Thursday, 18 September 2014

KESILAPAN HUSEIN ONN DORONG NAJIB HAPUSKAN ISA

LEE KUAN YEW DEDAH PM MALAYSIA DENGAR CAKAPNYA.

"He was open and direct when he dealt with me,coming straight to the point,unlike Razak, I liked him" LKY

Tidak semua bekas tahahan ISA mahukan  akta ini  dihapuskan. Sekurang kurangnya bagi bekas  pemimpin Parti Rakyat  Kassim Ahmad ia telah  menukarkannya dari seorang Marxist kepada Islamist sekalipun beliau masih mentafsirkan  Al Quran dan Islam  mengikut pandangan Marxism.Baginya ISA adalah University Kedua yang mendekatkannya kepada Islam.

Pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali sendiri yang pernah di tahan di bawah ISA tetap memperjuangkan supaya ISA di kekalkan dan bekas Timbalan Menteri  Tan Sri  Abdullah Ahmad( Dolah  Kok Lanas-DKL) tidak permah menuntut penghapusannya sekalipun terus berdendam diatas  penyalahgunaan akta itu keatasnya.

Dalam Sinar  Harian Ahad  lalu (14 September) DKL  mendedahkan  bagaimana Sultan Kelantan Almarhom Sultan Yahya Petra cuba di  diseret oleh pihak bekuasa supaya menarik balik anugerah Datuk kepadanya  untuk menambah jastifikasi tahanannya.

Perdana Menteri  Pertama Tunku Abul Rahaman juga tidak percaya DKL sebagai komunis.Beliau memberitahu wartawan Utusan Rosnah Majid  selepas DKL menemuinya sebaik dibebaskan oleh PM Mahathir pada tahun 1981" Aku tahu hang bukan komunis tetapi hang............."  (tanya Rosnah kerana terlalu lucu untuk saya sebutkan) .

 Dr.Mahathir Mohamad yang  juga tidak percaya DKL sebagi komunis telah membebaskannya bersama  20 orang tahahan politk lain sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri.Mahathir sendiri bimbang ditahan kerana membuat kenyataan membela DKL( Lihat buku saya Mahathir di Sebalik Tabir)

Penahanan Tiga Abdul yang terdiri dari Abdullah Ahmad,Abdul Samad Ismail dan Abdullah Majid di bawah ISA dibuat dengan arahan  Perdana Menteri Hussein Onn setelah  dipengaruhi oleh Lee Kuan Yew(LKY) Perdana Menteri Singapura  yang dikunjunginya  setelah kematian  Tun Abdul Razak. Tujuannya  untuk memulakan suatu perhubungan baru setelah hubungan LKY  dengan Tun Abdul Razak penuh dengan prasangka.

LKY tidak selesa  dengan Tun Razak yang disifatkannnya sebagai tidak boleh dipercayai dibandingkan dengan  Hussein On yang katanya" He was open and direct  when he dealt with me,coming straight to the point,unlike Razak, I liked him"(muka 271 buku Memoirs Of Lee Kuan Yew From Third World To First)

Dalam buku ini di muka yang sama Lee Kuan mendedahkan  dalam pertemuan empat mata dengan Hussein , beliau telah mempengaruhi Hussein On supaya   menangkap anasir  anasir komunis yang berada disekeliling Tun Razak.

Kata Lee Kuan Yew " I told him my fears of Malay communists and theirs symphatisers penetrating Malaysia's  mass media and their radical Malay student and trade union leadership.We talked freely  and frankly about the Malay communist infiltration of his media,including the activities of Samad Ismail,an MCP member from his time in Singapore in the 1950s,and his group.

"When Razak was Prime Mninister,he worked his way into UMNO and become a powerful figure in the New Straits Times, building up a coterie of supporters. Hussein agreed this was a danger but said that the communist  and student radicals could no be arrested without upseting the Malay  ground".

Kemudiannya  dalam bulan June 1976 "The Malaysian  Special Branch arrested  Samad  and his Kuala Lumpur group( halaman 271 dan 272)" setelah namanya dilibatkan oleh seorang wartawan Berita Harian yang di tahan di Singapura.Cerita wartawan ini adalah cerita lama tentang Pak Samad.

 LKY memuji Hussein Onn  kerana "had the courage to act  against  a pro -communist Malay intelligentsia although this was likely to cost him some support"

Sebenarnhya masa itu Samad Ismail bukanlah lagi seorang  komunis yang merbahaya tetapi ditakuti  oleh LKY kerana beliau membawa  bekas bekas tahanan politik pro communist  dari Singapura termasuk Sandra Woodhull and James Putucheary   mendekati  kerajaan Malaysia khususnya Tun Razak yang dengan bantuan mereka  dapat membaca pemikiran  LKY  dan dasar Singapura yang tersembunyi terhadap Malaysia.

Malah James Putucheary adalah orang yang membantu merangka  Dasar Ekonomi Baru( Lihat buku Tun Dr Ismail Reluctanf Politician muka  216).

 Samad Ismail, DKL dan Dolah Majid  telah menjadi mangsa seorang lagi manusia yang juga bercita- cita besar untuk menjadi PM dan Hussein Onn juga banyak terpengaruh  dengannya.


Dalam  menghapuskan ISA, Najib bimbang penerusannya  akan menyebabkan berlakunya lagi penyalahgunaan kuasa atau ketidakadilan . Beliau tidak mahu menanggung dosa. Apakah  kesilapan Hussein Onn menjadi dorongan besar kepada tindakan popularnya  menghapuskan ISA?  Polis  yang senantiasa mengikuti perentah tidak boleh disalahkan dalam penyalahgunaan ISA kerana pucannya adalah  kepimpinan politik yang tidak bijak dan tidak berwibawa.

Barangkali Najib hendak membasoh kesilapan besar bapa saudaranya tetapi  menghapuskan ISA berasaskan kepada tekanan politik dan cita- cita politik untuk kelihatan demokratik dan liberal mengikut citarasa  kuasa besar Barat dan juga untuk mencari populariti dalam negeri adalah juga suatu perbuatan yang tidak ikhlas yang mementingkan kepentingan diri.

Lebih buruk lagi hal ini dilakukan ketika negara berada dalam keadaan tidak stabil dari segi perpaduan dan keselamatan dan bangsanya sendiri sedang  dalam kelemasan.ISA lebih banyak jasanya dari aspek negatifnya.

 Najib memikirkan bahawa Malaysia akan lebih diyakini dunia  dengan transformasi politiknya sedangkan kekukuhan keselamatan   dan kestabilan  Singapore di bawah  ISA dan Akta Hasutan lebih menjamin masa depannya. China yang melakukan reformasi ekonomi tanpa reformasi politik,mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam masa yang singkat di bawah displin komunisme berbanding dengan Soviet Union yang perpecahannya  mengakibatkan kekacauan yang terus menerus hingga sekarang.

Dan inilah yang sedang berlaku di Malaysia sekarang .Setelah lebih 50 tahun merdeka,perpaduan negara dan rakyat tergugat ,pihak keselamatan tidak dapat bertindak untuk " prevention better than cure"  terhadap anasir anasir deviant dan  pemisah  Sabah dan Sarawak   tanpa  ISA sekalipun pendedahan telah dibuat. . Sebelumnya Sabah  telah dicemarkan oleh peristiwa  berdarah Lahad Datu.

QUOTE DARI MEMOIR OF LEE KUAN YEW (PG 270): "THE DIFFICULTY WITH RAZAK,HOWEVER, WAS THAT EVERY NOW AND THEN HE WOULD CHANGE HIS MIND AND REOPEN AN ITEM ALREADY AGREED UPON"

Catitan:Saya diberitahu oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Jalalluddin Bahauddin  bahawa Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Gazali Shaffie telah memohon maaf dari Dr.Mahathir  dalam Kaabah di Mekah dan Pengarang Berita Bernama Ali Mamat diberitahu oleh Ghaz bahawa dia telah memintak maaf kepada  Samad Ismail dan Abdullah Majid dan mereka memaafkannya tetapi Dolah Kok Lanas tidak memaafkannya.( Apakah benar? Sila tanya DKL sendiri)

23 comments:

  1. Maaf...klo lebih pentingkan kuarga dr negara...jgn jadik pm...jadik ketua walo hanya tuk pat lima org wajib berfikir nilai sendiri apatah lagi tuk keselamatan negara...ramai melayu yg terbukti berjaya dan sayang negara najib takmo tanya tp punahsihat jugak yg di percaya....guano buh...

    ReplyDelete
  2. Salahguna boleh berlaku dalam apa saja, bukan shj ISA...solat pun ada orang salahguna.

    Boleh kah saya berpendapat ISA dihapuskan antara faktornya Najib sendiri bimbang ia digunakan ke atasnya dan beberapa pemimpin lain termasuk Mahathir jika kalah PRU13 lepas dan Anwar berkuasa?

    Apakah Najib ulang cerita Hussien Onn apabila Najib bertindak menjaga hati negara jiran seperti ditegur Mahathir..

    Apa sudah jadi Jambatan Bengkok..isu sebenar?

    Next posting, tolong ulas paklah.net

    ReplyDelete
    Replies
    1. '......ISA dihapuskan antara faktornya Najib sendiri bimbang ia digunakan ke atasnya dan beberapa pemimpin lain termasuk Mahathir jika kalah PRU13 lepas dan Anwar berkuasa?....'

      Kenapa terus bermimpi di siang hari Anwar akan menjadi PM?.

      Jemu orang mendengarkan!

      Selalunya ( walaupun mungkin ada kekecualianya ) peluang hanya akan datang sekali sahaja!

      Anwar had missed the boat! Ini adalah akibat kegelojohannya hendak berkuasa dan keangkuhannya menyangkan dirinya begitu berpengaruh!

      Saya teringat dari apa yang saya baca mengenai malam dia dipecat. Dengan angkuh dia berkata, ' Dia (TDM) salah memilih lawan....'

      Setakat hari ini, Anwar sendiri yang salah memilih lawan. Sehingga kini dia masih jadi PENGEMIS politik, jawatan PM masih tidak di dalam genggamannya.

      Begitu juga cita cita penyokong Anwar untuk meng ISA kan Najib dan TDM.

      Janganlah burung yang terbang dipipiskan lada!' JAWATAN PM masih dalam igauan, tak usahlah berangan angan 'langkah kajang' yang akan dilakukan kalau jadi PM!

      Delete
  3. ooo patut le anak hussein ni selalu ke spore utk enjoy, ada apa2 ke spore dgn pewaris hussein turki ni??

    kabar nya skrg pewaris hussein ni sudah ada momentum utk melonjakkan dirinya ke persada msia sbg PM dgn bantuan2 yg mmg bersedia dgn agenda 60 an lg, mungkin menantu ex- PM.net pun ada sama dlm rakit tu.

    hehe, msia selalu tak lepas dr bayangan spore@lky.....

    ReplyDelete
  4. Zam,you have provern Tun Razak claverer and smarter than Hussein Onn. Ini harus menjadi pengajaran kepada seluruh orang Melayu agar tidak lagi memikirkan untuk memileh pemimpin dari keturunan yang sama,nor more warisan keturunan untuk jadi PM. Najib pun telah terbukti tidak cerdik macam ayahnnya dan Najib pun tak payahlah groom Hishamnuddin Onn kerana keturunan Onn,Onn and Onn.

    ReplyDelete
  5. Suhaimi Damansara.18 September 2014 at 10:08

    Ketua Polis Negara atau Pengarah Cawangan Khas semasa Tun Hussein Onn mestilah come out and expose what was really happened. They owe to the people who want to know the truth.

    ReplyDelete
  6. Salam Zam. I felt flabbergasted upon reading your braveness in exposing some of the most sensitive and hidden secret of the nation during the communist insurgency in this country. It is not the exposition of that story that could prompt so many people into asking why and why the reasons that the story is popping up now but the validity of the facts that may justify the cruelness at that time. To my knowledge, those who knew Pak Samad Ismail closely would never perceive him as communist but for the sake of the Malays and its future. The same goes to DKL or much patriotic Abdullah Majid. Those old timers who are involved in the nation building and veteran journalists knew too well the hidden agendas that trailed along the communist insurgency. Infact when the theories without the facts and data were told many years after that, most of them never grasp the breath but looking forward just for the sake of the Malays in this country. The reason, which I could profoundly conclude is due to some Umno-Malays power grappling at that time. Remember what happened to Tun Dr M political secretary before he was appointed as PM in 1981. The theory said he may even be implicated as communist too and may lose to become the PM at that time. Allah save Malaysia. It did not happen.

    As for LKY, it is the dream of that grand old man of Singapore not to see Malaysia is having the leaders who are capable to read other people’s mind. Tun Razak is such a person who can do so and he never trusts LKY right from the beginning of their initial acquaintance. All this while LKY is having distrust to any Malaysian leaders who have the sense of acuteness in countering the Chinese empowering to Malaysia. That Malaysia Malaysian, the same concept by LKY-PAP god son, DAP, is applied with scrupulous agendas in destroying the Malays in this country. Who are the old UMNO leaders who are still alive but sharply still sensitively assessing the scenario when involving LKY and the DAPs? None other than Tun Dr M. That’s the reason when he mentioned about Iskandar Malaysia is now being economically captured by Singapore, it is the wish come true by LKY which before this was trying all his means to get that region for Singapore. Our weak leader, Dollah Batik, at the time the cooperation was signed after Tun Dr M was no longer PM, happily announced billions of investment will come as a guarantee from LKY’s son. The same goes to Najib who happily announced another bigger package of cooperation with Singapore without assessing the localities need and capabilities. Somehow, both Dollah and Najib, surprisingly did not read the below the line agenda of what is going to happen in the next few years after that? Is Iskandar Malaysia ‘sudah kena lelong kat Singapura’? Is Malaysia being trapped by Singapore to leeway them to what they want? The signing of KTM land in Singapore as an exchange of some business ventures there could be perceived as lop-sided and it never a win-win for Malaysia. So, where are we now Najib?

    Tun Mai Ulat Bulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak dapat menapikan Pak Samad sebagai seorang Komunis. Saya pernah bertanya padanya " Pak Samad are you a comunist" dan Pak Samad menjawab " I am Marxist Zam".

      Bagi saya Pak Samad adalah nasionalis komunis. Beliau percaya bahawa Melayu Raya akan dapat mengatasi masalah cauvanis dan komunis Cina yang terdiri dari anak anak muda di Singapura dalam tahun 50an dan memberitahu seorang wartawan Inggeris( mungkin ejen British) yang menginterviunya bahawa masalah mereka ini akan dapat diatasi bila mereka terpaksa mengadaptasikan diri mereka dengan situasi baru kelak. maksudnya Melayu Raya di bawah Indonesia(lihat buku saya Di depan Api di Belakang Duri-sejarah Utusan Melayu- dapatkan di MPH)

      Tetapi Tunku Perdana Menteri Malaysia lebih jauh pandangannya; Melayu Raya di bawah Indonesia yang terkebelakang dari segi kekuatan tentera dan juga wang akan menjadi alat kepada Komunis Cina.

      Samad sendiri akhirnya menerima realiti bahawa revolusi Indonesia banyak membawa penderitaan kepada pejuang pejuang kemerdekaan Indonesia sendiri di bawah Soekarno ( Lihat bukunya Memoir Pak Samad Di Singapura) dan dia menjadi realis yang bersama dengan Tun Razak untuk membangunkan bangsanya yang miskin. Lee Kuan Yew Takut.-ZAM

      Delete
    2. Benar. Saya tidak mahu mengheret sejarah bahawa Pak Samad ada kena mengena dengan komunisma. Saya sendiri pernah bertanya mengenai perkara yang sama kepadanya ketika masih undergad dulu. Cuma katanya, 'Benar, I'm influenced of Marxism'. Secara peribadinya, anggapan saya ialah cukup sekadar kesedarannya bahawa keadaannya yang terpengaruh dengan rakan-rakan serta dirinya yang banyak membaca menyebabkan dia demikian.

      Sejarah juga tidak menafikan bagaimana kekuatannya mahukan Indonesia dan Malaysia bersatu dalam Indonesia Raya tetapi tidak berlaku. Allah lebih mengasihi pemimpin kita yang diketuai oleh Tunku dari terheret terus bersama dokrin Sukarno. Meskipun ia menyatakan diri sebagai Marxist sekalipun, saya yakin dia bukan lah jenis orang yang akan menonggang tebalikkan negara sebagaimana Anwar mengkucarkacir negara dan melunyaikan kekuatan orang Melayu.

      Tetapi kita juga jangan lupa atas dasar kekuatan Pak Samad juga kita melihat banyak pembangunan minda di kalangan generasi muda di zamannya, terutama yang terbabit dalam dunia kesusasteraan dan kewartawanan. Pentingnya, kegigihan dan komitmen yang diberikan untuk orang Melayu dan semangat kekuatan diri. Tanya mereka yang dimentornya di Utusan, NST dan universiti. Saya yakin ramai yang setuju. dengan saya.

      Kesimpulan yang boleh saya katakan ialah, tertangkapnya Pak Samad di zaman Hussein Onn kerana LKY memang nak balas dendam ke atasnya. Selain itu, Hussein Onn mungkin tidak kenal rapat siapa Pak Samad itu kerana terlalu dipengaruh oleh Menteri Dalam Negerinya yang memang amat berkuasa ketika itu.

      Tun Mai Ulat Gonggok

      Delete
    3. Thanks bro....nice reply

      Tun Mai Ulat Bulu

      Delete
  7. In the abolishing of ISA from Najib, who are still trying not to say that he wants it to be abolished, but yet dare not enough to say ‘I really want it to be abolished totally’. Since that Najib and Lee Hsien Loong are good-buddy, why not Najib asks Lee whether Singapore ISA can be abolished too? What would be the answer? I trust that Lee would answer, typically like most of the opposition groups in Malaysia opposing to the abolishing of ISA that “this act is still needed as Singapore is living in multi-cultural society. Singapore could not effort to have anyone uttering the sensitivities of racial-slurs, religious bigotry and extremism, too liberalize attitudes till there’s no respect among the races in Singapore and bla-bla-bla.” Can Najib accept that? Mind you, in Singapore the rule and law never compromise those who are slurring or misbehave even to their neighbours that could cause them discomfort, worst when it’s about races and religions. But in Malaysia, even now after the relax of some sensitive laws had cause great discontent among the people and could almost chaos the country just by publishing their ‘misbehave’ attitudes in the Facebook or other social networking. What action can we take if the person questions the integrity and historical facts of our National Anthem, Malaysia Flag and others? Is it enough just by saying ‘I’m sorry but…….’ and yet making a stand that ‘I’m not guilty’. Then who is guilty? In Thailand those who question or condemn the Sultan or royalties will definitely end up in jail but in Malaysia now the excuse of democracy gives them so much space and opportunities to critize our Sultans or even Agong. My goodness. Yet, Najib wants the abolishing of ISA to be done as an excuse to please the world. May I know which world is that?

    My final question to our 1Malaysia PM Najib, can u guarantee that by abolishing ISA, the nation is in good hand, the people can leave in peace, there will be no demonstration, we’ll not be trapped into LBG free activities etc..etc…etc…..? Please answer that.

    Tun Mai Ulat Bulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang, penuh bersemangat nampaknya.

      Tun Mai Ulat Gonggok

      Delete
    2. ....of course bro.....Zam's blog today is an opening eye to our young generations....

      Tun Mai Ulat Bulu

      Delete
  8. Salam Tan Sri.

    Parti Umno bukan lagi beperanan menolong bangsa... uanya kini cuma saru 'flatform' oleh org2 seoerti ketua2 yg ada sejarang untuk kepentingan diri.

    Satu2 nya Parti org Melayu yg telah berperanan besar untuk kepentingan Bangsa dan Ugama telah dimanipulasi dgn begitu terang oleh ketua2 yg tiada harga diri.

    Tan Sri...umum tahu bagaimana Najib tidak lah bersih seperti yg ditonjoljan.

    Dua juga kotor.

    Lihat saja bila dicantas nya Mukhriz dlm pertandigan dgn Hishammudin....satu undi dari Pahang pun tiada.

    Kalau ini tidak kotor.....apa yg bersih nya?

    Najib juga berjanji tidak menaikan harga minyak semasa memancing undi dulu.....tetapi dinaikan juga.

    Jika ini bukan suatu pembehongan.....apa pula ertinya?.

    Dia bukan sahaja lemah...tetapi bahaya untuk org2 Melayu.

    Sebabnya kerana...beliau retorik saja dan kuat berkompromi.....

    Seorg yg penakut dan tiada wawasan tetapi tamak kuasa.

    Dia wajar berhenti kerana prestasi kerja nya kangsung tidak menonjol malah mengundang masalah berpanjangan.

    Sy percaya ramai pembahas bersetuju bahawa dua lebih penting diri dari bangsa dan ugama.

    Ini contoh org yg tidak baik.....sebab jika tidak boleh....lepasjan saja.

    Pokoknya....sbgai ketua dia penakut dan kurang cerdik malah bahaya untuk org Melayu.

    Disinilah terpancar betapa bodoh nya majoriti Melayu yg telah dipergunakan untuk memilih beliau.


    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Assalam Datuk Zam. Mohon laluan untuk digress sikit. Hidup Melayu ada asasnya untuk berkata demikian. Saya pula ingin mengambil pandangan yang mudah untuk memberikan hujah yang sama. Cuba lihat kemelut Mas. Jika tidak berlaku tragedi Mh370 dan Mh17, Mas masih akan menampong kerugian yg amat besar. Perkara ini sudah berlarutan dari 2011. Hari ini apa sudah jadi? 6000 orang akan hilang kerja dan sumber kewangan. Jika setiap 6000 ini ada keluarga seramai 3 orang, maka 24000 orang akan dihadiahkan masaalah kewangan dan masa depan yang muram. Didalam itu pula, Ceo yang bertanggung jawab kerugian Mas ini disambong kontrak lagi setahun. Tidak pernah saya dengar orang yang tak menepati Kpi dan yang hanya pandai merugikan syarikat disambung kontraknya. Untuk apa? Untuk beliau memastikan Mas ranap? Siapa yang buat keputusan ini? Khazanah. Siapa pengerusi Khazanah? Menteri Kewangan. Siapa menteri kewangan? Kalau beginilah keputusannya, PRU14 bakal menampilkan 24000 undi untuk pembangkang. Mengapa? Kerana staf Mas yang terlibat itu pasti tidak akan mendapat pampasan yang adil yang idamkan. Jika pihak atasan pun tidak kelihatan kebijaksanaanya untuk memulihkan Mas, adakah mereka boleh memberikan yang seadilnya kepada 6000 orang tadi? Ini baru 1 perkara kecil didalam negara. Jika diambil pelbagai perkara lain, baik politik atau kewangan, negara berhadapan masaalah yang besar kerana pihak berwajib tidak nampak dapat memberi pandangan yang jauh. Setakat ini, pandangannya hanya pada jarak pendek atau pertengahan. Adakalanya seperti tangkap muat sahaja. Susah masa depan anak dan cucu kita nanti. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  10. Salam Tan Sri,

    Saya puji keberanian Tan Sri mendedahkan perkara ini. Saya dapati pembebasan tiga abdul dilakukan sewaktu Dr. M naik jadi PM. Maka cerita PM lemah dan dipengaruhi kuasa asing bukan baru. Kalau baca buku Doctor in House, Dr. M ada cerita ketidakberanian THO untuk duduki beberapa pulau batu karang di Laut China Selatan dengan alasan nak jaga hati Vietnam. Saya lupa pada halaman berapa. Hanya bila Dr. M naik jadi PM beliau arahkan ATM ketiga-tiga cabang bangunkan pulau-pulau seperti Spratly. Hebat Dr. M ni. Maka PM-PM yang tak hebat dan tak berapa hebat atau perasan hebat; kelihatan tempoh mereka pendek saja ...rujuk THO dan TAAB, melainkan Tun Razak - Almarhum umpama satu dalam sejuta. Satu lagi yang umpama satu dalam sejuta adalah anak didik Tun Razak, yakni Tun M. Sayangnya anak kandung beliau DS Najib pun kelihatan lemah dan dipengaruhi kuasa asing. DS Najib dengarlah rayuan kami terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berhentilah demi kebaikan Malaysia. Tunjuklah sikap kenegarawanan DS

    ReplyDelete
  11. Lim Kit Siang menulis dalam blognya membela deviants yang ditahan akhir akhir ini seolah olah Akta Hasutan 48 telah dihapuskan. Seolah olah semua mereka tidak melakukan kesalahan malah wartawan yang membuat berita karut pun di bela.

    Selain dari itu gerakan menentang Akta Hasutan ini telah menarik tekanan dari luar juga.PBB dan juga Badan Hak Asasi Manusia. Seolah mereka ini sudah lebih besar dari suara majoriti yang dipileh oleh rakyat.

    Tetapi apakah yang dilakukan oleh orang UMNO,tiada reaksi balas,seperti tidak langsung sensitif dan membiarkan Lim Kit Siang mengelirukan ramai dengan menggambarkan seolah -olah Akta Hasutan telah di hapuskan. Apa Khairy Jamaluddin buat, Ketua Pemuda UMNO Malaysia???.

    ReplyDelete
  12. Tan Sri,

    Apa tindakan yang berani dan tegas untuk menyedar atau memberi tekanan supaya Najib berubah ?Kalau tak berubah,apa tindakan seterusnya yang boleh menurunkan beliau dari jawatan Pm?

    Saya telah mengikutinya sudah agak lama isu besar ini,namun masih tidak nampak apa apa perkembangan pun.

    Inilah masanya orang yang seperti Tsri dan yang ada nama serta masih berpengaruh di kalangan orang melayu,mulakan langkah.Bukankah Anwar Ibrahim telah dengan beraninya melawan kerajaan pada 1998 lalu,kenapa tidak kepada bangsawan melayu seperti Tsri,TM,dan lain lain lagi?

    Pimpinlah rakyat ,kami akan bangun.Pemimpin yang membelakangkan melayu wajib diruntun ke bawah segera !

    Orang melayu telah faham dan jelas tentang kedudukan sebenar akibat kesalahan dan kesilapan besar Pm Najib,cuma menanti adanya pencetus penggerak sahaja.

    Wujudkan satu ikatan,kami akan menyusul.Kita mahu Najib meletak jawatan .Mhydin boleh.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara overestimated kedudukan saya. Saya tidak mempunyai sebarang kedudukan berpengaruh dalam politik ataupun sebagai aktivis sosial. Pengaruh saya jika adapun hanyalah sebagai seorang penulis.Saya juga tidak mempunyai sebarang cita-cita politik,sudah tua dan tidak berminat dalam politik.

      Harus diingatkan apa juga tindakan tidak boleh hanya berasaskan kepada emosi liar.Bercakap memang mudah.

      Saya tidak mempunyai niat mahu menjatuhkan Najib sebaliknya beliau harus disedarkan. Saya mencubannya menerusi tulisan dan terserahlah pada masyarakat dari semua lapangan,tidak hanya UMNO, untuk memberikan kesedaran kepadanya tentang perasaan diakar umbi.

      Ingatlah bukan senang untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin atau kuasa. Anwar yang bagitu cerdik dan kuatpun tidak boleh jatuhkan Mahathir. Tunku Abdul Rahman dan Pak Lah dijatuhkan dari gerakan dalam. UMNO bukan parti revolusioner tetapi memelihara sopan santun. Maka itulah ia dapat memerintah sekian lama. Cara ini tidak boleh diketepikan dan seharusnya menjadi budaya politik Malaysia.

      Lihatlah apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah akibat politik liar,tipu,bohong,kekerasan dan sebagainya yang akhirnya memakan diri mereka sendiri.

      UMNO mesti memeliharanya caranya yang sudah teruji oleh zaman.

      Delete
  14. Kalau menggunakan logik ini susahlah kita. Habislah semua Akta yang boleh disalahguna akan dimansuhkan. Dan hakikatnya, semua Akta pun boleh disalahguna, jika ada inklinasi sebegitu.

    Solusi sebenarnya adalah mudah: PINDA saja mana-mana Akta ampuh untuk menghilangkan / mengurangkan bahaya ia mungkin disalah guna.

    Pinda. Bukannya mansuh terus. Lebih teruk lagi apabila Akta ampuh ini kemudian diganti dengan Akta Nenek Kebayan -- macam SOSMA, misalnya: ada gigi? Tarakkk. Sebab tu tiba-tiba separatist berlari ke sana sini membuat Sabah dan Sarawak huru-hara. Apa yang Najib boleh buat selain nganga? Itupun kalau dia perasan.

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya dalam PRU14 nanti UMNO-BN akan kalah. Selepas tu baru UMNO akan direvolusikan semula. Tapi kita kena sabar menunggu hingga 2022 jika mau dan mampu bertukar kuasa. Dalam masa 5 tahun 2018-2022, rasanya macam macam sudah di UBAH. Mungkin Melayu dikenali dgn nama lain...mungkin tak ada Melayu lagi. Mungkin UMNO pun sudah tiada.

    Peliknya dalam PRU2013, kekuatan di Parlimen adalah disebabkan oleh UMNO. Sapa Umno? Semua Melayu Melayu kampung dan Bumiputra di Sabah yg undi Parti bernama UMNO ni....

    Rasa nya kebanyakan Melayu ni tidak akan undi UMNO lagi. Apa yg Ada pada BR1M jika maruah bangsa, agama, Raja Raja di cerca dan di Hina. Jika UMNO tidak dapat menjaga maruah bangsa, lebih baik tiada Melayu dan UMNO selepas 2018.

    ReplyDelete
  16. Seseorangn itu ditangkap dan seterusnya ditahan di bawah ISA 1960 bukan kerana dia mengancam kedudukan politik pemerintah, tetapi sebagai seorang yang mengancam "keselamatan dan ketenteraman awam". Yang mengumpulkan risikan ialah Polis iaitu Special Branch. ISA 160 memberri kuasa menahan atau lain bentuk tindakan mencegah kepada Menteri Dalam Negeri berdasarkan " case file" yang disiapkan dalam mana Special Branch akan beri cadangan mereka.

    Macamana Menteri nak tahan kalau tidak ada "case file" ! Kita anggap ada "strong case " terhadap Tiga Abdul. Tun Hussein Onn ialah seorang peguam . Dia tahu dia tak boleh perintah Special Branch tangkap Tiga Abdul sebarangan.

    Tun Mahathir tidak boleh lepaskan Tiga Abdul tanpa asas undang-undang yang betul.Beliau mesti ikut "rule of law". Mengikut pandangan Special Branch, Tiga Abdul tidak lagi memberi ancaman kepada "keselamatan negara dan ketenteraman awam " setelah ditahan beberapa tahun di Kem Tahanan Kamunting .

    ISA 160 ada peruntukan mengahalang salah guna kuasa oleh pihak eksekutif , termasuk Special Branch . Sebuah badan kehakiman yang dipanggil "Advisory Board " adalah "watch dog " yang diketuai oleh seorang bekas Hakim atau personality yang berwibawa dan integriti yang kuat.

    Saya berpendapat ISA 160 tak mudah disalah gunakan .Sebarang eksekutif yang cuba melakukannya akan menempah "political suicide".

    ISA 1960 tak sepatutnya dihapuskan. Najib made the greatest irretrieval political mistake . LKY is wise, still retaining the ISA1960 because ISA 1960 is a legal instrument to maintain peace and tranquility in Singapore.

    ReplyDelete