Saturday, 16 August 2014

HIPOKRASI MUNAFIK DAN PUTAR BELIT KEMPEN BRAVE VIEWS,BOLD IDEAS AND MODERATION

THE STAR MENGIKTIRAF NEGARA-KU YANG HARAM

Selepas sahaja pembangkang gagal untuk menggulingkan kerajaan BN pada pilihanrya 2013,akhbar MCA The Star melancarkan gerakanNasional Reconciliation kerana kebimbangan kerajaan BN dengan majoriti besar Melayu  akan bertindak balas terhadap orang Cina.

Walaupun Najib mengatakan kehilangan kuasa 2/3 BN akibat Tsunami Cina tetapi The Star segera menapikannya dengan mengatakan Tsunami Bandar.Siapa yang tinggal di bandar?.

Beberapa hari sebelum pembuangan undi The Star telah menyuarakan bahawa kemenangan pembangkang tidak akan menimbulkan haruhara di negara ini.

Dan sekarang bila ternyata ramalannya tidak benar dan bila tunggak  kekuatan politik Cina runtuh di Selangor  kerana krisis dalam Pakatan Rakyat , The Star terus melancarkan kempen Brave Views and Bold Ideas yang didakwanya bagi mempromosikan  suara sederhana kerana  sekarang ini  suara extremisme telah meningkat di luar kebiasaan (Sunday Star Says 14 Ogos 2014).

Suara siapa,suara Melayu atau suara Cina?Suara NGO Melayu? Suara Islam Isma? Suara Melayu Perkasa? Suara Utusan Malaysia????. The Star cuba membersihkan  tangannya di mata umum.

Tetapi malangnya tangan yang menuding  jari kepada orang lain tidak sedar mendedahkan dirinya yang sebenar sehari sahaja selepas kempen ini dilancarkan  apabila The Star mengiktiraf pertubuhan  Negara-Ku yang diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan yang  Datuk Ambiga menjadi pengerusi bersamanya( Lihat Star  online 11 Ogos ). Apa motif Star?

Jika The Star menghayati perasaan tanggungjawab terhadap Negaraku,ia sendiri akan lebih  sensitif dan sedar dan tidak menggunakan nama itu .Rakyat yang setia merasakannya sebagai penghinaan.Extremisme The Star melampaui rasionalnya, membutakan mata buta terhadap dirinya sendiri. Selalu-selalulah cermin diri.

Dalam beberapa hal The Star cuba menyembunyikan wajahnya  yang sebenar secara bijak dengan menggambarkan pertubuhan dan NGO Melayu sebagai pelampau dan bigot dan mengambarkan pimpinan BN yang diterajui oleh Melayu tidak adil.

Umpamanya semuka penuh  kempen Brave  Views,Bold Ideas  Star 14 Ogos  menyiarkan quotation dari penulisnya Anas Zubedy   " Our Leaders can be better leaders by always thingking for alll,regadless of race or religion"

Apabila anda membacanya  adakah anda membayangkan  Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim termasuk dalam "our leaders" . Implkasinya terus kepada pimpinan kerajaan.  Pimpinan kerajaan sekarang Najib. Apakah Najib pemimpin Melayu yang  hanya memikirkan  kepentingan Melayu sahaja  sehingga menyebabkan dia tidak disenangi oleh orang Melayu sendiri.

Adakah pemimpin pemimpin Melayu dari Perikatan ke BN,dari Tunku, Tun Razak,Hussein Onn,Mahathir,Pak Lah dan Najib tidak selalu berfikir untuk kepentingan semua. Kata kata ini tidak difikirkan oleh pemabca sebagai ditujukan kepada Kit Siang kerana Kit Siang dan Anwar  yang selalu menyuarakan perjuangan  untuk keadialan semua, untuk Malaysian Malaysia yang senada dengan suara The Star. Motif kotor Star tersembunyi dalam kebijaksanaan melindunginya.


Kenapa rencana pengarang The Star sendiri tidak pernah mengambil tanggunbjawab untuk mengkeritik  NGO Cina yang extreme umpamanya Dong Zong yang membuat berbagai tuntutan bertentangan dengan Perlembagaan Persektuan.?

Akhbar The Star juga yang memperjuangkan supaya pemimpin  Parti Komunis Malaya  Chin Peng dibenarkan pulang  ke negara ini tanpa mengambil berat perasaan berbagai kaum yang telah berkorban darah dan nyawa untuk menegakan  sistem demokrasi di negara ini.

The Star mengumpulkan  penulis penulis Western Oriented  Gentelman (WOG)) untuk mempromosikan toleransi terhadap pencerobohan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan Social Kontrak dengan berselindong disebalik demokrasi  dengan mangatakan ini hanya sebagai perbezaan fikiran yang tidak  seharusnya menjadi punca perpecahan.

Perbezaan fikiran inilah  yang menghalalkan  The  Star mengiktiraf pertubuhan Negara-Ku walaupun rakyat meanggapnya sebagai serong dan suatu usaha memperkecil-kecilkan kedaultan negara.Jika ada penghayatan dan kebanggan pada negara ini The Star dengan sendirinya  tidak akan menggunakan kenyataan Ambiga atas nama pertubuhan haram Negara-Ku.

The Star juga menggunakan penulis- penulis WOG untuk mempromosikan imported Malaysian Malaysia (tidak sahaja dari Singapore) yang bertentangan dengan nilai Wawasan 2020

Apakah The Star memikirkan nilai yang diasaskan oleh Tun Dr.Mahathir ini tidak sezaman lagi oleh kerana DAP sudah mengatasi kekuatan MCA yang merupakan rakan sejati UMNO?

Kempen Brave Views,Bold Ideas,keeping it open,rational and moderate tidak lebih dari hanya suatu  kempen untuk menutup diri yang sebenar yang penoh dengan putarbelit , hipokrasi,munafik untuk mengelirukan pembaca Inggeris terhadap matlamat jahat The Star untuk menghakiskan nilai suci dan sejati Perlembagan Persekutuan dan Social Kontrak antara kaum.

Janganlah  meanggap  rakyat  Malaysia  terlalu bodoh untuk memahami  hasrat Star yang tersirat  disebalik  yang tersurat,rakyat  dapat merasakan gunting dalam liptan, melihat pepat dl luar rencong di dalam.

Setiap rakyat yang cintakan pada demokrasi sejati Malaysia,jangan percaya akhbar ini mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah  bagi kepada BN sekalipun  ia didukong oleh MCA. Warna yang sebenar akan terserlah bila kesempatan terbuka kepadanya atau matlamatnya tercabar.

Bacalah akhbar ini,jangan tidak membaca, bacalah  dengan pemantauan supaya kita senantiasa sedar bahawa kita   berada dalam bahaya, bahawa musuh berada dalam selimut.

FROM STAR ONLINE.
Published: Monday August 18, 2014 MYT 12:00:00 AM 
Updated: Monday August 18, 2014 MYT 7:01:51 AM

Moderation in governance

   
PETALING JAYA: Moderation in governance and rejection of extremism will be the main focus at a forum by the Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) on Sept 4.
The National Unity Forum, under the theme “Strengthening the Voice of Moderation, Moving Forward Together”, will serve as a platform for discussion on building a shared future and common destiny for Malaysians.
“There will be a session on next generation leadership and how youths can further en­­hance moderation and tolerance. This session will help provide a voice for the younger ge­­neration to air their thoughts on moderation and governance,” said Asli president Tan Sri Michael Yeoh.
He said the forum was in line with The Star’s Brave Views, Bold Ideas campaign to promote moderation in the country.
For the campaign launched last week, the newspaper has pledged to keep discussions open, rational and moderate as it highlights the many liberal and balanced voices among Malaysians.
“The date of the event is between Merdeka on Aug 31 and Malaysia Day on Sept 16, so we are celebrating both days during the forum, while also discussing how to further promote religious harmony in the country,” said Yeoh.
The National Unity Forum will be held on Sept 4 at the Palace of the Golden Horses in Seri Kembangan from 9am to 5pm.
The Star is the media partner for the forum, which is free and open to the public.
Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Joseph Kurup, who is in charge of national unity, will deliver a keynote address.
Among the key speakers are Global Move­ment of Moderates chief executive officer Da­­tuk Saifuddin Abdullah, Asli centre for public policy studies chairman Tan Sri Ramon Nava­­ratam, Promotion of Human Rights (Proham) secretary-general Datuk Dr Denison Jayasooria, 1Malaysia Foundation trustee Tan Sri Lee Lam Thye and The Star columnist Sharyn Shufiyan.
Other speakers include National Council of Women’s Organisation president Tan Sri Dr Sharifah Habsah, Kluang MP Liew Chin Tong, National Unity Department’s operations deputy director-general L. Ganesan and Council of Churches Malaysia secretary-general Rev Dr Hermen Shastri.
For more information and to register for the forum, call Asli at 03-2093 5393.




11 comments:

  1. The Star telah berjaya dalam menggambarkan NGO NGO Melayu terutamanya ISMA dan Perkasa dan Utusan Melayu sebagai pelampau.

    ReplyDelete
  2. Adi Putra Kepala Batas.16 August 2014 at 10:41

    Baru baru ini Wong Chun Wai CEO The Star menyatakan simpatinya kepada Mc Donald kerana di pulaukan oleh orang Melayu dan Islam. Beliau bersimpati dengan anak anak Melayu yang berkerja dengannya akan hilang pekerjaan tetapi dia harus sedar bahawa mereka semuanya bukan pekerja tetap dan peluang pekerjaaan banyak di Malaysia. Apalah kiranya pengorbaban mereka jika kehilagan kerja jika di bandinkan dengan kehilangan jiwa ribuan anak anak yang tidak berdosa di Palestin tetapi semua ini tidak nampak oleh Chun Wan kerana dia melihat dari sudut pandangan seorang metrialistic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tak baca Star tapi saya tak setuju boikot McD. Atas dasar apa? Apa kena mengena McD dengan Palestin? McD US is a public listed company. Saya pun pernah ada saham McD. Burger King, Dunkin Donuts, Baskin Robbins, Boeing, Coca Cola etc etc macam mana?

      Delete
  3. Najib ok je tak de massalah dengan star. Lain lain pemimpin besar UMNO pun tak banyak dengar suara mereka pasal star cuma Tuan ZAM saja. Zahid pun cam lantak la . Kenapa yek??? UMNO masih tidoq kut.

    ReplyDelete
  4. Darwis Balingan.16 August 2014 at 11:33

    Toleransi.! Toleransi!Toleransi! macam Peguam Negara sehinga dua bekas Ketua Polis Negara buat tindakan desak suapya diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kepada seorang peguam yang melampau,,sehingga Istana Negara buat laporan polis mengenai pekara sensitif. Mana maruah Peguam Negara. Patut berheti sahajalah memalukan negara sahaja.

    ReplyDelete
  5. Masih ku ingat pada bulan Ramadhan beberapa tahun lepas sisipan akhbar Star mengeluarkan resepi BABI PANGGANG sebagai Ramadan Delight. KDN tak ambil tindakan apa-apa pun sampai sekarang sebab yang buat tu bukan orang Melayu... jadi KDN kata susah nak dakwa sebab mungkin star printer kean 'hack' atau IPnya kat luar negara....

    ReplyDelete
  6. Syabas tuan. Memang dah lama kalau bagi sesiapa yang duk perati, inilah kecenderungan bos besar The Star ini. Awas orang-orang Melayu/ Islam, suratkhabar2/ portal berita omputih pun ada grand design mereka. Kalau tak percaya,monitorlah sebulan, dua bulan atau tiga bulan, tengok macam managame mereka...

    ReplyDelete
  7. Ingat kembali siapakah yang menimbulkan kemarahan kepada Menteri Dalam Negeri kerana mengatakan padan muka kepada perbuatan meletakan kepala lembu dihadapan rumah seorang yang mengatakan UMNO bodoh dan siapakah yang mendakwa kentin anak anak bukan Melayu diletakan di tepi tandas di bulan puasa di sebuah sekolah di Kuala Lumpur?

    ReplyDelete
  8. Patut ea lamo dah the star ni ditutup, byk kali tan sri mendedahkannya.

    ReplyDelete
  9. Omar Osman Bagan17 August 2014 at 16:57

    Bodohnya penyokong Anwar dan fatantik PKR yang buat kesimpulan Pengarang Utusan Melayu kecewa dengan keputusan Pas hariini. Dia cetek tak dapat baca bahawa Pas sebenarnya tolak Wan Azizah kerana pastinya Sultan tidak akan terima Wan Azizah yang jadi kotroversi dan yang diketahui baginda tidak diterima oleh Pas. Keputusan beria dua nama itu sekadarkan selamat air muka" Kaki Pungkok".
    Apa yang nak dibanggakan. Dah kena main dengan kebijaksaan Hadi bermain politik untuk mematahkan gulongan Anwarinas dalam Pas. Mereka juga kecewa. Syabas Haji Hadi.Awak bukan sekadar layak jadi nelayan sahaja seperti sangkaan " kaki pungok" tetapi juga layak jadi PM.

    ReplyDelete
  10. Janganlah anggap Khalid Ibrahim telah klah.Dia telah berjaya mendedahkan motif Kajang Move,nepotisme dan kronisme Anwar Ibrahim yang selama ini tersembunyi,ketidak senangan Pas untuk Anwar menjadi MB,stratiji Anwar untuk jadi PM setelah ditolak oleh Pas dan kesanggupan Tengku Razaleigh menyeleweng dari UMNO unttuk jadi PM Pas.

    Jasa. Khalid Ibrahim terlalu besar dalam membuka mata rakyat menerusi Khalid Move.Jika krisis berakhirpun keadaan sudah tidak sama lagi. Anwar tidak lagi akan diterima oleh rakyat. Dia terdedah sebagai bapa nepotisme dan kronisme.

    ReplyDelete