Monday, 18 August 2014

TUN MAHATHIR TARIK BALIK SOKONGAN KEPADA NAJIB.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir mengistiharkan bahawa beliau menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana sahingga ini Najib tidak mengadakan perubahan dari segi dasar pendekatan dan juga kerana tidak mempedulikan pendapatnya  juga pendapat orang ramai.

Dalam posting terkini  blognya hari ini ( 18 Ogos) , Tun Mahathir berkata "Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur."
Tun Mahathir menyatakan pandangannya Najib bersalah bermula dengan pendiriannya  melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.
" Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

 "Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara." tegasnya.( Sila baca seterusnya di blog Dr. Mahathir Muhamad)

7 comments:

  1. Sebuah kerajaan yang menunggu demonstrasi rakyat untuk mengambil tindakan atas sesuatu isu yang mengenai kepentinagn rakyat bukanlah kerajaan yang kuat
    .
    Peguam negara pun terpaksa menunggu desakan dari orang ramai supaya bertindak adil dan tidak hanya terhadap orang Melayu sahaja. Tidakkah ini menunjukan kelemahan kerajaan?

    Bila Istana Negara sendiri buat laporan polis maka bukan sahaja Peguam Negara yang patut berhenti,Najib sendiri wajar letak jawatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong pendapat kamu. bukan sekarang najib patut letak jawatan sepatutnya dari dulu lagi selepas PRU. ada pehak yang minta najib transform, tapi pada aku dia mesti berundur dulu kemudian tuh baru transform. dia tak akan berubah sebab nature dia dah macam tuh. kalau dia berubah pun adalah kerana terpaksa dan bukan kerelaan. mana boleh jadi macam tuh? kalau dia lebih teruk dari Pak Lah, memang sahlah dia saperti tikus membaiki labu/

      Delete
  2. Tan Seri, ini teguran Tun M yang telah mentadbir selama 22 tahun. DS Najib harus melihat teguran ini sebagai teguran orang yang sangat banyak pengalaman. Kadang kala saya lihat DS Najib dan kabinetnya seakan memandang rendah teguran dan perasaan umat Melayu. Paling malang apabila kerajaan ini dilihat sebagai tiada kuasa, lemah. Jika DS Najib fikir beliau akan popular kerana kelihatan tidak ' mencampuri ' urusan pentadbiran ( undang undang sebagai contoh ) saya fikir DS Najib telah tersilap jangka. Saya bimbang orang Melayu akan hilang keyakinan terhadap Kerajaan UMNO /BN.

    ReplyDelete
  3. Sesuatu yang pasti, selepas ini kita akan lihat panglima2 Najib memberi fakta dalam pelbagai angka menunjukkan kejayaan Najib, malah ada yang jauh lebih hebat pencapaiannya dari Mahathir.
    Untuk pelbagai isu dan masalah, mereka akan keluarkan pula senarai Jawatankuasa 2 yang ditubuhkan.
    Isu penghapusan ISA, Mereka tunjukkan pula Akta baru yang lebih adil dan mendapat sokongan semua pihak.
    Dan akhir sekali mereka ulangtayang ratusan kali BRIM dan tragedi MH17 untuk menunjuk betapa popular dan hebatnya Najib.

    Satu-satunya kejayaan terbesar transformasi Najib ialah menukar makanan ruji rakyat Malaysia, dari beras kepada bubur.

    ReplyDelete
  4. Apa Logiknya? Tuduh Najib Perosak Negara tapi tak mahu dia letak jawatan!?

    ReplyDelete
  5. Salam TS..

    Sedih rasanya bila sutuasi ini berulang
    Sedikit masa duly.. Pak Lah dimaki hamun oleh org Umno. Sampaikan diminta turun secara terbuka. Tapi apakan daya... itu saja jalan yg ada. Bila Pak Lah lebih percayakan ckp org2 tertentu.. padahal bertahun Pak Lah dlm barisan kabinet. Pak Lsh seorang yg lembut sampai restu Hishamudin Pon*** bwk masuk Kera Jalang (KJ).... Pak Kah hancur sekelip mata. Jawatan hilang dgn hina sekali... "Jawatan Kerja" paling tinggi dlm negara, harga yg tinggi perlu dibayar bila tersalah langkah..

    Dan kini... sejarah berulang. Tok Jib x belajat sejarah.. Tok Jib dan Pak Lah cukuo semerlang dlm kabinet. Tp bila nsik PM, ibarat mcm kera dpt bunga..

    Kita sedih bila Pemimpin kita dihina. Tp apakan daya.. mereka sendiri membuka ruang dan jalan supaya diperlakukan sedemikian...

    Benda dah elok.. kononnya nak diperelokkan lg. Percaya bulat2 akan kata2 keparat sampah penasihat sial... tp sapa lantik mereka ??????
    PM JUGAK... !!

    TOK JI .. KAMU MEMANG KURANG CERDIK
    TURUNLAH DGN GENTLEMAN....
    TURUNLAH DEMI AGAMA
    TURUNKAH DEMI BANGSA

    JGN DITERUS ANDAI KAMU TIDAK MAMPU
    JGN KERANA KAMU.. PARTI KERAMAT UMNO DIHINA. MELAYU DIKEJI

    UMNO DAN MELAYU BUKAN MILIK JAMU SORANG !!


    Mat Umno Pendang

    ReplyDelete
  6. TS Zam.
    DS Najib terpaksa galas dibawah pimpinan UMNO yang amat lemah.
    Barisan MTnya,EXCO Pemuda,EXCO Wanita,EXCO Puteri yang tidak bermaya.
    Begitu juga barisan Pimpinan UMNO Bahagian dan sayap sayap sampai tidak ada idea sebagai pemimpin.
    Teguran pada Tun M meliputi semua peringkat UMNO termasuklah anaknya yang jadi MB Kedah yang muram dan lesu.

    Pimpinan UMNO lebih fokus pada jawatan mereka dalam UMNO drp memikrkan kuasa yang ada selepas PRU 14.

    Malaysia sudah jadi negara Pesta Buat Laporan Polis dan Demo aman.Saban hari dan minggu ada saja kumpulan buat report polis.

    DS Najib banyak buat pendekatan yang mudah dan ikut rentak lawan atau musuh UMNO.Pada hal pendekatan ini lah yang memakan dirinya dan UMNO.

    Pimpinan dalam UMNO sudah hilang hala tuju perjuangan parti.Demokrasi dalam UMNO sudah mati.Pimpinan UMNO tamak dan haloba dengan kemewahan hidup.
    Juah yang keterlaluan dikalangan mereka.

    Yakinlah UMNO akan terima mala petaka ini.
    UMNO dalam bahaya.

    ReplyDelete