Wednesday, 19 November 2014

BERANIKAH MB PAHANG IKUT LANGKAH KETUA MENTERI SARAWAK?

ADENAN SATEM TEPATI HASRAT TERPENDAM RAKYAT 









Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin berkali-kali menyeru perubahan sikap  kepimpinan dari atas ke bawah bagi memenuhi  harapan dan menawan hati rakyat, apakah mereka sendiri jelas tentang  apa  yang wajar dilakukan oleh pemimpin bawahan dari peringkat negeri hingga ke kepimpinan akar umbi untuk membuat rakyat merasakan perubahan.

Apakah pemimpin-pemimpin semua peringkat  memahami dengan jelas atau masih dalam keadaan bengong untuk mengenali formula bagi keluar dari imej dan cara kepimpinan tradisi yang semakin jauh dari hati rakyat.

Barangkali hanya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang memahaminya dan dengan sekaligus tindakannya  telah menawan hati rakyat . 

Beliau menggemparkan taukeh -taukeh  balak di Sarawak,pegawai penguatkuasa termasuk polis, pegawai tinggi kerajaan dan pegawai pencegah rasuah dengan memanggil mereka dan  memberitahu mereka" Saya  mahu membina katakutan kepada Tuhan dalam diri mereka yang tidak jujur."

Beliau mengkritik secara khusus polis dan pegawai penguakuasa sebagai bodoh,penakut dan rasuah kerana membiarkan hutan Sarawak  dirompak di siang hari(lihat Star 19 November)

Katanya "Rasuah balak di negeri ini sangat teruk.Saya tidak boleh biarkan lagi.Kita mesti berhentikan,tidak sahaja kerana kita hilang wang berjuta ringgit  tetapi kerana Sarawak  mendapat nama buruk di kalangan antarabangsa.Rompak  balak di siang hari telah memberikan nama buruk kepada kita

"Jangan kata  kamu  tidak pernah tengok orang curi balak.Kenapa hanya mediamkan diri?. Kerana diantara kamu mendapat bayaran tetap dari penyeludup-penyeludup.

Tambahnya  lagi "Mungkin pihak penguatkuasa akan berkata mereka takut dengan gangsters, tetapi beritahu gangsters sayalah orang yang memberikan awak arahan untuk melaksanakan undang -undang."

Turut hadhir dalam pertemuan ini ialah enam taukeh  besar balak di Sarawak yang terpaksa menandatangani ikrak untuk  menjadi koporat yang berintegriti.

Barangakali di Pahang paling ramai  taukeh balak yang halal dan haram , yang berlesen tetapi  tidak berintegriti kerana disamping membalak secara halal juga membalak secara haram atau mencuri balak.

Tanpa prejudis dan tanpa mempersoalkan integriti Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob , saya ingin bertanya bolehkah beliau ikut  langkah berani Ketua Menteri Sarawak itu.? Mampukah beliau tidak mempedulikan sesiapa untuk menghapuskan gangsters balak atau pembalak haram untuk menegakan sebuah kerajaan bersih di hati rakyat?.

Rakyat juga sedar tentang pementasan sandiwara bila berlaku sesuatu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Hentikanlah sandiwara ini.


Bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri  Adenan Satem melakukan sesuatu yang menepati perasaan rakyat yang terpendam terutamanya bumiputra Sarawak terbukti  bila rakyat menyambutnya dengan hangat dan memberikan pujian.

Apakah pendaman rasa  yang sama tidak ada di kalangan rakyat Semenanjung.? Apakah rakyat Pahang tidak tahu ada ramai perompak balak di hutan-hutannya dan kenaapa mereka berani merompak?

Banyak bukti yang akan saya berikan dari masa kemasa tentang keterbatasan bertindak pemimpin-pemimpin  di Semenanjung kerana sikap elitis mereka yang tidak dapat menciumi dan memahami perasaan di hati kecil rakyat dan kerana itu tidak berani bercakap terus terang dan bertindak bagi pihak rakyat.


27 comments:

  1. Kes balak dan tanah di Pahang amat istimewa. Bukan Bangla yang salah juga bagaimana surat kuning boleh menjadi arahan.
    Saya yakin kes Cameron Highlands terlalu banyak yang tersembunyi. Mustahil Bangla yang ribuan batu datang ke Malaysia tahu arah tuju ke tanah tinggi itu.
    Terlalu banyak yang tak jujur dari segi laporan. ... Media tak dedah... siapa yang kebas tanah Pahang.
    Era balak dan feudal dah jadi rahsia umum

    ReplyDelete
  2. Apa yang saya nampak berlaku mengenai isu balak ini boleh dikatakan hampir kesemua "perompak" ini dilindungi oleh mereka yang berada dipuncak kuasa jadi kalau usaha dilakukan hanya sekadar menghapuskan perompak tapi yang melindungi para perompak ini dibiarkan maka usaha membenteras rompakan ini tidak akan memberi kesan yang diharapkan. Kesimpulan nya - cantas dulu mereka mereka yang memberikan perlindungan kepada para perompak !

    ReplyDelete
  3. RASUAH
    RASUAH
    RASUAH

    Itu punca segalanya !!

    ReplyDelete
  4. Stkt angkut Bangla dan 2 pegawai.kerajaan... adakah memadai ?
    Mana "org besar politik" yg disebutkan ?

    D sarawak.. amat terkejut
    Ada laporan dr ketua masyarakat tisak diendah oleh pengtatkuasa.. termasuk SPRM
    Dan ketua SPRM Sarawak yg bertugas d sarawak pd masa itu, kini pegang jawatan d Putrajaya... bukan calang2 jawatannya skrg d SPRM Putrajaya. Mgkn beliau boleh komen sikit kot... serius ni

    ReplyDelete
  5. Nan Yaakob kata ada terima ancaman bunuh.....

    ReplyDelete
  6. Sejak beberapa bulan ni saya sungguh suka baca Utusan Malaysia sebab pendedahan mereka berani betul. Tempat judi haram pun dah banyak kena tutup hasil pendedahan mereka. Habis la taukeh2 rugi jutaan ringgit. Sekarang pulak, seluruh negara dah cakap pasal Cameron Highland sampai MB pahang dah tak tahan rasa bahangnya.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mula baca UM semula selepas berhenti sekian lama. Syabas UM kerana pendedahan berani. Tapi saya rasa dalam kes CH, masih ada tangan ghaib yang disembunyikan.

      Delete
  7. Yang Utusan tulis pasal Bangla di Cameron tu, ramai sangat ke? Bila Bangla-Bangla tu kacau Utusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...
      Apsal bodoh sgt komen hang ni
      Semua berita kluar kt Utusan ada kaitan dgn Utusan ker
      Adik ipar nko Bangka ker
      X pun Bapak mertua nko Bangla ??

      Delete
    2. Dia tu banggla..

      Delete
    3. Tak sangka ada bahalol nama anon 01:35 tsk tsk tsk...

      Delete
    4. ni sebenarnya majikan bangla aka toke balak ni. walaupun bangla tu mungkin lagi pandai cakap melayu dari majikan dia, tapi nak cari bangla celik IT bukan senang kat msia ni. tgh panas la tu dahla ambik bangla secara haram lepas tu tak bayar gaji. dijadikan hamba abdi zaman moden. kadang2 kesian tgk bangla dia orang susah datang jauh2 nak carik sesuap nasik tapi kena main dgn toke balak n gangster bukit. tapi yang kita biasa anti, buli dan cemuh mereka2 ni lah yang cuba nak hidup, yg majikan dia syok dapat sumber tenaga free. lepastu nanti bagi alasan kos meniaga meningkat. benda ni the star celaka dah mula main nak backup majikan cekik darah ni. dia tau kalau amik rakyat tempatan terutama melayu benda2 mcm ni cepat meletup sbb melayu dah cerdik berbanding dulu.

      jentayu

      Delete
  8. Ketua Ugama dan adat istiadat murka??????????????????/// Kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Kerana diantara kamu mendapat bayaran tetap dari penyeludup-penyeludup...dan Taib Mahmud jadi KM sarwak bertahun tahun Gagal benteras? Apa sebenarnya dia buat?

    ReplyDelete
  10. Kesimpulannya:
    Rakyat yang marhein dapatlah BRIM setahun sekali.
    Orang atas.

    rasuah
    rasuah
    komisyen
    persen

    rpemimpin melayu
    pegawai kerajaan melayu

    merekalah pelingkup melayu

    rasuah.komisyen dan persen segala puncanya.

    Biarlah Bala menimpa lagi.

    ReplyDelete
  11. Adnan mana berani ikut YAB KM Sarawak...sekarang disalahkan MP pula...CH dibawah naungan. Pahang ada DUN ada MB...kalau mereka sudah habis usaha barulah rujuk MP..dikata dia kena ugut..hai banyak agensi persekutuan PDRM Imigresen dll) ada cawanagan dinegeri..kenapa tidak arah mereka rujuk ke ibi pejabat mereka....masalah CH ada banyak alasan yg tidak lojik dimajukan MB dan kerajaan negeri..nampak benar mereka tidak berwibawa...kalau sudah sikap nya bagini apa kata CH dijadikan WP..senang tidak pening kepala kerajaan pahang OK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgknkah Adnan skdr boneka...
      Stkt menyalak marah Utusan boleh la kot
      Bila gelabah.. ckp pulak org ugut nak bunuh

      Delete
  12. melayu oh melayu, bukankah surga itu kekal abadi begitu juga neraka.maka pilih nereka dng segala kesengsaraannya.Tapi Allah maha pengampun .Taubatlah pasti diterima.Gantikan sikap menerima rasuah dengan memberi sedekah.Duit haram yg ayah ibu dan anak bini makan gantikan dengan rezeki yg halal Amin

    ReplyDelete
  13. Hamdan,Taman Permata.20 November 2014 at 11:44

    Saya ingin mendapat penjelasan dari Menteri Besar Pahang,kenaapakah tindakan untuk memerangi penceroboh Cameron Higland hanya diambil sesudah pendedahan besar-besaran dibuat oleh Utusan Malaysia.

    Apakah Menteri Besar tidak tahu langsung masalah yang melibatkan keselamatan negerinya, apakah Pahang tidak mempunyai Jawatankuasa Keselamtan Negeri? atau jawatankuasa ini juga berada dalam ketakutan.

    Apakah Menteri Besar Adnan Yacob hendak menjaga kedudukan?

    Sepatutnmya Adnan berterima kasih kepada UM kerana membantu menyelesaikan masalahnya,membuat pendedahan yang membolehkan kerajaan bertindak dan bukanya menimbulkan prasangjka buruk kepada Utusan.

    Dalam keadaan UM memerlukan sokongan moral, MB Pahang orang UMNO pula yang cuba menajatuhkan moral Utusan.

    ReplyDelete
  14. menjawab tajuk zam: rasa-rasanya tak berani kut. atau mungkin cuma berani sentuh permukaaan saja. (bagi nampak macam buat kerja.) buat drama sikit depan wartawan macam mb selangor.... benda ni dah berkurun berlaku..., tapi kalau hendak seribu daya, seperti km sarawak. buatlah, jangan beri seribu dalih.

    ReplyDelete
  15. Maka ramai ramailah pakat pakat menyanyi lagu anak kecil main api.
    Sampai melelah air mata kesedihan pilu dan hiba.
    Pembesar melayu pun menyanyi juga.Buat-buat sedih.Bumi milik orang lain.
    Semua sandiwara saja.Lakonan tak pernah bernoktah.
    Semua bila pegang jawatan besar-besar kalau boleh nak bawa masuk dalam kubur sekali.

    Retorik.

    Bukan anak kecil main api.
    Patut diubah pemimpin Melayu main api.

    ReplyDelete
  16. Salam Bapak Zam,
    Kebanjiran pendatang haram ke negara kita dh banyak kali dipolimikkan, semacam tk de noktah. Operasi demi Operasi dibuat, serbu tangkap, antar pulang, dia dtng semula. Ibarat semut dgn gula sanggup bermatian.
    Bukan saja di CH bahkan di merata pelusuk negara. Yg heran nya nape pendatang haram ni tak nak pulak landing kat Thailand, Singapura atau Timur Tengah?
    Sonang sangat ke nk masuk Msia ni? atau kite terlebih kesian ?
    Wak pernah tanye pada pendatang haram ni, kalu diberi peluang untuk pulang ke negara masing masing adakah mereka mahu? Rata rata enggak mahu pulang, bahkan mahu jemput sahabat handai rakan tolan sanak sedara datang sini Msia.
    Sini Msia, tepi longkangnye boleh ketemui emas Pak, mana bisa mahu pulang!
    Salah siapa?

    ReplyDelete
  17. keh keh keh PGJ well said. tringat sajak ni:

    Antara Puji, Ampu dan Janji

    Baru seminit dewan sebak
    dek gurindam, syair dan sajak
    berpiala air mata mengalir
    rupanya manik-manik plastik...

    Sekonyong-konyong,
    bergema pula derai-tawa
    bagai guruh dikejar halalintar
    riuh dewan berpesta-pora.

    Tak ada pemberani
    pembahas kritis ekonomi
    ramai pula pendingin hawa
    tiga kuasa kuda!

    Semut merah dibunuh gula
    mati, sebelum tertunai janji
    satupun kepada dewan. Mereka lupa
    akibat terlebih ketawa?

    01.12.2012
    Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  18. Tuanku Sultan Pahang telah bertitah, jangan takutkan rakyat beta. Dengar tak tu Utusan? Lepas ni tulis betul-betul. Jangan main tulis ikut sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita lupa kisah 'Tengku Wong' jutawan balak sekitar 90an dulu yg dpt konsensi balak paling byk dr kerajaan Pahang, tak terfikir ke kita sape di belakang beliau?

      Delete
  19. Mereka bukan tidak memahami perasaan hati kecil rakyat. Mereka memahami. Tetapi mereka juga memahami bahawa rakyat masih boleh diperkotak katikkan. Asal bos tak kata apa2, orang lain peduli apa.

    ReplyDelete
  20. Sdr zam,

    MasalahUMNO adalah kepimpinan itu sendiri. Mahukah kepimpinan menerima nasihat ahli biasa UMNO. Cara termudah adalah dgn meminda perlembagaan dgn mengehadkan pimpinan cawangan/bahagian kpd 3 penggal the. Tidak kiralah ketua cawangan/bahagian bagus mcm mane pun cukup 3 penggal..jalan..baru lah ade flow dan kesinambungan ..ahli lebih 3 juta..yg jd pemimpin balik balik muka tu jugak..mane tak org menyampah..dan pemimpin UMNO kalo bertemu rakyat buanglah gaya feudal tu..rakyat menyampah..dan kalo bole tak payah la angkut bini tu..susah sgt ker nak buat..anak muda skrg semakin celik..pemikiran pemimpin UMNO tak jugak bergerak..

    ReplyDelete