Tuesday, 16 September 2014

KABINET SAHKAN SUARA IDRIS JALA ATASI SUARA MENTERI MENTERI UMNO.

GEMPAK KELING SHAHIDAN KASSIM
KOMEN:
Seorang yang mendedahkan perihal 161 UMNO bahagian  UMNO  di seluruh negara mahukan Akta Hasutan 48 di kekalkan ialah Shahidan Kassim seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi bila Idris Jala menentangnya diam pula dia kerana sekarang  berada di bawah ketiak Najib. Kami orang Perlis kesal dengan sikapnya yang hanya berani buat gempak tetapi tak berani bertindak. Inilah yang dikatakan "Gempak Keling"-LAT Kuala Perlis.

Lihat  sebuah komen  syor  Tun Mahathir ketuai gerakan "Selamatkan Najib"

JIKA mesyuarat Kabinet esuk tidak melakukan  sebarang censor keatas Idris Jala yang membantah perlaksanaan Akta Hasutan 48 maka akan sah dan terbuktilah  kepada seluruh rakyat khususnya ahli- ahli UMNO bahawa beliau adalah lebih berpengaruh ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib dari lain- lain menteri kabinet UMNO  yang  dipilih oleh rakyat.

Saya  tidak  tahu apakah Menteri Pelancongan  Nazri Aziz yang baru-baru in "Sanggup Mati" di mesyuarat  sebuah Bahagian UMNO kerana menegur  Peguam Negara  akan juga " Sanggup Mati" dalam kabinet untuk menegur Idris Jala?. Beliau pernah menegur saya kerana didakwanya menyokong Mahathir di dalam suatu mesyuarat kabinet.

Apakah Najib  sendiri akan censor Idris Jala yang telah  menjadi DEVIANT  dalam kebangkitan majoriti rakyat bumiputra di seluruh negara  menentang penghapusan   Akta Hasutan 48 ? Bagi mereka cerita pindaan dan kunonnya bukan penghapusan akta ini adalah nonsense. Nama Akta Harmony itu sendiri adalah mockery ,tidak memberikan semangat deterrent  sekiranya bertujuan untuk memperkuatkannya malah bila tindakan diambil kelak di bawah akta baru  ini akan  menggambarkan mockery.

Jika tidak ada sebarang teguran di buat oleh menteri menteri kabinet khususnya dari UMNO terhadap Idris Jala dalam mesyuarat esuk maka berarti mereka sendiri tidak menghiraukan suara Bahagian Bahagian UMNO yang mereka wakili yang telah pun menolak dengan keras hasrat Najib.

Setakat ini 85 peratus dari 191 bahagian UMNO menentang penghapusan Akta Hasutan 48, 161 bahagian  mahu akta itu dikekalkan.Tak usahlah WOG Khairy Jamaluddin dan juga Menteri Penerangan meneruskan kempen untuk mempertahankan langkah penghapusannya. Orang marah. Jangan sampai keperingkat di booo.

Jika sekiranya tidak ada sebarang censor  atau teguran dibuat terhadap Idris Jala dalam mesyuarat Kabinet esuk maka sahlah anggapan  saya kepada Najib" Mesti dengaR cakap Idris Jala", pergi jahanam suara UMNO,suara Melayu dan suara Islam. Suara mereka adalah suara bodoh,suara ekstermis, dan suara bigot.

Nota: Saya sedar bahawa isu Idris Jala bukan ajenda mesyuarat tetapi pekara bagini biasanya disentuh secara lalu dalam kabinet.

TUNGGU POSTING AKAN DATANG: PENGHAPUSAN ISA: NAJIB NAK BASUH KESILAPAN HUSSEIN ONN YANG DIPENGARUHI OLEH LEE KUAN YEW.

20 comments:

  1. Tungguuuuu....besar harapan depa senyap sunyiiiiiiii......huh..

    ReplyDelete
  2. Tan Sri,

    Boleh tan sri sebut mana2 menteri hari ini yg berani menegur? kalau dalam kabinet, PM tak start, tiada menteri berani start menegur. semua tunggu queue dari PM. Kalau PM hentam, semua akan hentam. semua menteri yg ada hari ni cari makan lah tan sri. cuba tan sri siasat sapa menteri2 yg tak guna kedudukan untuk cari makan. sapa menteri yg bagi projek kat anak, abang etc... apa yg idris jala buat retorik saja tan sri. bukan sungguh2 pun... hanya utk jadi bahan popular. kita jangan tertipu

    ReplyDelete
  3. Tan Sri,

    Berdasarkan apa yang saya baca melalui laporan ahkbar arus perdana saya dapat membuat kesimpulan yang akta hasutan 1948 memang akan dihapuskan by hook or by crook. Ini berdasarkan beberapa kenyataan oleh beberapa orang . Tak perlu zahirkan nama mereka. Tapi ramai orang ramalkan yang mereka bakal diangkat sebagai "pemimpin masa depan". Orang-orang ini, walaupun mereka diangkat oleh rakyat menerusi peti undi tapi mereka tetap mengenepikan kehendak dan hasrat rakyat . Persepsi umum (publick opinion) yang cuba dibentuk menerusi media massa untuk masyarakat massa ialah bahawa akta baru lebih baik dari yang ada. Dengan itu akta baru wajar diwujudkan bagi mengganti akta lama - satu bentuk jastifikasi lapuk' yang dimomokkan kepada rakyat jelata - kerana pada tanggapan setengah pemimpin rakyat masih bodoh dengan ilmu dan kemahiran berfikir, pada hal secara logik dan tradisinya akta lama hanya perlu sekadar dipinda sahaja untuk menambahbaiknya tanpa perlu dihapuskan. Tapi inilah hakikatnya apabila parti tunjang kepada sesebuah kerajaan menjadi lemah dan lemah...Manakala kerajaan yang diwakilinya terpaksa dengan suara minoriti yang mempunyai seribu satu muslihat..... Akhirnya rakyat dan negara berada dalam masalah besar, mungkin bukan waktu terdekat tapi untuk jangka masa panjang . Saya harap kerajaan dapat mengambil iktibar. Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  4. Najib jangan tunjuk kepada pengaruh ekstremis dalam UMNO.

    ReplyDelete
  5. Terlalu banyak PM Najib menyokong perkara luar dari memerlukan sokongan Umno sendiri. Agak berlawanan, suara Umno bukan suara Najib lagi.

    Kata TS Zam, esok dapat tahu. Jika Idris Jala mencampuri urusan Umno (Kerajaan Umno- bukan BN ) maka EGM Umno perlu di buat danmengesah deklarasi Akta Hasutan. Petisyen menentang mesti mula bergema. Jika tidak di laksanakan, kuasa Polis dan Autoriti Pihak terlibat dan Peguam Negara akan membawa rebah kerana sudah boleh di ganggu gugat dari orang berkepentingan yang memihak kepada lawan kerajaan.

    Selamat menyambut Hari Malaysia. Merdeka itu di istilahkan - Melayu dan Apa Jua Berkenaan nya, Harap Jangan Lagi Di Ganggu !

    "Way Forward in Strongest Nation Building" Itu yang sepatut nya. Mana platfom PM Najib ?

    ReplyDelete
  6. menteri tunggu pm angkat tangan dulu. kalu pm angkat tangan sokong hapus, menteri pakat ikut dan mulut pakat kata perlu hapus untuk transformasi. kalu pm angkat tangan kata kekal, ramai menteri akan angkat tangan dan mulut juga kan keluar kata-kata puji-pujian. mana ada menteri yang berani seperti zaman TDM. mereka gambarkan TDM tegas, garang dan kuku besi, tapi pm sekarang lembut, berjiwa halus, sedia menerima pandangan tapi tak ada yang berani menyanggah.

    ReplyDelete
  7. Semua Menteri dan MPs BN telah diberikan jawatan `kerusi empok` dan gaji/ alaun lumayan olih Najib. Tak siapa berani lawan tokey Najib takut kehilangan ` rezeki`. Tunggulah nanti bila kaum Melayu amuk pada UMNO dan menguburkannya pada PRU14/2018 nanti...

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri.

    Sah....Org Melayu yg jadi Menteri dan Timbalan atau diberi jawatan Pengarah dlm GLC atas tiket Umno....sembang saja kuat....tetapi hampeh.

    Penakut dan bacul dgn banyak perkara...

    Betul Tun M kata." Melayu Tak Kan Hilang....Tetapi Tetap Ada.....Ada yg mcm mana? "..

    Huh...bacul dan penting diri saja.

    Tiada Jati Diri dan cuma mengadaikan Roh Bangsa serta ugama sahaja.....bila suara org yg kafir seperti Kit Siang dan Idris Jala pula di beri perhatian.

    Bosan...cukup bosan dgn sikap bacul ketua2 Umno.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Nak tanya...kalu najib masih berdegil
    ..bolehkah marhein buat repot polis kata najib menghasut rakyat hapuskan akta hasutan...

    ReplyDelete
  10. SAYA INGAT BOLEH DAN WAJAR SEKALI. TETAPI BUAT BERAMAI RAMAI DAN PANGGIL MALYSIA KINI DAN M INSIDER DAN AKHBAR AKHBAR.

    ReplyDelete
  11. tan sri x perlu esok. sebenarnya dr saat najib umumkan satu malaysia kami dh x sedap hati.

    kemudian getusan hati kecil kami ternyata benar bila melihat satu demi satu dasar liberal najib yg mengenepikan bangsa mula dilaksanakan.

    kami x perlu tunggu esok tan sri. kami tau hati najib mcm mana. org liberal bkn dpt diubah sehari dua. malah x nampak tanda dia mahu berubah pn.

    umno sudah tidak relevant lagi pada bangsa melayu. dibwh najib kami semua akan jahanam.

    kami menunggu kebangkitan isma dan lain2 utk menjadi parti supaya benar2 menjadi platform org2 melayu. sekiranya najib ingin menjadi western dan lebih cina dr cina maka biarlah dia termasuk kj dan parti2 umno yg tidak lagi memperjuangkan bangsa karam.

    tunggu tsunami kami org melayu pula. ini janji kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUSLIM MAHAT PAHANG16 September 2014 at 20:19

      GERAKAN SELAMATKAN NAJIB.

      Tidak semudah itu untuk mendapat kuasa politik bagi menggantikan UMNO. Anwar Ibrahim yang membawa penyokong keluar juga gagal.Menubuhkan parti baru akan memecahbelahkan lagi orang Melayu yang sekarang telah pun berpecah tiga.

      Apa yang boleh dilakukan ialah mengadakan tekanan keatas Najib dengan berbagai bagai cara. Hal ini pun tidak dapat dilakukan secara berkesan sekarang sedangkan orang Cina telah bersatu menerusi akhbar the Star untuk menunjulkan diri mereka sebagai voice of moderation dan menunjukan Melayu dan Islam sebagai pelampau.

      Tetapi jangan putus asa. Ruang masih terbuka, setiap kekuatan Melayu,dari kakitangan kerajaan peringkat rendah , tinggi,institusi institusi pelajaran, badan badan akademik,pensarah, professor unversiti,siswa siswa Melayu terutama dari UITM mestilah disusun untuk bergerak serentak bagi mengadakan tekanan untuk memintak Najib menguatkuasakan semula ISA dan juga mengekalkan Akta Hasutan 48.

      Tun Dr.Majathir boleh mengambil inisiatif untuk mengetuai gerakan ini yang saya percaya akan disertai oleh orang orang UMNO sendiri.

      Kita boleh namakan gerakan ini sebagai langkah selamatkan maruah Najib.

      Langkah pertama pemimpin pemimpin Melayu dari bekas bekas hakim,bekas KPN dan lain lain hendaklah menemui Tun Mahathir bagi menyusun gerakan Selamatkan Najib.

      Delete
    2. Tekanan yang seumpama inilah yang dilakukan untuk meminta Tunku Abdul Rahman berundur bagi digantikan oleh Tun Abdul Razak ketika Tunku hilang kepercayaan dari orang Melayu.

      Delete
    3. mmg buruk kalau kita berpecah lagi. masalahnya, adakah kita masih ada pilihan. amatlah merbahaya nasib bangsa sekiranya menyerahkan nasib pada para pemimpin parti yg liberal yg lebih bertunjangkan agenda liberal mereka. sekiranya yg tidak liberal pn, adakah mereka lebih mementingkan agama bangsa dan negara dr periuk nasi sendiri. parti umno kini hanyalah seperti bertopengkan agenda bangsa tetapi dlm diam melaksanakan agenda liberal, hanya ampuh berckp tentang bangsa ketika pau sahaja. kini nk ckp hak bangsa depan org ramai pn sudah segan silu.

      mmg berpecah bukanlah ideal, tetapi kita tidak punya pilihan.

      cadangan saudara bagi saya tidak practical. ini baru satu agenda liberal najib, itupn kita perlu bersusah payah mengatur gerakan dan sebagainya. begitu byk usaha dan masa terbuang. sedangkan masalahnya adalah pemimpin itu sendiri.

      selepas ni apa pula. adakah setiap kali kita perlu bertindak seperti di atas. cancer dlm bangsa sepatutnya dibuang terus dan tidak dibiarkan membiak lalu merosakkan bangsa.

      selagi dia di tahta, selagi umno bertunjangkan liberal ntah ape lagi malapetaka yg akan menimpa bangsa dan negara.

      Delete
  12. Gitew...semua bloger yg sokong kekal akta hasutan tetapkan tarikh dan masa berkumpoi dan kita buat report pulis...haku nk joen sekli....

    ReplyDelete
  13. " antara orang yang berani tegur najib adalah antara kami yang lama kat sini " itu kata datuk tajudin masa kempen calon mkt dulu dulu... sekarang kita nak tengok datuk datuk tu mampu berkokok atau sebaliknya berak kaporr..
    hakikat sebenar ..ds najib memang sukar ditegur dan menerima teguran..tetapi mudah pula percaya bila ditipu hidup2 dengan pengundi cina dan punahsihat sekelilingnya..ds najib tak sesuai jd presiden umno..

    ReplyDelete
  14. TS Zam.
    Tolong bagi pendapat sikit.
    Siapa yang menguasai kerajaan hari ini.
    Parti pemerintah ke yg menguasai kerajaan atau kerajaan yang menguasai parti pemerintah atau individu yang menguasai kerajaan.
    Cuba TS ulas sikit.

    ReplyDelete
  15. Pak Zam,
    ..UNTUK DIFIKIR-FIKIRKAN,

    Majalah Bloomberg Markets telah mengangkat Idris Jala sebagai antara 50 manusia yang paling berpengaruh dalam pasaran. Kriteria beliau diangkat kerana telah membentuk dasar ekonomi dengan mempermudahkan pelaburan dan perniagaan di Malaysia.

    Dengan pengiktirafan majalah ini, ia telah telah meletak Idris berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama manusia lain seperti pendakwaraya bagi wilayah selatan New York, Preet Bharara - pengendali beberapa kes besar melibatkan penyelewengan perniagaan saham di Wall Street, Mario Dragi- Presiden Bank Pusat Eropah, Raghuram Rajan - Gabenor Bank Rezab India, Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China, Xiao Gang dan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Janet Yellen.

    Seperti biasa tokoh-tokoh negara ini akan rasa hebat setiapkali mendapat pengitirafan media-media atau agensi rating AS. Ia menjadi Viagra sementara kepada realiti ekonomi yang lembik. Berita ini akan segera disebar seolah-olah dasar ekonomi ini berada di atas landasan yang betul dan benar dan secara langsung bangga kerana menjadi ‘American Friendly’ atau ‘Darling US’. Najib berbangga berselfie dengan Obama. KJ bangga dapat menyambut Obama di airport. Apa kah benar jiwa kita sudah MERDEKA! Seperti yang dilaung-laungkan?

    Hakikatnya di dalam negara sendiri ekonomi golongan bawahan sedang tersepit. Hari ini sudah terdapat beberapa penduduk di ulu Kedah yang terpaksa membeli beras sekilo setiap hari kerana dihimpit dari kesan kejatuhan harga getah. Dasar-dasar pinjaman perniagaan kepada peniaga kecil dan sederhana hanyalah indah khabar dari rupa. Perolehan pendapatan petani musim lepas jatuh akibat wabak penyakit padi bena perang dan karah sehingga petani terpaksa menambah penggunaan racun yang secara langsung memperkayakan syarikat racun AS.

    Idris Jala memegang jawatan Menteri tanpa melalui liku-liku politik akar umbi. Beliau yang tidak pernah melecar dada dalam politik hanya beroleh jawatan Menteri melalui pelantikan sebagai Senator. Beliau tidak dilantik rakyat dalam proses pilihanraya.

    Amalan melantik tokoh korporat di dalam cabinet telah di amalkan oleh AS sejak George W. Bush. F. William Engdahl di dalam bukunya “Seeds Of Destruction- The Hidden Agenda Of Genatic Manipulation” telah mendedahkan “Washington was becoming infamous for what some called ‘revolving door Government’. The latter referred to the common practice where top corporate person got picked for prime Government jobs where they could promote the corporation’s private agenda inside the government. Defense Secretary Donald Rumsfeld had been CEO of Mosanto subsidiary G.D Searle producer of GMO-based artificial sweetener and carcinogen.”

    Konklusinya, “Blue Ocean Strategy”- konsep strategi kepimpinan Najib pada hakikatnya ialah proses mengAmerikakan darah rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  16. Konsep ini mungkin sesuai bagi Singapura dan lain lain negara maju yang rakyatnya tidak terarik dengan politik dan kerajaan menghadapi masalah kekurangan tenaga profesional yang mahu menceburi politik. Singapura telah merintisnya lama dahulu. Tidak salah untuk Najib mengikutinya tetapi beliau telah membuat pilihan tanpa menilai politik yang bertunjangkan geopolitik negara ini seperti juga dalam hal hal yang lain yang menyentuh keselamatan dan kedaulatan bangsa dan agama.

    ReplyDelete