Sunday, 29 June 2014

PROVOKASI HASUTAN DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA SENDIRI

Penangguhan  kes tuduhan menghasut ketas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S,N Rayer di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang 19 Jun lalu  kerana  mengatakan UMNO celaka sebaliknya kes  15 orang lain  telah diteruskan telah mengharubirukan suatu pendekatan undang undang yang bermotif baik  untuk mententeramkan perasaan semua kaum.

Itulah sebabnya mereka dihadapkan ke mahkamah secara serentak  (kesemuanya Melayu kecuali seorang lagi India selain dari Rayer).

 Maka itu MUBARAK(Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) melonjak kegembiraan dan segera membuat  kenyataan mengalukan tindakan  itu sebagai seimbang dan adil  itu tetapi dalam sekelip mata keyakinan  ini dihancurkan oleh penangguhan kes  R.S.N Rayer yang  membakar api dalam sekam .Ketidak adilan segera dirasakan oleh orang Melayu.

Pejabat Peguam  Negara bagitu sewenang wenang  menghadapkan  kes ini dan menangguhkannya  tanpa memikirkan perasaaan rakyat,tidak prihatin  terhadap masyarakat berbilang kaum dan tanpa memikirkan kesan politik  yang menambah masalah kepada kepimpinan  negara yang sedang tercabar.

Tuduhan serentak itu yang  dianggap sebagai pendekatan policy  of political appeasement yang diharapkan akan menenangkan suasana sebaliknya menggelombangkan  perasaan marah  rakyat, menyebabkan kepala lembu di letakan di hadapan pagar rumah  R.S.N Rayer di Pulau Pinang kelmarin

Kali ini pendekatan Najib yang diketahui umum sebagai "Menangguhkan masaalah dan bukan menyelesaikan masaalah"  benar benar  berbayar. Menghakiskan lagi pengaruhnya di kalangan orang Melayu yang sudah pun dalam keadaan yang buruk.Suasana akan berlainan kiranya Rayer telah dituduh.

Tidak sahaja Istana tertentu mendatangkan tekanan ke atas Najib tetapi juga Pejabat  Peguam Negara sendiri. Apa yang dilakukan  oleh Pejabat  Peguam Negara adalah suatu provokasi politik yang cukup dahsyat dan membuka suatu medan pertempuran baru bagi politik perkauman dan keugamaan.Mereka tidak memenuhi harapan Najib.

Naib Presiden UMNO yang paling popular dan juga Menteri Dalam Negeri , Zahid Hamidi  meanggap tindakan meletakan kepala lembu berdarah dihadapan rumah ADUN Dap itu sebagai setimpal dengan keceluparan mulutnya. Walaupun dalam satu parti tetapi MCA dan MIC meanggap perbuatan itu merbahaya kerana lembu adalah suci bagi agama Hindu. Tidak pula kedua pemimpin parti komponen itu  melihat bahaya apabila UMNO dikatakan celaka. Mereka terus mencari populariti politik atas landasan DAP .

Tidak syak lagi akan ramai lagi yang akan turut terjun ke  dalam pertempuran politik baru ini.

Selama ini jari dituding kepada   rakyat kerana melakukan  hasutan di bawah Akta Hasutan   tetapi kalini  Peguam Negara dan pegawai pegawainya yang tidak prihatin dan cuai telah  membakar api.Merekalah yang pula harus dituduh.

Perbicaraan terhadap mereka harus di jalankan oleh Perdana Menteri sendiri dan hukuman oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

29 comments:

  1. Salam Tan Sri Zam, saya suka mengikuti tulisan TS ni..Banyak idea yang bagus dan luar biasa..Namun, masalah editing sangat mengganggu..Dalam tulisan kali ini, ia benar-benar mengganggu. Perkataan pertama pun sudah salah taip. Zahid Hamidi menjadi Zaid Ibrahim.

    Dipohon agar dalam tulisan akan datang TS Zam poskan posting yang telah diedit terlebih dahulu, bukannya draf tulisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar teguran saudara. Saya menjalankan blog ini sendirian.Nama Zahid jadi Zaid Itu bukan salah taip tetapi kerana mengantuk puasa. dan tak boleh dimaafkan. Sudah dibetulkan. Terima Kasih. Silalah tegur.

      Delete
    2. mungkin juga admin terlalu emotional kot. semangat dan perjuangan Melayu jati telah melonjakkan amarah setiap kali Melayu dicabar. (dalam kontek ini tak payahlah nak cakap UMNO yang dah semakin hilang arah). saya salute dengan semangat juang yang masih membara pada diri admin.

      Delete
  2. Apa yang ISMA kata amat tepat " MCA dan MIC sepatutnya mejadi wakil kepada saki baki india dan cina yang percaya kepada kontrk social dan perlembagaan negara ke arah kesejahteraan negara. Bukannya menjadikan sikap anti melayu , anti islam dan anti perlembagaan sebagai modal untuk menarik sokongan. Ini yang sepatutnya Ah Jib Gor tekankan kepada parti komponen BN.

    Jika itu yang menjadi pegangqan mereka, elok mereka keluar BN dan sertai DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib masih terlalu sayangkan mereka dan masih lagi menyimpan harapan KONONya mereka mereka itu dapat mengembalikan sokongan kaum mereka kepada BN. dah macam macam najib berikan, tapi nampaknya masih lagi kabur. kalau pada aku, bila mata dah kabur, pipi dah kendur dan gigi dah mula luntuk, jawabnya dah dekat nak masuk kubur.

      Delete
  3. Soal kes baling kepala lembu itu.. Jika dalam pemikiran saya, dia dilakukan oleh pihak bukan UMNO... Jika saya pegawai penyiasat polis, saya akan hantar kepala lembu untuk foensik bagi di ketahui adakah kepala lembu itu 'disembelih' cara islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembu punya kepala, UMNO pulak dapat petaka. UMNO tu Melayu kan???

      Delete
    2. CCTV Dalang Yang Meletakkan Kepala Lembu Di Rumah Rayer Tersebar.. Siap Joget-Joget lagi..

      http://panggungopera.blogspot.com/2014/06/cctv-dalang-yang-meletakkan-tengkorak.html

      Delete
  4. Yang pasal kes kepala lembu tu TS Zam, pandai pulak puak ni DAP 'tai chi' kat kerajaan dan salahkan Zahid. Kenapa nak salahkan Zahid pulak? Habis Rayer tak salah? Is he blameless?
    Daalm permasalahan ini. kita perlu mencari dia punya 'root cause' atau punca timbulnya masalah tersebut. Bila jumpa puncanya, barulah sesuatu isu dapat diselesaikan. Dalam soal ini jelas isu ini timbul ekoran perbuatan Rayer. Selagi dia berdolak-dalik dan enggan menjernihkan keadaan, ianya akan berlarutan. Selagi tiada jalan keluar, selagi itulah ianya terus membakar seperti api di dalam sekam bak kata TS Zam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah dikatakan pembangkang, apa lagi kerja dorang kalau tak membangkang. dalam hal ini siapa lagi yang mereka nak bangkang kalau tidak kerajaan dengan pemimpinya sekali (khususnya UMNO). mereka gemar menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah menentukanya.

      Delete
  5. Kenapa sebok sangat MCA dan MIC nak fikir pasal sensitifnya kepala lembu yang kita tahu mudah dan bersepah untuk mendapatkannya. Kenapa ayat yang sama tidak pernah dipertimbangkan untuk hukum hudud.

    Kepala lembu tiada kaitan dengan rayer, dia hindu atau kristian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCA/MIC tuh nak enter frame. pendapat mereka itu sensitivit kaum. tapi bila UMNO/Melayu dicelakakan, tak berketuk pun mereka. dah faham game mereka. kerajaan ala najib sedang berdepan musuh dari luar dan dalam. yang kat dalam tuh ibarat gunting yang sengaja disimpan najib dalam lipatan. yang peliknya, kalau dah tahu musuh kepada pulak najib biarkan berada dalam selimut?

      Delete
  6. Kenapa tidak ditimbang dan diteliti lebih dahulu oleh Pejabat Peguam Negara samaada ada keterangan dan fakta yang konkrit untuk dihadapan Rayer ke Mahakamah atas tuduhan menghasut.Peguam Negara telah memalukan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi itu yang membanggakan agaknya. tiba tiba saja nama dia melonjak naik dan menjadi isu hangat. mana nak dapat ranking macam nih beb?

      Delete
  7. Saya masih keliru kenapa tiada satu tindakan/teguran yang diambil oleh Peguam Negara ke atas Anwar apabila dia, dengan sewenang-wenangnya, boleh "go round the world" mengutuk/menghina mahkamah? Kenapa Anwar dibenarkan berada pada kedudukan seperti "above the law"? Sebaliknya pula tindakan yang diambil oleh Peguam Negara dalam menghadapi kes Khir Toyo. Cepat sahaja dia perintahkan Khir Toyo supaya "tutup mulut".

    ReplyDelete
    Replies
    1. anuar mengutuk diluar negara bang. manalah ada pejabat peguam negara kat sana. khir toyo bercakap dalam negara. betul betul bawah batang hidung peguam negara.

      Delete
    2. Dalam negara pun Anwar rajin kutuk, terutamanya, semasa berceramah atas pentas dan apabila buat press conference. Peguam Negara buat tak tahu sahaja (close one eye).

      Delete
    3. Tu pn hanpa x boleh baca ke? ape yg Anwar ckp tu mmg betoi ape boleh kerajaan BN/AG buat mmg betoi.....

      Delete
    4. Ape boleh AG buat dia pn bermasaalah spt ape yg didakwa oleh 2 Mantan Pegawai Kanan Polis Ramli/Mat Zain jadi terpaksalah beliau ikut arahan Putrajaya demi mendapat sokongan dr pengundi bkn melayu demi kelasungan pemerintah... takan macai2 semua x boleh baca pemikiran Najib, beliau akan menghalalkan cara...

      Delete
  8. kalau lihat cara lelaki yang meletak kepala lembu menari mirip kepada tarian orang india menari dalam filem tamil atau di thaipusam. Nak salah kan melayu/umno

    ReplyDelete
  9. Darwis Balingan.29 June 2014 at 22:21

    Apapun reaksi orang Melayu telah menjadikann Rayer lebih besar dari dirinya yang sebenar,menjadikan dia lebih hebat dikalangan penyokongnya. Nampaklah kebodohan kita semua.menjadi alat untuk popularitinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju dengan saranan kamu tuh. orang Melayu/UMNO, secara sedar atau pun tidak telah membantu rayer mendapat liputan meluas. itu sebabnya kalau kita lihat pembangkang sememangnya suka membuat isu untuk mendapatkan perhatian. mereka sudah boleh baca Melayu/UMNO cepat melatah dan gemar memainkan isu berpanjangan. secara tak langsung, dari orang tidak mengenalinya sehinggalah mendapatkan ranking yang tinggi. hentikanlah sudah isu ini.

      Delete
  10. Selamat berpuasa TS. Sebenarnya melqyu yang berkuasa kat atas semuanya sudah lupa diri dan asal usul sebabnya semuanya sudah "dibeli" oleh bukan melayu... apa lagi boleh kita harapkan. Bacalah apa yang dikata oleh presiden petronas, ts shamsul.. jelas sekali menghina melayu & kerajaan. Cara dia cakap kat the edge itu lagi kejam daripada perkataan "celaka"..; sebagai pejuang melayu TS Zam kenapa tak komen pasal ts Shamsul tu?

    ReplyDelete
  11. Putra Gunung Jerai.30 June 2014 at 10:19

    Sebenarnya pemimpin dan bos pegawai kerajaan melayu yang ada kini sudah tidak ada TELOQ lagi.
    Sebab itu kacau bilau,huru hara,habis.Pemimpim politik pula main selamat macam kura-kura.

    ReplyDelete
  12. PUTERI GUNUNG LEDANG.30 June 2014 at 10:29

    TELOQ TU APA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan pulak tak tau bang oi!! bukan ker teloq tuh yang selalu jadi saksi pertikaman, yang bodoh yang tak pernah dapat selamatkan mangsa.

      Delete
  13. Kini judi haram pula.
    Di Kedah bercambah kedai judi haram dan pusat hiburan.
    Sama naik zaman Kerajaan Islam Pas dan kerajaan BN Senang judi pun banyak.
    Di Kulim,SP,Alor Setar,Baling,Sik,Kuala Kedah,Langkawai.
    Jahanam anak bangsa kita.
    Dah lama cakap.....

    ReplyDelete
  14. Judi haram ni berada di semua negeri samada BN atau PR...biarlah,yang main pun org melayu, nak cakap lebih diorg ade back up gengster..biarlah...melayu mudah lupa..asyik salahkan kaum lain sahaja :(

    ReplyDelete
  15. Jabatan Peguam Negara cukup mudah dibeli
    Mgkn ada lampu hijau dr pihak yg lebih atas...
    Celakalah mereka semua
    terutama ketuanya
    Dah lah penakut
    Jual islam..
    Jual melayu
    Jual Umno

    Yg penting.. dpt berkuasa
    Sepupu pondan tinggal telur kt runah pun diangkat.. diberi pangkat.. he's s loser.. n always a loser

    Celakah mereka itu !!

    ReplyDelete