Monday, 6 October 2014

TAHALUF SIYASI YANG MEMBUNUH DIRI

APA KATA TUN MAHATHIR....
Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.
Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.( UNTUK SEPENUHNYA LIHAT POSTING TERKINI BLOG DR MAHATHIR )
PKR DAP TUNGGU PELUANG TENDANG HADI KE JURANG LEBIH DALAM
(Rencana ini tersiar  di Utusan Malaysia hari ini 6 Oktober 2014)

OLEH: ZAINUDDIN MAIDIN

Dari perhetongan logik  berasaskan  fakta perkembangan yang berlaku sebelum muktamar Pas 2011 hingga kini,  Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul  Hadi Awang  tidaklah berada pada kedudukan yang mantap dan bermaruah  dalam Pas dan   dalam Pakatan Rakyat.

Keadaan ini lebih jelas apabila berlaku krisis dalam pakatan rakyat yang bermula dari Gerakan Kajang yang membawa kepada kucar kacir kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan ini Hadi tidak mendapat dukongan  sepenohnya  Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat  yang  terbentuk   oleh  grand design kalangan politik  bukan ulama dalam parti itu yang bertunjangkan  kekuatan kewangan yang tidak lagi mementingkan prinsip dan  ideologi tetapi dipandu oleh  keperluan politik semasa.

Sehari dua sebelum Muktamar Pas 2011  yang menyingkirkan ulama progresif Nasaruddin Mat Isa da , Astora Jebat seorang penulis agama yang terkemuka dan saya telah bertembong dengan Datuk Husam Musa,Datuk  Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Hotel Kuala Lumpur. Mengetahui bahawa Mat Sabu sebagai pencbar kepada Timbalan Presiden saya mengesyaki suatu konsfirasi sedang berjalan.

Saya percaya hal ini berlaku dengan rastu Abdul  Hadi sendiri yang melihat masa depan Pas bergantung kepada kerjasamanya dengan pakatan rakyat termasuk harapan pimpinan Pas sebagai Perdana Menteri Malaysia dan hanya dengan kerjasama ini dapat menggulingkan kerajaan BN.

Akidah ini sampai kepada  mendorongkan Pas untuk membuang seorang intelektual Islam yang dihormati untuk digantikan dengan tokoh yang kekuatannya bergantung kepada aksi dan  kontroversi dan juga membuang dokumen negara Islamnya  yang menggerukan bukan Islam untuk digantikan kepada Negara Berkebajikan.



Dengan pengumuman  itu dalam ucapannya di muktamar Pas 2011 maka  Abdul Hadi meletakan hala tuju baru  yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada Mat Sabu anasir Anwarinas  yang mencabar Nasaruddin  yang dengan imej kontroversinya  berupaya untuk  menggerakan Pas  kearah dasar  baru itu dan menghapuskan imej tradisi  Pas  sebagai parti agama.

Pas menghalankan kerjasamanya dengan Parti bukan  Islam dan orang bukan Islam di bawah dasar Tahaluf Siyasi yang membolehkan kerjasama dengan semua pihak  termasuk partri bukan Islam dan orang bukan Islam demi untuk menegakan sebuah kerajaan eutophian,syang bersih,adil dan amanah untuk gantikan UMNO yang  kata Hadi" telah menjahilkan Melayu Islam di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan".

Tidak ada sesiapa yang dapat disalahkan bila Tahaluf Siyasi ini akhirnya telah meletakan  kepimpinan Pas tidak lagi berada ditangan ulama malah kedudukan Abdul  Hadi sendiri sebagai Presiden Pas tidak lagi pasti  yang jelas terserlah dalam krisis Pakatan Rakyat sekarang.


Dalam keadaan ini , tidak mustahil  kepimpinan ulama  Pas sekarang akan tersingkir atau diketepikan.Abdul  Hadi akan menerima nasib yang sama dengan pemimpim Agama Nasionalis  Datuk Asri  Haji Muda dan lain lain lagi untuk digantikan oleh  pimpinan ulama yang diketuai oleh beliau sendiri

Kini giliranAbdul Hadi pula akan disingkirkan oleh pemimpin liberal,sekular,profesional  dan  tidak berideolgi yang  bukan terdiri dari barisan  ulama yang tidak realis dan dalam mimpi di siang hari.

Pergantungan pucuk pimpinan Pas kepada kekuatan  Majlis Syura Ulama  dipandang kecil oleh PKR dan DAP dan juga beberapa orang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas kerana mereka tidak mempunyai legal authority dan  kuasa mereka boleh dibatalkan oleh Pas Pusat  yang dipileh oleh Muktmar Pas pada bila- bila masa menerusi proses demokrasi.Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika telah sah kekuatan berada di tangan mereka.

Bukti bahawa  Pas sebagai parti tunjang dalam Pakatan Rakyat  yang mewakili  Melayu dan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelum bersama pakatan pembangkang diakui sendiri oleh seoarang ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen  bila beliau berkata  bahawa Pas menjadi mangsa buli parti sekutunya dalam pakatan pembangkang malah dalam kenyataan terkininya beliau memita ahli ahli Pas bertahan kerana sedang diserang dari dalam(oleh team Anwarinas?).

Serangan dari luar menampakan keangkuhan  mereka untuk demoralised kepimpinan Hadi yang berpaksikan kepada wahyu dan emosi dengan   menyingirkan orang Pas dari  kedudukan  penting yang berada di bawah  kuasa mereka.Umpamanya tindakan Ketua Menter Pulau Pinang Guan Eng   menyingkirkan Bendari Pas Pulau Pinang Iszuree Ibrahim dari keanggotaan semua jawatan tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).(berapa banyak elaun tetap dan pendapatan yang hilang?)

DAP juga memberikan penghormatan kepada dua orang ADUN  negeri Selangor Pas yang dianggap barua oleh Presiden Pas dan membalas kecaman pedas Abdul  Hadi dengan kecaman yang keras yang menunjukan keberanian DAP  untuk menghadapi apa keadaan pun sekalipun Pas meninggalkan pakatan. DAP memerlukan ini untuk tidak terlihat sebagai dibuli oleh parti Islam dan Melayu. Mereka tahu  bahawa hubungan Pas  dengan pakatan berada dalam keadaan di buang  mati anak  dan ditelan mati emak.

 Lebih memburukan lagi moral pimpinan Pas apabila dalam  keadaan tercabar ini,Abdul  Hadi hanya nampak   mundor mandir dalam permainan politiknya,tidak dapat membuat keputusan yang tegas atau  sekeras apa yang diucapakannya  kerana beliau seniri tidak berada dalam keyakinan diri tentang sokongan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas  dan juga tentang kekuatan  Pas  dalam kerajan Selangor.

Kecaman pedas Hadi terhadap dua orang adunya yang menyeleweng sebagai barua tidak diikuti dengan tindakan pantas  kerana beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuatan dan sokongan kepada kepimpinannya.

Hal ini menampakan kepada musuhnya bahawa beliau lebih bergantung kepada kekuatan " lidah" sebagai kuasa tanpa lebih dahulu mengukur  kekuatan sebenar yang dimiliknya dan bila tidak dapat bertindak sekeras ucapannya maka semakin terhakis  aura kepimpinannya sendiri.

Keceluparan mulut tanpa memperhetongkan keupayaan bertindak menyebabkan Abdul Hadi tidak terlihat sebagai pemimpin yang rasional, berkaliber dan berkualiti.


 Cara politik lama dengan menggunakan autoriti agama untuk memburukan musuh dengan mengecap mereka sebagai kafir atau barua sudah tidak lagi   menggempar atau menggerunkan musuh malah dilihat oleh umum dan anggota anggota Pas yang terpelajar dan profesional  bahawa kata-kata  itu tidak wajar digunakan  oleh seorang pemimpin besar parti politik Islam yang terbesar di negara ini.

Dengan itu Hadi menyamakan    tarafnya  dengan seorang imam yang mengimamkan  sembahyang hajat beramai -ramai di sebuah padang  tidak lama dahlu yang  mendokakan agar UMNO K.O , K.O UMNO.

Anwarinas dalam Pas dari sejak awal lagi secara  bijak dan  halus berusaha untuk menghakiskan imej kepimpinan Hadi dengan berbagai cara yang halus dan pintar. Selain dari tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada Presiden Pas itu dalam berita berita yang boleh memperkukuhkan dan meningkatkan imejnya  juga menggambarkan Hadi hanya layak untuk menjadi seorang nelayan..

Umpamanya dalam  Harakah Daily menjelang muktamar Pas yang lalu telah menyiarkan gambar Hadi sedang menjala ikan dengan keterangan gambar bahawa beliau mahu kembali menjadi nelayan.


Ternyatalah perhetongan Abdul Hadi untuk  selamat  dengan di kelilingi oleh Anwarinas dan bukannya dari gulongan terpelajar dan modenis Islam merupakan  perhetongan yang salah.Sebenarnya  beliau menggali kuburnya sendiri dari sejak muktamar Pas 2011.

Stratiji beliau untuk menyelamatkan Pas dengan mengorak langkah radikal dan dinamik samalah dengan langkah Mahathir membawa masuk Anwar ke dalam UMNO dengan tujuan untuk menyelamatkan masa depan UMNO dari ditelan oleh Pas tetapi akhirnya Mahathir hampir ditelan oleh Anwar  tetapi beliau bernasib baik dalam keadaan lemas ada anggota Majlis Kerja Tertinggi yang sanggup menyelamatkannya.

Pada  mesyuarat  Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan  Anwar Ibrahim dari UMNO setelah dipecat dari Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998,jika tidak kerana tindakan pantas Ibrahim Ali mungkin usia Dr.Mahatir sebagai Perdana Menteri telah berakhir pada malam itu juga.

Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi telah meminta pemecatan itu dibuat menerusi undi sulit tetapi Ibrahim Ali segera membantah keras  dan terus bertanya siapakah yang bersetuju supaya Anwar dipecat yang mendorongkan majoriti bersetuju termasuk mereka yang sedang berura ura untuk mencari jalan selamat.

Apakah ada orang seperti Ibrahim Ali dalam Jawatan Kerja Pas Pusat yang sanggup berkorban untuk   untuk menyelamaktkan  Hadi dan masa depan Pas sebagai satu- satunya parti Islam yang terkuat di Malaysia?

Abdul Hadi telah mengorbankan  dokument negara Islam Pas,mengorbankan imej agung Pas sebagai Parti yang mahu nmenegakan negara Islam,memperkenalkan Tahaluf Siyasi untuk berkerjasama  dengan gulongan bukan Islam bagi menegakan sebuah negara berkebajikan yang bebas rasuah,bersih dan amanah  tetapi akhirnya beliau sendiri dan Pas terpaksa bersekongkong  untuk  menolak sebuah kerajaan yang bersih  di Selangor dan terpaksa  bertolak ansur dengan pemimpin pemimpin yang moral mereka disyakki demi untuk mengekalkan kuasa.

Pas sekian lama  membiarkan dirinya dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim yang disingkirkan oleh UMNO kerana masaalah peribadi tetapi diterima oleh Pas sebagai pemimpin besar pakatan rakyat untuk menegakan negara bersih dan bagi membunuh UMNO parti Islam dan Melayu yang dianggap telah Abdul Hadi sebagai telah menjahilkan Melayu dan Islam sejak merdeka.

Hukuman hudud dan negara Islam mimpi Pas tinggal  rhetoric yang amat memedihkan perasaan penyokong-penyokong Pas yang fanatik,jumud dan ekstrem. Dalam keadaan sekarang DAP dan PKR melihat Pas tidak lagi mempunyai peluang nntuk kembali kepada kekuatan asalnya malah sedang mencari jalan untuk survival dan bukannya untuk memulihkan kekuatan. Pas sekarang berada dalam keadaan cedera parah.

DAP dan PKR hanya menunggu untuk melihat tindak tandu Abdul Hadi yang lebih membuka peluang kepada mereka untuk menolak beliau ke dalam jurang yang lebih dalam dan melemaskannya.

Bila perlu mereka akan menunjukan keberanian yang lebih besar dan  bukannya  menunjukan kerjasama atau   konpromi yang akan memberi laluan kepada Tahaluf Syiasi.

Kepada umum amat jelas   bahawa Pas sedang menggali kuburnya sendiri menerusi Tahaluf Siyasi.



15 comments:

  1. Nik Hussein Cempaka.6 October 2014 at 19:42

    Sewajarnya Datuk Seri Abdul Hadi berundur secara terhormat sebelum di tendang masuk ke dalam parit. Terimalah ini sebagai pembalasan Allah diatas ketakburan dan kesombongan masa lalu.

    ReplyDelete
  2. Darulsalam Selangor.6 October 2014 at 20:11

    Adun Pas Hulu Kelang Saari Shuib minta maaf kepada DAP bagi pihak Pas kerana isu kemelut kerajaan Selangor yang menyebabkan kegagalan untuk melantik Wan Azizah sebagai MB.

    Nampaknya beliau telah merampas kuasa Presiden Pas Abdul Hadi atau beliau merasa Hadi sudah tidak ada lagi. Apa Hadi boleh buat?

    ReplyDelete
  3. Tindakan Saari Shuib ini menepati apa yang dikatakan oleh Zainuddin Maidin bahawa usaha sedang dijalankan untuk menghakiskan kepimpinan Hadi dan menunjukan dia sebearnya tidak berkuasa lagi dalam Pas.Syabas Saari.

    ReplyDelete
  4. Ariffin Man Kedah6 October 2014 at 20:17

    Dewan Ulama Pas pertikaikan tindakan saari Suib minta maaf bagi pihak DAP kerana dia tidak layak untuk berbuat demikian kerana tidak mempujyai kedudukan yang tertinggi dalam Pas.

    Kepada umum dengan kenyataannya itu menampakan dia lebih tinggi dari Hadi yang tidak dapat berbuat apa -apa kepadanya. Siapa lebih tertinggi sekarang? Kerja ulama hanyalah setakat rhetoric. Apa yang boleh buat?

    ReplyDelete
  5. Menurut Malaysiakini AJK Pas Pusat Mohamad Hanipa Maidin meanggap karut dakwaan anak Nik Aziz yang juga anggota Parlimen Nik Abduh mengatakan wujud konsiprasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden Pas dan Majlis Sura Ulama.

    Bukan konspirasi antarabangsa tetapi kospirasi antara Husam,Mat Sabu dan Mahfuz yang dirastui oleh Hadi sendiri. Itulah kalau berpolitik ikut wahyu, gajah depan mata tak nampak,musuh diseberang lautan yang ditakuti,akhirnya bila dah tertikam mati masih belum sedar dah mati.

    Apa yang dikatakan oleh Hanifa adalah benar. Musuh antarabangsa tidak perlu untuk menjatuhkan orang- orang tidak teperlajar dan tidak profesional dalam kepimpinan Pas.Semakin banyak mereka bersuara karut semakin jauh mereka ditolak oleh ahli Pas sendiri.

    ReplyDelete
  6. Betapa Pas tidak bermaruah dan membiarkan dirinya terlihat di buli oleh kerajaan Negeri Puplau Pinang terserlah bila Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mujahid Yusuf Rawa mengambil inisiatif untuk memperbaiki hubungan dengan Guan Eng dengan menyesali ketelanjuran Bendahari Pas Pulau Pinang Iszwee sehingga terpaksa dilucutkan semua jawatannya dalam MPPP.

    Kehilangan kuasa jawatan ini akan menghilangkan kekuatan kewangan Pas negeri dan juga pembangunan yang dapat diberikan kepada penyokong penyokong Pas.Apa yang jelas disini ialah kuasa lebih penting dari maruah. Apa guna ada maruah tetapi jika tidak ada kuasa.Wang adalah kuasa utama dalam politik sekarang.

    Maka itu sebagai seoarang yang terpelajar Mujahid Yusuf Rawa mesti memikirkan pekara yang prektikal untuk survival Pas di Pulau Pinang dan Seberang Perai sekalipun terpaksa mencium pungkok Cina dan Iszuree pun tentu rasa berat bila kehilangan sumber kewangan.

    Sekarang baru Pas tahu tanah tinggi rendah,Dulu kata orang BN pentingkan wang ,sekarang dah ada sedikit kuasa baru tahu bagaimana nak kekalkan kuasa dan wang. Pi mai pi mai duk tangtu juga. Yang kena tipu rakyat.Tapi kalau yang menipu itu berkupiah hitam tak apalah juga tetapi sekarang yang menipu berkupiah puteh,berjanggut dan berjubah.Eh Rawa tak usahlah lagi berfalsafah besar besar,nanti orang muntah.

    ReplyDelete
  7. Syed Othman Albakri Sg Petani6 October 2014 at 21:28

    Apakah Presiden Pas Abdul Hadi Awang tidak tahu sumber kewangan beberapa ahli AJK Pas Pusat atau pun beliau tidak mahu mengambil tahu. Kabarnya ada diantara mereka yang mendapat yuran bulanan beribu ringgit dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Siapakah mereka itu,adakah mereka menyumbang kepada parti dan berapa banyak sumbangan diberikan?

    Kami ahli ahli Pas yang mendengar kabar kabar angin tentang ini merasa berhak untuk mengetahuinya dan adalah sewajarnya Hadi mengumumkannya.

    Jika kuasa ini tidak digunakan oleh Hadi maka nampaklah beliau terlalu naive dalam bermain politik,eloklah balik jadi imam bergaji masjid Rusila atau pulang ke Teregganu untuk tangkap ikan.

    ReplyDelete
  8. Saya mengikuti tulisan ZAM dr tahun 70an lagi, ape2 pn ZAM ni mmg tidak bersetuju dgn tindakan PAS walaupn ade kebaikan yg dilakukan.begitu jugak dgn personaliti yg dimaksudkan dlm artikel diatas, mrk yg dimaksudkan mmg berjuang dr bawah sehingga mencapai kedudukan bkn mcm diri ZAM yg masuk ke kabinet pn pd awalnya melalui pintu belakang tapi akhir dicantas oleh pengundi bijak Sg.Petani yg kenal permata atau kaca..... ! dgn amalan negara demokrasi maka kenalah kita berlapang dada dgn artikel ini.....

    ReplyDelete
  9. Inilah taraf berfikir orang Pas. Tidak dapat memberikan jawapan yang berfakta sebaliknya mengggunakan sentimen dan menghina. Bukan sahaja Zam dicantas dalam pilihanraya yang dilanggar tsunami maka apakah semuanya kaca atau pengundi yang buta. Tidaklah heran jika mereka ini menjadi pengikut Hadi yang mengkafir dan membaruakan orang dalam menghadapi cabaran dan tidak dengan menggunakan logical reasons kerana sekadar itulah kemampaun Hadi yang sekarang terlihat terketepi dalam dunia Pas yang dikuasai oleh orang terpelajar.

    ReplyDelete
  10. Burhanuddin Asri Dungun7 October 2014 at 07:28

    Wahai Haji Abdul Hadi bahawa masamu yang gagah dan digeruni telah berakhir. Ini adalah benar!Hari hari akhirmu sebagai Presiden Pas telah dekat,adalah benar! bahawa perbuatanmu bersekongkong dengan pengkhianat pengkhianat Pas adalah benar! Engkau telah menyelewengkan Pas ke jalan yang tidak diredhai Allah adalah benar,! Engku mengkhinati perjuangan Islam yang suci dan menutup perbuatan mu dengan Tahaluf Siasyi adalah benar! Bahawa Allah akan membalas dosamu ini sebelum di akhirat adalah benar! Ini semua kerana kamu mementingkan kuasa dan bukan pahala. Ini adalah benar!

    Ya Allah selamatkan Pas dari tangan orang yang mengkafirkan orang Islam dan kemudiannya berkawan dengan orang Kafir untuk memghancurkan perjuangan Islam sebenar. Ya Allah bukan hanya dua orang barua dalam Pas tetapi ribuan lagi orang Pas yang sedang menjadi barua orang kafir tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka adalah barua. hancurkan lah barua barua ini ya Allah. Amin

    ReplyDelete
  11. Datuk Zam, yang paling penting sekarang ini apa beza UMNO denagn PAS versi Anwar Inbrahim sekarang ini?

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri.

    Org Putih kata...'what goes around comes around".

    Maksudnya lebih kurang.....apa2 yg pernah kita lakukan akan berputar dan kena balik pd diri sendiri.

    Sikap ketua2 Pas seperti Hadi ini...memang begini..kuat mengutuk suapcdgn maki sekali.

    Mursyidul am Parti ...pun begitu juga.

    Menghukum dan mengutuk sudah menjadi amalan dan darah daging mereka.

    Tuhan maha mengetahui....lihat sahaja bilamana Sabu yg kuat maki dan mencarut pun dikira ok oleh Nik Aziz....dan memberi dalil pula....bahawa Tuhan pun adakala nya mencarut....Hadi pun menyokong saja.

    Hadi pun serupa.... kuat 'mencelakakan'
    org.

    Kita boleh rumuskan...bahawa Hadi dan ramai ketua2 Pas memang mengarutlah....Nik Aziz termasuk.

    Kelakuan dan sikap mereka memang selalu begini......main ikut suka hati sahaja.

    Mereka selalu berjaya kerana pengikut ramai yg taksub belaka dan senang diperbodohkan.

    Hata...apa yg baik untuk mereka...dikeluarkan dalil dari ayat2 suci Al Quran menyokong....bila menghentam org...terutama ketua2 Umno...dikeluar pula dalil dari Al Quran menyokong tindakan tersebut.

    Ini kerja kotor.

    Hadi dan Nik Aziz cukup licik dan memang selektif didlm kerja2 memilih Ayat2 Quran untuk menyokong apa2 hukuman yg mereka buat terhadap sesiapa sekali pun.

    Asalkan org itu berpandangan lain....sudah dikira tidak sehaluan....walau pun ahli mereka sendiri....walau pun seugama.

    Tentang bencinya Hadi pd Umno...tidak perlu dihuraikan lagilah.....kalau Hasan Ali dan Nasharuddin pun diterjah begitu sahaja...kita boleh faham lah sikap sebenar Hadi ini.

    Bila Allah Taala nak tunjuk atau nak menghukum...hah...semua perilaku serta keburukan yg dilakukan sesama insan yg seugama oleh beliau kini...sudah mulai menimpa diri sendiri.

    "What goes around comes around"...

    Dia mengutuk Umno tetapi dia pula menyokong Kafir lakhnat Dap....dia memaki Umno....Dap sekutu ketat dia pula memaki org Islam ...termasuk ahli Pas sendiri....dan dia jadi bisu dan kelu.

    Ini kuasa Tuhan belaka....sekarang dia sendiri ditolak oleh ahli sendiri dan menunggu hari2 terakhir bilamana sekutu dan org2 dia sendiri akan membuat 'Terajang Terakhir' terhadap dia kedlm longkang yg dalam serta busuk.

    Menang dua patut menerima semua ini...kerana dia telah lama sngat memecah belahkan Islam.

    Terima kasih.



    ReplyDelete
  13. Dulu memang sedap boleh kutuk UMNO macam-macam, sebut saja semuanya tak kena. Dari kerjasama dengan puak kafir, bangun kilang arak, buat konsert muzik, bela babi, kronisma, punca gejala murtadlah dan macam-macam lagi.

    Tapi tu dulu hanya tinggal kenangan manis. Sekarang Kalau nak buat macam tu kena salam DAP dan PKR dulu. Kalau tak ahli parti sendiri sergah maki. Semua senarai kat atas dah tak ekslusif dikaitkan dengan UMNO dah.

    Ada YB PAS dah sanggup jual nama Allah bagi pakai dalam ayat-ayat syirik dalam bible. Baru-baru ni dia kata pesta arak PAS tak boleh halang pulak, keluarlah macam -macam dalil nak mengharuskan cakap dia tu.

    Semua akibat tahaluf siyasi. Haji Hadi silap pada saya sebab garang kepada UMNO saja. Bila kena main dengan PKR dan DAP barulah dia tahu senang atau tidak nak buat pakatan. Bila dah teruk barulah terpaksa dia melawan PKR dan DAP. Kalau dia berkeras dari mula macam dia layan UMNO, mungkin kejadian-kejadian pada hari ini tak berlaku.

    Apa-apa pun, semua hanya tinggal kenangan manis bagi PAS. Sekarang ada dua jamaah dalam PAS, dua-dua tengah berantakan. Masing-masing dilihat tak akan mengalah kecualilah salah satu membunuh yang lain. Dua-duanya mempunyai kehendak membunuh yang kuat. Apa puncanya?

    ReplyDelete
  14. Syabas TS Zam dgn artikel yg menarik. Sya baru lps baca artikel Tun M berkaitan tajuk yg sama juga dgn artikel di atas iaitu Tahaluf Siyasi. Perkara yg pelik yg sya tgk skrg ni adalah veteran atau otai2 UMNO lebih hebat "bersuara" drpd pemimpin UMNO skrg. Begitu juga dlm isu CEC DAP, nampak spt MIC lbih kuat dan lantang mempersoalkan status CEC DAP. UMNO lebih bisu drpd org bisu. TIBAI pula aktif menyerang isu berkaitan Anwar Ibrahim, UMNO hanya membatu dan lesu. Cuma satu je kehebatan pemimpin2 UMNO skrg iaitu "kipas", sokong, back up atau "cover" baik segala tindakan, yg dibuat oleh ketua mrk. Harap UMNO jgn terlalu selesa dgn keadaan skrg, 4 tahun dri skrg akan berlalu dgn pantas.

    ReplyDelete