Sunday, 21 December 2014

APA SALAHNYA ORANG ISLAM SOLAT DI KUIL HINDU DI TOKONG CINA DAN DI GEREJA

25 MELAYU TERNAMA CEMARKAN  IMEJ NAJIB DI KALANGAN ISLAM DAN MELAYU

Walaupun peristiwa ini telah lama berlaku tetapi   25 Melayu Ternama telah membangkitkan semula sebagai suatu kesilapan di pihak orang Islam meruntuhkan sebuah surau di Mersing Johor hanya kerana segelintir penganut Budha bermiditasi  disini.

Jurucakap bagi 25 orang ternama ini yang juga bekas duta,Datuk Noor Farida Ariffin  telah membela perbuatan mereka itu (Lihat interviu khas dengan Sunday Star 14 Disember 2014) dengan mendakwa mereka tidak membawa sebarang patung- patung  dan dia manasihatkan orang Islam supaya kembali membaca sejarah Nabi Muhammad SAW tentang baginda membenarkan rombongan Kristian melawat Madinah dan membenarkan mereka sembahyang di masjid.

Noor Farida bertanya: Kenapa mereka tidak mahu ikut jejak langkah nabi ini.

Harus diingatkan orang Islam dan bukan Islam telah hidup bersama di negara ini  sekian lama dengan saling  hormat meghormati antara  satu sama lain dan  mempunyai rumah ibadat agama masing masing . Orang Islam bersembayang di Masjid,orang Cina di Tokong ,orang India di Kuil Hindu  dan penganut agama Kristian di Gereja.

Ini adalah social order yang  telah diterima sebagai norm dan nilai yang tidak pernah menjadi persoalan, tidak pernah menimbulkan masalah dan sengketa, dihormarti bersama. Maka itu bila sesuatu yang di luar  norma berlaku  maka tentulah menimbulkan kemarahan orang Islam  dan dianggap sebagai pencerobohan  terhadap social convention .

Apa yang jelas dari kenyataan Noor Farida ini ialah sikap ultra liberalis Melayu yang  tidak mempedulikan sensitiviti orang Islam dan Melayu  kerana nafsu besar hendak menunjulkan diri sebagai orang yang bersama dengan gulongan liberalis dan sekularis bukan Islam dan dan bukan Melayu  dan langsung tidak mengimbanginya dengan perasaan orang Islam.

Adakah Noor Farida memikirkan bagaimanakah pula jika orang Islam tiba- tiba pergi bersembahyang di Tokong Cina , di Kuil  Hindu atau di Gereja Kristian di negara ini.Tidakah mereka akan dianggap sebagai hendak memaksa Islam keatas orang bukan Islam atau hendak menceroboh rumah ibadat suci agama lain di negara ini.Inikah pemikiran  seorang bekas deplomat.Inikah diplomatic decorum?(Kesopanan diplomatik)

Jika fikiran ini datang dari bukan Melayu atau  DAP maka tentulah ia dianggap sebagai provokasi terhadap Islam dan Melayu, suatu perbuatan menghasut  yang amat jahat  tetapi oleh kerana datang dari seorang Melayu  dan Islam yang pernah berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan negara maka pekara ini hanya di pandang sepi oleh Kementerian Dalam Negeri.

Ini adalah suatu contoh betapa 25 Melayu Ternama ini telah menambah  masaalah kepada  Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang  belum keluar dari trauma hasratnya hendak menghapuskan  Akta Hasutan 48 walaupun beliau telah membatalkan hasratnya itu. Mereka tidak memahami proses sosial dan politik negara ini di  akar umbi kerana berada sekian lama di awan dan terpisah dari negara asal sekian lama.

Apa yang mereka lakukan  memburukan lagi imej Najib  kerana kalangan ini disyaki sebagai disokong oleh Najib.

Perbualan umum  mengatakan bahawa kemuncolan 25 Ternama Melayu( Prominent Malays) ini adalah diinisaitifkan  oleh GMM( Global Movement Of Moderate) yang pengerusinya  ialah Tan Sri Razali Ismail bekas Presiden Bangsa Bangsa Bersatu,CEOnya ialah liberalis UMNO Saifuddin Abdullah bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan anggota lembaga pengarahnya  ialah CEO The Star yang juga bekas Ketua Pengarang akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai.

Tidak heranlah kalau The Star mempromosikan 25  Melayu Ternama  ini dengan matlamat untuk menutop hasrat tersirat   The Star yang merupakan juara  ultra liberal,ekstremis dan bigot bukan Melayu dengan menggunakan orang Melayu dan Islam untuk  menuding jari kepada orang Melayu dan Islam.

Dalam posting akan datang saya akan menunjukan bukti bagaimana 25 Melayu Ternama Ini menghina UMNO dengan mendakwa UMNO  meanggap tidak ada bukan Melayu di negara ini disamping mengecam semua Institusi  Islam dan juga Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir.

Adakah Najib sedar akan pekara ini?. Kita tunggu dan lihat.

21 comments:

  1. Melayu telah di guna untuk melawan melayu. Tok dalang di belakang nya ada lah si sepet

    ReplyDelete
  2. Sebagai seorang yang masih yakin kepada kepimpinan Datuk Najib, saya menyeru Datuk Najib supaya segera membuart penapian penglibatannya dengan 25 ternama Melayu ini kerana jika tidak ada penapian maka akan diterima sebagai kebenaran.

    Bagaimanapun ini terserahlah kepada Datruk Najib. Jika beliau memikirkan 25 orang Melayu ini lebih menguntungkannya dari orang UMNO dan Melayu imaka eloklah beliau mendiamkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya geng 25 tu adalah pengikut al Jub ketika beliau jadi TPM dulu.

      Delete
  3. pada gang of 25 ni masalah kenaikan harga barang2 tak jadi masalah. pencen belambak wor!. dah jadi hobi, just for fun, dah jadi fenomena orang2 pencen. banyak lagu tu la.

    ReplyDelete
  4. Geng 25 orang ini lagi bahaya dari kumpulan gengster yang disenaraikan oleh pdrm dalam ops cantas.Dan belum terlambat lagi Nak ucap selamat bercuti panjang kepada p.m Dan isteri.

    ReplyDelete
  5. Bahaya di ambang pintu... Apa khabar PM Najib ? Perlukah Melayu Islam di injak-injak "kebodohan" golongan kuffar ?

    ReplyDelete
  6. Group ini disokong oleh Najib.Biar betul.Apa dalilnya.Kalau betul cukup bahaya.

    ReplyDelete
  7. Akibat tidak PASti dgan arah tuju perjuangan serta sanggup menipu diri sendiri dlm mencari keADILan.Akhirnya semua kelihatan seperti sebuah ilusi yang akan menjadi mimpi ngeri.Seperti mengejar mirage dipadang pasir.

    ReplyDelete
  8. Boss besar mereka, PM Najib adalah seorang liberal dan sudah tentu the imminent 25 ( semua kaki liberal ) akan cuba mencari nama dengan menyokong tindak tanduk PM liberal. Mereka yang dah pencen ini bolih dapat habuan baru yang lebih sikit ( begitulah kata si Zahid Hamidi ). Inilah resam hidup Melayu Liberal baru !

    ReplyDelete
  9. Gang Ternama Taik Kucing G25 ni.Mental Retard IQ saja panggil diorang ni prominent.

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan.

    25 melayu ternama akan dikenang sebagai kuda trojan/melayu dlm menerobos seterusnya meruntuhkan ketuanan melayu.Haruslah sentiasa diingati ultimate goal mereka adalah untuk melemahkan kuasa politik/ugama islam orang melayu. Benteng terakhir kerana kuasa ekonomi dah berada dlm gengaman mereka.Modus operandi mereka ialah pecah dan perintah dan sesiapa sahaja yang memusuhi musuh mereka akan dijadikan "kawan".

    ReplyDelete
  11. Salam Tan Sri.

    Syabas kerana menulis isu2 begini.

    Teruskan usaha dan niat murni sdra memberi buah pandangan untuk kesedaran bangsa.

    Tidak ramai penulis berbangsa Melayu seperti sdra yg dpt mengupas dan memberi pandangan yg lebih dlm tentang agenda jahat kaum Cina terutama Dap Kafir Lakhnat terhadap Melayu.

    Kalau boleh sdra terangkan sedikit sebanyak perihal ISU JATIDIRI bangsa Melayu yg begitu rapuh sehingga menjadi satu bangsa yg rendah maruah dan mudah sekali dipermainkan.

    Ini penting....kerana walau pun kuasa ditangan.....tetapi ketua2 Melayu kita terutama yg No 1...memang lemah dan kelihatan takut sekali dgn org Cina.

    Kini 25 org lagi cerdik pandai Melayu pula telah mengikut rentak dan acuan 'Moderation' ala the Star.

    Apa sudah jadi dgn Bangsa Melayu?
    Dimana yg dikatakan sayang pd bangsa dan ugama?

    Apa sudah jadi dgn JATIDIRI bangsa.....hingga menjadi begitu Buta dan Tuli ...pd permainan org Cina yg begitu licik menggunakan bangsa sendiri untuk mencemuh dan menghentam Melayu.

    Sdra berkata perbuatan 25 org Melayu ini serta Noor Farida menambahkan masalah buat PM.....tetapi bagi pandangan sy...masalah ini bukan dari mana2 arah atau dari golongan atau individu.....tetapi ianya dari dia sendiri.

    PM yg sebenarnya masalah.

    Sikap dan cara dia memimpin lemah sekali....itu masalahnya.

    Org2 Cina melihat ini...dan terus mengambil kesempatan....dan lebih mudah lagi jika ada Melayu2 seperti 25 org ini disamping yg lain2 dari PKR dan PAS.

    Akhir kata....terima kasih pd sdra yg sanggup berpenat lelah menulis tentang isu2 ini dan segala apa niat atau agenda jahat org Cina terhadap Melayu.

    Diharap pembahas2 dpt berkongsi sentiasa dgn ramai lagi org Melayu yg tiada 'access' pd blog ini dan masih tidak tahu apa2 tentang agenda jahat Cina dan kelemahan ketua2 sendiri.

    Berkongsi dan bercerita selalu pd anak2...rakan taulan...sdra mara tentang perkara2 begini....kerana ini masa depan bangsa dan ugama.

    Sdra Zam telah pun berpenat lelah dan mengambil risiko besar menulis topik begini.


    Terima kasih.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan,

      Antara agenda jahat mereka adalah seperti berikut:

      Berkawan dgn musuh yang memusuhi musuh mereka.

      Merasuah sebanyak mungkin orang melayu/islam.

      Mengambarkan seolah orang melayu/islam suka menindas bangsa/ugama mereka.Hakikatnya Krismas,Deepavali,Wesak adalah Hari Cuti Umum dibumi melayu/islam ini! Sjk C,SjkT dan Sekolah Mubaligh berlambak.

      Mensabotaj ekonomi orang melayu dlm bidang perniagaan. Mengawal supply chain dan orang tengah dalam menaikkan harga barangan keperluan terutama bila tiba hari perayaan orang melayu.

      ............dan akan sambung banyak lagi untuk saya kongsi bersama tuan tuan semua.

      Wassalam.

      Delete
  12. Assalam TS Zam,

    Hati kecik saya tetap berkata bahawa PMNajib merestui tindak-tanduk movement ini.....Period. Fullstop. Noktah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sdra WargaEmas.

      Memang dia merestui...sebab dua tiada Jatidiri bangsa dan dia juga bodoh dgn dan buta mata dan hati...tidak nmpak agenda jahat kafir terhadap bangsa Melayu dan Islam..
      dua wajar dinyahkan kerana penting diri dan mermudaratkan bangsa.

      Terima kasih.

      Delete
  13. Ni takda kena mengena Dengan cina, india, DAP, gerakan or MCA....ini semua kerja melayu yang cakap dia islam. Ahli dewan 222 dan negeri berapa yang melayu dan islam??? Dari menteri sampai kepada ketua kementerian berapa melayu dan islam??? Yang dipetuan negeri dan raja-raja...ada bangsa lain ke??? Dari zaman kesultanan melaka sampai ke DSN semua nya melayu dan islam....fikir sendiri dengan fakta. Lee Kuan Wu lebih berani lawan bangsa sendiri dari melayu berkuasa tapi tak mengubah apa2 dari dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  14. Meanwhile in Indonesia where 90% is muslim :

    http://news.detik.com/read/2014/12/23/144742/2785622/10/hidayat-nur-wahid-islam-harus-toleran-dengan-umat-kristen-yang-rayakan-natal

    ReplyDelete
  15. 25 orang ini mengepalai angkatan dan kumpulan tidak berdaftar yang berselindung belakang tabir Wong chun wai ,mengistihar perang proxy keatas orang Melayu Islam.
    Setiap hari akhbar Star mengkipas angin hasutan dan pengikut nya di siar kan di Akbar STAR melaui cetakkan sms,dan gambar wajah moderation crusaders..
    Siapa yang provokasi di sini.?
    Adakah Wong dan Ah Jib dan Saifudin GMM se barisan hendak bangkitkan extreme moderation ? Ah Jib--kamu buat silap langkah politik terbesar.
    Tun Dor buka semua pintu.
    Clueless bagi master key dan kunci duplikate kapada tongkang turun.
    Clueless Bapak Moderation, dan beri ucapan merata dunia dan PBB agar ikut clueless moderation.
    Konon nya moderation akan padam kan semua masaalah.
    Ucapan di PBB ada 6 kerat aja yang dengar.
    Ayam sambung, ayam didik Saiffudin jadi GMM CEO,NGO yang dapat sokongan penuh Ah Pek Wong chun wai yang sangat sangat amat berdendam dengan bangsa Melayu dan Islam..dulu Wong ziarah Jerusalem,semua ulasan dan huraian tidak satu titik sentuh kezalilam Zionis terhadapa warga Islam Baitul Maqdis.
    Akhbar STAR tuju kan crusade haluan moderation kapada cina cristian English spikers sahaja .memberi gambaran STAR MODERATES dan ENGLISH SPIKERS tidak akan di pinggirkan OLIh CLUELESS.MCA lantang menjagohi MODERATION konon.
    Saya kata kapada mereka sesmua GMM Moderates,Wong,STAR,MCA: KAMU adalah extremist yang macam pisang.kulit kuning,isi putih.
    Saya kutup kamu semua dan kumpulan kumpulan ikutan suara suara sumbang voices in isolation,konon nya moderation, yang di siar besar besaran olih Akhbar Star.

    CLUELESS adalah anglophile terulong sekali dalam kumpulan crusade moderate ,di apit olih Wong danTan Sri PHeng,sahabat perniagaan baik kerabat negeri CLUELESS.
    Dengan latar belakang macam ini, sudah tentu 25 orang pisang dapat sokongan dari kaum tongkang turun. Englis spiker kelab dan cukong tan sri yang pengerak sekolah vernakular kuantan.
    Ah Jib Gor sudah clueless,lagi bangang moderate.
    Tarikh luput AH JIB pada bulan Mac 2013.
    Reseb BNM sudah turun kapada kurang 394billionRM,.
    Ah Jib rasa dia hebat lagi.
    Saya sokong seruan Syed Rosli dan mohon UMNO PP jangan nak bantai Khairudin sebab dia sanggup buat laporan agar 1MDB di siasat ..
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  16. Ini adalah kerana kelemahan Najib sendiri yang tidak tegas dan tidak berani mengambil tindakan sewajarnya ke atas geng 25 ini. Dah terang2 penghinaan dilemparkan, tetapi masih berlembut dan berdiam diri. Habis macamana?

    ReplyDelete
  17. Ada diantara 25 orang EMINENT berkahwin dengan Mat Salleh dan masih kaki botol hingga sekarang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar....mereka ini liberal terlampau yg menanggap diri pandai....dan juga hidup harian dan ugama tidak perlu bercampur......mcm minyak dan air...kunonnya.

      Kemudian mandai2 nak wakili org Melayu...

      ..huh....sial dan dajal sekali org2 seperti ini.

      Delete