Monday, 2 June 2014

NYANYIANKU BUAT KAWAN KAWAN YANG DAPAT MERASAKAN.

SEBUAH PELAYARAN


Redupnya  pelayaran di senja ini
Kembali ke pulau  pulau singgahan
Oh desaku Kota Kuala Muda
Wanginya  sawah dan rumputmu
Merdu syahdu  arus sungaimu
Kilau bulan dalam pekatan malam  
Sekampung keriangan dalam kesepian.

Ku lihat diri kecilku disini
Kawan kawan entah di mana.


Oh Alur Setar
Antara  Pasar Yaacob dan Pekan Rabu
Peniaga  kecil riang  walau jual seikat pisang
Zaman remaja penuh pencaroba
Gadis joget  anak Pak Teh putih jelita
Penari rambung  memukau
Kawan kawan  pada lupa
Tuhan telah dikapankan
Esuk pasti ada lagi   
Kita sahajalah didunia ini.

Kawan ingatkah?
ku papah mu dalam kemabukan
Islammu seperti celupan
Shit katamu kerana  tak sehaluan
Engkau lupa pernah kesesatan.

Di hari tua mengenang dosa pahala
Kawan kawan  dikubur atau masih didunia.

Awal 60- an
Memijak Kuala Lumpur dalam kecekalan
Kawan kawan dalam kesempitan
Poket kosong dihujung bulan
Ketukan mesin taip  dalam semangat pahlawan
Lombong pecah pejabat  kebanjiran
Namun semangat  berapi tinggi
Utusan mesti terbit esuk pagi.

Ketika bencana ini
Engkau berdiri ditanah tinggi
Wajah manismu suram  menyayat hati
Antara kita tiada apa apa lagi
Kita sahaja yang mengerti
Banjir membasahi hati hingga kesaat ini.

Selamat tinggal Chan Sow Lin Jalan Bangsaku.

Angkasapuri
Bila tersesat ke sini
Kawan kawan tiada  lagi
Di mana Jaafar kamin,Amran ,Salleh Pateh Akhir, Ibrahim Bachik
Jamaluddin Alias  dan ramai lagi?
Aku bermula mereka bersara.  

Dalam keriuhan di Angkasapuri
Aku bersendiri
Hanya engkau Mokhzani
Dan kawan kawan yang dedikasi
Mengerti sepinya hati ini
Sepi amat sepi sekali.


Sebuah masjid di tanah tinggi
Radio klasik warisan abadi
Tun Khalil yang tinggi budi
Semua dalam  memori
Singgah disini seperti mimpi.


Oh Kedah negeriku
Tiada sawah sehijau sawah mu
Tiada gunung sebiru Jeraimu
Lambaian mu abadi dalam hatiku.

Dimanapun singgah ku
Utusan Melayu tugu emas  di hatiku.

ZAM

Putrajaya 
Mei 2014

Sajak ini telah pun disiarkan di Mingguan Malaysia 11 Mei 2014 dan saya siarkan lagi  di sini atas permintaan kawan kawan.

Gambar atas : Seorang kawan merenung  awan di langit dan  bayangnya pada ketenanggan  dan keheningan   Danau Meninjau  dari suatu puncak dalam pelancongan kami ke Bukit Tinggi Sumatera Barat  baru baru ini.



KAWAN KAWAN DI KUBUR ATAU MASIH DI DUNIA
Ini adalah wajah rakan rakan wartawan  yang saya pernah  berkerja bersama mereka di Utusan Melayu.Mereka menghadhiri perjumpaan menubuhkan Kesatuan Kebangsaan Wartawan(NUJ) cawangan Utusan Melayu di kentin Utusan  pada tahun 1971  dengan memileh saya sebagai ketuanya.

 Diantara mereka telah menempah nama besar  menerusi Utusan. Duduk di barisan depan di kiri sekali Ali Salim (Jiro) anak Utusan yang berkerja sejak usia kanak kanak hingga meningkat kepada menjadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan.Di kanannya  Marwilis Yusuf pemberita yang diminati ramai kerana cerita ceritanya dari mahkamah  dan kemudiannya menjadi ADUN negeri Selangor,  di sebelahnya  ialah Mukmin Latif pemberita jenayah , mendakap tangan Tengku Mahmud Tengku Hassan pemberita.

Barisan kedua, Amir Tan penulis cerpen terkenal dan di kanannya Nora seorang sasterawan, ,Pandian pemberita keturunan India dan berbaju hitam Raja Ahmad Niza juga seorang cerpenis Utusan yang terkenal.

Barisan ketiga dari kanan jurugambar Hussein Udoh ,sebelahnya juga seorang jurugambar dan
  di kananya  Pengasas Majallah Wanita Haron Hassan , Syed Malik, Nur Sudin, Basir Baijuri dan Shaari Amin  jurugambar.Di belakang sekali no dua dari kanan Salleh Yusuf,Kadir Ahmad,Mohd Nor Shamsuddin dan kiri sekali Yusuf Shariff.

13 orang  dari mereka di dalam gambar ini telah pun meminggal dunia.

10 comments:

  1. Since you're being nostalgic in this posting, so here is an anecdote.

    One day in the 1950's, in a shanty town in northern state of peninsula, a dark skinned young boy ran frantically in the slum. Paused every now and then to catch his breath as he avoiding puddles of stinky waters. He tried to increase the pace as he made his way through dilapidated houses around him; against the backdrop of curious onlookers. They must had thought this kid was running fool.
    He was in a hurry actually. He couldn't afford to play with other kids that day. His father was sick again. He'd heard there was a new doctor in town. The first Malay physician where people had been talking about. He knew he had got to meet him no matter what. And he had got to be there as fast as he could. His father was coughing badly. He continued running.
    He finally made it. He told the doctor about his father. The doctor then asked him to return home and he will be there soon afterwards. The doctor duly arrived at his wooden house and immediately examined his father. When he had finished, the young boy inquired him about the fees. The doctor looked at him in the eyes. He then nodded and smile. The doctor said to him "just give whatever you have". The doctor took the money and leave immediately.
    The doctor had made a lasting impression on him. It was a surreal feeling meeting a guy of his kind in that kind of profession. It is actually rare in those days. He would never have thought they would met again later in different capacity. It was the first encounter of a very long relationship culminating with the doctor occupied the highest office in the land for two decades and he himself became chief editor of popular Malay daily.

    ReplyDelete
  2. Tq. You have read my book.Can you introduce yourself to me or to the followers of this blog.Zam

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am nobody Tan Sri. Just a layman checking out blogs whenever I have time. I am a civil servant based in the federal capital. I used to stopping by at your cafe in Ayer 8 over the weekend but you were not around. If I do meet you there, maybe we can have a talk over a cup of coffee; ) surinam

      Delete
    2. Normally I will be at the cafe by 10 am -12 pm and 5- 6pm.Just introduce yourself to me.

      Delete
  3. down memory lane tan sri... al fatihah kepada yg mendahului kita...semoga kini beradadi taman2 syurga allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kamal kerana menemui catitan ini yang saya memang ingin berkongsi dengan mereka yang pernah sama sama berjuang. Hari hari besar kita adalah di Utusan samaada pahit atau manis.Sesuah meninggalkannya kita merasakannya. Maklumkan juga kepada kawan kawan lain.

      Delete
  4. TS Zam terima kasih keran menyiarkan sajak ini. Teringat pada Ikan kering, belacan & bilis Kuala Muda. Di Malaysia setiap Ahad Mingguan Malaysia mesti ade masa bersarapan sekarang di rantauan tidak ada lah juadah kegemaran hari minggu saya ini. Membaca coretan TS di akhbar saban minggu tidak pernah membosankan, bila ruang TS tamat berahi untuk membeli Mingguan Malaysia berkuranglah sedikit tetapi bila Johardy mula menulis berahi itu kembali. Sedikit mementingkan diri sendiri, kalau boleh TS selalulah lagi menulis dlm laman ini.

    Shamsul
    Menanti sebuah buku TS Zam bercerita tentang tagedi 13 Mei.

    ReplyDelete
  5. Di hari hari tua ini saya tidak dapat tidak mengenangkan semula wajah wajah rakan yang telah lama berpisah.Sekarang di mana? Shamsul yang mana satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri, kalau renung kembali ramai lagi rakan-rakan kita di Utusan yang telah pergi mendahului kita yang mungkinTan Sri lupa menyebutnya. Antaranya dari Jabatan Pengarang; Isa Yassin, Nasir Osman Abbas, AS Amin, Taufik Kajai, Nur Sudin, Aziz Suhaimi, Ramnah Yassin dan Siti Zaharah Ibrahim

      Delete
  6. Terima kasih kerana mengingatkannnya semula tetapi saya hanya mengira dari gambar ini sahaja. Al Fatihah untuk mereka semyua

    ReplyDelete