejen ejen politik dan perisekan  antarabansa( ejen ejen Yahudi telah pun bebas lepas di Malaysia).

Alvin  tidak lama bernafas di Singapura  kerana kepantasan dan ketegasan pemerentahannya yang bermaruah, yang percaya kepada integriti dalam melaksanakan  udang -udangnya, yang dari awal lagi menghantar  mesej keseluruh dunia  dari hukuman mengotorkan Singapura dengan chewingum sehingga kepada pengawalan keras moral menteri menteri.

Di Malaysia sekalipun telah di dakwa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan yang cukup berat   di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam dan bulan Ramadan,  tetapi  Alvin ,masih boleh lepas lari ke luar negara . Kes liwat Anwar Ibrahim mencatitkan sejarah marathon malah untuk keputusan ulang bicaranya hakim-hakim berada dalam kebengongan untuk membuat keputusan.Mungkin rakyat akan terpaksa menunggu berabad lamanya

Suatu pencapaian kerajaan Malaysia  mempromosi pelakon-pelakon lucah menjadi nama besar, menukarkan  sampah menjadi permata,menjadikan  najis wangi dan menjadikan kerajaan yang hebat dengan pakaian ceremonial dari peringkat istana hingga keperingkat excutive , dari persekutuan hingga ke negeri berada pada  taraf yang tidak sehebat unifrom  yang dipakai. Barangkali Presiden Indonesia Jokowi dalam segala kesederhanaannya terutama pakaiannya  lebih dihormati oleh rakyat.


Saya tidak mahu menulis panjang dalam pekara ini tetapi kenyataannya ialah maruah kita sebagai suatu bangsa yang berugama dan beraja semakin teruk  sejak  ISA dihapuskan yang  disusuli dengan kebuasan nafsu untuk mencari nama besar dengan cadangan  menghapuskan  Akta Hasutan 48. Walaupun tidak terjadi    tetapi harga yang telah dibayar dan sedang dibayar  ialah tergadainya maruah  kedaulatan suatu bangsa dan agama.


8 comments:

  1. Padahnya kpd sesebuah negara dan rakyatnya apabila ada di kalangan pemimpin nya lidah lebih laju dari akal dan melihat benda kecil sebagai besar dan besar sebagai kecil, yang penting sebagai remeh yang remeh sebagai penting. Jadilah situasi ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk panduan kepada tindakan lain seterusnya.Allah jua yang maha tahu lagi maha perkasa.

    ReplyDelete
  2. Tak perlu saudara Zam sindir2,. Terus tulis nama Ah Jib Gor, Manusia tak reti berterima kasih pada melayu sebaliknya kaum lain yang disanjung menggunung. Najib mmg lemah, harapkan undi kaum cina yang x seberapa, undi kaum sendiri yang terlepas.

    Najib tolong ingat pepatah melayu,

    "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

    ReplyDelete
  3. Satu artikel yang menarik...Malaysia ni saya rasa antara negara yang paling banyak peraturan aka undang2. Dalam kontak ini bukan banyaknya peraturan tu yang penting tapi penguatkuasaannya.....jangan la lesu sangat.

    ReplyDelete
  4. Ada ura ura pas akan menentukan mat sabu akan jadi president pas.manusia liberal ni kalau menang Dan bergabung dgn anwar Dan Lim guan eng umno boleh bungkus.sebab undi pasti akan dibeli.umno kena cepat bertindak sementara Hadi awang dah tak berapa kamcing dgn anwar Dan lge.buat lah ,jgn nak menyibuk dgn kaum kaum lain yg tak suka dgn umno.jgn jadi bodoh.Rakyat melayu yg ramai menyokong umno rata rata org kampong tapi kau umno tak pandang.bila pru baru sibuk.tapi awas org org dh start sokong pas.pru 14 ,ada lagi Ke nyawa umno.

    ReplyDelete
  5. sedih dengan pemimpin umno....

    Hanya kuasa allah yang akan menentukan bahawa umno masih memerintah pru akan datang....

    ReplyDelete
  6. Iskandar Wangsa Maju8 December 2014 at 21:00

    Saya percaya Alvin akan diberikan perlindungan politik oleh Amerika Syarikat kerana AS adalah memerlukan manusia bagini untuk masa depannya menguasai dunia untuk mengembangkan dasar demokrasi dan liberalismenya. Mereka banyak menyimpan pelajar- pelajar dari Komunis Cina yang lari ke negara itu dalam masa kuasa komunis masih kuat di China

    Saya percaya manusia lucah seperti Alvin tidak keberatan menjadi barua AS dan kuasa kuasa barat lainnya.Malaysia tidak akan dapat menangkapnya.

    ReplyDelete
  7. Bukan hanya maruah Menteri Dalam Negeri yang dijatuhkan oleh Alvin tetapi maruah ribuan anggota polis.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor di hina oleh Anwar Ibrahim semasa siasatan keatasnya di jalankan dengan memanggilnya anjing dan menyebabkan matanya lebam dengan penumbuk Rahim.

    Ini adalah oleh kerana Rahim merasakan bahawa bukan hanya dia anjing tetapi seluruh anggota polis dihina sebagai anjing oleh Anwar Ibrahim.

    Dalam hal ini saya ingin mengesyorkan supaya jika Alvin balik ke tanah air maka eloklah dia ditangkap dan dikurung satu bilik dengan Anwar Ibrahim supaya polis dapat tahu siapa yang sebenarnya pengecut. Siapa yang lari keluar dari kurungan itu tentulah dialah yang pengecut tetapi jika mereka kekal tinggal bersama maka berarti mereka mempunyai kesukaan yang sama..



    ReplyDelete
  8. As Salam Dato,
    Salah tu. Alvin Tan tu nama besar. Dia dicipta oleh pengaruh tertentu. Dari sex blogger dia menjadi icon. Si Ali yg menghina raja raja pun mendapat panduan daripada dia untuk mendapat suaka politik.
    So dato, ini yang dikatakan orang lama melihat bahawa cerita Alvin ini remeh tetapi orang Muda melihat bagaimana perjuangan dia dapat bertahan dan meningkat dan satu KERAJAAN pun dah tak dapat buat apa apa. Selagi dia bebas, dia akan menjadi icon. Read my lips.

    ReplyDelete