Monday, 9 June 2014

PINDAAN YANG PENTING IALAH MENIADAKAN LANGSUNG PERANAN RAJA

RAKYAT JOHOR BERKABONG HAR INI.

TERKINI: Dewan Undangan Negeri Johor petang ini meluluskan Rang Undang-Undang kontroversi yang membolehkan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor(LPHJ) tanpa mengenepikan peranan Sultan.

Setelah menghadapi bantahan dan tekanan dari berbagai pihak Menteri Besar Johor  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan terburu buru membuat beberapa pindaan kepada rang undang -undang menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor(LPHJ) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor hari ini yang melibatkan peranan kuasa yang diberikan kepada Sultan Johor.

Namun demikian  rakyat terus membantah . Sebab utamanya ialah kenapakah perlu diadakan peranan Sultan dalam pentadbiran negeri? Siapakah yang menawarkan peranan ini kepada Sultan?.Walaupun peranan Sultan digantikan dengan pihak berkuasa,rakyat faham bahawa mereka diketuai oleh seorang pemimpin yang tidak berwibawa.

Bahawa pindaan telah berlaku dengan terburu buru  membutikan bahawa perbicangan dan penelitian yang sewajararnya  tidak dilakukan sebelum rancangan pembentangan , perasaan dan pandangan rakyat telah dilalaikan dan diketepikan oleh Menteri Besar Khaled Nordin.

Tidak dapat tidak, seluruh rakyat Johor malah rakyat di negeri lain merasakan mereka telah dikhianati dan tidak dihormati.
Seorang Menteri Besar yang benar benar  perihatin  akan perasaan rakyat  akan menangguhkan dulu pembentangan rang undang-undang yang penuh kontrroversi ini kerana mengikhtiraf   kuasa rakyat lebih besar dari kuasa raja  dan tidak meneruskan pembentangannya kerana lebih takut kepada pihak yang kedudukan mereka berada dalam tangan rakyat.

Jika rang undang -undang ini diluluskan  maka hari ini adalah hari untuk seluruh rakyat Johor berkabong diatas malatpetaka yang akan terus menimpa mereka akibat dari kepimpinan yang amat lemah.


7 comments:

  1. Takhziah rakyat johore..anda mendapat mentri besar yang sebegini gopoh.sepatutnya hentikan terus undang-undang tersebut daripada dibentangkan. Tengku Putra mentri besar baharu?

    ReplyDelete
  2. Salam TS ZAM,

    Kalo kepala BN pun tak tegas, bahkan dianggap lembik, maka MB macam Khaled ni pun beranilah cuba2 push things to the limit...mana tahu kot2 lepas...apa dikenang...

    DS

    ReplyDelete
  3. Sudah tentu khaled nordin hanyalah penyewa @ puppet kepada kerusi MB, tentulah dia ikut cakap Landlord.

    Dalam sejarah, belum ada MB berani lawan cakap tauke.
    Sekarang adalah masa (jauh lagi pilihanraya) untuk tunjuk kuasa ! Lu tau siapa gua?

    ReplyDelete
  4. sgh x consistent pendirian org Melayu ni. sat kata Raja tu payung negara sat di keji. kuasa legislative blh di ubah dgn undi tp kuasa raja bg mana? adakah perlu dihilangkan begitu sahaja? seeloknya mgkn perundingan adalah jalan terbaik.

    - Hantu Siber -

    ReplyDelete
  5. Salam Tan Seri,
    Saya telah menulis sebelum ini. Dalam mewajarkan Rang Undang Undang ini, Pemuda UMNO Johor telah mendedahkan betapa ' lemah dan mungkin jahatnya' kerajaan UMNO Johor. Begitu banyak tanah telah tergadai, pemaju begitu berkuasa dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. Dato Seri,
    Cepatkan sedikit buat jambatan ketika dari E22 Tanjung Langsat ke Changi, Singapore. Byk lg tanah kosong area sana.

    ReplyDelete
  7. Rakyat Johor jgn lupa sape yg jual pasir kpd Singapura utk projek tambak laut, dgn slogan hidup melayu n umno rakyat diperdayakan dgn ketuanan melayu dlm masa yg sama pemimpin hangpa khianat kpd negara ni. tanpa mrk jual pasir Singapura tidak akan membesar.....

    ReplyDelete