Wednesday, 15 October 2014

TIDAK MAHU DIKENALI SEBAGAI PENDATANG TETAPI MAHU IDENTITI BAHASA PENDATANG

KENAAPA RISAU JIKA MEREKA MELAKUKAN SELF ISOLATION?

KOMEN: Ketika kami wartawan wartawan Malaysia termasuk rakan saya V.K Chin dari The Star (mendiang) menjadi tetamu kerajaan Taiwan lama dahulu ,di meja sebelah kami di sebuah restoran, beberapa  orang Cina bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya tahu mereka dari mana.

Pengiring kami Cina Taiwan  nampak tidak senang kerana sesama Cina berbahasa Inggeris  dan berkata kepada kami "Mereka ingat siapa mereka?." Dalam hati saya berkata" Sekurang kurangnya mereka ada identiti sebagai Cina Singapore"- ZAM

TIDAK MAHU DIKENALI........

SELEPAS lebih 57  tahun merdeka,Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru orang Cina supaya belajar bahasa Malaysia sambil  bertanya  "boleh? "di Persidangan Perwakilan  MCA  baru baru ini  dan dijawab oleh perwakilan "boleh".

Jika sesudah lebih 57 tahun masih berbahasa Malaysia pasar  dan tidak faham Bahasa Malaysia maka tidak mustahil 50 tahun lagi pun  mereka tidak juga boleh kecuali jika ada suatu kesedaran baru yang ikhlas dan bersungguh- sungguh  dan jika mereka   dapat menghayati apa  di hasratkan  oleh Presiden baru  MCA Liow Tiong Lai.

Saya percaya Najib membuat seruan tersebut atas kesedaran masih ramai orang Cina termasuk generasi baru  tidak dapat bercakap , membaca dan memahami  bahasa Malaysia dengan sewajarnya. Walaupun  mereka belajar Bahasa Malaysia  di sekolah Jenis Kebangsaan Cina tetapi di ajar oleh guru Cina sendiri yang menjadikan pertuturan mereka ikut loghat  Cina dan mereka belajar bahasa Malaysia sekadarkan untuk lulus pepereksaan.

Setelah lebih lima puluh tahun merdeka, kebanyakan orang Cina Malaysia tidak mempunyai identiti bahasa Bangsa Malaysia seperti Cina Indonesia dengan Bahasa Indonesia, Cina Thai dengan Bahasa Thai, Cina Singapore dengan Bahasa Inggeris dan China Amerika dengan Bahasa Inggeris yang langsung kita kenal sebagai American Chinese atau Indonesian Chinese.

Maka itu kenaapa mereka merasa marah jika di salah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali  dengan  bahasa rakyat negara ini dan masih mahu lebih dikenali dengan bahasa pendatang? Ini adalah pengasingan diri dari arus perdana yang dilakukan sendiri  (Self Isolation)

Orang Melayu  sebenarnya amat  mudah menerima bukan Melayu terutama orang Cina  yang berbahasa Melayu tempatan dengan faseh  sebagai rakan sebangsa seperti  yang belaku di Kelantan ,Kedah dan Perlis  terutama di kampong kampong.

Maka itu Najib sendiri terus merasa bangga dan lantas menjadikan Presiden baru MCA, Liow Tiong Lai  sebagai contoh yang baik kepada masyarakat Cina  kerana walaupun belajar di sekolah Cina tetapi menyampaikan ucapannya di mesyuarat perwakilan MCA  itu  dalam bahasa Malaysia yang baik sepenuhnya.(mungkin dia dibesarkan dalam persekitaan Melayu?)

Najib tidak  mempunyai kepercayaan  bahawa sejumlah besar orang Cina memahami Bahasa Persuratan Melayu  maka itu  di majlis majlis "atasan" yang dihadhiri oleh orang Cina tempatan walaupun  tanpa  orang asing,Najib  condong  menggunakan bahasa Inggeris sedangkan di Parlimen yang ramai dengan berbagai  profesional bukan Melayu dan elitis negara,  beliau bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Suatu kajian perbandingan  secara jujur haruslah dibuat apakah benar ramai graduan Melayu atau pelajar Melayu sukar mendapat kerja kerana tidak tahu bahasa Inggeris atau sebenarnya anak anak Cina dari aliran jenis kebangsaan Cina  yang sukar mendapat kerja kerana mereka bukan sahaja tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi juga tidak dapat berbahasa  Melayu dengan sewajarnya.

Maka itu syarikat syarikat Cina terpaksa menampong dan memberikan keutamaan kepada  mereka ini kerana anak anak Melayu lebih mudah untuk mendapat perkerjaan dengan syarikat syarikat antarabangsa atau syarikat tempatan disamping kerajaan.

Haruslah diingatkan kebanyakan profesional Melayu hari ini  di bidang perubatan; doktor dan doktor pakar , jurutera  yang berkhidmat di dalam dan di luar negara,tenaga  pengajar  di bidang sains dan teknologi di universiti universti tempatan adalah berasal dari aliran Melayu (SPM)  dan kemajuan universiti universiti ini adalah kerana didukong oleh anak- anak Melayu yang berasal dari aliran Melayu dan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Ramai  anak anak Cina kelulusan perubatan dari  dari UKM yang berasal  dari aliran Melayu berkerja di Singapura.

Jika dipanjang  umur, lebih 50 tahun dari sekarang, Najib  akan bertanya lagi kepada orang Cina: boleh tak belajar Bahasa Malaysia dan mereka akan jawab boleh tetapi mereka akan tetap berada dalam keadaan tidak boleh.

Lebih 50 tahun dahulu,bila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meminta peniaga Cina menggunakan papan iklan perniagaan  dalam bahasa Malaysia,mereka membantah kerana dakwa mereka akan menyebabkan perniagaan mereka merosot.Sampai sekarang pun bila ada majlis  mesyuarat orang Cina termasuk MCA sendiri mereka akan meletakan Bahasa Malaysia di bawah atau tidak menggunakannya langsung.Mereka mahu dikenali dengan bahasa pendatang kerana bahasa pendatang lebih bertamadon.

Kenapa kita terlalu risau  jika orang Cina mahu melakukan pengasingan diri,tidak mahu berada di aliran perdana dan lebih mahu dikenali dengan bahasa pendatang dan bukan bahasa yang diiktiraf sebagai  Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini?

Siapakah yang membina dan mahu mengekalkan  identiti bangsa pendatang?

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu labunya
.


45 comments:

  1. Betul TS. Biar si luncai terjun dengan labu- labu nya.

    Masaalah nya si luncai itu kedapatan Melayu juga. Bila berucap, B.Inggeris terus berdegar-degar ! Yang di belakang, papan pemidang besar tulisan cina di atas, B. Kebangsaan nya di bawah ! Tegur lah ! Lain kali di lihat perkara sama, serius saja, batalkan majlis. Susah ke ?

    Kita suruh mereka pegang perpaduan, tetapi perpaduan untuk kaum nya saja. Mereka boleh kawal komuniti sendiri. Luncai kita masih sembah tok moyang mereka. Apa hal ? Cukup-cukup lah.

    Sedikit contoh. P.Pinang makin banjir. Kerajaan masih memberi. Cukup-cukup lah...Sekolah vernakular mahu peruntukan mesti di beru ikut syarat . Jika tidak cukup - cukup lah...

    Sebab ? Betul kata TS, mereka mengasingkan diri, maka kita asingkan mereka terus... cukup-cukup lah di hempas tindas maruah Melayu Islam. Murka Allah SWT yang WAJIB kita takutkan.

    Opera mereka tidak boleh menandingi Selawat dan Salam kita semua. Mana yang yang afdhal ? Cukup-cukup lah.

    Malaysia itu acuan kita ! Jika mereka tidak ingin, ini lah juga polisi kita. Kita juga tidak mengharapkan apa-apa dari mereka.

    ReplyDelete
  2. Saya percaya saudara Zam tidak bermaksud semua oang Cina tetapi sejumlah besar orang besar orang Cina yang kerana sikap racis mereka telah merosakan maruah orang Cina.
    Mereka cuba melindungi sikap prejudis mereka dengan menunjolkan kelemahan pelajar pelajar Melayu dari aliran Melayu dan kunonannya ramai yang ke sekolah Cina tetapi apakah nasib masa depan mereka ini? Keegoan yang tidak berfaedah kepada masa depan orang Cina di negara ini.

    ReplyDelete
  3. Saya heran mengapakah akhbar The Star yang berpengaruh di kalangan bukan Melayu tidak mengambil berat untuk mengingatkan orang Cina tentang kepentingan Bahasa Malaysia dan hanya asykik mempromokan Bahasa Inggeris seolah olah orang ramai tidak faham kepentingan Bahasa Inggeris.

    Yang utama ialah maruah orang Cina yang tidak tahu bahasa Malaysia, kedudukan mereka di negara ini cukup hina, tak malukah Star orang Cina masih cakap bahasa pasar di negara sendiri dan kenaapa Star tidak mengambil tanggungjawab ini untuk menyedarkan orang Cina sebaliknya cuba tidak meyakinkan bukan Melayu untuk kembali kepada hanya sekolah Inggeris dengan tujuan untuk menjatuhkan martabt bahasa Malaysia.

    Presiden baru MCA haruslah mengambil langkah menentukan arah tuju kebangsan akhbar The Star supaya tidak terus mengelirukan orang Cina dan menambahkan gulongan Cina yang akan menjadi si Luncai.

    Star harus memgambil tanggungjawab untuk menebus maruah orang Cina yang berada dalam keadaan dipandang hina kerana dipandang sebagai pendatang kerana tidak tahu Bahasa Malaysia.

    Sepatutnya orang Cina telah pun lama diasimilasikan tanpa paksaan dalam masyarakat Malaysia dengan identiti Bangsa Malaysia jika mereka tidak bodoh sombong.

    ReplyDelete
  4. tukar sekolah kebangsaan kepada "sekolah jenis kebangsaan melayu" . sekolah kebangsaan melayu shj dibenarkan mengadakan dua aliran iaitu aliran melayu dan aliran Inggeris utk subjek2 tertentu.

    kepada ibubapa dan guru2 yg sukar utk percaya anak dan anak muridnya memahami pelajaran sekiranya diajar dalam bahasa inggeris kita benarkan mereka duduk dalam aliran melayu.

    dan kepada ibubapa dan guru2 yg optimis ttg keberkesanan pennggunaan bahasa inggeris sebagai medium pengajaran kita galakkan masuk ke aliran inggeris. kalau ini dilakukan tidaklah rakyat lihat cuma anak2 di sekolah asrama penuh dan MRSM shj layak belajar dalam medium bahasa inggeris.

    bila kaedah ini dilihat berkesan meningkatkan penguasaan bahasa inggeris secara tidak langsung masyarkat cina dan india akan kembali menghantar ke "sekolah kebangsaan melayu". jgn pulak nanti ada pemimpin liberal macam al jib gor pandai2 pula membenar dan memberi peruntukkan kepada sekolah aliran cina dan tamil pula utk buat benda yg sama sudah lah.

    bila nanti sudah sampai satu masa sekolah aliran cina dan tamil tidak lagi mendapat tempat, kita akan lihat cuma satu sekolah sahaja yg wujud di Malaysia iaitu 'SEKOLAH KEBANGSAAN ALIRAN MELAYU'

    ReplyDelete
  5. Darwis Balingan.16 October 2014 at 08:19

    Suatu pandangan yang menarik untuk di berikan perhatian dan dibincangkan oleh pakar pakar pendidikan dan semua pihak terutama di peringkat kementerian untuk dikaji baik buruknya atau kemampuan untuk mencapai matlamatnya dalam suasana politik baru.

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu sebenarnya amat mudah menerima bukan Melayu dan juga Bangla, Indon, Myanmar, Nepal, Pakistan, Negro dll Pulak ada yang kawin lagi you.
    Anak muda cina la ni cakap Mandarin pun tak petah dah. What does it tell you?

    ReplyDelete
  7. Saya tak tahu sangat pasal cina cina dinegeri negeri lain dalam Malaysia tapi kalau cina kat Penang tertamanya yang dikawasan bandar,memang kenal sangatlah kerana majoritinya masih tidak suka kepada pemerintah hari ini semata mata kerana diterajui orang orang Melayu. Walaupun Najib bertungkus lumus cuba memenangi hati mereka dengan segala "suapan" terutamanya semasa PRU13 yang lepas mereka tetap "cina yang sama" semasa PRU13 dan begitu komited untuk memastikan mereka juga "cina yang sama" pada PRU14 yang akan datang.

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri.

    Cina Malaysia serupa saja dgn Cina Singapore.....KIASU.

    Kini....yg diMalaysia kelihatan KIASU YG TELAH MELAMPAU.

    Mereka mahu kita beri semua.....segala2nya....bak kata ..'londeh hambis....dgn seluar dlm sekali'.

    Sekian lama...ketua Melayu kita dari zaman mula Merdeka hingga kehari ini memang kuat jaga hati mereka....kongsi apa saja....kongsi kuasa...kongsi raya....kongsi berniaga....kongsi apa saja.

    TETAPI MASIH TIDAK CUKUP LAGI.

    Mereka tidak mahu berkongsi lagi....tapi mereka MAHU SEMUA PULA.

    Apa punya Dajal manusia ini.
    Tetapi memang pun.....padan dgn dgn kebodohan kita.

    Itulah...org tua2 dulu pun dah kata..
    "Baik berpada2...Jahat jgn sekali"

    Cuma sy nak betulkan sikit..
    ."Baik patut2 saja...JAHAT jika perlu"..

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  9. Saya setuju dengan pandangan ini. Cuma apabila setiap kali membaca tulisan Sdr, saya dapati bahasa Melayu Sdr juga macama bahasa Melayu ala mamak. Banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. Bahasa Inggeris Sdr lebih teruk.

    Di sisi lain, masaalah kemahiran bhasa Melayu di kalangan masyarakat bukan Melayu (China terutamanya) adalah hasil daripada sistem pendidikan kita yang membenarkan pelbagai aliran bahasa (Melayu, Tamil dan Cina). Malaysia adlah satu-satunya negara di dunia yang menggunakan sistem `gila' ini. Sebab kenapa? Sebabnya UMNO/BN takut kehilangan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu. Namun demikian, walaupun sistem pelbagai aliran bahasa diteruskan sehingga sekarang, sokongan masyarakat bukan Melayu kepada BN secara sedar dan jelas semakin menurun. MCA, MIC dan Gerakan akan pupus dalam masa terdekat. Najib, apabila bertanya kepada ahli MCA supaya supaya belajar bahasa Melayu, sebenarnya adalah soalan politik. Jawapan daripada MCA juga adalah jawapan politik. MNemang benar kata Srwalaupun selepas 57 tahun merdeka, kaum China sebahagian besar masih tidak mahu menguasai bahasa negara, bahasa rasmi dan bahasa utama Malaysia. Tidak ada rakyat mana-mana negara di dunia ini yang tidak mahir bahasa negara masing-masing; Itali, Jerman, Sepanyol dan senarainya panjang. Semuanya fasih berbahasa ibunda. Mengapakah sejak 57 tahun merdeka, pemimpin negara tidak mahu menggubal sistem pendidikan satu aliran bahasa, dengan tekanan juga diberi kepada bahasa lain. Umpamanya di sekolah untuk semua bangsa, selain aliran utama ialah bahasa Melayu, pelajar dimestikan belajar dua bahasa lain iaitu Mandarin dan Tamil. Pelajar Melayu wajib memilih satu daripadanya, China atau Tamil. Pelajar Tamil memilih bahasa China. Semua pelajar wajib belajar bahasa Inggeris juga, tetapi bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa untuk semua mata pelajaran. Hasilnnya semua pelajar bukan akahirnya boleh cemerlang dalam bahasa Melayu, tetapi juga ada kemahiran dalam bahasa Inggeris, China atau Tamil. Pelajar Melayusahaja dapat berinteraksi antara mereka dengan baik, malah mereka juga akan mahir lebih daripada satu bahasa. Pelajar Melayu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dan tahu berbahasa China atau Tamil. Pelajar China menguasai bahasa Melayu dan Inggerisdan tahu berbahasa Tamil. Pelajar Tamil menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan tahu berbahasa China. Kita tidak perlu ada sekolah China atau Tamil lagi. Yang ada cuma sekolah nasional - bahasa pengantar bahasa Melayu, tetapi bahasa Inggeris wajib dan bahasa China dan Tamil bahasa untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman saudara saya menjalankan blog saya ini sendirian tanpa bantuan tetapi kerana masih boleh berfikir walaupun umur sudah lebih 75 tahun maka saya terus menulis asalkan orang faham cukuplah,Sukur ramai membaca.

      Bahasa Inggeris saya pun tidaklah sebaik Bahasa Inggeris saudara kerana saya tidak terlatih menulis dalam BI kerana berkerja lebih 40 tahun dengan hanya akhbar Melayu tetapi jika sdr nak mencabar saya bersaing terjemahan dari BI ke BM dalam apa juga bidang saya sanggup.

      Sukur Bahasa Melayu mamak masih dibaca oleh sdr.Maklumlah bahasa DKK( Darah Keturunan Keling)

      Delete
    2. Pujangga duduk bersila16 October 2014 at 18:14

      Orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan adab sopan. Apabila bertutur dengan orang yang lebih berusia dengan kita, peliharalah adab dan tatasusila. Apabila kita menulis dengan tulisan yang mengguris sebegini, ingatlah kita juga bakal menjadi warga emas satu masa nanti. Janganlah terlalu menghukum dan menghakimi. Kita tidak semestinya dianggap mulia dan budiman apabila mudah menuding jari di atas kesilapan dan kekhilfan sesorang.

      Delete
    3. Dlm blog2 seperti ini....ejaan sudah boleh disingkatkan....tata bahasa dan susila bukan isunya.

      Kalau menulis karangan yg formal tentulah tidak boleh seperti ini..

      Mcm sms jugalah..
      "Pa khabar ...Akum...Wkmslm...h r u..."

      Masa berlalu....msge melalui blog lagi cepat dismpaikan dan tidak formal lagi....

      Dulu2 masa sms mula dikenali....ramai ahli bahasa yg bising....tetapi sy percaya....mereka sendiri pun ada yg telah ikut 'trend'.

      No prob. Tan Sri.....teruskan seperti biasa.

      Chow...chill.

      Delete
    4. TSZ, teruskanlah menulis cara TS. Bahasa Melayu itu indah. Lenggoknya berbagai. Dikendur berdentang-dentang, ditarik berjela-jela.

      Kerana kepelbagaian lenggok itulah bahasa ini mudah difahami.

      Kepada Anon 12:15, saya setuju pandangan saudara. Kita perlu ada cuma satu sistem pendidikan sahaja. Mengambil contoh Jepun dan Korea. Tetapi jgnlah sdr menulis utk menghina kerana penghinan itu tdk akan kemana. Bahasa sdr juga boleh di telah bukan dari sekolah aliran Melayu.

      Bak kata Usman Awang, Melayu itu orang yang bijaksana, nakalnya bersulam jenaka, budi bahasanya tidak terkira, kurang ajarnya tetap santun. Jjika menipu pun masih bersopan, bila mengampu bijak beralas tangan.

      Kpd TSZ..biarkan saja walau air diminum sembiluan

      Delete
  10. The contemporary version of BM has so many English words borrowed. Might as well speak english... hahaha. Why bother? BTW what's wrong with bahasa pasar? It is also a form of communication. And what's this stupid idea of equating the level of BM proficiency with loyalty to the country?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangsa dikenali dari bahasanya. Bangsa Malaysia dikenali dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan. Awak nak bercakap Bahasa Inggeris ke Bahasa Cina ke awak punya pasalle tapi jangan marah jika awak dianggap bukan orang Malaysia atau dianggap datang dari Tanah Besar China. Tidak salah cakap Bahasa Pasar,Melayu pun cakap bahasa pasar tetapi jika tidak faham Bahasa Malaysia yang standard maka that is something wrong with you

      Egoism dos'not solve your identity problem. Don't be angry when people call you pendatang.

      Delete
    2. You can call me pendatang. I can call you monkey. So what? It's just word. The truth is I AM A CITIZEN OF MALAYSIA. and there is not a damn thing you can do about it to chnage that.

      Get that into your thick Malay scull.

      Delete
  11. Jangan lupa asal usul. Jangan mengaku sesuatu yang bukan anda.

    ReplyDelete
  12. TS,
    Hakikatnya orang Cina dipanggil kaum Pendatang bukan kerana mereka tidak boleh fasih berbahasa Melayu tetapi semata-mata untuk "menyakitkan" hati orang-orang Cina.

    Orang Cina belajar 3 jenis bahasa dinegara ini. Bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Inggeris. Cuba bayangkan kemampuan akedemik seseorang untuk menguasai 3 jenis bahasa pada masa yang sama!

    Bukan semua orang dilahirkan dengan cerdik. Oleh itu dalam memilih 3 jenis bahasa itu, keutamaan akan diberikan kepada bahasa yang diminati dan "kepentingan" bahasa itu sendiri dari segi "keilmuan" dan "pasaran".

    Orang Cina akan memberi keutamaan kepada bahasa ibundanya ( walaupun ramai yang juga mengabaikannya ) kerana faktor budaya dan asal-usulnya. Oleh itu di antara BM dan BI, ramai yang lebih memberikan keutamaan kepada BI kerana tuntutan keilmuan dan pasaran. BM akan disimpan sekadar untuk mendapat C6 di SPM.

    TS, boleh mengkritik supaya mengapa bahasa Mandarin itu tidak ditinggalkan sahaja dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada BM? Tetapi, terus terang sahajalah sejauhmanakah kita boleh pergi dengan berbekalkan BM sahaja di era ini.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian don't need Mandarin language,whats so special about Mandarin ? what we currently need is one school one system where every kid study under one roof and with this system inplace intergration among races can be achieved.

      Delete
    2. Ni lah masalah orang melayu. Tak nak berusaha supaya martabat bahasa kita di angkat. Belum apa-apa lagi dah tanya sejauh mana boleh pergi dengan bahasa sendiri. Nak tanya satu soalan, kalau kita nak berurusan dengan orang jepun, kita cakap bahasa mandarin ke? bahasa inggeris ke? bahasa tagalog ke?

      Delete
  13. Saya samasekali tidak menapikan kepentingan BI tetapi di negara ini penguasaan dua bahasa adalah penting iaitu BI dan BM untuk penilaian pasaran di Malaysia. Mendakwa Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua penting di dunia tidak benar. Ia adalah bahasa kedua dari jumlah penggunanya yang terdiri dari orang Cina sendiri yang populasinya adalah terbesar didunia malah Lee Kuan Yew sendiri bila bercakap dalam forum Samaada Cina Kawan atau Musuh tidak lama dahulu di Singapura menyatakan keyakinan Bahasa Inggeris juga akan diutamakan di China setelah ramai pelajar pelajar dari Cina yang mengambil PHD dan sebagainya dari negara negara Barat pulang ke Cina dan dengan itu tidak akan timbul soal samaada Cina musuh atau kawan. Saya harap saudara faham aliran fikiran LKY ini.

    Soal yang kita hadapi di Malaysia adalah racism Cina mahu BC setaraf dengan Bahasa Malaysia.

    Ramai anak anak Melayu atau graduan Melayu yang berkerja sebagai profesional di luar negara seperti di negara negara Arab dan juga di London, US dan sebagainya walaupun mereka berasal dari SPM.

    Perkembangan terakhr ialah orang Cina di Malaysia sendiri tidak percaya kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan menghantar anak anak mereka ke sekolah swasta (BI)(Lihat terjemahan dari akhbar Nanyang di UM hari ini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai graduan Melayu yg bekerja diluar negeri adalah lepasan SPM tetapi Tan Sri tidak menyebut dimana mereka melanjutlan pelajaran kalau bukan diluar negeri? Berapa ramai graduan Melayu tempatan yang bekerja di US, UK maupun Singapura?

      Delete
    2. Maksud saya bukan sekadarkan lepasan SPM sudah dapat kerja di luar negara tetapi dengan asas SPM ( Sekolah Menengah Kebangsaan) mereka mampu melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara.

      Ada yang kembali berkerja atau terus berkerja di luar negara sebagai doktor, jurutera,pegawai bank atau syarikat syarikat antarabangsa dan sebagainya. Yang pulang ke tanah air juga mendapat tawaran di luar negara seperti Dubai,Saudi dan lain -lain.

      Jumlah mereka tidaklah saya tahu,tetapi beberapa orang anak rakan saya dan seorang anak saudara saya kelulusan sebuah universii tempatan berkeja dengan syarikat minyak antarabangsa. Maksud saya dengan asas SPM setelah terdedah di luar negara atau dalam negara,mereka juga boleh mempunyai pasaran dan dapat menguasai Bahasa Inggeris.

      Tiga orang anak saya sendiri pun tidak ada masaalah dalam penggunaan Bahasa Inggeris setelah mendapat pendidikan luar negara dan seorang di universiti tempatan( asal SPM).

      Anak lelaki saya yang berkerja dengan DIGI memberitahu Bahasa Inggeris rakan rakan Cinanya sangat teruk.

      Seorang lagi anak saudara saya berkerja sebagai pegawai pemasaran dengan sebuah syarikat Cina tempatan dan tidak mahu dillepaskan kerana bahasa Inggerisnya lebih baik dari anak anak Cina dalam syarikat yang sama. Dia tidakpun tamat pengajian di sebuah universiti tempatan.

      Usaha merendahkan taraf Sekolah Menengah Melayu atau Sekolah Kebangsaan di jalankan oleh puak racis semata mata kerana keegoan mereka terutama oleh akhbar The Star yang memperjuangkan supaya di kembalikan sekolah Inggeris di negara ini.Pokonya mereka tidak terima kedaulatan Bahasa Malaysia,tidak jujur,tidak ikhlas.

      Kerana banyak lembu membawa lumpur maka sejumlah kecil yang bersih pun terpalit.

      Delete
  14. Dude, what is your problem actually with the Chinese, baffles me. Anyhow, let's just go through this posting of yours, we can agree to disagree at any point.

    Apakah maksud "bahasa Malaysia pasar" mengikut definisi tuan? Adakah sebab penggunaan tatabahasa yang tidak betul? Penggunaan ayat atau perkataan yang asal usulnya daripada bahasa atau dialek lain?

    Apabila tuan melemparkan tuduhan bahawa orang Cina Malaysia tidak mempunyai identiti bahasa Malaysia, ini merupakan satu kenyataan yang saya anggap sangat serius dan menyoal tujuan tuan menyatakannya.

    Ini bukan soal 'Self Isolation' sebagaimana yang dikatakan tuan. Biarlah saya tanya soalan ini kepada tuan, adakah tuan benar-benar pasti SEMUA orang Cina tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia? Pernahkah tuan mengambil kira statistik daripada kaum lain, adakah penguasaan Bahasa Malaysia mereka tidak setanding dengan kaum Cina?

    Jikalau seseorang calon tidak dapat mendapat kerja yang diingininya melalui temu duga, faktor penguasaan bahasa bukanlah segala-galanya, tapi memainkan peranan yang penting secara tidak langsung. Saya merupakan graduan daripada salah satu universiti di Malaysia, dan saya tidak pasti apakah statistik yang tuan telah merujuk (saya mungkin salah dari segi ini), tapi artikel tuan mencadangkan bahawa graduan Cina dari UKM secara lazimnya memilih untuk bekerja di Singapura.

    Sekali lagi saya menyoal tujuan tuan mengeluarkan penyataan tersebut, tapi dalam dunia yang penuh berdaya saing, adakah bekerja dalam negara adalah lebih bersifat patriotik, ataupun individu tersebut lebih memikirkan untuk dirinya untuk masa hadapan keluarga dan dirinya. Lagi sekali biarku bertanya, hanya orang Cina sajakah yang bekerja di luar negara lepas berijazah? Ataupun pernyataan tuan ini berasaskan statistik yang tuan telah rujuk (secara terus terang saya ingin melihat kajian perbandingan ini dengan mata sendiri untuk mengambil serius pernyataan tuan).

    Saya (dan ramai lagi warga Cina Malaysia) lahir di Malaysia, dan merupakan anak jati negara ini. Sekiranya tuan (dan pihak-pihak lain) berkeras untuk terus melabelkan sesetengah rakyat sebagai pendatang, itu adalah pandangan tuan semata-mata. Melawan balik dan memanggil nama/ menghina merupakan satu pembaziran tenaga intelektual dalam pandangan saya.

    Oleh sebab kita sedang bertukar pendapat mengenai penguasaan dalam blog ini, izinkan saya membetulkan sedikit sesetengah perkataan yang digunakan tuan dalam artikel ini.

    1) Perenggan keempat, China merupakan ejaan dalam bahasa Inggeris, sepatutnya dieja sebagai Cina, Singapore sebagai Singapura, Indonesian Chinese sebagai orang Cina Indonesia.
    2) Perenggan kelima. Kenapa dan bukannya kenaapa. Disalah mengertikan??
    3) Perenggan keenam. Fasih, berlaku, kampung.
    4) Perenggan ketujuh. Persekitaran
    5) Perenggan kelapan. Majlis-majlis, dihadiri
    6) Perenggan kesepuluh. Menampung, syarikat-syarikat, di samping.
    7) Perenggan kesebelas. Universiti-universiti, didukung,
    8) Perenggan kedua belas. Ramai anak Cina..., 'dari' tidak payah diulangi
    9) Perenggan keempat belas. Bertamadun.

    Tidak teruk juga penguasaan bahasa Malaysia daripada orang Cina ini, kan? Usah tersinggung ya, tuan? Apabila rakyat senegara kita lemah dari segi bahasa Malaysia, kita haruslah saling membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar saudara, bawa bertenang. Janganlah terlalu diikutkan emosi. Anggaplah teguran saudara Zam sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Ada benarnya juga apa yang Saudara Zam perkatakan. Orang Cina memang suka mengasingkan diri. Kalau tidak masakan ada 'China town' hampir di setiap pelusok dunia.
      Paul Keating bekas PM Australia suatu ketika dulu pernah membebel pasal perihal masyarakat Cina di negaranya yang suka mewujudkan kepompong sesama mereka dan enggan bercampur-gaul dengan masyarakat lain Australia. Mereka juga kurang bertoleransi dan cuba untuk membolot kesemua peluang yang ada tanpa memikirkan mereka yang kurang bernasib baik.
      Surat khabar yang sangat berpengaruh The Economist baru-baru ini pernah menulis 6 artikel panjang yang menghurai dan menganalisa dengan panjang lebar tentang negara Cina dan masyarakat Cina amnya. Analisis dan kajian yang diutarakan sangat menarik dan berguna dalam memahami bangsa yang yang mempunyai budaya dan sistem nilai yang tiada tolok bandingnya. Bangsa yang mempunyai perihal dan kebudayan yang hampir kesemuanya menjurus dan menggalakkan ke arah kemajuan dan kejayaan. Itulah sebabnya China berjaya memintas Jepun untuk menjadi ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.

      Delete

    2. TERIMA KASIH KONG SEE FEI

      Terima Kasih saudara Kong See Fei.

      Bahasa Malaysia Pasar yang di maksudkan oleh Najib dalam ucapannya di Perwakilan MCA mungkin tentang ketidak fasehan berbahasa Malaysia atau bahasa Malaysia ikut loghat Cina seperti orang Jepun bercakap Inggeris yang tidak difahami oleh banyak orang kerana sekolah sekolah Jepun tidak mahu menerima guru Inggeris dari orang Inggeris(Lihat buku The Japanese Today oleh bekas Duta Amerika di Jepun ).

      Keenganan sekolah Cina untuk terima guru Melayu adalah juga sikap mahu terasing(self isolation) yang tidak membantu pengajaran Bahasa Malaysia kepada sekolah -sekolah Cina.

      Orang Cina memang mahu melakukan self isolation dari sejak awal kemerdekaan untuk mengekalkan identiti mereka sebagai orang asing menerusi bahasa dengan mengekalkan sekolah Cina. Suatu masa MCA berpecah dua kerana tidak mahu mengikhtiraf kedudukan Bahasa Melayu sehingga Perdana Menteri Pertama letak jawatan untuk membantu Siew Sin sebagai Presiden MCA.(lihat Political Awakening oleh Tunku Abdul Rahman-ada cetakan baru)

      Dalam perkembangan seterusnya oang Cina mahu kelulusan Sekolah Menengah Cina diiktiraf sama dengan SPM. Tidakah ini suatu usaha terus menerus untuk menolak taraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang bermertabat di negara ini dan mahukan Bahasa Cina diberi taraf yang sama. Mereka memerlukan ini kerana dari awal lagi mengamalkan sikap pengasingan yang akhirnya bila didapati tidak ada nilai maka dipaksa kerajaan untuk memberikan penilaian. Tidakkah ini hasel dari sikap pengasingan? Salah siapa?
      Jika secara jujur menerima Bahasa Malaysia sebagBahasa Kebangsaan kenapa tidak boleh dikebangsaankan sekolah Cina. Bukankah ini kerana hendak mengekalkan identiti pendatang atau identiti Cina?
      .
      Tujuan saya menyebut graduan Cina dari UKM bekerja di Singapura untuk membuktikan Fakulti Perubatan UKM juga mempunuai nilai di luar negara dan tidaklah seperti yang pernah di dakwa oleh DAP tidak bernilai dengan tujuan untuk merendahkan pengantar Melayu atau untuk menolak bahasa Malaysia,menolak kualiti UKM.
      Saya tidaklah berfikiran sempit. Anak Malaysia boleh berkerja di mana sahaja jika ada pasaran bagi mereka dan untuk masa depan mereka.

      Saya tidak merasakan orang Cina yang dapat berbahasa Malaysia dengan sewajarnya sebagai pendatang tetapi bila mereka merendahkan Bahasa Malaysia,tidak mahu meletakan BM di papan perniagaan malah tidak ada pemidang dalam bahasa Malaysia atau diletakan Bahasa Malaysia dibawah dalam pemidang mesyuarat dan sebagainya maka ini adalah perbuatan yang biadab yang menunjukan sikap mereka sebagai pendatang dan bukan sebagai rakyat negara ini yang berbangga dengan bahasa negara.Penerimaan mereka terhadap Bahasa Malaysia bukan dengan hati terbuka atau dengan ikhlas.

      Akhir sekali saya memberikan tabik hormat kepada saudara kerana membetulkan ejaan,tata bahasa, tanda dan lain lain dalam artikel saya yang saya akui sebagai kelemahan saya oleh kerana terbiasa dengan masa berkerja di akhbar dulu menyerahkan pembetulan kepada pembaca pembaca proof dan saya juga terbiasa dengan ejaan lama. Umor sudah 75 tahun kawan. Saya menjalankan blog sendirian tanpa bantuan dan sebagai bekas wartawan saya mahu menyampaikan semua mesej dengan cepat.

      Delete
    3. Saudara Kong See Fei,
      Jangan terlalu riak hanya sekadar menguasai penulisan dan penggunaan tatabahasa yang betul, saya mempunyai ramai kawan-kawan berbangsa cina yang menguasai penulisan melayu tetapi apabila melibatkan pertuturan kebanyakannya yang dipertuturkan tunggang langgang,tidak dinafikan ada segelintir dari bangsa cina yang fasih berbahasa melayu tetapi ini adalah disebabkan pergaulan mereka dengan rakan-rakan berbangsa melayu.Jadi betul lah apa yang diperkatakan oleh Dato Zam ini disebabkan KEBANYAKAN bangsa cina sendiri yang mengasingkan diri dari bangsa-bangsa yang lain dan disini juga boleh saya simpulkan ada segelintir dari kebanyakan masyarakat Cina Malaysia merasakan bangsanya lebih tinggi kedudukannya dari bangsa-bangsa lain yang menetap di Malaysia. TIDAK BEGITU?

      Delete
    4. The chinese should stop trying to please the majority Malay. They will never be pleased until we are all gone. This is all about money and power. If we take transfer all our wealth to them and all of us serve as slaves, then perhaps they will be happy.

      By then they don't have someone to hate they will start killing each other, just like in Syria.

      Delete
  15. apa beza antara malaysian chinese (association, chamber of commerce etc) dgn chinese american? (disana takdak american chinese).

    ReplyDelete
  16. Salam Tan Sri.

    Org Cina mahu semua....seperti yg sy kata awal tadi.
    Majoriti dari mereka tidak berminat hendak berkerjasama dgn org Melayu lagi....dgn alasan yg sama saja...."ketua2 Melayu korup....bangsa mereka.. ditindih....tiada kebebasan ugama....tiada sama rata.....org Melayu malas.....bla...bla..bla...bla"

    Kebenaran dari tuduhan yg asyik mereka lemparkan terutama pd Pemerintahan Melayu seperti diatas cuma mungkin 15% atau 20% sahaja...iatu ketua2 Melayu atau penjawat awam korup....selebih nya alasan semata2.

    Tetapi hakikatnta bukan semua ketua atau penjawat awam yg korup.

    Juga mana mungkin ekonomi dan kekayaan melebihi dari 70% milij mereka jika mereka ditindas?

    Jurang kekayaan antara Melayu dan Cina pun luas....lihat BSKL...80% syarikat dimiliki org Cina.

    Bagaimana pula dgn 17 dari 20 org 'billonair' rakyat Malaysia berbangsa Cina?....ini pun serupa juga dgn jutawan Negara yg melebihi 70% mungkin berbangsa Cina.

    Semua tohmahan dan kutukan yg dilemparkan memang disengajakan kerana mereka mahu lebih....dan mahu kuasa pula.

    Kerja2 jahat... hasutan dan pembohongan memang sudah lama mereka lakukan melalui parti Dap....dan ketua nya pun masih hidup dan berperangai serupa....menghasut dan bernain dgn banyak isu2 perkauman.

    Sejarah tragedi berdarah Mei 69 pun adalah berpunca dari mereka juga.

    TSZ .Kehendak mereka tiada penghujung....mereka tidak pernah puas hati...mereka tetap sama...minta dan minta lagi.

    Berkerjasama dgn Melayu dan pemerintah cuma kerana terpaksa sahaja....dlm hati tetap marah dan dendam sentiasa.

    Masih menuduh Melayu rasis walau pun ramai yg menjadi rakyat negara melebihi umur 50 tahun masih bermasalah bila bercakap Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Rasmi Negara.
    jadi siapa yg rasis disini?

    Bagi susu dibalas tuba...itulah mereka.

    Jngan pula nak menyalah Melayu jika mereka dibenci dan digelar pendatang....kerana sikap dan perbuatan mereka minta dinilai dan dilayan sebegitu.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yg dikata "Kemerdekaan tanpa buluh runcing" kita (Melayu) tiada kuasa mutlak utk menolak segala permintaan/kemahuan kaum lain krn bkn kita aje yg berjuang utk kemerdekaan..... kemerdekaan kita atas rundingan n persetujuan dgn syarat keadilan kpd 3 kaum utama..... ape melayu boleh buat skrg.......dh lh ekonomi kita kurang, kuasa politk pn hampir merudum....

      Delete
  17. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Untuk RUJUKan TAN SRI..

    http://sensecredaccountability.blogspot.com/2013/07/recycled-posting-adakah-anda-ingin.html

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  18. Salam TSZM,
    Saya rajin membaca nukilan TSZM. Teruskan menulis walaupun mungkin ramai pihak tidak senang kerana sememangnya orang tidak suka kalau orang lain ceritakan kelemahan diri mereka sendiri. Teruskan....

    ReplyDelete
  19. Saya rasa reaksi yang keras timbul terhadap tulisan saya terutama di media sosial kerana logik yang diberikan oleh saya adalah tepat kena ke batang hidung mereka dan saya lihat komen dalam beberapa portal berita mengatakan saya hendak mencari kedudukan dalam UMNO menjelang mesyuarat tahunan UMNO . Juga mengina saya sebagai mamak cuba hendak menjadi Melayu dan minta saya tutup mulut setelah bersara dari menteri. Artinya suara saya masih berkesan dan ditakuti walaupun dah tak jadi menteri .

    Bagaimanapun ini semua samasekali tidak menawarkan hati saya.Cuma perlu saya jelaskan bahawa saya tidak lagi aktif dalam UMNO. Saya besara abadi dari politik tetapi saya tidak akan bersara dari menulis.
    Apabila membaca komen yang kehilangan kewarasan dan maki hamun kerana sakit hati dan tidak mampu berhujah dengan maka semakin gembira saya. MCA minta jangan pedulikan saya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  20. Maaf di para terakhir ,maksud saya tidak mampu berhujjah dengan "baik".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TSZM.

      Teruskan....rungkaikan...dan hebah selalu agar umum terutama Melayu tahu kelibat dan sifat buruk yg berada didlm dada dan hati org2 Cina yg saban hari dan waktu asyik menentang dan mempertikai segala apa yg kerajaan BN yg mana org Melayu yg majoriti mnjadi pemerintah.

      Disini pun kita boleh lihat siapa yg rasis?

      Sapa yg makan cili tentu dia yg terasa pedas nya.

      Pedulikan....tidak perlu apologetik lagi dgn mana2 org Cina yg mempamerkan sikap hancing dan busuk terhadap kerajaan mahu pun org Melayu khusus nya.

      Kenapa marah bila dipanggil pendatang? Walhal bersikap seperti nya.

      'You will get what you ask for....either now or later'.

      Terima kasih.




      Delete
  21. Tulisan Tan Sri berkenaan self-isolation org cina Malaysia memang tepat, menyengat terus ke hulu jantung mereka. Sebab tu timbul reaksi kelam kabut, melatah, hilang punca dan hilang kata-kata. Telah lama saya berpendapat macam tan sri. Biarkan saja irang cina mengasingkan diri sendiri. Sebabnya nereka sendiu yang rugi. Bahasa BI budak sekolah cina, masyaallah....mmg lingkup. Bahasa BM usah ceritalah. Cuma kita perlu soking lagi self isolation mereka tu dengan menghentikan peruntukan kerajaan. Memang langsung tak ada hasil. Buang duit san menfhabiskan beras aje.
    - mohd nor

    ReplyDelete
  22. Is being patriotic equal to mastering the national language? I can converse in BM, English & Chinese tho I do not master in any. I am law abiding, pay my taxes and barely get any privileges except cheap medical from government hospital during my younger days when my father was a retired civil servant. I have a number of India & Malay friends and do visit them was never an issue till the political brainwashing started to change people's perceptions towards one another on race and religion. These days, even our DPM is not patriotic by claiming to be Malay 1st and Malaysian 2nd. The world is getting smaller and everyone needs to work faster & harder, so KIASU is unavoidable. We keep what we earn, no free lunch. We cannot expect to relax under the shade and wait for the coconut to fall and roll to our feet. No race nor language can define patriotism or be supreme over others. Your article is narrow and siok sendiri, I am not surprise.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro....quote you;
      ....'pay my taxes and dues...even KIASU is unavoidable......Your article is narrow....bla bla...'

      You missed the point here bro...or perhaps you dont really understand the message that TSZ forwarded.

      Perhaps your Bahasa Malaysia is just good enough for daily conversation as what you claimed but not good enough for you to comprehend on writings of serious subject.

      Do you know that even the Singapore government is tired and fed up of this KIASU behaviour of the citizens.... but here you are advocating it.

      OMG.....this is truly obnoxious indeed.
      Pheww!!!!..

      Who now is shallow in thoughts?

      I guess you have the answer my friend.

      We share....we 'kongsi'...but still not good enough to your race....you want more.... infact you want all...
      Truly KIASU indeed.

      I suggest that....you go and find someone who can help you understand better of what the message that TSZ as you Bahasa is just not good enough perhaps....and try to internalise them better before passing any judgement.

      TSZ is right abt his comnents.

      'Siapa makan cili dia yg merasa pedas nya'.

      I rest my case.

      Thank you

      Delete
    2. You rest your case? You have no case. The fact that the article is written with the intension to insult and provoke, lends legimacy to his claim?

      When ask about what statistics he used to back up his claim. He said he is just an old man writing BS.

      So fucking typical of Malayu culture. Clever to tuduh, but when confronted they say oh that's not what i meant. Oh i was misinterpreted.

      That's why melayu will always be trash regardless of whether the chinese is there or not.

      Why? Because they are totally delusional.

      Delete
  23. Hasnul Hadi Melaka.18 October 2014 at 13:17

    Sorry you don't get zam points right . He is not questioning the patriotism of Malaysian Chinese but about Chinese identity in Malaysia. The reason is because you want to be identified as Malaysian ,not pendatang but how can you have this identity while you still speak your own langguage and some even cant understand Malay though have been staying in this country years.

    I Imediately can indentifies Indonesian Chinese when they speak Bahasa Indonesia among themselve , The American Chinese when they speak English with American slang and Singaporean when they speak English but I cant recognise Malaysian Chinese especially when I am overseas because they speak Chinese among themselve. I dont know whether they are from Cina or Malaysia.

    Is not my problem when others also feel your are not Malaysian kerana sesuatu bangsa di kenal dari bahasanya.

    Chinese cannot erase their Identity as pendatang in Malaysia as long as they don't want to accept the criteria to be Malaysian and not be looked as pendatang. Only stupid Malays should worry about this. The late for the Chinse to realise the better for the Malays.

    ReplyDelete
  24. Ketika saya menjalani latihan di Atlanta dulu, kami ( saya,rakan berbangsa Singh, Cina dan Tamil) telah di tanya oleh Mat Saleh tentang bahasa apa yang kami sedang tuturkan. Beliau merasa pelik melihat kami berempat berkomunikasi menggunakan BM dan bukan BI. Rupa2nya ada beberapa orang dari Singapura telah menjalani latihan di situ sebelum ini.mereka turut terdiri dari pelbagai bangsa...cuma mereka bertutur dalam bahasa Inggeris...akhirnya ini jawapan dari bos saya yg berbangsa Ciina " we are malaysian, we speak our own langguage ..Bahasa Malaysia"...untuk makluman tuan, bos saya tidak mampu menulis atau membaca dalam tulisan Mandarin@ kantonis.Beliau bersekolah di sekolah kebangsaan bukan SRJK.. Bila ditanya tidak rasa rugikah tak mampu membaca dalam tulisan Cina...beliau tersenyum lalu berkata...rugi, rugi tak terkata!

    ReplyDelete
  25. Kepada ibubapa Melayu yang bangga menghantar anak ke SJKC, apakah anda bangga anak-anak anda belajar subjek Banasa Melayu dengan guru cina yang mengajar bahasa Melayu pasar loghat cina dengan sukatan yang 'dipermudahkan'? Sungguh kebanggaan yang menghina jatidiri bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  26. Saya juga ada kawan berbangsa Cina yang bersekolah Melayu dan pandai menulis jawi. Tetapi berapa keratkah orang seperti ini yang ada di Malaysia sekarang?
    Dulu mereka tak kisah bersekolah Melayu (Kebangsaan) tetapi sekarang dek politik mereka memilih untuk kesekolah SRJK Cina.
    Anak-anak pemimpin MCA dan Gerakan sendiripun saya yakin tidak kesekolah Melayu.(Kebangsaan)!

    ReplyDelete