Wednesday, 31 December 2014

API DALAM SEKAM DI JABATAN PERDANA MENTERI

PANDANGAN  A KADIR JASIN TERHADAP UNIT KOMUNIKASI

1. Sdr Zam, benar macam kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

2. Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf.

3. Sebelum Mohd Najib naik jadi PM, saya dan beberapa orang wartawan kanan menemui beliau dan antara yang kita sebutkan kepada beliau ialah peri pentingnya menangani pengaliran maklumat.

4. Saudara dan saya pasti nostalgia mengenai pertemuan berjadual yang berlaku antara para pengarang dan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Di belakang tabir kita berbincang dan berbahas secara terbuka. Kita bersetuju dan tidak bersetuju.

5. PM sekarang mempunyai ramai pegawai dan penasihat media, termasuk dari luar negara. Mungkin kerana terlalu ramai dan mereka pula setia atau takut kepada banyak pihak, maka tidak ada kata sepakat menangani sesuatu masalah atau krisis.

6. Para pengarang dan wartawan pula tidak mempunyai kuasa mutlak lagi. Mereka memberitahu saya yang mereka terpaksa akur kepada banyak "wahyu".

7. Bayangkan kemungkinan bukan semua "wahyu" ini memihak kepada PM. Apa kata ada di kalangan mereka yang bermain kayu tiga dan menjadi api dalam sekam?

Wallahuaklam.

Terima kasih.

6 comments:

  1. Salam Tan Sri.

    Perkara ini tidak mustahil.

    Bilamana ketua tidak 'hands on'...main lepas tangan...ini akibatnya.

    Bilamana Unit Komunikasi JPM yg diamanahkan mengeluarkan maklumat yg salah atau tidak tepat...atau salah..sama ada secara sengaja atau kerana kerja sambil lewa atau 'cincai' ...rakyat menjadi keliru dan kelam kabut dan tentunya ini tidak sihat dan membahayakan negara.

    Krisis atau isu2 besar negara seperti banjir...nahas pesawart..tanah runtuh...pencerobohan...kejatuhan mata wang dll....memerlukan maklumat yg tepat kerana ia melibatkan rakyat.

    Amalan yg sebegini ( maklumat separa masak....tidak tepat...bohong dsb) yg dibuat oleh pejabat JPM tidak wajar terjadi....ini perkara asas 'basic'.

    Tetapi dgn Najib...ianya sudah menjadi amalan pula.

    Ini akibatnya...bila beliau lemah...tidak teliti dan kuat retorik.

    Apa yg kita tahu...masalah negara bnyak terjadi hasil dari kelemahan dia.

    Dia tidak fokus....tidak tegas....adakala penakut dan juga memandai2.

    Dia perlu lepas jawatan secara berhemah dgn segera.

    Jujur lah pd rakyat....atau pun jujur lah pd diri sendiri....negara dan rakyat lebih penting dari diri dia sekeluarga.


    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam sdr Zam,happy new year to you.
    For today topic, I thaught the leader must be smart enough to look at your suggestion.
    If it was indeed true,emm...emmm, what is going on in our country.
    Remember Dr mahathir Press secretary,I think Rashid Ghause who was accused to be the communist symphatizer. Who design all this. Luckily Dr Mahathir is a smart leader,so every thing under control.
    To Ds Najib plese do it right and ensure that our government will not face so much challenges as 2014.
    The different between manager and leader is: The leader do the right thing, the manager do it right.
    Our country is too beautiful to let other goons to rule.This might happen if we dont do it right.
    Good bye 2014 the saddest year for us and welcome the 2015 with new feeling
    Allah we need your guidance and blessing to move into this new time horizon.

    ReplyDelete
  3. Pendedahan sipi-sipi daripada orang seperti Dato yang banyak mengetahui kebenaran, seumpama tikus dengan kucing zaman dulu kala.
    Kucing tak ada..beranilah Dato meloncat dan tergedik ke hulu hilir.

    Bila depan kucing, Dato' lah yang paling setia dan berhemah mengalahkan pengampu dan pembodek yang sedia ada.

    Kalau tak macam tu mungkin tak kan sampai ke tahap sekarang !

    ReplyDelete
  4. Api dalam sekam ialah apabila SUA berniaga dari pejabat PM. Api dalam sekam ialah pabila anasir anak yahudi zionist diberi jawatan serta kuasa oleh Perdana Menteri sendiri. Api dalam sekam ialah apabila PM seolah sanggup menggadai segalanya demi populariti serta kelangsungan politik peribadi. Api dalam sekam ialah bila jiwa kosong tinggal raga.

    ReplyDelete
  5. Salam Tan Sri,

    Api dlm sekam.
    Musuh dlm selimut.
    Pepat diluar,runcing di dlm.
    Talam dua muka.

    Tak dapat tidak membuatkan saya teringatkan kisah lalu dimana orang #2 hampir hampir dapat menjatuhkan orang #1 iaitu bossnya dgn perbuatan menikam dari belakang.

    ReplyDelete
  6. Kewujudan media social dan kecanggihan teknologi media baru dijadikan alasan sebagai lebih menyukarkan untuk unit komunikasi JPM berkerja dibandingkan dengan zaman Tun Dr.Mahathir.

    Ini bukan jawapannnya. Yang perlu disedari ialah apa juga kenyataan Mahathir,suaranya ,tulisannya di akhbar dimedia social,di media letronik, di tv adalah dibaca dan ditonton kerana dia cepat mengulas isu semasa dan tidak ketingggalan dalam pemikirannya dan juga pembacaannya dalam isu isu semasa.

    Kenyataan Najib dan Abdullah Badawi semasa menjadi PM malah sekarang ini tidak menarik minat orang untuk membacanya terutamanya apabila orang melihat berita Najib disertai oleh gamabr isterinya.Fikiran mereka tidak luar biasa dan tidak membuka fikiran orang lain.

    Ini menunjukan Mahathir adalah sezaman dan masih relevan malah melampaui zamannya, tua tetapi tidak tua fikirannya hingga sekarang ini . Maka itu mengatakan dia tidak relevan adalah buta hati sebaliknya fikiran Najib dan Abdullah adalah ketinggalan zaman,tidak menarik,tidak ada yang baru malah basi.

    Maka itu tidak boleh disalahkan jika Najib sendiri tidak nampak bahawa anggota unit komuikasi tidak berkesan kerana beliau sendiri tidak dapat mengenali fikiran terkini untuk menjadi penghayatan rakyat.

    Inilah akibat mempunyai unit komunikasi yang tidak terkini pengetahuan mereka tentang keadaan semasa ,malas membaca , tidak senantiasa update dengan tindakan atau kenyataan yang dibuat oleh musuh atau yang terkini.

    Ketingggalan dalam menangani isu Najib bermain Golf dengan Obama yang dibangkitkan oleh zam hanyalah suatu contoh tetapi banyak lagi yang dapat dikemukakan.

    Bagaimanapun sudah lewat untuk Najib membetulkan keadaan malah telah merosakannnya dengan campurtangan orang yang tidak pernah berkerja dalam akhbar dan yang diberi tempat kerana pandai membodek.

    Jangan salah media sosial tetapi kelemahan otak dan inisiatif untuk menyayangi mereka adalah fakta utama. Di zaman Mahathir media teamnya lebih kedepan ,pantas,pandai inticipate, malah dapat mematahkan serangan Anwar Ibrahim yang bagitu canggih dan lebih hebat dari sekarang.

    ReplyDelete