Monday, 18 August 2014

TAHNIAH MAT SABU KEPADA AZMIN SEBAGAI BAKAL MB SELANGOR.

PAS NAFI AZMIN TARIK DIRI (LIHAT BERITA DI BAWAH)
Let’s shake on it: Azmin (right) shaking hands with PAS deputy president Mohamad Sabu as DAP advisor Lim Kit Siang (third from left) and PKR’s Tian Chua look on after announcing their decision to the press at a hotel in Subang Jaya.
Let’s shake on it: Azmin (right) shaking hands with PAS deputy president Mohamad Sabu as DAP advisor Lim Kit Siang (third from left) and PKR’s Tian Chua look on after announcing their decision to the press at a hotel in Subang Jaya- PHOTO THE STAR.
Walaupun Pakatan mengemukakan  hanya  satu nama sahaja iaitu isteri Anwar Ibrahim sebagai calun MB Selangor dan menolak satu lagi  pencalunan Pas Azmin Ali tetapi semua orang tahu bahawa Sultan tidak akan menerima Wan Azizah sebagai MB malah telah pun menolak  permintaan isteri Anwar ini untuk menemui baginda.
Joceline  Tan dalam analisinya di Star  hariini yang bertajuk " Pas, masterstroke in S'ngor MB issue" berkata  mendesak  nama yang tidak dikehendaki  oleh Istana bukan sahjaa sia- sia malah terlihat sebagai mencabar Sultan.
Tidaklah terlalu bodoh bagi PresIden Pas dan juga bagi Anwar Ibrahim untuk memahami hal ini tetapi  Haji Hadi telah menunjukan ketajamannya bersilat politik yang tidak lagi merupakan langkah kekampongan tetapi profesional .Beliau hanya mendiamkan diri terhadap keputuan Pakatan itu  dan juga keputusan  Azmin menolak pencalunannya. Bukan sahaja Pas malah  Azmin juga mahu menyelamatkan  maruah pemimpin agungnya  yang telah pun berada dilembah kehinaan.
Tetapi Azmin telah pun dapat membaca keadaan yang akan memihak kepadanya   yang sama dengan  pembacaan  Pas dan juga pemerhati pemerhati politik dan rakyat umumnya. 
Maka itu gambar diatas dapat difahami sebagai Timbalan Presiden Pas  Mat Sabu dengan gembira memberikan tahniah awal kepada Azmin yang terseyum riang sebagai bakal MB Selangor.


Komen:

Well I do agreed on the choice of MB as suggested by Zam and the star writer.
Selangor demographic pattern was so alarming, this seemed to more immigrant from other states that the Selangorn Born.(selbon)This non selbon bring along alien culture with them that is why I seen a lot of non Selbon become the wakil rakyat and ahli Parliment.
The Sultan as a legitimate owner of state soverignity should look at this with crystall clear eyes.

Selangor has given a lot of land to the non selbon such as Kuala Lumpur,given away in the early 70's. then followed with Putrajaya which is right fully belong to Selangor. Sepang, Klang just to name a few.So this area now seemed to be populated by non selbon.
So what happen to political soverign of Selangor. That is why the Menteri Besar chair will be filled with non Selbon.
In fact the Selangor state has become the barnyard of political shit.What is the point of Selangor be the richest state but legally,and expediently you do not own Selangor.So what is the power of Sultan if his subjects majority is non selbon. None of them give a damn about the state constitution. that is why the non selborn political leader speak without loving the state.

This is some thing the selbon must look at it.Dont be so proud of being the richest state in Malaysia but the selborn was displaced by the corrupted leaders and non selbon.Selangor is the exmple as the cock with the loudest sound but the master' hand is full of shit.
I rest my case, Zam......example of poor development plan. not too late recapture it.- Sifiai Saad


DARI UTUSAN MALAYSIA:

HAJI HADI: AZMIN TIDAK TARIK DIRI CALUN MB

Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Abdul Hadi Awang sebelum mengadakan sidang akhbar di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 18 Ogos - Pas mengekalkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu menyenaraikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor - satu langkah yang dilihat akan mencetuskan polemik terbaharu dalam pakatan pembangkang.
Pendirian terbaharu Pas itu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kurang senang sekutunya PKR dan DAP yang beberapa jam selepas mesyuarat semalam memutuskan pakatan pembangkang hanya akan mencalonkan Wan Azizah sahaja bagi tujuan tersebut memandangkan Azmin menolak nama beliau disenaraikan.
Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Azmin tidak menarik diri daripada disenaraikan sebagai Menteri Besar Selangor sepertimana diusulkan oleh parti tersebut.
Malah tegas Abdul Hadi, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak menolak pencalonan Azmin sekiranya diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Itu tak betul (kenyataan pakatan pembangkang hanya menyenaraikan satu nama), saya ada kenyataan daripada pakatan pembangkang semalam. Azmin bukan menarik diri, nama masih lagi dua orang, tetapi dia menghormati keputusan parti dia mendahului nama Wan Azizah untuk diserahkan kepada sultan, ditakdirkan kalau Wan Azizah ditolak maka dia (ganti).
"Itu hak Sultan, terpulang kepada Sultan, itu bukan hak kita (untuk tentukan siapa Menteri Besar)," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Kedua-dua pemimpin kanan Pas Pusat itu mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang menyenaraikan Wan Azizah dan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
Pertemuan itu ekoran daripada keputusan yang bercanggah dengan Majlis Syura Ulama yang sebelum ini mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak dibuktikan beliau bersalah menyeleweng dalam pentadbiran.
Keputusan Jawatankuasa Pas Pusat itu menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa parti tersebut tunduk kepada sekutunya, DAP dan PKR setiap kali masalah timbul dalam pakatan pembangkang.
Abdul Hadi berkata, beliau tidak mahu melayan persepsi yang wujud berikutan keputusan tersebut biarpun ramai yang melihat ia akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu.
"Saya tak boleh buat kenyataan berkaitan persepsi, ia satu andaian, Khalid sedar apa yang berlaku, persepsi tidak semestinya. Saya memberi nasihat kepada Khalid seecara bersemuka dan bukannya melalui media," katanya.
Ketika ditanya adakah Pas menolak Wan Azizah kerana jantinanya atau nepostime dalam PKR, Abdul Hadi berkata:
"Itu tidak timbul, semua parti berhak mencalonkan siapa yang dia nak calon, dan kita juga berhak untuk mencalonkan siapa yang kita mahu," katanya.
Sementara itu, Mustafa berkata, Pas bersedia berhadapan dengan pilihan raya negeri sekiranya Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyelesaikan kemelut itu.
"Bubar dewan hak Tuanku jangan campur, kalau Tuanku rasa itu keadaannya, kita terima realiti, tetapi kita mengharapkan tidak berlaku," katanya.







.

4 comments:

  1. Salam Tan Sri.

    Sy punyai interpretasi berlainan pula.

    Dari rauh wajah 1 Cina Dap ini......sy boleh mengandaikan dlm fikiran dia....
    ......dia berkata;
    ......"2 Melayu tolol...pekak dan bangang....ni senang sungguh aku kaldaikan untuk kepenting bangsa aku sentiasa...."

    Tian Chua puka sebangsa dan telah pun berada bersama Dajal Melayu haram jadah dlm parti yg kunon nya untuk keadilan....

    Hah..."mudah memang mudah nak kepak Melayu"....kata lagi dlm hati Cina Dap ini.


    Tan Sri...tidak dinafikan Azmin dan Sabu bersama ramau lagi Melayu terlibat dlm banyak agenda Dap menentang Melayu Islam......inilah akibatnya bila kita berpecah.

    Mereka dan mana2 sealiran Dajal memang bodoh dan tolol.....tiada jati diri langsung.

    Ayam menang kpg kena gadai.
    Puuihh celaka betul Melayu2 begini.
    Lebih teruk dari Umno.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Hasnul Hadi Melaka.18 August 2014 at 13:48

    MASA TERBAIK UTK PILIHANRAYA.

    Ini adalah masa yang terbaik bagi Khalid Ibrahim untuk mengadakan Pilihanraya kilat kerana Pakatan Rakyat sekarang berada dalam keadaan berkecamuk,sudah tidak ada lagi perpaduan seperti dalam pilihnaraya ke 13, orang Pas sendiri kecewa dengan Pas dan orang PKR berpecah dua ,ada sokong Azizah dan sokong Azmin,Dap pun sudah kehilangan kepercayaan orang Cina.

    Keadan ini tidak mungkin akan dipulehkan dengan segera. Maka itu eloklah Pilihanraya diadakan segera suaya Anwar Ibrahim kenal tanah tinggi rendah dan dapat melihat samaada orang masih suka atau membencinya..

    Jika dibiarkan terlalu; lama,mereka akan dapat mengumpulkan kekuatan semula tetapi jika diadakan sekarang maka Khalid akan dapat melihat betapa keroskan yang telahj dilakukannya.

    ReplyDelete
  3. Kenaapa yang Anwar nak push juga isterinya sebagai MB sedangkan beliau tahu Sultan Selangor tidak dapat menerimanya. Tidakkah ini menunjukan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu yang memahami adat istiada Melayu sebaliknya seorang anak Melayu(?) yang kurang ajar..

    UMNO walaupun bukan sebuah parti Islam seperti Pas tetapi tetap sedar bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin Utama seperti Perdana Menteri.Jika tidak tentulah Rafidah Aziz yang berkalibar besar sama seperti Dr.Mahathir telah pun menjadi PM Malaysia.
    Inilah pemimpin revolusi.Al juburi, inilah pemimpin besar Abim,inilah Tokkong kepada Md NurfManuti Al money.

    ReplyDelete
  4. Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
    (Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

    Huraian:

    Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Ini lah yang di sebut menghalalkan cara. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini iaitu memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.

    Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

    Wallahu’alam.

    (Sumber: Ustaz Abu Ali Al Banjari An Nadwi dalam bukunya 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman).

    ReplyDelete