Friday, 7 November 2014

SUARA SEDAR BERANI PEMUDA DARI SELATAN.

NAIB KETUA PEMUDA UMNO JOHOR DEDAHKAN LUKA TERPENDAM AKAR UMBI.

KOMEN:
Anonymous7 November 2014 08:44
Malangnya org seperti pemuda ini tidak ada pengaruh dlm umno, maka umno tetap parti sampah yg membelot perjuangan parti melalui pembesar liberalnya.
Masa depan org melayu dan bangsa bumiputera yg lain di tgn kita. kenapa kita mahu kisah dgn najib dan kj serta org2 lain yg liberal sekiranya anak cucu kita kelak menjadi mangsa di negara sendiri? kita harus tau wht is at stake here. berdiam diri maka kita turut sama bersubahat menjahanamkan anak bangsa sendiri.

NAIB KETUA PEMUDA........
Ketika  Melayu dan Islam berada dipihak yang tertekan   di bawah  konsep kesederhanaan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib,telah bangun suara berani dan sedar dari Selatan  tanah air  untuk menunjukan  bahawa konsep itu tidak  berada pada landasan  yang betul.

Inilah  fahaman saya dari kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor , Khairul Anwar Rahmat ( Utusan Malaysia 3 November 2014) apabila beliau menyatakan bahawa ada ketikanya konsep kesederhanaan tidak sesuai digunakan terutama melibatkan perjuangan agama dan penegakan undang-undang syariah.

"Konsep kesederhanaan perlu diletakan pada tempat yang betul,"katanya. Syabas Khairul. Rupa- rupanya masih ada warisan perjuangan dalam Pemuda UMNO.

Kenyataan ini mungkin tidak bagitu menarik perhatian dan dibiarkan berlalu bagitu sahaja tetapi sebenarnya inilah suara hati rakyat diakar umbi terutama ahli ahli UMNO .

Suara lantang dan berani  dalam soal yang menyentuh akidah dan maruah bangsa sudah tidak datang lagi dari UMNO apatahlagi dari Ketua Pemuda UMNO  tetapi  telah diambil tanggungjawabnya oleh NGO  dan Perkasa  oleh kerana orang UMNO berada dalam ketakutan dianggap sebagai ekstrem atau tidak relevan dengan pentas globalisasi.

Maka itulah Khairul berkata " Bagi kita,perjuangan habis-habisan dan kelantangan itu juga adalah satu bentuk perimbangan dan keseimbangan apabila kena pada masa dan topiknya kerana wasatiyyah usah ditafsir sebagai sederhana semata-mata kerana nanti kita terpalit dengan sindrom sederhana yang akhirnya melahirkan umat serba sederhana"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berjaya dalam usahanya untuk mempromosikan imej  Malaysia di luat negara sebagai contoh negara Islam sederhana tetapi mendatangkan kesan yang negatif dalam negara sehingga keperingkat akidah dan tradisi serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi dicabar dengan berbagai provokasi yang menjatuhkan maruah Islam di negara ini.

Orang bukan Islam dan fanatik Kristian mengambil kesempatan ini untuk mengexploitasi konsep ini bagi terlihat memihak kepada mereka.

Terkini orang Islam telah digunakan untuk mendedahkan  tiada  kesederhanaan dalam Islam di Malaysia  bila  orang Islam ditunjulkan  tidak boleh menyentuh anjing dan pesta arak dibantah oleh orang Islam di negara Islam ini.

Keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Presiden Perkasa Ibrahim Ali kerana mengancam untuk  membakar bible dalam Bahasa Malaysia dicabar dengan lantang untuk menunjukan tidak adanya  keadilan dan kesederhanaan Islam di Malaysia. Pengarah Urusan  The Star Datuk Wong Chun Wai telah tampil kehadapan menjadi juara dalam hal ini. Star diberikan kepercayaan oleh Datuk Najib untuk mempromosikan konsep sederhana.

Konsep sederhana ini telah menyebabkan orang UMMO dan juga orang Melayu dan Islam  berada dalam keadaan menyerah  kalah kerana takut di anggap sebagai ekstremis malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri takut untuk  mempertahankan  seorang menterinya Nancy Shukri yang menyampaikan keputusan Peguam  Negara itu.

Ketua  Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin  tidak bersuara dalam soal penganjuran Pesta Arak dan Sentuh Anjing   yang  sengaja dilakukan untuk mendedahkan menerusi kebangkitan berbagai  reaksi    bahawa kesederhanaan bukan sifat orang  Islam Malaysia.

Sewajarnya tindakan mencegah dan juga tindakan pantas diambil terhadap mereka yang telah melakukan hasutan dan  provokasi untuk memecahbelahkan  bukan sahaja perpaduan kaum tetapi  menimbulkan pergaduhan  sesama umat Islam di negara ini. Inilah cabaran sebenar terhadap Akta Hasutan 1948.

Berasaskan kepada semua perkembangan negatif ini, orang Islam yang sedar dan insaf merasa kekosongan dan kepalsuan dalam   jaminan  Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam satu interviu dengan TV3 baru baru ini bahawa UMNO akan terus mendukong Islam ,Melayu dan Raja- Raja Melayu.(NST 6 November 2014).

Interviu ini adalah suatu usaha  untuk mengawal kerosakan imej kerajaan   yang sedang runtuh menjelang mesyuarat agung UMMO berikutan dengan berbagai masaalah perkauman dan penghinaan terhadap Perlembagaan Negara khususnya Islam yang berlaku sejak Najib menghapuskan ISA dan pendedahan hasratnya untuk meminda Akta Hasutan 1948.Dengan berbuat demikian beliau telah menjemput masalah demi masalah.

Saya percaya  perkembangan-perkembangan negatif  inilah mendorongkan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor menyeru supaya  orang Melayu dan khususnya UMNO  kembali lantang dan tidak dilalaikan  oleh sindrom sederhana.

Sindrom sederhana ini menyebakan Melayu dan Islam berada  dalam keadaan bertahan dan pihak musuh dipihak  menyerang. Dalam peperangan bila  berada dalam keadaan bertahan  berarti sudah berada dalam kekalahan ,

Inilah yang sedang dirasakan oleh orang Melayu dan Islam sekarang.

Khairul sebenarnya telah menyuarakan apa yang dirasakan oleh orang Melayu dan Islam di akar umbi di seluruh negara.

Saya tersentuh kerana rupa rupanya masih ada pemuda UMNO yang berjiwa besar , sedar dan berani. Semuga suara ini menjadi perintis kebangkitan suara berani pemuda UMNO di seluruh tanahair yang sedang memendam rasa.

24 comments:

  1. Wong Chun Wai dan Ah Gib Gor what the differences?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No difference.. both are stupid..

      Delete
  2. malangnya org seperti pemuda ini tidak ada pengaruh dlm umno, maka umno tetap parti sampah yg membelot perjuangan parti melalui pembesar liberalnya.

    dalam berfikir kehadapan kita perlu segera bertindak seperti pesakit diabetis. sekiranya perlu org melayu berputus arang dgn umno maka inilah masanya. adakah kita masih mahu menunggu. tiga tahun adalah masa yg singkat.

    sekiranya para liberal dan elitis masih di dalam umno maka sudah sampai masanya isma dan perkasa menjadi platform yg baru utk org melayu.

    saya akan melihat perkembangan pau hujung bulan ini dan menunggu dan memerhati bagaimana ucapan tun akan mengubah umno.

    sekiranya tidak maka saya xkan berpaling kebelakang semula. saya syorkan kita org melayu move on dan cari platform baru.

    masa depan org melayu dan bangsa bumiputera yg lain di tgn kita. kenapa kita mahu kisah dgn najib dan kj serta org2 lain yg liberal sekiranya anak cucu kita kelak menjadi mangsa di negara sendiri? kita harus tau wht is at stake here. berdiam diri maka kita turut sama bersubahat menjahanamkan anak bangsa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang teringat cadangan TG Nik Aziz. Bubarkan Umno dan Pas. Tubuhkan parti baru.

      Delete
    2. nampaknya even kita pn sudah tidak dpt tahan. asalkan bkn umno.

      Delete
  3. Tk Tan Sri
    Najib is a loser

    ReplyDelete
  4. 1.mana ada islam wasatiyah, mana ada islam hadhari, mana ada islam madani, yg ada ada hanya islam.

    'Lo! religion with Allah (is) the Surrender (to His Will and Guidance)' (3.19)
    Quran Translation by M. Pickthall.

    'Indeed, the religion in the sight of Allah is Islam. (3.19)
    by sahih international.

    addin = way of life & islam = submission.

    2. kalau semua dok sebok bertahan, bila nak score gol?

    ReplyDelete
  5. kalau nak bina pagar mesti pakai konkrit. jangan pakai lalang... di negara ini pagar tak makan padi... pagar lembik dan dipijak-pijak oleh anasir jahat untuk masuk 'memakan padi' -- pucuk pemuda umno gah penjenamaan tapi mandom dan koro dalam perjuangan membela agama dan bangsa. akar umbi pulak takut bersuara nanti hilang jawatan. inilah penyakit umno pemuda atau yang dah tua -- sama saja. kalau masih tak berubah, PRU depan jadi pembangkanglah....

    ReplyDelete
  6. Wong punya star online keluarkan berita Syed Azmi, penganjur pegang anjing, minta maaf dan Jakim tidak akan ambil apa jua tindakan lagi.
    Tapi Wong tetap perlu enforce kan pada pembaca nya tentang negativiti orang Islam dengan mengungkit perihal Syed Azmi di ugut nyawa nya.
    Walhal ia tiada kaitan langsung dengan jalan berita yang disampaikan.
    Mungkin Wong kecewa dengan sikap Syed Azmi kerana terlepas peluang untuk majukan ajenda Melayu Islam yang liberal.

    ReplyDelete
  7. PEMUDA UMNO SEPATUTNYA TIDAK DILALAIKAN OLEH SINDROM OXFORD. KITA MEMERLUKAN PIMPINAN DINAMIK YANG MENJIWAI PERASAAN RAKYAT DI AKAR UMBI DAN BUKAN PIMPINAN ELITIS YANG TIDAK BERJIJAK DI HATI RAKYAT, SEOLAH OLAH SEMUA ORANG MELAYU TELAH BERADA DALAM MIMPI GLOBAL.

    ReplyDelete
  8. Cuba tanya sekali lagi kepada Naib Ketua Pemuda Johor..benarkah maksudnya seperti yang zam kata.

    "Akhbar salah petik" - semangat taik kucing umno sekarang. Jangan terlalu percaya sangat, Khairul terdedah kepada panggilan telefon dari Ketua Pemuda Negeri, Dari Ketua Bahagian, dari Kj sendiri, dari Khaled Nordin dari Muhyiddin....larat ke nak mempertahankan kata-katanya (?)

    Utusan Malaysia pun dah pakai bedak dan gincu.

    ReplyDelete
  9. DSN terlalu mendengar komen2 di FB sedangkan mereka tidak mewakili majoriti rakyat.

    ReplyDelete
  10. "Kesederhanaan" saranan Najib di letakkan dalam tangan Bukan Islam. Kenapa tidak dalam "gabungan Ulama?"

    Semua nya mencari BALA Allah SWT !!

    ReplyDelete
  11. Beredialah Khairul Anuar untuk d 'cicirkan' dari senarai pembesar-pembesar UMNO!

    ReplyDelete
  12. Mungkin beliau dah dapat greenlight dari TSM
    sekarang ni mana ada pemimpin naik dengan sendiri tanpa ada restu warlord-warlord UMNO.Kalau tak ada , Khairul Anuar dah dicantas awal-awal lagi.

    ReplyDelete
  13. TSZam.
    Kesederhanaan.Tahi kucing lah jawapnya.
    Setpol PM pun mampu pakai ferari.
    Warna meraha.Itulah bangganya anak Kedah.

    Sederhana jadi mainan sahaja.Sebab ada yg sanggup perlekehkan cafe TSZam.

    UMNO adalah lambang kemewahan.UMNO bukan lagi lambang perjuangan untuk Melayu.
    Semua jawatan dalam UMNO adalah untuk buat harta dan mewah sahaja.

    Keringat rakyat BRIM gula kopi kain pelikat .Itu sahaja.

    Pedih bila cakap sederhanaan.

    ReplyDelete
  14. Biasa la, PAU kan dah dekat.. Badut-badut sarkas UMNO mula lah nak tunjuk lagak... Sampai bila orang melayu nak dok biaqkan badut-badut pelaq ni dok menipu kita..

    ReplyDelete
  15. Salam Tan Sri.

    Luka Terpendam Akar Umbi......

    Cuma sy risau luka ini dgn sendiri nya hilang atau lagi teruk kerana tidak mungkin lagi diubati oleh ketua2 yg bertanggung jawab.

    Apa perlu mengubati luka2 ini?

    Cubaan mengubati akan mengkompromikan kedudukan dlm parti sahaja...silap2 kerana berminat mengubati nya akan cuma melemahjan kedudukan dan survival diri sahaja.

    Minat sngat kah Hishamuddin....Muhyuddin..baik KJ sekali....tentang keluh kisah akar umbi?

    Najib bagaimana pula?...serupa saja..malah yg paling teruk sekali....semua ini angkara dua juga...yg diam seribu bahasa...lidah kelu...telinga kebas..billamana Cina Dap kafir lakhnat serta musuh2 Melayu Islam melaku onar pd Melayu sebangsa dia.

    Mereka semua serupa.....pandai menjaga tempatvdan jawatan dan agenda diri....malah mereka ini berpura2 sahaja semasa PAU.

    Najib sudah hampir 7 tahun sbgai Presiden....KJ...lebih dari 7 tahun sbg Ketua Pemuda.....AOA HASIL NYA?

    Melayu dihina dan diherdek 24/7..itu lah hasilnya.. ..

    Muhyuddin pula penakut....survival diri juga....Hishamuddin dan Zahid?...sana saja....retorik dan gempar saja.

    MEREKA SERUPA SAJA....SURVIVAL DIRI DIUTAMAKAN.......

    RAKYAT DIDAHULUKAN?

    Itu cuma gempar saja.

    Mereka...ketua Umno selepas Era Mahathir.....lenah...layu...Penakut dan kaki kencing sahaja

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. PEMUDA UMNO PENGECUT!!! KERANA TAKUT HILANG JAWATAN SANGGUP GADAIKAN MARUAH ORANG MELAYU DAN ISLAM. MEREKA SELALU DIBISIKAN PENASIHAT BANGSAT SUPAYA JANGAN TEGAS SANGAT. NANTI ORANG LAIN AMBIL JAWATAN DIA KONON. JANGAN TAKUT RAKYAT AKAN BERSAMA PEJUANG UMNO. DIJAMIN. BETUL DATO NAJIB KATA UMNO SELANGOR DAN NEGERI LAIN LEMBAB. LEBAB TU KERANA BODOH, TAPI TAHU KUMPULKAN AHLI UMNO KAWASAN DIA UNTUK JAWATAN DALAM UMNO SEJAK DULU. UMNO CARA ANWAR IBRAHIM DAH TAMAT, SUDAH TAMAT!!! DATO NAJIB JANGAN BERI BUDGET PADA MEREKA LAGI. RAKYAT SOKONG UMNO KERANA PARTI MELAYU. HANYA PARTI MELAYU. LAST WARNING UNTUK PEMIMPIN UMNO YANG LUPA ASAL USUL. LAST WARNING. INGAT !!! JANGAN BIADAP DAN KURANG AJAR DENGAN PARTI MELAYU. UMNO.

    ReplyDelete
  17. Pak Zam,
    Aku dah bilang, Muhyidin, Md.Hasan, Mukhriz dan Zambri kena pakat tubuh Gang of Four dan desak Najib letak jawatan. Sebelum tu bincang dengan Tun Che Det dulu untuk pandangan. Orang Melayu dah nazak ni. Pikir pikir la..

    ReplyDelete
  18. Najib dan KJ sedang berusaha mengikis semangat Melayu Umno untuk digantikan dengan parti 1malaysia. Najib sendiri sejak jadi pm asyik menyebut 1Malaysia sahaja..berbanding umno parti yang memberikan kedudukan tertinggi kepadanya.

    Tanpa Najib Dan KJ..Umno dan melayu bertambah kuat lagi terjamin ...Cegah sebelum parah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju....mereka berdua ini MEMANG MENGARUT....

      BUAT HABIS BERAS SAJA.

      Dlm buku Pembankang terutama Dap kafir lakhnat mereka 'the best'..

      Puuiihhhh.

      Liberal cara mereka cukup BAHAYA kerana cuma membinasakan bangsa sahaja.

      Lagi pun...apa perlunya kita memperjudikan bangsa..ugama dan maruah semata2 kerana mereka berdua?

      Mari kita bertanya pd diri kita sbgai org Melayu.....Sejak 7 tahun Najib sbgai Presiden Umno dan KJ sbgai Ketua Pemuda apa yg mereka dah lakukan untuk bangsa dan ugama?
      KOSONG....HAMPEH....MELINGKUPKAN LAGI UMNO MEMANG LAH.

      Tun M betul...Najib lagi teruk dari Pak Lah.....KJ..serupa saja....promote diri sendiri No 1....bab perjuangan Melayu dan ugama...sorry la....habuk pun tak dak...haprak saja.

      Sanggup kah kita benarkan 2 org ini memperjudikan bangsa dan Ugama?

      Sy tak sanggup....mereka mesti disekat kerana BAHAYA.

      Umno bukan hak mereka 2 org yg memandai2 lebih sahaja.

      Terima Kasih.

      Delete
  19. Menarik politik negara akhir-akhir ini..bagi mereka yg telah lama bergelumang dan kenal seni politik UMNO dpt melihat beberapa pemimpin tertinggi UMNO sudah mula 'serang' satu sama lain secara blkg tabir.. Mereka ini bergerak secara kumpulan :

    1) kumpulan hendak PM letak jawatan,
    2),kumpulan menyokong PM
    3) Kumpulan bakal TPM (dari dua kem Naib Presiden)

    ReplyDelete
  20. Paling menghairankan hasutan dibuat secara terangan bukan sahaja di akhbar dan ruangan siber pembangkang malah di surat kabar dan radio. Dengar saja radio (FM) Bisnes terutama waktu pagi. Saban hari, apa saja Melayu dan Islam akan dikritik dan dipusing ('spin') secara terangan dan kerap dibuat di luar konteks. Sindiran dan spinning paling hebat dibuat semasa mereka membuat ulasan berita dari akhbar2 Melayu.Akhbar Cina dan India tak pula di review. Di BFM **ngok2 Melayu dan org2 liberal Umno diangkat sebagai Wira2 hebat... Sakit rasanya mendengar ketidak adilan dan 'pukulan bawah tali pinggang' begini.

    Banyak programnya disponsor oleh kerajaan sendiri melalui Pemandu dll. Inikah kesederhanaan? Menyokong org2 yg mengutuk kita sendiri..

    ReplyDelete