Tuesday, 11 November 2014

KEKUATAN TERSEMBUNYI UTUSAN MELAYU MENYERLAH

SEKALIPUN ADIK NAJIB BERSIKAP TIDAK ADIL PADA UTUSAN


Datuk Seri Nazir Razak CEO CIMB
Tahniah setinggi-tingginya saya limpahkan kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang telah berjaya menandatangani memorandum persafahaman (MoU) dengan sebuah syarikat peneraju dalam teknologi maklumat dunia, CISCO untuk menerokai Pelaksanaan Internet Segala-galanya (Internet of Everything atau IoE) yang menawarkan potensi pasaran lebih RM200 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang di negara ini.

Ini adalah suatu fokus yang sangat besar yang menjanjikan masa depan yang cerah tetapi bergantung kepada keupayaan kedua pihak untuk menyediakan keupayaan tenaga yang aktif dan berinisiatif dalam menerokainya. 

Dalam keadaan menghadapi berbagai-bagai tekanan sosial, politik dan ekonomi kejayaan Utusan mendapat keyakinan sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka adalah suatu pencapaian yang akan membuka mata semua pihak di negara ini terutama pihak yang mempromosikan prejudis perkauman terhadap Utusan.

Sekaligus ia menyerlahkan kekuatan tersembunyi Utusan di sebalik kelemahan kewangannya. Syarikat antarabangsa ini tentunya telah diyakini tentang kekuatan sebenar Utusan oleh pihak yang berkredibiliti di negara ini.

Utusan adalah menjadi bahan rujukan semua kedutaan-kedutaan asing di negara ini terutamanya yang mewakili kuasa besar. Suara Utusan dianggap paling berauthoriti sebagai suara jatidiri rakyat yang akan menentukan kesetabilan masa depan sosial ekonomi dan keselamatan negara ini. 

Penandatangan ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan sikap prejudis dan rasis pihak perancang media atau agensi-agensi iklan yang tidak menggalakan pengiklanan syarikat besar terhadap Utusan selama ini.

Sikap tersembunyi ini lebih terserlah selepas Pilihan Raya 2008 yang memberikan kemenangan besar kepada parti perkauman Cina dan agama dan serpihan UMNO. Secara kebetulan Perancang Media ini banyak dikuasai oleh orang Cina.

Sikap ini bukanlah baru, tetapi mereka sengaja memperkecilkan Utusan dengan pelbagai alasan walaupun pada ketika edaran Utusan Malaysia mencapai angka hampir 300,000 dan Mingguan Malaysia 600,000 dalam tahun 80an. Ini adalah oleh kerana ketakutan kepada kekuatan kewangan Utusan akan menyumbang kepada kekuatan suara jatidiri negara.

Malangnya CIMB bank yang dikuasai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Nazir Razak yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri percaya kepada mereka ini dan CIMB lebih mengutamakan peruntukan wang iklan yang lebih besar kepada akhbar-akhbar bukan Melayu dari Utusan Malaysia. (Pekara ini patut dibawa dan didedahkan dalam Perhimpuan Agung UMNO kelak).

Tentulah Cisco mengambil keputusan untuk bersama Utusan menerokai potensi besar dunia luas siber di Malaysia berasaskan sumber maklumat yang cukup kuat dan benar dan bukannya dari suara seniman jalanan, pembangkang yang berasaskan kepada kekuatan yang rapoh dan suara-suara liberal yang gila kepada pengikhtirafan dan poulariti dan Perancang Media yang racis.

Bagaimanapun kegigihan para pendokong Utusan yang silih berganti dalam api perjuangan yang tidak pernah mati, telah mendorongkan Utusan untuk terus berinisiatif mencari asas survival yang lebih kukuh dan berpotensi bagi masa depannya.

Pihak pengurusan Utusan tidak pernah berputus asa sekalipun pihak pembangkang dan juga golongan liberal telah cuba mengelirukan imejnya yang liberal dan sederhana kepada racis dan ekstremis kerana Utusan mempertahankan kemurniaan Perlembagaan Negara.


Utusan dipulaukan, disaman, dituduh racis dan berbagai-bagai lagi pencemaran yang dilakukan tetapi semua ini telah menjadi himpunan bukti kekuatan dan keberkesanan suara Utusan yang terbukti dengan pengedarannya terus meningkat sehingga menjadi akhbar Bahasa Malaysia nombor satu di Malaysia.

Sementara sebuah akhbar Inggeris dan Melayu yang takut untuk menunjukkan komitmen sepenuhnya kepada perjuangan jatidiri bangsa, agama dan negara, tidak berani berterus terang dan cuba menonjolkan sikap berkecuali kerana mementingkan wang iklan, pengedaran mereka telah jatuh merudum.

Kiranya akhbar The New Straits Times mempunyai komitmen untuk menyerang balas serangan terhadap perlembagaan seperti akhbar The Star yang menjadi juara kepada menghakiskan kekuatan dan ketulinan Perlembagaan Negara maka tentulah imejnya berlainan dari hari ini, tentunya ia menjadi sebuah akhbar Inggeris yang popular dan dihormati dan bermaruah tetapi ia telah memileh jalan selamat untuk wang dan langsung tidak bersemangat perjuangan. 

Orang Melayu telah kehilangan akhbar Inggeris yang dapat menjadi suara mereka yang berani dan berkesan.

Bagaimanapun dasar pengecut ini tidak mendatangkan pulangan sebaliknya pengedarannya terus merosot dan merudum. Tetapi yang menghairankan mengapa Perancang Media tidak sensitif terhadap keadaan ini sebaliknya terus menyekat iklan kepada Utusan yang pengedarannya meningkat? Tidakkah ini merupakan racial prejudice?

Kekuatan Utusan, pengaruhnya yang semakin luas dan penambahan jualannya adalah oleh kerana Utusan membawa roh perjuangan dengan lantang dan berani. 

Utusan dalam keadaan bangsanya tercabar dan tertekan dan Perlembagaan Negara dihina telah menggemparkan negara dengan pertanyaan "Apa lagi orang Cina mahu?."

Sebenarnya setiap pihak  baik dari dalam atau luar negara yang mahu mencari pengaruh dan kekuatan politik  dan sosial di negara ini  mengharapkan Utusan berada di pihak mereka.

Maka itulah sebabnya bila menyertai Malaysia, Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew peguam pertama Utusan  Melayu mahu Utusan bersamanya tetapi oleh kerana matlamat Malaysian Malaysianya difahami oleh Utusan dan menentangnya maka akhirnya Utusan menjadi musuh utamanya hingga kehari ini .

Boleh dikatakan hampir semua buku karya Lee Kuan Yew menyebutkan Utusan Melayu sebagai kawan dan sebagai musuh utama terutama dalam dua volume buku memoirnya.

Saya mengucapkan syabas kepada Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Tan Sri Hashim Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Mohd. Noordin Abbas dan juga Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak kerana telah berusaha meneroka jalan bagi Utusan ke arah yang meyakinkan dalam keadaan yang amat tertekan dan terhempit.

Seperti kata Pengarah Eksekutifnya, Mohd Noordin Abbas "Kerjasama dengan Cisco itu menandakan permulaan langkah Utusan mempelbagaikan porfolio perniagaannya, susulan daripada penyertaannya dalam sektor pembangunan hartanah.

Utusan kini mencipta arah tuju perniagaan baharu di samping terus menjadi kumpulan media utama negara.

18 comments:

  1. rindu Awang Selamat

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu telah kehilangan suara dalam bahasa Inggeris berbanding dengan bukan Melayu yang dapat bersuara menerusi Sun dan juga The Star dan penulis -penulis Melayu di akhbar akhbar ini pula tidak pernah menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis penulis bukan Melayu yang menimbulkan banyak keraguan terhadap hak mereka di negara ini dan kelebihan kelebihan yang dinikmati oleh Melayu.

    Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh mereka dari masa ke masa yang memerlukan jawapan yang tidak bersifat sentimen tetapi berasaskan kepada rational dan logik tetapi malangnya NST tidak dapat memainkan peranan ini dengan berkesan sebaliknya bersifat comformist.

    Dimanakah lagi kekuatan suara bangsa?

    ReplyDelete
  3. I LOVE UTUSAN MELAYU!

    ReplyDelete
  4. Zulfikar Kuala Selangor.11 November 2014 at 20:52

    Menteri Dalam Negeri Tan Sri Ghali Shafee pernah berkata maruah orang Melayu dan bahasa Melayu akan meningkat bila Orang Melayu menguasai ekonomi tetapi sikap CIMB dan juga GLC terhadap Utusan tidak membenarkan kata- kata ini.

    ReplyDelete
  5. Seperti dia menggunakan orang lain untuk mempertahakan isterinya dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu,maka demikianlah juga dia akan menggunakan orang tertentu untuk mempertahankan adiknya.

    ReplyDelete
  6. Bahagian - bahagian UMNO mestilah dari sekarang mengumpul fakta dan juga angka yang bebnar yang menunjukan pembagian wang iklan CIMB kepada akhbar akhbar akhbar di negara ini untuk membuktikan ketidakadilannya kepada Utusan Melayu dan sikapnya menganak tirikan Utusan.

    Seluruh perwakilan UMNO mesti sedar bahawa Utusan Melayu berjasa besar kepada UMNO dan tidak harus membiarkan gulongan Melayu yang bersifat Western liberalisme tidak menunjukan sikap simpati kepada suara bangsanya dan melupakan asal usul mereka.

    Saya sokong pekara ini di bawa ke Mesyuarat Perwakilan UMNO akan datang.

    ReplyDelete
  7. Perdana Menteri Datuk Seri Najib pernah secara terbuka dan secara tertutup menasihatkatkan GLC supaya membantu Utusan dalam pengiklanan dan saya tidak tahu apakah beliau pernah juga pernah menasihatkan adiknya dalam hal ini tetapi ternyatalah bahawa nasihatnya itu tidak dipedulikan.

    Apakah artinnya semua ini,jika bukan bukti bahawa Najib sudah tidak dihormati lagi sebagai Perdana Menteri? Apakah isyarat yang hendak dihantar oleh mereka kepada Najib?

    ReplyDelete
  8. Kepada blogger Zam, kalau boleh tolong highlight kepada pengurus2 yang terlibat, kenapa suratkhabar2 bahasa cina lebih banyak dari suratkhabar bahasa Melayu di kebanyakkan MAS Golden Lounge...termasuk di KLIA domestik lounge? Juga tak cukup suratkhabar Utusan di dalam penerbangan2 MAS. KEbanyakkannya suratkhabar cina dan English.

    Bahasa Kebangsaan sepatutnya menjadi bahasa utama...bukannya bahasa cina!! Kalau apek2 tak nak membaca dalam bahasa Kebangsaan, diorang boleh beli suratkhabar sendiri. MAS dan MAHB yang memberi suratkhabar secara percuma sepatutnya menggalakkan pembacaan dalam bahasa Melayu atau paling tidak, bahasa Inggeris.
    The chinese newspaper should be a third and last choice...not as a primary choice. Kita hanya menggalakkan pengabaian bahasa Kebangsaan dengan menyediakan suratkhabar2 cina secara percuma kepada golongan2 cina yang sememangnya ANTI-MELAYU!!

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. MAS sendiri tak pandang Utusan. Hotel2 pun sama. Sepanjang saya bertugas merata Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, tak pernah saya jumpa Utusan diselitkan di bawah pintu bilik saya.

      Delete
  9. Standard bahasa Melayu dalam surat khabar Utusan bagus-bagus dan of high quality. Kalau nak fasih dan cekap dalam BM, banyakkan lah membaca Utusan. Sure result SPM dan STPM dapat A plus.

    ReplyDelete
  10. Sayang melayu telah hilang jati diri. Hanya utusan yang boleh diharap untuk memperjuangkan hak hak melayu setelah srmuanya habis dijual pukal oleh presiden umno

    ReplyDelete
  11. Ahmad Mahmud Pahang.12 November 2014 at 06:56

    Sayang sekali Utusan Melayu dapat pengaruhi dan meyakinkan sebuah syarikat dunia tetapi tidak dapat meyakinkan seorang anak Melayu,anak kepada Tun Abdul Razak nasionalis Melayu,adik kepada Perdana Menteri Najib,Itulah dia Datuk Nazir CEO CIMB,elitis Melayu terkemuka di dunia global yang fikirannya lebih global dari peneraju CISCO. Inilah contoh anak Melayu lupa daratan.

    ReplyDelete
  12. Kenapa perlu Utusan bekerjasama dengan Cisco dalam penyelidikan teknologi maklumat?, bukankah banyak agensi kerajaan yang berwibawa di bawah Kementerian Sains yang boleh diguna pakai? Kita perlu mencorak IoE atau IoT ini mengikut acuan kita sendiri.

    ReplyDelete
  13. Saya dari mula pandai membaca sehingga kini setia dengan UTUSAN. Arwah bapa memang menggemari Utusan Melayuv(jawi) satu masa dulu.
    Jika tidak membaca UTUSAN, seolah nya di rasa tiada yang lengkap hari tersebut !

    "Dare to be different" sepatut nya slogan ini tersirat dalam Utusan. Akhir-akhir ini, amat "daring" menyatakan apa yang sepatut nya ! Cuma jangan di pengaruhi oleh sesiapa. Hakikat nya mesti berpaksikan Umno dan Kerajaan. Perkara yang saya sokong.

    Orang berpolitik kotor, peniaga / koporat melayu sombong, pemimpin tidak sedar diri, benamkan ! Mereka ini yang merosakkan segala milik Melayu yang konon nya "tiada standard!"

    Utusan amat penting sebagai pendidik Melayu, memberi maklumat dan berita terkini dalam bentuk etika yang ikhlas dan professional. Satu kemestian.

    Saya ingin melihat perubahan besar kepada Utusan. Bergerak lah menyaingi teknologi penyiaran dan sediakan wartawan-wartawan berklas dunia. Sudah masa Utusan di jadikan RUJUKAN.

    Musuh Melayu memang di sekeliling kita. Berhemah dan bijak lah seperti Ulul Albab yang di saran dalam Al Quran. InsyaAllah.

    Setia bersama Utusan. Bangsa ku.

    ReplyDelete
  14. Kiranya NST menjadi suara berani kepada rakyat setia negara ini,sanggup mempertahan dan membalas serangan dengan keras dan pantas diatas serangan dari manusia- manusia ekstrim liberalisme maka saya percaya lebih ramai pembangkang dan juga orang yang menentang establishment akan membacanya.

    Tetapi apabila NST membina dirinya sebagai conformist,jumud dan bisu terhadap serangan musuh dan tidak menampakan penentangan dari editorialnya sendiri tetapi hanya bergantung kepada rencana dan forum yang ditulis oleh orang lain maka orang tidak tahu apakah pendirian NST.
    Sekurang-kurangnya di zaman Kalimullah sebagai KP atau Penasihat, orang tahu sikap liberal dan demokrasinya untuk bersama dedngan gulongan anti sosial dan anjing Barat di negara ini tetapi apakah pendirian NST sekarang?
    Saya percaya akibat kejatuhan murudum edarannnya kerana tidak menjiwai hasrat rakyat dan tidak perlu dibaca oleh pembangkang kerana sikapnya telah dapat dibaca berbandning dengan Star yang mahu di baca oleh musuhnya untuk melihat sikap anti Melayunya,anti Islamnya dan liberalismenya yang mahu menajdikan Malaysia sebagai alat imperialisme.

    Apa NST? Apa yang hendak dibanggakan? A very dull newspaper with passive news and approach.Pls more news on Rosmah so that you can recover the circulation.

    ReplyDelete
  15. TS Zam sokong sangat perwakilan PAU 2014 bangkit kes ini dlm persidangan jgn dok asyik pantun2 ketawa berdekah2pas perhimpunan habuk pun tarak abis2 "hidup Melayu"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkara yg patut dihindar semasa PAU akan datang 'Memuji Pemimpin' terutama presiden, hanya parti melayu keramat (kononya) yg suka amalan sedemikian...... cuma hindarkan.......

      Delete
  16. Utusan kena lebih realistic, jujurnya saya juga sudah beralih ke METRO, sebab Utusan penuh dengan budaya membodek pemerintah, walaupun adakalanya isunya adalah relevan. Ini menyebabkan golongan muda beralih arah. Perlu berani menegur kepimpinan walaupun Najib dan Rosmah Mansur.

    Dengan menegur ianya menjadikan UMNO lebih kuat. Inshallah

    ReplyDelete