Friday, 28 November 2014

INILAH NAFAS TERAKHIR NAJIB TUN ABDUL RAZAK

PERWAKILAN UMNO HARUS FIKIRKAN ADAKAH NAJIB MASIH DIPERLUKAN.

KOMEN:
Assalam TS Zam. Dgn izin... So he realised his mistake and decided to break his promise. So what?! The most important thing is the implementation. Many things have been done by so many people that is against the act but they get off scott free. So while PWTC cheer the PM, the right thinking public will cheer when we see that appropriate action is taken on the people who go against the act. Many more will cheer if he can bring back the ISA! Wonder if he realised that mistake? But it's too late now...

Masmi Terengganu 29 November 2014
PARA PERWAKILAN UMNO HARUS PULANG DENGAN MEMIKIRKAN SAMAADA KEPIMPINAN NAJIB MASIH DIPERLUKAN  ATAU DIA HARUS BERUNDUR KERANA SETELAH  PENGUMUMAN PENGEKALAN AKTA HASUTAN 48 SEKALIGUS DIA KEHILANGAN TERUS SOKONGAN BUKAN MELAYU  DAN GAGAL MEMANTAPKAN SEMULA KEYAKINAN MELAYU  KERANA KELEMAHANNYA TERBUKTI JELAS BAHAWA DIA  SEORANG PEMIMPIN YANG TIDAK TETAP PENDIRIAN
INI BUKAN KUALITI PEMIMPIN YANG BOLEH DIHARAPKAN OLEH BANGSA. UCAPAN PERASMIANNYA PALING HABMAR KECUALI TENTANG AKTA HASUTAN 48.
NAFAS TERAKHIR....
Jika Datuk Seri Najib seorang smart politician maka beliau dapat membaca tepukan gempita seluruh perwakilan menyambut pengumumannya  mengekalkan Akta Hasutan 48  adalah sebenarnya penolakan seluruh UMNO terhadap kepimpinannya yang liberal dan lemah.

Jika beliau tidak membuat pengumuman itu berarti seluruh ahli UMNO akan membenamkan beliau dan masa depan UMNO pasti hancur.

Tempekan itu bukanlah sokongan tetapi ledakan  perasaaan terpendam yang bercampur marah,protes,penolakan dan kehilangan keyakinan. Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam.Pernafasan  semula Najib  kali ini adalah pernafasan terakhir.

Dalam kata kata lain bahawa ledakan yang menampakan keyakinan dan pemulihan itu adalah sebenarnya mesej kepadanya bahawa beliau  berada  dalam perhimpunan besar  di PWTC yang sedang berlangsung sekarang berhadapan dengan manusia Melayu  yang sudah tidak mantap keyakinan kepada beliau

Jaminan pengekalan Akta Hasutan 48 itu tidak berarti bahawa perwakilan telah kembali sepenuhnya kepada beliau. Perwakilan berada dalam keadaan antara yakin dan tidak kiranya beliau tidak dapat membuktikan tindakan adalah  sehebat teriakan dan jeritannya.

Najib tidak berada dalam keadaan mantap dan beliau telah terlihat sebagai pemimpin yang flip flop,pemimpin ikut angin,pemimpin tidak berpendirian,pemimpin tidak berprinsip,pemimpin yang lemah. Inilah pandangan perwakilan yang beliau sedang hadapi.
.
Janganlah Najib ingat ekonomi ubat mujerab untuk membina keyakinanbangsajika emosi tidak di layan dengan adil dan bijaksana kerana orang Melayu tidak bertuhankan metrialisme seperti orang Cina tetapi mereka suatu bangsa yang percaya kepada ALLAH yang melihat maruah dan martabat  mereka sebagai suatu bangsa yang berugama Islam adalah lebih penting dari perut walaupun pada teorinya ekonomilah yang akan menaikan maruah bangsa dan agama.


39 comments:

  1. Saya kira Najib memang seorang smart politician , dia bijak bermain emosi massa lebih2 lagi pada ketika PAU; Lepas iyu ataulah dia macam mana buatnya. Filp flop adalah salah satu tanda smart politician. Cuma pada sisi agama Islam ia dikira satu dosa kerana Islam melarang kelakuan munafik dan menolak golongan munafik iaitu golongan bercakap mengikut keadaan yang menguntungkan dirinya Sebab itu Nabi menyuruh kita bercakap benar walaupun pahit manakala Allah pula melarang kita cakap benda yang tidak buat. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Zam,

    Zam Tak Faham.... Semua yang berlaku telah diOkestrakan.. Mula mula KJ, lepas tu Shahrizat. Akhir sekali Najib..berkata dia dengar kehendak ahli. Jadi ianya mengikut hasrat ahli kerana dia Mendengar...Heh heh.
    Adakah Zam satu satunya gunting dalam lipatan yang disebutkan olih Najib?

    ReplyDelete
  3. Hebat TS ZAM. Komen ZAM kali ini mengambarkan suasana sebenar kedudukan Ah Jib Gor didalam pandangan Melayu Malaysia sama ada penyokong kerajaan atau pun tidak. As far as I am concern he is just taking care of his own position only. Ibarat lalang kemana angin bertiup disitulah ikutannya. Pujian harus diberikan kepada kumpulan NGO NGO Melayu, Islam dan juga kepada bekas ketua Hakim dan bekas ketua ketua polis negara dan rakyat Melayu yang berani besuara yang menyebabkan Najib `berlalang` kearah kita. jika tidak Najib akan berlalang ikut angin PR, Bar Council dan seluruh bukan melayu. We definitely need a truest blue blood Malay to lead our current generation. Kita tunggu pemilihan UMNO 2016 untuk perubahan kepimpinan UMNO.

    ReplyDelete
  4. Setuju.
    DS Najib bernafas dinafas yang terakhir.Bukan salah siapa dia sendiri yang cipta penyakit dan cari derita.
    DS Najib pandai berjajnji hapus ISA tanpa merujuk pada penyokong kerajaan.
    Apa hasil nya.PRU 13 penentang kerajaan terus menolak UMNO dan BN.
    Kemudian terus membuat dan berjajni dengan Akta Hasutan untuk dihapuskan.Satu lagi kebodohan DS Najib.
    Termasuk penasihat dan seluruh pegawai keliling DS Najib.Meraka adalah kaki bodek dan YES MAN sahaja.Mereka punya matlamat isi poket,temolok dan buat harta untuk hidup mewah.Mangsa nasihat merekalah DS Najib terima mala petaka.

    Dari awal DS Najib nampak ego dan sombong untuk menerima teguran.
    DS Najib ingat janji BRIM sudah dapat memikat rakyat yang cintakan keamanan.

    Akhirnya DS Najib terpaksa jilat kembali apa yang hendak dibuatnya .
    Inilah kelemahan DS Najib yang cukup jelas.DS Najib melalui penasihatnya telah gerakkan kumpulan setiakawan untuk membendung isu ini.Tetapi kumpulan setiakawan pro Najib pun nampak wang ringgit sahaja.

    DS Najib sudah buat satu kesilapan besar dan dosa pada bangsa Melayu dan UMNO.Keyakinan pada DS Najib makin tumpul.

    Isu Akta Hasutan tidak boleh dibeli dengan duit ringgit macam beli perwakilan dalam UMNO.Inilah cakap-cakap dimana-mana.
    Orang ramai dan rakyat sudah nilai UMNO dengan jual beli.Begitulah murahnya nilai UMNO.

    Bila pemipin yang berkuasa boleh membeli sokongan dengan wang ringgit inilah jadinya.

    Jangan salahkan DS Najib seoarang tidak adil sama sekali.Semua seluruh baiisan UMNO dari Presidem sampai bawah kena ambil tanggung jawab.

    Jangan gelak ramai-ramai.Yang bersedih DS Najib seorang.
    DS Najib jangan percayalah puji pujian pemimpin kanan kelilingnya.Pujian yang banyak bawa racun pada DS Najib..Mereka juga tidak ikhlas pada DS Najib dan rakyat.Mereka tumpang teduh dengan niat cari makan dan cari kuasa dan jawatan.

    Harap semua pemimpin ambil ikhtibar dari kelemahan DS Najib sejak-sejak akhir ini.DS Najib lemah dari segi strategi dan perancangan.DS Najib jahil dalam kesusahan dan kepayahan rakyat.Dia anak bangsawan.
    Teori susah,kemiskinan dan kepeiitan hidup sekadar jalanan biasa.

    Syabas T/Sri Zam.Biar pun pahit .Demi bangsa dan agama tetap ditegakkan.
    Bukan seperti tokoh-tokoh lain mantan menteri lain.

    ReplyDelete
  5. Salam Tan Sri,

    Setuju...cuma harapnya orang2 UMNO pun tak flip-flopping macam Najib lah!! Bagi gula2 sikit dah fana, lupa perjuangan...

    Dhahran Sea

    ReplyDelete
  6. Assalam TS Zam. Dgn izin... So he realised his mistake and decided to break his promise. So what?! The most important thing is the implementation. Many things have been done by so many people that is against the act but they get off scott free. So while PWTC cheer the PM, the right thinking public will cheer when we see that appropriate action is taken on the people who go against the act. Many more will cheer if he can bring back the ISA! Wonder if he realised that mistake? But it's too late now...

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Zam,
    Wak setuju sangat dengan bacaan saudara, sehingga Wak tak dapat nak tokok tambah lagi.
    Persoalannya adakah pengekalan Akta berkenaan datang dari hatinya atau sekadar dimulut. Beliau sedar akan gelombang tsunami akan merempuhnya pada 2016 atau lebih awal lagi. Dapat dibaca bahawa sokongan untuk beliau semakin terhakis. Ucapan dari MY ibarat paku terakhir pada keranda beliau.
    Para perwakilan mesti bertindak berani menyatakan pendirian masing masing.
    Kuasa politik orang Melayu ditangan tuan tuan.
    It is not that we don't love you and your wife but we love Agama, Bangsa dan Negara much much more!!

    ReplyDelete
  8. He who tries to please everybody pleases nobody. - Luqman al Hakim

    ReplyDelete
  9. Wahai perwakilan semua...mengapakah masih boleh berseloka....berpantun....dan bergelak ketawa...............?Bila lagi nak sedar ???

    ReplyDelete
  10. Ha ha ha ...

    Now you are saying it TS Zam.
    And this what the majority of Malays (umno or non-umno) are also saying !!

    OBSERVER MELAYU

    ReplyDelete
  11. Mamak ZAM bekas Menteri paling fail dalam sejarah UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurain Shamsuddin.28 November 2014 at 15:12

      Taraf pemikiran awak terlalu rendah untuk dapat menilai zam. Ini pendapat longkang.

      Delete
    2. pemikiran taraf KJ jer tu. Memang tahap longkang betul la

      Delete
    3. Ya ke paling fail? Saya tengok ok saje dan bertambah aura kehebatannya setelah bersara apabila beliau mengusik sikit tidak lama dulu tentang Habibie ( mantan presiden Indonesia) sampai seluruh Indonesia bergegar. Tempiasnya sampai ke Malaysia sehingga gelabah kepimpinan kita.

      Ok ZAM, let me see you gegarkan pula UMNO for the good of all Malay.

      Delete
    4. Saya tidak senang bila orang menyanjung saya lebih besar dari diri saya yang sebenar.Dalam soal Habibie Anwar menghina saya sebagai orang yang tidak setaraf dengannya dari segi pelajaran tetapi bila dia dapat tahu saya ditonton oleh lebih dua juta orang di TV1 Indonesia,dia minta diinterviu oleh sebuah TV Indonesia dan terbang ke Jakarta( saya TV1 Indonesia datang kerumah di Putrajaya) sekali lagi dia menyindir saya sebagai orang tidak bepelajaran tinggi tetapi kenapa dia ambil peduli?

      Malah dalam soal ini Presiden Indonesia SBY telah ditanya apakah dibincangkan soal saya dalam pertemuan dengan Najib. Saya benar benar ketawa pada diri saya,siapa saya? Saya bukan lagi menteri,saya bukan pemimpin UMNO dan saya hanyalah seorang wartawan tetapi tetapi diberikan perhatian.
      Bagaimanapun saya merasa terhina bila perhatian diberikan oleh seorang homosexual,tiada nilai. Terima Kasih kepada yang membela saya.

      Delete
    5. Anwar kata tuan ZAM tak sekolah tinggi? Yang penting ZAM ada bersekolah sebab tu dari rakyat marhaen ZAM naiksampai ke jawatan menteri dan bersara cara terhormat.

      Si Anwar ni cuma setakat degree pengajian Melayu kelas tiga saja. Dia pun naik jadi menteri dan TPM tetapi dibuang secara memalukan disebabkan sifat semula jadinya yang berlainan dari ZAM.

      Delete
  12. Najib akan "perasan" dia ada sokongan kuat bila org bergemuruh tepuk bila dia umum nak kekal AKTA HASUTAN

    dia takkan rasa penolakan pd dia....
    pemimpin yg kurang cerdik mcm Njib akan perasan popular sepanjang zaman
    padahal.. lebih rendah standard dia dr PAK LAH YG KAKI TIDUR TU !!

    ReplyDelete
  13. keluarga saya seorang pun tiada ahli umno,Pru lepas 7 undi solid ke umno,last2 kerajaan lebih dengar dan sayang kepada orang yang 100% menolak kerajaan,macam tu baik tak payah undi umno kalau tindakan sama dengan pembangkang,dan rasa terlalu diperbodohkan bila pemimpin umno suruh bangsa lain hormat kepada bangsa melayu,cara pemimpin umno berkata macam melayu ni bangsa Palestine wooo....dasyat!!!..kalau korang Ada telur bangsa lain tak berani angkat muka le....matemik mudah bagi yang bijak,matemik bahlol kepada pemimpin umno...!!!

    ReplyDelete
  14. Bravo TS Zam....berkata yang benar walaupun pahit

    ReplyDelete
  15. Datuk Zam,

    Encik Najib ini dia berperangai macam Temeggong yang suka berlawan dengan Bendahara Tun Perak dalam Hikayat. Takkan Melayu hilang di dunia akibat bangsa kita berkeliruan terhadap agama yang di bawa oleh pemimpin yang berpesong dari tujuan mulia?

    ReplyDelete
  16. sebagai anak jantan dia harus bertanggungjawab di atas "screw-up" yg dilakukannya...itupun kalau dia anak jantanlah....

    ReplyDelete
  17. Sukar betul hidup kat Malaysia pada masa kini. Nak sokong UMNO, Najib Ah Gor telah memesongkan arah tuju ke parti baru "Ah Jib Gor". Tiada lagi semangat pejuang untuk anak bangsa & Islam khususnyer. Buat lawak sarkas sepanjang masa.

    Nak sokong PR pun tak boleh. lebih teruk dari UMNO.

    Sapatutnya ada parti baru yang mampu mengimbangi & memperjuangkan Islam dan bangsa melayu di tanah berdaulat ini "tanah Melayu". Janganlah takut terhadap musuh. Majulah Islam & melayu di tanah melayu

    ReplyDelete
  18. Dalam keadaan Najibn berada pada taraf popuriti paling rendah ini,janganlah pula sesiapa mengusahakan stage manage untuk membela isteri isteri menteri yang menjadi model fashion tua dalam pakaian dan rambut.kasut dan sebagainya.

    Tak usahlah buat apapun ,pakailah kosmetik apapun,tidak akan dapat memperbaiki imej kepada rakyat terutama kepada generasi puteri.Terimalah hakikat ini.

    ReplyDelete
  19. PAU barulah Najib Tun Razak besuara lepas PAU Ah Gib Gor lak Bersuara memancing umno Cina ,Melayu letak tepi ...will that be. Sorry Najib still no confident in you.

    ReplyDelete
  20. Salam Tan Sri Zam.

    Menteri Wahid Omar kata pendapatan household income Msia adalah RM5900. Tidak ada siapa pun percaya.
    TSri Muhyiddin Yassin pula kata pendapatan household income keluarga Melayu RM3000 lebih. Ini lebih tepati kebenaran. Ia juga maksud TSri MY tempelak mainan "silap mata" Wahid yg jadi macai Najib.
    Tengku Adnan pula kata pendapatan household income keluarga Melayu di KL adalah RM2-3 ribu. Saya rasa KuNan lebih tepat mencerminkan keadaan Melayu di KL. KuNan pecah tembelang keadaan Melayu sebenarnya.
    Pimpinan Najib memiskinkan org Melayu. Utk menutup lobang besar ini Najib menyuruh org Melayu beratur dlm queue menunggu sedekah BRIM. Dasar rasmi kerajaan Najib merendahkan martabat org Melayu jadi pengemis. Bagi saya "high income natjon" yg dijanji Najib omong kosong hasil tersilap tulis konsultan McPowerPoint dan McFotokopi yg kemudian songlap yuran RM7 bilion duit rakyat. Pendek kata Najib tidak tahu yg mana lumpur dan yg mana tahi kerbau. Keduanya disapu di muka. Soalannya kenapa Najib sanggup sapu lumpur ke muka sendiri? Jwpnnya sbb dia sudah binggung.

    Syed Akbar Ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Lebih menarik lagi...ada pula menteri berasal dari Malaysia Timur menyebut Malaysia ada Zero unemployment! Yang graduan graduan Melayu Menggangur tu Apa? Puteri dan Pemuda UMNO baru sahaja merungut ramai pemuda Melayu menggangur...Mereka tak diambil kira ke?

      Delete
    2. Aku langsung tak nampak sebarang isu ekonomi atau pun kadar inflasi yang di utarakan dalam ucapan Najib. Mungkin dia simpan untuk next PAU agaknya. Dia tahu dan telah diajar olih mentornya (Tun M) bahawa orang Melayu mudah lupa dan juga telah diajar olih rakan seperjuanganya dalam kabinet dulu ( Anwar Ketum) bagaimana nak jadi `chameleon` untuk berputar cakap supaya Melayu sedap dengar dan senang diulit mimpi.

      The straight talker is Muhyiddin Yassin. Hopefully he got gut to challenge Najib and lead UMNO. Mukhriz pun bolih juga but he needs to change his `ego`. Otherwise, elok letak Anifah Aman for at least he got `principle`.

      Delete
  21. Benar apa yang ditulis oleh TS Zam. Sudah lama ahli UMNO memendam rasa dan menunggu masa untuk ledakan seperti gunung berapi. Bermula dari pencapaian buruk PRU13 ahli dan penyokong UMNO telah memendam kemarahan dan kekecewaan dengan apa yang telah dilakukan oleh DS Najib. PM sudah membuat keputusan jadi apa yang dapat dilakukan oleh ahli dan penyokong UMNO kecuali melihat bermacam-macam keburukan dan povokasi terhadap orang melayu, budaya, agama islam, institusi raja2, pasukan poils dan askar, semua nya dicaci dan dihasut. Semua ini dibuat oleh pihak pembangkang untuk mendapat sokongan dan undi dengan menimbul kebencian terhadap UBN. Oleh kerana terlalu lama mememdam perasaan keciwa dan marah, sorakkan bergema adalah gema suara lepasan amarah orang melayu. Jebat berani derhaka kepada raja dalam legenda hang tuah. Ini kan pulak setakat president umno?????

    ReplyDelete
  22. TS Zam jangan di layan sangat komen dangkal Jebon Musang. Nak jadi hero pertahankan Mohd Najib membabi tuli. Dia dengan Jalil Becker sama je dua kali lima. Nak tunjuk dkt dato najib dan dato akmar diaorgla berdua hero untuk pertahan kan Pm dengan harapan byk boleh sakau dana jaga blogger. Makin lama makin nampak dungu diaorg berdua ni sebabnya nak dana dari PMO

    ReplyDelete
  23. Trend najib dan anwar sama saja...bijak bermuka muka dan suka beri gula gula.. anwar telah menabur seribu janji pada barat dan yahudi bahawa dia akan menjadi perdana menteri malaysia..habuan diterima tetapi janji gagal ditepati..jika anwar tidak bijak main wayang ..mungkin dah lama dia pergi..
    Sekarang adik sepeguruan anwar bernama najib pulak berjanji..mungkin telah ada perjanjian yang senada dengan anwar..bezanya sbg PM mungkin dia lebih meyakinkan barat...
    sedangkan ISA dalam kain pun dia boleh buat suka hati..inikan pulak jauh kat hollywood..sampaikan istilah yang digunakan pun berbelit belit ..usahkan cina bahkan orang melayu sendiri pun dah muak naik jelak bila dengar dia berucap..orang playsafe bukan setakat kenal boss malah apapun akan dia lakukan demi boss .. dikhuatiri najib mungkin telah banyak berjanji dengan big boss..malah terus berjanji hingga orang melayu, islam dan negara tergadai akhirnya...jika tidak masakan semakin hari semakin teruk akalnya..logik apa yang dia pakai..

    ReplyDelete
  24. 1. Najib tau dia masih ada pengaruh kerana KUASA yg ada di tangannya skrg.

    2.,Sementara berkuasa maka mcm2 strategi boleh diguna mengikut kesesuaian isu dibangkitkan.

    3. Najib bukan bijak sgt tp bukan beerti dia bodoh. Kelemahan beliau dpt ditutup dgn pelbagai cara.

    4. Jgn under estimate percaturan politik Najib kerana beliau ada pengalaman yg luas. Cuma kdg2 keputusannya menyebabkan keresahan rakyat.

    5. Kelebihan Najib adalah beliau tidak cepat melatah dan amalkan pendekatan yg tidak agresif dlm menangani kritikan.

    6. Maka nk kritik Najib byk mana pun hasilnya tetap serupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga berpandangan demikian tetapi bagaimanapun kritikan mesti diteruskan untuk selalu menyedarkan beliau bahawa rakyat sedar apa yang dilakukannnya.Tiap pemimpin ada caranya yang tersendiri,tetapi rakyat juga ada caranya. Jika Najib berjaya dengan caranya maka itu adalah kekuatan dan kelebihannya.
      Hanya pemimpin yang teruji akan dapat membina kejaguhannya. dan akhirnya semakin dihormati dan digeruni.

      Delete
    2. Ketua Wanita hendak kewarganegaraan pengkritik Najib di tarik balik...Jaga Jaga Zam Nanti Zam jadi orang buangan tak bernegara.

      Delete
    3. Sharizat should bow out. She has overstayed her welcome in wanita UMNO. She is a liability and a burden to UMNO kata Syed Al Habshee ( ketua UMNO Cheras ) So not to worry ZAM sebab orang UMNO sendiri pun nak buang dia.

      Delete
    4. Assalamualaikum Tan Sri dan rakan-rakan pengkomentar

      1. Pertamanya, ucapan terima kasih kepada Tan Sri kerana menyelitkan sedikit komentar saya di atas pada entri terbaru Tan Sri sbg rujukan.

      2. Tan Sri, PAU2014 yang berakhir baru-baru ini kononnya dikatakan platform terbaik utk ahli-ahli UMNO mempersiapkan diri ke arah PRU14.

      3. Hakikatnya PAU2014 adalah mukadimah kepada kempen pemilihan UMNO akan datang. (Dijangka pemilihan parti pada 2016)

      4. Sebagai pemerhati, mungkin kita tidak nampak melihat dari sudut berlainan sebaliknya kalau kita menjadi ahli parti maka kita akan sedar kempen sudahpun bermula.

      5. Perhatikan penampilan beberapa pemimpin UMNO terutama Naib-Naib Presiden samada DS Ahmad Zahid, Shafie Apdal ataupun Hishamuddin Hussien termasuk ketika ucapa penggulungan.

      6.,Begitu juga dengan lenggok dan bahasa tubuh Tan Sri Mahyuddin semasa ucapan perasmian dan juga penggulungan.

      7. Cakap-cakap salah seorang dari Naib Presiden sedang ditonjolkan dan dipersiapkan utkjawatan penting dalam parti kian hangat. Namun, beliau bakal berdepan kesukaran untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

      8. Walau bagaimanapun, pucuk pangkalnya ahli-ahli UMNO sendiri yang akan menentukan samada mereka mahukan parti mereka benar-benar berubah atau sebaliknya.

      9. Ahli-ahli UMNOlah yg akan menentukan samada parti mereka masih memerintah negara pada PRU14 ataupun mencatat sejarah dgn menjadi parti pembangkng buat pertama kalinya.

      10. "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat"

      Terima kasih Tan Sri.




      Delete
  25. salam,
    sebagai trojan horse dalam umno, presiden umno, ah jib gor hanya perlu ikut cakap ahli umno dalam pau sahaja. asalkan tak ada wakil yang berani memberi ucapan yang bikin panas, kerusi presiden selamat. banyak agenda yang perlu diberi perhatian, tapi hanya akta hasutan sahaja yang menonjol dan memadamkan perkara-perkara yang lain seperti ekonomi, 1mdb dan sebagainya. jika umno menang di masa hadapan, maka semua ini adalah andaian salah, tapi jika umno kalah, maka tsunami telah berlaku dan siapa yang akan disalahkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh? UMNO Kelantan kata semua Dengki atas Pencapaian 1MDB itu sebab mereka Kritik Atas Kepandaian Najib Menjana 1MDB.

      Delete
  26. Sdr,

    Tulisan Zam kali ini senada pula dengan pengkritik Najib,memberi ingatan keras kepada menteri perdana itu".Nafas TerakhirNajib..."

    Tulisan sehari sebelumnya,27 hb pula menghamburkan pujian melangit,melebih lebih."Syabas Najib,Terserlah Daya Kepimpinanmu..."

    Nilaikan wahai para pembaca.Nilaikan sendiri wahai tuan Zam.

    ReplyDelete
  27. Najib Tahu Kamu Semua Ni Memang Menunjuk Tabiat Orang Melayu...

    Di Depan Najib Senyum Semua Setuju, Tapi Lepas Tu DiBelakang dia Mengutuk dan Mencaci..

    Tapi Dia tahu Ini Semua Tak Kemana...Semua Omong Omong Kosong.

    Itu Sebab Dia Buat Deeerrrr Saja.

    ReplyDelete