Sunday, 27 July 2014

DATO AZMI BEKAS KETUA UMNO BAHAGIAN MERBOK DAN ADUN MENINGGAL DUNIA

Bekas Ketua UMNO Bahagian Merbok dan juga bekas Adun Tanjung Dawai, Dato Azmi bin Abdul Hamid telah meninggal dunia di sebuah hospital sewasta  di Sg Petani awal pagi ini sehari menjelang Aidilfitri esuk.

Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Saya khususnya sangat  terhtuang budi kepadanya kerana telah membantu saya ketika bertanding sebagai anggota Parlimen Kawasan Merbok pada tahun 2004 dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya  sepanjang masa mewakili  kawasan ini dalam usaha memberikan  khidmat bakti kepadsa rakyat setempat.Jasanya besar kepada orang Merbok dan kepada UMNO pada keseluruhannya.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberikan banyak sabar kepada keluarganya.

Alaftihah.

1 comment:

  1. Semoga arwah damai di sana. Al-fatihah..

    ReplyDelete