Sunday, 14 September 2014

PM NAJIB MESTI DENGAR CAKAP IDRIS JALA

PERGI JAHANAM KEPADA  SUARA PELAMPAU MELAYU, UMNO BODOH DAN ISLAM BIGOT

LIHAT JAWAPAN ZAM KEPADA SEORANG KETUA PEMUDA UMNO DALAM SALAH SATU  KOMEN DI BAWAH.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti dengar suara Idris Jala yang membantah tindakan untuk menuduh seorang pensyarah UM, Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan 48.

Najib mesti dengar cakapnya kerana dia adalah Menteri Kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg di antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia.

Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang UMNO, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari Guan Eng yang maki hamun  KPN, Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk akan merudum.

Najib mesti  dengar cakap mereka jika tidak mahu hilang populariti  di kalangan bukan Melayu dan dunia antarabangsa. Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glokal.

Jika berani memulakan tindakan di bawah tekanan, maka mengapa tidak berani pula menarik balik semua tindakan di bawah tekanan. Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang UMNO,Perkasa, Isma dan suara suara  NGO Melayu lainnya. Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk.

Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48. Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya. 

Idris Jala: Azmi Sharom should not have been charged

PETALING JAYA: A Cabinet Minister has expressed his disagreement over the sedition charge against Universiti Malaya law lecturer Prof Azmi Sharom.
"Azmi Sharom should not (have) be(en) charged with sedition. Academic freedom is required in pursuit of knowledge," Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala said on his Twitter account on Saturday.
"Malaysia must continue to pursue the path of moderation.
"Constructive criticism (or) dissent should be allowed, as long as it does not create a serious fault-line in the social fabric of our society," he tweeted.
Azmi, a columnist for The Star, was charged on Sept 2 with sedition over comments made on an online portal regarding the 2009 Perak crisis.
He claimed trial after being charged under Section 4(1)(b) and Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948- Star online.
Kit Siang dares ministers to follow Idris Jala’s stand on sedition blitz

DAP parliamentary leader Lim Kit Siang has lauded Minister in the Prime Minister's Datuk Seri Idris Jala for speaking out against the sedition charge against a University Malaya law lecturer, and asked if others in the Cabinet were bold enough to speak out against Putrajaya’s current sedition blitz.

Lim said it was admirable and commendable for Idris to dare to speak out against Azmi's sedition charge.

"It is a pity that Idris lacks the conviction to say that constructive criticism and dissent are the lifeblood of any meaningful transformation of Malaysia," Lim added.(Malaysian Insider)

Pemimpin Umno tersinggung sindiran 'bodoh' Zam 

Seorang pimpinan Pemuda Umno berang dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang secara sinis menggelar Umno sebagai "bodoh".

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii (bawah) berkata perkataan "Umno bodoh" tidak boleh diutarakan, walaupun ia bertujuan memperli pihak lain.

"Zam (Zainuddin) berhutang dengan saya kerana menggelar Umno bodoh kerana saya ahli Umno!"Sama ada Zam bersetuju, memperli ataupun membantah keputusan kerajaan Persekutuan hari ini, perkataan ini tidak boleh diterima oleh saya," tulis beliau di laman Facebooknya hari ini. 

31 comments:

  1. kekeke.. perli ke datuk? Tapi datuk cakap tu betul belaka.
    Melayu kena jual kati jer dengan Najib Liberal.
    Kekekeke. Agak2 bila orang UMNO nk bertindak?
    Mampu ke para perwakilan PAU hantar peluru bertalu2 nanti?
    Najib tepis kut mana yer? Masih dengan pujuk 'HIDUP MELAYU"?
    kita tengok jer la SINETRON PAU murahan.

    ReplyDelete
  2. NAJIB MESTI PEKEK KUAT KUAT,DRAMATISEKAN SEBAIKNYA JERITAN HIDUP MELAYU DLM PERHIMPUNAN UMNO AKAN DATANG DAN PERWAKILAN ESTI MEMBALASNYA DENGAN LEBIH KUAT JERITAN: MAMPUS MELAYU.

    ReplyDelete
  3. Punahsihat Najib mesti segera talipon Utusan, Berita Harian, Bernama,Sinar Harian kecuali Star supaya jangan siarkan kenyataan Idris Jala ini nanti marah pula orang Melayu yg membacanya.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan Idris Jala, kenyataan2 yang dibuat Azmi Sharom dan artikel2 yang dihasilkannya masih belum "create a serious fault-line in the social fabric of our society". Apa agaknya yang akan dilakukan oleh Azmi Sharom yang boleh ditafsirkan sebagai menyebabkan "serious fault-line" yang dimaksudkan?

    Pandai bercakap sahaja tidak guna. Shorkanlah apa had2 yang tidak boleh diceroboh. Kenyataan Idris Jala sudah pun menghampiri "fault-line" yang dimaksudkannya.

    ReplyDelete
  5. Sebagai seorang kristian, sudah tentulah kepentingan Idris Jala lebih kepada golongan bukan Islam.

    ReplyDelete
  6. Kebebasan Idris untuk menyuarakan pendapatnya..tetapi membatalkan pendakwaan sesuatu yang tidak wajar kerana mahkamah adalah penentu.

    Flip flop memberi kesan yang lebih tidak baik..pendakwaan wajar diteruskan kerana pendakwaan juga memberi amaran atau pencegahan awal kepada mereka yang gemar menghasut.

    ReplyDelete
  7. Kepada mereka2 yang tidak tahu....Idris Jala= Kristian. Sooo....faham faham la di mana kesetiaan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tariq Aziz pun kristian, apa masalah?

      Delete
  8. Soerharjo Parit Jawa.14 September 2014 at 11:53

    Sebagai seorang Menteri yang tidak mempunyai kawasan,tdak dipileh oleh rakyat,maka keberaniannnya untuyk bersuara dengan bebas atas pekara yang sangat sensitif tanpa mempedulikan perasaan orang Melayu dan bumiputra sarawak, tanpa menghormati menteri kabnet yang lain terutamanya menteri menteri Melayu dan Islam dan tanpa memikirkan tekanan yang sedang dihadapi oleh Najib,maka Idris Jala adalah seorang yang berani,yang lebih mementingkan prinsip demokrasi dari keharmonian kaum.
    Tidak berarti hanya mereka yang mahukan penghapusan akta hasutan 48 sahaja yang demokratik tetapi rakyat yang mempertahankan akta ini juga adalah untuk mempertahankan demokrasi dengan mempastikan kestabilan.tidak ada demokrasi tanpa keharmonian berasaskan kepada social kontrak.

    Dalam keadaan tercabar ini,i kita melihat betapa pengecutnya menteri menteri UMNO.Jika Idris Jala boleh bersuara bebas maka kenaapa mereka tidak boleh bersuara bebas,kenapa tidak boleh menentang suara Idris Jala. Apakah Najib hanya memberikan hak kepada Idris Jala dan tidak kepada Menteri UMNO. Apakata WOG Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO?

    ReplyDelete
  9. Tan Sri Zam mesti sedar bahawa Idris Jala sedang di groom oleh PM Najib untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak. KM Sarawak mesti dapat membaca mesej ini dari sekarang.

    Najib telah cuba untuk menjatuhkan KM sarawak yang lalu tetapi gagal dan beliau sedang meneruskan usaha ini dengan cara yang difikirkannya lebih halus tetapi dia tidak selalunya cerdik.Jangan ingat orang sarawak tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau jangan buat fitnah la bro. Cakap pakai otak. Jangan cakap pakai kepala mak kau. Cakap serupa budak tak habis sekolah

      Delete
  10. Mengapa Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sampai keperingkat mahu dikekanakan hukuman gantung keatas pesalah di bawah Akta Hasutan 48?

    Ini adalah membayangkan betapa perasaan marahnya bila Najib membuka pintu untuk meminda Akta ini dalam keadaan negara sedang menghadapi berbagai cabaran.
    Bahawa Mahathir memintak Musa mencuba dulu hukuman itu keatas dirinya sendiri adalah menunjukan Mahathir tidak dapat menghayati perasaan Musa sekalipun dia juga tidak mahu Akta ini dihapuskan.Mahathir juga tidak selalu cerdik.

    ReplyDelete
  11. Tok Najib,roti Jala must go!dia musuh dalam selimut.Tolonglah sedar wahai Tok Najib.bangunlah dari tidur mu yang panjang itu.Bangun lah Tok Najib.

    ReplyDelete
  12. Azmi Sharom ini dipormokan oleh The Star sebagai kolumnisnya. Langsung tulisannya tidak seimbang,hanya membidas kerajaan,kepadanya kerajaan selalu tidak betul,pro PKR,Pro Anwarr,pro Barat ant establishment.

    Apakah kita wajar mempunyai pensyarah unversiti yang tidak seimbang pemikirannya,yang prejudis dan sentimen dalam sesuatu isu.

    Apakah kita University Malaya hendak mengeluarkan anarkis,diktator atau komunis ketika dunia bergerak kearah sebuah dunia yang demokratik.

    Apakah bagi Vice Chanselor UM kebebasan akademik berarti hanya anti kerajaan dan jika pro kerajaan tidak ada kebebasan. Tidakah pensyarah ini seorang yang befikiran sempit,yang tidak sawajarnya duduk dalam university untuk meroasakan pemikiran siswa dengan pemkiran yang tidak seimbang. Adakah kita hendak mengeluarrkan siswazah yang beku pemikiran mereka,yang tidak dapat dunia dengan kedua belah mata.

    Bagaimanakah University Malaya boleh mempujyai seorang Vive Chanselor yang mempertahankan sikap kejumudan ini yang merosakan nama baik UM yang tidak pernah berlaku dari sejak zaman PK UNGKU AZIZ.

    Inikah taraf University Malaya?

    ReplyDelete
  13. Ni saya suka Tan Sri cakap macam ni. Kita sokong najib ikut cakap idris jala 100% tanpa banyak soal sebab idris jala kan diiktiraf donia. Orang Melayu macam Tan Seri dan kita2 ni tak diiktiraf doniaaaa. Orang Melayu kan MALAS, SUKA MUDAH LUPA BLA BLA BLA...Melayu = Islam = Malas lwn Idris Jala=Kristian=Rajin=Wajib dengar dan ikut cakap dia = Betulkan PM ?


    Memang bebulu tahap dewa dengan Najib ni lah! Patut pun Tun M sergah dia!

    ReplyDelete
  14. Zainal Fikri Pekan.14 September 2014 at 18:00

    NAJIB TIDAK DAPAT MENGAWAL ANGGOTA KABINETNYA. DALAM KATA KATA LAIN DIA TIDAK LAGI DIHORMATI. JIKA TIDAK MASAKAN IDRIS JALA BERANI BERSIKAP KURANG AJAR?

    ReplyDelete
  15. Betul TS Zam.

    Kepada Najib - pergi mampus dengan "Melayu ekstrim, bigot, Islam dan Umno tak guna!.." suara rakyat yang bukan rakyat Malaysia pujaan Najib. Melayu memang satu sen tak guna...

    Sebenar nya provokasi melampau ektremis kafirun( melayu omputih cindia) dan kafirun harbi( musuh nyata) sudah ke tahap melampaui batas ! Mereka memekik terlolong seolah nya Melayu Majoriti mesti di pariakan...

    Siapa mengawal dan menekan suis kita semakin keliru..

    ReplyDelete
  16. Tujuan idris di iktirap bloomburg adalah untuk menjahanamkan UMNO dan Melayu. Tak nampak ke Melayu??? Budak deris ni dah naik lemak. Zainudin bukan MELAYU dia mamak.

    ReplyDelete
  17. Di zaman perang dingin Timur Barat, ramai wartawan wartawan di Asia diberikan pengikhtirafan yang berbagai untuk membesarkan mereka pada pandangan rakyat dan dengan itu tulisan mereka dianggap berkredebeliti. Mereka bangga tanpa sedar menjadi alat kepada Western Power.

    Di Indonesia Mokhtar Lubis di berikan penghargaan yang tinggi sebagai pejuang kebebasan akhbar kerana menentang Soerkarno.

    Taktik ini diteruskan. Wartawan wartawan Malaysia juga berbangga jika nama mereka disanjung oleh Barat dan demikian jugalah dalam dunia kewangan antara bangsa. Maka orang yang berfikiran Barat mudah terpengaruh dengan pengikhtirafan ini dan merasakan mereka akan dapat membantu perkembangan ekonomi negara.

    Tetapi jangan lupa Mahathir menjadi juara kewangan dunia dengan memalukan Soros dengan mematahkan serangan penyangak itu tetapi tidak ada kurniaan dari Barat.,tidak ada gambarnya di muka depan Times atau Newsweek.

    Sebenarnya kurniaan bloomburg kepada Idris Jala itu adalah untuk memperkuatkan penilaian Najib terhadapnya.Najib memang berbangga dengan pengikhtirafan ini.

    ReplyDelete
  18. Najib menang sorak..kampung tergadai. May be it is Idris Jala that all this while pulling the strings and makes Najib look like a fool....

    ReplyDelete
  19. JAWAPAN ZAM KEPADA KETUA PEMUDA UMNO

    Seorang Ketua Pemuda UMNO marah kerana saya sinis mengatakan UMNO bodoh. Apakah saya yang meanggap UMNO bodoh atau orang lain yang memandang rendah kepada taraf pemikiran seluruh ahli UMNO sehingga sanggup menghapuskan ISA untuk populariti sendiri dan sekarang mengenengahkan pula pindaan keatas Akta Hasutan 48 sedangkan Singapura boleh cukup berupaya bertindak dalam bidang kekuatan yang ada di bawah akta ini dan tidak menjemput perbicangan yang tidak perlu sehingga menimbulkan keloh kesah rakyat,provokasi,hasutan,demonstrasi dan tindakan yang menampakan kerajaan sebagai tidak berkuasa dan suara rakyat sudah tidak lagi dapat dikawal.

    Lebih buruk lagi Kabinet sendiri tidak bersatu dan ada yang berani bersuara bersekongkong dengan pihak pembangkang.Dia telah pun dapat pujian dari Lim Kit Siang.

    Apakah undang undang sedia ada tidak cukup atau tidak ada political will untuk menggunakannya?

    Ketua Polis Negara tidak akan dimaki hamun jika masih ada ISA . Dia adalah seorang Melayu yang memikul tanggungjawab DIRAJA, Tanyalah setiap bekas Ketua Polis Negara apakah mereka senang dengan penghapusan ISA. Saya tahu mereka tidak setuju.Masakan terkeluar kemarahan dari bekas KPN supaya mereka yang salah di bawah Akta Hasutan di hukum gantung.Pokok pangkalnya adalah penghapusan ISA.

    Dalam mesyuarat Perwakilan Agung UMNO akan datang Najib harus meminta maaf diatas kesilapan besar ini yang telah mengkhianati asas perdamaian dan perpaduan yang diwariskan oleh bapanya sendiri dan Tun Dr. Ismail(Bacalah buku Reluctan Politician oleh Tun Ismail) yang mengambil kesempatan diatas suatu kesempatan emas yang tidak akan berulang lagi.

    Syabas Lee Kuan Yew. Saya tetap ingat kata Tuan " Jika sesiapa hendak menghancukan asas yang saya letakan,saya akan bangun semula ketika mayat saya hendak diturunkan ke liang lahat".

    Perwakilan UMNO mesti membuktikan mereka tidak bodoh.Mereka mesti buktikan mereka adalah nasionalis dan patriot sejati yang terus menghayati amanah yang ditinggalkan oleh Tun Razak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia adalah seorang Melayu yang memikul tanggungjawab DIRAJA.. dan orang melayu yakni UMNO juga yang menghapuskan nya.
      Dalam mesyuarat Perwakilan Agung UMNO akan datang Najib harus meminta maaf diatas kesilapan besar...dan meletakkan jawatan. Beri pada Muhiyiddin. Najib cuma menyambung legasi Badawi jika tikak sudah lama Jambatan bengkok di laksanakan. Jambatan ynag telah di lulukan oleh Kabinet yang diangotai nya semasa Zaman DR M boleh buat U turn pulak. Najid is Bawadi and 1 Malaysia = Islam Hadhari Badawi version. anyone can spot the differences between Najib and Badawi?

      Delete
  20. yg nyata benar dan sahih...perwakilan umno tidak akan bangun menyedarkan najib...nanti ilang abes harta dan darjat....

    ReplyDelete
  21. Darmawijaya Petaling14 September 2014 at 22:49

    Mesyuarat perwakilan UMNO yang sedang berlangsung di seluruh negara sekarang hendaklah mengambil keputusan mengutuk Menteri Kabinet Idris Jala yang telah menyeleweng dan bersekongkong dengan pembangkang dan anasir anasir anti nasional mahu menyekat tindakan di bawah Akta Hasutan 48.

    Beliau adalah penghasut besar yang menimbulkan kemarahan orang Melayu dan bumiputra lainnya terutama di Sarawak. Tuntut Najib singkirkannya dari Kabinet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcmana kamu boleh membuat andaian yg orang sarawak marah dgn Idris Jala atas kenyataan ini?

      Delete
    2. Tak sukar nak buat andaian ini. KM kamu pun tak benar anasir pembangkang yang suka penghapusan akta ini masuk ke Sarawak kerana mereka akan bebas sebarkan racun yang merbahaya kepada bumiputra Sarawak jika Akta Hasutan 48 dihapuskan. Idris Jala adalah menjadi duri dalam daging kepada Sarawak.

      Delete
  22. SUDAH TIBA MSSSNYA ORANG MELAYU MENOLAK UMNO SEBAGAI HERO DLM MEMPERJUANGKAN HAK2 ORANG MELAYU DAN ISLAM YG TERMAKTUB DI DLM PERLEMBAGAAN....DLM SITUASI CEMAS INI ISMA PERKASA JATI DAN NGO2 MELAYU PERLU DI SATUKAN UTK MENJADI SEBUAH PARTI POLITIK BARU.UMNO YG ADA SKRG SUDAH X LAGU RELEVAN.

    ReplyDelete
  23. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin memberi jaminan Akta Baru yang akan menggantikan Akta Hasutan 48 tetap akan melindungi hak orang Melayu dan agama Islam kerana itu adalah pendirian PM Najib.

    Artinya memanglah Akta Hasutan akan dihapuskan!

    Apakah orang Melayu mahu percaya kepada jaminan ini sedangkan hakisan kepada pekara pekara yang termaktub dalam Perlembagaan dan maruah orang Islam dan Melayu tercabar dengan berbagai bagai kes mahkamah dan suara -suara anti Melayu hampir setiap hari sekarang ini berlaku setelah Najib bertempek Hidup Melayu.

    Masih percayakah orang UMNO semua? Adakah awak semua terlalu bodoh untuk memercayai semua jaminan ini sedangkan satu demi satu maruah Melayu di cantas setiap hari malah maruah Najib sendiri dicabar oleh Idris Jala.

    Bagaimanakah reaksi Najib jika cabaran itu datang dari Menteri UMNO sendiri. Mengapa Khairy tidak kritik Idris Jala yang telah meyakinkan rakyat dengan kata kata dan sokongannya seolah kerajaan mahu hapuskan Akta Hasutan itu kerana menindas kebebasan akademik?

    Ada yang kata kerajaan nak pinda,Kahry pula kata kerajaan nak hapus ikut Malaysian Insider. Yang mana satu yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamin kepala lutut dia la

      Delete
  24. Jaminan pemimpin umno bermakna tidak dijamin...kalo terus cenggini sahih umno lupus...

    ReplyDelete
  25. TS Zam.Seang cerita tukar sajalah kerajaan UMNO yg ada kini.Kita harap Perkasa pula ambil perjuangan Melayu Islam.
    Nak harap PAS .Dia pun sudah jual prinsipnya berubah-ubah.
    PKR lagi lah tak boleh harap.
    UMNO sudah makin lemah kerana banyak main politik wang.Jual maruah Melayu.

    ReplyDelete