Saturday, 26 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

HARI INI SAYA TERKENANGKAN KAMPONG, SANAK SAUDARA,IBU BAPA YANG SUDAH TIADA , KAWAN KAWAN SEHALAMAN, KAWAN KAWAN  SEKERJA YANG MASIH ADA DAN TIADA DAN DALAM SUASANA INI MERASA DEKAT DENGAN SEMUA PEMINAT YANG TETAP BERSAMA SAYA DALAM SEGALA SALAH SILAP SAYA TERUTAMANYA DALAM TERKASAR BAHASA  DAN TERSILAP EJA MENYAMPAIKAN RASA.

WALAUPUN TIDAK DAPAT PULANG KE KAMPONG TAHUN INI TETAPI KOTA KUALA MUDA KEDAH TANAH KELAHIRAN TETAP MENGETUK HATIKU DALAM KESYAHDUAN HARI MULIA  INI . PAGI  SEPI MU DI HARIRAYA SEMASA KECILKU  TETAPKU KENANGKAN SYAHDU INDAHNYA.

DENGAN IKHLAS SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT AIDILFITRI PADA SEMUA SAMBIL MEMOHON MAAF. SEMUGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR KITA UNTUK MENGULANGI UCAPAN INI DI TAHUN MENDATANG.

11 comments:

  1. ...PAGI SEPI MU DI HARIRAYA SEMASA KECILKU TETAPKU KENANGKAN SYAHDU INDAHNYA... ayat ini begitu menyentuh hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demikianlah jika kita ada kampong halaman. Pagi Kota sungguh sepi dan tenang 60 tahun dahulu.

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Tan Sri. Semoga Tan Sri bergembira bersama sanak dan saudara.

    ReplyDelete
  3. Tuan Zam.tak nak buat komentar ke polimik politik di Selangor.siapa untung siapa rugi duit 3 billion macam mana nk bagi,dan yg penting nak tahu di mana peranan umno.boleh timbul balik ke umno/bn.selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi Noh diangkat sebagai panglima Umno di Selangor jgn hrp nk tawan dr PR... imej yg dibawa Noh adalah samseng, kami rakyat Selangor menolak budaya yg sedemikian... teringat diera 70an "Pemuda Tahan Lasak" tapi bkn di era milinium ni....

      Delete
  4. Selamat Hari Raya. Saya belum mahu komen lagi Tetapi Khalid menghadapi masalah kerana dia masih menjiwai UMNO dalam pendirian Islamnya( Bible) dan tidak sanggup menerima rasuah dari kalangan perniagaan Cina yang merupakan penyokong penyokong DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa dah tak boleh cari makan. di pulau pinang pun dah ada yg tak puas hati.

      salam eidulfitri to you & your loved ones.

      Delete
  5. Salam Tan Sri.

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN..

    ReplyDelete
  6. Salam Tan Sri

    . Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete