Tuesday, 18 November 2014

USTAZ KAZIM KUNJUNGI ZAM NEWSROOM CAFE


























Ekoran cemohan seorang Pegawai Khas  Menteri Belia dan Sukan, Zam Newsroom Cafe semakin mendapat perhatian orang ramai dan juga celebriti dan  personaliti radio dan tv. Diantara yang terkini mengunjungi cafe ini  ialah seorang pencermah bebas agama yang popular  di seluruh negara, Singapura dan Brunei,Ustaz  Kazim Elias Beliau telah membuat rakaman program   Talk Shownya  mengenai perniagaan online untuk TV9  dengan di interviu oleh Bellealyahya.

Ustaz Kazim Elias (lahir:28 November 1972)  Ceramah Ustaz Kazim banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau.

Sekarang orang ramai tidak lagi menghadapi masalah untuk mencari cafe ini yang terletak di Pusat Makanan dan Minuman  Ayer@8 Presint 8 Putrajaya kerana telah terdapat papan tanda di jalan jalan penting menuju ke kawasan ini.Jika anda datang  dari Jambatan Wawasan,belok kekiri dan kiri berhampiran dengan Kilinik Bersalin Risiko Rendah dan jika datang dari Persiaran Barat belok ke kanan di lampu isyarat simpang empat.

Selain dari Zam Newsroom Cafe di No D-G -3 A Jalan PG8 , sedang berlaku pertumbuhan pesat berbagai restoran , cafe dan makanan segera. Di antaranya restoran Thai, Pantai Timur, Padang, Arab ,sateh,Upin dan Ipin dan juga kedai kedai jahit dan pakaian.

Perlu disebutkan tajuk entry  "Pegawai Khas Khairy Jamaluddin diharamkan masuk ke Zam Newsroom Cafe" telah dikunjungi oleh hampir 8,000 sehingga jam 9 malam ini.

Keterangan gambar: Ustaz Kazim bergambar bersama dengan Tan Sri Zam dan Pembantu Pengurus Kedai Zamani  di kiri sekali dan adiknya Faiz dan di kanan sekali Rizal pengurus kedai pakaian Zainal bersebelahan cafe.



























11 comments:

  1. Saya jamin teh tarik di cafe ini tak ada tandingan di Putrajaya.Harganya pula murah jika diambil kira dalam sebuah cafe yang mempunyai kecantikan tersendiri,penuh dengan buku-buku. Saya suka design cafe ini. Tahniah Zam. Saya dah banyak kali datang tetapi saudara tak pernah ada.

    ReplyDelete
  2. Md. Amin Melawati.18 November 2014 at 22:24

    Kunjungan Ustaz Kazim kena masannya.Nanti saya ikut ustaz.

    ReplyDelete
  3. zam boleh anggap sokongan moral padanya.

    ReplyDelete
  4. Baru jadi pegawai khas menteri dah naik tocang.
    Itu belum jadi setpol pm lagi.
    Bila dapat kereta berjenama hina orang punya cafe.
    Syabas ust kazim.beri sokongan moral pada zam cafe.

    ReplyDelete
  5. tahniah TS zam, cafe cute cuma sayang msh x dan nk mengeTEH n YBhg Ust Kazim Elian, teruskan usaha tn, jgn peduli mangkuk2 kat luar tu nk kata apa...
    **sepatutnya dgn menteri dia sekali jgn dibenarkan masuk... apa sgtlah dia n konco n koncon n konco n konco dia tu.. ada ramai lagi MANUSIA YANG BERAKAL ELOK kat luar sana yg blh menjana ekonomi cafe TS zam..

    ReplyDelete
  6. Jika TS Zam selitkan sedikit 'kebajikan' impak nya akan lebih besar kerana para pengunjung jenis-jenis 'berduit' ramai di kalangan mereka suka juga menderma. Pokok nya blog dan media TS Zam boleh sahaja menjadi pemangkin tuntutan Allah SWT.

    Saya pasti TS Zam tidak memerlukan apa-apa lagi di waktu umur sekarang. Amat murni kehidupan di penghujung umur dengan santai beramal dan berjariah kepada yang memerlukan. Anak-anak muda perlu di didik berkebajikan dan bersikap mapan.

    Semoga ada jalan nya dan di berkati jua. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Lupakan saja pegawai menteri tu.
    Dah mentaliti dan budayanya begitu ... macam bossnya.
    Buang masa dan ruang saja !

    ReplyDelete
  8. TS Zam, tak perlu la layan pegawai menteri fesyen & gila glamour tu. Tak perlu pun haramkan pegawai tu datang ke Zam newsroom cafe. Sekurang-kurangnya pegawai tu telah mempopularkan lagi Cafe TS.

    Lebih baik TS menulis perkara lain yang berfaedah utk masyarakat dari layan pegawai otak sama macam menteri dia tu. Saya kita blog TS adalah antara blog patut dilawati. Penulisan menarik dari perspektif saudara. Bukan terikut2 kpd penulis lain.

    Syabas

    ReplyDelete
  9. Ramai betul ass kisser kat sini

    ReplyDelete
  10. Ass kisser ?
    Ha ha ... if you have nothing to say, say nothong !
    Jgn serlahkan mentaliti awak.
    Kita bebas menyuarakan pendapat ... pro or against !

    ReplyDelete
  11. yang tulis ass kisser tu pun sama gak..

    ReplyDelete