Wednesday, 27 August 2014

ISTERI MENTERI-MENTERI TIDAK HARUS MELAMBANGKAN IMEJ MODEL ATAU RATU FESYEN

RASUAH DI KALANGAN PENJAWAT AWAM LEBIH BESAR DARI ORANG POLITIK

Pemimpin-pemimpin UMNO terutama di peringkat atas mesti sanggup mengadakan reformasi radikal dan drastik dalam pendekatan dengan rakyat termasuk dari segi penampilan imej walaupun pada mulanya akan kelihatan janggal dan tidak natural.

Cara mendekati rakyat oleh perdana menteri dan menteri-menteri menerusi lawatan rasmi atau majlis rasmi dengan orang ramai yang dibawa dengan bas dari beberapa pelusuk tidaklah meninggalkan kesan yang berpanjangan di kalangan rakyat untuk menjamin sokongan mereka.

Apa yang harus dilakukan ialah memperbanyakkan  lawatan menemui rakyat secara mengejut, lawatan bersendirian dengan ditemani oleh hanya seorang dua pengawal peribadi dan juga pegawai yang perlu sahaja yang tidak menampakkan formality dalam penampilan imej termasuk pakaian.

Dari pengalaman saya sendiri sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Merbok, cara ini lebih banyak membantu untuk mendapat maklumat yang sebenar dari rakyat di akar umbi dan bukan dari hanya orang UMNO sendiri atau kakitangan kerajaan yang hendak melindungi keadaan yang sebenar atau kelemahan mereka.

Rakyat setempat akan lebih dapat merasakan kemesraan UMNO bila pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian atau cawangan menjuarai isu-isu dalam masalah seharian mereka dalam berurusan dengan kerajaan.

Isu paling popular ialah kawasan kediaman yang tidak terurus dengan sempurna seperti parit tersekat, sampah tak diangkat lalang tidak dipotong dan kelewatan dalam menguruskan berbagai permohonan dan sungutan mereka oleh pejabat-pejabat kerajaan. Masalah kemiskinan biasanya lebih dahulu ditemui oleh wartawan-wartawan dan bukannya oleh pemimpin setempat atau pun pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Orang UMNO tidak seharusnya membiarkan masalah kelalaian, kemalasan, kecuaian, rasuah dan sikap tidak bertanggungjwab penjawat awam dijuarai oleh pembangkang yang memberikan gambaran seolah orang UMNO yang mendiamkan diri sebagai bersekongkol dengan kakitangan kerajaan yang rasuah dan sebagainya.

Sebenarnya rasuah di kalangan penjawat awam atau pegawai kerajaan adalah lebih besar dari orang politik.

Kesedaran dalam pekara ini memang wujud di kalangan UMNO dan ini ternyata apabila saya membangkitkannya dalam suatu ceramah kepada peserta kursus Latihan Penceramah UMNO Bahagian Telok Kemang di Felda Residence Hot Springs Sungkai Perak baru-baru ini di mana mereka  menyambutnya dengan tepukan sepontan yang kuat.

Bagaimanapun saya ditanya oleh seorang peserta tidakkah pendedahan serupa  ini oleh orang UMNO akan memberikan implikasi orang UMNO sendiri yang memburukan kerajaan?

Jawapan saya ialah tidak, sebaliknya  ia akan memberikan gambaran positif  kepada rakyat kerana menampakkan UMNO sendiri berada di hadapan untuk membetulkan kepincangan yang boleh memburukkan imej kerajaan. Orang politik tidak boleh terus menerus menerima anggapan negatif kerana sikap kakitangan kerajaan.

Dengan UMNO mengambil sikap sepi,tidak mengkritik kakitangan kerajaan yang lemah, rasuah dan sebagainya maka UMNO dianggap bersekongkol dengan kakitangan kerajaan yang rasuah dan melalaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Bukan semua  kakitangan kerajaan atau pegawai kerajaan  yang tidak bertanggungjawab  atau rasuah  tetapi kerana seekor dua membawa lumpur semuanya terpalit. Lebih buruk lagi apabila penjawat awam  atau pegawai kerajaaan  sendiri  memburukan orang politik semata mata atas sikap prejudis tanpa bukti yang benar.

Sudah sampai masanya penjawat awam harus disedarkan bahawa mereka senantiasa diawasi oleh cawangan cawangan UMNO dan bahagian UMNO dan janganlah pula orang-orang UMNO yang berkepentingan dengan projek-projek tempatan mengorbankan kepentingan rakyat kerana kepentingan diri lalu menutup kelemahan pegawai kerajaan yang menjadi sungutan rakyat.

Dalam pada itu JKK (Jawatankuasa Kamajuan Kampung) sendiri mestilah diorientasikan semula supaya mereka tidak terus memberikan gambaran yang buruk kepada kerajaan kerana sikap mereka sendiri  tidak bertanggungjawab atau tidak tahu apakah tugas mereka.

Dari pengalaman saya sendiri sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen Merbok dan sebagai menteri menerusi lawatan-lawatan yang tidak diumumkan atau secara sulit, saya dapat mendengar sungutan terhadap ahli-ahli JKK (Jawatankuasa Kemajuan Kampong) yang tidak berkerja.

Mereka tidak tahu masalah yang terdapat dalam kawasan setempat, tidak tahu berapa ramai penagih dadah, anak-anak yang keciciran sekolah, pesakit atau orang kurang upaya yang terbiar dan sebagainya di kawasan masing-masing. Hasrat kerajaan untuk menjadikan mereka sebagai mata dan telinga kerajaan tidak tercapai.

Wakil-wakil rakyat sendiri tidak seharusnya meletakkan kepercayaaan penuh kepada JKK walaupun mereka orang UMNO sebaliknya harus mengadakan lawatan mengejut dan sulit ke kawasan mereka dan menemui rakyat setempat untuk mendapat maklumat sebenar tentang kelemahan JKK.

Ada menteri UMNO yang bercakap tentang keperluan pemimpin-pemimpin UMNO menyedari tentang wow factor, mengetahui harapan baru rakyat tetapi apakah mereka sendiri sedar apa yang tidak disenangi atau tidak dikehendaki dan dibenci oleh rakyat.

Imej menteri dan isteri-isteri menteri mesti bertukar. Mereka mesti kelihatan sebagai rakyat biasa terutama dalam lawatan-lawatan mereka. Mereka tidak harus melambangkan diri dengan pakaian dan cara hidup yang terasing dari rakyat. Isteri- isteri menteri terutamanya tidak seharusnya kelihatan sebagai model atau ratu fesyen dengan pakaian yang mahal-mahal.

Ramai isteri-isteri menteri atau bekas-bekas menteri dulu dan sekarang yang boleh dijadikan contoh yang baik dalam pendekatan dengan rakyat,yang melambangkan kesederhanaan hidup,yang tidak memisahkan imej mereka jauh dari rakyat biasa.

Jika Imej orang atasan semakin jauh dari imej rakyat biasa maka ini adalah alamat buruk kepada masa depan UMNO dalam menghadapi generasi baru yang semakin terhakis dengan pemikiran feudalisme dan elitis. Dalam hal ini, dari segi kewanitaan rakyat biasa dari kalangan atasan, isteri Allahyahram Tun Abdul Razak Toh Puan Raha, isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Tun Dr. Asmah dan isteri Profesor Diraja Ungku Aziz, Allahyarham Azah Aziz boleh dijadikan contoh.

28 comments:

  1. Ha ha ha
    TS Zam.Elok sangat sentuhan kali ini.Bukan isteri pemimpin UMNO sahaja.Baru jadi Ketua Wanita Bahagian pun ranggi.Lupa kata yg dia adalah ahli politik.
    Pasal rasuah ini saya amat setuju.Penjawawat awam amat tinggi penglibatan dengan rasuah.Dari bawah sampailah keatas.Amalan makan komisyen dan persen sudah jadi perkara biasa.
    Orang politik UMNO yang menjadi peniaga pun ada juga dengan urusan ini.
    Istilah sama sama faham.Hang tolong aku.Aku bantu hang.

    Dah lama dah.TS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PGJ,
      Sedikit pembetulan fakta, kebanyakkan penjawat awam sekarang adalah penentang kerajaan. Golongan inilah yangsebenarnya mengamalkan rasuah sebagaimana pemimpin mereka.

      Delete
    2. memang tepat sekali.. jenis munafiq dlm kerajaan BN 85%

      Delete
  2. Kalau orang politik korup aku paham la sebab itu memang the nature of their jobs. Kalau tak ada dana, jangan berangan nak jadi orang politik. Dana kena ada untuk ditabur ke sana sini bagi meluaskan pengaruh dan meraih sokongan. Orang politik terpilih untuk menjadi wakil rakyat bila popular. Macam mana nak popular? kenalah buat orang suka dengan kita. Makin ramai orang suka dengan kita, makin banyaklah undi yang kita dapat. Maka terpilih mereka untuk menjadi wakil rakyat. Kalau orang politik tu memang dah ada aura dan persona tersendiri macam KJ, tak tabur duit banyak-banyak pun tak apa sebab orang dah secara natural suka. Dah save sikit budget kat situ.
    Orang politik korup at least duit depa turun semula ke rakyat. Rakyat pun sedikit sebanyak dapt merasa imbuhan. Tapi kalau pegawai kerajaan korup aku tak boleh nak terima. Mereka ini non-elected. Mereka tidak perlukan populariti untuk menjawat sesuatu jawatan. Kalau mereka ni korup, duit tu terkumpul untuk menjadi harta kekayaan mereka. Ianya tidak mengalir keluar . Kenyang makan sorang-sorang dan menggemukkan bontot masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang politik jika korup (jika boleh dikatakan korup) tidak gunakan wang untuk kayakan anak pinak atau keluarga atau untuk kepentingan diri sendiri.Mereka curahkan wang untuk rakyat supaya mereka dapat sokongan tetapi pegawai pegawai kerajaan atau penjawat awam yang korup wangnya pergi kepada siapa? kepada isteri untuk pakai barang barang kemas yang mahal,pakai kereta mewah,anak di luar negara.

      Najib beri naik gaji tetapi bukan semua sokong sebaliknya burukan kerajaan sendiri,kerja malas,tak ada dedikasi dan mereka berbangga boleh sabotaj kerajaan.Najib mesti fikir panjang jika nak tambah lagi penjawat awam.

      Delete
    2. Persoalannya kenapa penjawat awam kita antara yang teramai, sebabnya perjawatan kita tidak seimbang, Jawatan lantikan kontrak sb politik sangat ramai dan mereka dikategorikan pegawai kerajaan juga. Lagi satu bukan semua pegawai awam yang korup. 70% menyokong BN walaupun mereka bukan ahli parti especially perempuan. Pernah ditempat saya Ketua Jabatan yang alim tidak mahu rasuah tapi orang UMNO sendiri tukarkan dia sebab susah nak deal kontrak. Perlu ingat ramai penjawat awam adalah ahli UMNO, bermakna kita telah menuduh ahli sendiri makan rasuah. Tlg berhati-hati bila berkata

      Boss Kecik

      Delete
    3. penjawat awam majoriti penyokong pembangkang lol..perghh!!

      Delete
  3. Tan Sri, Saya rasa bukan sahaja untuk lawatan dalam negeri tetapi juga ketika lawatan ke luar negeri. Isteri menteri atau bekas menteri tu janganlah mengzahirkan penampilan imej yang keterlaluan yang melambangkan kita itu isteri menteri atau bekas menteri dan sebagainya menerusi pakaian atau perhiasan diri dan barang kemas . Media pun janganlah siarkan gambar2 yang macam tu. Kalau tak tonjolkan pun rakyat dah kenal siapa mereka.

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Zam, Congratulation on this well written article about the need for the political party (reads political master) to reform the image of the party.
    With due respect to you I find it is difficult to provide evidence when one construes the corruption episode.
    I found UMNO failed to response to wild allegation about corruption and the rakyat appeared to believe in those accusation.
    The speech from opponents party particularly Anuar, Lim Kit Siang seemed to be accepted as gospel truth.Sure the umno members has to answer to the charges. Look at cowgate,rosmah ringgate,atlantuyagate,....etc, etc seemed to be regarded as a truthful fact and look like government try to cover those case.Remember that perception is reality unless proven otherwise.
    If you sit and talk to businessmen, contractors you will hear all kind of decietful story. These stories seemed to be viral,even the village people tend to believe it.
    During the election their children who stayed in big cities like Kuala Lumpur,Ipoh.Johore bharu came back with flawed tales. That is the vital votes that should be inUMNO collection but we failed. We ignore and worst still we do the old fashion way.
    Yes the importance of living in harmony and peacefulness but The image of the office holders,their spouses and children is also importance.I remember a friend of mine give the tour of living area of the rich and famous in Damansara height,Kenny hill, Ampang embassy rows,janda baik and residential kelab golf in Subang,Kelana Jaya and Shah Alam.I was shown the Ministers houses,their children,the UMNO corporate persons...wow I wonder who are these people before. Yes God give them rezeki and blessing,so no complaint.Come on ... you are pulling wools over my eyes.Zam please high light these issue since you are acessed to our top political master. They have to do the job not just rhetoric. We have 3 more years to go.Don't criticize other parties look at the coalition as a whole.
    We want political strategics leaders not just executive role in the government and make politics as a career. This is the struggle that we need to see the end. Looked at Nelson mendela, Abraham Lincoln, our God messenger. They have the final destiny not short terms wealth. I rest my case Zam, continue to tarbiah the masses please.

    ReplyDelete
  5. salam TS,

    perkara yg tuan sebut bukanlah perkara baru. Masalahnya adalah nawaitu. ini bukan kesilapan atau mislook dr mana2 wakil rakyat. sekiranya benar mereka menjalankan tanggungjwb mereka sendiri akan sedar.

    ini bukanlah soalan advance mathematics atau puzzle yg susah. kalau ini pn para menteri dan wakil rakyat tidak tahu maka mereka jauh dari layak untuk menyandang jawatan yg diberikan.

    sekiranya para penjawat awam adalah juara rasuah, saya x rasa masalah ini akan selesai dgn kadar segera. perbezaan siapa lebih besar rasuah jga sebenarnya tidak membantu. secara logc akal sekiranya yg di atas menerima rasuah adakah mereka akan bertindak pada org bwahan yg melakukan perkara yg sama.

    hanya individu yg merasa jijik dgn perbuatan tersebut yg akan segara melakukan sesuatu. yg lain hanyalah sekadar ala bende biasa.

    selain itu saya juga mahu bertanya kalangan penjawat awam majoritinya org melayu malah beragama islam. beragama islam tetapi mengapa majority masih melakukan perkara jijik ini?

    sebenarnya asuhan agama di Malaysia tidak bersifat practical dan menghayati. sbaliknya kita sgt technical know how dr segi agama tetapi lack the understanding of why. jadi bagaimana. adakah kerajaan bercadang melakukan sesuatu kerana rasuah bkn saja masalah kita. bagaimana dgn keruntuhan moral dan sebagainya.

    kita perlu bermula dr bwh juga bermula dr atas. keutuhan moral dan rasa tanggungjwb harus ada dr pemimpin hinggalah ke org2 bwhan.

    akhirnya alangkah baik sekiranya teguran tan sri membuahkan hasil. namun kita tau neither rosmah mahupn sesiapa yg terlibat akan mengambil pusing.

    kita harap pm akan mengambil kira itupn kalau berjaya melepasi filter para penasihat. sedangkan deguran tun m pn hanya disahut sepi.

    ReplyDelete
  6. memang setuju dengan pandangan Tan Sri... Rakyat akan tersentuh dengan kesungguhan ahli politik BN apabila mereka bersungguh-sungguh berbakti kepada rakyat, menyelesaikan masaalah rakyat, berkomunikasi terus dengan rakyat, betul2 faham akan pain points mereka, turun kepadang bukan semasa pilihanraya saja. Maklumat yang tepat mesti disalur terus kepada pemimpin2 BN dan bukan 100 peratus bergantung kepada maklumat JKKK saja. Mungkin masih ada harapan lagi untuk BN dimasa hadapan sekiranya kita menyentuh terus hati rakyat. And BR1M is not one of the solutions. Any thoughts on PEMANDU Tan Sri? How effective are they?

    ReplyDelete
  7. Tahniah Tan Sri.. Satu kupasan yang jujur & berterus terang.. persoalannya apakah para pembesar negara/negeri & penguatkuasa undang2 seperti SPRM & Jab Peguam Negara juga ada iltizam & keikhlasan untuk menghapuskan rasuah di kalangan penjawat awam & pimpinan GLCs??....Yang jelas mereka yang melapurkan akan terus teraniaya & terbiar... mereka yang korup terus berkuasa & dibela.... sebenarnya Tan Sri ini adalah kerana kegagalan kepimpinan melayu/islam kita menghayati sikap AL-AMIN baginda Rasulullah SAW. Saya yakin sekiranya kita percaya bahawa kematian itu BENAR, Dosa/Pahala itu benar sudah pasti perkara-perkara yang tidak beramanah & tidak bertanggungjawab ini dapat dikurangkan. Wallahualam

    ReplyDelete
  8. ts zam,

    penjawat awam ni subserviant kepada politician. kalau depa berani makan rasuah tu mungkin sebab orang atas pun begitu. tak timbul soal, politician boleh makan rasuah untuk popular dan dipilih dan penjawat awam tak perlu sebab dilantik dan lain-lain komen mengarut. kalau politician bersih banyak kes rasuah dan projek bermasalah boleh diselesaikan. penjawat awam ni mudah sangat nak diuruskan. mereka tertakluk kepada banyak peraturan, tak kebal. ada masalah moral atau salah cakap pun dah boleh diambil tindakan. bukan macam politician yang kebal.

    tu yang dok sibuk melangau di pejabat menteri2, menghurung penjawat awam untuk bantu melobi projek bagai tu bukan politician ka?

    politician bersihkan lah rumah sendiri. kalau politician tak rasuah, in shaa Allah penjawat awam yang terlibat pun takut nak makan rasuah. membangkitkan polemik sebegini hanya akan menambahkan musuh umno dan tidak produktif. politician ada kerja sendiri yang lebih utama iaitu berkhidmat untuk rakyat.

    saya hanya setuju dengan ts berkenaan pemimpin umno perlu tukar imej dari imej kontraktor (walaupun belajar tak tinggi mana dan takda pengalaman berniaga pun) kepada imej sebenar wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat dan memang betul2 buat kerja. rakyat bukan haiwan sarkas untuk diusung naik bas bagi memeriahkan majlis. rakyat bukan pengemis minta sedekah, rakyat pun ada maruah dan rakyat lebih ramai yang bijak pandai dari politician. jadi janganlah memperbodohkan diri sendri dan rakyat dengna perangai yang tak sepatutnya. sedarlah diri wahai pemimpin melayu.

    bangsa lain dok sibuk pertahan kepentingan bangsa mereka. pemimpin kita dok sibuk kumpul harta untuk diri dan keluarga, lepas tu dok tayang kat rakyat nak membangga kata aku orang berjaya, apa punya mentaliti da. kalau tak berubah memang takda harapan lah umno pada PU14. DAP pun dah mula rekrut orang muda melayu yang fed up dengan pemimpin UMNO.

    sedarlah ya, mudah2an umur yang singkat kita ada ni digunakan untuk mencari bekalan akhirat dengan berbakti kepada manusia lain bukan bermusuh dan menjaga kepentingan diri semata.

    wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus komen encik,Bernas semuanya.Kan TS orang politik.Susah juga berfikir cara orang biasa...

      Delete
  9. Habis tu yang memberi suapan pegawai amat jugak ke? Fikir lah sikit. Kalau tak ada pemberi mustahil ada rasuah.

    ReplyDelete
  10. Salam Sdr Zam,

    Luahan dari hati yang sangat kecewa dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO aka Mr Ice Bucket KJ bahawa dia tidak pilih ahli parti mana pun untuk jadi orang bawahannya walaupun dari pembangkang. Dia terlupa barangkali yang undi dia pada PRU dulu adalah orang-orang UMNO!. Dikala 50 orang ketua-ketua Bahagian UMNO menemui AG dan KPN berhubung isu pendakwaan terpilih dia (KJ) sibuk dengan ice-bucket nya dan sibuk meminta jawatan kanan GLC diberi kepada pemimpin-pemimpin pemuda. Dimanalah roh perjuangan Pemuda UMNO kini. Inilah sejarah perjuangan Pemuda UMNO yang paling bacul di ketuai oleh KJ.

    UMNO sudah menjadi parti longkang dimana tidak seorang pun pemimpin yang kita pilih mampu untuk menegur. Saya pernah berkhidmat untuk parti tetapi telah menarik diri apabila mengetahui bahawa Ketua Bahagian memotivasikan dirinya untuk menjadi Menteri dan khidmat untuk agama dan bangsa sebagai priority terakhir. Akhirnya cita-cita beliau tercapai juga sehingga menjadi menteri kanan portfolio yang amat penting berkait dengan duit!.

    Ya Allah, selamatkanlah UMNO

    ReplyDelete
  11. TS Zam

    Pertama sekali apa yang dikatakan TS amatlah benar tetapi pada pandangan saya elok dijadikan bahan lawak utk rancangan Maharaja Lawak. Kenapa? Kerana kami rakyat marhaen ni dah kering kerongkong dan buta mata dek kerana menegur tentang apa yg diperkatakan oleh TS samada melalui blog, komen atau lain-lain platform. Semua dibakulsampahkan tanpa sedikitpun pertimbangan di peringkat bahagian, cawangan dan jkkk. Saya sendiri ahli umno tak pernah menerima surat panggilan mesyuarat cawangan atau bahagian tetapi bila semak mmg sah saya ahli berdaftar dan aktif. Sebenarnya kami ahli umno dah mula merasakan bahawa mmg umno tidak lagi mahu memerintah atau berkuasa dgn segala gelagat masa kini. Semuanya jadi liberal, utk golongon elit oxford sahaja serta dipantau oleh para konsultan dihati. Kami ahli umno ni dok tunggu samada ada mana2 pemimpin umno samada yg dah bersara atau masih dok diatas tu nak tubuh parti baru utk ganti umno. /InsyaAllah, dari kwsn saya sahaja yg dok makan hati dgn perangai pemimpin bhgn ni rela berhijrah. Janji jgn buat cam perangai PKR atau PAS yg songsang tak sudah tu. Amacam TS, ada berani? Kalau dah cakap TS dan TunM pun depa buat tak tahu dan dah ada yg mula maki sana sini, apakah cakap ahli biasa ni nak didengar. Transformasi apa ke bala tu semua hanya retorik dan mencari alasan utk menjamah jawatan, bergaji besar dan berglamour dengan title elit. Akhir kata, jika begini umno berterusan dgn perangainya, tunggulah PRU14 nanti, kita tunggu siapa yg nak jadi elit atau membelit!!

    ReplyDelete
  12. Salam brader zam.

    Kalau nak undi sokongan orang kampung, jangan lah masuk kampung dgn Alphard, Harrier, Porsche Cayyene etc..guna lah Proton Perdana. Menteri perempuan dan isteri menteri dan MP tak perlu jadi fashion model. Pakai baju biasa dan tudung biasa jer la. Tak perlu jam rolex etc etc.. tak perlu la wow effect!!

    Masuk kampung buat cara kampung...

    Its high time now to tegur bab pakaian ni Setuju dgn u 100%!!

    ReplyDelete
  13. Shamsuri Ismail.28 August 2014 at 07:32

    Isteri TPM YAB TS Mayudin Yasin lah paling sopan dan tertib dikalangan isteri Menteri Islam .

    ReplyDelete
  14. Tuan Zam.Ada masa terluang boleh lah komen sikit mengenai tuduhan tuduhan di bawah akta hasutan sejak dua tiga hari ni.nizar Khalid dap rayer dan lagi lagi.apakah kesan nya kepada umno/bn.apakah najib baru terjaga setelah di tegur oleh mahathir.apakah ini cara termudah untuk putrajaya mentadbir malaysia

    ReplyDelete
  15. Kerajaan mesti buat siasatan terhadap penjawat awam..contohnya dari segi kereta...ada yg gaji tdk seberapa tapi mampu memakai kereta ibarat ceo dan mempunyai jumlah kereta yg bnyk...hrp kerajaan juga beri peruntukan yg adil terhadap pnjawat awam dalam bajet 2015...penjawat awam bukan setakat polis dan tentera shj...ada imigresen..kastam...dan lain2...

    ReplyDelete
  16. datuk zam...saya baca dr outside da box kata khazanah nak juai sillltera ka apa ka....
    najib nih dah sebijik mcm anak org kaya yg maleih keje..ada reta juai ada reta juai....lama lama apa yg tinggai...kunun membangun bersama..kalau yg ada pon di juai nak membanggunkan hapa....banggunkan menda yg tah hapa hapa tp perabis berbillion pastu potong subsidi marhein....baguih kerja pm dan punahsihat dia ek...maaf lah kalau terkasar bahasa...melayu kekadang kalu berlembut dipijak terus kita sampai mati...saya tanya sbb tak ada blogger yg highlight pasal siltera kat kulim nuuu...cer korek cer korek.....

    ReplyDelete
  17. As salaamualaikum Tan Sri,

    Biar bukan imej saja yang mereka menukarkan tapi betul2 kumpulannya menyemaikan suatu budaya etika yang menghargai kebijaksanaan, ketrampilan dan rendah diri; mencintai kebahagiaan yang hakiki atas pencapaian berjenis2 bidang demi kebaikan dan kemajuan rakyat jelata. Amin.

    ReplyDelete
  18. Saya bersetuju dengan pendapat TS

    ReplyDelete
  19. Untuk versi bahasa Inggeris sila layari translationfocus.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Piirahhhhhhhhh....
    operasi slot machine pun tak.boleh nak di selesaikan...cakap kencang.
    . tak salah kalau kita prejudice dengan orang politik..tak salah kita meluat kat pegawai2 kerajaan yang tumbuk rusuk...
    Tan Sri... ada masa, jenguk2 le premis slot machine tu...DAKJ cakap, tokewnya collect 100 million monthly.... beliau dapat maklumat dari ex finance minister yang berjaya menghapuskan slot machine lebih 10 tahun yang lalu... kalau la ni, gomen tak upaya.. silap2 geng al maunah yang attack premis ni nanti....

    ReplyDelete
  21. saya setuju sangat

    ReplyDelete
  22. Assalam . salah satu penyumbang besar gejala rasuah di Malaysia adalah pangkat dan kebesaran. Tan Sri, Datuk Sri, Dato ,Datin etc. Pegawai kerajaan/swasta semua susah bila permohonan projek dari mereka. alangkah baik kalau semua rakyat tidal memakai title ni, semua di nilai mengikut merit

    ReplyDelete