Saturday, 27 September 2014

MENTERI BESAR PERTAMA BANTAH PM NAJIB MAHU HAPUSKAN AKTA HASUTAN.

SYABAS MUKHRIZ ! KAWAL VOICE OF  MODERATION

 Datuk Seri  Mukhriz Mahathir adalah Menteri Besar yang pertama di negara ini menyuarakan bangkangannya terhadap usaha untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 sementara lain lain Menteri Besar terus diam membisu  seribu bahasa walaupun telah bangkit  kemarahan rakyat di seluruh negara terutamanya orang Melayu terhadap hasrat kerajaan untuk menggantikannya dengan Akta Harmoni.

Tentunya  rakyat Kedah tidak merasa sia-sia telah memilihnya untuk menjadi menteri besar mereka.

Bercakap kepada pemberita setelah merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pulai hari ini ,Mukhriz berkata adalah lebih baik akta itu dikekalkan bagi menjamin keselamatan,perpaduan dan kerhamonian kaum.

Sebenarnya inilah akta yang dapat menjamin kekalnya The Voice of Moderation di negara ini dengan  mengawal rakyat dari  bersikap melampau dan tidak mengeluarkan perkataan yang tidak menghormati perasaan orang lain atau kaum lain.

Mukhriz   telah mencabar mereka yang mahu akta itu dihapuskan supaya menunjukan apakah dan di manakah  kelemahannnya.

Apakah Menteri -Menteri Besar lain dan juga Ketua -Ketua Menteri tidak mendengar suara rakyat,tidak dapat mengahayati perasaan di akar umbi,tidak nampak apa yang Mukhriz nampak, tidak turut merasa bahawa pengumuman untuk menghapuskan akta itu sebagai satu langkah kebelakang dalam usaha menjamin demokrasi dan transformasi dapat berjalan dengan licin dan berkesan di negara ini? 

Berikutan dengan pengumuman  untuk menggantikan akta itu dengan Akta Harmoni,telah bangkit kemarahan orang Melayu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang telah pun menghapuskan ISA. Mereka  terdiri  dari berbagai lapisan masyarakat  termasuk bekas- bekas hakim,bekas bekas ketua polis negara,bekas bekas pegawai tentera dan polis dan pertubuhan pertubuhan NGO Melayu .
.
Orang tidak terlalu bodoh untuk tertipu dengan perkataan harmoni sebagai pendekatan mesra dalam menjalankan undang-undang. Ini akan menampakan ketidak kejujuran kerajaan dalam perlaksanaannya kelak sebaliknya yang akan terlihat ialah perbuatan yang mokery.

Sewajarnya lain lain menteri besar juga memahami perasaan rakyat di akar umbi. Masanya telah tiba untuk mereka bangkit bersama bagi menyedarkan Najib supaya tidak seronok sendiri yang akan memburukan lagi sokongan terhadapnya.

SYABAS MUKHRIZ! 

FROM THE STAR ONLINE.
Published: Saturday September 27, 2014 MYT 5:24:00 PM
Updated: Saturday September 27, 2014 MYT 6:51:12 PM
JOHOR BARU: Those who want the Sedition Act 1948 repealed should explain its weaknesses, said Datuk Seri Mukhriz Mahathir (pic).
“So far, I have not heard of anyone giving an explanation on the Act that is seen as weak, biased and not in line with the current environment … where is the weakness of the Sedition Act?” he asked reporters after opening the delegates meeting of the Kulai Umno division here, Saturday.
Also present was Kulai Umno division head Zainal Abidin Jidin.
Mukhriz, who is also Kedah Mentri Besar, pointed out that it was best for the Sedition Act to be retained to ensure security, solidarity and racial harmony in the country.
On the proposal by the Government to replace the Act with the National Harmony Act, he said the promulgation of the new Act must be carried out carefully before it was approved for implementation.
“What we fear is that the interested parties are not given an opportunity to look at the new Act before its approval,” he said.
Earlier in his speech, Mukhriz called on all Umno members to uphold a sincere attitude in championing the party’s cause. – Bernama

21 comments:

  1. MB Kedah sudah mula ikut rentak akar umbi.
    Baguslah kalau begitu.Bukan semua pemimpin macam MB Kedah.
    Ketua UMNO bahagian diKedah jangan percaya sangat.Main selamat banyak sangat.
    Syabas MB kedah.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya Mukhriz Mahathir telah menampakkan , 'belang' untuk menjadi pemimpin terbaik rakyat Malaysia. Kelebihannya berani memperkatakan apa yang difikirkan terbaik untuk agama, bangsa dan Negara walaupun mungkin tidak disukai oleh bosnya!.

    MB, KT dan pemimpin pemimpin UMNO yang lain mana ada keberanian tersebut. Ini disebabkan tanpa sokongan Najib mungkin jangka hayat politik mereka akan pendek. Mereka tidak ada kekuatan politik sendiri untuk terus menyerlah dalam dunia politik.

    Ini berbeza dengan Mukhriz Mahathir . Dia ada kekuatan poltiknya sendiri. Dia juga juga berani mengambil risiko untuk berbeza pendapat dengan bossnya untuk memperkataaqn kebenaran.

    Saya yakin dia bersedia untuk 'terduduk' dalam politik kalau sesuatu tindakan diambil terhadapnya.

    Tetapi percayalah pemimpin pemimpin yang mengalami jatuh bangun dalam politik akan menjadi pemimpin yang terbaik.

    Hayatilah sejarah hidup pemimpin pemimpin besar dunia walaupun pernah dipenjarakan, dipijak pijak segala usahanya untuk bangun semula tetapi akhir mereka Berjaya menjadi pemimpin yang hebat!

    Malah TDM selepas dipecat daripada UMNO akibat 'keceluparannya' di zaman Tuanku Abd,Rahman bangkit semula untuk menjadi PM selama 22 tahun.

    Siapa menyangka selepas begitu lama menjadi 'gelandangan politik' TDM menjadi PM Malaysia paling lama!

    ReplyDelete
  3. Itulah Mukhriz yg mewarisi kehebatan dan keberanian Tun M. Pemimpin masa depan yg diharap dapat mengembalikan kegemilangan negara sebagaimana era bapanya.

    ReplyDelete
  4. Kalau x nak UMNO melingkup,mb-mb umno yang lain kena ikut rentak Mukhriz ni.

    ReplyDelete
  5. Mr. Najib doesn't seem to understand that the "Sedition Act" should have always been enforced judiciously with a view to the social harmony of the nation. You can correct any instance of abuse to a good established law but to nullify it without due consideration and prudent judgement in preference of some novel and vague act penned by less than qualified individuals is nothing but weak-minded fancy.

    ReplyDelete
  6. dan sahih lepas nih pm akan menggerakkan jenteranya tuk boikot mukhriz...dan pemimpin umno tertinggi terendah akan senyap sunyi takot ilang kedudukkan dan imbuhan....aq sokong mukhriz dan semuga Allah memberi taufik dan hidayah kpd pemimpin umno yg lain....

    ReplyDelete
  7. Kenapa berita yang penting oni tidak ada di akhbar akhbar perdana lainnya tertutama akhbar Bahasa Malaysia seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Apakah hanya Star mempunyai kebabasan?

    ReplyDelete
  8. RAMAI LEMBU SOSIAL MEDIA DI MALAYSIA YANG KEBANYAKAN BUKAN MELAYU TIDAK DAPAT MELIHAT AKTA HASUTAN SEBAGAI DAPAT MENGAWAL EXTREMISME DAN DEMOKRASI. JIKA TIDAK TERKAWAL LIDAH AKAN BERKATA APA SAHAJA UNTUK MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN. SAYA BERHAK UNTUK BERKATA KEPADA AWAK SEMUA YANG MENGHENTAM NAJIB SUPAYA MENGKOTA APA YANG DIKATAKAN DI UN SEBENARNYA AWAK SEMUA BARUA AMEREKA.

    ReplyDelete
  9. Setiap bahagian UMNO yang telah meyokong Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden UMNO mestilah memberikan sokongan dalam membantah pindaan Akta Hasutan 48 dan jika perlu dipinda tidaklah perlu dinamakan Akta Harmony yang menampakan tolak ansur kerajaan. Apakah kerajaan takut dengan barua Amerika di negara ini?

    ReplyDelete
  10. Kenapa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bersikap menyokong Najib dalam usaha untuk menggantikan Akta Hasutan.Beliau telah menjelaskan bahawa pindaan bertujuan untuk memperketatkannya lagi. Adakah Najib telah berunding dengannya dan sejauh manakah keyakinannya.

    Jika Najib telah memberikan taklimat kepada Ketua Pemuda kenaapa tidak kepada semua menteri besar? Ketua Pemuda lebih penting dari Menteri Besar dan Ketua Menteri yang mendekati rakyat setiap hari.
    Adakah Menteri Besar tidak sensitif atau takut untuk sensitif?

    ReplyDelete
  11. Good Job Mukhriz...Yg lain x de teloq...

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri.

    Najib...berjaya menjadikan lebih dari separuh...Ketua Bahagian...Ahli MT...Naib Presiden....SEBAGAI ORNG YES MEN ATAU 'ALL THE PRESIDENT MEN".

    Apa yg boleh diharap dari KJ ?.....Ketua Pemuda Umno?....dah dpt jadi menteri...bisu seribu bahasa.....kukuh kan kedudukan dan cari publisiti murah untuk diri sendiri bolehlah.....nak jadi 'pressure group' ?....'sorry' la.

    Buat habis beras saja dgn tokoh seorg ni.....cakap saja nmpak pandai....tapi 'wisdom' masih tahap rendah....kepentingan diri no1.

    Cuba kita lihat pula ketua2 yg paling dekat dgn Najib....kecuali TPM.....mahukah mereka tidak setuju dgn cara Najib?

    Yg senior pula...terutama bekas2 menteri yg jadi Punasihat...seperti....Syarizat...Azalina...Rais Yatim....Puak2 ni ...mahukah mereka tidak setuju dgn Najib?

    Semua ada kepentingan belaka.....Punah Sihat Negara katakan.. dah jadi Pak Turut dan Pak sanggup berangkali lah....hmmm...habis beras belaka.

    Org Kedah kata.....'mangkuk hayun semua ini....smpai mati pun tak kan lawan cakap tokey....selagi depa ada habuan'.

    Kepentingan bangsa dan ugama no2....kepentingan diri no1...

    Puak2 ni bukan sayang bangsa....cuma sayang kedudukan dan akan 'jilat telog Boss' selagi ada habuan...

    Org Melayu yg mcmlah ni paling tak guna....tak ada malu....malah boleh menjahanamkan bangsa...
    Masih nak kepak duit kerajaan....walau pun dah tak boleh 'add value' lagi.

    Semua pun berpunca dari Najib juga...yg suka cara begini.

    Umum pun tahu....Najib tidak senang dgn org seperti Mukhriz....sebab itu...undi dari Pahang buat Mukriz...langsung tiada semasa mencabar Hishamuddin dulu.

    Ini kerja kotor dari seorg Presiden.


    Terima kasih.


    ReplyDelete
  13. Bab akta ni pandai je mukhris ni cakap. Bab kuin dia tak nak komen ke? Jika sayangkan kedah kekalkan kuin di alor setar. Penyokong umno pun suka. Dok ikut telunjuk pas buat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang sorang saja tak mau pindah. Hangpa la dok cucuk Barni masa jadi Timb Rektor KUIN la ni Barni pun seram sejuk.
      Awat susah sangat nak pindah ke Kuala Ketil? Ustaz Azizan dah mula benda baik sokong saja la.
      Hang tak mau pindah kerana hal pribadi hang nak dok bawah ketiak masam bini. Hang kena pikiaq student sama. Dok di Mergong macam dalam seghon ayam hang tau ka??
      Kalau hang tak suka hang belah pi cari kerja tempat lain.

      Delete
    2. Tudia. Penyokong kuat mukhris mai bela. Aku setuju dengan anon 22.16. Org kaki jilat semua sokong. Linkup kuin pun dok jilat lagi. Yuran nak naik. Bagus la. Org buat kuin untuk alor setar tapi depa dok ubah ikut dan. Kalau majoriti tak mau pi apa hampa nak buat? Nak buang? Mukhris janji nak kekal kat alor setar. Mana janji dia?

      Delete
  14. Man Hantu Raya,Sg Derhaka Kuala Muda.29 September 2014 at 07:11

    Orang bercakap pasal tindakan positif dan berani Mukhriz tetapi dia nak tunjukan kelemahan Mukhriz dalam soal lain. Ini mesti geng lama,umno tua yang dengki dan tak suka orang baru ambilaleh MB Kedah. Masih banyak geng ini yang dok rasa depa sahajalah bagus tetapi melengkop duit rakyat. Apa jadi projek kapalterbang?

    ReplyDelete
  15. Najib patut explain the weaknesses of the act since he's the one yang beria ria benar nak ikut telunjuk pembangkan dalam menghapuskan nys and ISA. Najib is a season politician takkan benda kecikni pun tak boleh handle. Just explain the weaknesses and the injustice of the seditioan act to the people . Simple as that and much more simple if Najib sent appllication to DAP to be a member since he act is in sync with DAP's. Ok ok sorry Maybe PKR as AI is loosing the plot. Maaf Najib gurau je.

    ReplyDelete
  16. Begitulah Mukhriz yang telah berani menentang arus Presdiden UMNO DS Najib.
    Mungkin Mukhriz cuba alih kelemahan MB dan EXCO nya diKedah yang amat malap dan tak mantap.
    Kenapa Mukhriz buat kenyataan di Johor.Tamparan pada Hisham.Atau pun nak balas balik DS Najib punya statement di Jerlun pasal Akta Hasutan 1948.
    UMNO telah ada banyak kepala dan mulai retak.Sudah ada puak Zahid dan Hisham.
    Zahid pun ramai rangkaiannya.Hisham pun ada penyokoongnya.DS Najib katanya dipihak Hisham.Maka ramai lah yang lari masuk kem Hisham.
    Yang paling nyata UMNO telah berpuak-puak dengan kem bakal TPM atau bakal Timbalan Presiden.
    Pemimpin UMNO dan ahli UMNO tak sedarkah yang besar kemungkinan PRU 14 UMNO akan jadi pembangkang......

    ReplyDelete
  17. Benarkah Mukhriz dan exconya lemah. Bagaimana dengan rancangan lapangan terbang antarabangsa di Kulim dan industri yang baru masuk ke Kulim.
    Jangan tengok hanya kelemahan UMNO sahaja dan terlalu sentimen pembangkang akan berjaya. Anwar sudah tudak dikehendaki lagi oleh Pas untuk jadi PM.Perpecahan teruk berlaku didalam Pakatan Rakyat, harapan DAP bergantung kepada PKR juga musnah,keyakinan orang Cina pada DAP merosot.

    Janganlah terlalu optimistik bagi pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  18. AIRPORT DI KULIM - REALITI DAN FANTASI.

    Pengundi Kedah dah mangli dengan janji-janji pemimpin dari ‘federal’ bila balik menjadi MB. Dulu ketika Sanusi Junid dihantar oleh Mahathir balik ke Kedah untuk jadi MB secara paksaan untuk diterima oleh wakil-wakil rakyat di Kedah amboi bukan main cita-cita nak bangunkan Kedah.

    Kononnya nak tambak laut dari Sanglang ke Kuala Muda. Syarikat Samudera Darulaman diberi hak ‘deal ‘ pasir di Acheh. Rakyat Kedah menaruh harapan mengunung. Sanusi nak tanam padi atas bumbung. Gagasan MENJERO –Mental, Jasad dan Rohani hanya tinggal gagasan. Akhirnya bila Sanusi tersungkur tak dapat 2/3 dlm pilihanraya politik BN menjadi nyawa-nyawa ikan di Kedah. Gagasan tinggal gagasan, tambak laut jadi bahan lawak penglipurlara rakyat Kedah.

    Hari ini mai pulak Mukhriz. Dok nak buat airport di Kulim. Kesan dari pengumuman Mukhriz itu telah melahirkan ramai speculator harta tanah mula goyang loceng jadi broka nak jual tanah di Kulim dan kawasan yang sekitar dengannya. La ni dah ada ketua bahagian UMNO dok gila merian melobi projek nak buat airport bawa profile syarikat jumpa MB. Menjual air lior sana sini.

    Hakikatnya pengundi pun dah cerdik la ni. Depa tau projek jangka panjang macam ini bukan senang nak dilaksanakan. Pengambilan tanah sahaja memakan masa 3 atau 4 tahun. Kajian EIA sahaja makan masa 4 tahun. Itu tidak termasuk lagi gangguan ekonomi negara oleh dengan pergolakan di Asia Barat dan negara China yang hari ini sedang berlaku tunjuk perasaan di Hong Kong di mana generasi muda mahukan demokrasi mutlak dengan sokongan ‘the hidden hand of America”.

    Jika semua ini diambil perkiraan secara rasional bermakna projek ini akan menjangkau lebih dari 10 tahun. Tempoh satu penggal Mukhriz jadi MB pun tak lama. Lagi sekali PRU Mukhriz akan balik federal dan tinggal Kerajaan Kedah terkontang kanteng. Masa itu mai pula MB baru yang entah apa pulak projeknya nasib tak baik balik kepada pemerintahan PAS.

    Apa yang Mukhriz harus tumpu ialah menambah nilai sektor yang sedia ada seperti pertanian dan pelancungan. Kerajaan persekutuan telah berbelanja billion ringgit memajukan Langkawi persoalannya apa usaha Kerjaan Negeri menarik pelancung dari Langkawi ke tanah besar? Tahun lepas kedatangan pelancung ke Langkawi dianggarkan berjumlah 2.8 juta malangnya tak sampai pun 10% yang datang ke tanah besar. Siapa yang untung dengan kemajuan Langkawi? Jawabnya ialah Satun, Phuket dan Hadnyai. Kerajaan negeri masih tidur dibuai mimpi.

    Projek jangka panjang memerlukan pemimpin yang lama memerintah seperti Mahathir. Memerintah dalam suasana politik yang stabil. Itu pun sehingga kini projek Proton masih dalam kawalan Mahathir sejak penubuhannya pada tahun 1983 sehingga hari ini tak ada mana pemimpin yang boleh diharap memimpin Proton. Kasihan, umur tongkat langit pun masih melancarkan model baru Proton. Mahathir tak ada Proton gulung tikar.

    Itulah realitinya kepimpinan Mukhriz. Lama mana nak pakai jubah dan ketayap? Rakyat nak lihat pembangunan yang menyentuh jiwa mereka. Mereka nak makan hari ini bukannya 20 tahun lagi yang entah apa akan jadi.

    "APA DIHARAP PADI SEBERANG, ENTAH MASAK ENTAH KAN TIDAK, APA DIHARAP JANJINYA ORANG, ENTAHKAN TUNAI ENTAH KAN TIDAK"

    ReplyDelete