Tuesday, 30 September 2014

AIRPORT KULIM : JANJI MUKHRIZ AKAN JADI JANJI SANUSI


KOMEN:MAHATHIR DULUPUN DITERTAWAKAN
Pembangunan di seluruh Malaysia, hatta di negeri maju seperti Selangor, Johor, PP pun memerlukan bantuan pusat untuk terus maju, hatta Kedah sangatlah bergantung.
Wawasan dan perancangan Mukhriz seperti airport merupakan projek mega jika berhasil mampu merubah negeri Kedah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Lebih penting ia tidak seperti di Johor, negeri maju harta tergadai..sekadar menang sorak! !!
Mahathir dulu ditertawakan untuk membina putrajaya, twinntower, lebuhraya utara selatan, kereta negara dan banyak lagi..kini semua jadi merc
u.

SUARA DARI MUMMY ROKIAH30 September 2014 02:0
Pengundi Kedah dah mangli dengan janji-janji pemimpin dari ‘federal’ bila balik menjadi MB. Dulu ketika Sanusi Junid dihantar oleh Mahathir balik ke Kedah untuk jadi MB secara paksaan untuk diterima oleh wakil-wakil rakyat di Kedah amboi bukan main cita-cita nak bangunkan Kedah.

Kononnya nak tambak laut dari Sanglang ke Kuala Muda. Syarikat Samudera Darulaman diberi hak ‘deal ‘ pasir di Acheh. Rakyat Kedah menaruh harapan mengunung. Sanusi nak tanam padi atas bumbung. Gagasan MENJERO –Mental, Jasad dan Rohani hanya tinggal gagasan. Akhirnya bila Sanusi tersungkur tak dapat 2/3 dlm pilihanraya politik BN menjadi nyawa-nyawa ikan di Kedah. Gagasan tinggal gagasan, tambak laut jadi bahan lawak penglipurlara rakyat Kedah.

Hari ini mai pulak Mukhriz. Dok nak buat airport di Kulim. Kesan dari pengumuman Mukhriz itu telah melahirkan ramai speculator harta tanah mula goyang loceng jadi broka nak jual tanah di Kulim dan kawasan yang sekitar dengannya. La ni dah ada ketua bahagian UMNO dok gila merian melobi projek nak buat airport bawa profile syarikat jumpa MB. Menjual air lior sana sini.

Hakikatnya pengundi pun dah cerdik la ni. Depa tau projek jangka panjang macam ini bukan senang nak dilaksanakan. Pengambilan tanah sahaja memakan masa 3 atau 4 tahun. Kajian EIA sahaja makan masa 4 tahun. Itu tidak termasuk lagi gangguan ekonomi negara oleh dengan pergolakan di Asia Barat dan negara China yang hari ini sedang berlaku tunjuk perasaan di Hong Kong di mana generasi muda mahukan demokrasi mutlak dengan sokongan ‘the hidden hand of America”.

Jika semua ini diambil perkiraan secara rasional bermakna projek ini akan menjangkau lebih dari 10 tahun. Tempoh satu penggal Mukhriz jadi MB pun tak lama. Lagi sekali PRU Mukhriz akan balik federal dan tinggal Kerajaan Kedah terkontang kanteng. Masa itu mai pula MB baru yang entah apa pulak projeknya nasib tak baik balik kepada pemerintahan PAS.

Apa yang Mukhriz harus tumpu ialah menambah nilai sektor yang sedia ada seperti pertanian dan pelancungan. Kerajaan persekutuan telah berbelanja billion ringgit memajukan Langkawi persoalannya apa usaha Kerjaan Negeri menarik pelancung dari Langkawi ke tanah besar? Tahun lepas kedatangan pelancung ke Langkawi dianggarkan berjumlah 2.8 juta malangnya tak sampai pun 10% yang datang ke tanah besar. Siapa yang untung dengan kemajuan Langkawi? Jawabnya ialah Satun, Phuket dan Hadnyai. Kerajaan negeri masih tidur dibuai mimpi.

Projek jangka panjang memerlukan pemimpin yang lama memerintah seperti Mahathir. Memerintah dalam suasana politik yang stabil. Itu pun sehingga kini projek Proton masih dalam kawalan Mahathir sejak penubuhannya pada tahun 1983 sehingga hari ini tak ada mana pemimpin yang boleh diharap memimpin Proton. Kasihan, umur tongkat langit pun masih melancarkan model baru Proton. Mahathir tak ada Proton gulung tikar.

Itulah realitinya kepimpinan Mukhriz. Lama mana nak pakai jubah dan ketayap? Rakyat nak lihat pembangunan yang menyentuh jiwa mereka. Mereka nak makan hari ini bukannya 20 tahun lagi yang entah apa akan jadi.

"APA DIHARAP PADI SEBERANG, ENTAH MASAK ENTAH KAN TIDAK, APA DIHARAP JANJINYA ORANG, ENTAHKAN TUNAI ENTAH KAN TIDAK"
ReplyDelete

20 comments:

  1. MB Kedah dok diam2 sahaja, jangan cakap apa2 dan jangan harap nak buat apa2. Kalau ada impian pun, semuanya tak akan jadi.

    Lagi baik, tak payah ada MB langsung. Kedah boleh membangun dengan sendirinya!

    ReplyDelete
  2. Saya amat hormat Tun
    Amat hormat Mukhriz

    Tp.. x dpt nafi kebenaran apa TS Zam ckp

    ReplyDelete
  3. Bagi la dia peluang. Zaman sekarang bukan mcm dulu. Tak dpt 2/3 bukan lagi issue. Yg penting dpt memerintah. Sekrg masalahnya ialah pengundi cina yg terlalu rasis dan cauvinist mcm lim kit siang. Klu pemimpin DAP tu ada scandal pun mrk tetap akan pilih DAP. Di kedah org melayu sepatutnya sudah ada kesedaran utk tidak lagi pilih PAS

    ReplyDelete
  4. Nak kata tak kena, tak kata pun tak kena. Sebenarnya kepimpinan di Kedah ni macam budak-budak main masak-masak. Exco kerja depa dok ikut pungkok MB. MB pi resmi di mana depa pun tumpang sekaki. MB pi luar negara negeri China depa pun pi juga, bila balik mai habuk pun taraaak.
    Bila MB cuti sengeyat satu pejabat kosong. Pegawai khas pun cuti sama, setpol pun cuti. MB dok mesyuarat Dewan Undangan Negeri sampai malam Setpol pakai track bottom pi main badminton.
    Pegawai khas satu pasukan bola 7 sebelah. Tanya buat apa terkebil-kebil tak tau. Mai orang tua dari kawasan nak jumpa MB depa biaq org tua tu tunggu dekat sejam ternganga macam kera sumbang.
    Kalau tak percaya cuba pi pejabat MB sekarang ni, pakai baju kancin praq, kasut slipper, buat macam orang kampung duduk kat sofa pejabat MB saksikan sendiri apa lakunan depa.
    Ada sorang pak haji yang urus rumah anak yatim di Kualal Ketil dijanji nak dibagi sumbangan oleh setiausaha MB sampai hari ini habuk pun taraaak. Bila tanya awat pak haji tak followup? Kata Pak Haji " tak pa..laa saya tak harap kan MB saya hanya harap pada Allah.."
    Inilah kerajaan Masak-Masak main Pondok-Pondok. Kita tunggu dan lihat pilihanraya sekali lagi.
    Sebenarnya Anwar Ibrahim bukan kuat pun tapi yang memberi kekuatan kepada Anwar Ibrahim ialah jentera kepimpinan yang macam ini tidak mesra rakyat. Banyak lagi janji-janji pilihanraya yang tidak ditunai, selesaikan janji tersebut baru lah dok kira nak buat airport.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya Mukhriz dah tak ada modal lain lagi...
    Nak bekerja tak pernah kerja ...jadi omong kosong sajalah...

    ReplyDelete
  6. Perancangan, TS Zam ! Tiada perancangan tidak ada lah tuju hala pembangunan. Berpolitik juga mesti merancang, mesti ada mimpi indah menjadi azam untuk semangat berusaha.

    Apa yang nyata di Malaysia, politik kesinambungan perancangan, azam dan semangat untuk terus di nyalakan akan di 'PADAM' kan oleh pemegang teraju baru. Klise Melayu ! Nanti tidak 'rock' jika nama sendiri tidak di ukir ! Maka 'perancangan baru' di laksanakan semula. Sehingga Pejabat dan Rumah Rasmi juga di ubahsuai mengikut 'idaman' sendiri.

    Berubah peribadi menghayati Islam sejajar menyesuaikan keadaan realiti membawa pembangunan daerah / negeri /negara dalam tuntutan syariah Islamiyyah (contoh andalusia) memang wajib. Itu kenapa Allah SWT memangkinkan HIJRAH, samada alih, tidak alih dan paling penting minda (akal) menghadapi perubahan zaman.

    Politi Melayu di waktu ini bermotifkan 'keterujaan' nafsu syahwat. Ia tidak lagi untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan mapan setempat. Khazanah negara di jadikan alasan pembangunan, hakikat nya ia di manipulasi dan di robek. Lihat saja, tanpa mengambil kira keseimbangan
    kehendak rakyat, dasar-dasar kerajaan terdahulu di ubahsuai lantaran mengisi agenda penswastaan yang di praktikkan. Tujuan asal mengurangi bebanan kos kerajaan sudah terbalik di mana kerajaan pula menjadi
    kambing hitam dengan perbelanjaan berpuluh kali ganda !

    Berbalik Mukhriz, tidak salah beliau merancang. Ongkos nya ? Kerajaan Pusat wajib menyokong jika kajian jangka panjang memberikan manfaat berganda-ganda kepada cadangan.

    Persoalan nya, Mukhriz tidak boleh terus menjaga Kedah selagi percaturan politik nya bersinar. Beliau harus merebut peluang kegemilangan. Demi itu, pengganti nya kelak, bersedia kah meneruskan harapan Kedah seperti Mukhriz rancang ? Yang nyata PM Najib tidak mengikut jejak Tun Razak dan mengabaikan nasihat mentor nya....

    ReplyDelete
  7. Elok sangat lah kalau ZAM sendiri jadi MB Kedah nanti bolih start swasta dan francaiskan ZAM Corner disetiap daerah dan mukim di Kedah. Mana tau kot jadi macam KFC dan A n W keseluruh negara dan dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat ni habaq hang ... mummy rokiah punya cakap...bukan TS Zam

      Delete
  8. Ha ha ha .
    Betoi kata TS Zam.Gebang habuan modai pekena orang umno dan kampung.
    Muhkriz suka tidok rumah orang kampung.Sebelum lena bolehlah pekana tuan rumah dan orang lain pasai airport.
    Banyak benda lain dia boleh buat.Bangunkan sektor pertanian.Isu tanah rezab melayu yang lesap.Ini semua kerja MB kedah yang lepaslah..
    Tak ada idea langsung termasuklah EXCO dan KCS kedah.
    Berkatkah Kedah dengan lesen judi dan huibran dimerata tempat.Ini siapa punya kerja.
    Airport salah satu impian mat jenin seorang MB.Menteri pusat pula kata tak tahu menahu.PM senyap je.

    Yg syok ada depa kata Zam frust tak dapat projek .Sebab itu balun. MB Kedah.
    Yg penting bukan airport.Yang penting masaalah petani ,pekebun kecil dan kontarktor malayu kelas F yang menderita.
    Agihan tak seimbang.Inilah ketja MB dan EXCO dan pegawai.

    ReplyDelete
  9. Nasib negeri melayu.........
    Suara orang kecil macam kami tak ade sape nak dengar....
    Harapkan PRK , baru kerajaan nak tabor projek walaupun sebeum nie selalu kata tiada peruntukan...


    Suara Dato Zam dioarng dengar ke ??????

    ReplyDelete
  10. itu tak kira lagi projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), silap2 haribulan BN akan jatuh ke pangkuan PAS semula jika tanah2 org kampung diambil dan kesan alam sekitar dari projek ini menjejaskan nelayan tempatan

    ReplyDelete
  11. Tak payah nak buat airport tak payah nak buat ZIPY kami anak jati Kedah dah senang sebab BN dah menang kami pun senang.

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri.

    Entah apa yg tak kenanya dgn Kedah...pembangunan mcm lembab saja...aktibiti ekonomi pun tidaklah serancak..Selangor...Johor....Pulau Pinang malah dgn Sarawak pun kalah.....dgn Sabah tok sah bandinglah...memang mundur dan tidak bersemangat langsung.

    Alor Setar dpt status Bandaraya...dah lama dah....tapi 'standard' mcm kampung saja.

    MB dan geng Exco tentu faham...yg Negeri mereka indah khabar dari rupa.

    Tetapi...apakan daya...rakyat seperti kami terpaksa menerima saja.....segala apa sandiwara....dan gebang ketua2 Umno Melayu dan KCS negeri.

    Tahukah MB yg banyak projek negeri diAlibabakan?

    Tahukah MB yg banyak projek2 difaraehkan pg kroni2 Umno belaka?

    Tahujah MB bahawa banyak rakyat negeri yg hidup dibawah paras kemiskinan?

    Tahukah MB bahawa projejek pertanian dan ternakan negeri h8dup segan mati tak mahu?

    Tahukah MB betapa ramai anak2 muda dikampung jadi kutu rayau....mat rempit...kaki dadah?

    Tahukah MB...betapa ramai anak2 Kedah yg ada kelulusan dan berduit tidak mndpt tempat untuk berniaga di Kedah .. sebab kroni dan dikawal dan disekat oleh agensi2 negeri dan banyak yg diberi pd Cina?

    Tidak salah ada impian....atau mahu nembuat Airport diKulim....tetapi sy rasa baik perbetulkan apa yg salah dulu dan cari jalan untuk memajukan bidang pertanian dan ternakan dulu.

    Juga cari jln untuk menghapuskan dadah dan gejala tidak sihat anak2 muda dulu.

    Juga bersihkan Bandaraya Alor Setar dari segala kotoran2...dari sampah sarap ... bersesuaian dgn status Bandaraya.

    Mulailah bina rumah2 mampu milik yg selesa dan sediakan prasarana yg baik dahulu agar keadaan sekeliling enak didiami dan dapat menyuburkan semangat Rakyat untuk menjadi lebih disiplin dan teratur.

    Lupakan lah dahulu hasrat untuk kerja2 yg lebih besar.....betulkan akidah rakyat yg ramai terpesong dgn ajaran sesat Syiah hasil peninggalan Sabu....kerana ini juga adalah amanah pd ugama.

    Pokok nya Mukriz tidak perlu menjadi seperti Sanusi atau pun seperti Syd Razak mahu pun Mahazir Khalid yg cuma retorik dan taik gelembong saja.

    Malah....Langkawi itu pun tak lah sehebat mana sangat....betuljan yg tidak betul dulu.

    Bila sy tanya kawan2 tentang Langkawi...ramai yg "pi sekali pun dah cukup....tak payah pi lagi..."
    Sy tanya kenapa?

    Depa kata "tak ada apa sngat".

    Ha ha Mukhriz...anda kenalah lebih bijak dari MB yg lepas2 dan mesti lebih bijak lagi dari Pas....malah mesti lebih bijak dari ayah anda.

    Rakyat dah 'fedup' dgn cara yg lepas2...jgn cakap saja lebih.... habuk pun tarak.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  13. Pembangunan di seluruh Malaysia, hatta di negeri maju seperti Selangor, Johor, PP pun memerlukan bantuan pusat untuk terus maju, hatta Kedah sangatlah bergantung.

    Wawasan dan perancangan Mukhriz seperti airport merupakan projek mega jika berhasil mampu merubah negeri Kedah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Lebih penting ia tidak seperti di Johor, negeri maju harta tergadai..sekadar menang sorak! !!

    Mahathir dulu ditertawakan untuk membina putrajaya, twinntower, lebuhraya utara selatan, kereta negara dan banyak lagi..kini semua jadi mercu.

    Biarlah jubah dan lebai dari zumba..

    ReplyDelete
  14. Tak salah kalau ada wawasan, Sebelum ada wawasan kenalah fikir kesesuaian dan situasi.

    Pelan Pembangunan Negeri Kedah seharusnya di buat mengikut struktur tempohmasa. Kena ada projek quick win dulu untuk meningkatkan tahap keyakinan pelabur sebelum cerita projek projek besar. Kena ada projek membangunkan tenaga kerja terlatih di kalangan remaja supaya dapat menanpung keperluan industri tempatan.

    Kena ada penstrukturan perumahan yang membolehkan tenaga kerja baru dapat memiliki rumah yang economical dan berkenderaaan mengikut kemampuan.

    Kena ada pembangunan sosial seimbang supaya jati diri, disiplin dan kematangan tenaga kerja muda dapat diwujudkan dan kekal di negeri Kedah.

    Kena ada pelan pembangunan infrastruktur pendidikan tinggi termasuk programme twinning dengan universiti luar negera terutama untuk sektor IT dan pertanian moden supaya lebih ramai golongan muda berhijrah ke negeri kedah dan menetap selepas tamat belajar.

    Tanpa pelan yang komprehensif untuk membangunkan golongan muda yang dapat menyumbang secara lansung kepada aktiviti ekonomi bandar bandar, tidak mungkin industri retail dapat berkembang secepat negeri negeri lain.

    Jadi macam cerita chicken and egg.. di negeri Kedah, pendapatan rendah menyebabkan kuasa membeli rendah, bila kuasa membeli rendah, peniaga sektor retail tidak dapat beroperasi secara besar besaran. Bila tiada kepelbagaian barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan 'orang muda', mereka akan berhijrah ke negeri lain yang lebih 'happening'. Its a vicious circle.

    For a state to develp faster, start looking into developing youth with ability of a higher disposable income. Start having housing program to retain them to stay and start having incentive program for retail sector to grow in Kedah.

    Its typical bila golongan 'pencen' pergi kedai makan..they wont spend much setakat minum air suam sebab tak boleh makan manis, ambil lauk sikit sebab obesity and penyakit...bila la kedai nak maju berbanding kalau golongon muda yang berduit. Tak banyak 'spending ' di buat oleh golongan pencen di sektor retail. The spending power is actually with the 'pencen' but they have limited wants and needs

    This is an oversimplication really..but its hard fact. Lets crawl before we walk. Lets walk before we fly.

    ReplyDelete
  15. MB dengan wawasanya airport di Kulim.Semoga jadi kenyataan.Manakala Setpolnya merancang nak jadi KB UMNO Padang Serai.KB Padang Serai sekarang tak mantap.
    MB fasal airport.Setpol nak jadi KB.

    ReplyDelete
  16. Dua kali p langkawi...bes...nak p lagi....tara mani...

    ReplyDelete
  17. Kedah perlu ke airport baru bertaraf international? Kan kat Langkawi dah ada. Aku ingat tak perlu.
    Pada pendapat aku la sebagai orang luar, salah satu cara Kedah nak menarik pelabur masuk adalah dengan mempelbagaikan dan memperbesarkan high tech industri di Gurun. Meriahkan dan perbanyakkan usaha mempopularkan Pulau Langkawi sebagai destinasi ulung pelancongan di Kedah. Langkawi mempunyai potensi yang besar untuk berkembang pesat kalau kena gayanya. Langkawi sudah ada base yang kukuh hasil usaha gigih Tun Mahathir. Apa yang perlu hanyalah sedikit 'push' ke direction yang betul.
    Buat oversea trips ke negara-negara Eropah dan yakinkan mereka untuk datang melabur dan menanam modal di Kedah.Yakinkan mat saleh-mat saleh ni untuk outsource dan membuka industri di Kedah. Hatta local capitalists di ibu negara pun. Geng-geng investors yang tengah cari peluang untuk kembangkan empayar mereka. Tawarkan mereka pelbagai insentif. Ceritakan Kedah membuka peluang seluas- luasnya kepada syarikat/pelabur asing untuk membuka cawangan dan meluaskan sayap di negeri jelapang padi itu. Jangan kenakan sebarang cukai kepada mereka. Mereka dialu-alukan untuk mebuka cawangan di Kedah dengan syarat 10 % pekerja hendaklahlah dari kalangan anak Kedah samada diperingkat pengurusan atau kakitangan bawahan. Itu saja sudah cukup untuk mereka buat bisnes di Kedah. Lain- lain cukai tak perlu.
    Ini kerana 10% quota tu dah dikira ' indirect tax' yang boleh memberi pulangan yang agak besar buat kerajaan negeri Kedah. Itu baru 1 kilang, kalau 10 kilang/ fraincais/marts/shopping mall,hotel, tak ke ramai anak-anak muda Kedah yang dapat pekerjaan. Depa ni pada dok goyang telur petik gitar bawah pokok mempelam, eloklah pi bekerja. Dekat dengan rumah pulak tu, tak perlu pergi merantau jauh-jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isunya sekarang adalah hub pengangkutan, selepas barang siap di buat. Kedah dah ada kawasan perindustrian sendiri, tapi xda port @ airport utk proses pengangkutan. bayangkan berapa byk Kerajaan Negeri Pulau Pinang untung dgn adanya port & international airport? xsalah untuk Kedah ada hub pengangkutan antarabangsa sendiri utk kawasan industri dalam negeri kedah, kan?

      Delete
  18. Mantan MB Kedah Sanusi bunyinya mcm hebat sama naik dgn Mantan MB Perlis Shahidan Kassim tapi kedua2 negeri masih takok lama, hasil negeri x seberapa, hutang dgn pusat dua generasi pn x habis bayar, Ckp pasal Sanusi teringat tukang canang dok selalu puji ideanya Aziz Desa org Langkawi pn dah hilang tak kemane.... skrg timbul pula idea Mukriz, nmpknya akan jadi mcm projek 'Udang Kerpan' lh ..... ape pn sama2 kita tunggu n lihat..... hrp kali ni okey, byk dh berangan nk jadi kaya jual tanah......

    ReplyDelete