Saturday, 25 October 2014

NASIB BAIK BANYAK PELANDUK DUA SERUPA DI MALAYSIA

Barangkali hanya Malaysia mempunyai paling ramai orang Melayu dan Islam yang berwajah sama terutama dengan orang popular dan kenamaan seperti pemimpin agama, pemimpin politik dan pemimpin negara.

Umpamanya ada lelaki yang menyerupai pemimpin besar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada pula yang serupa dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, ada pula yang salin tak tumpah macam Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Dan terakhir pula ada lelaki mirip wajah pendakwah politik popular Pas tidak bertauliah Ustaz Azhar Idrus.

Mereka sungguh bernasib baik kerana ramai pelanduk dua serupa di negara ini, jika  tidak mungkin karier politik mereka itu sudah lama berakhir.

Ini juga menunjukkan betapa tebalnya keimanan orang Melayu dan Islam di Malaysia kerana tidak lekas percaya kepada sesuatu perkara keji dan buruk terutama yang melibatkan orang agama berbanding dengan orang bukan Islam di Amerika, Britain, Itali dan Singapura yang hanya atas berita tanpa video pun mereka telah menyingkirkan pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dengan skandal.

Di Malaysia juga terdapat orang-orang Islam yang merasakan diri mereka menyerupai anjing dan kerana itu merasa perlu untuk mendidik orang Islam supaya tidak takut dengan anjing, tidak merasa kotor dan jijik dengan anjing sebaliknya bermanja-manja dengan anjing supaya apabila mereka di ketahui sebagai" anjing" maka mereka tidak  dimusuhi.

Bukankah dalam masyarakat binatang tidak ada manusia tetapi dalam masyarakat manusia ada binatang. Di Malaysia banyak anjing dalam masyarakat manusia.

Maka itu mereka merasa perlu untuk menganjurkan program sentuh anjing dengan berselindong di sebalik tujuan untuk mendedidik orang Islam membersihkan diri setelah menyentuh anjing sedangkan telah berkurun lamannya di negara ini nak  mencari seorang Islam yang dengan sengaja menyentuh anjing  pun sukar. Maka itu  orang Islam di Malaysia tidak memerlukan didikan untuk membersihkan diri mereka dari sentuhan anjing tetapi mereka perlu dididik untuk mengenali anjing dalam masyarakat Melayu  Islam di negara ini.

Program itu  ditujukan kepada orang Islam. Jika tidak kenaapa digunakan perkataan sentuh .Yang belum menyentuh anjing  dengan perasaan bebas dan tidak merasa bersalah ialah orang Islam. Orang bukan Islam bukan sahaja sudah biasa sentuh anjing tetap sesetengah  mereka tidurpun  dengan anjing.

Dan jika penganjur program ini dipanggil anjing pun tidak  salah kerana mereka tidak pernah meanggap anjing itu kotor dan hina dan mereka mahu orang Islam menukar nilai dan pandangan terhadap mereka jika mereka bermesra dengan anjing terutama dari luar negara  supaya mereka tidak dianggap sebagai musuh  negara.

15 comments:

  1. Tumpang lalu Tan Sri..
    Sudah kenapa dengan masyarakat kita pada hari ini..sekian lama kita sedia maklum tentang hukum kenapa tiba- tiba ada pula segelintir pihak cuba mengelirukan umat islam ketika ini..untuk apa program keanjingan itu? Apa pengisiannya? Soal haram lagi najis bukanlah semudah yg disangka..ia berkait rapat dengan ibadah kita..nah, sepatutnya si pemberi izin perlu mengkaji baik buruk program tersebut..sudahnya, ia dilihat sebagai medium perpecahan umat islam itu sendiri..kadang2 berfikiran sempit itu bagus juga..biar dilihat kekampungan atau old fesyen atau ketinggalan zaman namun untuk mengiakan program seperti itu, jawapannya haruslah tidak!

    ReplyDelete
  2. Inilah asobiah. Kena atas puak mereka macam-macam la mereka kata. Fitnah la, gambar tipu la. Tapi, tak pula mereka merasa malu menuduh musuh politik mereka tanpa apa bukti pun. Kata kawan saya pakar ICT, kalau video ni susahlah nak kata tak betul. Yang pakar bab intip dan rakam ni pun suku sakat CIA. Mai kita tanya, sapa yang close dengan CIA di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. thorbaek...mohon share link datuk...

    ReplyDelete
  4. Inilah dikatakan pemuda/di "Liberal", semuanya ambik bab mudah dalam agama dan kehidupan. Adakah salah ibubapa? Tak semestinya kerana generasi ini memang mudah dipengaruhi kawan dan pemimpin yg secara halus memesongkan pandangan umum dan tradisional berkenaan agama dan bangsa. Mari kita doakan anak2 kita dikuatkan iman dan kesedaran agama agar mereka tidak menyertai program2 sebegini.

    ReplyDelete
  5. Apa saja "isu" hingga ke tahap anjing pun, orang politik akan mengambil sikap kebinatangan jika ada laba dan untung.

    Mereka menganjing sesama mereka.

    Mungkin kerana tiada penganjuran sentuh rasuah, sentuh zina...maka itu kurang jijik dan berlumba-lumba pemimpin mengamalkannya.

    ReplyDelete
  6. Ini lah syariat dan hakikat.

    1. Syariat nya pelanduk dua serupa. Itu yang di lihat, di nafi zahir. Hakikat nya kalangan manusia dan perbuatan nya menjadi saksi. Berdegar-degar melakukan fitnah, membuka aib orang, sindir menyindir KONON dalam hakikat diri nya dia lah paling sempurna, layak 'menelanjangkan' yang lain yang di positifkan khabar-khabar angin sahaja konon nya yang di cop 'musuh' ( bangsa dan saudara nya sendiri juga) itu teramat jahat ! Maka dengan itu Allah SWT betul-betul 'telanjangkan' keadaan nya sehingga kedua-dua tangan nya terbelenggu ke leher !

    2. Setiap yang bernyawa pasti berasa mati. Syariat nya, di jadikan rupa bentuk wajah lengkap sempurna. Tiada hakikat maka hanya satu objek yang tidak bermakna selain patung, juga boleh di cipta oleh manusia. Hakikat nya Allah SWT meniup Roh dan memberi Akal (segumpal hati) yang tiada sesuatu pun berupaya mencipta kecuali Allah SWT. Dalam hakikat itu di beri nafsu dan perasaan sehingga yang 'di hidupkan' di beri amal untuk menyelami semula ajal dan merasa kematian dalam Ilmu Nya. Gagal memahami, maka syariat nya manusia itu sentiasa durjana, melawan fitrah kejadian nya sekonyong nya tiada Tuhan yang berhak di sembah ! Maka menyembah lah mereka kepada diri sendiri, manusia lain dan juga jin, batu, kayu, nenek moyang atau apa saja keganjilan objek mainan syaitan yang mewujudkan nya. Malah mengaku menjadi tuhan !

    3. Dalam kes anjing juga serupa. Manusia yang tidak berakidah atau permainkan keimanan, jadi lah dia anjing terjelir-jelir lidah nya ! Anjing itu kejadian nya kotor dari syaitan di rejam ! Juga babi ! Syariat nya Allah nyatakan tidak boleh di aniaya, membantu binatang ini dalam kesusahan malah menjaga nya setelah di latih menjadi pengawal dan penggembala mengikut syarat dan peraturan. Hakikat nya anjing itu makhluk Allah jua. Hakikat dari kejadian, ia binatang dengan najis mugghaladzah. Ada cara menyentuh, membelai. Malah di wajibkan menyamak(mensuci) diri selepas perlakuan melebihi batas-batas nya kerana keperluan manusia mendirikan solat dan mendekati diri kepada Allah dalam keadaan suci diri jasmaniah dan rohaniah tidak meragukan. Hakikat istilah bersuci fizikal, bersuci niat, yakin dan ikhlas kepada Yang Esa.

    Saya tidak lah bijak. Mahfum jika kita benar-benar mensucikan Islam, maka ia mesti bermula dengan diri kita, kemudian berjemaah dan akhir nya IKHLAS menuju Jalan Allah.

    Kenapa fahaman manusia dan fahaman Allah di samakan ? Kenapa WUJUD Nya Allah SWT sentiasa di sekutukan ! Hayati Syariat dan Hakikat nya. Maka makrifat nya, Hanya Yang Satu !

    Demi itu Islam, bukan mainan dan sindiran. Berdosa besar jua jika yang di beri amanah, Ulama dan Umarak, juga di sebut Khalifah dalam tingkat-tingkat ilmu manusia tidak patuh kepada Ilmu-Ilmu Nya.

    Jika terpengaruh juga dengan yang lain selain Islam, persilakan ! Hidayah itu dari Allah jua. Hakikat nya jika kita dekat, bertambah dekat lah Allah. Jika kita jauh:(Islam) maka tunggu saja lah BALA dari Nya !

    Bosnia sudah menyaksikan apabila Islam itu hanya nama tenggekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih tak dapat jawapan bagaimana isteri beliau boleh bersetubuh dgn pelanduk dua serupa? harap ada mana mana pakar konspirasi membuat sedikit pencerahan.

      Delete
  7. Salam Tan Sri.

    Agak aneh bila kita bercerita tentang pelanduk 2 serupa ini.

    Semua nya melibatkan Ketua2 Melayu dari Parti Pembangkang....memang tersangat aneh.

    Yg bukan ketua pula....yakni seorg ustaz yg rasa diri dah terlampau hebat bila berceramah....mengutuk secara melampau sambil berlawak dgn memetik hujah dan dalil dari Quran sbgai sokongan....pun bernasib baik kerana ada pelanduk serupa dgn dia yg berlakun adegan sex.

    Kalau org Melayu Islam betul2 faham dgn ajaran yg terdpt dlm Quran.... ustaz 'mee segera' ini cukup mengarut dgn cara dakyah nya....dan memang tidak sesuai menjadi seorg penceramah...lebih2 lagi berceramah ugama.....memang sesuailah sbgai PakTurut pd Parti Pas.

    Perihal ketua2 politik Pembangkang yg ada pelanduk serupa mereka melakukan babak lucah...memang bernasib baik...seperti yg Tan Sri sebut diatas....jika tidak....mereka dikira berzinalah.

    Tetapi yg pelik nya mereka ini masih juga ada tempat dihati pengikut2 setia dan ketua2 yg lagi atas.

    Mana mungkin begini ?

    Ini yg sukar sy fahami.

    Ketua2 Parti Pas....seperti Nik Aziz dan Hadi...merasai yg Stoppa ini dianayai....dan video cuma besi dan bukan boleh dipercayai....kata Nik Aziz...dan Stoppa ini sakit lutut...kata Hadi....kuda2 tak kuat... jadi bukan dia dlm video itu.

    Yg Parti Pkr toksah cakap lah....MB yg 'beraiskrim' dlm tandas kira kecil hal...sebab ketua umum lagi dasyat....lebih dari beraiskrim.

    Apa sudah jadi dgn org Melayu Islam?... ketua buat kerja kotor...yg pengikut masih menyokong dan yg ketua2 lebih tinggi 'make dont know'pula.

    Kalau peribadi tidak betul dan meragukan.....bolehkah menjadi seorg ketua yg baik dan amanah?

    Nmpaknya....org Melayu Islam kini berada disuatu landasan yg sngat sukar....kerana;
    Ketua Melayu yg sedia ada memegang tampuk pemerintahan pun 'kong kalikong' ...dan yg kunon nya nak membela dan mengganti segala apa yg tak betul pula....ada banyak cerita pelanduk 2 serupa.

    Cina...tepuk tangan.

    Terima kasih




    ReplyDelete
  8. Sebagai seorang Islam kita harus tahu membezakan di antara anjing kotor dan anjing yang haramkan itu.apa masalah nya jika orang Islam juga bela anjing sebagai binatang yang disukai

    ReplyDelete
  9. Kan dap pernah kata..letak anjing bertanding pun boleh menang pilihanraya. Itu semua anjing2 dap yg sedang diasuh la tu..hehe

    ReplyDelete
  10. TS Zam.
    Bila kita fitnah orang lain .Kemudia timbullah pada diri sendiri.
    Haram halal di Malaysai sudah jadi mainan.
    Dulu kalau undi UMNO/BN haram.
    Hari ini sentuh anjing tak haram

    Pendakwah politik pun banyak.Bukan cakap penbentukan diri pada yang lebih baik dunia dan akhirat.

    Banyak menyindir dan kiasan politiik.

    Pendakwah dia kena ada akhlak yang baik.Tutur kata dan imej yang baik.

    Fasal dua wajah ini.Nampak macam boleh percaya.

    Itulah bila pendakwah yg banyak dakwah politiik.Unsur didikan tak ada pun.
    Yg pelik kenapa tak penafian.Angkat sumpah dalam masjidlah.Kenapa diam.

    ReplyDelete
  11. Saudara Zam,
    Allah berfirman antara lain "Warafaknalazarikraq" yang bermaksud lebih kurang "siapakah yang memelihara nama kamu". Allah memunutup 'aib hambaNya yang dikehendaki dan apabila Allah mendedahkan 'aib seseorang kepada umum maka sedarlah masanya dah tiba. Allah sentiasa memerhati gerak geri hambaNya bahkan apa yang terlintas dihati hambaNya pun Allah tahu. Oleh itu jagalah amalan kita waima para ulama sekali pun.

    ReplyDelete
  12. Biasanya penganut agama PAS akan buat solat hajat perdana untuk kes seperti yang menimpa uai ini ... tetapi nampaknya tiada cadangan untuk membuat solat hajat perdana ... dah lah report polis tidak mahu buat ... solat hajat perdana pun tidak mahu buat juga ... hem ... faham2 ajerrlah ...

    ReplyDelete
  13. Pelandok 2 serupa ni semuanya dari kumpulan yang sama . Ya lah ketua pun sama kaki memantat je .Tak kira bini orang , anak orang , sundalan orang ( laki / pempuan ).
    Sekarang ni akhir zaman , dajal dah mula keluar .
    Apa nak buat ?

    ReplyDelete
  14. Anjing ?Hukum islam boleh sentuh kalau sama sama kering.
    Basah.perlu samak kalau tersentuh.
    Dinegara islam seperti Pakistan,ia perkara biasa.
    Disini .dibesarkan ceritanya untuk kepentingan politik.
    Sudahlah,cari perkara untuk bangunkan bangsa supaya lebih maju bukanya bergaduh macam budak budak dengan guli

    ReplyDelete