Monday, 24 November 2014

BERKABONGLAH PERWAKILAN UMNO, NAJIB RUNTUHKAN PUNCAK KEJAYAAN POLITIK MELAYU.

MANTAN  KETUA HAKIM NEGARA:PERBUATAN BODOH HAPUSKAN ISA

KOMEN: Jika Tun Mahathir tidak hadhir di upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO Khamis ini berarti  beliau tetap dengan pendiriannya menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Najib-Rosemera Shah Alam.

BERKABONGLAH!............
Saya telah banyak membaca pemikirannya menerusi berita,interviu dan juga tulisannya tetapi bagi pertama kali saya mendengar ucapannya secara langsung dalam Konvensyen Perpaduan Nasional di Kuala Lmpur kelmarin yang disampaikannya  dalam keadaannya yang uzur.

Dalam keharuan mendengar suara seikhlas hatinya sebagai seorang yang bersimpati dengan UMNO ,  fikiran  dan nurani saya terus berkata" Inilah nasionalis Malaysia yang sedang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir"

Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abd.Hamid Mohamad sekalipun bukan seorang ahli UMNO tetapi jelas kepercayaannya dan sayangnya kepada UMNO. Kekecewaan kepada pucuk pimpinan UMNO  dicurahkannya dengan  fakta dan keterangan terkemas kini, berasaskan  sejarah lalu dan masa kini ,hujahnya kuat  dan kental,kritikannya tajam dan tepat..

Terbukti walaupun beliau seorang hakim yang sekian lama berkecuali dari poltik tetapi tidak pernah memisahkan dirinya dari perkembangan politik  tanahair dan menjiwai semangat UMNO yang sangat tinggi. Maka itu beliau menjijaki  perasaan  bimbang dan marah rakyat diakar umbi.

Tepukan bergemuroh diberikan oleh para hadirin apabila beliau mengatakan " Penghapusan Akta Keselamatan Dalanm Negeri adalah suatu perbuatan bodoh."

"Singapura mengekalkannya kerana tidak pernah merasa  bersalah dengan adanya akta ini dan Singapura  berada pada kedudukan yang lebih baik dari kita dari segi keselamatan sekarang ini,"katanya.

Menurut Tun Hamid bila beliau bertaya kepad rakan sejawat  di Singapura" kenaapa tidak dihapuskan ISA,jawapannya ialah  kerana kami tidak melakukan kesilapan."

Tetapi pada pandangan  PM Malaysia  Najib  akta itu telah disalahgunakan tetapi tindakannya menghapuskan terus akta itu dianggap sebagai keterlaluan tanpa mendapat persetujuan dari pihak keselamatan,UMNO dan juga nasihat dari orang orang yang  sepatutnya beliau dengar.

Najib samasekali tidak boleh menafikan, bahawa beliau membuat keputusan itu sendirian untuk mencari pengaruh di kalangan  liberal di Malaysia dan untuk mencari  popularti  di kalangan Barat dan bagi menunjukan kepimpinannya menjiwai globalisasi.Tetapi apakah yang beliau dapat?
Orang Melayu dihina,agama Islam tidak lagi dihormati dan Perlembagaan Persekutuan dicabar dan dipijak.

Saya bercakap dengan mantan mantan ketua polis negara, panglima angkatan tentera dan pihak -pihak yang terlibat dengan keselamatan negara sejak merdeka.Semua mereka amat marah dan kecewa dengan sikap Najib dalam hal ini.

Jika mereka percaya dengan  apa yang dilakukan Najib  sebagai suatu kebaikan untuk bangsa,agama dan negara  maka kenapa bagitu ramai di antara mereka  yang  menghadhiri Konvensyen Perpaduan Melayu untuk membahas,menyokong dan  menyertai  Memorandum Perpaduan Nasional untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Najib,Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Raja Raja Melayu.

Tun Hamid  menolak anggapan sesetengah pihak  bahawa Akta Hasutan 48 adalah warisan penjajah "Tidak semua yang terkandung dalam akta ini  warisan penjajah tetapi sebaliknya pindaan yang dibuat oleh  Perdana Menteri Tun Abdul Razak bapa kepada Datuk Seri Najib selepas peristiwa 13 Mei  adalah merupakan puncak kepada  kejayaan politik orang Melayu," katanya tanpa mengangkat suara tetapi  disambut dengan tepukan bergemuruh.

Saya amat merasakan kebenaran kata kata Tun Hamid ini oleh kerana beberapa hari selepas peristiwa 13 Mei yang saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri,saya bersama dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Melan Anbdullah( Allahyarham) dan beberapa orang anggota Jabatan Pengarang Utusan  telah pergi ke kediaman rasmi Razak untuk meminta izin mengeluarkan kembali akhbar Utusan Melayu setelah dihentikan penerbitan  kerana peristiwa itu .

Kata kata Tun menyambut ketibaan kami terbenam di hati saya hingga ke hari ini, memberikan kesegaran dan  keyakinan besar kepada kami tetapi tidak wajar saya  tulis disini. Maka itu saya lebih merasakan kesilapan   dahsyat  yang berlaku hari ini,dilakukan oleh anaknya sendiri dengan meruntuhkan  pagar keselamatan bangsa, agama dan negara  yang dibina oleh ayahnya sendiri diatas darah  trajidi 13 Mei.

Walaupun Najib sekarang cuba menapikan bahwa beliautidak  bermaksud mahu menghapuskan  Akta Hasutan yang kunonnya sekadarkan hendak dijadikan  Akta Harmony  tetapi beliau  telah memberikan harapan kepada gulongan liberal untuk k mengexploitasinya  dan menuntut penghapusanhya. Desakan semakin kuat  oleh Persatuan Peguam setelah ada bantahan keras terutama dari UMNO sendiri. Sekarang Najib cuba untuk  berundur.

Kata Tun Hamid, Najib  telah menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan  Nasional dengan kaangotaan puak  liberal malah menjemput pandangan dari Majlis Peguam dan pihak  pihak yang menentang kerajaan dalam soal pindaan  Akta Hasut Hasutan.
" Suara mereka yang didengar  tetapi suara rakyat setia  yang menyokong UMNO dan BN dipinggirkan. Lebih baik tak usah berlawan dalam pilihanraya,serahkan sahaja negara ini kepada mereka,"katanya.

Najib sebenarnya menambahkan  masalah dalam keadaan bangsa dan agama tertekan dan bukannya menyelesaikan masalah malah beliau memberikan senjata kepada lawan yang menyukarkan kerajaan untuk bertindak kerana gulongan ini telah mendapat perhatian dan sokongan antarabangsa.

Ramai yang hadhir di  Konvensyen Perpaduan Nasional  ini terdiri dari   bekas -bekas pegawai tinggi   kerajaan terutama dari bahagian keselamatan   yang tidak perlu saya sebutkan  satu persatu. Mereka tidak ada kepentingan diri .Kebanyakan mereka adalah orang yang sanggup mati untuk Tun Abdul Razak tetapi sekarang mereka tidak percaya kepada anaknya. .
\
Para perwakilan  UMNO yang sedang  berkumpul di Kuala Lumpur wajar mendapatkan  teks penuh ucapan Tun Abdul Hamid dan membacanya sebelum mendengar  ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib supaya dengan itu mereka tidak akan mudah  bertepuk tangan bila Najib menjeritkan  Hidup Melayu.

 Seluruh perwakilan UMNO patut  berkabong dalam menghadhiri perhimpunan agung itu dengan memakai kupiah hitam berlilit kain putih sebagai  "protes senyap"  terhadap penghapusan ISA dan mereka mesti menuntut dengan sekerasnya supaya  dikembalikan  dan dikuatkuasakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri.(ISA)

Kita tidak perju malu dan takut untuk mundur kebelakang dalam hal ini sedangkan kerajaan Thailand telah kembali kepada pemerentahan tentera bila keadaan negara terancam dan keamanan pulih di  negara itu,rakyat berada dalam  keyakinan dan ekonomi bertambah baik.

 

33 comments:

  1. Yelah. Najib perlu utamakan kehendak penyokong kerajaan bukannya puak libral yg mahu menjahanam Negara. Akta Hasutan memang masih diperlukan. Dan ISA dikembalikan. Barulah boleh tidur lena. Sekarang ni banyak sangat perkara yang merisaukan.

    ReplyDelete
  2. Baru- baru ini Najib telah menyeru supaya gulongan nasionalis tidak mengamalkan nasionalisme yang sempit. Siapakah nasionalis yang dimaksudkan oleh Najib,siapakah nasionalis di Malaysia.
    Kepada bukan Melayu nasionalis adalah Melayu dan mereka meanggap diri mereka adalah globalis.Maka itu anggapan mereka, Najib adalah menujukan kritikan kepada orang Melayu sendiri,bangsanya sendiri.
    Adakah dengan itu Cina akan kembali menyokong UMNO. Tidak. Inilah tanda kelemahan kepimpinan Melayu yang meyakinkan mereka untuk menambah tekanan dan desakan supaya dipenuhi harapan mereka. Adakah Najib cerdik?Inilah akibatnya kita mempunyai pemimpin elitis yang tidak berjijak di hati rakyat.

    Syabas Najib!

    ReplyDelete
  3. Dermawijaya Petaling Jaya.25 November 2014 at 05:59

    Najib benar berada pada kedudukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman sebelum peristiwa 13 Mei. Beliau cuba mencari populariti di kalngan orang Cina dengan tolak ansur,toleransi dan give in and give in. Beliau tidak sedar jika tidak disedarkan oleh orang Melayu. Beliau memang wajar digantikan tetapi siapakah yang akan menggantikan beliau.
    Di masa Tunku ada Tun Abdul Razak,tetapi sekarang tiada.Muhiyiddin pun lebih pentingkan diri sendiri,hendak selamat hingga ke mati. oportunis besar, Demikianlah manusia bila berada pada kedudukan yang mewah,tidak lagi mahu mencari susah. Inikah pejuang Melayu tulin.Inikah sikap orang Johor,inikah warisan Datuk Onn?

    ReplyDelete
  4. soalnya siapakah pemimpin yang berjiwa Tun Razak untuk ditunjukkan ke jalan kuasa?

    ReplyDelete
  5. Abbas Dalip. Kangkong Kedah.25 November 2014 at 07:12

    Sebagai seorang wakil UMNO dari Johor saya sangat mengharapkan kepada setiap wakil dari negeri negeri lain yang membaca blog ini hendaklah menyampaikan pesan kepada rakan rakan supaya turut membacannya dan menyampaikan mesej " Mari kita berkabong" pada hari perhimpunan Agung UMNO ini.Mari kita berkabung,kita tunjukan kuasa kita secara terhormat.

    ReplyDelete
  6. Dalam keadaan orang Melayu merasa tertekan dan terhina,suara Pemuda UMNO dan Puteri UMNO tidak terdengar seiring jalan dengan kebangkitan revaolusi sepi yang sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu sekarang ini. Mereka tidak lagi menjadi suara rakyat bawahan. Suara mereka hanya didengar setelah hampir Perhimpouan Agung UMNO.

    Ini bukanlah pemimpin-pemimpin sejati tetapi sekadarkan untuk seronok menjadi pemimpin. Syndrom bisu mereka amat mengecewakan seluruh orang Melayu terutama generasi muda. Apakah mereka tidak mendapatrinspirasi dari pemimpin atasan atau pun memang pemimpin tertinggi tidak mempunyai daya dinamisma dan penghayatan untuk menjadi inspirasi perjuangan pemuda dan puterinya.

    ReplyDelete
  7. Buah yang sudah busuk dan buruk...
    masih disimpan.

    ReplyDelete
  8. Zam jangan terperanjay jika tak ada orang yang akan pakai songkok lilit putuh di Perhimpunan Agung UMNO nanti ya....

    Mereka akan menyanjung Potrait Najib berwatak Panglima Melayu yang akan diPampan di Lobi Perwakilan Nanti!

    Zam Tak Payah Lah Datang .....Jebat Tak diJemput!

    ReplyDelete
  9. Para perwakilan UMNO yang sedang berkumpul di Kuala Lumpur semua tak de teloq... tau mengilat kasut saja.UMNO tomb dah ditempah.

    Presiden UMNO sekarang ialah Ah Gib Gor dan UMNO masih sayangkan beliau. Ingatkan dengan terkeluarnya Badawi Malaysia lebih baik tapi lebih kurang sama saja sebab itu saya katakan tiada beza iundi PR dg BN-UMNO, sama saja. Baik je amik anwar jadi PM atau offer Presiden UMNO post to Anwar sure DAP /Pas telan air liur , dan UMNO akan kembali kekuatan dan kekalutan nya.

    ReplyDelete
  10. Suatu pandangan Najib yang berat sebelah,tidak seimbang dan tidak adil bila beliau berkata kita tidak boleh memecahkan janji dan komitment untuk mengekalkan sekolah jenis kebangsaan Cina kerana itu adalah janji sejak merdeka tetapi Datuk Seri Najib mesti ingat dan ambil perhatian satu persatu berapa banyak janji orang Cina dalam social kontrak yang telah dipecahkan oleh mereka dan oleh kerajaan sendiri kerana desakan mereka.Lihat sahaja dalam soal bahasa.

    Sekalipun tidak nyata satu persatu tetapi orang Cina tidak lagi menyokong MCA kerana UMNO tidak mahu memecahkan social kontrak. Apakah kita tidak boleh beritndak bnlas.Adakah balasan mereka.I ni kecerdikan Najib atau pertimbangan yang berat sebelah. Hanya fikirkan undi Cina tetapi bagaimana dengan undi Melayu kerana sikap Najib yang tidak adil ini? Najib ,You have to go,you thingking is outdated,jumud dan tidak sezaman..

    ReplyDelete
  11. Adakah pemimpin pemimpin MCA dan Gerakan berani menyeru orang Cina supaya menghormati Kontrak Sosial seperti Najib meminta orang Melayu su\paya menghormati hak orang Cina untuk mempunyai sekolah jenis kebangsaan?

    Saya kemukakan pekara ini untuk dipertimbangkan oleh orang Melayu adakah cara berfikir Najib adil untuk bangsanya? Cara berfikir ini akan menjerumuskan orang Melayu kelembah kelemahan dan kehinaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Hamzah, UMNO memang bodoh kerana dipimpin olih Melayu yang tidak bijak dan pandai ( itu kata kata dari blog Tun M yang terbaharu untuk persidangan UMNO hujung bulan ini). Najib sendiri pun bertegas pada kaum Cina bahawa sekolah jenis kebangsaan adalah berlandaskan perlembagaan negara dan lebih hebat lagi si no.2 iaitu TPM Mahyuddin sendiri berkata selagi ada bulan dan matahari sekolah jenis kebangsaan tidak akan di hapuskan. Begitulah sukanya Melayu pada bangsa Cina dan India di Malaysia

      Pemimpin barisan ketiga, Hishamudin yang menghunus keris tapi dengan segera minta maaf bila dihentak olih Cina dan India dari rakan karib MCA dan MIC pulak tu! Si Zahid pula kalau cakap berdegar degar tapi `habuk` pun tak ada. Si Shafei jangan haraplah. Dia hanya jaga periok nasi perutnya saja. Yang tinggal hanya lah ahli ahli biasa UMNO saja untuk diharapkan. Itupun kalau bolih di beri harapan. Kita tengok nanti sama ada ahli ahli UMNO ini `bercakap` atau pun `bisu seribu bahasa` dalam persidanagn UMNO nanti untuk harapan baru. Mungkinkah mereka juga sama macam pemimpin mereka yang mengharapkan BULAN dan MATA HARI?

      Delete
    2. CB, spot on bro. Do you know that Najib did not complete his study in UK? He is degree less. Tun M is right about dumb leadership.

      Delete
  12. Aku tidak akan mengundi UMNO/BN dalam PRU14 nanti walaupun UMNO mewakili MELAYU. Aku lebih baik mengundi PAS kerana walau pun telah bertahalul siyasi mereka (PAS) masih lagi berani bertekak dengan DAP dan suruh DAP keluar dari PR!

    Najib dan UMNO hanya berani `membunuh` Melayu yang menjadi pengundi tegar mereka saja. Bab Cinabengs, UMNO mula menikus. Kali ini pengundi tegar UMNO macam aku pun sudah berubah angin dan aku peduli apa kalau UMNO kata selepas perhimpunan ini mereka telah berubah! Yang penting MELAYU tegar macam aku sudah berubah dari UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too. Dah berpuluh tahun saya mengundi UMNO/BN. Never the next time. Never, never and never again.

      Delete
  13. Saya dan ramai lagi kecewa bila Tun Mahathir tidak hadhir memberikan ucap utama kepada Konvensyen Perpaduan Nasional Ahad lalu tetapi saya memberitahu bekas boss saya Mantan Menteri Penerangan Datu Kadir Sheikh Fadhil( di parti mana dia sekarang?) bahawa mungkin ini langkahnya untuk mengimbangi ketidak hadirannya kelak di Perhmpunan Agung UMNO . Saya faham mengapa beliau akan berbuat demikian.

    Kemungkinan ini akan berlaku dibayangkan bila kolumnis The Star Joselin Tan di Star hari iini dan sebabnya kerana hendak menunjuk ketidak penerimaannya terhadap kepimpinan Najib yang naik atas rastunya. Ini telah dilakukan telah dilakukan terhadap Abdullah Badawi semasa beliau sebagai PresidenUMNO.

    Jika hal ini berlaku maka ini adalah suatu tamparan hebat kepada Najib bahwa seorang yang telah mengangkatnya sudah tidak lagi menerimanya,sudah memulaukannya.

    Najib harus memikirkan maruah dan harga diriny. Apakah kedudukanya masih sah dari segi moral jika tidak lagi dirastui oleh orang merastukannya yang masih mendapat dihormati dan disokong dan dan dukong oleh sebahagian besar ahli UMNO dan majoriti orang Melayu tua dan muda di luar UMNO.

    Kita tunggu hari perasmian Perhimpuan Agung UMNO pada Khamid ini samaada hal ini akan berlaku atau tidak.

    ReplyDelete
  14. Sallam Pak Zam,
    Sekali lagi Wak kira satu kapsyen yg provokatif, berani dan nakal.
    Pada Wak, PAU 2014 akan menentukan samada UMNO masih lagi relevant atau tidak pada orang Melayu khasnya. Perwakilan mestilah berfikiran diluar kotak dan bukannya forum untuk berseloka pantun memantun, syair menyair serta memuji memuja isteri Presiden dan Presiden. Kali ini forum adalah untuk survival orang Melayu, atau kita memilih untuk pupus ditelan zaman. Forum kali ini adalah untuk anak anak dan cucu cicit kita dimasa depan demi ugama, bangsa dan negara.
    Kuasa politik yang sedikit kita ada hendaklah dimunafaatkan sebaikbaiknya.
    Perlu berani 'to speak your mind' walaupun ia nya pahit. 'Call a spade a spade'
    This is serious business. Que sera sera...

    ReplyDelete
  15. APA KATA BEKAS KPN TAN SRI RAHIM NOOR:
    Bila tiumbul suara yang mahu Akta Hasutan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional,ia seperti menidakan sumbnangan keseluruhan 11 seksyen Akta Hasutan itu dari segi mewujudkan keadaan harmoni.
    Memang tanggapan ini tidak tepat samasekali.Kenapa? Sebab ia tidak memberi penekanan terhadap jenayahnya perbuatan menghasut. Kalau sedkalipun hendak diwujudkan juga Akta Keharmonian janganlah dkimansuhkan pula Alkta Hasutan.( Utusan Malaysia 25 November).

    Inilah akibatnya bila liberal minded Najib melihat bahlol,pengampu dan tolol sebagai penasihat kerana sejalan dengan pemikirannya. Inikah anak Tun Abdul Razak. Kenapa dia tidak tajam pandangan dan cerdik macam Tun Razak?

    ReplyDelete
  16. Does najib feel it ?
    Does najib sense it ?
    Does najib see it ?
    Does najib listen to it ?

    DOES NAJIB REALLY CARE ?

    Then, we Malays wont care either and will kick you out in the next election !!

    ReplyDelete
  17. Apakah hidung Najib sudah kena cucuk oleh puak liberisma? Lain macam saja cara dia asyik mengampu mereka?

    PAU tiap tahun macam takent show saja. Tempat bertemasya dan lementasan lawak jenaka dan berbalas pantun? Buang maza xan buang duit aje.

    ReplyDelete
  18. Sallehuddin Ayubi25 November 2014 at 13:22

    Seluruh perwakilan UMNO dan juga Najib sendiri seharusnya membuat perhetongan dari sekarang jika Tun Mahathir tidak menghadhiri Perasmian Perhimpuan Agung UMNO kali ini.

    Saya berpandangan kiranya ini berlaku, Najib sewajarnya mengundurkan diri dari Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau mempunyai harga diri dan bermaruah.

    Perwakilan juga harus memikirkan samaada wajar Najib dikekalkan kerana awan mandung akan memayungi sepenjang perjalanan perhimpunan agung kali ini jika ianya dipulaukan oleh pemimpin teragung negara.

    Yang pastinya ialah jika ini berlaku orang Melayu di luar UMNO dan penyokong-penyokong Mahathir tentunya tiudak akan memberikan sokongan kepada Najib dalam pilihanraya akan datang. Adalah sangat sedih jika Najib anggan menerima mesej ini dan mahu mempertahankan kedudukannya.

    Dalam hal ini juga Najib tidak perlu mendengar r nasihat isterinya yang tentunya lebih mahukan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri kerana soal maruah bagi dirinya sendiri sebaliknya neliau mestilah mengutamakan pandangan majoriti rakyat. Sokongan dari perwakilan bukanlah sesuatu yang boleh mempastikan kemenangan dalam pilihanraya.
    Hal ini terlalu awal untuk diperkatakan tetapi keadaan mungkin berubah jika Najib sanggup meminta maaf atas kesilapan dan dosa besarnya menghapuskan ISA dan mengambalikannya dan juga mengekalkan Akta Hasuutan 48 dan membina kembali jambatan bengkok yang amat porlju bagi kepentingan maruah dan keselamatan negara.

    Mungkin masa masih belum terlewat.

    ReplyDelete
  19. Mencadangkan semua blogger Pro UMNO meng'grayscale' kan blog masing-masing sepanjang PAU ini sebagai tanda protes!

    ReplyDelete
  20. Najib mesti berundur.

    ReplyDelete
  21. salam,
    saya melihat pm ah jib gor sebagai trojan horse yg berjaya dimasukkan ke dalam umno. kita fikir bahawa presiden umno akan berjuang dan memenuhi impian ahli yg menyokongnya, tetapi presiden umno lebih melihat dan memenuhi impian orang yg tidak sama sekali menyokongnya malahan mengkritik serta memakinya, mungkin presiden umno, ah jib gor berfikir bahawa orang yang tidak sokong umno ini akan menyokongnya menjadi pm ? moga Allah terus merahmati negara kita.

    ReplyDelete
  22. Aku mohon berkecuali dari tuduhan melulu yg dilempar dkt ds najib.

    Awat hampa buat mcm ni?

    Aku tetap bagi sokongan dkt dia.aku yakin Umno tgh bangkit..dan dia tgh usaha.

    Katalah apapun hampa nak kata kt dia..aku x lemah mcm hampa semua kat sini

    Takdan lawan lagi dah megaku kalah.aku Yakin najib boleh bg melayu kuat balik.

    PAU khamis ni akn jadi platform "kebangkitan org melayu " yang =Baru.

    Aku yakin Umno masih kuat dn tengah kuat!

    bagi sokongan dkt dia .

    Jgn kita patah semangat kawan2..
    Jgn hampa mudah buat mcmni..
    Bangkit balik wei...
    PAU khamis ni = PAU kebangkitan melayu.
    Kita bangkit balik sama-sama wei...




    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang hang dok merepek ni! Patah semangat apa dan bangkit apa? Dah 6 tahun dia perintah. Tak da apa yang bangkit. Merudum lagi ada. Dia guna 6 billion untuk pejabat PM saja. Itu belum kira 1MDB 45 billion hutang. Lagi bagi million million kat sekolah dan persatuan Cina yang langsung tak undi dia. Melayu yang undi dia dapat kain pelikat dan batik aje.

      Melayu kampong, petani, nelayan dan peneroka FELDA, FELCRA kesemuanya pengundi tegar UMNO dapat ape? Saham Felda Global Ventures pun dah merudum ke rm3.40 selepas setahun diapungkan. Tunggu nak lingkup je.... Duit FELDA kroninya guna beli aparment di UK. Untuk investment kononnya. Rumah peneroka yang bocor pun tak de duit nak repair.. ptuih!

      Delete
    2. Anon 01.46. Awat hampa buat mcm ni? Kalau tak buat macam ni, habis nak buat macam mana lagi? Buatlah macam Jebat Derhaka kat atas tu. Itu lebih baik dan berfaedah.

      Sokong Najib bermakna sokong yang membawa rebah kepada bangsa Melayu. Pemimpin UMNO lain tengok perut mereka penuh sampai ketembolok macam perut Cina. Perut Melayu marhain kempis macam tak cukup makan.

      Delete
    3. I setuju dengan Ali Setan bab para pemimpin UMNO yang perut mereka penuh sampai ketembolok. Ada sampai nak pecah kepala memikirkan bagaimana nak tambah lagi kekayaan sebelum BN bungkus di PRU14 nanti. ha ha ha

      Delete
  23. kita tidak nampak perubahan dlm umno. langsung tidak

    barangkali presiden sudah keliru atau buat2 x tau

    org melayu resah dan marah kerana umno semakin liberal

    itu yg menjadi main concern. main concern bknlah org muda tidak dpt menyertai umno walaupn dlm jangka masa panjang ini adalah penting.

    nampaknya presiden hanya sekadar menafikan dia bersikap liberal. adakah kita hanya akan take his word for it.

    lagipn pemuda kini kebanyakkan jga adalah liberal kerana tidak mengenal erti perjuangan.

    utk menarik org2 seperti ini maka dikatakan kononnya umno perlu bersikap terbuka. wah nampaknya kita sudah tau kenapa sejak kebelakangan ini umno bersikap liberal.

    sepatutnya umno lah yg mencorakkan perjalanan anak muda supaya sentiasa mengingati perjuangan dan jasa org2 melayu terdahulu. bukannya terikut2 dgn budaya liberal

    ini lah kesimpulan perhimpunan agung umno kini.

    bagi saya inilah yg terakhir. sudah cukup peluang dan masa diberikan kepada umno.

    sekiranya tuan2 seperti saya, maka umno akan menyaksikan tsunami melayu selepas ini. harap2 presiden tidak buat2 bodoh bertanya apa lagi melayu mahu. atau barangkali tidak seperti cina kami ini tidak worth concern presiden.

    ReplyDelete
  24. Turning point-nya bila najib tanpa segan silu melantik perasuah tegar yg sebelum ini hampir menghancurkan negara ini menjadi menteri PENUH !

    KP Umno yg punyai track record yg paling tercemar di julang jd menteri.

    I wonder, just wonder, what is the inside deal ...

    Hubaya hubaya

    ReplyDelete
  25. Najib berundurlah sebelum segala kata nista, kejian, kebencian, kehinaan ke atas diri kamu, isteri kamu, anak-anak kamu ditelanjangkan bukan sahaja oleh pembangkang malah dari UMNO sendiri. Sesungguhnya Ah Jib Gor di keji melayu untuk nikmat pujian dari kaum China & India. (Baik Ah Jib Gor masuk MCA)

    Undurlah secara terhormat sebelum terlambat.

    Ikhlas dari pengundi UMNO. Sanggup berhabis duit balik kg utk undi UMNO.

    Pengundi DUN Changkat Jong / Parlimen Teluk Inta

    ReplyDelete
  26. As Salam YBhg Dato,
    Saya dan kawan kawan sayangkan UMNO tetapi Presiden UMNO buat kita orang macam tak cukup sepuluh sen.
    So sekarang kita sedang memikirkan nasib Agama Bangsa dan Negara setelah ISA dihapuskan. Mana mungkin boeh kita boleh jatuhkan Presiden UMNO tanpa memberi kesan kepada perpaduan UMNO.
    DS Najib perlu sedar kesilapan sendiri. Berhenti dengan sukarela adalah jalan terbaik tetapi mahukah dia?

    Kemudian, siapa bakal pengganti Najib? Semua yang naik akan jadi Riak. Fikirkan diri sendiri hebat dan mahu membina legasi sendiri.

    TDM membina membagunkan Negara kerana keperluan semasa Agama Bangsa. dan Negara. Legasi belaiu tercipta kerana kejayaan dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

    Pak lah dan Najib cuba membina diri dengan membuat lebih baik dari TDM. Hasilnya tidak berfaedah kerana Negara dan rakyat merasakan idea dan perbuatan mereka adalah bukan kehendak semasa.

    Saya dan kawan kawan nak termuntah apabila membicarakan soal kerja 5 hari seminggu (Pak lah), Negara berpendapatan tinggi(Najib), Iskandar Development (Pak lah), 1MDB (Najib), Pembatalan Jambatan Bengkok (Pak Lah) dan penjualan Tanah KTM Tanjung Pagar di Singapura (Najib).

    Soalnya sekarang siapa Pengganti Najib? Muhyiddin? Takut takut dia jadi macam Najib dan Pak Lah. Nak tukar Mathematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris semula pun takut. Semasa TDM jadi menteri pelajaran, kita dapat buku buku percuma!

    Berdoalah dato. Berdoalah.. Semoga Parti keramat UMNO ini melahirkan pemimpin sebijak TDM. Entah bila...

    ReplyDelete