Friday, 1 August 2014

MODEL PERCUBAAN KERAJAAN CAMPURAN PAS BN DI SELANGOR




Ketika mengunjungi rumah Pak Yub Othman di  Kampong Tepi Sungai Kuala Muda Kedah di hari  Aidilfitri ke empat, saya tersentuh dengan slogan " Wahai Melayu Jangan Menangis di bumi sendiri......"yang terpampang  di tembok pagar rumahnya.

Pak Ayub yang saya kenali dari zaman sebelum merdeka sebagai nelayan miskin telah dapat meningkat kehidupannya kepada seorang peraih. Beliau yang sekarang berumur 65 tahun telah menjadi ahli UMNO sejak umur 18 tahun dan kesetiaannya,semangatnya dan perjuangannya tetap bersama UMNO.

MODEL PERCUBAAN......

Kiranya dapat ditubuhkan kerajaan campuran  PAS BN di Selangor maka ia akan dapat menjadi model bagi membuktikan kepada rakyat ini adalah langkah yang practical,lebih stabil dan dapat memberikan faedah yang lebih besar kepada rakyat tanpa  berasaskan kepada  retoric  perpaduan Melayu dan Islam yang boleh menimbulkan  banyak prasangka buruk  dari bukan Islam.

Pas telah pun banyak berubah sejak berkawan dengan DAP dan PKR dan dari masa kemasa telah berganjak dari dasar   militan dan ortodox  untuk mengelak perpecahan  Pakatan Rakyat. Presiden Pas Haji Hadi sendiri telah mengakui perubahan sikap PAS ini atas penerimaannya kepada realiti perubahan sosio  politik negara.

Maka itu  Pas sekarang tidak lagi mempunyai masalah atau halangan besar untuk  menyesuaikan diri dengan UMNO atau BN yang mengamalkan Islam yang progresif, terbuka dan moden .Sikap DAP tidak senang dengan Khalid Ibrahim sebagai MB adalah oleh kerana Khalid masih menjiwai UMNO sekalipun beliau berada dalam PR dan hal ini akan lebih memudahkan bagi UMNO untuk menerima pimpinan Khalid di Selangor

Pas menjadi  realis sekarang apabila hasratnya untuk melaksanakan  hukum hudud dan pengharaman arak dan judi   hanya tinggal sebagai  retoric sahaja kerana menerima hakikat  kemenangan politik di Malaysia bertunjangkan  sokongan berbilang  kaum dan agama.

Maka itu sudah ada persafahaman yang tidak tersurat antara   PAS dan UMNO untuk  melakukan experiment kerjasama  di Selangor  yang sekiranya berjaya akan dapat  dijadikan model bagi rangka kerjasama lebih besar bagi penubuhan kerajaan  PAS BN di negeri negeri lain di seluruh negara dan seterusnya  kerajaan peringkat Persekutuan.

UMNO tidak lagi perlu memberikan perhatian berat kepada bantahan MCA jika ada kerana ia bukanlah lagi sebuah parti yang kuat dalam BN. 

11 comments:

  1. Saya setuju......Satu cadangan yg baik drpd dato zam

    ReplyDelete
  2. Salam TS dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,

    1. Sememang nya sebagai Melayu Islam, kita amat menantikan gabungan PAS - Umno berlaku, terutama di Selangor dalam kemelut PKR sekarang.

    2. Perpecahan Melayu, dalam apa jua keadaan, amat merugikan. Kita sudah saksikan keghairahan cina ingin menguasai melayu dan pemerintahan. Dalam hal perundangan, kelebihan sudah memihak bukan Islam. Melayu Islam di jadikan mangsa jika mencuit mereka di atas platfom kesabaran sehingga maksimum dan terpaksa membalas balik. Kita tidak tahu apa masaalah PN dan Pihak Polis. Tindakan sepantas kilat untuk melayu tetapi tidak kepada bangsa yang mencerca Melayu dan Islam sehina-hina nya. Tidak akan berlaku di negara-negara lain suka menghenyak bangsa nya sendiri ! Yahudi zionis nyata melanggar apa sahaja tetapi sokongan mereka terima begitu padu kerana Islam itu musuh dan tiada tempat di persada mereka. Bayangkan Negara-Negara Arab jika tiada minyak ? Boleh kah Arab setaraf mereka ? Kini Palestin di jadikan semula 20 tahun kebelakang ! Allah SWT itu Maha Kuasa.

    3. Selangor negeri kaya. Apa terjadi jika di urustadbir pihak-pihak yang boleh memanipulasi dan memonopoli ? Agenda nya sama, kuasa dan keuntungan. Demi itu MB Selangor sekarang mesti bersikap bijak dan pandai memilih. Parti bukan segala-gala nya. PKR di tubuhkan demi mengisi impian individu dan kroni. Ia hanya berlaku adil apabila tiada bantahan di tuju pihak tertinggi ! Berlaku sebalik nya, seminit sahaja terus menjadi musuh ketat ! Begitu juga kepada Dap dan Pas. Lakonan yang menyiksa rakyat jelata... bukan rakyat berada, juga yang kaya raya..

    4. Sebenar nya politik Malaysia tidak matang. PM Najib nyatakan sebalik nya. Rakyat Malaysia lebih suka sentimen dan persepsi berbanding kebenaran berfakta. Rakyat mesti di didik dengan politik realiti dan
    keperluan masa depan. Maka PAS + UMNO satu kemestian sebagaimana kaum cina memihak kepada paksi mereka. Hanya Melayu bepegangan As Sunnah dan AlQuran adalah Islam yang boleh mengamalkan KEADILAN
    sejagat. Bukan 'berkebajikan' mencari keadilan yang salah konsep nya dalam pembentukan Ummah !

    ReplyDelete
  3. jgn harapkn sangat, mereka selalu bercakap seperti lidah bercabang, tak mustahil cakap cakap ini kemudiannya di katakana atas "pandangan peribadi bukan pandangan parti" apabila di sergah dengan lim guan eng dan gobind sigh nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat !! Hanya berlaku dlm PAS
      Kenyataan Presiden .. adalah kenyataan peribadi.. bravo !!

      Hebat sungguh Mat Sabu
      Mcm PELAQ

      Delete
  4. PAS sendiri masih kurang keyakinan untuk kita lihat berubah walaupun mereka sendiri sudah banyak berubah, Perubahan yang lebih baik atau semakin merosot - jika PAS bukan dalam pakatan haram tempoh hari di PRU13, saya yakin PAS akan dapat lebih banyak undi dari kelompok Melayu yang terpaksa mengundi UMNO. Ertinya kita mahu PAS berada di luar Pakatan yang di dominan oleh parti bapak ayam.

    Semua mengharapkan penyatuan PAS dan UMNO tetapi masalah itu bukan terletak kepada PAS sahaja dtetapi banyak kepada UMNO - sejauah mana kepimpinan UMNO mendekati Islam secara fizikal atau batin.

    Di Kedah sendiri, pendekatan dan kesederhanaan Mukhriz menghadapi PAS sangat menyejukkan, walaupun terlalu awal untuk melihat kejayaan Mukhriz tetapi sekurang-kurangnya ada kelainan di dalam UMNO itu sendiri.

    Sejauh mana pendekatan Mukhriz itu disokong oleh puak liberal yang menguasai UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Laaa Tu. Taliban Serban PAS dengan Taliban Songkok UMNO berstau untuk merosak Negara Malaysia!!

      Delete
    2. Tentunya lebih baik dari berkawan dengan Taliban yang kaki tutoh pungkok.

      Delete
    3. hahahhaa...

      Delete
  5. Saya setuju dgn pendapat tuan. Tapi nampaknya itu cuma angan2 kerana PAS bkn pejuang islam. Mereka cuma oportunis. Klu ada seorg dua dlm parti tu yg benar2 pejuang islam itu tak menjadikan parti itu islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja pas cuma oportunis malah seduit pun tak bernilai untuk membina bangsa melayu, agama islam di negara ini.. orang pas berpolitik untuk buncitkan perut yang boleh ditutup dgn jubah hapak..

      Delete
  6. Tak payah BN. Kerajaan campuran PAS / UMNO saja dah cukup di Malaya ni. Sabah dan Sarawak tak payah kacau, mereka ada adat dan sensitiviti tersendiri. Tapi di Malaya, bila Melayu saja bersatu insyallah akan diberkati.

    Semoga Gaza menjadi pengajaran kepada Melayu di Malaysia. Kenapa satu kelompok minoriti boleh titik satu kelompok yang jauh lebih besar? Sebab mereka saling berbalah. Baru sekarang selepas Hamas dan Hizbullah berdamai, barulah tentera Zionis kena terajang kaw-kaw.

    ReplyDelete