Tuesday, 29 July 2014

LAMBAIAN TEH TARIK MALAYAN MANSION DI HARI RAYA KEDUA.


                                   Bersama dengan Haji Jamal ( berkupiah putih) di hari kedua  
                                                  Aidilfitri  di Malayan Mansion Jalan Masjid India.

Lambaian  TT( Teh Tarik) gerai Haji Jamal Malayan Mansion Jalan Masjid India bagitu hebat sekali sahingga kami peminat setia bekas perkerja Utusan Melayu  telah berada di sini seawal
jam 7.30 pagi hari raya kedua ( Selasa @ 29 Julai 2014).

Diantara yang hadhir  ialah ABI (Ahmad Idris), Latiff Nordin, Datuk Raja Niza, Rosli Azmi dan saya sendiri. Yang  tidak dapat hadhir adalah Dato Jaafar Rahim (tidak sihat) dan juga
 Tan Sri Johan Jaafar.

Pagi ini kami bersembang tentang Menteri Besar Selangor  Khalid Ibrahim yang bagitu setia pada Anwar Ibrahim tetapi  keenganannya untuk meletakan jawatan telah menjatuhkan moral ke pemimpinan Anwar Ibrahim ke taraf paling rendah dalam sejarah karier politiknya berpunca dari Kajang Move.

Dan satu lagi ialah tentang Kiki yang jika sekiranya di bela oleh orang Melau atau peguam UMNO, ianya akan di anggap sebagai rasis ( perkauman) teapi bila mahu dibela oleh Lim Kit Siang atau peguam DAP maka pastinya DAP akan mendapat faedah politik.

Catatan: ABI telah membawa lontong masakan isterinya,  Bahayah Mahmud (BAM) yang sedapnya tidak ada tolak bandingnya dan kami juga menikmati roti canai garing Haji Jamal dengan disegarkan oleh TTnya.

4 comments:

  1. Alangkah seronoknya menikmati teh tarikh di awal pagi kalau kepala tak serabut memikir masalah "parti" yg sedang terumbang ambing dilanda kapal sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri.

    Semua nmpak syok bukan main.....teh Hj Jamal memang sedap.

    Sekali2 kena relaks juga..borak2 kosong dgn geng satu kepala...baik untuk minda juga.

    Sebenarnya Tan Sri...nak memimpin Malaysia ni senang saja....tiru sebiji cara LKY buat di Singapura....dia balun habis...lawan saja....dia tekan smpai lembik....smpai bankrupt pun ada....

    Dia tak peduli....bagi dia kepentingan Negara No 1....tapi pasal dia Cina....dia pentingkan semua Cinalah.....kira Cina didahulikan.....ini kenyataan......Mandarin dan Inggeris sama taraf....

    Kerana bangsa dia yg didahulukan bangsa Melayu Singapura jadi bisu seribu bahasa......tapi ok saja.

    Walau pun dia idol Kit Siang.......kita ikut saja cara dia yg memang autokratik baru Melayu diMalaysia selamat.....biar Kit Siang pula gigit jari...atau cabut lari.
    Jika tidak iku cara Tun M....

    Bukan lah susah sangat.

    Ini tak habis2 dok jaga hati...kongsi itu kongsi ini.......apa yg dapat?

    Tanyalah Ali Rastam...dan Ghani apa Cina buat pd mereka.

    Najib dan ahyuddin dan ramai lagi org2 kuat Umno yg masih hidup lagi dan memegang jawatan PM..DPM dan Menteri lagi tentu lagi tahu...tetapi entah apa yg tak kena...nmpak mcm tak belajar apa2 pun...bendul ka...lembik ka...takut ka...

    Wallahmualam.

    Ok..Selamat Hari Raya sekali lagi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Tan Sri.

    Semua nmpak syok bukan main.....teh Hj Jamal memang sedap.

    Sekali2 kena relaks juga..borak2 kosong dgn geng satu kepala...baik untuk minda juga.

    Sebenarnya Tan Sri...nak memimpin Malaysia ni senang saja....tiru sebiji cara LKY buat di Singapura....dia balun habis...lawan saja....dia tekan smpai lembik....smpai bankrupt pun ada....

    Dia tak peduli....bagi dia kepentingan Negara No 1....tapi pasal dia Cina....dia pentingkan semua Cinalah.....kira Cina didahulikan.....ini kenyataan......Mandarin dan Inggeris sama taraf....

    Kerana bangsa dia yg didahulukan bangsa Melayu Singapura jadi bisu seribu bahasa......tapi ok saja.

    Elok sngatlah....dia idola Kit Siang.......kita ikut saja cara dia yg memang autokratik baru Melayu diMalaysia selamat.....biar Kit Siang pula gigit jari...atau cabut lari.

    Jika tidak ikut cara Tun M....

    Bukan lah susah sangat.

    Ini tak habis2 dok jaga hati...kongsi itu kongsi ini.......apa yg dapat?

    Tanyalah Ali Rastam...dan Ghani apa Cina buat pd mereka.

    Najib dan Mahyuddin dan ramai lagi org2 kuat Umno yg masih hidup dan memegang jawatan PM..DPM dan Menteri lagi tentu lebih tahu...tetapi entah apa yg tak kena...nmpak mcm tak belajar apa2 pun...bendul ka...lembik ka...takut ka...

    Wallahmualam.

    Ok..Selamat Hari Raya sekali lagi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dalam beberapa hal pendapat saudara tetapi sayatidak setuju dengan saudara mengatakan LKY cauvanis. Dia telah membunuh semangat kecinaan Cina Singapore,membaratkan mereka dan menjadikan mereka Singaporean yang sebebenar.Pekara ini boleh kita bincangkan lagi. Selamat Hariraya.

    ReplyDelete