Tuesday, 2 December 2014

APA SALAHNYA ORANG CINA DEDAHKAN DIRI SEBAGAI ANASIR KOMUNIS

KESILAPAN WAJAH KEMANUSIAAN MAHATHIR KEPADA PKM


Sewajarnya pandangan positif  diberikan kepada langkah sekumpulan orang Cina di negara ini menganjurkan majlis makan malam Prajurit Parti Komunis Malaya(PKM)  di Taman Chai Leng Perai baru baru ini  untuk menggembelingkan semula keazaman meneruskan  perjuangan PKM yang dijuarai oleh mendiang  Chin Peng.

Sebelum ini tersebar berita mengenai sekumpulan intelektual Cina hendak memantaskan drama mengenai peristiwa pembunuhan kejam  anasir- anasir komunis di Batangkali oleh tentera British  di masa dhururat

Biasanya manusia mahu  menyambunyikan diri sebagai keturunan jahat  tetapi fikiran sebahagian orang Cina di negara ini ini telah berubah. Mereka  menjadi berani dan agresif apabila melihat kemajuan  cauvinisme Cina yang diperjuangkan oleh DAP.

Sejarah PKM tidak dapat dinapikan dari dorongan cauvinisme Cina yang dikembangkan oleh  Parti Komunis Cina. Ini terserlah bila PKM tidak menyokong Konfrantsi Indonesia yang didalangkan oleh PKI (Parti Komunis Indonesia) kerana kebimbangan kejayaannya  akan menyebabkan penguasaan PKI yang didukong oleh orang Melayu keatas PKM.( Lihat buku The Party Communist Of Malaya The Inside Story by Aloysius Chin pg 115).

Perjuangan  PKM di Malaysia  sebenarnya telah hancur. Penandatanganan perjanjian perdamaian antara PKM dengan kerajaan Thailand dan Malaysian 25 tahun lalu  adalah sebenarnya penandatanganan penyerahan diri PKM.

Ini berlaku dengan  persetujuan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir untuk menjaga maruah PKM kerana  mahukan wang memburu saki baki pengganas komunis dibelanjakan untuk pembangunan rakyat. Ini adalah  atas rayuan PKM walaupun  tentera dan polis berupaya mengkebumikan mereka dengan mudah berikutan dengan keruntuhan fahaman komunis di seluruh dunia.Dunia tidak akan mengutuk Malaysia jika  ini lakukan pada masa itu.

Bagaimanapun kemanusiaan kita menyebabkan kita berhadapan dengan masalah kebinatangan manusia hingga sekarang.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang A. Thaiveegan berkata  penganjuran majlis makan malam perajurit PKM itu telah menimbulkan keresahan,kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis yang seolah-olah cuba dihidupkan semula.


Bagaimanapun lebih ramai orang Cina yang tidak akan bersama mereka,tetapi tanpa sedar ramai orang Cina yang bersama dalam perjuangan cauvinisme Cina yang matlamat perjuangan mereka adalah untuk menidakan Raja Raja Melayu dan mahukan persamaan hak dengan orang Melayu yang berteraskan tiupan dan  hasutan  Komentang( Taiwan) dan semangat Republik Rakyat Cina.

(Saya percaya Republik Rakyat Cina tidak lagi campurtangan dalam urusan negara ini tetapi negara Taiwan tidak boleh langsung dipercayai)

Anasir- anasir komunis  masih cuba membangunkan  semula  perjuangan ibubapa atau datuk nenek mereka supaya  diiktiraf sebagai sumbangan kepada kemerdekaan Malaya tetapi mereka tidak memikirkan begaimakah keadaan Malaysia hari ini kiranya perjuangan PKM  yang  menentang pemilikan harta,menentang gulongan perniagaan dan menolak pasaran bebas berjaya?

Apakah mereka akan dapat menyedut udara kebebasan di Malaysia ,? Apakah mereka akan berada dalam kemakmuran dan kemewahan seperti sekarang dan berpeluangkah mereka menjadi Ah Long atau menjalankan perjudian haram, rumah urut dan lain lain yang haram di bawah komunisme ? Apakah mereka boleh keluar negara dan sebagainya?.

Pihak keselamatan khususnya polis wajar berterima kasih kerana gulongan buta sejarah ini  telah mendedahkan diri mereka  sebagai keturunan musuh negara, pengganas,pengkhianat dan penderhaka. Semakin ramai anasir  ini muncol,semakin mudah untuk kita memisahkan mereka dari arus perdana,menjadikan  mereka sebagai gulongan anti sosial dan sebagai musuh utama.Biar mereka terasing dari aliran perdana.Lebih banyak yang terasing lebih baik untuk Malaysia.

Dalam pada itu kita harus mengakui Ini adalah kesilapan kita. Jika dihapuskan pengganas -pengganas ini seperti kehendak Angkatan Tentera Malaysia , kita tidak berhadapan dengan berbagai masalah sekarang ini. Ini adalah akibat  kita melayan mereka  dengan sifat kemanusiaan

Ini adalah kesilapan Perdana Menteri  Dr.Mahathir Mohamed  yang sama dengan  kesilapannya membawa masuk Anwar Ibrahim ke  dalam UMNO yang menggugat  perpaduan Melayu dan keharmonian negara hingga sekarang.

Binatang sepatutnya dilayan  sebagai binatang. Kita selalu terlupa tidak ada manusia  dalam masyarakat binatang tetapi ada binatang dalam masyarakat manusia.Inilah kesilapan kita dalam menyelamatkan air muka PKM.

27 comments:

  1. Orang cina di Negara ini memang sudah tahap MELAMPAU!

    ReplyDelete
  2. TS Zam,

    Setahu saya PKM adalah satu entiti yg telah lama diharamkan dinegara ini. Dan ianya masih diharamkan hingga ke saat ini.

    Tidakkah ini bermakna sebarang aktiviti yg berhubung kait dgn PKM juga adalah juga melanggar undang2 negara. Dan sesiapa yg terlibat boleh ditahan ?

    Semenjak zaman pentadbiran pak dol hingga kehari ini, saya dapati kerajaan terlalu amat berlembut dgn kegiatan2 sebegini. Ia dianggap suatu kebebasan tetapi implikasinya amatlah serious terhadap minda penduduk dan sekuriti negara.

    Tidak ada ketegasan. Selalu berdolak dalik.

    Why not ACT and PREVENT ?

    Tidak mengapa bila kalah di mahkamah jika dicabar. Yg penting mesejnya : Do not play around with the country's laws. Tak perlu jadi mcm singapura, tetapi tunjukkan konsistensi dan ketegasan dalam melaksanakan
    undang2 negara.

    ReplyDelete
  3. Saya sebagai mantan Menteri Penerangan yanng pernah duduk dalam Majlis Keselamatan Negara mengakui kebenaran apa yang dikatakan poleh saudara. Masalah Tugu Peringatan Komunis di Niali dan juga di Sarawak dibiarkan berlalu bagitu sahaja. Masalah temple Hindu dalam kawasan Angkasapuri diatas tanah Kemenetrian Penerangan juga kita mengalah. Saya tidak faham dimanakah hilangnya kewibawaan pihak polis dan juga Majlis Keselamatan Negara sejak Abdullah Badawi hingga sekarang. Apakah politik lebih penting dari halatuju keselamatan negara sehingga demoralise integriti kerajaan dan keyakinan rakyat
    yang setia.

    ReplyDelete
  4. Semasa ZAM sebagai Menteri Penerangan adakah ZAM bertindak dengan `ACT and PREVENT ( meminjam kata Anon 16:23 ) keatas sesuatu perbuatan di bawah ISA dan Akta Hasutan 1948 yang berhubungan dengan kemeterian sendiri seperti dalam kes temple Hindu dalam kawasan Angkasapuri?

    Jika tidak maka ZAM pun adalah sama dengan kebanyakan ahli politik/menteri menteri yang dah bersara termasuk juga penjawat kerajaan yang lain seperti bekas ketua ketua Polis, Hakim Hakim, General general tentera yang hanya berani bersuara apabila telah BERHENTI/ BERSARA dari jawatan. Kenapa tidak bersuara semasa memegang jawatan? Apakah jawatan dan habuan ( gaji, ganjaran wang ringgit, elaun dan sebagainya) diri lebih penting dari keyakinan rakyat yang setia?

    Kami rakyat bawahan yang setia kepada negara ini bosan dengan orang yang ketika berjawatan tidak bertindak tegas dan berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan saudara, tidak dalam semua hal sesaorang menteri boleh bertindak sendirian atau membuat keputusan sendiri terutama dalam pekara yang melibatkan keselamatan negara.Ada pekara yang perlu dirujukan untuk keputusan kabinet.

      Delete
    2. Kes Hindu Temple dalam perkarangan Angkasapuri memerlukan keputusan kabinet? Kalau orang lain pasang kandang babi dalam kawasan rumah saya. Saya akan halau saja dan tak perlu saya nak tunggu keputusan Majlis perbandaran atau ADUN.

      Delete
    3. Kes kandang babi di kawasan rumah melibatkan awak seorang tetapi temple melibatkan ramai penganut agama yang telah berpuluh tahun beribadat disitu . Maka itulah sebabnya walaupun menteri penerangan telah bertukar ganti tetapi temple itu tetap ada disitu.

      Pekara -pekara sensitif yang boleh menimbulkan sengketa perkauman dan agama ,kerajaan amat berhati-hati dan kerana itulah pertimbangan kabinet atau Majlis Keselamatan Negara diperlukan. Tidak semudah yang saudara fikirkan.

      Delete
    4. TS ZAM, Lee Kuan Yew mengatakan yang hanya dia sahaja yang bolih mengajar orang Cina di Singapuradan sekolah berasakan bahasa ibunda Cina di tutup walau pun melibatkan ramai (75%) kaum Cina disana. Sensitivi kaum India hendak dijaga. Bagaimana pula dengan sensitivi kaum ( Melayu) sendiri? Bukankah 70% pekerja diAngkasapuri terdiri dari orang Melayu? Memberi excuse memang mudah. Sampai bila harus sentiasa memberi dan tidak mengambil?

      Delete
    5. Salam...

      Sy rasa pandangan sdra Anak Bentan jujur dan tepat dan hujah Tan Sri pun ada kewajaran nya.

      Justeru itu...mereka (Perantau) sentiasa dpt dan bebas melakukan apa yg mereka mahu.....sebab ketua2 Melayu sudah setuju bahawa apa2 perkara yg dikira sensitif pd kaum2 mereka (perantau) mesti mdpt kelulusan kabinet dan bukan mana2 menteri sekali pun......walau pun ianya menguris hati org Melayu yg merupakan majoriti.

      Inilah yg dikatakan KEBODOHAN YG CUKUP MAKSIMUM DIPAMERKAN OLEH PEMERINRAH NEGARA YG DIDOKONG OLEH UMNO ATAU OLEH KETUA MELAYU.

      Kuasa ditangan....tetapi tidak tahu cara menggunakan.......serupa tiadalah.

      Ini yg org kata "Cerdik tak boleh dipakai ..dan bodoh tak boleh diAjar"..

      Akhir kata...."Org Bodoh memang Makanan Org Cerdik"...

      Maaf berkata begini...Tan Sri sebab ini lah hakikat nya dgn ketua2 Melayu.

      Sy bertanya....SAMPAI BILA BEGINI?.

      Terima Kasih

      Delete
  5. Memang betul kata Ali Setan bahawa semua pemerintah ( PM, TPM dan menteri menteri kabinetnya) yang telor mereka kini dihujung tanduk akan kehilangan akal (bagaimana nak menguruskan keselamatan negara) diakhir pemerintahan mereka. FULL STOP.

    ReplyDelete
  6. Orang Cina komunis ini yang menindas dan membunuh rakyat Cinanya sendiri. Mao Tse Tung telah menggunakan kuasa mutlak da ganas untuk menghapuskan sifat2 ketamaddunan dari wasiat Kung Tze, Buddha, dan Lao Tze. Tidaklah bezanya ideologi dan kerja si Chin Peng dengan bosnya Mao tu. Sekarang, soalan terpenting untuk negara kita ialah apakah kaum Cina yang bersifat saleh patut melakukan? Ini kali lah oh ahli Kuomintang!

    ReplyDelete
  7. Kekerapan melakukan kesalahan dlm ejaan oleh admin adakah mengambarkan 'kecelaruan pemikiran'? harap dapat diatasi......!

    ReplyDelete
  8. Parti dan kerajaan berkerja secara tanggungjaab bersama( collective reponsibility )dan itulah cara demokratik yang telah mengekalkan kerajaan UMNO atau BN selama lebih 50 tahun.Jika menteri boleh bertindak sendiri dalam semua hal maka tidaklah perlu ada sidang kabinet dan tidaklah perlu ada PM atau Presiden parti.

    Tidaklah boleh kita melihat sesuatu masalah tanpa menggunakan pertimbangan yang rasional dan melihat aspect kewajarannya.

    Saya rasa saya tidak perlu meneruskan perbincangan dengan orang yang tidak memahami susur atur sistem pemerentahan negara yang telah berjalan sekian lama.

    Malaysia bukan negara komunis atau sosialis atau negara Islam yang autokratik.Malaysia adalah negara berbagai kaum yang memerlukan tindakan dengan persetujuan bersama dan cara inilah pemerentahan beraja dan kuasa Melayu dapat dikekalkan hingga sekarang sekalpiun terus menghadapi cabaran dari masa kemasa.Tetapi kita tidak gagal semuanya.
    Jika saudara mengikuti perkembangan negara,soal temple hindu di merata tempat telah menjadi suatu masalah yang besar dan mengancam keselamatan negara dan ia tidak hanya merupakan masalah Angkasapuri.

    Sekarang kerajaan telah mengambil tindakan mengawalnnya tetapi yang telah sedia ada berpuluh tahun dari kecil menjadi besar sukar untuk dihapuskan.

    ReplyDelete
  9. Sdr ZAM. Maaf menganggu tuan dipagi ini. Saya sangat bersetuju dengan telahan Anak Bentan dan bahkan juga olih sdr. CB yang merujuk tentang tumpulnya taring menteri dan penjawat awam dalam menguruskan sesuatu yang bertentangan dengan undang undang dan peruntukan negara ketika mereka berkuasa tetapi hanya bertindak apabila telah bersara dan kuasa telah tiada. Sukar saya hendak memikir apakah UMNO yang kita kasihi sebagai wadah perjuangan Melayu juga akan berbuat demikian iaitu hanya Bersuara apabila telah hilang kuasa memerintah? PR kalau berkuasa nanti terutamanya DAP akan dengan segera memusnahkan sebarang bentuk bangkangan kerana mereka mempraktikkan bahawa pihak berkuasa dan undang undang must be uphold all the time and without consideration for feeling and sensitivity.

    Sensitiviti kaum biarlah bertempat dan mengikut kesuaian. Apakah membina kuil Hindu di kawasan majoriti 90 Melayu diAngkasapuri itu bersesuaian? Saya rasa tidak.

    ReplyDelete
  10. ZAM kata ` saya tidak perlu meneruskan perbincangan dengan orang yang tidak memahami susur atur sistem pemerintahan negara`. Bolihkah menutup perbincangan dengan mereka yang kurang arif dengan susur atur pemerintahan negara? Bukankah lebih baik memberi penerangan yang betul kepada mereka? ZAM harus berwibawa dan berjiwa besar. Sekiranya para pengkomen itu benar maka katakanlah benar serta tidak menutup bicara.

    ReplyDelete
  11. TS Zam,

    Dlm hal yg berkaitan, saya perhatikan telah ada perubahan dlm cara reporting oleh akhbar Utusan Malaysia (sebuah akhbar yg amat dibenci dan di TAKUTI oleh orang2 tertentu).

    Sebelum ini pendekatan reporting Utusan terlalu lembut (bukan lemah), ayat yg berlapik, terlalu berbudi bahasa, kena baca in between the line dsbnya.

    Sekarang Utusan lebih direct tanpa berselindung, tiada ayat berlapik, tidak defensif tetapi offensif, straight to the point tetapi masih berhemah.

    Perubahan ini menukar imej Utusan sebagai akhbar yg berterus terang walaupun dulu dianggap sensitif.

    Why not ? Mengapa KITA mesti bersikap defensif, mengalah, berlembut kalau orang lain tidak menghargainya. Kalau orang lain lebih kurang ajar, tidak sedar diri, wajar Utusan berpendekatan begitu.

    Sudah tentu mereka akan panggil Utusan RASIS. Pedulikan kerana sebagai satu form of attack, anything that the Malays do will be labelled as racist. Walhal merekalah yg PALING rasis dlm dunia ini.

    KEEP IT UP Utusan ! Walaupun anda perlu juga menegur umno dan kerajaan ...

    ReplyDelete
  12. Bahagian Pertama:

    Salam Zam. Cerita yang dipaparkan ini seolah mengundang saya menyiarkan satu laporan balas kepada akhbar online diketika kemuncak akhbar ini berkempen agar Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia untuk menziarah kubur emaknya. Komen yang diberikan oleh penulis (atas nama seorang Melayu - entah benar tidaknya) seolahnya bersetuju sangat dengan kempen berkenaan atas alasan kalau Kerajaan Malaysia boleh memaafkan Jepun kerana keganasan masa Perang Dunia Kedua, kenapa tidak dimaafkan saja Chin Peng. Bahkan Zam juga melaporkan bahawa polis berkata penganjuran majlis makan malam perajurit PKM itu telah menimbulkan keresahan,kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis yang seolah-olah cuba dihidupkan semula. Ini amat bahaya sekali. Harap Zam dapat menyiarkan laporan balas saya ini kepada akhbar online ini yang disiarkan beberapa tahun lalu.

    "Saya agak saudara masih lagi mentah kerana belum mengalami pengalaman setimpal dengan apa yang terdedah baik disegi politik, keselamatan negara apatah lagi emosi mereka yang pernah mengalami peristiwa sejarah kekejaman kominis. Saudara terlalu akademik, lojik dan mudah terpengaruh keadaan politik semasa yang banyak negatifnya ke arah Umno dan kerajaan BN tetapi tidak pernah merasai keperitan yang ditanggung oleh mereka akibat kekejaman kominis ini serta dasar tipu muslihat Chin Peng dan Kominisnya selepas ini. Cuba selami lagi apa yang saudara tulis dengan apa yang ingin saya sampaikan semoga dapat memberikan saudara lebih keinsafan daripada terus mempertaruhkan maruah bangsa dan agama semata-mata kepada „negarawan‟ Chin Peng atas dasar kemanusiaan untuk diterima masuk ke negara ini.

    "Setakat ini, termasuk saudara menggunakan alasan Jepun sebagai sumber penerimaan Chin Peng tetapi kita perlu ingat, penyerahan diri Jepun selepas perang dulu diikuti oleh lawatan Maharaja Hirohito ke seluruh dunia demgam memohon maaf berserta rasa kesal dan insaf apa yang telah berlaku. Bahkan ketika Jepun sedang membangun dan kini maju, banyak bantuan disegi kewangan, pendidikan dan teknologi diberikan kepada semua negara yang pernah ditawannya, termasuk Malaysia hinggakan pelaburan Jepun adalah antara yang paling banyak di sini. Ketika negara menghadapi masalah ekonomi 1985-87, Jepun adalah tempat Malaysia bergantung hingga membolehkannya mencapai antara kuasa Ekonomi Asia sekitar 1990-97 hingga kini, termasuk ketika kemelut krisis ekonomi 1997 hingga menyebabkan kerajaan mengenakan dasar Currency Control daripada penyangak mata wang antarabangsa, yang hingga kini menjadi rahsia besar akan bantuan yang dihulurkan oleh Jepun. Semua ini fakta keikhlasan dan niat membantu, dan apa yang berlaku dimasa lalu kini sudah terbayar secara tak langsungnya kepada negara. Bahkan ramai pelajar kita sendiri sudah ramai yang berbahasa Jepun kerana dihantar belajar ke sana atas biasiswa kerajaan dan swasta Jepun. Adakah saudara mengkaji perkara ini? Saya rasa tidak.


    ReplyDelete
  13. Bahagian Kedua:

    "Berbalik kepada Chin Peng, kerajaan ada membenarkan ahli kominis kembali dan diberi bantuan jika mereka ingin berbuat demikian pada ketika perjanjian itu tetapi kebanyakan mereka enggan kembali dan menetap di Thailand, termasuk Chin Peng, yang kadang-kalanya sentiasa berada di China. Perlu kita ingat, taat setia kepada negara ini bukan boleh dijual beli atau mengikut sesuka hati berdasarkan perjanjian yang ada. Semangat taat setia kepada raja dan negara itu adalah amat penting dan adakah Chin Peng yang kini hampir ke liang lahad mempunyai perasaan demikian atau masih bercita rasa dan berkiblatkan Kominis Negara Cina? Cuba kalau boleh tanya Chin Peng, sebagai seorang yang mengakui Kominis seumur hidup, adakah beliau secara ikhlas taat kepada Raja dan Negara? Jika benar, kenapa peristiwa kekejaman lalu tidak langsung diberikan perhatian dengan memohon maaf atas segala apa yang berlaku kepada semua lapisan rakyat yang pernah mengalami kekejaman kominis dan juga kepada semua anggota keselamatan yang banyak berkorban demi negara semata-mata mempertahankan negara ini daripada ancaman Kominis? Kalaulah sekadar sekeping surat perjanjian demi menamatkan permusuhan dan perletakan senjata antara kominis dan kerajaan tetapi dalam pada itu mahukan lebih daripada apa yang rakyat dinegara ini ada, lebih baik duduk dalam hutan sajalah. Perjanjian itu dibuat oleh kerajaan semata-mata atas dasar pembangunan di sempadan Thailand dan kerajaan tidak ingin melihat penduduk kawasan berkenaan tidak merasai pembangunan sebagaimana yang dikecapi sekarang. Perlu diingat, kerajaan dikecam hebat ketika bersetuju menandatangani perjanjian berkenaan oleh semua lapisan anggota dan bekas anggota keselamatan selain ahli keluarga yang pernah mengalami kekejaman kominis. Adakah saudara teliti perkara ini? Saya kira tidak!

    "Mereka yang mengalu-alukan kepulangannya kelak atas alasan kemanusiaan saya harap tidak menjadi “melepaskan anjing tersepit, yang kemudian menggigit kaki orang yang melepaskannya‟. Sejarah telah membuktikan betapa ideology dan ajaran kominis ini menghalalkan apa saja demi mencapai tujuan dan niat mereka. Walaupun dunia sudah melihat keruntuhan kominis pada akhir tahun 1980an, tetapi kita jangan lupa masih ada lagi yang mahukan ideology kominis terus subur melalui cara lain, antaranya melihat perpecahan parti politik dan rakyat sebagaimana yang pernah dilakukan dinegara-negara kominis yang sebelum ini bukan kominis. Apakah sejarah akan berulang? Perlu diingat, walaupun Rusia sudah runtuh, masih ada lagi Negara Kominis lain yang masih mengamalkannya walaupun dasar pintu terbuka dilakukan, yang antaranya Negara China sendiri. Masihkah saudara mahukan Chin Peng dikembalikan?

    "Akhir sekali, fikirlah baik-baik sebelum terus dengan logik yang sahih berserta fakta politik yang ada sekarang (banyak putar belitnya) tanpa mengambil kira fakta sebenar dan perasaan rakyat hingga saudara tergamak bersetuju membenarkan Chin Peng kembali sedangkan orang sepertinya wajar dibunuh terus sebelum menjejakkan kakinya di bumi Malaysia. Saya berharap jangan pula ada yang menuduh saudara adalah sebahagian daripada “cell‟ kominis untuk perancangan masa depan pemerintahannya di Malaysia. Apakah saudara sememangnya KOMINIS? - Tamat.

    Kini bahayanya perkara seumpama ini ibarat telahan Zam bahawa:
    "Meskipun lebih ramai orang Cina yang tidak akan bersama mereka,tetapi tanpa sedar ramai orang Cina yang bersama dalam perjuangan cauvinisme Cina yang matlamat perjuangan mereka adalah untuk menidakan Raja Raja Melayu dan mahukan persamaan hak dengan orang Melayu yang berteraskan tiupan dan hasutan Komentang( Taiwan) dan semangat Republik Rakyat Cina.Ini amat merbahaya sekali."

    Adakah kedua-dua isu ini saling berkait?


    Suku Sakat Tun Mai Ulat Bulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Abang Long.....wah.....cepat sekali dan panjang pulak tuu komen. memang serius sangat bila Zam buka cerita mengenai kominis ni. Tapi bukankah perkara ini sudah dijangkakan sejak BN kalah teruk PRU 2008. Tak menghairankan kominis yang ada ni pun tumpang sekaki dan selepas jadi satu batu. Lama-lama 1 Malaysia lah. Ibarat apa yang pernah dikatakan oleh bekas IGP, Tun Hanif Omar selepas perjanjian PKM dan Kerajaan Malaysia 1989, polis cawanngan khas kita akan semakin lemah kerana tidak adanya lagi pantauan terhadap aktiviti kominis ini. Bayangkan, dah 25 tahun perjanjian itu ditandatangani pelbagai isu sudah dibawa untuk 'memartabatkan' pemimpin kominis dan sekarang peringkatnya sudah sampai kepada rakyat biasa. Masyalah. Inilah akibatnya kalau negara sudah lemah dengan pemimpin yang ada sekarang ni seronok berpolitik tidak mahu ambil kesah apa sebenarnya yang sedang berlaku dan akan bergolak dengan lebih dahsyat lagi. Au-zubillah-minzaliq. Najib dan Anwar masalah ni? Sekarang yang menanggungnya dan akan menangis tak berlagu ialah Melayu yang ada sekarang. Seperti pernah dikatakan, Melayu janganlah menangis lagi kerana itukan kehendak hampa jugak. Cheers.

      Tun Mai Ulat Gonggok

      Delete
  14. TS Zam.
    Tulah DS Najib lembut sangat.Sekarang apa dah jadi.Kumpulan pro PKM @ CHin Peng sudah berani dan naik tocang.
    PM kita tak belajar sejarah ke.Pro PKM ini hari ini berselerak dalam bandar.
    ISA pula dihapuskan.
    Nasib baik NGO-NGO Melayu lantang menentang pemansuhan Akta Hasutan dari awal lagi.Kalau nak harap UMNO main selamat sahaja macam DS Najib juga.
    UMNO melalui sayapa-sayap nya disaat akhir.Itu pun sesudah di ORKESTRA kan dibelakang pentas.Rakyat faham semua ini.Rakyat lebih matang dan cerdik dari pemimpin Melayu.
    Jangan biarkan pro PKM ini hidup semual di Malaysia.
    Saya amat takut gejala merasuah pemimpin Melayu dan pegawai kerajaan ada kaitan dengan unsur yang membahayakan keselamatan negara.

    Mereka pro PKM ini akan menyusup dalam organisasi anti kerajaan termasuk parti politik.

    Malaysia dalam bahaya.

    ReplyDelete
  15. Zam ... semua orang tahu komunisme itu satu ideologi, spt yg di praktikkan oleh USSR dan PRC.

    Namun pd pemerhatian saya, komunisme di malaysia ini lebih dari itu. Ianya juga bersifat perkauman.

    Di dominasi oleh org cina, ianya nampak menjurus kpd menghancurkan institusi melayu, org melayu dan ugama islam. Dgn bertopengkan ideology komunisme.

    Sebab itu tindak tanduk PARTI DAP secara tersurat dan tersirat amat selari dgn pendekatan komunisme setempat.

    Harap pm najib juga sedar ttg perkara ini dan tidak menghalang pdrm dari melakukan apa yg perlu !!

    ReplyDelete
  16. Tan Sri ZAM. Di Rome (2,000 tahun dulu) orang Rome berkata: In Rome do as the Roman do. Di German mereka berkata: We are Aryan nation. Kini di Israel, PM mereka ( Netanyahu ) sedang mengutarakan: This is a Jewish State. Non Jewish are still citizen but must respect the Jewish laws and customs.

    Apa kata Tan Sri pula kalau kita Bangsa Melayu ramai ramai mendukung idea: This is a Malay nation. Every body else are citizen but must respect the deeds of the Malays. Barulah `orang lain` respek kita. Sudah tentu mereka akan mengatakan kita racist. Aren`t they all racist too like us?

    ReplyDelete
  17. 1. komunis dgn pengganas komunis tak sama.
    2. 'menteri tak boleh bertindak sendirian'. betoi tu, hanya pm saja ada kuasa tu (boleh bertindak unilaterally). contoh isa & eo. akta hasutan nyaris2 jadi sejarah. itu pun pasai banyak pihak yg bising konon2nya kena dengaq akaq umbi. (dibangkang oleh timb. presiden & sayap2 umno).
    3. pkm & pki sama2 kongsi ideologi komunisme, bezanya bos cina & bos melayu. dap kurang lebih serupa dgn pkm, cina jadi bos/jeneral & melayu jadi balaci (foot soldiers).

    ReplyDelete
  18. Oleh kerna ada isu kuil hindu, saya mahu beri satu maklumat berkenaan kuil hindu kedua besar selepas di batu caves. Kuil kedua itu terletak di tengah-tengah desa Melayu, di Kpg Kuala Sentul, Maran Pahang. Asalnya kain kuning dililit pada sebatang pokok, namun hari ini telah dibina kuil besar, asrama, dewan terbuka yg memakan kawasan yg luas. Hari-hari ada bas datang dari jauh membawa pelawat hindu utk majlis agamanya. Jalan utama antara Maran ke Jerantut itu pun terpaksa dilencongkan kerana pembesaran kuil. Orang Melayu/Islam berhak merasa terguris dan keciwa dgn kejadian ini. Namun apa yang boleh dibuat lagi?
    Satu lagi, jika ada ladang sawit dipugar semula iaitu pokok-pokoknya ditumbangkan untuk ditanam yang baru, maka jelaslah berapa banyak kuil kecil di merata-rata ladang itu yang selama ini tersembunyi disebabkan rimbunan pokok sawit. Lalulah dari Ijok ke Kuala Selangor dan kira ada berapa kuil dan bandingkan dengan jumlah masjid atau surau kita.
    Bukan kita anti hindu atau tidak memberi kebebasan beragama, namun semua penganut agama kena faham mana yg sensitif, mana yang perlu dan mana yang tidak perlu.
    Setakat ini pembinaan masjid dan gereja sangat bertanggung jawab, iaitu dibina berdasarkan keperluan penganut setempat. Itu sebabnya, satu kawasan seperti pekan Sabak Bernam tidak ada gereja. Ada pengenut kristian tetapi jumlahnya kecil dan setakat ini tidak memerlukan sebuah gereja. Saya masih tidak faham dalam ladang yang tidak ada manusia tinggal boleh ada beberapa buah kuil.

    ReplyDelete
  19. Tan sri zam, tahniah tulisan yg boleh menyedakan orang ramai yg tidak fahami sejarah

    ReplyDelete
  20. Kenyataan Nurul Mubin di atas tepat.Saya kahwin dengan orang Felda Ulu Jempol 23 tahun dulu,ktika pergi ke Maran,melalui jalan yang terpaksa menyusup di bawah bangunan kuil tersebut.Hanya satu bangunan sahaja ketika itu iaitu bangunan kuil.Setelah sekian lama tidak kesana,tak tahu pula begitu sakan sekarang ini.

    Ini semua kerana tolak ansur kerajaan,yakni pemimpin Umno jugalah.Saya juga samakan semua ini seperti mana Umno merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dahulu.Semuanya kerana sikap tolak ansur ataupun orang melayu selalu mmalang mendapat pemimpin melayu yang lemah.

    Ts Zam,

    Saya merasa sedikit bangga dengan tuan sejak blog tuan mula saya baca,sejak mula lagi.Saya sebenarnya kecewa dengan tuan ketika tuan berjawatan menteri dahulu,terutama di akhir tuan memegang jawatan.Saya minta maaf jika tuan tidak suka kenyataan ini.

    ReplyDelete
  21. As Salam Dato,
    Jangan salahkan TDM kerana membawa masuk Anwar. Pada masa itu Anwar memang powerful. Kalau dia join PAS, UMNO dah lama bungkus. Kecerdikan TDM melengahkan cita cita Anwar. Nampak terserlah apabila Anwar secara rakus menolak Tun Ghafar dan mencaturkan beberapa orang kuat TDM terbenam seperti TSri Rahim dan TSri Sanusi. Dan dalam Umno, kesetiaan dapat dibeli dengan wang ringgit. Tengoklah apa jadi dengan TSri Othman Aroff diKedah. So, jangan salahkan TDM.
    Kita bagi muka kat PKM sebab kita nak dunia tahu Malaysia sudah bebas dari komunis. Komunis serah diri. Komunis letak senjata. So, pelabur asing yakin datang ke Malaysia yang aman dan harmoni. Itu sahaja yg TDM mahukan. Selepas itu, Negara Malaysia pun maju dari segi ekonomi. Korea dan Jepun menjadi saingan kita. Singapura dah naik rungsing. Thailand Indonesia dan Filipina jauh kita tinggalkan. jangan salahkan TDM lagi dalam penulisan Dato sekiranya tidak tahu.

    ReplyDelete