Friday, 31 October 2014

THE STAR MAHKAMAH DALAM MAHKAMAH BICARA ANWAR IBRAHIM

Saya tidak faham bagaimanakah seseorang yang sedang dibicarakan dalam mahkamah atas sesuatu tuduhan boleh pula membela dirinya di luar Mahkamah.

Barangkali inilah keistemewaan dan keadilan yang diberikan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di sisi undang-undang negara ini berbanding dengan orang lain atau di negara lain.

The Star On Line hari ini menyiarkan berita Anwar Ibrahim yang sedang dalam rayuan bicara supaya dibatalkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya kerana melakukan liwat ke atas Saiful (Sodomy II) di Mahkamah Persekutuan, telah membuat tuduhan di luar mahkamah bahawa pendakwa membangkitkan pekara-pekara sensasi dalam pembentangan. Katanya pendakwa tidak menjawab pekara yang dipersoalkan oleh peguamnya.

Bagi saya Anwar tentulah akan menggunakan apa juga ruang  untuk membela dirinya tetapi apakah wajar bagi media utama seperti akhbar The Star atau Star Online menjadi mahkamah kedua untuk didengar dan dihakimkan oleh rakyat.Tidakkah kenyataan Anwar itu boleh mempengaruhi orang awam.?

Sepanjang ingatan saya semasa menjadi Ketua Pengarang akhbar Kumpulan Utusan dahulu, perbuatan ini dilarang oleh mahkamah dan ditegur jika dilakukan, tetapi mungkin lain dahulu lain sekarang.

Mungkin keberanian media kerana mereka tahu bahawa Peguam Negara begitu liberal sehingga beliau sendiri bertindak atas tekanan luar dan bukan atas keperluan undang-undang.

Kita lihat sejauh mana Peguam Negara akan memberikan kekebalan kepada akhbar The Star sebagai Mahkamah ke II dalam rayuan ulangbicara Anwar ini.

DARI THE STAR ONLINE 31 OKTOBER 2014
Sodomy II: Anwar accuses prosecution of sensationalising submissions

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim has accused the prosecution of sensationalising their submissions to the Federal Court.

When met outside the court, the Opposition leader said lead prosecutor Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah should have answered and addressed issues raised by the defence instead of focussing on “the juicy parts” which, he claimed, would be picked up by news organisations.

“I, however, believe that my team has done incredibly well and will continue to monitor this and address the issues of law,” he said, Friday.

Anwar added that despite having been rejected previously, the prosecution had attempted to get DNA evidence accepted.

On Thursday, defence lawyer Ramkarpal Singh had raised the issue of contamination in the DNA sample taken from Anwar’s former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, saying there were traces of another contributor.

He told the Federal Court that the chemist did not report it even though the amount traced was enough to be reported under the guidelines of the Chemistry Department.

“The fact however remains that scientific evidence has been established,” he said.

Anwar is appealing to set aside a five-year jail sentence for sodomising his former aide Mohd Saiful.

A five-member panel led by Chief Justice Arifin Zakaria began Friday to hear the prosecution’s submissions. The panel had spent the previous two and half days hearing from Anwar’s defence team led by former Federal Court judge Datuk Seri Gopal Sri Ram.

6 comments:

  1. Dulu telor lain zam..
    Sekarang telor kena kepit
    Kalau telor terkena senggol..senak jadinya..

    ReplyDelete
  2. SamsidarPermatang Pauh31 October 2014 at 20:24

    Dakwaan Anwar di luar mahkamah adalah bersifat politik dan tentunya lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat. Inilah cara yang dilakukan oleh The Star secara kecil kecilan atau secara tersirat untum memperkuatkan keyakinan ramai terhadap ketidak adilan mahkamah atau kerajaan Melayu Malaysia.

    Kehilangan kredebiliti Peguam, Negara yang bertindak bertalu talu atas desakan parti politik dalam soal mereka yang melanggar akta hasutan 48,tambah meyakinkan awam terhadap ketidakadian Pejabat Peguam Negara. Kenaapa tindakan tidak boleh diambil sebelumnya.

    Tindkan tindakan pejabat peguam negara tidak berintegriti. Membuat dakwaan yang lemah dan kemudian menarik balik atau dibatalkan.

    Maka itu Malaysia tidak dapat mengwujudkan suatu keadaan seperti di Singaoura yang walaupun diketahui umum bahawa pemerintah menguasai mahkamah dan para hakim tetapi tetap diyakini dan dipandang tinggi serta ditakuti dan dihormati oleh rakyatnya.

    ReplyDelete
  3. Nasir Tamara. Gurun Kedah31 October 2014 at 22:29

    The Star walaupun dipunyai oleh MCA tetapi mempunyai kebebasan untuk bersuara terutama dalam mendukong dan memperjuangkan Malaysian Malaysia tetapi akhbar Utusan Melayu atau Utusan Malaysia yang didukong oleh UMNO tidak mempunyai kebebasan untuk memberi peluang kepada pembangkang dan juga kepada penulis penulis yang anti kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh The Star.
    Pendirian akhbar The Star juga tidak jelas seperti Utusan malah dalam beberapa hal ia dilihat menjadi alat kepada pihak pembangkang.

    Dalam hal ini kita boleh meanggap kerajaan pimpinan Najib memberikan hak dan kebebasan kepada bukan Melayu tetapi menyekat kebebasan kepada orang Melayu.

    Maka itu tidaklah heran jika pemikiran orang Melayu terbatas dan orang Cina berada dalam pemikiran terbuka dan lebih mencabar kepada kerajaan. Orang Melayu akan terus ketinggalan dan orang Cina maju kehadapan dengan pemikiran yang dinamik.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Melayu beragama Islam mempunyai sempadan ketara; tidak boleh menabur fitnah, tidak boleh menipu, dilarang menghasut, mengadu domba dan lain-lain perilaku buruk yang memudaratkan dalam jangka masa terdekat/panjang. Akhbar The Star tiada larangan dan 'dinamik' untuk siarkan hasutan, fitnah melampau, menghuru-harakan keadaan, provokasi berterusan dll. yang tidak bertamaddun. Maju dengan penipuan tidak berkat dan bertahan lama. Lihat saja bagaimana ramai generasi kedua dan seterusnya jutawan kaum yang dikatakan 'dinamik' itu gagal, bermasalah, tidak bahagia. Carilah kekayaan secara bersih.

      Delete
  4. Mari lah kita berdoa agar Allah memberi Hidayah pada saudara semuslim kita Anwar Bin Ibrahim yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Semoga dia meneria dengan redha. Amin.

    ReplyDelete
  5. Akhbar th Star ni ialah DAPig berbulu ayam .
    Masallahnya tuan punya tahu binatang tu babi totok tapi masih bela sebagai ayam .
    Jadi siapakan tuannya itu ?

    ReplyDelete