Saturday, 21 June 2014

NAJIB BERKEJAR KE JOHOR UNTUK SELAMATKAN MB DAN UMNO

AKHBAR AKHBAR  PERDANA TIDAK SIARKAN SERUAN MAHATHIR

TERKINI:(25 JUN) : Perdana Menteri Datuk Seri Najib  ke Johore hari ini untuk menyelamatkan Khaled Nordin Menteri Besar dan juga UMNO Johor  yang semakin tercemar  berikutan dengan campurtangan Sultan dalam pentadbiran negeri yang cuba di nafikan oleh MB.

Disamping menemui MB,Najib juga dikatakan akan menemui  Sultan Johor yang diharapkan oleh blog Life Of Annie  dalam posting terkininya agar Najib " will have the strength and courage to tell them" tentang masalah yang tidak menyenangkan rakyat yang melibatkan  sikap MB dan peranan Istana.

Sementara itu semua akhbar perdana kecuali akhbar The Star tidak menyiarkan seruan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir supaya rakyat bangun menyekat campurtangan Sultan  dalam pentadbiran atas pengesahan dari kerajaan  seperti yang telah berlaku di Johor.


KOMEN:
BILA PERDANA MENTERI LEPAS TANGAN
Anonymous24 June 2014 06:19
Tak boleh nak salahkan Khaled seratus-peratus. Cabaran yang dia hadapi sangat hebat. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita tak tahu kalau bukan kita sendiri duduk tempat dia. Korang boleh la kritik pasal bukan korang yang terpaksa berhadapan dengan pihak Istana saban hari.
Orang Melayu kaya dengan adat dan tata susila apatah lagi dengan Sultan. Khaled tak boleh directly confront the ruler. Itu dah dikira langgar adat dan tradisi. Kalau korang kat tempat dia pun, korang pun akan buat benda yang sama, ntah-ntah lagi teruk. Jadi muhasabah diri. Jangan terlalu cepat menghukum dan mengadili.

Kalau di zaman pemerintahan Tun dr. Mahathir, tekanan yang dihadapi oleh MB tak lah sehebat sekarang. Dulu tak macam sekarang. Dulu, MB-MB pada masa tu ada 'back up' di peringkat federal. Ada 'big brother' di belakang mereka iaitu Dr. M. Jadi Rulers tak berani nak buat onar. Kalau Istana flex its muscles on state administration, jika MB rasa tak boleh nak handle, MB just tai chi kat PM Mahathir. 
Pihak Istana pun kalau boleh tak nak matters sampai kat federal level jadi bila dengar certain matters had reached Mahathir's ears, they will reconsidered their positions. MB-MB pada masa tu enjoyed federal's shelter and protection. They are shielded by the federation. Rulers couldn't easily do do what they wished.
Berlainan dengan sekarang, PM sedaya upaya tak nak involve dengan state matters. bimbang untuk jadi tidak popular. Semua pendekatan berbentuk populis. Kalau boleh nak 'please' semua pihak. Seolah-olah tiada pendirian. Orang putih kata 'no spine'. Kalau ada masalah biar state sendiri yang selesaikan. cuba nak lepas tangan dan saling tolak-menolak. Masing-masing seolah-olah cuba untuk lari daripada bertanggung jawab ke atas sesuatu perkara. Kalau masalah timbul, state tolak kat federal, federal tolak ke state solah-olah tiada kepimpinan. Tiada sense of leadership. The country is rudderless. Pemimpin hanya pada nama tetapi tidak memainkan peranan sebagai pemimpin. Pemimpin hanya pada nama tetapi tidak melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan. 
Macam kes Bibles dan hak penjagaan anak baru-baru ni, masing-masing cuba nak lepas tangan. Mengelak untuk bertanggungjawab. Masing-masing passed the buck which embarassed the nation. Kala dah begitu keadaannya, tak payahlah jadi kerajaan. tak payahlah jadi pemimpin. Baik di peringkat negeri atau pun pusat. Tiada sense of rensponsibilty on both parties. When a leader is afraid to put his foot down and stamp his authority, there will be a lot of people gleefully stamp on his toe. Small problems become bigger. Cuts and wounds become cancer.
TUN MAHATHIR DAHULUI MUSA SEBAGAI SUARA BERANI RAKYAT.
TERKINI: Akhirnya Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga yang menjadi suara berani rakyat membantah peranan Sultan atau Raja di luar kuasa mereka dihalalkan semula oleh kerajaan   menerusi undang -undang khususnya oleh Menteri Besar Johor Khaled Nordin yang cuba hendak menutop kelemahannya kepada rakyat.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang terkini sekali gus menolak dakwaan Menteri Besar  itu kunonnya Sultan tidak pernah mencampuri urusan negeri dan beliau mampu manasihatI Sultan.

Dalam satu kenyataannya kepada news portal The Mole(  STAY AWAY FROM BUSINESS ,RULERS TOLD- STAR 23 JUNE), Tun berkata "Oleh kerana kita tidak menyekat dari awal,maka sekarang telah menjadi sah dari segi  undang undang,  kerajaan telah menjadikannya  sesuatu yang dibenarkan  dari segi undang-undang." (campurtangan raja dalam urusan perniagaan negeri). "Kita mesti memberhentikan ini! ",tegas Tun

Kata Mahathir lagi "Raja Raja sepatutnya tidak campur dalam urusan  perniagaan kerana mereka akan diberikan layanan utama dan akan diambil kesempatan oleh gulongan opportunist "

 " Kita telah mengadakan undang undang yang meletakan Raja Raja sebagai Raja Berperlembagaan tetapi dalam arus perjalanan masa,mereka melakukan sesuatu yang di luar  bidang kuasa mereka,"ujarnya

Sangkakan Musa Hitan yang akan mendahului Tun Mahathir bersuara bagi pihak rakyat khususnya rakyat Johor  tetapi rupa rupanya Mahathir yang lebih perihatin terhadap perasaan rakyat Johor dan  juga  rakyat seluruh negara untuk  menjadi suara berani mereka. Patutlah  Musa tak jadi Perdana Menteri dan anak muridnya pun amat tinggi peradaban dan sopan santunnya. Maklumlah orang Johor.

RAKYAT TUNGGU SUARA BERANI MUSA HITAM
Dalam posting  terdahulu saya menyatakan: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menolak dakwaan kononya beliau tidak mampu menasihati Sultan Johor ,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terutamanya dalam soal pentadbiran tanah.

Beliau menegaskan Sultan Johor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri sejak beliau menjadi Menteri Besar.

Saya akan percaya kepada kenyataan ini jika bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang menjadi Mahaguru politik kepada Khaled Nordin  percaya kepada dakwaan muridnya  ini.

Dalam keadaan rakyat Johor merasa tertekan dan maruah mereka terjejas, mungkin suara berani Musa Hitam akan dapat memulehkan semangat dan  memberi  keyakinan baru kepada mereka  sebagai rakyat Raja Berperlembagaan. Musa telahpun  menyuarakan kebimbangannya  bila ada peranan Sultan dalam pentadbiran  negeri

Dalam pada itu sementara menunggu untuk mendengar suara  Musa, saya ingin dapat sedikit penjelasan dari Khaled betulkah cerita kunonnya ramai pegawai  kerajaan persekutuan yang tidak mahu berkhidmat di Johor dan  juga tidak mahu bertukar ke Johor.

Ini munkin kerana Khaled  is the  most powerful MB of  Johor.


37 comments:

  1. Si Khaled tu lah yang paling powerful dalam menasihati Sultan Johor untuk jual tanah Johor pada Cina/mata sepet. Meroyan orang Melayu Johor. Teringat aku kes Istana Kg Gelam di Singapork.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan komen anda. Tanah Johor tu kepunyaan rakyat dan sepatutnya semua tanah diselatan Johor digunakan untuk membina rumah termampu untuk rakyat BUKAN untuk rakyat mata sepet Singapura.

      Jangan guna tanah kerajaan untuk dijual ataupun JV (joint venture) dengan developer tetapi suruh developers perumahan beli tanah tanah tokey atau orang persendirian dan binalah rumah dan jual kepada mata sepet mata sepet Singapura baru adil. Tanah kerajaan biarlah untuk rakyat dan bukan juga untuk RAJA.

      Delete
  2. Tun Musa Hitam masih mempunyai nama besar di Johor dan masih dihormati oleh rakyat Johor. Saya rasa inilah masanya untuk beliau kembaliu mencampuri politik Johor bagi mengimbangi campurtangan kuasa besar dalam percaturan ekonomi dan politik Johor.

    Musa tidak boleh lepaskan tanggungjawab ini sekalipun sekarang beliau telah hidup mewah kerana kemewahannya adalah berasal dari politik dan sokongan yang teguh dari rakyat Johor.

    ReplyDelete
  3. Musa akan bercakap atas "kepentingannya" dan seboleh mungkin tidak senada dengan bekass bossnya.

    Jika Musa bercakap atas kebenaran demi rakyat, dia sudah lama menggantikan Mahathir sebagai PM.

    Apapun kita tunggu dan lihat, dengar dulu pendapatnya, percaya atau tidak - kemudian.

    ReplyDelete
  4. Sruh Ahmad Maslan sahajalah beri jawapan pada rakyat Johor dan rakyat Malaysia apa yang telah terjadi di Johor dan Melayu.
    Ahmad maslan pakar beri jawapan dengan istilah timbang dan mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timbang dan mungkin atau senyap sahaja oleh Mat Maslan adalah jawapan yg lebih baik drpd ungkapan berjanji seperti yg diamalkan oleh Anwar. Johor skrg jauh lebih baik drpd penang yg dijajah oleh DAP yg dibantu PAS dan PKR. Minggu depan dah nak masuk bulan puasa, di penang, sembahyang terawih pasti dikacau dgn bising gendang halau hantu dan malam raya tak boleh bertakbir hari raya lebih jam 12 tgh mlm. Johor tak mungkinjadi begini.

      Delete
  5. salah PM lah. selama ni sapa pilih MB johor? PM ke? atau sultan johor yg pilih. kalau pm berani, letaklah mb pilihan dia. setakat yg kita tau, semua mb johor dipilih oleh sultan dan pm setuju aje. kita kena ada pm ada teloq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau raja-raja dah bersaing dengan rakyat jelata, apa gunanya ada sultan lagi.

      Delete
  6. Musa Hitam ada pengaruh lagi ke....tinggal kapal lama dah Zam. Musa kat johor dah zero dah.

    drmuz

    ReplyDelete
  7. Sahir Batu Pahat23 June 2014 at 06:34

    Adakah ke atas Khaled MB pun Musa Hitam tidak lagi berpengaruh?

    ReplyDelete
  8. Lebih baik Sultan involved dalam business sebab Melayu ni banyak nak 'Tongkat'. Dah diberi Tongkat di alibabakan pulak tongkat tu pas tu adapulak yang jual terus Tongkat nak kaya cepat. Itule Melayu. Semua tak kena , Yang kena diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SULTAN DAN RAJA BOLEH BERNIAGA TETAPI .....

      (gambar awal tahun 2014)

      Penulis membaca dengan tekun tulisan Saudara Syed mengenai Sultan Johor dan rangkaian perniagaannya, kebimbangan rakyat dan ahli politik terhadap peranan pelabur asing di Johor Bahru dan lain lain. Sebagai seorang rakyat Malaysia dan rakyat Johor khasnya, sila baca dengan fahami situasi politik dan Kesultanan di Johor. (sumber OutSyed The Box)

      http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/06/sultans-and-business.html

      Sesunggohnya, penulis berpendapat Sultan Sultan boleh menjalankan perniagaan di negeri masing masing tetapi dengan beberapa syarat :-

      1. Sebaiknya Sultan Sultan melabur seperti rakyat melabur dengan PNB atau ASM atau ASN dan yang seumpamanya. Juga melabur di dalam syarikat syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Sultan Sultan adalah Pelabur jangka masa panjang dan bukan spekulasi. Pelaburan saham di dalam syarikat peladangan seperti Tabung Haji dan FELDA adalah bidang pelaburan teramat sesuai. Ini akan mengelakkan Sultan Sultan membuang masa mengurus syarikat atau mencampuri urusniaga perniagaan. Urusan Ketua Negeri dan Agama sudah cukup meletihkan.

      2. `Core business' syarikat atau mesti menepati ketetapan Syariah. Bisnes yang `unislamic' seperti Judi dan Arak, tidak di benarkan langsung sesuai dengan status Ketua Agama.

      3. Urusniaga dengan Kerajaan hendaklah pada kaedah `arm length' atau `win win condition'. Urusniaga mesti menjauhi keadah `perentah' atau diskriminasi. Tanah yang hendak dibeli daripada Kerajaan hendaklah harga pasaran. Harga tender yang munasabah. Standard atau mutu pembinaan mengikut piawaian. Cukai tanah adalah mengikut kelaziman. Sultan Sultan tidak boleh memeningkan atau menggangu pentadbiran Kerajaan Negeri.

      4. Seperti prinsip bisnes JCorp, sebaik mungkin, Sultan Sultan tidak bersaing dengan peniaga Bumiputera tetapi `complement' dengan mereka. Elakkan `management buy over' syarikat Bumiputera. Kriteria perniagaan ialah export oriented, high technology and minimum IRR of 12%.

      5. Sultan Sultann di galakkan berusahasama dengan GLC GLC seperti KWSP, Petronas, Tabung Haji, FELDA dimana pengurusan adalah oleh GLC tersebut.


      http://nasirwise.blogspot.com/2014/06/sultan-dan-raja-boleh-berniaga-tetapi.html

      Delete
  9. Nak salah kan Sultan Johore atau nak salah kan MB,pon sama.
    Siapa yang mula kan rebutan tanah dan penjualan ke orang asing ??.
    Lupa kah semua, Iskandar Malaysia tu dulu Southern Corridor yang di ilham kan dari tingkat 4 zaman Pak Lah dengan Nor Mohd Yakob , MOF dan Azman Mokhtar, Khazanah.Siap dengan cadangan bebas dari immigration check, pada asal nya.
    Mungkin ini lah sebab ramai hari ini yang amal kan ' elegent silence'.

    ReplyDelete
  10. join venture dgn peter lim tu kira ali baba ler ngok...IPP tu pun skit lebih kurang...takyah ler nak crita panjang2..mudarat nanti pada pihak istana jika dibahaskan..budak2 baik diam..biar org2 tua2 je yg bercakap..tun.M lah yg paling sesuai..

    ReplyDelete
  11. Apa yang Najib buat sebagai Perdana Menteri. MB hanya ikut arahan PM ,kalau PM pengecut,apatahlagi MB. D imanalah rakyat nak tumpang semangat.Kita tidak lagi menjadi rakyat yang bermaruah.

    ReplyDelete
  12. Johor untuk DAP - ngammmm

    ReplyDelete
  13. would it be different if the business partner of the Johore royal household is Syed Mokhtar? what is Syed Mokhtar's contribution to the state and people of Johore despite controlling major projects in Johore - Senai Airport, PTP, Johor Port etc? will Tun change his tone if Syed Mokhtar was well accepted by the Johore royal household?

    ReplyDelete
  14. Yes It would be different because Syed Mokhtar is an ordinary man. his company controlled by Malays ,he took over chinese company like gardernier,Spark Man Shop and MPH and others and he di not did not sell land to chinese ,he did not sell Malay share to Chinese. What happen to KFC?.

    ReplyDelete
  15. TPM orang Johor buat apa...ADUN Sembrong buat apa..tiduq ka..lain kali bertanding kat WPersekutuan la..

    ReplyDelete
  16. Cakap susah.Tak cakap pun susah.Terus terang sajalah.Selama ini pun dibelekang Menteri,MB dan Laja-Laja melayu ialah Tauke tauke Cinalah,
    Nak nafi apa.

    ReplyDelete
  17. Memberi projek kepada Syed Mohktar tidak menyalahi perlembagaan tetapi raja terlibat secara langsung dgn perniagaan adalah melanggar perlembagaan.

    ReplyDelete
  18. Tun M memang berani sampai UMNO asal jadi haram; berani sampai PETRON yang bekalkan minyak kepada MAS (Mirzan yang kontrol PETRON tu anak dia kan?); berani sampai... apa nama...AP kereta dapat kat anak dia (Mokhzani ke?) untuk bawak masuk PORSHE. memang sempoi dan berani betul Tun M ni. Betul tak Tan Sri? Kalau salah, tolonglah betulkan.

    ReplyDelete
  19. TS,
    Kan Musa Hitam termasyhur dengan ELEGANT SILENT nya dizaman Tun Dol? Dia sekarang elegant silent lah kot? Cuma silent nya tu berisi ke tak aje kan...tapi macam kentut lah, kekadang yang silent tu lagi berbisa!! Dan yang kuat bunyi tak berkesan....faham2 je lah kan? Tapi kalau bunyi kuat dan berbisa, itu lah yang paling power!!! Dan yang silent tak menyengat lagi tak berguna...

    DS

    ReplyDelete
  20. Tak boleh nak salahkan Khaled seratus-peratus. Cabaran yang dia hadapi sangat hebat. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita tak tahu kalau bukan kita sendiri duduk tempat dia. Korang boleh la kritik pasal bukan korang yang terpaksa berhadapan dengan pihak Istana saban hari.
    Orang Melayu kaya dengan adat dan tata susila apatah lagi dengan Sultan. Khaled tak boleh directly confront the ruler. Itu dah dikira langgar adat dan tradisi. Kalau korang kat tempat dia pun, korang pun akan buat benda yang sama, ntah-ntah lagi teruk. Jadi muhasabah diri. Jangan terlalu cepat menghukum dan mengadili.
    Kalau di zaman pemerintahan Tun dr. Mahathir, tekanan yang dihadapi oleh MB tak lah sehebat sekarang. Dulu tak macam sekarang. Dulu, MB-MB pada masa tu ada 'back up' di peringkat federal. Ada 'big brother' di belakang mereka iaitu Dr. M. Jadi Rulers tak berani nak buat onar. Kalau Istana flex its muscles on state administration, jika MB rasa tak boleh nak handle, MB just tai chi kat PM Mahathir. Pihak Istana pun kalau boleh tak nak matters sampai kat federal level jadi bila dengar certain matters had reached Mahathir's ears, they will reconsidered their positions. MB-MB pada masa tu enjoyed federal's shelter and protection. They are shielded by the federation. Rulers couldn't easily do do what they wished.
    Berlainan dengan sekarang, PM sedaya upaya tak nak involve dengan state matters. bimbang untuk jadi tidak popular. Semua pendekatan berbentuk populis. Kalau boleh nak 'please' semua pihak. Seolah-olah tiada pendirian. Orang putih kata 'no spine'. Kalau ada masalah biar state sendiri yang selesaikan. Kalau ada hal berbangkit, federal mengelak untuk masuk campur walau pun state minta tolong. Masing-masing cuba nak lepas tangan dan saling tolak-menolak. Masing-masing seolah-olah cuba untuk lari daripada bertanggung jawab ke atas sesuatu perkara. Kalau masalah timbul, state tolak kat federal, federal tolak ke state solah-olah tiada kepimpinan. Tiada sense of leadership. The country is rudderless. Pemimpin hanya pada nama tetapi tidak memainkan peranan sebagai pemimpin. Pemimpin hanya pada nama tetapi tidak melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan.
    Macam kes Bibles dan hak penjagaan anak baru-baru ni, masing-masing cuba nak lepas tangan. Mengelak untuk bertanggungjawab. Masing-masing passed the buck which embarassed the nation. Kala dah begitu keadaannya, tak payahlah jadi kerajaan. tak payahlah jadi pemimpin. Baik di peringkat negeri atau pun pusat. Tiada sense of rensponsibilty on both parties. When a leader is afraid to put his foot down and stamp his authority, there will be a lot of people gleefully stamp on his toe. Small problems become bigger. Cuts and wounds become cancer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada tulang belakang jangan lah nak gatal nak jadi menteri besar. Khaled ni, budak2 dia yang perangai macam lanun kat Kota Iskandar tu pun dia tak boleh nak control. ini kan pulak Sultan. Sultan control dia ada lah. Memang tu pun sebabnya dia jadi MB. Sebab senang nak di control.

      Delete
    2. Sanggup ambil jawatan MB mestilah sanggup menanggung risikonya. UMNO dan MB dilantik olih rakyat bukan sultan. MB kenalah jaga kepentingan rakyat bukan sultan dan kroni cinabeng nya.

      Delete
  21. SULEIMAN ISHAK PEKAN24 June 2014 at 07:57

    SEWAJARNYA MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO MEMBINCANGKAN CAMPURTANGAN RAJA DALAM PERNIAGAAN DAN KHUSUSNYA DALAM URUSAN PENTADBIRAN NEGERI.

    NAMPAKNYA NAJIB SENGAHAJA MEMBIARKAN RAJA RAJA HENDAK MEMULEHKAN KEDUDUKAN MEREKA KEPADA SEBELUM BERLAKUNYA PINDAAN PERLEMBAGAAN. AHLI AHLI MKT TIDAK SEHARUSNYA MEDIAMKAN DIRI,JADIKANLAH NAJIB SEORANG YANG BERANI.

    ReplyDelete
  22. http://nasirwise.blogspot.com/2014/06/sultan-dan-raja-boleh-berniaga-tetapi.html

    ReplyDelete
  23. Aps nak diharapkan pada Musang Hitam kecuali sebagai flamboyant no 1 negara Malaysia. Kita ajak dia ke disco lah. Jangan ajak dia buat kerja kerja untuk rakyat.

    ReplyDelete
  24. Bolehkah sesiapa ,memberitahu kenaapa interviu Tun Mahathir dengan Mole yang menyeru rakyat supaya memberhentikan sulltan dari campur dalam urusan perniagaan dan dan juga pentadbiran telah tidak disiarkan oleh akhbar akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST dan hanya disiarkan oleh The Star??????

    Barangkali pengarang pengarang akhbar ini seronok dengan lawatan Sultan Johor dengan bas istemewa keseluruh negeri Johor sehingga terlupa untuk jalankan tanggungjawab mereka kepada pembaca dan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan sebelum ini begitu beria-ria melaporkan rasa tidak puas hati rakyat berkenaan penglibatan Sultan dalam Rang Undang2 Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.
      Tetapi kali ini Utusan tak berani pulak laporkan tentang kritikan Tun M dalam interviu tersebut.
      Utusan dah kena warning ke?

      Delete
  25. PEMERHATI AMPANG25 June 2014 at 06:16

    Sdr Tan Sri,

    1. Dari satu sudut saya kagum dengan Tun M kerana beliau sahaja yang 'cakapnya masin' dan didengar.

    2. Alangkah hebatnya hamba Allah yang bernama Mahathir ini jika beliau mampu mengawal tatalaku yang tidak disukai/benci oleh segolongan orang Melayu/Islam. Tiada syak lagi Tun M adalah calun tunggal yang memiliki aura menyatukan orang Melayu jika beliau berniat berbuat demikian.

    3. Saya dapati Sdr Tan Sri mula mengurangkan membelasah pengulas yang tidak selari dengan pendapat Tan Sri....Inilah sepatutnya.

    ReplyDelete
  26. Demokrasi dalam UMNO sendiri pun sudah lupus.UMNO condong pada doktator.
    Mana ada ruang dan peluang suara ahli UMNO nak cakap.
    Sampai apa-apa salah laku pemimpin atau salah silap tidak boleh ditegur.
    Maka wujudlah barisan cium tangan,bodek,yes man ,yes woman.
    Bila yuran umno pun dihapuskan makna nya nilai keahlian sudah tidak bernilai lagi.
    Peranan media perdana pun menyempitkan pemikiran orang Melayu sendiri berbanding dengan keupayaan pemikiran orang bukan Melayu.semua.Pemimpin UMNO semua peringkat kembalilah jkepangkal jalan.Ego pemimpin UMNO kikislah cepat-cepat.
    Apa yang berlaku di Johor menggelapkan zama kehebatan UMNO itu sendiri.
    Pemimpin UMNO Johor terlebih masukkan gula dalam teh.Atau pun pemimpin UMNO Johor terlebih masukkan garam dalam makanan.
    Berpada padalah dalam apa jua keadaan.Rakyat dan semua mesti di letakkan tempat yang adil dan saksama.

    Krisis ekonomi dan politik diThailad patut dijadikan iktibar pada pemimpin UMNO semua.

    Terima kasih TS Zam.
    Salah silap pohon maaf.

    ReplyDelete
  27. Saya tak fikir ada rakyat yang percaya bila Khaled Nordin kata dia nak nasihat Sultan. Saya fikir ini joke of the year. Saya percaya Khaled mahu zon selesa, tak pening kepala. Tapi yang saya hairan UMNO yang "kununnya" menjaga kepentingan rakyat tak bersuara. Dulu UMNO zaman Tun M kurangkan kuasa raja untuk kesejahteraan rakyat, UMNO sekarang jangan kata nak pinda perlembagaan mengenai kuasa raja, nak betulkan supaya ikut perlembagaan pun takut. Balik balik Tun M jugalah yang berani bersuara, yang lain terkena sindrom penakut dan masing masing jaga tembolok.

    ReplyDelete
  28. Johor mesti di selamatkan.

    Kependudukan Melayu mesti tinggi, yang pada asal nya memang begitu, demi kesinambungan politik Melayu. Sultan jika mencampuri Pentadbiran Negeri, untuk kebaikan dan memperbanyakkan harta milik Melayu secara komersial, itu yang di harapkan. Jika sebalik nya, kita balik semula zaman lampau di mana ramai individu berkepentingan, di bawah bayang Sultan, meminta itu dan ini. Junjungan yang tidak boleh di sanggah.

    DAP sedang menanti kemampuan undi cina yang kini melayu UMNO bantu tidak secara langsung melalui ketamakan pembangunan yang mengabaikan sepenuh Melayu dalam agenda 'mewah' merancak aktif kerana pusingan modal tunai melimpah ruah di taburkan taikun-taikun cina dalam dan luar.

    LKS tersenyum sengih...pembangunan seperti ini cina-cina bersatu menjadi majoriti kawasan lalu memberi undi kemenangan DAP masa akan datang...
    Setelah 40 tahun kesabaran, hanya otak licik berfikir secara strategik kini menjadikan minoriti cina mengawal secara halus... melayu juga di belenggu nafsu materialistik kemewahan dunia. Senang di beli, yang tidak di tuntut Islam menggadai maruah !

    Bijak nya Melayu itu di mana ? Hanya mengumpul harta untuk keluarga dan kroni sahaja ? Sekarang 2014. Sudah 14 tahun dalam milenia untuk menuju 2020 mencapai apa yang di hajati.

    Makin gusar apabila Malaysia tidak seperti yang di impikan...

    ReplyDelete
  29. bukan rahsia mb..suk..dato2 bandor..bos2 jcorp..ypj..DO2..kebanyakkannye perkenan sultan..mana ada nak bantah2..karang datoship kena tarik..jawatan ilang..yg brani2 mcm ali hashim kena sepak kluor..pm klu lembik lg ler hopeless..sampai bila la nak harap dr.m..dia da tua da pun..sok bila dia takde camne.

    ReplyDelete