Sunday, 14 December 2014

ANTARA HASUTAN GUNA " ALLAH" DI PULAU PINANG DAN PEMBAKARAN BIBLE

KEMPEN MODERATION  STAR MEMBISU TERHADAP GUAN ENG.

Bagi CEO The Star dan juga bekas Ketua Pengarang akhbar ini Datuk Wong Chun Wai , Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng yang telah menghina perundangan Islam dengan menidakkan kuasa agama Islam keatas bukan Islam adalah menepati hasratnya untuk menegakan Moderation ala Star di negara ini.


Suara Guan Eng yang mengatakan orang bukan Islam di Pulau Pinang berhak menggunakan perkataan Allah yang berarti menidakan kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung tidak ekstrim kepada Wong tetapi yang ekstrim ialah Ibrahim Ali yang menganjurkan pembakaran Bible.

Pemberian hak kepada rakyat Pulau Pinang oleh Guan Eng itu disanggah sertamerta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan penjelasan bahawa kuasa dalam hal ini tidak terletak di bawah ketua menteri atau menteri besar sebaliknya dalam bidang kuasa Yang Di Pertuan Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Agama.

Keceluparan Guan Eng ini tidak dapatt dirasakan oleh Wong sebagai seorang Cina Kristian tetapi amat dirasakan terhina dan tercabar oleh orang Islam di negara ini yang meanggapnya sebagai suatu hasutan untuk penderhakaan.Kepada CEO The Star yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong


Kata Mufti Pahang Datuk Adul Rahman Osman perbuatan itu menghina agama dan pihak berkuasa agama Islam kerana samada orang Islam atau bukan Islam mesti akur dengan keputusan Majlis Fatwa.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr. Wan Mohd Noor meminta Guan Eng merujuk kepada mereka yang pakar jika beliau tidak memahami Enakment Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

CEO Star tetap tidak mempedulikan  sentiviti umat Islam dalam pekara  ini walaupun beliau  sendiri telah mendengar penjelasan daripada Duli Yang Maha  Mulia Sultan Selangor mengenai pengharaman  pengedaran  Bible  dan perkataan Allah itu di negeri ini . Maka itu beliau tidak merasa perlu untuk mengkritik Guan Eng malah tidak membesarkan berita ini kerana hendak melindungi Guan Eng tetapi jika sesuatu yang bersifat sensitif kepada bukan Melayu beliau akan  memenipulasi dan mengexploitasinya habis-habisan.

Lebih hebat lagi dalam akhbar The Sunday Star harini  beliau mengistiharkan dirinya sebagai mewakili rakyat Malaysia yang menentang politik  membenci,kaki buli rasis dan pelampau  seolah - olah orang Melayu tidak nampak wajah talam dua mukanya.

Percayalah dia tidak boleh hidup dengan muka ini selamanya kerana rakyat Malaysia yang anti perkauman  dan anti ultra liberalisme lebih besar dari kumpulan moderation ala The Star yang cuba menggambarkan diri mereka lebih besar dan lebih penting dari yang sebenarnya.

Kenapa beliau tidak bersikap seimbang dan hanya nampak kepentingan kebebasan yang  bukan hak kepada bukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan  dan tidak hak orang Islam yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seluruh orang Melayu dan seluruh ahli UMNO harus sedar apa yang dilakukan oleh akhbar  The Star khususnya CEOnya  adalah lebih  banyak mendatangkan  masalah kepada perjuangan solidariti antara MCA dan UMNO malah lebih merosakan imej Datuk Sri Najib yang belum dapat keluar  sepenohnya  dari kesan ura -uranya  hendak menghapuskan Akta Hasutan 48 walaupun dibatalkan. Malah dalam hal ini The Star tidak bersungguh - sungguh untuk membantu memulihkan  kerosakan yang turut dilakukannya  sebaliknya terus menimbulkan keraguan terhadap matlamat suci Akta Hasutan itu.

Datuk Seri Najib sedar atau tidak sedar Kempen Moderation The Star ini   telah disekutukan dengan  Jabatan Perdana Menteri dan khabar yang heboh diperkatakan ianya  mendapat sokongan kuat dari Perdana Menteri. Keyakinan ini bertambah besar apabila  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir turut menyarung baju Moderation Star.

Wong  sekarang sedang tenggelam dalam keseronokan dan keegoaan  Hero of Moderation ala The Star sehingga terlupa bahawa perbuatannya itu  mirip sokongan kepada cita-cita DAP dan memudaratkan imej  Datuk Seri Najib. terutama di kalangan orang Melayu sendiri yang diperlukan oleh Najib  untuk terus menjadi PM. Star tidak membantu dalam hal ini sebaliknya lebih banyak mendatangkan mudharat.






10 comments:

  1. Zam, engkau nampaknya tidak faham dan tidak nampak bahawa Najib dalam keadaan sekarang terpaksa bergantung didahan yang rapoh dan dia percaya orang bukan Melayu dan bukan Islam yang akan membantu kemenangannya dalam pilihanraya akan datang.

    Bukti bahawa beliau berada didahan rapoh ialah apabila beliau mendengar nasihat media teamya supaya menghentam bloggers UMNO sebagai bangang yang mendedahkn sesuatu yang selama ini tidak diketahui oleh orang bukan UMNO dan juga rakyat umumnya.

    ReplyDelete
  2. Akhar Sunday Star hari ini menyiarkan berita di muka 5 " Syariah law is not divine law,says SIS.
    Ini sokongan yang kuat kepada Ketua Menteri Pulau PInang.Bijak sungguh Star menyusun stratijinya untuk menentang perlembagaan persekutuan. Tahniah Wong.
    Kalau pegawai pegawai Zahid Hamid tidak namapk,silalah Zahid sendiri lihat permainan ini. Bagaimana jika Utusan menyiarkan berita Perlembagaan Persekutuan juga bukan divine dan hak bukan Melayu atau sekolah Cina boleh dihapuskan?Bukanlah ini merupakan hasutan.Apakah di bawah Akta Hasutan sekarang tidak cukup kuasa untuk ambil tindakan? nak tunggu apa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik sahaja nampak Guan Eng berada dalam bahaya Star terus mencari sokongan kepadanya terutama dari orang orang Islam yang liberal yang kebanyakannya tidak memahami dengan mendalam perlembagaan negara.

      Tahniah kepada Wong kerana cepat bertindak. Pastikan jadi calun DAP pilihanraya akan datang.

      Delete
    2. Dap pulak hang ni.. dia jadi calaon BN lah..one for Ah Gib gor.

      Delete
    3. Calon sesuai BN ...kononnya sekutu najib...puihhhhh....

      Delete
    4. Tkutkn org mlyu x sokong.org cina x sokog.org india x skong..kmngan plhnraya adlah ktntuan ALLAH...tgk nuar brhim 52% sokongn rkyt pon kalu x dizinkn ALLAH xkn dptny dia jd PM...dgar nsihat ustaz kazim elias.

      Delete
  3. Salam Tan Sri Zam.

    Memang jelas CEO the Star Wong Chun Wai licik dan penghasut besar....cuma ketua2 Melayu Umno memang bangang dan buta atau sengaja buat tak nampak....sebab bodoh atau penakut nak bertindak terhadap dia.

    Dia memang 'double standard' dlm tulisan dan kecaman pd org Melayu dan Kerajaan.

    Dap kafir lakhnat...melalui the Star telah berjaya sekali memberi persepsi bahawa Malaysia mengamal pemerintahan secara 'extreme' dan menindas terhadap org bukan Melayu...terutama org Cina.

    Ini juga suatu pengajaran pd Presiden Umno bahawa cubaan dia untuk mengambil hati.... dan bersopan santun sentiasa serta selalu apologetik pd bangsa yg tidak tahu erti persahabatan dan keikhlasan ini memang tidak berhasil langsung malah cukup memualkan bagi majoriti org Melayu.

    Ini yg dikatakan 'senjata makan tuan'....itu pun kalau dia faham ertinya.

    Apa yg Jamil Khir lakukan dgn memakai baju 'Kempen Moderation the Star' ia lah satu contoh jelas...betapa org2 Najib pun serupa dia juga...tidak ada jati diri dan alat mudah untuk Dap kafir lakhnat gunakan untuk menguatkan lagi niat nak meliberalkan negara atas suara 'moderation'.

    Inilah yg dikatakan 'org bodoh makanan org cerdik".

    Jamil nak ambil hati Najib...Najib nak jaga hati Cina...inilah jadinya.

    Tolol tahap maksimum.

    Ketua2 Melayu telah menjadi buta mata...buta akal serta buta kayu kerana....tidak nampak bahawa kempen 'Moderation' sebebarnya untuk menjadi negara lebih liberal pd semua yg mereka juangkan sekian lama...seperti LGBT...Kalimah Allah...Murtad....Undang2 Syariah yg tidak lagi menjadi penting bilamana menghakimi perkara2 melibat Islam dsb.

    Apa pun usaha Najib nak jaga hati Cina tidak ubah seperti peribahasa Melayu berkata..'hidung tak mancung...pipi tersorong2'.

    Sebagai seorg Presiden parti Melayu yg juga PM...cara dia mengambil hati org2 Cina cuma memalukan...lekeh dan hina sekali.

    'Very low class'.

    Kini...mereka Dap kafir lakhnat sudah berani nak mengenepikan Perlembagaan Negara dgn KM mereka memberi kebenaran terhadap pengunaan Kalimah Allah oleh org bukan Islam diPulau Pinang pula.....seakan2 dia yg berkuasa penuh pd undang2 negara.

    Inilah mereka....belum lagi mendapat mandat penuh dlm parlimen cuma sekadar atas tiket PR pun telah merasa hebat dan berkuasa penuh.

    Mana ahli2 Pas yg kunon nya nak menegak Islam dan nak berhudud?

    Rakan sekutu yg biadap begini pun mereka tak terdaya nak kawal.

    Mungkin terlampau ikhlas dan berpegang pd janji atau pun memang penakut dan bodoh hingga lidah jadi kelu....telinga jadi pekak dgn rakan sekutu dari parti Dap kafir lakhnat ini.

    Terima kasih.




    ReplyDelete
  4. We now hear of malaysians joining Isis,let s hope whatever cause they go there for, they do not decide to use it here.Hopefully we will not have suicide bombers locally,roaming around searching for a reason to commit their so called jihad.Please, people, Muslims and non Muslims, let s stop instigating each other.

    ReplyDelete
  5. Salam TS Zam

    Saya simpati dgn TS dan beberapa kerat blogger melayu yg lain yg berusaha menulis analisa dan 'insight' terhadap isu2 semasa. Tidak banyak bekas wartawan, profesor, sasterawan, ilmuan dan cerdik pandai Melayu yg nak menulis sukarela kecuali kalau dibayar atau dapat habuan lain.

    Saya rasa kita patut kempen agensi kerajaan macam IKIM, BERNAMA dll adakan ruang siar..melalui blog atau radio mereka bagi para intelek menyampai ilmu dan fakta spt dibuat media bukan berhasa melayu. Cerdik pandai Melayu juga harus menulis utk beri fakta, analisa dan pendapat bernas tentang isu semasa, ekonomi, sejarah dsb supaya org kita celik dan tidak terpengaruh dgn dakyah pembangkang, the Star dll. Cukup2lah beri ruang kpd hiburan, cerita2 motivasi, promosi ubatan2 dan lain2 yg bermodal air liur shj yg tak membantu meningkatkan pengetahuan, semangat dan daya saing ummah..

    ReplyDelete
  6. Orang kafir mana faham tentang hukum agama islam. Mereka fikir MODERATION itu bermaksud hukum agama tentang halal-haram itu sudah menjadi makruh, sunat dan harus. Pihak berkuasa yang berkaitan agama islam harus memainkan peranan untuk memberi penjelasan tentang apa itu MODERATION atau makna UMAT PERTENGAHAN yang dimaksudkan di tengah-tengah surah Al-Baqarah.

    ReplyDelete