Tuesday, 23 September 2014

SABOTAJ UPSR: BAGAIMANA JIKA MUHYIDDIN YASSIN LETAK JAWATAN

Tan  Sri Muhyiddin Yassin
Desakan parti-parti pembangkang dan golongan deviant di negara ini supaya dihapuskan Akta Hasutan 48 tersiar secara bebas di berbagai media sosial, portal berita, blog dan cetak termasuk media cetak yang di kuasai oleh parti pemerintah, tetapi suara majoriti yang mempertahankannya tenggelam atau ditenggelamkan sekalipun datang dari bahagian bahagian UMNO sendiri.

Kehangatan pertembongan nilai ini ibarat api dalam sekam yang menunggu masa akan membakar dengan pantas dan telah menyebabkan sokongan orang Melayu dan bumiputera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semakin terhakis dan dalam pada itu tidak pula menambahkan popularitinya di kalangan bukan Melayu.

Telah timbul anjuran dalam forum "ISA masih relevan atau tidak" di Kuala Lumpur baru-baru ini supaya Akta Hasutan itu dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini untuk pemimpin-pemimpin tertingggi Umno memahami perasaan rakyat di akar umbi.

Ahli-ahli UMNO di seluruh negara tidak boleh memandang sepi kepada anjuran ini yang datang dari personaliti-personaliti yang pernah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keadilan negara seperti bekas Hakim dan Ketua Polis Ngara. Mereka tidak ada kepentingan apa-apa kecuali; perasaan kasih sayang pada bangsa dan agama.

Perhetongan PM Najib bahawa kemajuan ekonomi yang dibawanya akan   dapat memadamkan perasaan marah rakyat terhadap  penghapusan ISA adalah salah malah tekanan yang  semakin hebat didatangkan oleh pemimpin pemimpin besar parti pembangkang dan puak deviant supaya  Akta Hasutan 48 semakin meluaskan kesadaran rakyat.

Ucapan kemerdekaan Najib di Sarawak baru-baru ini yang mendapat sambutan dingin jelas memperlihatkan betapa hambar perasaan terpendam rakyat sekarang ini, tidak sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

Penghapusan ISA adalah punca segala-galanya dari peningkatan jenayah sampai kepada mengugut Ketua Polis Negara (Maruah Bangsa) yang menggambarkan kerajaan berada dalam keadaan lemah. Najib tidak membelanya.

Adalah tidak wajar jika dalam keadaan sekarang Timbalan Perdana Menteri, Tan  Sri Muhyiddin Yassin yang memahami dan menghayati perasaan rakyat mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana tidak akan membantu Najib untuk memulihkan semula imej dan kekuatannya.

Cakap-cakap ini telah timbul semula berikutan dengan berlakunya kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR.

Jika ini berlaku, Najib pasti akan menggantikannya dengan Datuk Seri Hishamuddin Onn walaupun sebenarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi bertunjang lebih kuat di akar umbi dan lebih popular di kalangan UMNO dan lebih tebal nasionalismenya. Ini akan memburukan lagi keadaan.

Penonjolan berwibawa Hishamuudin dikhalayak antarabangsa dalam mengendalikan sidang-sidang akhbar tragedi MH370 dengan Queen's Englishnya meyakinkan Najib sebagai nilai tambahan kepada sepupunya dalam memenuhi kriteria untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan, tetapi penilaian ini tentunya berbeza dengan penilaian rakyat di lapangan.

Maka itu adalah sewajarnya bagi Tan Sri Muhyuddin bertahan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga timbul kesedaran  meluas di kalangan ahli UMNO bahawa UMNO harus memisahkan diri dari penerusan pimpinan elitis,keturunan bangsawan dan pembinaan dinasti. Rakyat Indonesia telah melakukan ini dalam Pilihan Raya Presidennya baru lalu.

Jika Allah masih sayang pada UMNO, hal ini boleh berlaku tanpa perancangan seperti berlakunya mala petaka ke atas musuh besar UMNO, Anwar Ibrahim, Pas dan Dap yang menggali kubur sendiri yang gagal digali telah bertahun-tahun lamanya oleh UMNO. Ia berlaku tidak mengikut perancangan UMNO tetapi kehendak Allah yang menggerakan Langkah Kajang.

Terfikirkah oleh kita, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang akan mensifatkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Barua apabila ia menanggap dua ADUNnya sebagai Barua yang telah dibeli. Siapa pembeli dan siapa Ketua Barua? Siapa lagi?.Hadi tahu siapa yang mempunyai wang paling banyak dalam PR sehiggga dapat menguasai Harakah, Kuasa Allah tetap mengatasi kuasa makhluknya.

Pekara ini juga boleh berlaku dalam UMNO kerana telah terbukti siapa yang merancang untuk menjadi Perdana Menteri dalam UMNO  semuanya tersungkur.Yang tidak merancang yang menjadi.

8 comments:

  1. Memang benar. Tidak ada seorang pun yang merancang dan berstratiji untuk jadi PM telah berjaya malah mereka gugur satu demi satu dengan hanya meninggalkan nisan kegagalan yang memedihkan. Apa jadi pada Tan Sri Ghazali Shafie yang merancang penangkapan Datuk Harun Idris, Tiga Abdul dan nyaris menangkap Mahathir untuk jadi PM.

    Ini diikuti dengan kegagalan Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim.

    Maka itu ingatlah wahai orang yang bercita -cita nak jadi PM.

    ReplyDelete
  2. TS Muhyiddin tidak boleh berundur sekarang. Melayu yang semakin hampa dengan Najib sangat memerlukan beliau. Selagi Najib terus tunduk dengan desakan pembangkang, selagi itulah Melayu terasa amat terhina. Melayu dah beri madu kepada Najib, tapi dibalas dengan racun. Cina beri racun, Najib balas dengan madu.

    Saya ni hanya sekadar rakyat biasa. Tiada pengetahuan yang mendalam dengan politik UMNO. Mungkin Tan Sri boleh beri sedikit pencerahan. Apakah Najib kejam dengan Melayu kerana dia kalah undi popular pada PRU yang lepas? Apakah nilai orang Melayu sama dengan duit BR1M yang disogokkan saban tahun?

    ReplyDelete
  3. Niat jadi PM untuk apa...
    Niat kekal untuk jadi PM kenapa..

    Jangan dihantui permasalahan yang lepas atas niat yang salah...

    ReplyDelete
  4. Dalam keadaan sekarang bila manusia bertambah canggih dalam strategi untuk menguasai kuasa, kita sebagai rakyat perlu kembali berserah sepenuhnya kepada Allah swt supaya terus menyelamatkan Negara ini daripada dikuasai oleh golongan yang tamak haloba, gila kuasa dan munafik. Setakat ini, Alhamdulillah Allah swt masih menyelamatkan dan melindungi Malaysia daripada mala petaka dikuasa oleh golongan tamak haloba,gila kuasa dan munafik!

    ReplyDelete
  5. Tan Sri,
    Nampaknya bukan sahaja `isu' soalan bocor yang mungkin dijadikan justifikasi untuk mewajarkan TS Muhyiddin diganti dengan orang lain tertentu tetapi juga jika BN kalah di PRK Pengkalan Kubur nanti. Semua ini memberi ruang kebarangkalian kepada agenda "turnnish image" terhadap Muhyiddin. Sebaliknya jika dilhat kepada cara mana "PC" (seperti Tan Sri sebutkan di atas) dikendalikan mengenai beberapa tragedi besar yang berlaku baru-baru ini dilihat seolah-olah semacam ada unsur-unsur agenda "project image" untuk seseorang untuk dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.. Emosi dan persepsi rakyat telah cuba ditawan dan dibentuk sedemikian rupa. Hanya Allah Yang Maha Tahu..

    ReplyDelete
  6. SELURUH AHLI UMNO YANG CERDIK DAN YANG BODOH MESTI MENCIUMI APA YANG BERLAKU DALAM UMNO BERIKUTAN DENGAN PENARIKAN SOKONGAN MAHATHIR TERHADAP NAJIB. FAKTOR ROSMAH AKAN LEBIH MEMUDAHKAN KEJATUHAN NAJIB. BELUM TERLAMBAT BAGI NAJIB UNTUK BERUBAH.

    ReplyDelete
  7. Peliknya Najib masih tidak memahami beliau telah menganhampakan melayu. Pelik sungguh pelik dan pelik itulah yang ajaib.

    ReplyDelete
  8. Tan Sri Muhyiddin: Selamat menunaikan Fardhu Haji ke Mekah bersama keluarga. Bawalah doa kami bersama untuk Tan Sri. Doakanlah agar negara kita selamat dan pimpinan negara jatuh ketangan pemimpin yang redhai oleh Allah dan umat Islam di negara ini.

    ReplyDelete