Thursday, 27 November 2014

NAJIB KEMBALIKAN KEYAKINAN ORANG MELAYU TERHADAP KEPIMPINANNYA

MESTI DISUSULI TINDAKAN BERANI DAN PANTAS 

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib dengan sekaligus telah mengambalikan keyakinan terhadap kepimpinannya untuk  masa depan Melayu dan negara ini apabila beliau mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan di Perhimpuan Agung UMNO di Kuala Lumpur hariini.

Malah, katanya ,bukan sahaja akan dikekalkan tetapi akan dipertahankan dan perkukuhkan untuk menjamin kesucian agama Islam dan  mencegah penghinaan kepada agama lain dan dengan itu juga akan membolehkan  tindakan diambil terhadap anasir -ansir yang mahu memishakan Sabah dan Sarawak dari Malasyia.

Pastinya  pengumuman Najib  menghapuskan anggapan buruk ,prasangka dan persepsi terhadap beliau sebagai seorang yang telah tunduk kepada gulongan liberal dengan  menunjukan dirinya sebagai seorang Melayu dan sebagai penerus warisan perjuangan ayahnya Tun Abdul Abdul Razak.

Benar-  benar  ucapan dan jaminan ini ditunggu  oleh para perwarkilan kerana apabila sahaja Najib menyatakan bahawa beliau sedar apa yang sedang ditunggu oleh para perwakilan dan pada ketika itu mereka telah pun bertepuk dan Najib meminta mereka bersabar kerana beliau tahu apa yang mereka mahu dengar.

Sebaik sahaja pengumuman untuk kekalkan Akta Hasutan 48 itu diumumkan oleh beliau para perwakikan menyambutnya dengan tepuk sorak bergemurah dan bangun bertempek sorak dengan penuuh semangat.Syabas Najib!  Daya kepimpinan mu terserlah untuk meneruskan ajenda bangsa dan negara dengan adil dan saksama tanpa menggugat  lagi perasaan bangsamu sendiri dalam menggengam Perlembagaan Negara. .

Tenyatalah bahawa jaminan yang diberikan oleh Najib itu mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinannya yang telah merosot oleh kerana toleransinya sekian lama terhadap kebiadapan mereka yang cuba menentang Perlembagaan Persekutan  dan menjijak  Akta Hasutan itu walaupun belum dihapuskan .

Tentunya jaminan yang diberikan  oleh  Presiden itu  memerlukan susulan tindakan yang tegas dan berani yang boleh memantapkan lagi keyakinan rakyat terutama orang Melayu  yang semakin merosot dan semakin terhakis sejak beliau menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan  membiarkan perlakuan- perlakuan biadab gulongan anti sosial  berlaku dengan bebas .

Najib telah memberikan penawar yang mujerab hingga keakar umbi untuk mengembalikan keyakinan Melayu terhadap kepimpinannya.Berkerja keraslah seluruh orang Melayu untuk menambah kekuatan UMNO dan menyokong pimpinan yang dapat menjamin masa depan mereka.

53 comments:

  1. Malaysia merupakan negara yang mempunyai undang2 yang terbaik,tetapi tindakan akan dikenakan mengikut politik semasa,bagi saya langsung tak terkejut dengan tindakan najib,sebab janji politik semua sampah,mungkin najib dah hidu bahawa pau tahun depan merupakan yang terakhir baginya??

    ReplyDelete
  2. isa dah masuk tong sampah .. tapi KJ dah dapat anugeah skrin pelakon uMno terbaik 2014 mungkin kan Najib Pelakon veteran umno terbaik 2014 anugerah skrin???

    ReplyDelete
  3. Masih menanti pembetulan tentang jaminan terhadap hak penubuhan sekolah vernakular yg kononnya dijamin di dalam perlembagaan...

    ReplyDelete
  4. Yang paling penting adalah penguat kuasaannya,bolehkah kita percaya tindakan ampuh akan benar-benar di laksanakan oleh seorang menteri yg dulunya berjanji mahu memburu PATI sehingga ke lubang cacing,tapi akhirnya PATI yg di buru berjaya membena bribu-ribu padang bola sebesar Bt.Jalil di puncak bukit di C.Higland?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tiada siapa pun yg dipertanggungjawabkan atas kehadhiran beribu-ribu PATI - mana pergi k/tgn Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Polis, dll. Siasat samada mrk ini yg menjadi tali barut taukey2 ladang di Cameron Highland. Knp berdiam diri aje....nak undang2 ape lagi?? Undang2 yg ada pun masih tak buat kerja...makan gaji buta aje!!!

      Delete
  5. Tan Sri,

    Berasaskan pengalaman lalu antara ucapan retorik dalam PAU dan pelaksanaannya selepas itu adalah sesuatu yang kurang pasti. Jadi kita tak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi.Semuanya bergantung kpd komitmen dan iltizam serta keberanian yang tinggi dalam mengambil tindakan pelaksanaannya. Ia juga bergantung kepada faktor siapa menterinya dan siapa yang diberi kuasa pendakwaan serta siapa yang melakukan ,kesalahannya' dan waktu mana ianya berlaku dan; semuanya ini kena ambil kira juga. Semuanya akan bergantung keadaan yang menguntungkan kedudukan politik semasa.Wallahuaklam



    ReplyDelete
  6. Tanggapan saya masih sama, Najib telah membuat kerosaka "damage". Takkan sebab nak kekalkan akta hasutan terus dapat balik keyakinan melayu,

    Betullah kata Tun M melayu mudah lupa. Lupa yang namanyer Najib itulah yang nak sangat popular menghapuskan akta ISA. Nak popular di kalangan liberal tetapi dibenci melayu.

    Najib perlu pergi sebelum kerosakan yang maha dasyat berlaku.

    ReplyDelete
  7. Pengumuman Najib untuk mengekalkan Akta Hasutan telah disambut dengan sorakan yang bergemuruh dan bergema dalam dewan PWTC. Seolah-olah Najib kelihatan gagah dan hebat.
    Sebenarnya terlalu awal untuk bertepuk sorak keseronokkan mengekal Akta Hasutan. Kita belum lihat apa komen pejabat Obama lagi. Jika Obama batuk reaksi atas tekanan ini apakah Najib akan akur dengan Obama atau akur dengan perwakilan UMNO di dalam dewan PWTC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen Obama tu satu hal jugaklh Mummy Rokiah tapi dok sorak bagai nk rak dlm dewan PWTC tu brape kerat sgt lh yg betul2 faham Akta Hasutan.... bila selesai PAU nnti semangat pn mula pudar, rezab melayu terus tergadai padahal majoriti staf pejabat tanah org kita melayu, DO2 pn melayu, MB/KM pn melayu kecuali Penang, mmg melayu mudah lupa....

      Delete
    2. Anon,
      Isu tanah rezab Melayu telah MR bangkitkan dalam blog pada 9/4/2014 di bawah posting http://mummyrokiah.blogspot.com/2014/04/akan-wujud-kerajaan-barisan-beruk-di.html.
      Ia berasaskan fakta sahih dari Lapuran Juruodit Negara tetapi ia menjadi sensasi akhir ini apabila Utusan Malaysia menerjahnya. Mengapa UMNO tidak sensitif dari awal?
      MR bersetuju dengan seorang pemimpin muda berbakat PERDANA MENTERI En Khairi Jamaludin yang menyatakan bahawa "“Ahli-ahli politik sekarang tidak mempunyai masa panjang sehingga sehari untuk merangka respons, sekiranya mereka tidak bertindak bijak dan pantas dalam tempoh beberapa jam, sesuatu isu itu akan menjadi viral dan tidak terkawal pada pandangan rakyat,”.
      Satu lagi, tepukan dalam dewan bukan data penentu bahawa Najib mendapat sokongan yang hebat ahli UMNO. Sejarah telah membuktikan apa jadi pada Mahathir apabila badot-badot yang menepuk sakan dalam dewan mereka itulah yang melatamnya.

      Delete
    3. Ternyata apa yang MR bangkitkan sudah terbukti apabila AS sudah mula bersuara:

      "Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 merunsingkan Amerika Syarikat apabila Naib Presidennya mempersoalkan undang-undang itu digunakan hanya untuk menyekat kuasa pembangkang.

      Joe Biden dalam Twitternya berkata, pihaknya bimbang tentang kerajaan Malaysia menggunakan sistem perundangannya ketika dua negara itu sedang menjalankan hubungan baik.

      "Ketika hubungan antara Amerika Syarikat-Malaysia berkembang, penggunaan sistem perundangan dan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia untuk menyekat pembangkang menimbulkan persoalan tentang kedaulatan undang-undang," katanya.

      Dengan kebimbangkan ini ia pasti akan mengubah excitement Najib yang baru keluar dari dewan PWTC.

      Jangan sampai PM kita dicucuk hidung oleh AS kerana yang untung adalah Singapura.

      Wahai orang-orang UMNO sekelian. "Fikir-fikirkan wahai ahli-ahli UMNO kerana sorakan kamu semua tidak membawa apa-apa makna kepada Presiden kamu. Hanya lah sendaloka dan penglipura. Kelak yang kamu menang hanyalah sorak dan bersedialah kerana bila-bila masa dari sekarang kampung kamu akan tergadai"

      Delete
  8. Zam,

    Tak kan lah Itu Sahaja Yang Bakal Menentu Hidup Mati Melayu UMNO?? Yang Lain Lain Tu dah kehilangan dibawah Angin??

    ReplyDelete
  9. muram le muka obama kalau najib selfie bersama lepas ni

    itu yang paling ditakutinya sebab dah tipu cina/barat

    takpe jib tak lama dah,lepas ni leh selfie bagai ngan kak mah je..setahun lebih je lagi

    ReplyDelete
  10. Apa gunanya Akta Hasutan diperkukuh kalau liberasasi ekonomi tetap dijalankan?
    Penghasut boleh dihumban ke lokap tetapi tanah tetap dijual.
    Kah kah kah.

    ReplyDelete
  11. Khairail Anwar Bertam27 November 2014 at 14:39

    Pemimpin-pemimpin politik adalah pelakon samada di jalan raya atau dipentas,dari Hitler,Soekarno dan sampai ke Anwar Ibrahim tetapi samada baik atau buruk kesan pimpinannnya yang akan diperhetongkan kelak.

    Buat masa sekarang pimpinan Najib masih mengekalkan keadaan ekonomi yangh baik.

    Dalam UMNO sendiri siapakan yang lebih dari Najib sekarang ini, Muhyiddin? Khairy terlalu muda untuk mengambil alih,Hishamuddin tidak boleh diyakini kerana telah meminta maaf meghunus keris UMNO dan Haji Hadi Pas berkawan dengan kafir setelah mengkafirkan orang UMNO. Anwar Ibrahim homosexual dan binbi orang pun ditutuhnya dan semakin jelas kepada umum diahanya layak jadi pelakon jalanan.

    Mahu tidak mahu kita kena terima Najib. Jika diangap dia sebagai orang Obama,Tunku dan Tun Razak pun alat Barat dan bertanggungjawab meletakan kia di tangan Barat terutama dari segi ekonomi sampai sekarang ini.

    Maka itu kita harus memberi peluang kepada Najib. Tidak harus bersikap prejudis. Kalau dia tidak tunaikan janjinya,jika dia tidak walk the Talk maka dia akan dihukum oleh rakyat.Masa sudah singkat untuk memileh parti lain Tidak ada parti yang lebih baik dan lebih terjamin dan menjamin masa depan Melayu selain dari UMNO.

    Nak harap PKR berpecahbelah,penuh dengan kroni,nak harap Pas,Pas sudah seewengkan Islam, nak harap DAP,DAP adalah socialis celup dan cauvanis. Berilah peluang kepada Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi peluang apa lagi, dah 6 tahun dah...dah lama dah kata Tun M. Percayalah apa yg najib cakap tu semua retorik saja.. Lagi lama dia dibiarkan memimpin lagi lingkup lah UMNO dan makin teqok lah org melayu. Percaya lah, tak akan ada pemimpin UMNO yg mampu memperbaiki kerosakan akhlak pemimpin dari cawangan, bahagian dan seterusnya peringkat pusat dalam masa 3-4 tahun ni. UMNO kena tewas PRU 14 dan baru lah kekuatan UMNO akan kembali seperti biasa.. JKK cawangan dan WAR LORD bahagian harus di hapuskan dahulu..

      Delete
    2. Menyampah betul aku. Setiap kali PAU itulah yang keluar dari mulut Ah Jib Gor iaitu: `hidup Me;ayu, hidup Melayu dan sayalah Melayu yng akan mempetahankan maruah Melayu!`

      Itu semua retorik dan cerita yang sama berulang kali setiap tahun. Selagi Ah Jib Gor tak resign, kita Melayu semua mampos!

      Delete
    3. Lukah sama telah dipasang dan jerat sudah mengena. Terkena lagi Melayu UMNO dan Melayu Malaysia dengan janji
      manis yang sama. Melayu memang mudah lupa. Bukan kata saya tapi kata Tun M.

      Delete
    4. Memang rakyat akui UMNO adalah parti terbaik buat masa dan ketika ini. Tetapi yang menjadi masaelah (pinjam perkataan Kadir Sheikh Fadzil) ialah individu-individu yang mengetuai parti itu. Hakikatnya Anwar Ibrahim tidak kuat 'he is rubbish and bankrupt" hanya membuang masa kita melayan joget dan rambong Anwar Ibrahim. Tetapi yang menyuntik kekuatan Anwar Ibrahim ialah apabila pemimpin UMNO sendiri yang bercakaran sesama sendiri merebut habuan, ganjaran, projek, wang ringgit dan harta tanah sebagai bekalan untuk kelak menyogok ahli UMNO untuk terus menyokongnya menjadi Ketua. Mereka tidak sensitif Isu-isu rakyat akar umbi seperti kejatuhan harga getah sehingga pembangkang mengambil kesempatan. Mereka asyik dibuai dan didodoi pengikut yang pembodek. Mengapa kalau dulu semasa menjadi pembangkang mereka boleh menghidu seperti isu balak di Kedah sebaliknya apabila menjadi pemerintah mereka alpa, ralit dan lena.?

      Delete
    5. Saya ingin tahu dari anak Felda siapakah yang layak untuk menggantikan Najib dalam UMNO. Dalam PKR semuanya tak boeh pakai,parti kornisme,dalam Pas tidak ada seorang pun layak,kebanyakannya munafik. Sila beri suatu nama yang paling layak dalam UMNO?

      Delete
    6. Anak Felda! Bagaimanapun ini lebih baik dari teriak Islam Madani kemudian tutuh pungkok bini dan seketari,tak kenal betina atau lelaki,asal lubang jadi.

      Bapa klroni,tapi orang masih percaya lagi,jadi pemimpin ,jantan cantik jadi bini,kalau jadi perdana menteri,simpan lelaki di luar negeri.masa timbalan perdana menteri pun dia dah buat begini.

      Delete
    7. Samsiah Fakeh, Siapakah yang berani menukar bicara pada awal perhimpunan PAU kali ini ketika merasmikan pergerakan pemuda, wanita dan puteri UMNO? Yang berani memberitahu para perwakilan dan ketua bahagian lama supaya `do not overstay your welcome` kalau sudah tidak berupaya lagi?

      Tan Sri Muhyiddin adalah orang yang saya nampak sanggup membawa perhitungan hidup mati UMNO `going forward` and `move the extra mile`. Kalau tidak serahkan saja pada Muhriz Mahathir. Semua ketiga tiga Naib Presiden yang ada sekarang hanyalah kaki retorik

      Delete
    8. Sdr Haziq kalau menuduh perlu ada bukti sahih. Tidak bolih main agak agak atau ikut rentak orang politik. Bab berzina ini tuduhannya berat di akhirat . Takut saya. Tak tahulah kalau sdr Haziq tak takut dibumi mashyar nanti. Nauzubillah...

      Delete
    9. Samsiah Fakeh. `Dalam PAS kebanyakkannya munafik`. Sila berikan nama kebayakan yg munafik tu. Kalau pandai tuduh mesti bolih beri nama. Sebab kami orang Melayu muslim nak tahu, ok?

      Delete
    10. Awak ni fanatik sampai tak dapat buat pertimbangan .Seorang bekas pemimpin besar ABIM, beri khutbah di majsjid dan surau ,boleh menari atas pentas dengan iringan gendang Hindu.Adakah ulama Nik Aziz atau Hadi akan berbuat demikian dan jika dia boleh buat demikian awak masih memujanya sebagai seorang pemimiin yang boleh dipercayai. Awak ketinggalan zaman dan tak tahu politik,mudah tertipu dengan perwatakan palsu.Saya nak tanya awak senangkah seorang lelaki mendedahkan bahawa pungkoknya telah ditutuh. Tak malukah dia. Awat awak fikir sebelah sahaja.

      Delete
    11. Kasihan awak tak kenal orang munafik dalam Pas. Bagaimana jika seorang yang mengkafirkan orang kemudiannya berkawan dengan kafir yang memusuhi Melayu dan Islam. Mereka juga berkawan dan menjadikan orang yang disyaki buruk moralnya menjadi ketua. Tidakah ini perbuagan fasiq?

      Delete
    12. Haziq, awak ingat dalam UMNO serta pemimpinnya tak ade kaki betina ke? Dua kali saja dengan disebelah sana tu. Janganlah hipokrit. Tuduhan biar ada bukti. Si lelaki kena pungkok tu pun kita tak tahu mengapa dia mengaku. Kata si Ram Gopal ` suka sama suka`. Mungkin habuan ringgit tak mencukupi kut...

      Delete
    13. En. Haziq. Si kaki pungkok tu kan dalam parti UMNO kamu sebelum ni?. Ketika dalam UMNO tu lah dia dari berubah. Ketika dalam ABIM dia ok. Kenalah tanya UMNO kenapa dia berubah. Mungkin sarangnya UMNO. ALLAH SWT yang mengetahui.

      Delete
    14. Samsiah Fakeh. Tak perlu kesihankan saya. Itu tak penting. Berani tuduh mesti ada nama. Tolong bagi nama? Barulah awak benar sebagai seorang mukmin. Rasullullah SAW sendiri apabila menuduh akan memberi bukti dan nama. Sila kaji riwayat baginda.

      Delete
    15. Ade jaminan ke PRU 14 Umno menang beso dgn mengekalkan Akta Hasutan ? ape pengundi Cina n melayu bkn ahli Umno akan 'U Turn' menyokong Umno/BN kembali?

      Delete
    16. Antaranya Haji Hadi, Mustaffa Ali( ingat video) dan ramai lagi ,cukuplah itu untuk awak cari lagi sebagai panduan.

      Delete
    17. Anak Bentan!. Dalam UMNO memang ada orang seperti itu dari dulu lagi,ada baik dan ada buas tetapi persepsi setiap orang ,semua orang Pas dan juga orang seperti Anwar Ibrahim alim ulama tetapi jika beliau bertukar kerana masuk UMNO maka beliau bukanlah seorang yang kuat imannya tetapi boleh dipengaruhi. Jika dia jadi pemimpin bahayanya lebih besar lagi.
      Tidak terkejut jika pemimpin UMNO demikian tetapi orang terekejut jika pemimpin ABIM yang baca khutbah menari atas pentas dan dihadap di mahkamah atas tuduhan main pungkok. Tak kan semuanya fitnah. Gunalah otak sedikit dan bukan emosi.

      Delete
    18. Samsiah Fakeh. Baguslah kamu dah sebut 2 nama tu maka tunggu sajelah habuan kamu di bumi masyar nanti!

      Delete
    19. Haziq! It is good to know that you confirmed that your UMNO is the real sarang yang mengeluarkan orang seperti si pemain pungkok tu. Hopefully you are not one of them ha ha ha.

      Delete
    20. I don't agree with you sebab yang banyak main pungkok adalah dari sekolah pondok. Dalam Pas mungkin banyak dan kaki betina ada di mana mana.Bila berlaku dalam PAS orang terkejut kerana disangkakan semua orang Pas baik belaka. UMNO tidak menyembunyikan keburukan mereka. Mereka tidak hipokrit maka itu mereka tidak sembunyikan kelakuan Anwr Ibrahim bila dia ada dalam UMNO kerana budayanya lain dari yang lain. Orang UMNO main depan,dia main belakang.UMNO takut tabiat ini menjalar ke dalam UMNO dan dihalalkan pula oleh Pas. Kalau tidak masakan mereka terima dia sebagai ketua.

      Delete
    21. Ali Setan engkau tunggu aku dalam neraka kerana engkau sokong ulama munafik yang ajar orang sembahyang dua imam,yang kafirkan orang Islam,yang kata Allah mencarut.
      Engkau akan bersama dengan Hadi dan Nik Aziz yang candukan orang dengan agama sehingga mereka tak sedar diri berada dalam kemiskinan.Mereka telah menerakakan orang Islam sebelum mati.Siapa lebih besar dosanya. Engkau pun sama sahaja dah jadi Tuhan boleh tentukan orang ini masuk surga dan neraka. Inilah taraf pemikiran orang Pas.

      Delete
  12. ORANG MELAYU KENA TIPU!!!!!
    MELAYU HASUT KENA DAKWA .BANGSA LAIN LEPAS .AKTA INI UNTUK YANG LAIN BUKAN UNTUK MELAYU,ISLAM DAN SEWAKTU DENGAN MELAYU.

    ReplyDelete
  13. Nurashikin Idris.27 November 2014 at 18:10

    Kita tengok dulu,apakah Najib cakap lain buat lain,Jika dia tidak walk the talk maka masa untuknya dihukum adalah tidak lama lagi,tetapi jika dia benar- benar tunjuk kelakiannya maka saya percaya dia akan di sokong dan UMNO kembali kepada pemerentahan yang kuat,2/3 pasti dapat. Pemuda UMNO mesti tunjukan sokongan seperti yang diluahkan oleh Ketua Pemudanya terutama dalam soal Bahasa Kebangsaan.Suara ini tidak seharusnya didengar hanya dalam perhimpunan Agung UMNO tetapi seterusnya hendaklah berkumandang sehingga terlaksana suatu langkah yang berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenar keputusan yg dibuat Najib hanyalh utk mengekalkan jawatan n populariti nya sebagai Presiden Umno walaupun dia tau tentangan pasti berlaku dari pengundi bkn melayu n penyokong PR.... popularitinya hanya di dewan PWTC aje....sama2 lh kita nntikan bila ade PRK dlm masa terdekat ni....

      Delete
  14. Pertama kali zam puji Najib..

    ReplyDelete
  15. Belum pasti tak hentam lagi. Kita memuji dengan harapan tetapi kalau dikecewakan maka tidak sahaja saya yang akan hilang keyakinan buat selamanya tetapi seluruh orang Melayu. Pastinya dia tidak akan bermain politk hanya untuk seronokan penyokong liberalisme dan hanya melayan perasaan akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO.Kita tunggu dan lihat.Ingat apa jadi pada Perdana Menteri Pertama.

    ReplyDelete
  16. TS Zam,

    I beg to differ.

    THIS IS NO NEWs. Really, NO NEWs.

    Saya tidak excited langsung. Saya hairan mengapa perwakilan bertepuk2, menjerit2 dan berguling2 apabila najib buat pengumuman tersebut.

    Is it WORTH a pengumuman in the first place ??

    Mengapa saya berkata begitu ?

    Akta Hasutan bukanlah isunya. Akta ni dah ada lama sudah, and is serving its purpose well. It is there, and is doing fine terutama utk malaysia yg multi racial ini.

    So ?

    Isunya ialah NAJIB sendiri.

    Setelah mengenyahkan ISA tanpa konsultansi especially with the experts on security and safety, dia nak nyahkan pula akta hasutan.

    Tidakkah dia nampak kesusahan teknikal yg dihadapi oleh PDRM dan Tentera bila ISA tiada ? Dan dia nak hempuk lagi negara ni bila nak buang akta hasutan ?

    Did najib learn ?

    Mengapa dia sungguh2 sangat nak buang akta tersebut ?

    Jadi bila dia umum nak retain akta tu, tak ada apa yg kita nak excited. Mengapa bertepuk2 nak jadikan dia hero pulak ? Dia bukan umum apa2 yg baru pun. Dia bukannya menyelamatkan negara ini pun. Why ? Kerana akta hasutan tu mmg dah sedia ada dan dah lama menyelamatkan negara ini.

    Ketahuilah, setelah mendapat tekanan dan desakan dari pelbagai pihak (termasuk dari the experts), baru lah najib menngalah.

    But bear in mind, najib kelihatan hanya mengubah fikirannya, bukan pendirian atau pegangannya.

    Why do i say that ? Kalau najib betul2 peka dan realistik, dia tak perlu tunggu PAU utk "buat pengumuman". He is the PM ... boleh buat pengumuman bila2 masa lama sebelum PAU.

    Buat masa PAU nak tunjuk apa ? Kami bukannya bodoh najib. Cuma sayang sekali perwakilan terlalu berlembut hati, maka bertepuk terlolong lah mereka bila najib buka mulut.

    Btw, terima kasih banyak pada TS Muhyiddin ... message anda yg keras bahawa akta hasutan mesti dikekalkan dan mesti ada pemilihan pada 2016 telah membuka sikit mata najib. And certainly he gets kelam kabut !

    TS Zam ... disini sekali lagi saya nak ucapkan syabas dan terima kasih pd TS Muhyiddin. Para perwakilan sepatutnya menjerit bertepuk berterusan pada beliau.

    Bukan pada najib ....

    OBSERVER MELAYU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidakah kita boleh berfikir Najib barangkali cuba menebar jalan.Dia dapat lihat sikap bukan Melayu dan memperalatkan mereka.Kelakuan mereka menyokong kuat Akta Hasutan dihapuskan membangkitkan semula nasionalisme yang hampir padam.

      Saya ingat Tunku Perdana Menteri Pertama memberitahu Kesatuan Mahasiswa Indonesia(KAMI) selepas Konfrontasi tentang stratiji men genali penyokong komunis di tempat yang damai dengan menubuhkan PKM secara sulit( dilakukan oleh SB). Maka kemudian diketahui ayer tenang berbuaya dan dengan itu juga dapat dikenali wajah wajah komunis yang tersembunyi yang muncol sebagai pemimpin.

      Harapnya Najib juga sedar bagaimana The Star Wong Chun Wai mendedahkan dirinya sebagai seorang pejuang moderation. Apakah matlamat moderationnya selain dari memburukan nasionalis nasionalis Melayu dan juga pejuang pejuang Islam tulin termasuk institusi agama. Dia paling kecewa dengan ucapan Najib hariini.

      Kadang kadang permainan politik terlalu complicated.

      Delete
    2. Maaf ejaan silap.Maksud saya JALA

      Delete
    3. TS ZAM. Najib hanya tukar pendirian mengenai akta hasutan kerana isu ini hangat dilaungkan olih PERKASA, ISMA, NGO NGO Islam , bekas ketua hakim, bekas ketua ketua polis dan rakyat Melayu. Kalau tidak kerana tekanan mereka saya pasti Najib akan ikut kehendak Cinabengs dan lain kumpulan liberals.

      Tak ada apa pun yang hendak dipuji kepada Najib. Ini bukan akta hasutan baru. Ianya akta lama. Bersyukor kita kalau tidak punah ranap Melayu dan Islam di bumi Melayu ini olih kumpulan PR dan kaum liberal yang ditunjangi olih PR ( terutamanya DAP dan PKR)

      Delete
    4. Amat bernas sekali TS Zam .
      Sudah sampai masa untuk gomen mengemas kembali sekolah vernakular cina sekarang ini .
      Sekolah2 ini sudah menjadi liabiliti terhadap keamanan dan keharmonian negara . Mereka menjadi tungak dalam permisahan kaum . Penolakan terhadap sekolah wawasan menunjukan ada ajenda tersendiri yang ingin dibawa olih sekolah ini.

      Delete
  17. awat nak kena puji pulak? dia sendiri yg teringin nak hapuskan & dia jugak kata tak jadi. sapa makan sapa basuh mulut la. what a big deal? umpama jaring gol sendiri lepas tu equalise, hebat ka lagu tu? isa dah jadi sejarah.

    ReplyDelete
  18. Blog Zam saya lawati pagi ptg dan mlm(dgn hrpn ada entri terbaru)..
    Tulisan zam amat tajam dan kena pd situasi/keadaan semasa(buku dsebalik tabir ttp chmpion)
    Dhrp Presiden tdk retorik dan mainkan perasaan akar umbi ketika semua riang dlm cemas..
    Tq tan sri kerana respon anonymous 18:12..
    Saya peminat no1 awang selamat jgk..

    ReplyDelete
  19. Aku setuju dengan Anak Felda. Jangan kita tertipu lagi dengan retorik Najib. Saya harap pemilihan UMNO 2016 akan ada banyak perubahan pada pucuk pimpinan UMNO dan jika ia berlaku barulah kita bolih percaya UMNO sudah berubah. Jika tidak terpaksalah kita tunggu PRU14 untuk merubah UMNO.

    ReplyDelete
  20. TS Zam,
    PAU lepas pun Najib bertempik yang dialah pejuang , penyelamat dan pembela bangsa melayu. Habis aje PAU, habuk pun tarak. Lagi menambah derita melayu ada lah.

    Saya rasa orang Melayu bukan hanya rasa bimbang tentang masa depan bangsanya. Kebimbangan ini lahir dari sifat patriotik dan nasionalistik yang sedia wujud dalam jiwa anak bangsa melayu. Mereka bimbang melihatkan bagaimana seorang Perdana Menteri hilang kemudinya kepada seorang isteri. Mereka bimbang melihat PM hilang kawalannya pada operasi strategik negara yang dipajakkan kepada konsultan berkepentingan yang dibayar berbillion, little nepoleon yang berleluasa di pejabat2 kerajaan, PEMANDU yang bermaharajalela, MAS dibiarkan tenggelam dan dirompak oleh penjaga khazanah negara, PROTON dibiarkan hanyut di tanah air sendiri. Kapitalis2 tempatan dibiarkan bermaharajalela seperti kes jalurlebar YTL dengan Kementerian Pendidikan, ASTRO dibiarkan menghisap darah rakyat tempatan. Rasuah kapitalis dan penjawat awam yang meningkatkan kos projek dll.

    Bila berdepan dengan Singapura, kita sentiasa tunduk mengalah. Jambatan tidak jadi dibina walaupun diwilayah sendiri. Isu-isu lama dibiarkan tanpa penyelsaian seperti duit EPF rakyat semenanjung di Singapura, harga rumah yang melambung tinggi, harga barangan yang naik mendadak hasil dari kenaikan harga minyak.
    Dari sudut sosial, puak2 liberal dibiarkan menghina dan mempersoalkan hak2 bumiputra dan ugama Islam. Gagal mentarbiah dan meyakinkan parti2 komponen BN terutama MCA dan MIC tentang pentingnya mendokong perpaduan berlandaskan perlembagaan nasional.

    Saya yakin, jika jambatan bengkok dibina, jika PROTON dilindungi dan diberi sokongan dan kekuatan, jika PEMANDU dihapuskan, jika veteran dan legenda melayu di dengari nasihat mereka, jika KHAZANAH di rombak dan digantisemula dengan Economic Planning Unit, Jika MAS dikembalikan kepada mereka yang berhak, jika KJ ditarbiyahkan mengikut acuan asal UMNO dan jika pengkhianat2 di dalam UMNO, Barisan Nasional dan di dalam kerajaan dikenalpasti serta dinyahkan segera, kita akan kembali semula ke era keemasan yang pernah kita kecapi dahulu.

    -John Labu














    ReplyDelete
  21. Diharap dgn pengumuman Najib mengekalkan Akta Hasutan akan ade PRK Parlimen o Dun dimane komposisi pengundi melayu/cina 50/50 boleh lh dijadikan kayu pengukur samada beliau betul2 mendapat sokongan rakyat dlm isu ini... sama2lh kita nantikan......

    ReplyDelete
  22. najib merupakan pemimpin umno yang paling penakut dan flip flop dalam sejarah kepimpinan melayu..cakap brgedar degar..bila didesak oleh ahli umno dan orang melayu jelas kelihatan kecut dan amat takut kehilangan jawatan rupanya. Patutlah dengan bukan melayu dia seperti kerbau dicucuk hidung terutama sekali gertakan dari pembangkang dan dunia barat.. orang seperti ini tidak layak memimpin orang melayu dan islam di negara ini..teserlah playsafe bakal menjahanamkan negara..

    ReplyDelete
  23. najib cakap tarak serupa bikin..tak percaya langsung...

    ReplyDelete