Tuesday, 19 August 2014

APAKAH TUJUAN MAHATHIR TARIK BALIK SOKONGAN PADA NAJIB ???


 ROCKY'S BRU KEPADAN NAJIB: JANGAN DENGAR CAKAP MEDIA ADVISERS

Najib must never let his media advisers try to "sort things out" on his behalf.  Abdullah Badawi's mistake was he allowed himself to be lulled into believing that his media head honcho then, a millionaire journalist with great Singapore connections, had the gumption and the touch to take on anybody and everybody, including Dr Mahathir. That was a fatal mistake. The PM must tell his editors and his social media hanlders to not try to be clever. Engage the Old Man. Go and see him. Sort things out(lihat blognya)

Komen: Kerana dengar cakap penasihat- penasihat medianyalah , maka akhbar-akhbar perdana UMNO hari ini tidak siarkan peristiharan Mahathir tarik balik sokongan pada Najib- TAN MELAKA.

APAKAH TUJUAN MAHATHIR.....
Apakah tujuanTun Dr. Mahathir mengumukan penarikan balik sokongan kepada Datuk Seri Najib yang dirastukannya  menjadi Perdana Menteri sehingga menimbulkan gelombang yang dijuarai oleh Tan Sri Muhyuddin yang mengkaramkan  Abdullah Badawi.

Harus diingatkan bahawa Mahathir membuat pengumuman  ini menjelang Perhimpuan Agung UMNO tidak lama lagi dan  ketika mesyuarat -mesyuarat UMNO bahagian sedang berlangsung di seluruh negara.

Ini adalah suatu stratiji Mahathir yang akan membangunkan gelombang baru dari kocak arus yang tidak kelihatan dipermukaan dalam kehilangan keyakinan suatu bangsa yang merasa  terumbang ambing dalam kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa depan mereka di negara sendiri

Gelombang ini diharap akan melanda Perhimpunan Agung UMNO.

Jika tindakan Mahathir ini berkesan menimbulkan  kesedaran yang terpendam maka gelombang  akan menjadi ribut taufan yang akan melanda perhimpunan Agung UMNO yang dijangkakan oleh Najib akan tenang kerana imej luar negaranya yang semakin semarak dan keadaan ekonomi yang tergambar sebagai semakin utuh kukuh.

Tetapi suara Dr. Mahathir  adalah arus di bawah yang menunggu masa dan saat  akan membadai menjadi ribut dan taufan  di permukaan yang kelihatan tenang.

Mesej Mahthir cukup jelas mencabar seluruh ahli UMNO terutama pemimpin pemimpin supaya berhenti dari mengampu dan membodek dan sekadarkan sanggup mengatakan di belakang tetapi mestiah  berani tampik kehadapan untuk menegur Najib secara terbuka di Perhimpunan Agung UMNO kelak dan juga sekarang ini di peringkat Bahagian.

Beliau telah mengambil tanggungjawab ini dan sanggup menerima apa juga akibatnya  kerana beliau sendiri amat kecewa kerana semua nasihat peribadinya dan juga yang mewakili orang ramai tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh Najib.

Tentunya  tindakan Mahathir ini akan segera menggerakan bala tentera barisan pertahanan Najib yang di kepalai oleh  JJ  dan Nazri Aziz  bagi mempertahankan dan menyelamatkan Najib.

28 comments:

  1. Man Banun Sg Petani.19 August 2014 at 07:58

    Tiba tiba Nazri Aziz mengkeritik Peguam Negara dan menunjukan keberaniannya sanggup untuk sanggup menerima apa juga akibatnya sebagai menteri .

    Kenapa sekarang dan kenaapa tidak mendahului orang lain dan hanya jadi pak turut. Adakah ini untuk membyangkan kesedaran baru Najikb dan bagi memujuk perasaan terpendam seluruh orang Melayu dan khususnya orang UMNO. Sudahlah Nazri orang sudah cukup faham cara awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Budaya dalam UMNO tak berani lawan tokey, Siapa lawan tokey siaplah... kat bahagian dan cawangan nanti depa jatuhkan dia. Sbb itu bila Sdr Zam kata akan ada arus gelombang yg mengkritik Najib masa perhimpunan UMNO nanti, saya berani katakana ianya tak akan berlaku.
    Apa yg akan diperkatakan perwakilan cuma puji-pujian melangit buat Najib.
    Just watch and See

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betoi..geng2 umno ni semua takdak tel## atas sbb2 berikut
      1. Ramai yg perasuah atau pu8n naik secara tak betul..jadi takut toke sbb ada kes.
      2. Budaya feudal keterlaluan..dia undi org tu utk menjadi menteri lepas tu dia sembah menteri tu. Bila org besar tu buat salah dia tak berani tegur.
      3. Org melayu juga mempunyai sikap pembodek yang menebal.lihatlah nazri semasa pak lah dulu..sekarang kita lihat apa sikap carimakan dia semasa najib dikritik pulak.

      Delete
    2. MT dah tentukan siapa di Bahagian dan Bahagian dah tentukan siapa di cawangan maka majoriti pula adalah kontraktor....sebab itu perbahasan di PAU membosankan dan tiada usul yang bernas jangankan mengkritik lagilah tak berani sebab projek lagi bernilai dari perjuangan bangsa
      Maka seseorang yang berani berjihad perlu memulakan sesuatu.....
      sayang yang berbakat dan berakal fikiran tidak berada dalam UMNO lagi samada jadi pembangkang atau merajuk berada diluar...

      Delete
    3. setuju ianya xkan berlaku. perkara sial lagi malang yg hanya mampu kita lihat tanpa dpt buat apa2 adalah hakikat bahawa najib tetap tidak akan dicabar dan masih akan menjadi pm. maka selepas ni lebih ramai kera akan disusukan lebih ramai rakyat bumi akan sengsara.

      parti umno yg kononnya memperjuangkan org melayu tidak mungkin akan bertindak walaupn nasib bangsa di tgn mereka.

      Delete
    4. saya sejak zaman Tunku lagi sudah memerhatikan gelagat pengundi pengundi UMNO. perbezaan zaman Tunku dengan sekarang amat berbeza sama sekali. hari ini wang dan kepentingan diri yang mengundi dan bukanya lagi perjuangan. hasilnya hari ini kita perolehi pemimpin yang tidak berkualiti langsung.

      Delete
  3. Selalu nya Umno :-

    1. Suka leka dan di buai mimpi. Mudah lupa. Lihat sahaja pembangkang berpolitik 24 jam dari mula di tubuh (PR) sehingga sekarang dengan berbagai cara, tidak lain menjahanamkan apa yang ada. Malah dalam ikatan kumpulan tidak rasmi mereka menggegar Umno dari masa kemasa. Menidakkan kewujudan Umno melebihi setengah kurun.

    2. Perlu nya menegur kepimpinan Umno yang masih lagi gayut bergayut ( jenis siamang) memakan segala buah yang ada, bersahutan dan masih gembira membuat bising sesama sendiri ! Tidak pedulikan yang di bawah yang bila-bila masa boleh menyumpit panah beracun atau membakar seluruh hutan. Sekurang- kurang nya orang hutan boleh berpimpinan tangan, menjamu selera bersama. Yang jantan dan berkuasa boleh saja dengan garang dan ganas menjaga kumpulan nya dari mara bahaya. Jenis kera pula boleh menangis bila anak atau rakan mereka di bunuh tetapi tetap spesis pemusnah.

    3. Maka kekuatan Melayu Islam itu telah di cemari dengan martabat paling hina akibat perbuatan PAS. Di burukkan lagi oleh Umno yang kian pudar juga pegangan Agama nya sehingga Melayu Islam biasa teramat malu dengan pemimpin-pemimpin atasan yang liberal, sekular dan munafik ! Malah perundangan sedia ada seolah-olah nya hanya untuk Bangsa Melayu yang mesti di kayukan ! Bangsa bukan melayu gembira lepas bebas. Umpama Israel yang tidak di kenakan tindakan PBB atas jenayah mereka lakukan. Mana silap nya ?

    Bagaimana hendak berjaya ? Berpecah dan berpuak-puak, hina menghina dan yang berkuasa mendabik dada ! Maka teguran Tun M memang tepat pada masa nya. Bangkit lah segera !

    Bangkit lah kepimoinan Umno ! Pakatan Pembangkang memang musuh politik anda yang nyata ! Mereka tidak memerlukan iktibar sejarah. Apa yang penting ialah dendam mesti berbalas cara berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  4. Bukan JJ dan Nazri saja panglima kanan Najib.
    Setpol dia di kementerian kewangan pun sudah tubuh persatuan Setiakawan.
    Sepatutnya buat kerja yang betul.
    Setiakawan @ Persatuan Timbalan Ketua Bahagian.
    Memang Dr M hebat.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju pendapat TS Zam mengenai 'tujuan, masa dan ketika', Tun Dr.M menarik-balik sokongan pada Najib.
    Inilah masa yang paling sesuai untuk Najib berundur. Tidak seperti KETUM, TDM tidak membayangkan isteri atau anak sebagai penganti.
    Pakatan sedang menghadapi krisis hilang keyakinan rakyat, akibat perebutan jawatan MB di Selangor. Pembubaran DUN amat ditakuti oleh ahli-ahli politik dan penyokong tegar mereka.

    Nampaknya, semua portal pro-PR beralih tumpuan kepada TDM dan mengelak liputan mengenai kemelut perebutan jawatan MB Selangor dan pemilihan PKR yang kelam-kabut, tidak keruan sudah 5 bulan. Lawak sungguh parti anak-beranak PKR dan DAP. PAS pun sudah nampak ciri-ciri yang sama. DAP pun tidak lagi melaungkan CAT. Saman keatas Tantawi pun sudah dibatalkan.
    PAS tergamak menganiaya TS Khalid Ibrahim dengan menarik-balik sokongan atas alasan beliau bukan lagi ahli gabungan Pakatan. Padahal, semasa menyokong untuk mengekalkan MB Selangor tempoh hari, Khalid sudah pun dipecat cari PKR.
    Kalau inilah tabiat dan perinsip 'orang agama' yang mendabik dada sebagai pejuangan agama, saya malu dilahirkan kedalam 'agama' yang mereka perjuangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamo takdo RD? mana pie... pemerhatian anda agak ok juga.. demi Melayu !

      Delete
  6. Zaman Mahatir dulu pun sama yang menentang kena pancung.Kalau keturunan mamak ni memang menghuru hara orang sahaja.rakyat tiada apa2 .yg terasa puak mahathir yang terpinggir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lihat ayat dan mesej kamu serupa saja bila kamu berikan komen diblog blog lainya yang melibatkan Tun M. Kenapa yer? Kamu ni sakit ker? Pergilah buat rawatan dan pesan aku jangan tersalah makan ubat pulak. Bertambah teruk lagi jadinya.

      Delete
  7. Nobody can whack the PM Najib except our own grandman, Tun M. This after being in the quandary for so long, our long time former PM Tun M bursting into the air without any disregarding warning to current PM Najib as the issues are already above the head. It is well facts that Najib's poor and incompetence management as PM screwed up the whole upbringing of the Malays conditions which are 'never' being given the preference as compared to the Chinese and Indians. As for Najib, is this a warning that his time is up too?

    I'm not saying that everyone can 'belasah' Najib even though he did nothing effective for the Malays since coming to power, and the worst before the last GE. But nobody can take the issues anymore once it already up to the head till u can't breath. The Malays now are being victimized, screwed-up, down rated, look down and other negative perceptions not only by the Chinese and Indians but also by our own Umno-lead government. Sadly PM Najib did not even sensitive to this development. Instead he keeps on preventing and getting rid the necessaries that hurt the Malays just to coy down with the Chinese and Indians. Didn't the last GE is a great lesson to Najib? What did u get when giving so much to non-Malays but nothing in return? The Malays who have been supporting and delivering u all this while are given nothing.

    Let the rakyat decides on Najib's fate now. Time to change before its too late.


    Tun Mai Ulat Bulu

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan Anon 08;39 dalam UMNO banyak pak turut dan yang bodoh dan tak berani berkata walaupun benar.

    ReplyDelete
  9. Lepau PAU UMNO semua balik tidur lena..

    ReplyDelete
  10. eleh.... semuanya akan sama...copycat macam zaman pak lah....UMNO dah takde ooomph!!!

    ReplyDelete
  11. Pak Zam,
    Antisipasi tuan untuk mengharapkan perwakilan UMNO bersuara dan menegur Najib dalam PAU adalah ibarat fantasi bulan madu.
    Hari ini Zahid Hamidi sudah tampil menjadi penampan peluru ssesiapa yang mahu menembak Najib. Zahid sudah nyatakan, “Najib sudah melakukan terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan terpaksa berdepan dengan cabaran arus kebangkitan media social”.
    “Zaman Najib adalah zaman sesuai dengan era Najib kerana dulu tidak ada media sosial sekarang ini banyak media sosial jadi keadaan itu yang harus difahami”. Dalam erti kata lain Mahathir harus faham bahawa ini zaman media sosial.
    Perwakilan akan lambung presiden naik asap seperti Mahathir dilambung naik asap setiap tahun selama 22 tahun. Silap-silap di dalam keghairahan melambung Najib itu Mahathir pula akan dicerca mereka.
    Mesej yang jelas dari Zahid ialah ini hanyalah pendapat peribadi yang dikendalikan oleh pemain dan pemuka media sosial termasuk Tun Dr Mahathir. So, jangan dilayan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berdoa telahan Mummy Rokiah meleset. Tapi, jika di imbau kenangan lampau, ada juga kebarangkalian nukilan Mummy menjadi kenyataan.

      Mungkin kita mudah lupa.
      Pada 2009, hampir kesemua perwakilan di PWTC memekik, KJ Rasuah, KJ Rasuah,KJ Rasuah, setelah beliau menang Ketua Pemuda. Alih-alih mereka masih menyokong beliau sebagai KP pada 2013. Ini yang buat saya hairan dan patah-hati terhadap UMNO.
      Dengan poket penuh (maklumlah, Menteri Kewangan) dan ramai pembodek keliling pinggang, saya khuatir, "gelombang ribut taufan yang akan melanda perhimpunan Agung UMNO" nanti akan hanya tinggal sepoi-sepoi saja.

      Walaumacamana pun saya berharap kita tidak menelanjangkan Najib seperti Pakatan melondehkan Khalid Ibrahim dengan tuduhan liar. Saya rasa Tun M memilih masa dan ketika yang paling molek untuk 'mengoncang perahu'. Sekurang-kurangnya ahli politik pembangkang, dengan segala kemelut yang mereka cipta sendiri, tidak akan berani masuk campur. Tujuan, niat dan kaedah mereka berebut jawatan MB Selangor, jauh lebih buruk dan syak-wasangka. Laki pilih bini untuk ganti MB Selangor. (Zahid Hamidi seharus lebih tahu, jika ini bukan nepotisma). Pemilihan Party sendiri pun kacau-bilau dan masih tiada kesudahan, setelah 5 bulan.

      Delete
  12. Salam Tan Sri.

    Mengkritik Pemimpin semasa Perhimpunan Umno?

    Mimpi saja kot.

    Mana mungkin terjadi.
    Sedangkan dihari2 lain yg indah.. tiada guruh taufan.....semua sepi saja.

    Mana mungkin dihari yg 'istemewa...bersejarah' pula nak dijadi medan untuk mengkeritik?

    Perhimpunan Umno hari Istimewa..
    .lebih dari 'Hari Raya'..
    Songket berkilauan...kebaya ribuan harga....kopiah setinggi KLCC...
    Kereta yg berjenama....Perdana tak main la.....

    Semua serupa..'ala Grammy Awards'..

    Ha ha...Melayu katakan....biar selalu bergaya......tiada duit...pinjam saja..atau PAU saja...
    Rakyat ramai yg susah diluar sana?...itu dah takdir.. "tak kan nak tolong semua"?
    Lepas tu...pantun seloka.....gelak tanggis....sedu sedan....sajak puisi...
    Keris sudah tidak dicabut lagi...banti Cina marah...
    Janji manis....

    Pheww...Bollywood pun kalah.

    Ada kalanya sy rasa loya....geli geleman...mual .dgn drama tidak berskript Melayu ini..

    Menyampah ketahap maksimum.

    Apa pun tidak pernah terjadi di hari yg istemewa ini ada wakil atau ahli yg sanggup mengkritik pemimpin.

    Kalau Tan Sri sanggup sy sangat2 menyokong.

    Tetapi Tan Sri....Melayu diwaktu ini masih lagi didlm 'make believe world'....ketua2 hampir 75% Haprak ...tak boleh pakai dan diharapkan lagi...agenda peribadi diutamakan.

    Semua ini berpunca dari org yg No 1....ibarat kata ikan kalau dah busuk...bermula dari kepala..

    Tun M...Betul.

    Dah hampir 6 tahun memerintah..keadaan tidak berubah...lebih teruk dari zaman Pak Lah.

    Yg sy tidak boleh terima...bila Najib terang2 bohong yg harga minyak tidak akan di naikan....tetapi telah dinaikan dgn muka selamba...dan tidak rasa bersalah.

    Ini kira cakap lain buat lain...
    Sy juga berhak marah.

    Apa...mestikah Tun M sahaja yg boleh bersuara dan suara Tun M saja yg perlu didengari?

    Perlu diingat Rakyat Malaysia berjumlah 28 juta.

    Sy faham...Tun sendiri pun berkata bahawa suara kritikan dia di masa2 lepas pun tidak didengari...'fallen to deaf ears'....itu kira sudah teruk...malah melampau..

    Kebal kah org ini sebagai PM?

    Terima kasih.


    ReplyDelete
  13. Di perhimpunan Agung umno, Ah Jib Gor akan sekali lagi bertempik kuat " Hidup Melayu!.... Hidup Melayu!.... Hidup Melayu!!....- Rupanya tak lebih macam burung kakak tua......dia tak tau apa yang dia tempik.

    ReplyDelete
  14. Salam Tan Sri.

    Baik suruh depa masa PAU...bertempik kuat2..

    Kami Perompak 5 x
    Hidup Cina 10 x

    Lagi tepat...

    Itu yg terjadi sekian lama pun.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. APAKAH TUJUAN MAHATHIR TARIK BALIK SOKONGAN PADA NAJIB ???
    jawapan paling simple ialah supaya Tun Che Det apa nama ada alasan untuk isytihar merajuk keluar UMNO.. sekejap.. mcm masa zaman Pak Lah.. slepas tu U-turn masuk UMNO balik.. x sabor2 nk tengok drama swasta ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan kamu.....hampeh

      Delete
    2. Kali ini lain beb.... merajuk terus bawak mati. Xdak u-turn lagi.
      Lgpun 2018 UMNO/PAS/PKR dah tak bernafas pun...
      Sy pikir ada superhero melayu x disangka2 akan teraju negara selepas 'kekecohan' satu negara pada dan selepas PAU 14. Dalam kekalutan penuh panas dan bermcm tragik, akan ada campurtangan daripada ********* , pastu barulah terkuak "SESEORANG" untuk teraju negara dan mengepalai peperangan ekonomi rantau ini (ASEAN - rantau nusantara) dengan israel mulai 2020-2030.
      Jangan marah, ini pendapat saya sahaja. Kuang3x.

      Delete
  16. Sebenarnya berjuta ahli umno dah meluat dengan kepimpinan najib. ada ketika nya dia lebih cina dari cina dap. Dengan anwar ibrahim dah jadi kawan sebantal..anwar tukang canang , najib tukang siapkan. anwar masuk kandang, najib jatuh terkangkang. Siapa yang mampu menggantikan najib memang hebat. Bukan sebab dia kuat tetapi hala tuju negara dan orang melayu bukan mudah nak dipulihkan dalam keadaan politik sekarang. Jika dibiarkan begini, suatu hari najib buat bodo je gantikan umno dengan parti 1Malaysia ciptaan punahsihat dalam dan luarnegara..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ts zam, sejujurnya kita cepat melompat dan melatah akhirnya orang ketawa dan tepuk tangan pada kita. politik pada hari ni buatkan semua orang mudah lupa ..........lupa mati.

    ReplyDelete
  18. Salam brader zam..

    Mahathir did the right thing - Stop showing support to Najib!!!

    Otherwise no one will respect Najib. Overshadowed by Mahathir.

    Najib holds the power, Mahathir has retired.

    I am pretty sure Najib may seek advise from veterans alike.

    Like a father-son situation, 'withdrawing'support means allowing the son to run the country.

    Najib is doing so much now..lets help him out..esp to eliminate those out to destroy Umno!

    ReplyDelete