Thursday, 21 August 2014

SELAMATKAN DATUK SERI NAJIB! UMNO MESTI TUNTUT ISA DIKEMBALIKAN

TERKINI: POLIS AKUI HADAPI MASALAH TANPA ISA
Ketua Penulong Pengarah Bahagian Counter Terorism,Cawangan Khas Bukit Aman,Datuk Ayub Khan Mydin berkata bahwa pihak polis mempunyai maklumat awal tentang pemergian sebahagian daripada rakyat Malaysia  yang terlibat ke Syria tetapi tanpa bukti yang kukuh  menghadapi kekangan untuk mengambil tindakan lebih awal  di bawah undang-undang baharu Akta Kesalahan Keselamatan(langkah- Langkah Khas yang menggantikan ISA ) ( Berita di Utusan Malaysia hari ini 22 Ogos mengenai 3 Rakyat Malaysia ditembak di Syria)


SELAMATKAN NAJIB........

Mesyuarat -mesyuarat UMNO bahagian yang sedang berlangsung di seluruh negara sekarang mestilah berani dan ikhlas untuk membuat keputuan  menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) bagi menyelamatkan masa depannya.

Usul itu hendaklah  ditingkatkan dan dimantapkan  sebagai  suara padu  setia berani  rakyat seluruh negara dengan membawanya dan menjadikannya  keputusan  di Perhimpuan  Agung UMNO pada bulan November ini.

Jika Amerika Syarikat sanggup menjadi neo colonialis dan  diktator  membunuh ribuan manusia tidak berdosa atas alasan karut dan cerita bohong  maka kenaapa kita takut  untuk berundur melakukannya  atas nama demokrasi, atas kehendak majoriti  rakyat yang memileh BN demi untuk keselamatan agama, bangsa dan negara.

Menghapuskan ISA adalah suatu kesilapan besar Najib untuk mencari popularti di kalangan antarabangsa terutamanya Amerika Syarikat dan kuasa Barat ketika rakyat mengharapkan beliau akan membina semula keruntuhan dasar dasar suci negara kerana kemurahan hati  Abdullah Badawi setelah dibina oleh Tun Abdul Razak  dengan air mata dan darah dan  disokong kuat oleh Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail demi untuk keselamatan negara dan juga untuk  menyelamatkan MCA dari anasir komunis dan cauvanis( Lihat buku Tun Ismail The Reluctan Politician)

Suatu hal yag menggemparkan negara dan mengecewakan sebahagian besar rakyat, Najib bukan membina diatas kertuntuhan tetapi beliau menghancurkan batu bata keruntuhan menjadi serpihan yang membuka peluang kepada pihak anti nasional  untuk menghina dan memperkecilkan Perlembagaan Persekutuan yang telah dimantapkan oleh ISA

Mereka sampai keperingkat berjaya memutar belitkan pandangan rakyat sehingga terlihat  sebagai pejuang nasional

Saya difahamkan tindakan Najib itu tidak sahaja mengejutkan rakyat pada keseluruhannya tetapi juga mengecewakan  Pejabat Peguam Negara dan Pihak Polis  yang telah menasihatkan beliau sekadarkan untuk membuat pindaan dan bukannya menghapuskan ISA.

Tujuan Najib ialah untuk membina namanya di dunia antarabangsa tanpa menimbang perasaan berbagai peringkat rakyat dan juga berbagai pihak  dalam negara.Beliau kelihatan tunduk menyembah kepada parti pembangkang diatas tangisan dan air mata para nasionalis negara.

Ini samalah dengan perhetongan  Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin yang muncul dalam tunjuk perasaan Gaza menyokong Palestin di London kerana merasakan imejnya akan menjadi besar dan lebih popular  dari turut serta dalam  perarakan Gaza  dalam negara.

Baginya  dunia  antarabangsa adalah lebih penting dari pemuda pemuda  Malaysia yang menyokong dan mengangkatnya sebagai ketua  pemuda. Ini adalah pemikiran WOG (Western Oriented Gentelman) yang tidak berjijak diakar umbi.

Tetapi Najib bukanlah Khairy.Saya memahami dan menyelami perasaannya sejak saya menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu.Jika tidak masakan terkeluar dari mulutnya Tsunami Cina bila orang Cina memulaukan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Tidak ada sebab untuk Najib merasa berasalah atau bimbang  maruahnya  akan terjejas jika beliau menarik balik kesilapannya malah imejnya  akan kembali  ke puncak dan bertambah kukuh jika sanggup membetulkan kesilapannya yang telah mengakibatkan kebangkitan gulongan rakyat yang semakin berani dan  semakin biadap mencemarkan  kesucian Perlembagaaan Negara setelah  ISA dihapuskan.

Apapun yang dilakukan oleh Najib untuk menampakan kesabarannya,tolak ansur ,toleransi  dan keadilannya kepada semua  tetapi manusia-manusia ini tidak akan kembali menyokong BN. Jangan mengharapkan hujan dilangit air ditempayan dicurahkan.

Di sebalik sokongan yang terpampang di muka- muka akhbar hari ini setelah Tun Mahathir menolaknya, Najib harus mendapat laporan yang sah dan benar betapa hebatnya gelombang yang ditiup oleh Mahahtir yang melanda seluruh pelusuk tanahair ,kampung dan bandar,peringkat atas dan bawah,sekolah dan universiti dan berbagai institusi rakyat.

Najib tidak perlu dengar suara saya, Siapa saya? Cakap saya boleh di pakai atau dilemparkan sahaja ke dalam longkang tetapi suara rakyat yang sedang membara sekarang tidak mungkin dipadamkan dengan gendang perang upahan.

A renewed license to re-occupy Iraq
The US has 'renewed' the license to re-invade and kill Iraqis, whether they are civilians, insurgents or pro-Washington supporters. Their bombs and bullets are not able to distinguish them.

President Barack Obama is using the 'one beheaded American journalist' as a ticket to terrorise the Iraqis again.( From blog: Another Break in The Wall)
EDGARTOWN Mass. (Reuters) - President Barack Obama on Wednesday vowed that the United States will not be swayed from airstrikes against Islamic State after the group beheaded an American journalist, an act he said is proof that the militants stand for no religion.
Komen: Apalah harga nyawa seorang manusia yang dibandingkan dengan ribuan orang Islam yang tidak berdosa yang telah dibunuh dan terbunuh dengan kejam akibat pencerobohan AS di Iraq dan Syria? Tan Melaka


23 comments:

  1. TS Zam.
    UMNO seperti biasa dulu kini dan selamanya.Arahan tak langsung telah di beri jangan pertikai apa DS Najib buat.Terutamanya ISA.
    Mana ada Pimpinan Bahagian,MT,EXCO sayap UMNO bersuara.
    Tetapi aktivis dan NGO Melayu amat kecewa dan selari dengan teguran Dr Mahadir.
    Akar umbi tanpa parti (Melayu) terutama bekas pegawai tinggi kerajaan turut kecewa.

    Persidangan UMNO Bahagian cuma kita tengok apa isi kandung mesyuarat,

    DS Najib boleh tidur lena tentang jawatran Presidem UMNO nya itu.Selama mana penasihatnya mahu.

    Yang DS Najib kena fikir ialah PRU 14 dan sokongan undi rakyat.Penasihat dan Setpol DS Najib lebih tumpu pada jawatan Presden UMNO.
    Tak perlulah ada gerombolan setiakawan,kelab timbalan,sahabat dan lainya.
    Dr Mahadir masih ramai pengikunya melalui pemikirannya.

    DS Najib jgn taruh penuh kepercayaan pada gerombolan cium tangan ini.
    Zaman Dr M ,zaman Pak Lah semua ada.Zaman DS Naib lagi banyak.Mereka akan cabut bila DS Najib kena bersara.

    UMNO dalam bahaya.DS Najib kena sensitif.
    Boleh jadi laporan tulen tak sampai pada dirinya.Kesian DS Najib.
    Mampukah panglima UMNO turun padang bersemuka dengan rakyat menagkis isu ini.
    Rasanya tak mampu.Sekadar jadi pemimpin bawa sampul surat lobi projek ramai sekali.

    Semua dan segalanya ditangan DS Najib.
    {

    ReplyDelete
  2. Apa yang di rancang oleh perwakilan kelak ialah seorang wakil akan bercakap mengkritik kepimpinan Najib dan kemudiannya seorang akan membela Datuk Seri Najib dengan segala alasan dan pujian. Ini telah dilakukan dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu sehingga ada perwakian yang termuntah mendengar pujian terhadap Rosemah isterinya.

    ReplyDelete
  3. Mohd Idham Kg Makam21 August 2014 at 18:57

    Harus diingatkan bahawa Tun Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak menyuruh Najib berhenti yang menampakan belaiu masih menaruh harapan agar Najib memperbaiki segala kelemahannya, Antaranya Najib telah meletakan Jabatan Kehakiman kepada taraf yang paling rendah sehigga tidak lagi dihormati dan dipercayai oleh orang awam. Kes Anwar mengambil masa yang terlalu lama dan ada kes yang diperamkan kerana mereka percaya bahawa itu adalah yang dikendaki oleh Najib yang percaya kepada masa akan mengubat segalanya.Najib percaya kepada menangguhkan masaalah dan bukan menyelesaikan masalah dan kemudian beliau berdoa agar keadaan akan memihak kepadanya.

    ReplyDelete
  4. nak pinda atau mewujud AktaKDN semula memerlukan kelulusan 2/3 Ahli Parlimen.Najib,Hishamuddin,Zahid Hamidi semua tau.klu duduk membisu macam mana nak dpt sokongan rakyat pada PRU14 nanti.apa rancangan/program BN/UMNO untuk dpt kepercayaan rakyat? blh dgn BRIM jer.tak kan nak mengembalikan sokongan org Cina dgn bg bantuan berjuta2 RM kpd Sekolah2 Cina.kajilah dgn teliti keputusan Pilihanraya PRU13,PRK Miri...

    ReplyDelete
  5. Umno kena lihat jauh dalam isi kritikan dr Mahathir.

    Kerana isi isi itu adalah dekat di hati melayu bukan umno.

    Kalau umno matang dan berjuang untuk melayu am nya - maka selamat lah umno untuk memerintah lagi.

    Tapi kalau umno cuma berjuang untuk jawatan dalam umno saja - ramai lagi orang melayu akan meninggalkan perjuangan umno.

    ReplyDelete
  6. Transformasi yang menjadi deformasi kepada yang sudah terjaga baik selama ini, asas kepada kesajahteraan Malaysia. Semua yang waras pun tau. Nakhaie pun sudah tidak terima lagi perjuangan Umno yang sudah tersasar.

    Cuma kita mahu Najib berpegang kepada amanat arwah Ayahanda nya dan Tun Ismail. Mengisi harapan majoriti Melayu yang sudah di kelar-kelar tanpa belaan sewajar nya. Teruskan kesinambungan dengan mengambil langkah drastik memulihkan apa yang sudah beliau lupuskan.

    Sesungguh nya kita ingin lihat Melayu aktif dalam semua sektor ekonomi dan pembuatan dengan kuasa pemerintahan yang mantap dari sokong politik yang dapat di kawal sepenuh nya. Ia boleh terlaksana apabila peraturan dan perundangan berada di tampuk nya.

    Semoga beliau akur dengan kehendak dan suara-suara kegusaran kita semua. Musuh politik tetap Pakatan Rakyat di dominasi Dap dengan barisan tentera utama nya Pas yang di ketuai komandan perang nya oleh PKR...Ketum.

    ReplyDelete
  7. Salam TS..

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  8. UMNOcentric makin menjadi. UMNO bukan Malaysia. KJ kata letak Pemuda UMNO menerajui GLC. GLC kepunyaan semua rakyat. Seharusnya sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi CEO GLC

    Muhyidin suruh UMNO cari "Wow" dan dapat RM10,000 upah. Duit, duit. (Seolah, wow, wow, give a dog a bone!). Beliau tiada wow kah? Atau rakyat lain dalam Malaysia ini tidak ada wow nak lontar?

    Dahlah kepala ikan U busuk, badan hingga ekor pun busuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kerajaan tahu semua sudah berlalu. Sebab itu banyak penasihat.

      Delete
  9. sayangnye blogger pro umno takut tuk memberi liputan luas teguran ayahanda tun...hmmmmm...benarlah apa yg ayahanda tun cakap...depa hanya cakap blakang je pandai...depang ngampu selagi boleh....saya percaya kalau semua blogger siarkan teguran ayahanda tun najib akan perasaan..kalau tak perasan jugak mmg najib tadak perasaaaaaan dan tadak usaha tuk melihat dunia hanya dihujung jari kita.......

    ReplyDelete
  10. Suatu artikel yang amat menyentuh hati. Segala apa yang terpendam dihati sudah pun disampaikan. Sudah lama saya merasakan bahang pentadbiran Najib dan banyak juga luahan perasaan kedalam blog blog, namum tidak langsung dapat membantu memberikan kesedaran pada yang empunya nama. Saya berkeyakinan ISAlah punca segalanya. Penghapusanya saperti telah menyalakan api dilubuk hati orang Melayu khususnya. Ada kah Najib mendapat sokongan dari pehak yang meminta dihapuskan atau Najib semakin disisihkan dari hati orang orang Melayu yang melihatkan padah yang telah berlaku?

    Agama, bangsa dan negara telah diheret dan dihina ketahap yang paling melampau. Justeru, pelbagai bantuan diberikan kepada SJKC semata mata untuk menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. Slogan 1Malaysia amat mendukacitakan. Kenapa tidak pula di SATUkan satu sekolah untuk semua? Dalam mengejar sokongan Cina, Najib sudah pun keciciran yang dikendung. Bangsa Melayu telah ditinggalkan dipersimpangan jalan untuk mencari haluan masing masing. Kalaulah dahulunya orang Melayu menyokong UMNO kerana perjuanganya, tapi sekarang mereka lebih rela dan suka jadi pemerhati kepada kehancuranya.

    Usahlah perasan diri itu bagus kerana orang lain yang akan menilaikanya.

    ReplyDelete
  11. nasi dah jadi bubuq. kena tanak lain la.

    ReplyDelete
  12. DS Najib dan kabinetnya perlu baca tulisan ini dan luahan hati rakyat. Ada baikya di cc ke tweeter menteri2.

    ReplyDelete
  13. Saya yakin...
    Walau hmpr semua menteri x boleh pakai mcm KJ dan Nazri Aziz..
    Tp pasti ada sorang dua yg boleh kita gantung hrp
    Hrp dpt smpikan secara face to face pd Najib

    ReplyDelete
  14. Dato',

    Kalau nak balik ISA untuk tangkap orang bukan boleh selesaikan semua masalah. Biarlah undang-undang zaman penjajah itu tak payah la dikenang lagi. Zaman moden ini orang mahukan keadilan. Sesiapa yang ditangkap kenalah dibicarakan secara adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Saman Pencala.22 August 2014 at 14:52

      Tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi boleh mencegah masalah dari bertambah buruk. Apakah Pemerentahan tentera dikembalikan di Tahiland berarti Thailand telah kembali mundur atau lebih menjamin untkepentingan rakyat dan negara,apakah AS mengambalikan ISAnya ia tidak kembali kepada law of the jungle.

      Najib hanya menggunakan penilaian sendiri dan tidak penialaian mereka yang lebih berpengalaman dalam tentera polis dan kehakiman. Maka itu pegawai pegawai tinggi polis yang sudah bersara,hakim bersara dan juga tentera bersara berada dalam NGO NGO yang lain kerana " Cakap kami dia tak mahu dengar",kata mereka.

      Ini adalah amat merbahaya kepada masa depan UMNO,masa depan bangsa dan agama kita.Janganlah jadi sebagai burung tiong.

      Delete
    2. Di negara Amerika Syarikat, penahanan tanpa perbicaraan digunakan kepada suspek terrorisme. Tapi di Malaysia kemungkinan disalah guna untuk tujuan menahan ahli politik. Itu yang orang nampak salah dan terbuka kepada penyalahgunaan. Sebab itu undang2 ISA digantikan dengan SOSMA yang lebih menjurus kepada tindakan terrorisme.

      Delete
    3. Berapa ramai ahli politic ditahan? Berapa kali Nik Aziz masuk ISA? Berapa kali Hj Hadi masuk ISA? Berapa ramai pemimpin PAS masuk ISA?
      Apa pemimpin umno tak penah masuk ISA? Zahid pernah masuk ISA, Ibrahim Ali penah masuk ISA..

      Tahukah anda bilangan ahli politic yang menjadi tahana ISA jauh lebih rendah dari mereka yang terdiri dari golngan subversiv,pelampau, ketua2 gangster dll.

      Adakah anda tahu yg Tun M tidak pernah menyumbat org ke dalam ISA semata-mata kerana beliau atau kerajaan dikritik atau dimaki hamun. Kalau ikut logic saudara Nik Aziz dan Hj Hadi la plg lama dlm ISA sbb plg kuat menentang Mahathir.

      Baca dulu berkenaan ISA dan baru komen. Perlu diingat ISA bukanlah semata-mata berkenaan terorisme seata-mata. Ia lebih kepada menjaga keharmonian negara. Tuan kena ingat negara majmuk macam kita tak sama dengan negara yg hanya ada 1 bangsa dan 1 agama saja.

      Mcm TS Zam sebut dalam artikel ni, ISA banyakmenyelamatkan MCA dari dakyah komunis. Dakyah komunis dulu kalau tidak dibendung akan menyebabkan hampir 100% dari sejuta org Cina di Tanah Melayu ketika itu akan menyokong perjuangan komunis dan akan bertindak melawan kerajaan serta org Melayu. Sedangkan ketika itu negara masih dalam keadaan amat dhaif dan tahap kemiskinan tegar melayu berada pada tahap lebih 80%. Macam mana nak bangunkan negara kalau asyik berperang?

      Dan Tuan tahu atau tidak apakah dakyah komunis? Tak perlu susah payah untuk google di internet. Cukup saja tgk dan analisis setiap tindakan, ucapan serta tindak tanduk DAP. DAP adalah komunis. Mereka hendakkan Malaysian Malaysia yang bermaksud negara sekular a.ka. republic yang membuang segala kelebihan serta keistimewaan Islam,Melayu dn Raja2. Mereka mahukan kesamarataan dalam setiap bidang baik politic,economy pendidikan dll. Apakha maknanya> Maknanya tak ada lagi MARA,UDA,FELDA,PNB,TEKUN dll. Semua kena bersaing atas padang yang sama.

      Cukuplah sekadar itu dulu. TS ZAM saya mohon maaf sebab amik ruang yang banyak dalam ruangan tuan ini.

      Delete
  15. tak semua ada kebolehan memimpin negara... Najib is one of them that lacks foresight and aims to please everybody... that will be his downfall... poor BN... look at the leaked kajang move document (if it is truly authentic), i give credit to the author on how well it is being strategized to bring down BN in the next PRU... if executed well, BN don't have a chance in winning the next election.

    ReplyDelete
  16. Dato',
    Kebanyakan orang yang ditangkap melalui ISA adalah ahli politik. Dan mereka ini akhirnya dibebaskan kerana kerajaan tak ada sebab pun untuk menahan mereka. Akhirnya mereka yang ditangkap dan dibebaskan ini menjadi penentang keras kerajaan kerana menganggap mereka dizalimi. Di dalam ceramah politik berkali-kali mereka mengulang betapa zalimnya ISA ke atas diri mereka. Adakah Dato' mahu situasi begini?
    Pada saya SOSMA adalah lebih baik kerana ada peruntukan yang mengatakan seseorang tidak boleh ditahan hanya kerana pegangan politik atau aktiviti politiknya.

    ReplyDelete
  17. HUKUMAN KEATAS ANWAR DITANGGUH LAGI.

    PEMUDA PKR TELAH MENGANCAM AKAN ADAKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN JIKA ANWAR DIPENJARA KERANA LIWAT OKTOBER INI.
    INI TENTUNYA MENGGELETARKAN PM NAJIB DAN BELIAU AKAN ARAHKAN PEGUAM NEGARA TANGGUHKAN DULU HULKUMAN SEHINGGA ORANG LUPA.
    PM INI BIJAK DALAM MENANGGUH MASALAH BUKAN PENYELSAI MASAALAH. TUNGGU DAN LIHAT JIKA TIDAK PERCAYA.

    ReplyDelete
  18. Sudah terlambat kerana kehilangan 2/3 majoriti.tinggal impian dan kenangan saja.

    ReplyDelete
  19. Najib tak perlu diselamatkan sebab jika beliau terus mentadbir umno dan negara, majoriti orang melayu akan terus layu ditangkai madu.. biarkan dia terjun dengan punahsihatnya.. umno perlukan presiden yang bersemangat jati diri melayu bukan seorang playsafe yang menjadi pak turut kepada kehendak pertualang negara dan dunia.. najib gagal mendidik rakyat malaysia khasnya kakitangan kerajaan BN sendiri ramai yang menyokong pembangkang kerajaan..sebaliknya amat suka mendengar suara orang melayu yang saban hari meminta bantuan keraajaan.. Gara gara najib, sekarang 1malaysia orang dah pening..

    ReplyDelete