Tuesday, 10 June 2014

SUARA SUMBANG ADUN JOHOR. SYABAS UTUSAN MELAYU!

UTUSAN MELAYU
BILA BANGSA INI TERNODA
ENGKAULAH SI BERANI BERSUARA
 -USMAN AWANG


Sesiapapun yang telah membaca sepenuhnya Pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor,akan dapat merasakan betapa sumbangnnya suara  ADUN Bukit Permai,Ali Mazat yang meminta akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kepada kesultanan  Johor kerana menyiarkan berita dan rencana yang disifatkannya sebagai provokasi.

Beliau memberi contoh provokasi itu dalam persidangan Dewan Undangan Negheri Johor tentang berita muka depan Utusan Malaysia Jumaat lalu yang bertajuk " WAJARKAH?"mengenai hak campurtangan Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tanpa Utusan Malaysia tampil kehadapan dengan langkah tegas mengumpul kekuatan rakyat dari berbagai lapisan dan  menyampaikan perasaan,bantahan dan suara berani mereka , maka tidak akan berlaku suatu pindaan yangdrastik yang mencantas kembali kuasa multlak yang hendak diberikan kepada raja.

Betapa besar dan dahsatnya kuasa  Raja untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri dapat dirasakan oleh setiap orang yang membaca setiap pindaan ketas  Rang Undang- Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor  yang telah digubal dan  disiarkan sepenohnya oleh Utusan Malaysia dan lain lain akhbar hari ini.

Seorang wakil rakyat yang tidak perihatin dengan perasaan  rakyat ,yang hanya hendak menjunjong duli dalam keadaan apapun,tidak akan dapat merasakan kepedihan dan kesakitan hati rakyat dalam hasrat hendak memberikan kuasa itu kepada Raja.

Inilah  keperibadian  wakil Dewan Undangan Negeri yang dipileh oleh rayat Bukit Permai.

Bagi saya, setelah membaca pindaan itu,saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin kerana dengan pantas  dapat mencari jalan untuk menyelamatkan maruah kuasa negeri dengan kemas dan bijak.Sekurang kurangnya rakyat merasa suara mereka telah didengar dan dihormati dengan menarik kembali kuasa raja yang hendak dimahkotakan oleh rang undang-undang  sebelumnya.

Bagaimanapun saya masih heran dan bengong bagaimanakah rang undang undang asal itu telah dipersetujui oleh MB untuk dibentangkan. Apakah tidak ada bantahan dari EXCO negeri dan nasihat dari Penasihat Undang Undang Negeri.? Apakah mereka semunya berperangai dan berfikiran yang setaraf  dengan  Ali Mazat.

Kepada seluruh pendukong berani dan patriot Utusan Melayu saya ingatkan kembali sebaris dari Sajak Sasterawan Negara Usman Awang anak jati Johor tentang Utusan Melayu:

Bila bangsa ini ternoda
Engkaulah si berani bersuara
rakyat mendengar suaramu membela
kerana kau sentiasa bersama mereka
para petani nelayan dan perkerja

26 comments:

  1. Guru saya pernah bercerita. Kisah seorang raja ketika berada dalam balai rong seri berhadapan semua menteri dan pegawainya. Kata sang raja, "minyak wangi ini berbau busuk!" sambil menyerahkan botol minyak itu kepada menteri kanannya sebagai meminta pengesahan atau bantahan. Sang menteri mengatakan, "ya, busuk." Lalu botol minyak itu diedarkan kepada setiap menteri dan pegawai, dan semua mereka mengatakan "bau busuk.". Sampailah botol minyak wangi yang dikatakan busuk itu kembali kepada sang raja. Sang raja tersenyum dan berkata, "sebenarnya minyak wangi ini berbau wangi, bukan busuk. Namanya pun minyak wangi."
    Moral ceritanya: Seseorang terlalu berat hendak berkata benar kepada orang yang paling dihormati dan berkuasa.

    ReplyDelete
  2. Mereka ' menyerang ' Utusan. Yang tersirat, mereka jugak menyerang Tun Mahathir!
    Kalau saya Tan Seri, saya malu nak bercakap berdegar degar kerana di zaman saya, Johor bukan lagi kubu UMNO. Dan kita ketahui sebabnya sekarang, pemimpin UMNO hilang fokus !

    ReplyDelete
  3. Letakkan raja atau pemerintah mengatasi Allah SWT. bimbang menduakan Allah dan terjadi seperti pesanan surah An Nissa ayat 137. di harap pemerintah bersikap adil kepada yang di perintah dan itulah tuntutan AlQuran.

    ReplyDelete
  4. "Bagaimanapun saya masih heran dan bengong bagaimanakah rang undang undang asal itu telah dipersetujui oleh MB untuk dibentangkan. Apakah tidak ada bantahan dari EXCO negeri dan nasihat dari Penasihat Undang Undang Negeri.?= 'TUAN PUNEI + SEHAT 10%

    ReplyDelete
  5. Nurul Mubin Siraj, Tepat kata anda. DYMM bermaksud raja yang mempunyai Duli (tapak/kaki) Yang Maha Mulia. Masyaallah! Duli raja/sultan kita adakah lebih hebat dan mulia dari Arasy ALLAH SWT? Tunggulah bala dari ALLAH SWT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah SWT itu mempunyai DULI (tapak/kaki) ke yang hendak disamakan dengan raja/sultan? Semoga Allah memberikan petunjukNya. Subhanallah.

      Delete
    2. kamu ni bengong tahap gaban..

      Delete
  6. Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor ini adalah usaha untuk melemahkan kuasa rakyat dan bukannya meningkatkan maruah rakyat. Apakah ini merupakan sikap dan penghayatan seluruh orang Melayu Johor?

    ReplyDelete
  7. Tidak heran ini dilakukan oleh Khaled Nordin kerana dia tidak bersetuju dengan langkah Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir menghakiskan kuasa rajanya berikutan dengan kelakuan buruk yang ditunjukan di negeri Johor supaya tidak menjadi contoh kepada negeri lain. Tetapi apakah tindakan Khalid membalas dendam ini akan diikuri oleh raja raja di negeri lain. Jika ini berlaku maka akan lebih cepat membangkitkan kesedaran rakyat.

    ReplyDelete
  8. Saya agak heran mengapakah Persatuan Peguam hanya membisu dalam pekara yang menyinggong perasaan rakyat seluruhnya. Adakah persatuan ini melihat tindakan Johor itu akan lebih menguntungkan orang Cina maka itu lebih baik mendiamkan diri sahaja.Jika inilah sikap persatuan peguam maka ternyalah amat racist.

    ReplyDelete
  9. KU SULAIMAN KEDAH10 June 2014 at 21:17

    SEMUGA AKAN MUNCOL SEORANG PEGUAM ATAU KUMPULAN RAKYAT UNTUK MENCABAR KESAHIHAN TINDAKAN KERAJAAN NEGERI JOHOR MEMBERIKAN PERANAN RAJA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN,BIARLAH ISU INI MENJADI KONTROVERSI SEHINGGA PILIHANRAYA AKAN DATANG. INILAH ISU YANG TIDAK BOLEH DILAILAIKAN OLEH RAKYAT JIKA MEREKA MAHU MENGKUBURKAN UMNO DI JOHOR DI BAWAH PIMPINAN YANG FEUDALISTIC,.

    ReplyDelete
  10. MURAD ABDULRAHMAN BATU PAHAT10 June 2014 at 21:25

    ALI MAZAT ADALAH SUATU CONTOH KUALITI YANG DIMILIKI OLEH ADUN ADUN NEGERI DARI BARISAN NASIONAL. YES MAN.WHAT CAN I DO FOR YOU SIR!

    ReplyDelete
  11. Merindui kredibiliti dan ketokohan Almarhum Sultan Azlan..pebezaan yang amat nyata..

    ReplyDelete
  12. UMNO masih tak berubah macam dulu-dulu je. Maknanya PRU14 nanti ucapan selamat jalan kepada nya dan masa tu baru mereka ni sedar segala-galanya sudah berakhir dan jadilah kita macam singapork tu. Sekarang ni pun Johor dah nak jadi wilayah baru Singapork. Melayu oh Melayu..

    ReplyDelete
  13. Selepas tawan Pulaau Pinang, Johor adalah fokus kedua DAP. Jika PAS dan PKR bermasalah, Selangor terlepas juga kepada DAP.

    Tiga negeri ini adalah nadi Malaysia dan umpama pucuk dicita ulam mendatang.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya Sultan Johor meluaskan negeri...Perdana Menteri-Perdana Menteri melepaskan Wilayah...UMNO perlu muhasabah!

    Sila klik http://wzwh.blogspot.com/2014/06/sebenarnya-sultan-johor-meluaskan.html

    ReplyDelete
  15. Ali Mazat yang sepatutnya meminta maaf daro Utusan Melayu demi untuk menebus kembali penghormatan dari rakyat.

    ReplyDelete
  16. jangan salahkan BM....jika kita berada dlm kasutnya pun..barangkali tindakan yang kita ambil serupa aje....

    ReplyDelete
  17. Pemikir Melayu12 June 2014 at 21:36

    TS Zam
    Itulah taraf ADUN UMNO/BN kita khasnya diJohor.
    Rakyat dan pengundi hanyalah alat untuk dapat kuasa sahaja.
    DS Najib selaku PM juga bertanggung jawab atas perkara ini.

    Eloklah UMNO hilang kusa bukan bererti Melayu hilang kuasa.
    UMNO sudah makin merapu dengan kuasa yang diperolehi dari rakyat.

    Tahniab Utusan dan TS Zam
    Bercakap benar walaupun pahit.

    ReplyDelete
  18. ADUN lulusan SPM saja.Tepat dgn kiasan simbolik Nurul Mubin.Pak Turut.

    ReplyDelete
  19. Salah.sebenarnya menurut maklumat dari NST semalam dia adalah seoramg jurutera.Ada kalanya seorang hanya kelulusan SPM lebih matang dari seorang yang berkelulusan Universiti.

    ReplyDelete
  20. Tak Melayu hilang di dunia,tapi Dunia akan hilang UMNO At the rate Umno leaders are behaving.

    ReplyDelete
  21. Melayu tak akan hilang kuasa.
    Yang hilang kuasa ialah UMNO.
    Lagi takut ialah pemimpin UMNO yang berkuasa.
    Kuasa sebagai titian buat harta.

    ReplyDelete
  22. Dia seorang jurutera you!
    Orang-orang Utusan ada apa? Semuanya dari dahulu hanya lulusan sekolah Melayu!
    Cumanya Utusan telah berjuang untuk alif ba ta sejak sebelum dia lahir lagi. Dia tak tahu.

    ReplyDelete
  23. Saya yakin Menteri Besar akan gagal menasihati sultan. Siapa nasihat siapa?

    ReplyDelete