Monday, 3 November 2014

PEGAWAI KHAS KHAIRY JAMALUDDIN DIHARAMKAN MASUK KE ZAM NEWSROOM CAFE PUTRAJAYA

PELAWAT TAJUK INI SEHINGGA JAM 6 PAGI INI (7NOVEMBER) TELAH MENGHAMPIRI 7,000 DAN KOMEN LEBIH 60


KOMEN:
He probably didn't know the owner of the cafe where he ate is also the owner of a socio-political blog which is extremely popular and widely read in Malaysia. Oh boy..He messed with a wrong guy!

Oleh kerana tidak diberikan layanan istimewa, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memburukan Zam News Room Cafe  @ Ayer 8 Presint 8, Putrajaya yang dikunjunginnya pada suatu pagi.

Pegawai itu Zeifry Ibrahim mencatitkan dalam facebooknya, "Nama sampaoii,-makanan hampehhh. Custormer tanya -jawapan "Ini cara masak kita macam ini."

Beliau kemudian meninggalkan cafe ini dan menyiarkan kritik serta gambar makanan yang tidak habis dimakannya di face booknya.

Pucanya ialah apabila dia masuk bersama dengan tiga orang teman wanitanya dan duduk di sebuah meja, pembantu cafe telah memberitahunya bahawa makanan dan bayaran perlu dipesan di kaunter kerana ini cafe layan diri.

Setelah makanan dihidangkan, dia komplain kerana nasi tomato hanya ada sejenis kuah dan sejenis lauk sahaja dan dia diberitahu  "itulah cara kami, tidak banyak lauk kerana bukan sebuah restoran tetapi hanya cafe."

Berikutan dengan itu Zeifry mengambil keputusan untuk tidak menghabiskan makanannya, mengambil gambar,meninggalkan cafe dan kemudian mengutuk cafe ini dalam facebooknya di samping menyiarkan gambar makanan yang tidak dihabiskannya.

Perlu disebutkan Zam Newsroom Cafe kepunyaan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin hanya menyediakan makanan yang ringkas seperti nasi lemak, nasi tomato, sandwich, lasagna, spagheti selain dari minuman.

Sejak dibuka pada 1 Januari 2014, cafe ini telah dikunjungi oleh berbagai peringkat rakyat. Dari rakyat biasa,ahli sukan ; penunggang basikal,pejalan kaki , para seniman, ketua ketua pengarang akhbar, penulis,blogers dan juga pemimpin politik , pemimpin masyarakat ,NGO dan  tokoh perniagaan

Diantara mereka yang paling awal mengunjungi cafe ini ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Idris Jusoh, Dato Raja Arif bin Raja Ali, Ketua BiroTata Negara, Dato Sri Haji Alli Kawi, bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerui Pusat Pungutan Zakat.

Blogers antara lain terdiri dari Rocky's Bru, OutSyed The Box (Syed Akbar Ali), Pengarang Berita Metro, Sufian Tahuri Muhammed, Ketua Pengarang Kosmo Datuk Baharom Mahusin, Datuk Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato Haman bin Abdul Hamid, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Ketua Setiausaha Negara, Pegawai pegawai Tinggi Perbadanan Putrajaya termasuk Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Selain dari itu, Cafe ini juga sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Wisma Putra termasuk bekas-bekas duta dan bakal duta dan juga pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan nama mereka terutama pendududuk tempatan. Pada keseluruhannya mereka tidak pernah membuat teguran yang bersifat menghina, marah atau kecaman sebaliknya memberi beberapa syor tertentu kepada pembantu cafe ini Zamani.

Setelah menimbang dari semua aspek, maka saya rasa tidak sewajarnya saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini sebaliknya; lebih baik untuk dikemukakan sebagai suatu contoh seorang Pegawai Menteri yang tidak memahami inspirasi   Perdana Meneri dan Timbalan Perdana supaya pendukong kerajaan berubah sikap untuk menawan hati rakyat.

Inlah contoh pegawai yang mencemarkan nama menteri dan  kerajaan.

Supaya  cafe saya tidak lagi tercemar , maka adalah lebih baik  bagi saya  untuk mengharamkan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini dari memasuki Cafe ini buat selama-lamanya. 




Pegawai Kanan Proton Berhad, Puan Faridah Idris yang berkunjung ke Zam Newsroom Cafe
baru-baru ini

80 comments:

  1. lantak dia le Dato oiiiii...
    deme ni dapat kerja free... be lagak nak mampus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgok nasi goreng ayam dlm gambar tu pun dah tahu x sedap.. pelik.. biasa mamak masak sedap... oopss..

      Delete
  2. Ada pegawai yg lebih sudu dr kuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly. Pegawai Khas Menteri KBS tapi GAGAL bagi contoh yang baik untuk BELIA. Nanti bila BELIA jadi tak betul, pandai tuding jari merata-rata. Tulis/cakap main hembus saja, berlagak DIVA sangat. Siap tulis "buka kedai nak ikut tekak sendiri". Obviously ikut tekak dan citarasa Zam, dah memang kedai dia. Pegawai KBS ni kalau nak makan ikut tekak dia, either dia buka kedai sendiri atau pergilah makan kat tempat-tempat yang masak ikut tekak dia. Tak sopan langsung. Harap2 ni bukan cara dia buat kerja kat KBS, dah le nak bimbing BELIA pon tak betul, bab sukan tolak tepi lah. Sukan kat Malaysia ni lebih drama kontroversi dari kualiti. Target semua tak capai, sbb ramai pegawai DIVA macam ni lah!!

      Delete
  3. Buang masa je baca...macam bitchy gossip column.

    You trashing him and his boss in your blog is just the same low standard as him trashing the cafe in his Facebook.

    2x5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya merasakan Zam ada hak untuk mempertahankan café nya dari dihentam sewenang wengnya oleh orang orang KJ, 'like boss like kuli"

      Dia berniaga. Apa sahaja bentuk komen buruk yang dibuat terhadap cafenya sama ada benar atau sebaliknya akan meninggalkan kesan.

      Jadi dia lakukan 'control demage'!

      Delete
    2. Setuju. Saya juga akan bertindak demikian untuk menjaga nama baik restoren/cafe saya. Sementelah ZAM juga tiada dicafe pada ketika itu untuk memberi penerangan kepada Zeifry tentang makanan tersebut dan tak sepatutnya Zeifry terus balun ZAM dalam fb yang menjadi viral hanya kerana EGOnya tak dilayan.

      Delete
    3. Terbuka laa sikit Zam oiii....jawablah dengan profesional. Inilah jenis generasi tua Melayu yang kurang ajar dan tidak senang terima teguran dan kutukan. Belajar laa sikit ilmu customer service

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Mahfuz Shah Alam.5 November 2014 at 13:53

      Orang ini suruh jawab secara profesional tetapi dia sendiri tidak tahu hak the owner boleh mengambil tindakan undang-undang jika restorannya difitnah dan saya kenal pembantu cafe ini yang selalu melayan saya Zamani adalah seorang mempunyai pengalaman berkerja di beberapa internastional hotel di KL.
      Sebenarnya yang kurang ajar ialah penulis ini yang tidak diajar oleh ibunya supaya jangan bersikap kurang ajar maka itu sebab dia boleh kata orang tua kurang ajkar,tentunya termasuk ibubapanya yang sudah tua.

      Delete
    6. Bukan ke dlm fb tu dia dah cuba confront, tp dijawab dengan tak endah. Lagi nak highlight 'teman wanita' sampai berapa orang, serius gila betul, yg komen2 tu lagi mmg xde kawan2 lain jantina, asal kawan je dah pikir ranjang. Bukan la menyebelah mana, sebab semua macam budak2. Tapi ingat ni, terutama yg konon baru nak bniaga, customer always right, kalu nak cakap dia wrong pun kena bijak sikit sampai customer tu sendiri yg mengaku dia wrong. Sick..

      Delete
  4. TSZ,
    Saya ingin sarankan agar En Zeifry Ibrahim mengikuti blog berikut
    http://johorkaki.blogspot.sg/p/good-day-i-amtony-person-behind-johor.html

    Blog ini di kendalikan oleh Tony, seorang Cina Singapura yang menjelajah seluruh Malaysia ( terutama sekali di Johor) dan Singapura untuk mencuba rasa makanan Melayu, Cina, Mamak, India, Western dan pelbagai bangsa, di warung warung, pondok, kedai kopi hingga ke restaurant 6 bintang.

    Apa yang saya kagum adalah tentang sikap beliau yang sangat berhemah, iaitu memuji dan mempromosi tempat yang beliau berpuas hati dengan makanan yang dihidang dalam blog beliau.

    Jika beliau jelek dengan makanan yang beliau cuba, beliau mengambil sikap berdiam diri dan tidak akan tulis dalam blognya. Beliau rasa tidak perlu untuk menganiyai periok nasi sesaorang.

    Saya tidak tahu apa lah pangkat dan tugas En Zeifry, tapi jika beliau seorang yang rapat dengan pucuk pimpinan negara, beliau perlu mengisi peluang untuk menaikan semangat bangsa, dan jauhkan diri dari sikap suka mencemuh dan menjatuhkan air muka sesama bangsa.

    Don't tell me you're just a spoilt brat, En Zeifry!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat ni lama dah kerja dgn kj. Dia bkn pegawai khas pun. Lebih tepat dia buttler high class. Tukang bawak baju jer. Tp dia ada style lah. Penampilan mcm cas cas pegawai kanan habis. Dia juga x friendly. Kata org muda poyo atau ale utoooo haha...dgr crita, walaupun buttler...kalau ada sesapa nak jmpa boss dia, dia boleh atur..masuk bilik direcr

      Delete
  5. HERDIK MENGHERDIK SATU AMALAN TIDAK MULIA. MUNGKIN BALASAN KEPADA YANG PERNAH MENGHERDIK KE...KINI FAHAM TENTANG HERDIKAN - (Bahasa tempelak dan bahasa herdik, bahasa mengejek.mengherdik mengeluarkan kata-kata yg keras dan kasar, menengking, menghamun - Bahasa Menghina).

    ReplyDelete
  6. Saudara Zam, itulah cara liberal...
    Customer always right...

    Cuma rezeki itu dari Allah, jangan tahana...
    Jangan mudah hina pemberian Allah...

    Dari gambar..nasi tomato tu not bad..
    Tak pe lah zam...dia promote cafe u percuma.. Saya pun spontan teruja nak singgah juga bila berkunjung ke sana.

    Jemput dia semula..jangan haramkan.
    Tunjuk Islam Is The Way Of Life..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tan sri,

    saya dah tengok facebook kawan ni. Apa bidang tugas dia? kalau tgk facebook, banyak berselfie menayang lifestyle je.

    lepas tu, tengok direktori pejabat menteri belia. kenapa ramai sangat pegawai khas dan penolong pegawai khas? pegawai kementerian tak cukup kah? adakah ini budaya menteri sekarang? bawa pengikut ramai-ramai ke dalam kementerian? tidak mengganggu pegawai buat kerjakah?

    budak jawa

    ReplyDelete
  8. Tahniah TS Zam. Tindakan yang betul dan tepat.
    Saya ada saudara yang berperangai macam ni. Kalau kita tak layan dia lebih dari orang lain, dia akan merajuk. Perasan diri hebat, lebih-lebih lagi bila berkerja dengan Menteri.
    Saya pun teringin nak singgah Cafe TS, satu hari nanti.

    ReplyDelete
  9. Saya setuju dengan TS Zam,Maklumlah bekerja dengan menteri,dah jadi sombong."saya makan semulut je terus chow",this is pure ARROGANCE.Ini lah perangai orang melayu,SOMBONG,ANGKUH DAN BIADAP apabila memberi komen.

    ReplyDelete
  10. Rasa macam nak kasi lesing kepala budak berhingus tu. Baru duduk kat atas sikit, dah kena tempias kuasa, berlagak nak mampos. Itu lah budaya yang budak HAIRy bawak masuk dalam UMNO. Sampai semua penyokong UMNO naik meluat dgn UMNO sekarang. - warga putrajaya, presint 9.

    ReplyDelete
  11. Nampak muka, sah, penjilat bontot menteri!!

    Dhahran Sea

    ReplyDelete
  12. Buang masa je baca...macam bitchy gossip column.???? Halo baccha, Zam cuma luah kan perassan nya dan apa yang dikata nya betul.Dia tidak langsung menghina Pegawai khas KJ popular tu. Pegawai Khas tu saja yang over. Masalahnya, kalau Pegawai Khas KJ sendiri sikap begitu OVER macam mana pula BOS nya Ketua Pemuda UMNO yang di PILIH oleh AHLI UMNO dan Wakil Rakyat yang diPilih or RAKYAT. Perangai Anak Buah Thanks Zam for showing the Pegawai Khas picture and now we know how he look like. No worry we wont bash him .

    ReplyDelete
  13. Ini contoh generasi Melayu yg dah makin KASAR dan AKSYEN. Tak pandai jaga mulut, tak reti meneguh org. EI( Emotional Intelligence) - very low atau terencat. Mak bapak kat rumah lupa nak ajar manners dan etiquette atau memang sama jenis kasar COMMON. Bole harap berduit aje, CULTURE - HAMPEHH!! BOOOOOO. NOT COOL AT ALL!! Pakai lah segala designer suit etc... bila bukak mulut menunjukkan "kelas" ..hehe Awak tu org berpangkat .

    ReplyDelete
  14. Tan Sri
    The attitude of the subordinate reflects the attitude of th boss. Is the UMNO Youth of today ? Tidak ada lagi kah Singa UMNO dan sebagai nya ?
    2 sen saya . TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  15. Pak Zam,
    Aku rasa dua dua belah pihak pun tak betul.
    Satu nak tunjuk dia hebat, wakil Menteri bro.
    Manakala Pak Zam tak perlu sangat sensitif, ambil iktibar dan tak perlu lah nak haramkan dia, lain la kalau dia tak bayar....

    ReplyDelete
  16. orang melayu memang suka jatuhkan melayu.. baru keje gomen gaji tak seberapa.. berlagaknye macam jutawan.. saya selalu je lepak kat situ.. okay je.. bila orang melayu ni lepak starbucks pandai pulak layan diri.. itulah melayu... Puihhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong sikit bro..budak belagak ni bukan keja gomen. Tak layak pun. Dapat masuk kementerian pun atas belas ihsan Menteri.

      Delete
  17. TS Zam, penyedia servis kena terima kritik. pelanggan harus menjaga adab mengkritik. Tindakan TS Zam adalah reflek kepada kritikan tak beradab. Tindakan pegawai khas itu adalah reflek kepada ketidakfahaman service level di cafe tersebut. selain itu semuanya bergantung kepada persepsi masing-masing. bagi saya adab sopan harus dijunjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengawai khas KJ sanggup buang duit bayar dan tak habiskan makanan disebabkan EMOSI. Bukan kah it satu PeMBAZIRAN yang KETARA. Ini menunjukkan 'moner no issue , i can pay ' syndrom. Jika begini attitude Pegawai Khas KJ, bagaimanakan Peruntukkan berjuta juta sekali lagi berjuta juta RM pada kementerian KJ jika contoh PEMBAZIRAN pegawai khas KJ diambil kira? Takkan KJ nak jumat naik Basikal media amik gambar buat kan Leadership by example kemudain pegawai Khas buat lagu tu????

      Delete
    2. Isu ini adalah isu adab sopan. Tentu KJ kena tempias sikit... sebab staf dia yg buat. hehehe.

      Delete
  18. nampak sangat pegawai khas KJ ni tak reti nak menegur.. jika benar ingin menegur tulis la komplain dan berikan pada TS Zam.... itu baru betul cara nak menegur.. apa yg sibotak tu buat seolah-olah macam sudah dirancang.. biasa la budak2 tingkat 4 nie.. kurang ajar tak sudah-sudah

    ReplyDelete
  19. ZAM, saya tengok makanan dalam gambar tu alright aje. Kalau nak makanan top dia patut pergi ke 5 star hotel/restaurant. Tempat ZAM tu untuk orang bersantai dan sudah tentulah makanan jenis rengkas dan bersataian.

    ReplyDelete
  20. Boss celaka..pengikutnye lagi celaka..dua -dua perangai mcm haram.. tu sebab Malaysia ni makin haram..

    ReplyDelete
  21. budaya politik dibeli dgn wang...perasan bgus pulak tu...bole blah..

    ReplyDelete
  22. itu le perangai org yg mampu...melayu tak sedar diri...sama le dengan boss dia...


    azhar

    ReplyDelete
  23. Orang kaya, macam tu lah. Berlagak tak habis habis. Nak lauk sampai berpuluh, baik makan bufet kat hotel.

    ReplyDelete
  24. Zam,

    If customer nak meroyan about the quality of service/food at your restaurant, let them be lah. Dah nama pun CUSTOMER. They will have their own opinion about everything. Yang hang pun sama nak meroyan to HARAMkan the customer is not professional brader. Tak payah nak emo. Kata nak buat business? Kena la tebal muka sikit lor.

    ReplyDelete
  25. Suhaimi Damansara.4 November 2014 at 21:12

    Jika anda ke Zam Newsrotm Cafe saya syorkan anada makan spagheti, sandwich dan Teh Tarik. Teh Tarik The best in Putrajaya.Saya suka lepak lepak disini baca newspapers dan baca buku. Sangat tenang .Banyak colection zam yang menarik.

    ReplyDelete
  26. nR, jika dah berlaku sedemikian masalah antara tuan kedai dan pelanggan, tentu berpunca dgn layan mahupun jawapan pengurusan terhadap pelanggan itu, atau disebaliknya. Sbg orang lama dan orang muda, setuju jika diselesaikan cara yg baik dan tak perlu dipolitikan isu kerna nk tempiaskan pd orang lain pula.

    ReplyDelete
  27. He probably didn't know the owner of the cafe where he ate is also the owner of a socio-political blog which is extremely popular and widely read in Malaysia. Oh boy..He messed with a wrong guy!

    ReplyDelete
  28. "Dia masuk bersama dengan tiga orang teman wanitanya..." mestilah nak tunjuk hebat... haha..

    ReplyDelete
  29. TSZ, jgnlah ambil hati sgt, maafkan aje, lbh mulia, Anyway, kerenah customer, part and parcels of doing business.

    ReplyDelete
  30. Pertama kali saya pergi ke zamnewsroom cafe,saya dilayan sendiri oleh Tan Sri ,masa itu sumai saya tak mengenali pun siapa Tan Sri,kami dilayan dengan penuh humble,siap bagi lagi kami makan kuih putu bambu yang Tan Sri beli di Keramat,Bila kami puji Teh Tariknya sedap Tan Sri menceritakan yang Tan Sri sangat suka Teh Tarik itu dah telah menyuruh anak Tan Sri belajar membuat Teh Tarik seperti itu,dikedai yang Tan Sri selalu pergi Dijalan Masjid India,Seriously Tan Sri saya selalu rekomen kepada kawan-kawan atau saudara-mara kalau nak minum teh tarik yang sedap pergilah ke zam newsroom Cafe,walaupun pilihan makanan tak variety sangat,tapi oklah pada saya untuk makan-makan sambil berborak borak bersantai

    ReplyDelete
  31. Saya orang niaga, saya faham napa TSZ marah. Si mangkuk tu kalau tak puashati kenapa nak canangkan pada semua orang. Tak pasal2 KJ yang takda kena mengena pun terkait.

    ReplyDelete
  32. tsz...dia tak penah makan nasik tomato..tu pasai dia tatao nasi tomato mmg tak banyak lauk...nasik tomato kalu banyak lauk nanti jadik muak...tak pon tsz buh said oder...tp dah nama kefe...bukan retoren kan kan kan...kalu kastemer bongkak dan nak menunjuk jer ghojernyew..tak tawu nak kata haper.....sabo je la...ni yg buat saya teingin nak p nih.....

    ReplyDelete
  33. Kita hendak pemimpin dari golongan muda tapi golongan muda ni pula lupa diri..sombong, bongkak, ego bila dah diberi tempat .. kaduk naik junjung ...

    ReplyDelete
  34. saya dah beberapa kali ke kafe ni. relaks je minum kat sini. pelayan cafe sgt friendly. siap dapat roti bakar free lagi sebab dapat jwb soalan dia siapa owner cafe ni :)

    ReplyDelete
  35. Adatla.dh dy kasi buah pkul,owner kasi buah tepis.dh dy pkul dpn public xkn owner nk tepis guna privtr mssage.

    ReplyDelete
  36. setakat hilang sekor customer...kalau dia tak menyesal dengan perangai buruk dia..tak tau la ku nak cakap apa...KJ jugak kena tempias..padan muka...

    ReplyDelete
  37. BUdak2 ni memang kurang ajar. Samala mcm si KJ tu. Bila diorg ni nak mampos?! Semua org tak suka depa ni. Cepat2 la mampos!

    ReplyDelete
  38. come on~ raikan perbezaan la..take it as challenge and do da improvemnt..bisness maa....customers always right...let say apple do da same "spe kate apple bengkok kami haramakn dia pakai any apple apps or product" x ke kurang cerdik nme nye tu...btw its good promo actually..u should thanks to him

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak akan memberikan reaksi kalau teguran itu datang dari orang biasa tetapi setelah mengetahui dia pegawai khas KJ maka ,saya perlu mengajar dia tentang perasaan rakyat biasa.Memang saya ada sebab untuk berterima kasih kepadanya.

      Tujuan saya sebutkan nama nama besar yang telah kunjungi cafe saya bukanlah hendak berbangga tetapi untuk menunjukan kepada manusia ini bahawa orang lebih penting pun tak berperangai seperti dia.

      Delete
  39. Ni yang buat aku teringin nak try makan kat kafe Tan Sri....TQ kepada mamat tu sebab promosi cafe Tan Sri secara percuma....

    ReplyDelete
  40. TSZ.. Kita amat berterima kasih pada pegawai tersebut kerana telah membantu mempromosikan kafe TSZ secara percuma. Ikhlas saya katakan, kalau pegawai bongkak tersebut bertemu secara berdepan dengan TSZ sendiri, baru dia tahu bahawa TSZ ni seorang yang peramah dan tidak sombong. Saya sendiri pernah menyapa beliau dengan panggilan "Dato" (kerana saya tidak taupun yang beliau pada masa itu sebenarnya sudah berpangkat Tan Sri). Benarlah kata beliau suatu ketika dahulu "Wira Tidak Di Dendang".. Semoga TS tabah melalui kehidupan dan berjaya di dunia dan akhirat.. AMinnn..

    ReplyDelete
  41. Apa lagi, mari berzumba! Kena ikut gaya menteri. Jilat, jangan tak jilat...

    ReplyDelete
  42. so... peniaga melayu tak boleh ditegur ke? tak kisahlah yang komplen tu pegawai khas kj ke, anak menteri ke, orang biasa ke, gelandangan ke, kalau dah komplen tu pasti la ada sebabnya. tepuk dada tanya diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya tak boleh tegur secara elok..Kenapa nk viral bagai.Apa semua benda perlu ckp di FB ker? Kadang2 makanan ni ikut tekak. Ada org tak makan tempoyak sb bau hanyir la,lemak la. tapi kita tgk dekat Temerloh 2 beratus dari siang sampai mlm org mkn tempoyak ikan patin

      Delete
  43. Saya juga ke kafe anda.. minum teh o ais limau. Malangnya Zam tak ada. Saya mahu jumpa anda di kafe suatu hari nanti

    ReplyDelete
  44. Lain kali beritahu pembantu kedai. Dia akan beritahu saya dan jika saya tidak ada urusan lain insaalah saya akan datang jumpa anda di Zam Newsroom Cafe. TK

    ReplyDelete
  45. org org besar datang bukan datang nak makan..saja-saja datang..kalau tak sedap pun dia tak komplen. kalau masuk dunia bisness macam ni laa..komplen tu datang dari macam-macam arah.

    dah tua baru tahu susah nak meniaga. dulu menteri senang lah..semua orang puji..

    cafe ni tak lama...tak lama lagi linkuplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brader... sibotak tu bukan nak menegur atau komplain tentang makanan tu tapi sibotak tu nak memburukkan kedai cafe tuu.... kena faham la beza antara komplain atau menegur dgn memburuk-burukkan kedai tu.. Itu pun tak faham keee....

      Delete
    2. inilah perangai melayu busuk hati. suka harap kedai bangsa dan rakan seagama sendiri lingkup. patutnya sesame islam kenalah doakan kebaikan. mcm tsz kena doa supaya bisnes dia maju. barulah dia boleh bayar zakat dan bersedekah dgn banyak.

      jentayu

      Delete
    3. Memang betul niaga tu susah. Memang betul masa jadi menteri semua orang puji terutama juak-juak. Tapi tak patut bro doakan cafe tu lingkup. Jadilah seorang muslim yang elok. Itu pun kalau bro Islamlah.

      Delete
    4. itu bukan doa.. itu matematik dalam meniaga.Hard truth. Menu sikit. Pekerja sorang. Mahal dan xsedap. Lepas tu marah oramg komplen. Tu tanda tanda awal nak tutuplah. Mamak tapi tak macam restoran mamak -kental.

      Patut uncle zam buka reading room jer. Or library. ada menu kopi dan roti dan ubi kayu. lagi sesuai. Makanan bisness yang bukan senang dari semua segi.

      Delete
    5. Sebenarnya saya buka cafe ini bukanlah bermatlamat untuk mencari kekayaan tetapi untuk mengisi masa lapang saya dan menghabiskan usia tua saya dengan berintraksi dengan pelanggan dan juga menulis d dibilik pejabat yang kecil.

      Insaalah pembantu kedai saya Zamani yang telah banyak pengalaman berkerja dengan hotel antarabangsa akan bersedia untuk belajar dari saudara bagaimana menjalankan Cafe dari saudara supaya cafe saya tidaklah tertutup kerana doa saudara.
      Selain dari itu jika saudara nak belajar menjadi seorang yang terpelajar boleh datang membaca buku buku yang banyak di cafe saya ini. Tetapi saya kira taraf pemikiran saudara terlalu rendah untuk memahami semua buku ini dan mungkin cafe ini tidak sesoai untuk orang seperti saudara.

      Delete
    6. Saya rasa anonymous-anonymous yang lenggok bahasanya lebih kurang sama seperti mempertikaikan kewibawaan TSZam sebagai peniaga melayu adalah individu yang sama..
      entah-entah Zeify gamaknya...
      -Orang TAIping-

      Delete
  46. TS, cafe NR menarik dari segi design. Cuma variety of food limited & sometimes inconsistent (meaning hari ni ada, esok xde). Frankly, saya nak tengok NR maju tapi i'm wondering how if the cafe is not making sales...kalau nak banyakkan sales, perlu ada variety of food. Secara perbandingan, cafe2 lain yg baru dibuka di ayer 8 lebih ramai pelanggan berbanding NR...kenapa? Wasalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yang benar. Kami tidak mampu untuk menanggung kerugian besar dengan mempuyai perkerja ramai dan juga menu yang berbagai oleh kerana pengunjung belum ramai di kawasan ini dan makanan yang tak habis terpaksa di buang.
      Pembantu kedai hanya seorang sahaja. Dia berpengalaman dan dapat menguruskan dengan baik dan cekap.
      Kami berpegang kepada falsafah berdikit dikit supaya dapat survive hingga tempat ini menjadi popular. Insaalah . Terima kasih atas pandangan yang ikhlas dan kritik yang membina.

      Delete
  47. dia ni tak bersyukur dgn rezki seperti itu... mungkin dia nak merasa betapa susahnya orang yang tak ada makanan nak makan... Allah Maha Pemberi Balasan

    ReplyDelete
  48. Pehhh sikap jangan persoal terbawa-bawa sampai dah retire jadi menteri ye, Encik?

    ReplyDelete
  49. Dua-dua pun over...if the customer x suka just quietly go off...byk je kedai lagi....as a restaurant owner kalau customer komen pun...just digest it..and rethink whether sesuai ke tak to carry on with the menu..x payah nak make big fuss..respect each other

    ReplyDelete
  50. Too bad.
    Menteri KJ punyai pegawai khas yg amat rendah mentalitinya !
    No class lah ...

    ReplyDelete
  51. Diaorang ni rasa KJ dah berkuasa dah boleh jadi PM sebab tu sombong mcm sial

    ReplyDelete
  52. Nanti saya singgah kat cafe ni. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  53. Tuan Zam.bisnes bagus ni berapa dah keluar duit modal.

    ReplyDelete
  54. Biasa sahaja. Modal kecil sahaja. Jika saya sebut saudara ketawa dan tak percaya.

    ReplyDelete

  55. orang mcm ni KJ ambik kerja dgn dia? orang tak bermoral... KJ tak ada org lain ke?

    KJ should sack this guy. an immoral bastard

    ReplyDelete
  56. Itulah manusia namanya, sabarlah menghadapinya

    ReplyDelete
  57. Salam Zam.....Jangan kecil hati dengan budak hingusan di KJ ni. Maklumlah. Depa ni kan dah biasa pi hotel 6 - 7 bintang, makan steak kat Eden dan segala kemewahan makanan yang menyedapkan tekak diri sendiri. Tahu aja lah. Depa ni kan banyak duit. Macam boss dia jugak. Duit terlalu banyak sampai tak tau nak buat apa. Jadinya segala kemewahan yang ada tuu dibelanjakan mengikut darjat yang kononnya kekayaan tuu datang dari keringat sendiri tetapi kehalalan duit tuu entah haram atau tak. Biasalah juga kalau budak macam ni pandang rendah pada orang yang tak ada nama lagi dan dipinggirkan. Saya dimaklumkan budak hingusan ni datang dengan 3 teman wanitanya. Wah. Ini lagi hebat. Dah kaya, makan mewah. Ada perempuan lagi. Memang Melayu jenis Gen Y sekarang ni tak kenal untung. Biarkan ajalah. Manas tau satu hari nanti tergolek macam buah cepedak jatuh ke tanah. Masa tuu baru nak sedar kot. Kan Melayu sekarang ni jenis lupa diri tapi bila susah baru nak ingat tuhan serta diri tuu siapa sebelum ni. Sabar Zam. Biarlah manusia Melayu muda macam ni terjun ibarat Luncai dengan labunya. Biarkan-biarkan.

    Tun Mai Ulat Gonggok
    adik kesayangan Tun Mai Ulat Bulu

    ReplyDelete
  58. Salam TS teruskan dgn perniagaan cafe ni.ingatlah 9 dari 10 rezeki adalah hasil dari perniagaan.tak perlulah melayan karenah pelanggan yg tak mencermin diri sendiri.

    ReplyDelete
  59. YBhg. TSZ,

    1. Sabar Tan Sri
    2. Sabar YB KJ - YB pun teruk ditibai. Budak YB yang tak somonggah tu masuk salah kandang.

    3. Untuk renungan:

    Busungkan dada engkau, bujang
    Perlihatkan tanda engkau lelaki
    Jangan takut tanah akan merah
    Satu hilang, kedua terbilang
    Sebelum ajal berpantang mati
    Namun di dalam kebenaran
    Biar dipancung leher putus
    Setapak jangan engkau surut




    (Nordin Selat, Teromba)

    ReplyDelete