Friday, 18 July 2014

BENCANA DEMI BENCA DI ERA NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Terlalu banyak bencana dan trajidi  yang berlaku di era  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak  sebagai  Perdana Menteri Malaysia; dari keganasan jenayah, pencerobohan Lahad Datu, pencolekan secara konsisten membawa kepada korban besar besaran  kemalangan bas sehingga  kepada misteri kehilangan MH 370 dengan  239 penumpang  dan terkini  MH 17 yang telah pasti melenyapkan 298 nyawa yang melibatkan dunia antarabangsa.

Perisitwa  pembunuhan dan pencolekan anggota polis di Pulau Mabul selepas sahaja ditambah kekuatan keselamatan, pastinya menyebabkan dunia luar memandang rendah terhadap  kemampuan keselamatan Malaysia yang suatu masa dahulu berada pada tahap yang mantap.

Pemerentahan Presiden Susilo Bambang Yudoyono(SBY)  menstabilkan Indonesia dan meletakan asas bagi kemajuan ekonomi  Indonesia tetapi  tidak putus putus di gegarkan dengan gempabumi,letupan gunung berapi  dan yang paling dahsyat ialah Tsunami  Aceh yang mengorbankan lebih 200,000 nyawa sehingga SBY dinamakan sebagai  Selalu Bencana Ya.

Rakyat Indonesia paling miskin dan menderita di zaman Soekarno Presiden Pertama Indonesia dan mereka menyambung nyawa diatas  kekuatan semangat ucapannya  yang  berapi-api tetapi tidak ada malapetaka besar berlaku di eranya.

Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman merintis  anjakan besar kepada kemajuan pembanguan  ekonomi negara  sehingga beliau mengistiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri paling gembira di dunia."I am the happiest prime minister  in the World," istiharnya, tetapi eranya berakhir dengan trajidi 13 Mei yang mencemarkan Malaysia di tengah tengah kemarahan dan kekecewaan orang  Melayu dan Islam terhadap dasarnya yang tidak tegas dan  tolak ansurnya yang keterlaluan kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

Dengan penuh kesedaran , keinsafan dan dengan debaran dalam saat  bencana baru yang menimpa negara kita, marilah kita di bulan Ramadhan  yang mulia ini  menadah tangan berdoa kepadaa Allah agar memberikan petunjuk dan hidayat kepada pemimpin pemimpin yang memegang amanah kita agar  mereka nampak  jalan yang diredhai Allah sesoai dengan cita cita dan harapan rakyat agar pemerentahan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak terus  ditimpa bencana demi bencana dan tidak berakhir dengan malapetaka dan tradjidi  yang lebih dahsyat lagi. Amin!


29 comments:

  1. Inilah balasan ALLAH kepada UMNO yang angkuh dan menindas rakyat sendiri serta selalu mengeksploitasikan NamaNya demi kepentingan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak adakah lagi komen yang lebih bernas dapat anda kemukakan?

      Tidak mungkinkan bencana terjadi, sebagai ingatan Allah swt supaya berhati hati dalam memilih dan memuja pemimpin?

      Kenapa masih memuja dan mengagung agungkan mereka yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana melakukan jenayah moral yang berat ?

      Perbicaraan telah dilakukan seadil adilnya. Pesalah telah diberi peluang membela diri yang melampau lampau dalam satu perbicaraan yang memakan masa yang panjang.

      Tapi kenapa tetap disokong?

      Delete
    2. Darwis Balingan.18 July 2014 at 18:43

      Saya setuju. Tidak seharusnya dilihat dari kesilapan Najib tetapi juga kesilapan orang Melayu memberikan kepercayaan kepada peliwat untuk memimpin dan kesilapan Najib di sisi Allah kerana tidak berani menghukumnya malah melewatkan hukuman keaatasnya. Maka bala diturunkan Allah atas kesilapan kedua mereka. Ini adalah pandangan manusia yang jahil. Wallahuaklam.

      Delete
    3. Darwis Balingan.18 July 2014 at 18:48

      Kabarnya Najib akan memaafkan Anwar Ibrahim atas permintaan Obama semasa lawatan ke Malaysia baru baru ini. Sedang tersebar luas maklumat ini di kalangan PKR mengatakan Obama telah memberitahu ini kepada Anwar yang tersinggong kerana tidak menemuinya. Considering Najib compromising attitude,hal ini tidak mustahil. Maka bersiaplah kita untuk menerima bala yang lebih besar dari Allah kerana pemimpin yang tidak adil dan penakut.

      Delete
    4. Apa yang kena tindas?keje malas..bila susah salahkan orang lain..

      Delete
    5. Semua nya salah umno.hujan panas ribut taufan semua salah umno.pas pkr dap baik baik belaka Ke.Cuba jgn dibaca begitu.Gaza di serang Israel hingga kematian 500 jiwa kenapa tak salahkan umno

      Delete
  2. bala bertimpa-timpa sebab ada melayu bodoh yang masih menyokong pakatan haram dan si peliwat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Sapa yang PM Malaysia Ni? Semua nya kerana Anwar!? Mana letak Otak Kamu?

      Delete
    2. memang si peliwat Anwar tu bekerjasama dengan kaum Zionis untuk membentukkan kerajaan Malaysia sekular guna corak mereka

      Delete
  3. Khalid ibnu Walid.18 July 2014 at 15:08

    Bencana MH 17 adalah amaran kepada Datuk Seri Najib yang memikirkan bahawa sepupunya Hishamuddin Hussein Onn telah layak untuk menggantikannya kerana dapat menunjukan proficiency nya dalam Bahasa Inggeris kepada dunia menerusi trajidi MH370.

    Ini bukan kriteria utama sebaliknya seorang pemimpin yang berakar umbi kepada rakyat seperti Zahid Hamidi dan Mukhriz Mahathir adalah masa depan Perdana Menteri atau Timbalan PM Malaysia.

    Peristiwa ini adalah cut off dari impian Njib kerana melihat trajidi sebagai suatu kesempatan untuk mempromosi sepupunya.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Percaturan :-

    1. Percaturan Allah SWT - Bala / Nasib dalam kada' kadar

    2. Percaturan Manusia Berkuasa - Politik / Organisasi / Agen Risik

    3. Percaturan Kuasa Dunia.

    Dalam kategori mana Malaysia ? Jika di kaji semua nya ada. Paling takut jika terdapat agen risikan asing sedang aktif dalam 'badan' Malaysia. Kepentingan dan keterlibatan Malaysia secara global, ttpa, kedudukan dan.agenda pengaruh dan kuasa berserta penyuntikan dana dan perencanaan.

    Keselamatan Malaysia.amat rapuh. Di dalam negara menunjukkan fobia kecelaruan identiti dan anjakan pentadbiran dan kebebasan hak bersuara yang tidak pada hak nya. Ini menjadikan Malaysia begitu 'vulnerable' dan tidak sensitif kepada keseimbangan keperluan negara. Musuh segak berjalan di depan mata.

    Maruah Malaysia di mana ? Melayu Islam di keronyok sesuka-suka nya hingga 'defenseless' akibat permainan neo liberal dan ingin menjadi negara sekular secara melampau. Ada yang mengata, Islam menjadikan Malaysia jauh terkebelakang ! Melayu tidak lain menjadi halangan untuk berjaya dan terus berjaya !

    Lihat lah dan renung jauh. Siapa yang bersandiwara dan siapa merancang bencana ? Siapa yang di bodohkan sentiasa ?

    Allah SWT itu MURKA kerana terlalu banyak pura-pura dan kemusnahan dan kemungkaran terjadi akibat tangan manusia. Anak-anak muda nya menjadi musyrik, bukan melayu menjadi tuba dan musuh nyata lalu gabungan ini menjadikan golongan tua yang tidak lagi di patuhi.

    Terlalu ramai cerdik pandai yang bukan pada kepakaran nya memusnahkan negara. Apa yng terjadi itu lah bayang akan menjadi nyata di depan mata jika 'tidak mengapa'...

    ReplyDelete
  6. Apabila pemimpin (yang dipilih atau yang diwarisi) mementingkan diri sendiri lebih daripada yang dipimpin, inilah petunjuk dari Allah.

    ReplyDelete
  7. Ahmad Khatraja.18 July 2014 at 17:20

    Kita boleh melihat tulisan ini dari beberapa aspek ,aspek emosil atau mungkin kebencian maka pemerentahan Najib terlibat sebagai tidak diberkati Allah tetapi secara rasional dan fakta ,kita dapat melihat bahawa semua kejadian buruk ini tidak sahaja kerana ketentuan Allah tetapi juga kerana pengurusan kerajaan yang lemah,ketidak cekapan,tidak ada komitment dan tidak prihatin terhadap teguran rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kena muhasabah diriya, belum terlambat untuk membetulkan niat dan iktikad. Menyifatkan dia sebagai pemimpin yang sedang tergelincir dari laluan asal (telah memilih laluan berliku2x) atas kepercayaan palsu dan bongkak diri (siap offer kat mat arab pd 1 seminar, boleh pinjamkan idris jala kunun dia berotak geliga), namun najib ni terlupa kot, kamu Tuhan ker Allah itu Tuhan kamu?. Dia menyangka2x dengan dikelilingi punasihat berfahaman liberal, dia boleh mencapai mimpi 2020nya (kunun), kalau takde berkah dan pertolongan Allah berangan lha kamu!. Nasihat sy lah, buang semua punasihat liberal kamu (sebab kamu pun dah terpesong), penuhkan jabatan kamu dgn alim ulama yang jujur memberi nasihat (supaya bumi melayu selamat dengan doa orang2 ikhlas), penuhkan juga penasihat ekonomi bertaraf islam yang ikhlas bekerja bersama-sama kamu.Kembalikan maruah agama kamu, bangsa kamu dan raja kamu yang diejek di zaman pemerintahan kamu sekarang (kalau kamu mahu selamat dari sumpah janji kamu) di depan raja2 melayu. Sila bertegas dan kembalikan ISA dan ordinan darurat (yang dirangka dengan penuh bijaksana dan pandangan jauh kehadapan melangkau zaman demi zaman - sori yer, tak lapuk pun dek ujan, tak lekang pun dek panas spt dakwaan kamu dah lapok), berbanding dengan pandangan kamu yang tak seberapa dan tak berapa lincah pencak tipu muslihat yang tajam, tak seperti orang dahulu berfikir), kamu hanya mahu menajdi PM yang populis kunun liberal dan demokratik di mata orang kebanyakan dan dunia.
      Wahai Najib, kamu sedang mempersiapkan diri kamu untuk binasa, dibenci oleh kaum kamu sendiri. takde orang melayu islam Sunni di Malaysia ini hendak mengasihani kamu dengan bala yang kamu cari sendiri. Mereka menjauhkan diri mereka daripada kamu (tanpa kamu sedar) sebagaimana kamu sedang menjauhkan hati kamu daripada mereka.. JIKA KAMU MENJAGA MELAYU, ISLAM DAN RAJA KAMU, NESCAYA MEREKA DI BELAKANG KAMU BIAR KAMU DIANCAM PELURU SEKALIPUN, MEREKA AKAN SEDIA BERBAKTI KORBAN NYAWA PADA KAMU SEBAGAI PEMIMPIN YANG KAMI HORMATKAN. Tapi kamu pilih jalan yang orang melayu tak suka, benci, meluat, jadi kami pun tak heran memandang kamu!.
      Di saat malaysia diasak bahaya dalam dan luar, kamu masih 'bersantai' seolah2 negara kamu kebal dan selamat. Kamu seolah2 memandang kes Lahad Datu kes biasa2x jer, padahal kamu ada intelijen bersepah 1 Malaysia dah bagi amaran pada kamu, tapi kamu masih menyangka2x "KITA MASIH SELAMAT'. Aduhai, sepatutnya kamu dah alert dengan red flag, perkuatkan pertahanan dan jati diri bangsa (supaya bersedia bila bila masa) tapi kamu masih ketawa macam takder apa apa yg buruk2 akan berlaku semasa pemerintahan kamu!.
      Natijahnya, kamu mendapat punasihat yang salah, kamu terimalah balanya, TIADA ORANG MELAYU INGIN SIMPATI DAN SAYANG KAMU!.
      BELUM TERLEWAT NAJIB! DO SAMTING BEFORE IT LATE!.
      Adios.

      Delete
    2. Melati Wilayah19 July 2014 at 15:17

      Sdr. KrengKrong. Kamu masih lagi mengharap Najib do something before too late. Aku dah lama anggap siNajib tu ALREADY TOO LATE FOR EVERYTHING dan tunggu nak buang dia dan UMNO di PRU2018 nanti. Aku harap PERKASA ganti UMNO dan ISMA ganti PAS dan bertanding di PRU 2018 kelak...

      Delete
    3. Saudara melati, tak salah saya bersangka2 baik dan berharap kerana sifat hambaNYA suka bersangka2 baik dengan ALLAH (dalam memberi pertolongan tanpa disangka2x).
      Berkenaan PERKASA dan ISMA, saya ahli PERKASA.
      Berkenaan PRU 14, RASA & RESA SAYA, 'NAJIB X BERTANDING DAH', ALLAH LEBIH SAYANGKAN DIA........ HANYA KEKUATAN KESATUAN DAN JATIDIRI MELAYU AKAN SELAMATKAN AGAMA DAN BANGSA KITA 'PADA WAKTU ITU'.
      Sekian pendapat saya sahaja (biarlah kita berbeza pendapat, bertampar tumbuk, namun JAGA KESATUAN KITA).

      Delete
  8. Kepada ZAM, ingatlah bahawa anda pun bukanlah hebat sangat semasa dalam kerajaan dulu. Apa yang anda tinggalkan sehingga orang ingat anda. Anda lupa bahawa anda sendiri tumbang teruk dalam PRU. Apa maknanya? Tak semua orang suka anda kan. Jadi, diwaktu sebegini, jika anda orang yang budiman, tidak layak anda menyindir orang sebegini. Anda harus ingat, anda sedang tidur rasanya ketika PM dan orangnya bergelut dengan tragedi ini. Dulu saya respek juga anda tapi sekarang saya rasa anda bukanlah orang yang budiman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang ingatan saya Zam tidak kalah teruk. Dia dipindahkan ke kawasan baru Sg Petani dari Merbok dua hari sebelum hari penamaan calon.Hanya orang Cina yang tidak mengundinya.Apa yang ditinggalkan Zam ialah Radio Klasik yang popular hingga sekarang, Malaysian Press Institue untuk latihan kewartawanan.
      keruntuhan Pas di Kelantan dan Terengganu pada 2004 tidak boleh dinapikan sedikit sebanyak sumbangan dari video Kelantan dalam Gerhana dan Terengganu Kita yang menggemparkan negara.
      Sebagai bekas pegawainya saya minta saudara bertanya kepada orang Merbok apakah yang tinggalkannya dalam masa singkat dia berkhidmat di kawasan itu.

      Sayua tidak fikir Zam mencari respek dari sesiapapun.

      Delete
    2. SUS, aku setuju. Kenali ZAM dengan rapat dulu. Tengoklah sendiri apa yang dia ada. Sekadar cukup makan saja dari jadi menteri sampai sekarang. Menteri menteri lain semuanya JUTAWAN DAN BILLIONERS!!

      Delete
    3. Malaysian Press Instititue (MPI) bukan ditubuhkan oleh saya tetapi saya
      hanya menghidupkan semula atau memulehkannya dengan tugas utama diberikan kepada Chamil Wiraya.TK

      Delete
    4. Terima Kasih CB.Cukup makan dan pakai dan untuk jalan- jalan dengan kawan-kawan sebagai pelancong murah.Jutawan juga tetapi jutawan yang tak mampu travel with style.Bagaimanapun sukur Alhamdullilah,ada pension menteri dan rawatan kesihatan percuma maka bolehlah hidup selesa sampai kemati. Pencapaian hidup saya lebih dari yang saya cita citakan. Sukur pada Allah.

      Delete
  9. APAKAH MUSTAHIL PERISTIWA INI INGATAN KEPADA PUAK-PUAK YANG BERTOPENGKAN AGAMA TETAPI SEDANG BERUSAHA MENGANGKAT SEORANG PELIWAT DAN PENZINA MENJADI PEMIMPIN NEGARA???

    ReplyDelete
  10. Salam Tan Sri.

    Ucapan takziah pd keluarga mangsa yg terbunuh dlm pesawat MH17 ini.

    Ini adalah satu malapetaka yg cukup menyayat hati hingga 298 nyawa terkorban. Belum pun 5 bulan pesawat MH380 hilang dgn 239 penumpang yg disahkan mati...tragedi ini pula menyusul.

    Bagaimana pula dgn musibah pencolekan dan pembunuhan yg terjadi diperairan pantai diSabah dan kes ceroboh diLahat Datu?

    Semua ini telah terjadi dlm masa tidak sampai 2 tahun dan luka pd keluarga mangsa masih lagi tidak terubat dan kini tragedi ini pula berlaku.

    Apakah ini suatu kebetulan?
    Suatu malapetaka yg dikira biasa terjadi?
    Atau seperti kata org Indon ..'biasa saja Pak...ianya cuma suatu kecelakaan sahaja...dimana pasti ada yg tewas' ?

    Bagi sy ini memang suatu malapetaka ..tetapi juga merupakan suatu 'bala' yg sengaja diturunkan oleh Allah SWT pd umatnya atas segala apa kemungkaran yg telah dilakukan.

    Sebagai org Islam... sy percaya ini adalah hukum Allah pd hambanya.

    Pohon Maaf sekiranya kata2 ini menyinggung perasaan keluarga mangsa...dan menganggap sy tidak perihatin pula.

    Mungkinkah ada lagi bala yg lebih besar akan menyusul kelak.
    Semua ini tetap kuasa Allah SWT belaka dan dia lebih tahu.

    Apalagi yg boleh kita lakukan untuk menghindar semua ini?
    Jika ianya bukan bala seperti sy maksudkan....apakah kejadian nahas pd 2 pesawat MAS yg terjadi dlm masa 5 bulan ini adalah kebetulan dan cuma suatu malapetaka sahaja?

    Tetapi bagi sy ini adalah hukuman Allah terhadap org Islam bila mana melakukan pelbagai kemungkaran.

    Hukuman juga pd semua rakyat yg memilih pemimpin yg mungkar dan membiarkannya....dan juga hukuman terhadap pemimpin yg tidak lagi kisah dgn ajaran Islam yg dianuti....jauh sekali mempertahankan.

    Jelas sekali pemimpin Islam kita kini kelihatan cukup lemah dan pandai bercakap sahaja....terutama dlm hal2 ugama.

    Para pemimpin pembangkang terang2 membiarkan org kafir yg anti-Islam melakukan apa saja walau pun berniat menjahanam ugama suci ini....semata2 kerana politik atau agenda peribadi atau pun bodoh dan mungkin juga bacul untuk mempertahankan nya.

    Walhal pemimpin Islam yg diberi amanah dan berkuasa pula penuh dgn kemungkaran dan pembohongan yg kerap dilakukan terhadap rakyat walau pun bertentangan dgn ajaran Islam juga semata2 kerana agenda politik....atau agenda peribadi atau pun memang penakut untuk mempertahankan segala apa ancaman kafir terhadap ugama Islam.
    Bala tetap datang dari Allah SWT sebagai hukuman dan amaran terhadap kemungkaran dan dosa2 yg dilakukan oleh hambanya.

    Semua ini telah disebutkan oleh nya didlm AlQuran.....dan jika kejadian ini juga dikira cuma suatu malapetaka sahaja dan tiada perlu dibuat sebagai peringatan untuk bertaubat....kita tunggu sahajalah....apa lagi musibah yg bakal berlaku kelak.

    Ini bukanlah suatu doa tetapi suatu kenyataan yg sy kira perlu atau mungkin wajib untuk kita sebagai org Islam mempercayainya.

    Walaupun kita menjadi rakyat kita juga tidak terlepas dari hukuman dan bala yg diturunkan oleh Allah SWT kerana kita juga bertanggung jawab terhadap segala kemungkaran oleh pemimpin yg kita pilih....dan lebih lagilah pd pemimpin yg mungkar.

    Terima kasih.



    ReplyDelete
  11. Putera Gunung Jerai.19 July 2014 at 07:03

    Ini adalah satu bala pada semua pemimpin negara sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.
    Antara bala ini berkaitan dengan hal -hal:
    1.Rasuah Negara
    2.Akhlak dan moral pemimpin kerajaan/pembangkang.
    3.Senda Islam dari ulamak kerajaan/pembangkang
    4.Tak amanah dari kerajaan/pembangkang.
    5.Menipu rakyat miskin dengan gula-gula politik.
    6.Tidak berlaku adil pada semua rakyat dalam banyak perkara.Pemimpin penting diri sendiri.
    7.Tak ikut ajaran Islam.Cakap lain buat lain termasuk kerajaan/pembangkang.

    Oleh pakat pakat cermin diri lah masing-masing.
    Mungkin bala seterusnya sedang menanti Malaysia hanya Allah jua yang tahu.

    ReplyDelete
  12. The Tragedy Of MH17 - Our Response As Muslims by Mufti Ismail Menk :-

    http://www.youtube.com/watch?v=O54Fmt7iR6o#t=401

    ReplyDelete
  13. Sejarah akan berulang sekali lagi apabila kekecewaan orang Melayu dan Islam terhadap dasar Najib yang terlalu bergantung kepada CONsultant macam PEMANDU dan tolak ansur Najib yang keterlaluan kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Memang tak tegas langsung Najib ni... Apabila Islam di kotak katikkan, musibah akan menimpa negara ini...

    ReplyDelete
  14. Percayalah bahawasanya bala akan sentiasa diturunkan oleh Allah kepada sesebuah negara yang secara suka rela membiarkan agama Allah , Rasul-Nya, ayat-ayat-Nya, Kitab-Nya , masjid-masjidnya dan umat-Nya (orang Islam) dipersendakan dan perhinakan dengan sehina-hinanya sebagaimana yang sedang berlaku dinegara kita sejak 2009 hinggalah sekarang. Salah siapakah ini ? Rakyat atau pemimpin ? Siapakah yang ada ditangannya kuasa untuk buat atau batalkan undang-undang yang sida ada untuk digantikan dengan undang-undang yang longgar demi untuk membolehkan orang kuffar (musuh-musuh Allah) melakukan segala perbuatan tersebut. Di mana ISA, Akta Tahanan Terhad, dan apa akan jadi dengan Akta Hasutan 1948 dan kesannya kepada Agama Allah dan umat-Nya ? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete