Thursday, 13 November 2014

MENTERI BESAR PAHANG MENEMPAH MAUT

Dosa membalak secara haram di Pahang,membotakan tanah di Cameron Highland ,membiarkan ribuan pendatang haram bermaharajalela dan  berulangnya limpahan banjir di tanah tinggi itu  tentulah bukan  hanya dosa Menteri Besar Pahang seorang diri.

Sejarah negeri Pahang  telah membuktikan bahawa pernah Menteri Besarnya  tersingkir kerana tidak mahu berkongsi dosa.

Maka itu apabila Menteri Besar Pahang  Adnan Yaacob mengambil keputusan untuk menyerang Utusan dengan keras kerana pendedahan mengenai kebanjiran pendatang asing  di Cameron Highlands mungkin kerana beliau mahu mengambil tanggungjawab sendiri dan tidak mahu membabitkan orang lain.

Dalam keadaan tertekan  tidak dapat mendedahkan hal sebenar,perasaan tidak terkawal dan lidah  tidak mengenal batasan, lalu beliau menjadikan  Utusan sebagai sasaran serangan tanpa menilai baik buruknya.
,
Saya terkejut dan terpegun bila  Bisik Bisik Awang Selamat Minguan Malaysia minggu   lalu telah menghentam  Adnan habis-habisan  sehinga keperingkat mengingatkan beliau telah overstay your welcome tetapi apabila membaca pendedahan  kecaman melulunya  terhadap Utusan  maka saya merasakan kewajarannya kerana pulut santan binasa,kerana mulut taraf MBnya tercerca.

Antara lain kata Adnan dalam sidang akhbarnya berhubung dengan isu Cameron Highland  yang didedahkan oleh rakaman  video Utusan : "Utusan pun rugi berniaga,ntah Utusan pun tutup berniaga.

"Ketua pengarang ingat boleh tentukan naik turun sesaorang.PM jatuh ,PM turun,menteri itu turun.

Katanya lagi "reporter takut pada editor  lebih pada tuhan lagi,dia tuhan tak takut bila tak sembahyang."

Adnan telah membuat suatu perhetongan yang salah apabila beliau menjadikan media sebagai musuh. Kejatuhan pemimpin bukan kerana media tetapi kerana pemimpin memberikan senjata kepada media.

Kata-katanya itu memberi arti bahawa  beliau telah berkerat rotan , berpatah arang dengan Utusan Melayu yang selama  ini lebih banyak mendedahkan kekuatannya dari  kelamahannya.Barangkali beliau memikirkan Utusan tidak lagi berguna baginya,Utusan bukan lagi hak UMNO kerana beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang. 

Adnan telah menjemput maut datang lebih  awal bagi jawatan menteri besarnya  dan juga bagi masa depan politinya.

Adnan telah membuat perhetongan yang salah  apabila beliau menjadikan media sebagai musuh  apatahlagi Utusan yang memang mempunyai sejarah keramat dalam kekuatan dalamannya menjatuhkan pemimpin.

Kejatuhan pemimpin UMNO biasanya bukan kerana tekanan dari luar tetapi dari dalam dan anasir dalaman paling merbahaya adalah Utusan sendiri.

Sejarah tercatit beberapa orang Menteri Besar dan Menteri telah cuba mempertahankan kedudukan sehingga saat terakhir tanpa memperdulikan isyarat yang diberikan oleh  Utusan tetapi terbukti   maut juga akhirnya yang terkadang lebih awal dari yang dijangkakan.

Dalam soal kedudukan  Menteri Besar Pahang,nampaknya Adnan yang memberikan keris kepada Utusan.

PERHATIAN: TAJUK PEGAWAI KHAIRY DIHARAMKAN MASUK KE ZAM NEWSROOM  CAFE TELAH MENINGKAT LEBIH 7,000.SILA BACA.

SIAPA ZAM NAK TENTUKAN MB PAHANG?
13 November, 2014 SIAPA ZAM YANG BOLEH TENTUKAN MENTERI BESAR PAHANG MENEMPAH' MAUT'? Mantan Mamak Menteri Utusan Malaysia merupakan suara UMNO dan orang Melayu sejak dahulu lagi. Utusan adalah lidah resmi UMNO dan suara para pemimpin UMNO. Namun tidak kurang juga penglibatan Utusan dalam memberi warna kepada politik UMNO dan tanah air. 

Utusan Malaysia adalah musuh utama kepada pembangkang. Kerana itulah Pas memanggil Utusan Malaysia / Melayu sebagai Utusan Meloya. Pengikut Pas memang dah mengharamkan Utusan untuk dibaca bahkan mungkin tersentuhnya juga perlu disamak. Anwar Ibrahim sendiri yang suatu ketika dahulu menggunakan Utusan sebagai penyambung lidahnya akhirnya turut melabel Utusan sebagai pembawa berita palsu dan berniat jahat. Memang tidak kurang para pemimpin UMNO dijatuhkan oleh Utusan yang menjalankan agenda orang-orang tertentu. 

Saya tidak hendak memberi contoh kerana contohnya terlalu banyak. Yang ingin saya persoalkan disini adalah apakah kali ini Utusan juga membawa agenda khas untuk menjatuhkan Menteri Beasr Pahang? Saya tidak hairan apabila Awang Selamat dan Utusan bersungguh-sungguh cuba 'mamalukan' dan menjatuhkan Menteri Besar Pahang kerana saya pasti jika diibaratkan polong, dia polong yang dipelihara dan bertuan. Pasti ada hidangan telor disediakan untuk santapannya.
 Cuma saya agak terkejut apabila seorang mantan menteri yang juga bekas pengarang Utusan turut 'mengehentam' Menteri Besar Pahang didalam blognya dengan memberi tajuk 'Menteri Besar Pahang Menempah Maut'. Nampaknya mantan menteri ini masih merasakan bahawa beliau adalah sebahagian dari 'Utusan Meloya' dengan khayalan dalam zaman gemilangnya dulu.

 Saya bukan antara yang taksub kepada satu-satu pemimpin bahkan pada suatu ketika saya sendiri pernah 'menghentam'. Namun, dipenghujung kariernya, berilah Menteri Besar Pahang ini sedikit 'muka' dan penghormatan dan jangan 'telanjangi' dia. Biarkan dia berundur secara terhormat sebagaimana Tun Dr. Mahathir dulu. Jika kita, (terutama yang bercita-cita besar) sanggup menunggu selama ini, kenapa tidak sabar untuk menunggu sedikit masa lagi? 

DARI BLOG BRAVEHEART



34 comments:

  1. The fact is UMNO need more Azmin than people like Adnan, Noh Omar dan sewaktu dengan nya. He OVERSTYAED tak paham paham 'his time is UP'. Kesian Pahang the state of Datuk Sri Ah Gib Gor errrr silap Najib..I am confused who is Malaysian PM ? Ah Gib Gor or Najib Tun Razak?

    ReplyDelete
  2. Adnan naik dengan caranya yang tersendiri dan beliau jug akan turun dengan stylenya yang tersendiri,sudah serasi dengan rakyat Pahang dan tidak diketahui dan tidak disenangi oleh orang yang tidak rapat dengannya. Itu adalah sifatnya,kekuatan dalam keliaran kata tetapi ada kalannya berkesan dan ada kalanya memakan tuan.Memang sukar untuk menukar keperibadian walaupun zaman telah berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jd pemimpin...tanggungjawab didahulukan..
      Style dtg kemudian

      Tp sjrg.. dah jd trend
      Style dtg dulu..

      Cam cibai

      Delete
  3. Kita tidak peduli utusan itu keramat atau tidak, seperti kita sudah lihat umno yang dulunya keramat kini sudah boleh dicelakakan sewenang-wenangnya....
    Kita kena lihat dan faham isu sebelum membuat kesimpulan. Kebenaran mesti diucapkan walau pahit pada sesetengan pihak.

    Isu Adnan dan Utusan sata tidak ikuti - tiada komen.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri, sebenarnya majority rakyat di usia 30-55 tahun sudah bosan dengan apa yang berlalu di dalam negara ni terutamanya yang melibtkn pimpinan yng sedia ada.... kami cuma tunggu waktu untuk meledak jer...mohon Allah SWT berikan keinsafan dan kesedaran kepada kepimpinan melayu/islam kita... aaamiiiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bener !!!

      Pemimpin yg perasan bagus
      Berada di atas pun sbb duit
      Tabur utk dpt sokongan
      Laknat !@

      Delete
  5. Omong Kosong Lagi Ke Zam?

    Adnan Berlaku demikian sebab beliau tahu Utusan sudah Kehilangan Taring dan mungkin menuju ambang Bangkruptsy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marhaban Kelantan13 November 2014 at 13:24

      Awak boleh berkhayal sendiri tetapi realtinya pengedaran Utusan dan Kosmo meningkat tetapi suara comformist,apa jadi BH dan NST pasarannya merudum dan doa supaya UMNO KO telah menjadi sebaliknya, parti pembangkang berceramuk,keyakinan rakyat kepada pembangkang hancur,Hadi yang kafirkakan orang Islam sedang sakit dan awak bolehlah terus berkhayal sehingga kemati dfn Utusan akan terus hidup sebagai suara keramat bangsa.

      Delete
    2. Jika Utusan kehilangan taring maka mengapakah pembangkang masih mengambil perhatian terhadapnya. Saya fikir Adnan akan "Maut" lebih dahulu dari Utusan.

      Delete
    3. Utusan.. skdr sampah mcm Harakah

      Delete
  6. Demi akauntabili dan responsibiti MB Adnan bertangung jawab keatas kematian yang berlaku .
    Perkara yang berulang setiap tahun tidak bolih dimaafkan langsung . Ini menunjukan tidak keperihatinan terhadap tanggungjawab .
    Sudah jelas MB Adnan sudah cuai .

    It's time to go MB Adnan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's time to look at new candidate to be MB Pahang.

      Delete
  7. Pemimpin Umno mcm Adnan Yaakob belambak dlm Umno. Time susah cari Utusan time senang lupakan Utusan. Time nak bertanding bentang karpet merah kpd Utusan. Bila dah menang buat2 tak nampak kat Utusan. Utusan disaman berjuta2 ringgit utk pertahan pemimpin Umno macm Adnan tiada siapa peduli.... utusan rugi sbb nak jaga pemimpin mcm Adnan....
    #di depan duri di belakang api

    ReplyDelete
  8. MB Adnan ni pun macam Najib juga. Mereka tak ambil pusing masyaalah rakyat. Mereka berdua ini hanya jaga kepetingan diri dan kroni saja. Yang terbaik sekali ialah UMNO minta kedua dua mereka berhenti dari jawatan mereka dan ganti dengan orang baru.

    Perhimpunan UMNO di hujung bulan ini adalah landasan terbaik buat ahli UMNO memberi kata dua pada mereka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hrp2.. bkn kebetulan mrk org Pahang yer

      Sampah tetap sampah

      Delete
  9. Salam Tan Sri.

    Masalah yg kelihatan disini ialah bila Ahli Politik mengambil kesempatan dan mahu berpaut pd jawatan yg dipegang buat selama2nya.

    Tentulah mereka telah mengambil kira cara untuk memastikan agar sentiasa menang dikawasan Dun atau Parlimen bila bertanding untuk memastikan kelayakan terlebih dahulu.

    Untuk memastikan kemenangan pula...mereka ada cara nya tersendiri....ia boleh diatur atau kira 'sap2 suey' saja.

    Bila sudah menang kawasan bertanding....mereka pun kekal dlm jawatan yg sama....sebab ketua yg diatas pun dah kenal lama dan 'kamcheng' pula.

    Hata...mereka akan kekal berterusan...sama ada sbgai Timbalan Menteri...Menteri....atau Menteri Besar.

    Segan dan malu tentang kegagalan atau prestasi kerja yg rendah tak timbul
    sebab yg penting masih berjawatan.

    Masalahnya bila mereka menganggap kerja itu mcm memegang jawatan penjawat awam yg berpencen seperti Guru Besar sekolah..DO...Doktor kerajaan....'Chief Clerk'....Lecturer Universiti Awam dsb.

    Faham2 sajalah....bila jadi MB....serupa mcm 'Raja' sebuah negeri kecil...'king of a small kingdom'....mcm2 boleh dibuat.

    Sama jugalah bila menjadi Menteri diperingkat Federal.

    Justeru itu....genggamlah sepuas2 nya jawatan yg dipegang walau pun 1001 satu masalah yg timbul dan berlaku walau pun diketahui.

    Bukit jadi botak...sungai penuh sampah ...PATI yg berlori2 masuk negeri....kes samun dan ragut...pecah rumah rogol...ajaran sesat....dll pun sudah tidak kelihatan lagi.....dah jadi pekak dan buta mata serta hati.....kerana sibuk dgn kedudukan dan sedang kuat berkaut apa yg boleh.

    Cerita2;
    Rakyat didahulukan?
    Pencapaian diutamakan?
    Kepentingan Bangsa dan Ugama dijaga?

    Dlm diri berkata..."Aaahh mampus kau org lah".

    Itulah ketua2 Umno Melayu....tahi atau najis sahaja....dari ketua No 1 hingga ketua yg bawah.

    Manakala yg Melayu pembangkang pula dikaldaikan oleh Dap kafir lakhnat dgn mudah sekali.

    Kesudahannya rakyat majoriti Melayu menderita sentiasa...Ugama diperlekehkan selalu...bangsa dihina sentiasa.

    Melayu oh Melayu.


    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat.. padat

      Najib tahi jugak lah kot nooooo

      Delete
  10. dont worry. Adnan akan di naikkan pangkat lebih tinggi dari MB. Dia di fahamkan akan dilantik duta atau pun gebenor Melaka . Dia tak akan jatuh dihina kerana rasuah , turun naik mahkamah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhmmm

      Untung sentiasa...kembang buntut dan besar kepala sentiasa.

      Rakyat susah sentiasa.

      Delete
    2. Gabenor melaka untuk anak melaka.Cukup la pakai org luar. Anak melaka tak ada yg kurang.

      Delete
  11. http://pahang-ku.blogspot.com/2014/11/desak-utusan-mohon-maaf-atau-mb-pahang.html

    ReplyDelete
  12. Penyelesaian untuk masalah ini mudah sahaja. Adakan pemilihan untuk setiap kali Perhimpunan Agung. Sama la adakan Pilihanraya Umum setiap 2 tahun. Pasti tidak ada mana-mana ahli politik akan bercakap kasar dan menyombong dengan rakyat. :)

    Buktinya anda dapat lihat. DE Adnan ini berani menyombong kerana tahun ini tiada pertandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAU hanya setakat show fun fair jer

      Ada gurau senda
      Ada pantun seloka
      Ada show lawak
      Ada sajak puisi
      Yg x penah misss.. pujian2 pd Tuan Presiden !! Acara wajib berzaman..
      Masa rehat shopping kain batik.. tudung
      Mlm santai kt cafe
      Elaun masyuk...
      Ada yg anggap sbg percutian

      So.. apa faedah PAU ???

      Delete
  13. http://braveheart-blogger.blogspot.com/2014/11/siapa-zam-yang-boleh-tentukan-menteri.html

    ReplyDelete
  14. Lupakah melayu semua semasa PRK Sanggang dimana MB telah menunjukan isyarat lucah, prnh org asli beliau ajak bertumbuk, adekah pemimpin begini mahu kita kekalkan ? Baru skrg lidah resmi umno (Awang Selamat) nak komen... ape2 pn buat pertama kali saya setuju dgn tindakan utusan.....

    ReplyDelete
  15. Kita bukan tuhan nak tentukan ajal maut seseorang.

    Penyudahnya UMNO ni jumud gitu je la. Yang membunuh bukannya musuh dari luar. Tapi sesama sendiri. Sejak dari Dulu, Kini dan Selamanya.

    Malang bagi seorang pemimpin UMNO seperti Tan Sri masih lagi memperlihatkan kejumudan yang kekal dalam UMNO sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kalau UMNO terus kekal jumud begini, boleh la kita ucapkan, "Selamat Tinggal buat UMNO" untuk selama-lamanya.

    ReplyDelete
  16. TSZam.
    Apa beza UMNO hilang kuasa
    dengan
    Melayu hilang kuasa.

    UMNO hilang kuasa yang susah bukan Melayu
    hilang susah ialah pemimpin UMNO(melayu) yang rakus ,tak amanah serta pelingkup bangsa Melayu.

    Pemimpin UMNO sudah dilihat pelingkup bangsa Melayu hari ini.

    Bukit gondol.
    Pendatang asing.
    Rasuah semua kerana kuasa yang ada pada UMNO disalah guna.

    Itu saja.

    ReplyDelete
  17. Bapaknye Zam,
    Bagi Wak, semua jawatan dlm parti Tupperware mesti lah di pertandingan dan individu yg dilantik dlm gomen setakat maksima 2 penggal aje termasuk la bapak bapak bendahara. Kalu nak make a come back, cooling of period 3 tahun minima.
    Kurangkan kuasa Eksekutif president. Pemansohan mana mana akta atau undang undang mesti mendapat dua pertiga undi. Amacam? Can or not

    ReplyDelete
  18. Siapa lah yang berani melawan.MKT takut hilang jawatan kabinet,GLC d.l.l.
    Yang lain pun tak berani juga kerana khabarnya ramai pemimpin bahagian dibayar upah bulanan.
    Bukan perjuangan .Cari makan dan makan gaji.
    Itulah UMNO kini.

    ReplyDelete
  19. Fungsi Perhimpunan Agung UMNO

    1. Tayang baju melayu/baju kurung/kereta/songkok/sampin
    2. Sambutan ala di raja kpd pemimpim pemimpin Umno masuk ke Hotel
    3. Acara makan makan dgn perhiasan lip lap
    4. 90% ucapan/perbahasan yg ditapis dan yg berucap di pilih di kalangan kroni presiden ( isi perbahasan mukadimah sehingga akhir ucapan perlu ada puji pujian kpd presiden dan isteri presiden ).
    5. Bertepuk tangan selang 3 minit presiden berucap.
    6. Gaya ucapan mestilah berapi rapi menyebut ketuanan pemimpin melayu
    7. Pembaharuan dibuat oleh pemuda dilobi PWTC dgn acara zumba dan ice bucket challenge.
    8. Pemuda akan bercakap soal hak samarata, merata rata, gunung yg bole di rata ( DNA da tukar)
    9. Wanita pula akan memastikan Shahrizat akan terus diberi jawatan bertaraf menteri dan bergaji menteri.
    10. Wanita juga akan memastikan mendapat dana melancong dan bershopping selari dgn gaya isteri presiden.
    11. Puteri cukupkan korum..cukup time berlaga angin/bertanding pemilihan.
    12. Selepas habis PAU, semua org balik..business as usual!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..
      PAU..Perhimpunan Ampu-Ampuan Umno

      Delete
  20. Bila bercerita pasal 'Tajuk' dalam Laporan Khas Mingguan Malaysia tu, teringat pulak bila ada dikalangan pemimpin UMNO sendiri mengeliat seperti cacing kepanasan bila 'DITEGUR' oleh Tun Mahathir.

    Hanya semata - mata kerana Tun keluarkan artikel bertajuk 'MENEGUR' sahaja pun sudah cukup untuk membuatkan mereka menghina seorang Negarawan yang sudah banyak berjasa kepada Negara?

    Tapi yang itu semua orang tak nampak termasuk la Tan Sri sendiri. Tak nak pulak Tan Sri backup Tun pada ketika dia kena balun dengan pemimpin - pemimpin UMNO serta mendapat liputan dalam Utusan secara meluas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot mamu zam pun...

      "Saya pengsan mcm tuan haji pengsan jugak"...jgn mrh mamu..saja gurau.

      Delete
  21. Yang meluluskan pembalakan, pembukaan tanah dan pelaburan negeri kan dibawah kuasa MB kerana selalunya EXCo tanah, pembangunan dan kewangan di pegang oleh MB. Sekiranya MB ditekan oleh kuasa yang terlindung sila berterus terang dengan rakyat.Sekiranya tidak maka rakyat akan menyalahkan MB kerana sangkaan rakyat akan mengaitkan dengan kroni sendiri.Tapi memang ramai akan menyangka sekiranya pembalakan dan pembukaan tanah yang rakus tanpa dapat diambil tindakan oleh Pejabat Tanah dan kerajaan negeri maka mesti ada kuasa yang lebih hebat...
    Jadilah pemimpin yang berani, sekiranya menjadi Jebat lebih relevan untuk kepentingan rakyat maka janganlah berfikir panjang lagi kerana sejarah akan mengenang anda sebagai pejuang bangsa.

    ReplyDelete