Sunday, 9 November 2014

WANITA UMNO TURUT MEMBANTAH NAJIB

SURVIVAL POLITIK SHAHRIZAT

KOMEN:
Anonymous10 November 2014 10:54
Sharizat merupakan salah seorang penyokong kuat PM. beralih sokongan tentang akta hasutan hanya bermaksud bahawa sesuatu akan berlaku PAU nnt. saya doakan ini adalah benar.
Dia membaca dan menghidu perkembangan ini maka tiba2 bersuara lantang terhadap pm. Ini hanyalah tindakan survival politik sendiri.

Walaupun telah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa beliau bukan bermaksud untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 tetapi kebanyakan rakyat; terutama UMNO sendiri mengambil kesimpulan itulah hasratnya yang sebenar.

Selain dari bantahan yang telahpun dibuat oleh beberapa bahagian UMNO, hari ini perhimpunan lebih 500 orang Wanita UMNO di Ibu Negara telah mengambil keputusan untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Datuk Seri Najib. 

Mereka membuat keputusan itu setelah menghadiri perjumpaan untuk memahami Akta Hasutan 48 yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat menyatakan bahawa ketiadaan undang-undang itu kelak akan menimbulkan suasana kebimbangan yang melibatkan kedudukan agama,bangsa dan juga raja-raja.

Datuk Seri Najib telah mengumumkan hasratnya untuk meminda Akta Hasutan 48 dalam usahanya untuk meluaskan lagi dasar libralisiasi dan demokrasi Malaysia setelah beliau membuat keputusan sendirian menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang menimbulkan bantahan dari bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera dan juga dari bekas-bekas hakim dan pelbagai pertubuhan Melayu.

Adalah dijangkakan tekanan semakin hebat akan didatangkan oleh UMNO dari seluruh negara menjelang Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO tidak lama lagi terutama sekali ke atas konsep Kesederhanaan (Moderation) yang dikemukakannya yang lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan agama Islam dan maruah orang Islam di negara ini walaupun memberikan imej baik keluar negara.

WANITA  UMNO AKAN HANTAR MEMORANDUM BANTAHAN PADA NAJIB


Wanita Umno chief Shahrizat (right) and her deputy Datuk Azizah Mohd Dun. - Bernama
Wanita Umno chief Shahrizat (right) and her deputy Datuk Azizah Mohd Dun. - Bernama
KUALA LUMPUR: Wanita Umno disagrees with the proposal to abolish the Sedition Act 1948, saying that it is still needed to ensure peace and security in the country.
Its chief, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, said it was also feared that the absence of the Act in the future would cause a worrying situation involving racial, religious and institution of monarchy issues.
"These issues may be triggered by seditious statements and worsened by the freedom of speech in social media," she told reporters after attending the 'Understanding the Sedition Act 1948' programme organised by Wanita Umno Legal and Advocacy Bureau here Sunday.
Shahrizat said the 500 Wanita Umno leaders who attended the programme agreed to submit a memorandum to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to ask the Government to retain the Act.
She said Wanita Umno, through its branches nationwide, would also launch a campaign to collect one million signatures who believe the Act should be retained.
"Wanita Umno will also organise programmes and forums for those with no political interests so that they will understand the risks that await if there is no specific Act that can protect national security," she said.
Shahrizat said the Wanita Umno would also convene a meeting with the Wanita movements in Barisan Nasional (BN) component parties and non-governmental organisations, in order to learn their opinions about the plan to abolish the Sedition Act.
At the Prime Minister's Department's monthly assembly on Sept 8, the Prime Minister reportedly said that the Government would exercise utmost prudence in deciding whether to maintain the Sedition Act 1948 or introduce the National Harmony Act. - Bernama

18 comments:

  1. Salam Tan Sri.

    Sy berpandangan bahawa sudah smpai masanya Parti Umno perlu memperketatkan atau menghadkan kuasa Presiden didlm membuat keputusan besar terutama yg melibatkan kepentingan org2 Melayu sbgai rakyat majoriti disamping perkara yg melibat ugama Islam.

    Disebabkan Presiden Umno juga yg akan menjadi PM negara....adalah wajar jika Parti Umno melihat semula 'review' bidang kuasa Perdana Menteri didlm meluluskan atau membatal apa2 Dasar...Akta ...dan Perkara Besar terutama mengenai Hak Keistimewaan Melayu...Kuasa Raja2 ..termasuk perkara2 yg melibatkan Ugama Islam dari dicabar oleh musuh Islam dgn cara mempengaruhi PM....seperti yg selalu mereka lakukan.

    Negara bukan hak Presiden dan mereka yg rapat dgn beliau untuk dierjudikan.

    Kalau boleh dihadkan saja jawatan Presiden kepada 2 penggal dan jawatan Ketua Pemuda kepada 1 penggal atau maksimum 3 tahun sahaja.

    Ketua Pemuda yg sudah tamat tempuh atau melebihi 3 tahun seperti dewasa ini cuma buang masa sahaja....nmpaj mcm syok sendiri dan rasa hebat tetapi kelihatan menjadi 'loud speaker' Pembangkang pula.

    Pokoknya Umno perlu berbuat sesuatu...veteran dan mereka 6g 'senior' dlm Umno wajar di beri peranan dan menjadi suara penting dan suara terakhir dan diberi kuasa membantah....menasihati atau melantik semula Presiden atau Timbalan dan Naib2 Presiden yg tersasar dari landasan.

    Sy kira ini bukan satu usaha yg mustahil...malah ia dpt menjamin masa depan dan keharmonian negara dari diperjudikan oleh Presiden dan 'team' pilihan hati dia dari memandai2 juga mengelak mereka dari dipengaruhi oleh anasir bahaya musuh Melayu dan Islam....seperti yg kita rasai dan kelihatan dewasa ini.

    Bumi Melayu ini bukan hak Ptesiden serta isteri... keluarga raga dia dan geng 'Yes Men' dia.

    Terima Kasih.


    ReplyDelete
  2. Singkir je pemimpin pengkhianat bangsa ni... dok jilat Cina je... lihat apa jadi bila ISA dimansuh ? Akai ada ka? Atau dah dpt byk ganjaran dr Cina.... worst PM...

    ReplyDelete
  3. Ah Gib Gor lantak kau lah kau ingat Aku Kisah.. aku perlukan vote Cina tau tak tapi Najib..hmmmmm.. bangsa ku berontak but Ah Gib Gor kau ingat aku ada kisah la ni aku nak terbang pi. dot dot dot ada meeting. Najib bumiputra first or Ah Gib Gor Chinese fisrt ? I am confuse.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Zam,
    'Preventive is better than cure'. Najib tersilap langkah dengan membuat keputusan sendiri tanpa meminta pandangan rakyat. Akta keramat ini lah yang membolehkan rakyat Malaysia hidup aman damai bla bla bla. Kalau kita tengok kebanyakan negara yang maju pun akan ada Akta yang lebih kurang lagu ni.
    Akta Hasutan ini patut dimantapkan lagi terutama bab bab hukuman. Jika media massa cuba cuba bermain api, Menteri berkenaan keluar Arahan Eksekutif gantung permit 3 bulan berkuatkuasa sertamerta. No more first , second or third warning,
    Tapi tapi got eggs or not ?

    ReplyDelete
  5. Why is wanita suddenly wanting the publicity and limelight? Dont know if it is to show that their leader is still relevant? Or because Ah Jib Gor had the nerve to take back her husband’s cow and bullshit business? Whatever it is, her time is up. Nobody wants to listen to her (unlike her predecessor who chairs a lowcost airline whose comments still attract attention). Time for her to shutup and withdraw into the wilderness.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ketua wanita tu punya pasal la. tapi najib silembik tu pon macam blur..

      Delete
  6. sharizat merupakan salah seorang penyokong kuat PM. beralih sokongan tentang akta hasutan hanya bermaksud bahawa sesuatu akan berlaku PAU nnt. saya doakan ini adalah benar.

    dia membaca dan menghidu perkembangan ini maka tiba2 bersuara lantang terhadap pm. ini hanyalah tindakan survival politik sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarkah dia pun makan duit projek lembu rakyat demi keuntungan peribadi? Kaki rasuah bukan pemimpin rakyat jelata. Harap itu cerita dongeng.

      Delete
  7. Istilah "Moderation" Ah Jib Gor restu sungguh untuk di takrifkan oleh kumpulan political progressive DAP dan wartawan The Star. Ia tidak berlainan dari gerakan 'Islam Liberal' yang bapaknya Anwar Al-Juburi dan ideologinya disebarkan secara besar-besaran oleh Jaringan Islam Liberal Indonesia.
    Ke mana akal dan hati orang Melayu akan di hanyutkan oleh pihak ini yang tidak berprihatin kepada agama Islam yang benar atas jalan pertengahan dengan hikmah dan silatur rahim.
    Dengar khabar Najib mahu sangat kepada TPPA korporat itu di luluskan untuk wawasan diri dia sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah jib gor dan anwar sama saja jadi film star melayu..pengarah mereka berdua pun sama dr barat..bezanya ah jib bertuah sebab berlakon sbg hero, manakala anwar sebagai krok..dua dua main wayanggg...

      Delete
    2. Sy suker komen nie...:)

      Delete
  8. Seperti si pengembala kambing yang menipu orang kampung dengan helah serigala membaham kambing-kambingnya. Samalah dengan Ah Jib Gor. Kita sudah berkali2 tertipu dengan nya. Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, bertempiklah dia dengan laungan dan janji mendaulatkan negara, ugama dan bangsa. Tanpa rasa segan dan silu.

    Leman, Putrajaya

    ReplyDelete
  9. suruh najib berundur secara terhormat dari jawatan presiden umno sebab dia memang tak layak langsung memegang jawatan itu sekarang, jika degil ahli umno wajib singkirkan najib jika keadaan terdesak.. lagi pun umno bukan najib yang punya..najib boleh tubuh parti 1malayisa ganti bn.. adalah lebih baik buang najib dan sekutunya daripada membiarkan najib menggadaikan orang melayu terutama orang kampung di negara ini...

    ReplyDelete
  10. tapi pemimpin umno ni garang bila nak pau aje...... dah terpilih nanti semua menikus...ramai sgt yg berjuang untuk tembolok sendiri dan geng aje..... apa nak jadi dkt akar umbi bukan depa kesah. ramai yg masih pilih umno bn bukanlah sebab umno bn bagus tapi tak ada pilihan, pembangkang di malaysia satu pun tak boleh pakai. tapi jangan sampai rakyat dah bosan dan tak kisah siapa yg memerintah....

    ReplyDelete
  11. TSZam.
    Sharizat agak lambat.Wanita UMNO dan UMNO masih berada di belakang NGO Melayu seperti Perkasa dan lain-lain lagi.
    Wanita UMNO nampak terdesak sangat.Kenapa UMNO tak buat keputusan semasa persidangan UMNO bahagian yang lalu.
    Begitulah lemah dan lembik UMNO kini.
    Orang Melayu sudah dingin dengan UMNO.
    Rasanya DS Najib ambil keputusan berundurlah sahajala.
    Pegawainya banyak cari kemewahan hidup mereka sahaja.
    Nak lagak kereta mewah dan jenama hebat-hebat.DS Najib kian terhimpit.
    UMNO lebih banyak tonjol kemewahan gaya hidup drp bela nasib rakyat dan Melayu.

    Shahrizat pun main selamat.Nak jaga diri sendiri.Pada hal NGO lain sudah sekian lama pertahankan Akta hasutan ini.

    Tanpa UMNO pun melayu boleh bergantung NGO yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....ajk umno bahagian pun ramai yang dah hilang mood dgn presiden dan ahli mkt yg pentingkan diri sendiri..hanya kaki ampu dan pencari makan dgn umno saja yg masih main selamat spt tuan presidennya..

      Delete
  12. Satu pertanyaan apekah Izat akan protes sedemikian rupa jika beliau salah seorang menteri kabinet Najib ? semua ni wayang utk 'comeback' dan utk mencari 'mileage' politiknya........

    ReplyDelete