Saturday, 22 November 2014

LEE KUAN YEW: SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA.

LKY TIDAK MAHU BUDAYA CINA MENDOMINASI SINGAPURA

PERHATIAN: Rencana ini telah pun disiarkan di Mingguan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi saya bawa ke blog ini untuk meluaskan pembacaan terutama kepada pemimpin- pemimpin UMNO dari seluruh  negara  menjelang Perhimpunan Agung UMNO beberapa hari lagi untuk menjadi renungan  di mana silap kita dan  di mana kebenaran Lee Kuan Yew(LKY).

LKY yang mendapat pendidikan Inggeris   meanggap sekolah- sekolah Cina  sebagai pusat pembenihan dan penyuburan perkauman Cina maka kerana itu sekalipun pengajaran bahasa Mandarin dikembalikan tetapi Singapura tetap kekal dengan hanya Sekolah Inggeris sebagai Sekolah Nasional.

Dalam satu forum antarabangsa  tidak lama dahulu tentang samaada Cina Sebagai Musuh Atau Kawan, LKY sendiri tidak menampakan keyakinan kepada  Bahasa Mandarin sebagai bahasa ilmu dan bahasa dunia.

Bagi kita semuanya sudah terlewat kerana pemimpin pemimpin kita terdahulu  terlupa kepada fakta orang Cina mempunyai kekuatan kewangan untuk membantu dan memajukan sekolah mereka.LKY juga mengenali sifat orang Cina yang tidak berkesan jika ditangani dengan pendekatan  demokrartik sepenuhnya. Di China komunisme masih menjadi asas perpaduan dan kekuatan untuk kebangkitan rakyat Cina dalam membina ekonomi  kapitalisme yang terbukti  sangat berkesan mencapai kemajuan. 

"SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA"

Oct 8
Oleh Zainuddin Maidin

(Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad  Universiti Utara Malaysia)

Walaupun hubungan rapat Lee Kuan Yew (LKY) dengan Utusan Melayu di Singapura sejak awal 50 an berakhir dengan  persengketaan dalam tahun 60 an tetapi telah  mencatitkan suatu sejarah pahit manis politik dan media yang tidak mungkin dilupakan oleh kedua pihak.

Hubungan itu bermula apabila  LKY  menjadi peguam pertama Utusan Melayu  yang  memberi peluang kepadanya  beintraksi dengan  wartawan -wartawan nasionalis kiri  Utusan yang akhirnya digunakannya untuk membina jambatan politiknya  dalam taktik dan   stratijinya  melumpuhkan kekuatan politik barisan depan komunis yang terdiri dari English Speaking Intelligentia(ESI) dan gulongan  cauvanis Cina.

Beliau kerap singgah di Ibu Pejabat Utusan Melayu 185 Cecil Street  untuk berunding dengan Marxist Samad Ismail dan Devan Nayar dan lain lain  dalam usaha untuk menubuhkan PAP. Sasterwan Negara Usman Awang pernah menulis  tentang Utusan menjadi tempat singgah dan pertemuan  para pejuang anti kolonialis  dan pemimpin pemimpin kesatuan sekerja
.
Betapa rapatnya hubungan LKY  dengan Utusan Melayu dan keyakinan kepada kualiti dan integriti kepimpinan di Utusan Melayu terbukti bila beliau melantik Penaja dan Pengarang Utusan Yusuf Ishak sebagai Presiden Singapura yang pertama yang menjadi gambar mata wang Singapura hingga sekarang ini dan beberapa orang lagi orang Utusan menjadi menteri dalam kabinetnya.

Diantaranya ialah Timbalan Ketua Pengaang Utusan,  Othman Wok Menteri yang  menjadi Menteri  Kebajikan Masyarakat dan Penulis Rencana  Pengaang, Rahim Ishak Menteri Kebudayaan  (adik kepada Yusuf Ishak)

Dengan rastu Lee Kuan Yew  Othman Wok yang ketika itu masih berkerja  dengan Utusan telah membawa pekerja-pekerja  Utusan dari Singapura  ke Kuala Lumpur  untuk mematahkan mogok gulongan kiri di Utusan Melayu  yang anti Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan anti  UMNO  dalam tahun 1961.

Pengurus Kilang Utusan Melayu Allahyarham  Yusuf Mahmud memberitahu saya bahawa LKY  yang sering singgah di pejabat Utusan   pernah memberitahunya bahawa “ saya sahaja yang boleh ajar orang Cina”. Ketika itu Singapura  menghadapi ancaman dan tekanan dari gulongan perkauman Cina dan komunis.

Saya tidak ada keterangan bertulis dalam pekara ini. Sebagai wartawan saya sedar bahawa heresay  atau  cakap -cakap tanpa  bukti adalah fakta yang lemah tetapi sesiapa yang membaca buku- buku LKY terutamanya dua buah  memoirnya dan juga Man In White The Untold Story Of Singapore’s Ruling Political Party membuktikan kebenaran kata-kata  itu.

Selepas kemerdekaan Singapura, LKY bertindak  dengan nikat dan berani menutop sekolah-sekolah Cina dan Universiti Cina di Singapura  dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan Inggeris di seluruh Singapura dan  digantikan  sebuah Universiti Cina dengan Univesity Nasional Singapura pengantar Inggeris.

Walaupun ini dilakukan serentak dengan penutopan sekolah Melayu dan Tamil tetapi menutup sekolah kaumnya sendiri yang merupakan majoriti besar rakyat  Singapura   memerlukan keazaman dan  keberanian bertindak yang luar biasa untuk menghadapi risiko  kekacauan dan rusuhan  besar.

 “ Selepas 1965,kami terpaksa membuat suatu keputusan tentang Bahasa Bersama. Sekiranya kami menjadikan Cina sebagai bahasa rasmi,maka kebudayaan Cina akan menjadi dominasi  dan ini akan membawa kepada perpecahan dalam masyarakat,” kata LKY

“ After 1965,we had to make a decision on the common language, If we made Chinese the common language,then Chinese culture would be the dominant and it would have  led to breakup in society”-LKY (Men in White 613 terbitan Singapore Press Holding limited)
.
Untuk menghapuskan University Cina, dalam tahun 1980 Nanyang University dipaksa bergabung dengan University Singapore bagi mengwujudkan National University of Singapore.

Orang -orang India Singapura telah menangis apabila sebuah Sekolah Menengah Tamil tertua  di Singapura ditutop dalam tahun 1982 kerana sekolah ini merupakan  benteng terakhir bagi Bahasa Tamil di Singapura. Mereka telah membinanya dalam 1946 menerusi darah,keringat dan air mata dan  mengadakan  tabung sumbangan bulanan bagi penyelengaraanya.Kebanyakan mereka adalah penjual akhbar Tamil yang melihat penutopan itu berarti  kegelapan masa depan Bahasa Tamil. Apa yang mereka takuti benar benar  belaku  di Singapura hari ini.

Saya tidak pasti samaada keturunan India di Singapura masih membaca akhbar Tamil.

Dalam buku memoirnya, Lee Kuan Yew mengingatkan kembali bagaimana beliau nikat memerangi puak perkauman Cina yang mahu menegakan nasionalisme Cina di Singapura.

Lapan minggu selepas perpisahan dari Malaysia,dalam bulan Oktober 1966, Dewan Perniagaan Cina  yang disokong oleh kesatuan guru guru  Cina,pengarang-pengarang akhbar Cina dan pemimpin-pemimpin berbagai persatuan  suku kaum Cina meminta kerajaan Singapua memberikan jaminan untuk menjadikan  Bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Singapura.
Belum pun kempen ini bermula ,LKY telah mencantasnya dengan  memberitahu mereka   bahawa semua bahasa utama di Singapore adalah memunyai  taraf yang sama walaupun sebenarnya pada masa itu beliau memang telah bercadang untuk  menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Lima hari selepas pengumuman itu , dengan tujuan untuk menakutkan pejuang-pejuang bahasa Cina yang mewakili empat Dewan Cina, LKY memanggil dan memberi amaran kepada mereka  di bawah suluhan  cahaya lampu  Telivisen  bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapa juga mengexploitasi Bahasa Cina sebagai isu politik. Dengan itu menamatkan suatu  percubaan mereka untuk mengangkat martabat Bahasa Cina.

Tetapi beberapa orang  pemimin pelajar yang berasal dari Malaysia telah meneruskan tindakan bantahan dengan  mengetuai tunjuk perasaan  pelajar pelajar  Nanyang University dan juga Ngee Ann College     dihadapan pejabatnya. LKY mengarahkan  mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia. Dengan itu menamatkan perjuangan mereka itu  buat selamanya(Memoirs Of Lee Kuan Yew From Third World to First halaman 171).
  
Dalam tahun 1987 Bahasa Inggeris secara rasmi  menjadi Bahasa pengantar disemua sekolah Kebangsaan Singapura.Tidak ada lagi sekolah Cina,Melayu dan India.

Walaupun timbul  kesedaran baru di kalangan pemimpin masyarakat dan politik Singapura untuk menghidupkan kembali identity setiap ethnik ( Re-ethnicisation)  menerusi pengajaan bahasa masing masing  tetapi ini bukanlah bertujuan  menghidupkan kembali sekolah Cina tetapi menekan kepada pengajaran setiap bahasa terutama Bahasa Mandarin untuk mengawal mereka dari terus melupakan asal usul dan menerima pengaruh Barat secara total .

Aliran pemikian  pendidikan Inggeris  telah meruntuhkan  sentiment perkauman,merasionalisasikan sikap , mengawal pengucapan dalam masyarakat berbilang kaum  dan   menjadi banteng pertahanan kepada  masyarakat Singaporean Singapore.Maka itu orang Cina Malaysia yang kebanyakannya masih kecinaan dalam cara hidup mereka  berasa terasing dan sukar untuk menyesoikan diri dengan generasi baru Singapura.

Selepas merdeka,kerajaan Malaya juga telah  memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan meningkatkan taraf Sekolah Kebangsaan Pengantar Melayu keperingkat Menengah dan Universiti  disamping mengekalkan sekolah aliran Cina dan Tamil diperingkat rendah sahaja.

Dengan itu diharapkan dalam jangka panjang akan berlaku kemerosotan terhadap sekolah  aliran Cina dan Tamil seperti di zaman penjajah kerana taraf pelajarannya sekadar sekolah rendah  tetapi  pemimpin –pemimpin Malaya  terlepas pandang  tehadap  hakikat kekuatan ekonomi  orang Cina yang mampu untuk memaju dan meningkatkan  pelajaran mereka  dengan usaha sendiri  ketaraf yang sama.Buktinya adalah kelahiran Kolej Tunku Abdul Rahman.

Adalah suatu pembohongan besar untuk mendakwa sekolah Cina tidak melahirkan aliran pemikiran perkauman yang sempit.Mereka sama sahaja dengan pelajar pelajar Melayu yang hanya mendapat pendidikan agama dan Melayu  yang terbatas pembacaan dan pergaulan mereka.

Lebih buruk lagi  sekolah sekolah aliran Cina menolak guru guru Melayu untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah mereka. Ini  adalah sama dengan sikap orang Jepun menolak guru  Bahasa Inggeris  untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah sekolah di Jepun  yang menyebabkan orang Jepun bercakap Inggeris dalam  loghat jepun (lihat buku  The Japanese Today: Change and Continunity  oleh Edwin O.Reischauer bekas Duta Amerika di Jepun dalam tahun 1960)   

Dalam pada itu orang bukan Melayu tidak boleh disalahkan sepenohnya dalam kemerosotan perkembangan  Sekolah Aliran Kebangsaan di Malaysia. Jingoism ( nasionalisme melampau) dan kepentingan politik  dalam pendekatan untuk mengembangkan Bahasa Melayu dan meningkatkan Sekolah Aliran Kebangsaan  telah tidak membantu untuk kejayaannya.

Salah satu contohnya ialah apabila Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman menukarkan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia telah dibantah oleh gulongan fanatic Bahasa Melayu dan  seorang Menteri  Pelajaran yang hendak mencari popularity di kalangan guru guru Melayu,orang Melayu dan fanatic Bahasa antara tahun 80 an hingga 90 an  telah menukarkannya kembali kepada Bahasa Melayu dan arahan telah diberikan kepada semua akhbar perdana.

Saya sebagai  Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu tidak mematuhi arahan ini dan terus menggunakan Bahasa Malaysia supaya setiap kaum merasakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa mereka. Itulah juga hasrat Tunku.

Apabila menjadi Menteri Penerangan,menerusi  kabinet saya meminta istilah Bahasa Malaysia digunakan semula tetapi walaupun keputusan dibuat tetapi perlaksanaannya  tidak berlaku kerana  bantahan dari  fanatic Bahasa terutama di Dewan Bahasa.

Tentang kejayaan Singapura mengwujudkan sekolah aliran satu Bahasa,dicatitkan dalam buku Men In White halaman 613: “ Apa yang tidak boleh dilakukan oleh British tanpa menimbulkan rusuhan,Singapura yang merdeka telah dapat melakukannya dan pencapaian yang dramatic tanpa pertumpahan darah dan persetujuan masyarakat berbagai Bahasa  merupakan  suatu kejayaan pengurusan politik yang menakjubkan oleh kepimpinan PAP dan kematangan rakyat Singapura.

.


13 comments:

  1. Itu lah masaalah Umno sekarang. Berdegar-degar memberi hak orang lain, bangsa dan bahasa sendiri makin terpinggir dari segi istilah kebangsaan.

    Jika teguh dengan pendirian, bangsa lain majmuk tidak juga ketinggalan, malah sikap saling menghormati, mengiktiraf secara "mutual respect" dan bersatu dalam membendung kemungkaran sudah pasti terserlah. Kita cemburu juga bangsa cina indonesia boleh berbahasa bermacam dialek daerah mereka di sana. Tiada apa yang kurang pun, malah sebahagian mereka meraih kejayaan dan kekayaan di sana. Apa lagi bangsa peribumi yang kuat berusaha hasil galakan kerajaan dan tuntutan agama agar bermandiri atau berkerja sendiri.

    Malah Melayu Siam lebih suka berbahasa Siam dan Melayu Filipina berbahasa tagalog. Tidak kah Melayu itu boleh sahaja bersatu ?

    Cuma Malaysia sahaja mengalami krisis identiti kerana Melayu kini berasa diri mereka terhina konon nya menjadi Melayu !

    LKY boleh mendidik bangsa nya malah membunuh identiti Melayu, dengan ketegasan. Melayu Singapura merasa diri mereka bernilai dari Melayu Malaysia kerana kemudahan perhidmatan yang di sedia kerajaan mereka sungguh efektif.

    Begitu juga Indonesia yang menganggap Malaysia terkebawah dan mereka lebih menyanjung merujuk Singapura sehingga karakter dalam filem-filem mereka membanggakan Singapura. Begitu hebat cara LKY menempatkan diri dan pengaruh menyisihkan Malaysia yang di anggap pesaing paling bahaya dalam keberadaan dan kesinambungan Singapura. Lebih tiga ratus juta rakyat, kenapa Malaysia tidak merebut peluang selain buruh-buruh binaan ? Indonesia tidak rugi, kemahiran buruh-buruh mereka boleh sahaja menyumbang pembangunan yang di rancang ! Lihat lah projek-projek mega mereka di seluruh daerah nya sekarang !

    Sudah masa nya semua rakyat terutama Melayu bersikap dominan terhadap negara. Sudah masa juga bangsa cina di didik tuntas menjadi warganegara yang tahu erti kebebasan dan kemerdekaan yang mereka abaikan secara bersistematik menuju penguasaan monopolistik dalam semua bidang mengisi kerakusan tidak bersempadan.

    Zaman Najib tiada tersohor tokoh-tokoh dan koporat Melayu aktif secara realistik menjadi pelapis perdagangan Melayu. Juga tokoh-tokoh politik Umno yang boleh berkerja di luar kotak. Mana silap nya ?

    (Komen ini berbentuk pandangan peribadi mengikut pergolakan semasa)

    ReplyDelete
  2. Apa gunanya dia mewujudkan semangat kenegaraan Singapore berpuluh tahun tapi hari ini rakyat Singapore sangat tertekan jiwa darihal ekonomi sampai ramai rakyat takut kahwin menanggung beban yang tersendiri! CPF pekerja pun dia mahu telan

    ReplyDelete
  3. Sudah banyak diperbincangkan tentang sekolah cina ini . Dari dulu lagi pada zaman Tunku , sekolah sebegini menjadi pusat menentang negara melalui penyebaran fahaman komunis . . Sekarang ni pun masih menjadi pusat menentang negara tetapi secara lebih halus . Yang jelas ialah dengan memperlekehkan bahasa malaysia sehinggakan ramai tak bolih langsung berbahasa malaysia ( 16 % saperti dinyatakan olih akademik cina baru2 ni ) . Tak mustahil baki 60% hanya bolih berbahasa pasar saja saperti yang saya lihat dan dengar disatu majlis perjumpaan baru2 ni melibatkan pelajar univ swasta .
    Kumpulan sabegini akan manjalinkan puak2 apabila mereka bekerja nanti dan hanya mengunakan bahasa cina dalam kerja harian . Secara langsung ia menyisihkan bangsa lain . Dan lebih teruk sekali apabila mengusai pengurusan ( sudah berlaku ya ) mereka menyisih dan menindas bangsa lain . Saperti diceritakan olih kawan yang bekerja disyarikat MNC.

    Yang jelas sekarang sudah TIDAK ADA interaksi antara kaum sekarang . Jangan menidakkan , pergi tengok dishopping market .

    Dengan demikian sudah sampai masa kerajaan membuat Transformasi Nasional dimulakan dengan Transformasi sekolah2 cina ini saperti yang dilakukan olih LKY . Better late than never . Jangan tunggu another 13 May . DAP sudah aktifkan prasarana dia dengan dimulakan di P.Pinang dengan menyisih dan mengabaikan bangsa2 lain.

    Semua tahukan .... apa tunggu ....

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kita lupa kepada melayu-melayu yang lupa kepada bahasa ibunda sendiri setelah menguasai bahasa-bahasa asing terutama bahasa inggeris sehingga menganggap bahasa melayu tiada standard.

      Delete
  4. Bila menjelang PAU UMNO macam2 bentuk kata2 semangat diciptakan dan tidak pula kurang idea2 baru dilontarkan....SABAIK sahaja meninggalkan dewan....apa yang diserabutkan dikepala pun dikosongkan....itu lah yang disebut PARTI KERAMAT...apa yang keramat pun tidak tahu...!!..Bangsa sendiri yang mendukung parti itu sejak 1946 pun dah bosan dan meluat dengan nya.....

    ReplyDelete
  5. Very good blog. It 's okay to voice out an opinion to a certain extent

    ReplyDelete
  6. Salam Zam, All day I was thinking about the future of this country,with so many opinion express however adverse it is but the conclusive material is until and unless the UMNO do some soul searching the whole political landscape will change. The ex Lord Justice call it a new red Indian, but I would say that new form of colonialism will creep into the country. Once economic power is smartly positioned in the ecosystem then political suffocation will ensue.I am suggesting a few thing here to let the UMNO members discussed durung the general assembly that take place this weekend.
    1. I am using the mathematical model that PS = f( V,Y,E,C,P,R,L.........nth).Simply means PS = political support /political survival is the function of.V= number of voters,Y= theY generation, E+ economic condition of the country, C=corruption enforcement,P= perception of the people and R=religious situation in this country and by all means not the last L=leadership
    1. V. it seemed to me many UMNO members do not register to vote especially in urban area,or even worse the register but they vote the other party, permatang pauh is a good case.
    2.Y generation, UMNO seemed to distance themselves from the Y generation. What do generation requre from the government. Mainly they need job,reasonable wages to sustain cost of living, and the ability to purchase the house.With the globalisation and rapid telecommunication, they need space to articulate their idea and beg to differ. UMNO cannot adopt top down approach.with carrot and stick outcome
    E= economic condition, a lot more to be done, the gap between the rich and poor is too widespread, the cost of living,the car prices,and the cost of food getting spiral if not properly contained after the GST implementation.
    Corruption seemed to the order of the day.We have 1 MDB, the bukit Besi trengganu,direct nego contract,. The government seemed to be not sensitive in these allegation. For godsake do something about it to gain the confident of the people.
    P= perception, most Malaysian live in the hardship as seen by the research done by Khazana research institute. The income of the Malays are the lowest after the people give continous support to UMNO.We need to fix the problem so as to gain the confidence of the rakyat when UMNO call for General election. If you look at UMNO leader car possesion no body will agree with Khazanah research, the Malays are doing very well. OH please dont pull the wools over my eyes.
    R= religion. The question is what happen to Islam, it is not just insulted by others but by the Muslim themselves. We are divided indeed. Issue of Allah,some say OK while other feel otherwise.The case of the love the dog saga, some say all right while others say it is dead wrong and many others. People are confused by the differences of opinion among Islamic authority and the Ustaz who preached in the masjid and surau.Forget about the world let us focus on the next world.How are going to face this delima.Some time this authority have not been functioning to the best interest of Malay Muslim community.
    L= leadership is a public knowledge that we do not have leaders capabale of facing these challenges. I think Najib,Khairi,Zahid,Hishamuddin,Shafie Afdal will be our only best bet for UMNO survival. To face Rafizi,Tony Phua,Nik Aziz,Lim Guan Eng,Anuar we need to bring more talent to face it. Smart,wisdom and courages. If you thnik politic is the careers, I dont think,you should involve, give to pepole who are as courages as Saidinah Omar,as smart as saidinah Osman,as brave as Saidina Ali,and as loyal to theUMNO cause as Saidina Abu Bakar. I rest my case Zam, and I hope the UMNO will look the situation critically if need to be relevance. Selamat Bersidang.

    ReplyDelete
  7. almarhum tunku lembut (biaq pi kat depa), ah jib gor lembik & longlai. (sila rujuk lebai google apa dr mahathir tulis kat tunku). walaupun tunku lagu tu tapi meninggalkan jasa. ah jib gor jasa apa dia dah buat, 5 thn dia dah perintah. esok pau ke 68, 68 thn mai kot mana entah. sekolah aliran melayu & omputeh dah cukup. ada berni ka?

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri.

    Org Melayu dulu2 telah pun memberi 1001nasihat buat pedoman hidup untuk bangsa Melayu.

    Semua ini berbentuk peribahasa ....bidalan atau kiasan seperti;

    # org bodoh makanan org cerdik

    # kera dihutan disusukan...anak dipangkuan mati kelaparan

    # baik berpada2..

    # menang sorak kampung tergadai

    # seperti menyuruh tikus membaiki labu

    # Raja (Pemimpin) adil 'disembah'...Raja (Pemimpin) zalim disanggah.

    # seperti Belanda meminta tanah.

    dll.

    Sy berpandangan bahawa semua nasihat2 atau bidalan ini cukup kuat dan besar ertinya jika ketua2 Melayu kita buat panduan....TETAPI MALANG SEKALI.....MEREKA LANGSUNG TIDAK BEGITU....tak kisah dan tak peduli.

    Besar kemungkin org bijak pandai dahulu lebih peka...perihatin dan dpt melihat begitu jauh tentang banyak permasalahan yg akan menimpa bangsa Melayu dikemudian hari lebih2 lagi bila berhadapan dgn bangsa kafir yg cuma pentingkan diri.

    Nasihat2 ini boleh kita buat sebagai 'tools' untuk kita selalu bersedia dan menjadi lebih bijaksana....tetapi malang sekali telah tidak diendahkan.

    Mungkin bodoh....tolol terlampau atau takut.

    Wallahualam..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri.

    Lanjutan dari lontaran sy diatas....kadang2 sy tertanya2...

    ....'Adakah org Melayu betul2 faham erti...'Bersatu Teguh..Bercerai Roboh' ?

    Org putih pun kata...'Unity Is Strenght'.

    Hata.. bilamana sudah marah...kecewa tentang sesuatu perkara...terus saja merajuk...'lepas talak dan bercerai'...dan berpisah.

    Tak perlu kita bercerita lagi betapa ramai ketua2 Umno bersikap begini...bukan 1..bukan 2 malah 10 lori pun tidak cukup untuk memuatkan org2 yg begini.

    Ttdak cukup dgn ini....dihasut tambah agar ramai turut mengikut menyebabkan lagi banyak perpecahan.

    Dimana letaknya jatidiri bangsa dan pemahaman Melayu tentang 'bersatu itu teguh...bercerai itu roboh?

    Walau pun umum tahu perkara begini...tetapi sy cuma ingin berkongsi pandangan sahaja disini....kerana ianya sudah menjadi suatu yg pasti dilakukan oleh ketua2 yg sudah tiada tempat lagi didlm parti.

    Bila diajak BERSATU pula....ramai dari ketua2 Melayu terutama dari parti pembangkang yg begitu bongkak sekali..menolak dan memarahi sesiapa saja ahli yg memberi saranan atau idea tersebut.

    Hmmm ini lah bangsa Melayu.

    Ketua2 yg bahlol pun disanjung ketahap yg tinggi malah dipuja lagi.

    Walau pun topik ini tentang Lee Kuan Yew sahaja yg boleh mengajar Cina....sy percaya org Melayu pun boleh melakukan juga.

    Ini telah pun dilakukan oleh PM2 sebelum Era Pak Lah/Najib.....walau pun TIDAK BEGITU KERAS tetapi cara nya berkesan dan masih boleh diterima dan mungkin juga boleh didebatkan


    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Sallam Pak Zam,
    Sebagai bekas wartawan yg punyai pengalaman luas, Wak mohon pencerahan dalam beberapa isu mengenai LKY ;

    1. Ada pendapat mengatakan bahawa LKY pernah bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
    2. Disamping itu LKY juga berhasrat untuk menggantikan sistem Raja Berpelembagaan dengan Repablik dan menjawat jawatan Presiden Malaysia.
    TQVM

    ReplyDelete
  11. Itulah masyaalahnya sdr. ZAM. Lee Kuan Yew mengajar Cina dan Cina pula kini mengajar Melayu di Malaysia . Akhirnya Melayu terpaksa mengajar beruk, kera dan ungka di hutan bagaimana nak berpindah dari satu tempat kesatu tempat dan hilang kawasan dan seterusnya negeri mereka.

    Kesian Melayu. Dari zaman siKutil dan raja Mendaliar sampai kezaman Chin Peng dan kini kezaman Lim Guan Eng pun masih gitu gitu lagi. BILA NAK SEDAR!!!

    ReplyDelete
  12. Saudara Tosrin,

    Memang benar LKY bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah Singapura menyertai Malaysia tetapi stratiji politiknya silap apabila beliau tidak menimbang feudalisme orang Melayu dan langkah sosialismenya untuk menghapuskan Sistem Raja dan Hak Istemewa orang Melayu menerusi Malaysian Malaysia telah menggagalkan cita-cita politiknya.

    Bagaimanapun benih yang ditanamnya tetap hidup dan berkembang dan semakin menjadi ancaman kepada pemerentahan Melayu Malaysia sekarang ini.

    ReplyDelete