Saturday, 9 August 2014

BILA ISTANA NEGARA SENDIRI TIDAK PERCAYA KEPADA PEGUAM NEGARA.

Apakah perasaan rakyat bila Istana Negara membuat laporan polis terhadap kebiadapan pengendali akaun Facebook " Candra Lawan Tetap Lawan" kerana menghina Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung dalam laman sosial  yang telah didahuli  laporan  sama oleh beberapa NGO.

Rakyat terkejut dan  berpandangan "tidak wajar" Istana Negara turun ketaraf yang bagitu rendah sedangkan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung yang melantik Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tetapi mereka memperhetongkan sebagai Istana Negara sendiri mahu menunjukan ketidak sabaran dan  kehilangan  keyakinan terhadap  Jabatan Peguam Negara yang tidak berinisiatif untuk mengambil tindakan pantas.

Berasaskan kepada laporan akhbar dan pengalaman NGO , kebanyakan mereka tidak menyalahkan polis.

Ini jelas apabila seorang Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru- baru ini  menyuarakan perasaan rakyat ini terhadap Peguam Negara Tan Abdul Ghani Patail.

Kata Dr.Mohd Puad Zarkashi  pada pandangan peribadinya,  Ghani Patail perlu diganti segera dengan tokoh  undang-undang yang lebih cekap,berani dan tegas.

"Beliau lemah,tidak responsif terhadap kegelisahan rakyat terbanyak,lebih gemar melakukan pendakwaan terpilih terutama jika kesalahan itu dilakukan oleh orang Melayu yang mana tindakan pantas diambil." ujarnya.

Sebenarnya ini bukan  merupakan suara peribadi beliau tetapi suara  terpendam MKT yang lain dan juga suara majoriti   rakyat pada keseluruhannya.

Umumnya rakyat  meanggap sikap  peguam negara ini adalah sesuai dengn hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu  menunjukan toleransi dan liberalisme kepada bukan Melayu  untuk mengambil hati mereka  supaya kembali  menyokong BN dalam pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun  oleh kerana Istana Negara yang melantik Peguam Negara tidak lagi menunjukan kepercayaan keada Peguam Negara dengan membuat laporan polis,maka wajiblah Peguam Negara memikirkan  demi untuk maruah  berundurlah dengan sendiri  bagi menjamin ketenteraman negara.




26 comments:

  1. Assalamualaikum Tan Sri Zam. Mungkin AG hanya boleh bertindak selepas formaliti laporan polis dibuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm kes steering lock, sapa yg buat laporan polis?

      Delete
    2. Kes kiki, polis sendiri yang ambil tindakan, bukan peguam negara. Disini TS Zam mempersoalkan AG.

      Delete
    3. betoi la tu, dlm kes tu polis buat laporan polis, dlm kes ni pasai apa istana negara yg kena buat? mempertahankan institusi diraja konon!

      Delete
  2. Terakhir ini nampaknya Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pun telah menampakan ketidaksabarannya terhadap kelewatan pihak peguam negara mengambil tindakan terhadap isu isu atau laporan yang bersifat rasis umpamanya dalam soal kiki dan lain lain.

    Walaupun agak terlewat untuk sedar kerana datang dari gulongan elit sekurang kurangnya adalah juga perasaan pergantungan dari pemuda pemuda UMNO kepadannya dan tidaklah dia dirasakan terasing oleh masyarakat Melayu.

    ReplyDelete
  3. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.9 August 2014 at 13:48

    Pernahkah dalam sejarah negara ini,laporan polis di buat oleh Istana Negara mengenai kebiadapan rakyat terhadap Seri Padujka Baginda Yang Dipertuan Agung. Apakah ini kerana Istana tidak percaya kerajaan akan mengambil berat dari pengaduan rakyat biasa.

    Najib tidak harus memandang ringan pekara ini. Dia telah dimalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak heran...polis sendiri melalui ketua polis membuat laporan polis terhadap kiki...semasa sidang medianya bersama wartawan...bukankah itu pun kerja gila yg ketua polis sebelum ini tak pernah lakukan....

      Delete
  4. Sepatutnya sebaik sahaja tersebar berita Istana Negara membuat laporan polis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah memberikan notis 24 jam kepada Peguam Negara supaya meletakan jawatan.

    Pekara laporan Istana Negara pada Polis sedang menjadi percakapan umum yang melibatkan maruah Istana Negara dan kerajaan. Penjelasan mesti ada dari pihak kerajaan atau Istana Negara sendiri. Nampak macam Istana Negara main peranan NGO. Ini meningkatkan kehilangan kepercayaan orang Melayu kepada keupayaan pemerentah dan khususnya kepada Peguam Negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memnag memalukan apabila agong yg berkuasa melantik peguam Negara atas nasihat perdana menteri perlu turun ke balai polis utk membuat laporan polis...memang dah terbalik kot....

      Delete
  5. Istana Negara has lost faith in AGC. They have to take matters by themselves. What a shame. We have leaders without leaderships. No wonder everyone is no longer afraid to mess with us. Hijacking and blowing up our planes, Sulu incursion, kidnappings by Philippine terrorists, you name it.
    We have been bullied and victimized repeatedly lately. People no longer respecting us. During Dr. M time, we are strong and respected. Countries around the world think twice to mess with us. But now.............(sigh)

    ReplyDelete
  6. Salam Tan Sri.

    Perkara ini....terletak atas tangan PM Najib.
    Tak payah kita pusing kiri...kanan....go head...gostan.....

    Ketua kerja MTen pun tidak perlu susah2 atau buat2 tak faham...dan main wayang la...komplen ke media dsb.

    Memang satu Malaysia tahu bahawa peguam negara bersifat begini........membuat "Pendakwaan Terpilih".

    Dari zaman Namewee.... guru sek. diJB hingga kes Kiki.....Yip dan banyak lagi
    Peguam Negara ajan cepat bertindak dan mendakwa jika membabitkan org Melayu.

    Tetapi jika bukan Melayu...akan lambat sekali kes dibuat dan didakwa.

    Tan Sri pun berkata..."umum menganggap sifat ini sesuai dgn sikap toleransi dan liberalisme Najib pd bukan Melayu............."

    Jika maksud sesuai itu kira.....memang cara begini yg dikehendaki oleh Najib.

    Apa yg diharapkan lagi?

    Sebab Najib yg berkuasa dan dia juga bertanggung jawab dgn sifat kerja peguam negara ini....dia pun boleh hentikan dan ganti sahaja.

    Apa yg tidak boleh dilakukan oleh beliau?

    Justeru itu....seperti sy kata tadi..... tidak perlu lah kita susah payah pusing2 lagi. ...dan menuduh peguam negara lembab bertindak....pilih bulu dsb.

    Sy saranjan Dr Fuad ahli MT serta semua ketua Umno dan Tan Sri pun terus saja minta Najib gantikan org ini.

    Tetapi tentulah tidak semudah itu....kerana ini permainan Najib....dia yg mahu cara ini.

    Akhir kata...Najib perlu jujur dan ingat sentiasa.... sama ada beliau masih berhajat menjaga hati bukan Melayu berterusan dari hati majoriti org Melayu.
    Dia disitu sbgai PM dan presiden Umno pun kerana org Melayu.

    Dia bukan PM untuk menjaga hati org bukan Melayu sahaja.

    Peguam Negara main selamat...dgn nengikut 'kehendak' Najib sahaja....kira 'yes Boss' lah.

    Sy percaya...jawapan pd 'Pendakwaan Terpilih' ini akan dpt diselesaikan dan berakhir dgn pertukaran pd tangan Peguam lain berhasil dari kehendak Najib sahaja.

    'The ball us in Najib's hand'.

    Tak payah lah kita pusing kiri kana..gohead atau gostan lagi.

    Baik berpada2....jahat jika perlu.

    Terima kasih.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalannya, najib ada baca atau termaklum akan maklumbalas yang dipamerkan didalam blog-blog seperti disini? Jika ada, moga dia memahami perasaan rakyat. Jika tidak, kerugian yang amat besar kepadanya!

      Delete
  7. Can see clearly now9 August 2014 at 16:00

    When u r in that position for too long u tend to take thing fot granted lost the initiative. Its time Ghani MUST GO

    ReplyDelete
  8. Soal nya sekarang Peguam Negara ni ada maruah ke ?

    ReplyDelete
  9. TS Zam...

    Bilamana pemimpin kita cukup rasa gah bila dipuji.. walaupun haram x ada hasil spt kes pencarian MH370..
    Hebat sgtkah menteri berkenaan dipuji walaupun MH370 x dijumpai ?
    Hebat sgtkah bila dipuji org putih ?

    Pemimpin kita buat keja utk dpt pujian..
    Klu rakyat x puji, menteri kabinet pulak puji.. kira jd lah..
    Tgk saja berita hari ni.. serang sepupu mintak sepupunya dipuji dan dicontohi.. jalankan tanggungjawab pun perlu dipuji ? Ertinya.. sblm ni buat kerja dgn x bertanggunh jawab ? Apa raaaaaa... pakat masuk bakal ramai2.. senfiri angkat !!

    Dlm kes AG.. nampak sgt tanah air kita dah x ada pengemudinya.. caca merba. Smpi Istana Negara sendiri buat laporan polis.. nampaknya uncle cina kuantan tu lg terbela dr Agong !! X perlu pun apek tu terhegeh2 p balai polis.. hebat dia dpt layanan dr polis !! Agong pun x dpt mcm tu... apatah lg kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. memnag dah jadi badut sarkas

      Delete
  10. Komen dari rakan2 raya tadi:
    Peguam Negara hanya Bijak Menghukum Melayu & tiba2 jadi LUMPUH OTAKdi TEMBERANG orang asing.

    Walau saya tak sokong PAS, Syabas kepada Nasa tantawi..
    Satu2nya Pemimpin PAS yang tak menganggap LGE sebagai TUHAN.

    Beliau menjadi pelopor. Ingatlah LGE hanyalah manusia Bodoh & menjadikan MELAYU sebagai Modal Politik..

    Tampa tomahan kepada kerajaan Melayu, LGE tiada apa yang boleh dibanggakan, apa lagi Pelaburan merosot, sungai bernajis babi, rumah2 golongan miskin dimusnahkan untuk Jutawan warga asing

    (boleh paham la, memang tak tulis tapi Rumah 2 Juta, ada ka melayu pertengahan penang Boleh beli).

    Kritiklah DAP demi kebaikan Malaysia.

    Jangan biarkan penganut Tuhan LKY agnostic ini - cuba mengkucar kacirkan Melayu, Sarawak menggunakan Bible (yang mereka sendiri tak percaya).


    Dalam kes ini juga (MAIS) Peguam Negara jadi lumpuh otak dengan GORENGAN2 Temberang Bishop & menyebelahi DAP.
    Mujur ada pemimpin PAS (dalam diam2) termasuk Khalid Ibrahim sedar permainan puak2 yang kononnya bible ini.

    Kepada Peguam Negara, ahli2 Umno, PAS, PKR

    Janganlah selalu jadi Inferior, apologetik berpihak yang akhirnya menyebabkan maruah anda lebih hina dari anjing.
    Buktikan anda bijak & adil dan berani demi Alif Ba Ta-
    Siasat sampai lubang CACING.
    Kalau LGE, Chandra, Namewee, Thian Chua salah, tangkap, sebat & jail minimum satu tahun, lepas itu baru boleh mohon maaf dengan iklan AKHBAR satu muka (kos ditanggung mereka). Di Thailan banyak eropean di jail kerana Hina Raja Thai.

    Keberanian bukan hanya sekadar menyertai Demo2 yang "berisiko rendah" seperti menyuruh McD tutup di Dataran Merdeka & terengganu.

    ReplyDelete
  11. Peguam negara yang sama yang rasa 'bangga' bila kita kalah kes Pulau Batu Putih. Bangga kerana dengan usaha yang dibuat secara sambil lewa telah membantu singapura mendapatkan pulau yang sememangnyan milik Johor. Sampaikan Almarhum Sultan Iskandar bertitah untuk mendapatkan kembali pulau tersebut. Sekarang ni pula kerajaan Johor telah dititah untuk mendapatkan kembali pulau tersebut. Sebuah kerajaan negeri yang tidak boleh mengharapkan lagi seorang peguam negara yang terlalu menjaga kepentingan pihak lain!

    ReplyDelete
  12. gani patail pondan..hanya berani sesama melayu..nih contoh melayu liberal..melayu yang tikam bangsa sendiri..berambuslah gani oiii..rakyat dah mnyampah

    ReplyDelete
  13. Putera Gunung Jerai.10 August 2014 at 06:55

    TS Zam.
    Semua ini berlaku kerana arahan Kabinet tidak tepat.
    AG adalah pelaksana dasar kerajaan.
    Kabinet mesti juga bertanggung semua isu ini.
    Ketua Kabinet ialah Perdana Menteri.Menteri adalah anggota kabinet.

    Kalau kabinet buat arahan pada Ketua Polis,AG,dan SKMM agar tegas dan berfungsi tak timbul masaalah ini.

    Nak salah AG 100% tak tepat.
    Kecuali arahan kabinet AG ,PDRM dan SKMM tak patuhi.

    Kabinet kena ambil tanggung jawab ini.

    Kabinetlah yang memutuskan segala dasar utama negara.
    Kuasa kabinet tinggi.

    TS Zam pernah berada dalam kabinet tentu tahu dan arif dalam hal ini.

    TS Zam kenalah ulas dan sentuh secara detail tentang peranan dan kuasa yang ada pada kabinet.

    Kalau kabinet pun diam sahaja sekadar lihat rakyat hari hari berhimpun buat demi disana sini.
    Kemudian hari hari ada laporan polis sana sini.

    Amankah negara kita jika suasana begini terus berlaku setiap hari.
    Harmonikah negara kita jika pra sangka buruk terus berlaku dikalangan rakyat yang bermacam agama dan kaum.

    Kabinet dan kerajaan kena rasa malu akan perkara yang sedang berlaku hari ini.
    Menteri pun nampak tak ambil kisah secara serious gelora dalam negera,

    Dulu jarang kita lihat dan dengar rakyat buat demo depan masjid,tepi balai polis tepi jalan raya.
    Hari ini boleh kata tiap tipa minggu ada saja demo secara aman.

    Amankah negara kita.
    Makmurkah negara kita.
    Kalau kerajaan rela rakyat buang masa dan buang duit dan tenaga kerana nak lahirkan rasa marah pada pihak yang lain.

    TS Zam kena ulas dan sentuh akan peranan kabinet dalam urusan negara.
    Tak adil AG dan pihak lain sahaja kena GODAM.

    ReplyDelete
  14. Saya setuju .Seolah olah kerajaan memerlukan demonstrsi dan laporan polis untuk mengambil tindakan,Tiada inisiatif dipihak kerajaan sendiri. AG juga tentu memberikan pandangan kepada Najib yang sesoai dengan liberalismenya tetapi jika kita mempunyai AG yang nasionalistik, tegas dan jelas ,nampak akan kepentingan bangsa dan agama,maka keadaan sekarang tidak akan berlaku.
    Saya tidak perlu tulis panjang- panjang kerana ramai yang berpengaruh dan dekat dengan PM pun telah meberithau saya,ckap mereka tak dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang setuju dengan kenyataan ini. ketua polis semasa ditanya wartawan tentang kes kiki mendakwa "beliau baru melihat aksi wanita tersebut, dan berasa amat terkejut dengan sifat garang wanita tersebut, saya telah mengarahkan pegawai saya utk menyisat kejadian tersebut, ini boleh dikategorikan sebagai kes buli jalan raya." bukankah Nampak sangat pihak polis pun cukup teransang utk menyiasat kes yang melibatkan org melayu. bagi saya kes kes yg melibatkan org melayu mudah selesai di mahkamh kerana selalunya org melayu tidak kemampuan melantik peguam. bila kes selesai Nampak lah betapa cemerlangnya tugas polis.

      Delete
  15. PM JAJIB relax jer..
    Bagai merestui apa yg berlaku pd hr ni
    Sapa lagi teruk ?
    AG atau PM ?

    yg penting... org puji !!


    Mat umno pendang

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya tak boleh nak salahkan AG dan IGP. Mereka tidak bersalah. Kenapalah korang ni cepat sangat menghentam?
    Untuk makluman korang, selepas ISA dan akta buang daerah dihapuskan, kerja AG dan IGP bertambah banyak. Bertimbun-timbun banyaknya. Sekarang tak boleh nak tahan orang sesuka hati. Nak tangkap orang sebarangan. Kena ada bukti dulu. Jadi banyaklah kerja polis nak cari bukti-bukti tersebut.
    Bila dapat semua bukti hantar dekat Peguam Negara. AG cakap bukti tak cukup, Tak boleh nak buat pendakwaan. PDRM kena turun padang lagi kumpul bukti. Maka makin bertambahlah kerja polis. Bila kedua-dua akta tersebut dihapuskan, beban kerja PDRM dan AG makin meningkat. Stress IGP dan AG dibuatnya.
    Dulu senang, bila polis ada maklumat sikit, just tangkap dan humban dalam ISA. Yang kritik, cakap banyak pun masuk dalam. Kalau tak mereka ni tak berhenti bercakap. Inilah caranya untuk membolehkan mereka diam.
    Sekarang ni, kalau seseorang tu ada NIAT nak letupkan bom di ibu negara, ianya dapat dihidu oleh perisikan polis tapi tak boleh nak tangkap pasal dia baru niat. Habis tu macamana? nak tunggu bom meletup baru nak tangkap? Lepas bom went off baru nak cari siapa yang bertanggungjawab? dah tak ada guna dah. Bukti memang banyak la masa tu. Bersepah-sepah buktinya. .
    Tu Akta Hasutan belum mansuh lagi tu. Kalau dah mansuh aku tak tahulah Malaysia nak jadi apa. Tunggang-terbalik barangkali. Kalau sesuatu akta hendak dihapuskan kerana berkehendakkan sokongan Cina dan golongan liberal maka beginilah jadinya. Apabila ISA dan Banishment Act dihapuskan, adakah Cina dan golongan liberal kembali memberikan sokongan mereka? Lihat la buktinya pada PRU yang lepas. Akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..

    ReplyDelete
  17. Putera Gunung Jerai.11 August 2014 at 06:38

    TS Zam.
    Akhirnya Malaysia akan jadi Negara PESTA PERHIMPUNAN.

    2.Pesta Report Polis.

    Tahun 2014 adalah Pesta Perhimpunan dan Pesta Report Polis.

    Puncanya ahli kabinet yang lemah daya pengurusan negara

    ReplyDelete
  18. Tukar malaun2 yg ada dlm kabinet..
    But never chabge the party !!!

    ReplyDelete