Thursday, 25 September 2014

MEREKA YANG LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI

Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, menunjukkan
 keyakinannya kepada penulis bahawa  BN akan menang cemerlang di Sarawak dalam suatu kempen  Pilihanraya Parlimen di  Miri Sarawak. Ketika itu  saya menjadi  Timbalan Menteri Peneramgan.




Jika UMNO  tidak terkongkong dengan fahaman Islam yang konservatif dan berani memecahkan tradisi dan melampaui  batas kepartian maka hari ini kita tidak mempunyai masaalah  kekosongan  Perdana Menteri yang berkaliber besar  dengan daya kepimpinan  yang berkualiti, pintar ,gagah berani, beraura dan meyakinkan rakyat

Masalah ini terus di hadapi  negara sejak Dr.Mahathir  meninggalkan tampuk  pemerintahan sehingga ke hari ini walaupun pimpinan telah bertukar ganti.

Kita sekarang tidak mempunyai pemimpin yang berdaya juang ,dinamik dan memberikan inspirasi serta keyakinan diri kepada rakyat.

Tentunya tidak terlintas difikiran Tun Mahathir sendiri apabila hendak bersara dan  dan juga ahli -ahli UMNO bahawa Tan Sri  Rafidah Aziz Menteri Perdagangan Antarabangsa dan dan Industri  dan juga Pihin Sri  Taib Mahmud  Ketua Menteri Sarawak adalah pengganti yang terbaik.

Sesiapa yang mengenali dan mengikuti perjuagan karier politik mereka   dari sejak awal tentulah tidak menolak kelayakan mereka itu untuk menduduki tampuk kuasa tanpa jurang pemisahan daya kepimpinan  yang terlalu jauh dari Tun Mahathir.

Sekalipun  semasa  saya menjadi Timbalan Menteri Penerangan  pernah menegur   Rafidah Aziz secara terbuka kerana tidak menghormati Mahathir dalam isu  AP  tetapi panilaian  saya tidak pernah tertutup dan  keyakinan saya tetap utuh kepadanya sebagai  kualiti Perdana Menteri hingga ke hari ini.

Kepintaran dan kepetahannya berhujah, menangkis cakap lawan dengan keras,pedas tajam ,berani dan berkesan  adalah setanding dengan Tun Dr.Mahathir. Nasionalismenya tidak boleh dipertikaikan walaupun beliau seorang yang liberal.Ingat bagaimana dia menyerang Elgore.

Seorang lagi yang saya kenali dari tahun 1968 sejak beliau menjadi Timbalan  Menteri Perdagangan dan Perusahaan ialah Taib Mahmud yang dengan  kecekapan politiknya  dapat menjadi Ketua Menteri Sarawak yang berjaya membina perpaduan rakyat berbilang kaum disamping memajukan kehidupan bumiputra dan memagar  tanah pusaka dari dicerobohi oleh orang Cina yang tamak dan haloba dari dalam dan luar negara.

Kekuatan dan keupayaan kepimpinannya terbukti dengan kejayaannya mewariskan Sarawak yang kukuh,stabil,aman damai dan makmur  diatas perpaduan berbilang kaum.
.
Kebijaksanaannya mengekalkan kuasa bumiputra di Sarawak tanpa permainan politik perkauman  tetapi tangan keras yang tersembunyi mendatangkan penghormatan yang tinggi dari rakyat sehingga ke akhir pemerentahannya.

Yang  mengkagumkan saya ialah penghayatannya dan fahamannya  terhadap sejarah negara yang dijadikan asas kepada pembinaan ke pimpinannya yang berjaya.Saya minat dengan ucapan-ucapanya yang dapat disampaikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang bertenaga dan  menampakan padangannya yang jauh kehadapan dan  daya intelektualitinya yang tinggi.

Tanpa menampakan ketokohan agamanya ,beliau juga berjaya meletakan Islam pada kedudukan yang tinggi di Sarawak tanpa identiti  ke Araban  dalam ke Islaman . Bumiputra Islam di Sarawak tetap memelihara  budaya Melayu dalam beragama.

Hanya orang Islam di Sarawak  Sabah dan Brunei  yang masih bersongkok hitam untuk bersembahyang Jumaat atau sembahyang Hariraya dan lain lain upacara agama atau kenduri kendara berbanding dengan orang Islam di Semenanjung yang sebahagian besar berkupiah putih,menghilangkan identiti Melayu mereka. Ketampanan  dan kekacakan berpakaian kebangsaan Melayu hilang bila berketayap putih.

Dalam keadaan negara menghadapi kekosongan daya kepimpinan , tokoh tokoh ini kembali menjelama dalam fikiran saya walaupun  masa untuk mereka  sudah berlalu, sama juga seperti mengingati Tun Dr.Mahathir  untuk kembali kepada jawatan Perdana Menteri.Kata kata Mahathir yang  diucapkannya berkali- kali "Jika saya  dilantik semula menjadi Perdana Menteri,saya  akan meletak jawatan."

Ini membayangkan berapa banyak masalah yang tercetus dan dicetuskan setelah beliau meninggalkan pemerentahan negara.
..



40 comments:

  1. Itulah masalah kita skrg... org melayu nak jd org arab...

    ReplyDelete
  2. Encik Zam, orang kita pakai kopiah putih ke masjid sebab ia suci kerana boleh dibasuh. Kalau songkok pakai 10 tahun pun tak pernah basuh. Kalau jatuh longkang atau kena najis pun tak boleh basuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dermawijaya Petaling Jaya.25 September 2014 at 13:48

      Siapa yang pakai songkok sampai 10 tahun. Berapa banyak songkok yang telah jatuh ke kelongkang dan songkok atas kepalapun kena najis.Jarang berlaku. Sebenarnya Melayu di Malaysia tidak mempunyai keperibadian yang kukuh. Adakah Melayu di Sarawak,Brunei dan Sabah bersongkok yang tidak suci?

      Delete
    2. Kalau sekadar pakai kopia puteh boleh menghilangkan identiti Melayu,boleh lah kita samakan Taib Mahmud kawin Arab kerana tak pentingkan orang Melayu.

      Delete
    3. songkok tak melambangkan patriotism la zam

      Delete
  3. Adakah kepimpinan seorang yang liberal seperti Rafidah memberi imej yang baik terhadap agama? Sekarang kita bercerita ttg agama no 1 dan bangsa no 2. Kerana di dalam kubur nanti kita tak ditanya bangsa apa. Akan tetapi agama dan akidah yang ditanya.

    ReplyDelete
  4. Kepimpinan yang liberal seperti Mahathir telah membawa kemakmuran dan keharuman kepada bangsa dan negara tetapi pimpinan ulama sepeti Nik Aziz di Kelantan membawa jenayah yang tertinggi,maksiat yang tidak terbatas dan juga kemsikinan yang tidak ada taranya.

    Kita menghadapi masalah mengekalkan keimanan orang Islam sebelum ke kubur.Jika perut mereka lapar,tidak bepelaran,hanya asyik dg wahyu tetapi realti hidup tidak meyakinkan maka orang Islam mudah di beli,malah mereka sanggup jadi kafir untuk mendapat kerja. Ini telah berlaku di negara jiran.

    Akidah umat Islam akan kuat kalau negara makmur. Kalau miskin mudah dibeli.Nik Aziz akan ditanya dikubur kenaapa banyak maksiat di Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan sri,

      di mana tiada kemiskinan? di mana tiada maksiat? di kuala Lumpur? di bukit bintang tiada maksiat? di bandar melaka tiada maksiat. di JB tiada maksiat? di kedah tiada kes rogol? berapa ramai orang kedah memyeberang ke Danok setiap malam. mungkin tan sri tahu sebab tan sri org kedah.

      pandangan tan sri dangkal. maksiat dan jenayah berlaku di mana2. jenayah dan maksiat berlaku kerana rakyat diabaikan... orang atasan pun melakukan maksiat dan jenayah. tak mungkin tan sri tak tau

      Delete
    2. Di mana mana ada kemiskinan dan maksiat tetapi mengikut statistic polis dan juga ekonomi negara yang tertinggi sekali adalah di Kelantan dan lain lain negeri tidak pula mendakwa negeri mereka sebagai Serambi Mekah sebaliknya Kelantan adalah menjadi contoh sebuah negeri yang memalukan Malaysia dalam hal ini. orang-orangnya berhijrah ke negeri lain untuk lari dari kemiskinan. Penagih dadah paling tinggi ,anak bunuh ibu dan bapa. Sila buat kajian. Kemudian Tok Guru cuba menipu orang Islam dengan mendakwa Kelantan sebagai negeri Serambi Mekah. Bukan Serambi Mekah tetapi sebenarnya serambi Maksiat. Bila berkuasa di Selangor bertolak ansur pula untuk membiarkan penjualan arak dan pembukaan pusat pusat maksiat.

      BN menyedari apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat di negara yang demokratik dan liberal . Tetapi orang yang tidak boleh berfikir dan tidak dapat mengimbangi pemikiran mudah tertipu dg slogan dan cakap yang penuh emosi tetapi tidak boleh menjadi realiti.Mereka ini tidak sedar kedangkalan diri dan terus hidup dalam khayalan sendiri dan harapan yang tidak akan tercapai .

      Delete
    3. Saya amat setuju dengan komen Tan Sri pada 11:07.
      Tak kira liberal atau nationalist, kemakmuran dan keharuman bangsa mesti ditingkat dan adat budaya dipelihara. Jika perut lapar, bagaimana nak solat dengan kyusuk. Jika tidak berkemampuan, kita mudah 'dibeli'. Bangsa kita bukan dari kalangan Arab padang pasir. Kita hidup di kawasan panas lembab (humidity tinggi) dan bukan kering seperti di Timur Tengah atau padang pasir. Image Islam tidak semestinya nampak mulia dengan berpakaian dan berwajah Arab yang berjanggut. Kita mesti sedar bahawa tok-nenek kita beragama Hindu sebelum ketibaan Saudagar Arab, 500 tahun dahulu ketika 'syiar Islam padang pasir' sedang mengalami perpecahan dan konflict.

      Saya juga setuju dengan pendapat mengenai kedua-dua calon yang paling sesuai sebagai PM atau penganti Najib?
      Di KL, Bukit Bintang, Melaka dan JB, memang ada maksiat, dan hampir kesemua premis ini diuruskan oleh bukan-Melayu secara tidak sah dengan berselindung disebalik lesen pusat-urut/hiburan atau GRO. Kecuali JB, pusat bandar ini dikuasai DAP. Sejak di kuasai Pakatan (PAS juga), Selangor juga bercambah dengan pusat-urut dan hiburan/karaoke. Tetapi di Kelantan, diberi jolokan Serambi Mekah, dan dikuasai Party Agama PAS yang dipimpin oleh 'orang Agama', pun ada sarang pelacuran. (Seperti yang dibongkar oleh Kickdefella). Saya rasa, ini suatu yang membinggungkan. Ya, di Kedah juga ada kes rogol. Tetapi kalau statistic di ambil kira, Kelantan lebih tinggi dan jika diambil contoh rogol bergilir-gilir (38 orang keberapa? ada yang bersaudara?), ianya lagi menghairankan. Jika Kedah mempunyai sempadan dengan Thailand, Kelantan, Perak dan Perlis juga sama. Amat payah untuk mengenali rupa orang yang menyeberangi sempadan untuk 'berhibur'. Kesemua negeri ini mempunyai ramai keturunan Siam. Rupa mereka, seiras Melayu. Selalunya Melayu yang menyeberang akan menanggal ketayap. Jarang kita lihat lelaki bersongkok, di sempadan.
      Jika diambil kira statistic HIV pula, lagi kita terbeliak mata. Di Negeri mana lebih tinggi? Tidakkah ini mencemar image Islam?

      "Akidah umat Islam akan kuat kalau negara makmur. Kalau miskin mudah dibeli. Nik Aziz akan ditanya dikubur kenapa banyak maksiat di Kelantan."
      Saya setuju.

      Delete
    4. Ulama spt nik aziz ini tergamak meredhakan serta mendoakan yg buruk2 terhadap saudara seagamanya...Mahathir dan umno tdk pernah mendoakan yg buruk pada parti PAS...Mgkin skrg ini, doa itu ibarat senjata yg telah makan tuannya balik...

      Delete
  5. Zeiti anak pak ungku aziz gabenor Bank Negara seorang yg liberal tetapi menjadi banker no 1 di dunia. walaupun tak berhijab tetapi dihormati dunia sebagai seorang wanita Islam yg meningkatkan maruah umat Islam dan juga Malaysia sebagai negara Islam.Dia memberikan Imej yang baik terhadap Islam sebagai agama yang progresif dan bertemandon.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri,

    masalah kita ialah org melayu ialah moral. moral hanya ada bila tidak ada kesempatan.

    lihat saja lah kakitangan awam. polis, kastam, immigresen, orang politik. bila ada kesempatan, hilanglah moral.

    hari ini rasa malu bila baca pegawai kastam berumur 57 tahun dituduh menerima rasuah sampai 600k.

    org melayu bila bercakap ikut convenience. kalau dia tiada kepentingan, maka pandangan dia akan konstruktif bila ada kepentingan, cakap lain

    kita hanya hebat hanya dgn slogan tak kan melayu hilang di dunia. kita hentam yahudi. kita suruh rakyat kita jgn pakai whatsapp. pakai telegram. tapi yg buat telegram bukan melayu pun..

    itu masalah pokok kita

    pemimpin di msia dipilih ikut siapa ada duit. siapa bayar lebih. yg ada akal, tapi tak ada duit, tak boleh jadi pemimpin

    lebih baik amerika dari msia

    di amerika, undilah sapa saja. tak pulak rakyat dihukum kerana undi parti lain dari parti pemerintah.

    selagi umno gunakan wang utk tentukan pemimpin, sampai bila kita tak akan pemimpin yg ikhlas

    ayat kita ketandusan pemimpin sudah lapuk

    hanya yang berkuasa akan berkata kita ketandusan pemimpin kerana hendak terus berkuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 13:59.
      DAP, PKR dan PAS berpolitik bukan kerana WANG?
      Guan Eng jual tanah kerajaan Negeri kepada pemaju, bukan kerana WANG?
      Langkah Kajang bukan kerana WANG?
      Rebut jawatam MB Selangor bukan kerana WANG?

      Delete
  7. Mungkin kita kena menerima hakikat, Tun Dr Mahathir tidak akan kembali menjadi Perdana Menteri. Tidak ada juga orang lain yang sama macam Tun. Orang lain mungkin tidak sepandai Tun.

    Mungkin kita juga kena menerima, tak semua orang boleh mentadbir negara macam Tun Mahathir buat. Kemampuan yang ada macam Tun.

    Kalau tidak ada, mungkin kita terima seadanya. Bukanlah menerima itu kita tak boleh memperbetulkan apa yang pincang dan sebagainya. Tapi kita kena belajar, menyesuaikan diri dalam bentuk pemerintahan yang berlainan dengan Tun. Yang lebih kolektif dan menggunapakai musyawarah. Yang perlu saling betul membetulkan.

    Macam pepatah orang-orang Minangkabau bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kita seolah-olah lupa budaya ini yang dahulunya menjadi aset nenek moyang kita bagi mengemudi sebuah negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kita boleh buat macam Singapura yang ada 'Mentor'.
      Atau kita adakan 'Council of Elders' seperti di cadangkan oleh OutSyed The Box'. Jika di jemput, Dr.M boleh juga berada dalam 'badan penasihat ini'.

      Delete
    2. Council of Elders? Dah tua-tua buat apa kerja lagi. Bagilah kat orang muda. Umur lanjut pun masih nak kerja lagi, Nanti orang muda keluar universiti tak ada kerja pasal yang tua ni duk ada lagi kat situ. Masalah pengangguran pula meningkat. Bagilah peluang kat orang muda.
      Bila umur dah lanjut, kenalah banyak buat amal ibadah. Tak ingat nak mati ke? Banyakkanlah ke surau atau masjid. Bersedekah jariah. Rumah kata pergi, kubur kata mari...

      Delete
    3. org muda kalau buat amal lagi dapat kumpul pahala banyak, boleh booking bidadari yg banyak kat syurga, kalau rasa ada lebih bolehlah bagi ckit kat org-org tua yg tak sempat p masjid sebab sibuk nak meminpin :)

      Delete
    4. Anon 21:39.
      Ahli politik mana ada had umur pencen. Mereka boleh kerja sampai mati. Macam Nik Aziz yang lebih muda dari Dr.M, walaupun baru lepaskan jawatan MB Kelantan kerana uzur, tapi masih aktif dipentas politik, berdoa celaka keatas sebangsa seagama.
      Ahli politik adalah 'species' istimewa. Mereka yang gubal akta pekerjaan sedemikian rupa. Bekas banduan salah-guna kuasa pun boleh dilantik sebagai Ahli Parlimen.
      Nama pun 'Council of Elders', mana mungkin orang-tua yang duduk dalam 'kaunsel' ini boleh menutup peluang anak-muda.

      "Tak ingat nak mati ke? Banyakkanlah ke surau atau masjid."

      Pendapat sebeginilah yang memundurkan lagi orang Islam kebelakang. Agama rugi jika orang berkebolehan dipaksa berundur, walaupun sihat minda dan tenaga, supaya menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah ibadat kerana "ingat mati" !!!!!
      Saudara solat kerana ingatkan/takut mati?

      Delete
    5. Mereka nampak hanya masjid sebagai tempat ibadat,buat amal menerusi politik bukan ibadat.Inilah fikiran sempit.

      Delete
  8. Maksiat kat mana2 pun banyak. Mcm mana dengan kadar maksiat di Johor semasa era Mahathir.. Di Penang zaman Gerakan.. Di Selangor Zaman BN.. Sama rancak dan subur mcm Kelantan juga. Kalau nak melayu sangat kenapa menteri2 tak pakai songkok hari? Encik Zam dulu kenapa masa jadi menteri tak pakai songkok hari2 jikalau songkok menjadi ukuran kemelayuan seseorang? Kilang arak terbesar di Selangor pun zaman Mahathir dan BN juga. Dari sudut itu bagaimana? Adakah liberalnya itu menaikkan imej Islam?

    ReplyDelete
  9. Dan satu lagi Nik Aziz akan ditanya dalam kubur tentang maksiat yang banyak di Kelantan. Akan tetapi Mahathir akan ditanya dalam kubur maksiat satu Malaysia. Dari Perlis sampai ke Sarawak. Agaknya siapa lagi kena banyak soalan kubur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana soalan dalam kubur dah boleh bocor? siapa yang menjadi dalang membocorkan soalan kubur ni? patut kita sama2 report polis kalau macam ni....

      Delete
    2. Mat sapu dengan dua barua dan bapa barua.ha ha ha

      Delete
  10. Mahathir jawab dia buat lebih banyak untuk meninggikan imej umat Islam supaya Islam tidak dianggap agama jumud dan dhalim( kemiskinan adalah kedhaliman di Kelantan). Malaysia menjadi negara Islam contoh, Putrajaya bandar Islam yang terindah,menara Petronas yang mengilangkan perasaan rendah diri rakyat Malaysia,membuktikan orang Islam boleh,LRT memberikan kemudahan pengangkutan untuk orang Islam dan bukan Islam.
    Nik Aziz pula akan ditanya kenaapa perempuan pelacur di Singapura, Penang dan di Kuala Lumpur banyak datang dari Kelantan.Kenapa sokong homosexual yang sekarang menurut Hadi menjadi kepala barua dan penyogok wang menjadikan dua orang pemimpin Pas juga barua? Banyak soalan yang terpaksa di jawab oleh Nik Aziz di akhirat dan dia tidak lagi boleh bohong Malaikat mengatakan Kelantan Serambi Mekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Kelantan miskin? Nampak je miskin tapi "cash rich." Purchasing power tinggi & tak suka berhutang.

      Berbanding para Melayu di Lembah Klang, nampak kaya tapi berhutang sana-sini.

      Delete
    2. Betul tapi mereka kaya dengag mencari rezki di negeri lain terutamanya di Kuala Lumpur. Sayang kerana ekonomi tidak baik di Kelantan,tidak ramai pengguna,maka keusahawanan orang Kelantan,kebijaksanaan berniaga tidak dapat diaplikasikan di Kelantan. Adalah yang kaya dari asal sebagai pembuat dan penjual batik dan songket.

      Orang kaya Kelantan pasti ada rumah di KL dan di kampong sendiri sebab tidak senang dan selesa duduk di Kelantan.Kenapa?

      Delete
  11. Salam.
    Keberanian merupakan ciri paling utama yg mesti ada pada seseorang pemimpin. Berapa banyak ilmu dan harta kekayaan yang ada pada seseorang tidak akan bermanafaat jika sifat berani tidak wujud dalam jiwa nya.

    ReplyDelete
  12. Saya merupakan anak orang minang tukang songkok dan saya telah lalui kegemilangan dan kepudaran jualan songkok dari tahun 50 an hingga kini.
    Pernah bantu bapa menjaja songkok masa masih bersekolah lagi sampai peringkat remaja di negeri Johor ini dan saya dapati jualan sekarang tidak sehebat tahun 60'an dan 70'an.

    Sapertimana Tan Sri kata kupiah putih telah diganti dengan songkok hitam.
    Nasib baik di negeri Johor, murid lelaki di wajib pakai baju Melayu Teluk Belanga warna putih dan bersongkok hitam. Berharap sangat lah jangan ada cadangan dari Pak Ustaz untuk menggantikan nya dengan jubah dan ketayap putih.

    Sambil saya bincang tentang pakaian orang Melayu, lihat sahaja lah di majlis jemputan kahwin seantero Semenanjung, kurang sangat prihatin terhadap pemakain. Mungkin tidak berleluasa kepada kaum wanita yang tetap memperaga pakaian cantik tapi sopan saperti baju kurung, kaum lelaki tidak mengambil berat terutama gulungan remaja. Memakai seluar jean dan t-shirt tanpa kolar menjadi kebiasaan dan ada juga pakai seluar tiga suku dan berselipar.

    Hanya kaum lelaki yang berumur 40 tahun keatas mamakai baju batik atau baju yang kemas, tetapi amat kurang langsung yang berpakaian baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok hitam, kecuali pada jemputan orang kenamaan di hotel 5,6 bintang.

    Kalau dahulu orang Johor merupakan benteng pemakain baju melayu Teluk Belanga di majlis kenduri, tahlil, sembahyang Jumaat dan sapertinya, sekarang jarang kelihatan kecuali pada Hari Raya sahaja.

    Jika MB Johor dulu berjaya mempromosikan zapin, saya sarankan agar MB baru dapat bantu memulihkan adat budaya Melayu dari segi pakain saperti baju Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adi Putra Kepala Batas.25 September 2014 at 22:12

      Maktab Mahmud sekolah Arab dan agama yang terkemuka di Kedah tidak menggalakan pelajar pelajarnya berkupiah putih kerana dianggap kolot,melambangkan pondok sekolah agama yang tidak moden dan tidak sesoai dengan zaman

      Maka itulah bekas bekas pelajarnya yang menjadi pembesar pembesar negara seperti Halim Ismail Pengasas Bank Islam, Allah Yarham Azizan MB Kedah, Fadhil Noor bekas Presiden Pas jarang sekali berkupiah putih.

      Anak anak kita harus diajar kembali bersongkok hitam.Sekolah sekolah mesti mewajibkan pelajarnya berkupiah hitam untuk sembayang jumaat seperti pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid College Alur Setar.

      Kita tidak harus berpakain seperti Arab kerana bangsa ini pada keseluruhannya adalah memalukan Islam dengan kelakuan,ketamakan dan kesukaan mereka bergaduh sama sendiri.

      Buanglah kupiah putih dan pakailah songkok Melayu bila diperlukan terutamanya untuk sembahyang Jumaat.

      Delete
    2. Hari ini kopiah lebai boleh menarik pengundi Melayu apa dikira sangat. Tengok calun Kubur Panjang pergi buang undi pakai jubah dan kopiah putih . Tengok Mukhriz dah mula pakai kopiah putih untuk menghapuskan imej elitisnya sebagai anak Mahathir.

      Janji menang pilihanraya.

      Delete
    3. Kopiah putih simbul politik, tutup urat lindung kejahatan. agama jadi permainan. hidup ini penuh kepalsuan.

      Delete
    4. Ramai yang begitu skeptikal dengan kopiah putih kerana ia sinonim dengan gaya masyarakat arab. Dan memukul rata bahawa semua arab memalukan Islam. Jika anda tak suka orang2 Pas dan arab, kenapa kopiah putih yang menjadi mangsa? Tidakkah kopiah putih dan jubah itu pakaian yang disukai Nabi? Salahkah umat Islam suka dan cenderung kepada pakaian yang disukai oleh Nabi mereka? Orang2 Melayu Islam pun makin lupa bahawa nikmat Islam yang diperolehi oleh mereka adalah hasil dakwah orang2 arab yang berkopiah dan berserban kepada datuk moyang mereka. Selepas bangsa melayu dimuliakan dengan agama Islam yang disampaikan oleh lebai2 arab berkopiah, kalian caci mereka dan perlekeh pakaian mereka. Bangsa Melayu yang tidak Islam di dunia ini ramai. Akan tetapi mereka tidak dipandang gah dan mulia oleh dunia selain Melayu di Malaysia.. Kerana apa? Tidak lain kerana Islam. Yang disampaikan oleh lebai arab berkopiah dari Yaman dan tanah arab yang kalian hina dan perlekehkan.

      Delete
  13. Kenapa pemimpin Malaysia mesti takut untuk haramkan arak, judi dan rokok. Gunalah alasan kesihatan. Semua itu mengancam nyawa dan memporak perandakan masyarakat. Bukankah Islam adalah agama persekutuan Malaysia? Adakah dengan memberi lesen untuk itu semua dapat menaikkan imej Islam? Kenapa pemimpin beragama Islam di negara Islam seperti Malaysia perlu takut kepada desakan bukan Islam untuk bagi permit arak dan judi?

    Di seluruh Malaysia seks bebas tersebar. Kelahiran anak luar nikah bertambah. Adakah itu kejayaan Islam dari kaca mata liberal Tun M?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik tokoh agama dihormati terbabit berdoa agar bilangan rakyat Kelantan dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia, HIV, berkurangan. Menurut Kementerian Kesihatan, negeri pimpinan Nik Aziz mencatat jumlah jangkitan HIV tertinggi di Malaysia tahun lalu, 749 kes berbanding Johor, 501 dan Selangor, 441 kes.

      Delete
  14. Dan sebetulnya penduduk Islam Malaysia yang bersungguh mahu melihat ketuanan Islam dan Melayu bukannya tegar menyokong Pas. Akan tetapi mereka kecewa kerana melihat Umno tidak mampu menunjukkan teladan yang baik dalam keislaman mereka. Maka mereka tiada pilihan lain selain menyokong Pas. Itu hakikat yang Umno dan BN harus sedari. Seperti itu juga di Selangor di mana rakyat Selangor bukan suka sangat dengan PKR dan PAS.. Tapi apa yang Umno buat di Selangor membuatkan mereka tiada pilihan. Janganlah mimpi Umno dapat merampas semula Selangor. Selagi mentaliti orang Umno tidak diubah.

    ReplyDelete
  15. Next PM after GE 14 Azmin Ali ?

    ReplyDelete
  16. Saya setuju tetapi mentaliti orang Melayu dan rakyat Selangir boleh berubah setelah berada di bawah Pakatan Rakyat yang lebih banyak bermain politik dan tidak dapat memberikan pemeritahan yang stabil sebaliknya mementingkan isteri dan keluarga dan menidakan orang yang berguna.Tidakkah ini lebih buruk dari BN. Sekarang rakyat ada pilihan,still yang terbaik adalah BN dan harus kembali kepada BN dan UMNO tetapi muka muka anak haram jadah UMNO di Selangor mestilah ditukar.

    ReplyDelete
  17. Melayu itu bukan pada pemakaian sahaja.. ia pada jati diri dan perwatakan.. apa guna bersongkok bila tak berbudi bahasa. P/s - saya pakai kopiah sebab saya takut dahi saya x cecah lantai habis waktu bersujud.. adakah saya tidak melayu? Still sokong umno juga Beranjakan paradigma la sikit ye tan sri

    ReplyDelete
  18. Memang songkok tidak perlu di pakai setiap sembahyang waktu tetapi sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk sembahyang Jumaat. Tidak pernah kita ingat memakai songkok itu maka kita jadi Melayu sama seperti kita memakai baju kebangsaan tetapi ia menjadi identiti budaya. Budaya bukan amalan harian tetapi pada waktu waktu yang sesoai dan membangunkan perasaan kekitaan kita sebagai Melayu. Sudah beratus tahu orang Melayu bersongkok tetapi pengaruh ke Islaman yang sempit telah menghancurkan identiti bangsa. Jika di Mekah memakai songkok maka kita tahu dia adalah dari Malaysia tetapi sekarang kita tidak pasti,mungkin semua dari Indonesia. Kalau di Mekah atau di Madinah sembahyang tak pun pakai kopiah putih maka apa perlunya nak pakai di negara kita. Banyak lagi sunat yang lebih besar. Tok nenek kita dah pakai songkok maka apakah sembahyang mereka tak sah dan demikian juga sembahyang Melayu Brunei,Sarawak dan Sabah.Fikiran sempit menjadikan amalan agama sukar.
    Sebetulnya apa yang berlaku adalah membayangkan orang Melayu Semenajung tidak mempunyai keperibadian yang kukuh.

    ReplyDelete