Saturday, 29 November 2014

"UNDI TIDAK PERCAYA" UMNO PADA PEGUAM NEGARA

NAJIB BUKAN BIJAK SANGAT TETAPI TIDAK BERERTI DIA BODOH.

Perhimpunan Agung UMNO  2014 berakhir dengan" undi tidak percaya" terhadap Peguam Negara dari peringkat Perdana Menteri ,Menteri Dalam Negeri hingga kepada seluruh perwakilan kerana ketidaktegasannya  menguatkuasakan   Akta Hasutan 1948 selama ini.

Datuk Seri Najib dalam ucapan penggulongannya di perhimpunan itu telah menyeru  Peguam Negara bertindak tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang itu dan Suruhanjaya Multi Media  dan Komunkasi hendaklah membuat  siasatan sewajarnya untuk tindakan dalam perlaksanaan Akta Hasutan 48.

Apakah arti semuanya  ini?

Seruan Najib itu  disambut dengan tepuh sorak bergemuruh para perwakilan yang dapat difahamkan dengan mudah sebagai  suatu luahan  perasaan mereka  terhadap kelemahan Peguam Negara yang telah berlaku sekian lama dan yang menampakan tindakan yang takut untuk menghadapi kontroversi dan cabaran dari pihak pembangkang.

Kata Najib dalam Perlembagaan, Peguam Negara ada kuasa mutlak tapi kita minta ketegasan dari peguam negara  untuk bertindak tegas. Ini berarti bahawa Peguam Negara selama ini tidak tegas.

Sebelumnya  Ahmad Zahid Hamidi juga diberikan tepuk sorak oleh para perwakilan apabila beliau meminta  Jabatan Peguam Negara membantu polis dalam menjalankan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang mahu diimplementasikannya  dengan segera." Jangan salahkan polis,polis hanya menyiasat dan menangkap" katanya. Ini adalah suatu pembelaan terhadap polis yang selalu disalahkan oleh pihak Peguam Negara kerana lemah dalam mengemukakan kes untuk pendakwaan.
.
Soalnya sekarang dengan pernyataan hasrat Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan serta merta di bawah Akta Hasutan 48  dan ketegasan yang mahu dilihat oleh Najib maka  apakah Peguam Negara  akan  dapat memberikan bantuan yang berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh kerajaan jika Peguam  Negara   disingkirkan maka berarti campur tangan politik tetapi jika rakyat yang diberikan harapan tinggi oleh  Najib dikecewakan oleh sikap Peguam Negara maka Najiblah yang akan tersungkur. Ramai orang berperasangka bahawa Peguam Negara juga berada di belakang pengumuman Najib untuk menghapuskan akta itu.

Tentang ucapan penggulongan Najib saya suka berkongsi pendapat dengan  Haikal Hakimi yang memberikan komen dalam enrty saya bertajuk" Inilah nafas terakhir Najib" bahawa" Najib bukan bijak sangat tetapi bukan berarti bodoh.Jangan under estimate percaturan politik beliau kerana beliau ada pengalaman luas .Cuma kadang kadang keputusannya menyebabakan keresahan rakyat".

Dibawah ini komen Haikal sepenuhnya:

1. Najib tau dia masih ada pengaruh kerana KUASA yg ada di tangannya sekarang.

2.,Sementara berkuasa maka macam-macam  strategi boleh diguna mengikut kesesuaian isu dibangkitkan.

3. Najib bukan bijak sangat tetapi   bukan bererti dia bodoh. Kelemahan beliau  dapat  ditutup dengan  pelbagai cara.

4. Kelebihan Najib adalah beliau tidak cepat melatah dan amalkan pendekatan yang  tidak agresif dalam menangani kritikan.

.




12 comments:

  1. Agaknya Zam yang dituduh olih Najib sebagai Rogue Pro UMNO Blogger yang dia anggap Bangang.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini perkara biasa bro. PM dipenghujung hayatnya ( bukan kerana pemberontakan dalam UMNO tetapi olih rakyat di PRU14 nanti) akan mula kebingongan dan mula menuduh yang bukan bukan. Semua pemerintah yang `telornya` dihujung tanduk akan kehilangan `akal` di akhir jawatannya.

      Delete
    2. Saya bukan blogger UMNO.Saya tidak berada dalam senarai bayaran mereka.Saya blogger bebas,lebih bebas dari Lim Kit Siang yang mendakwa diri sebagai juara demorasi dan kebebasan.

      Delete
    3. Ali Setan, bro. I love your new phrase: `Semua pemerintah yang `telornya` dihujung tanduk akan kehilangan `akal` diakhir jawatannya. Well said and gua caya sama lu. Memang itu selalu terjadi.

      Delete
  2. sebenarnya..karenah najib yang buatkan orang umno dan melayu jadi bangang..jelas sekali siapa yg paling bangang..

    ReplyDelete
  3. Adakah saudara Zam sedar di upacara penutup perhimpunan UMNO kali ini ada usaha untuk memperkecilkan Tun Mahathir secara halus dan bijak. Quote yang diambil untuk meningatkan ahli UMNO ialah dari ucapan Mantan PM Abdullah Badawi dan juga dari Tunku Abdulrahman tetapi Quote dari Abdullah tidak diberikan tepukan.

    Penegasan Mahathir mengenepikan undi Cina menyebabkan kekalahannya di Kota Setar dahlulu adalah untuk Najib menunjukan bahawa perbuatanya favour Cina sekarang adalah tidak salah demi untuk dapatkan undi Cina.

    ReplyDelete
  4. Sebagai seorang Melayu saya berpendapat kerajaan tidak lagi boleh menyimpan AG yang ada sekarang kerana dia juga terbukti flip flop masa Nanib sendiri,umpamanya dalam kes seorang India mensifatkan UMNO celaka. Banyak kes mengenai agama yang menampakan jika hakim bukan Melayu maka akan menanglah bukan Islam dan bukan Melayu. Credibility judiciary gone. Kes Anwar Ibrahim sampai sekarang belum diputuskan.Mahkamah membuat perhetongan politik dan bukan berpandu undang-undang.

    ReplyDelete
  5. A profesional would not stay foot if his credebility is in doubt or being question.

    ReplyDelete
  6. 1. Leader yg mudah emosi bukanlah a true leader.

    2. A true leader accepts responsibility to show that he is accountable.

    Bukannya shifting the responsibility (pd AG dan sebagainya).

    3. Saya naik maleh nak komen pasai najib ni.

    Mmg perwakilan tak akan kick him out kerana mereka saling "complimentary".

    So org MELAYU keseluruhannya mesti bangun to do the NEXT !!!

    ReplyDelete
  7. Saya tak peduli sama ada Najib kuat atau lemah. Yang saya peduli adakah rakyat akan buat perubahan pada PRU14 nanti? UMNO belum mampu membuktikan ia parti yang ada wibawa. sorakan dan jenaka di Dewan Merdeka belum tentu terjemahkan sokongan rakyat

    ReplyDelete
  8. Najib bukanlah pemimpin yang bijak dan pintar.
    Dia banyak main selamat sejak sekain lama.
    Dia bernasib baik kerana anak Mantan PM juga.
    Begitu juga Hsihamudin,Mukhriz dan menantu PM Khaiiri.
    UMNO perlu dijadika sebuah parti berimej rakyat.
    Itu saja.

    ReplyDelete
  9. tan sri rasanya sudah salah fham,

    najib mahu tindakan diambil. tp bukan pada cauvinist, pada kita lah yg digelarnya extremis. maksudnya golongan seperti isma dan perkasa dan kami ni yg mahu mempertahankan a ba dan ta walaupn presiden parti yg sepatutnya ade semangat ini.

    ckp dia berlapik even dlm pau dia x berani ckp perkataan cauvinist. malah lebih memalukan dlm pau dia tiada telur utk tunjukkan keliberalan dia.

    akhirnya org lain disalahkan kecuali dirinya sendiri. dia sudah pasti seorang PM yg bodoh sombong dan x boleh ditegur. kata2 bangang tu barangkali haruslah ditujukan pada dia. blogger umno mempertahankan umno dan semangat a ba dan ta, bukannya exclusive mempertahankan presiden.

    barangkali dia x faham cue yg kita berikan. berhentilah, turun dan tolong letak jawatan datuk seri. ini utk kepentingan umno maka salahkah blogger umno yg mengkritik keras dirinya. mcm yg saya ckp bodoh sombong. memandangkan dia adalah elitis maka sifat ini mungkin tidak dpt diketepikan.

    ReplyDelete