Wednesday, 25 June 2014

KEBANYAKKAN PEMIMPIN UMNO MAHU JADI RAJA

 SYED ALI TAK FAHAM
Rekasi Ketua UMNO Bahagian Cheras terhadap tulisan saya menampakan beliau tidak dapat memahami dan menghayati  kritikan  terhadap  cara dia merayakan ulangtahun ke 20 bahagiannya (Lihat Malaysiakini):

1- Pertama tujuan saya ialah untuk menunjukan pemimpin pemimpin UMNO khususnya di bahagian Cheras  tidak menghayati inspirasi dan semangat baru rakyat sebaliknya memberikan imej Raja Bangsawan yang terpisah dari rakyat. Tidaklah heranlah kalau rakyat menolak  UMNO kiranya pemimpin pemimpin UMNO seperti in masih banyak dalam UMNO . Tulisan saya  simple dan mudah untuk  dapat difahami.

2- Saya tidak mengatakan songket yang dipakai oleh mereka pada majlis itu berharga antara RM5,000 hingga RM 30,000 tetapi biasanya pertandingan memakai songket mahal ini berlaku di Perhmipuan Agung UMNO. Semua ini diketahui oleh ahli ahli UMNO yang memperkatannya antara mereka.Ini tidak penting tetapi pameran imej kepada rakyat di majlis itu  yang menimbulkan persepsi salah.

3- Menuduh saya memakan duit masa jadi menteri meletakan   Ketua UMNO Bahagian Cheras setaraf  dengan cakap cakap "ulakayak" tepi jalan.ZAM

PERSEPSI POLITIK: PAS ADALAH PINTU SYURGA
Dari kiri berpakaian kepahlawanan Melayu Datuk Syed Ali Alhabshee, Datuk Seri Najib( dalam pakaian Melayu biasa), Datuk Zahid Hamidi dan Tengku Adnan Tengku Mansor
Saya terkejut dan kecewa apabila membaca Cuit Zaini Hassan (Utusan Malaysia 25 Jun 2014) yang mengkagumi pemimpin-pemimpin UMNO dalam pakaian kepahlawanan Melayu di majlis ulang tahun UMNO Bahagian Cheras.

Mereka bersongket mahal dari kepala hingga ke kaki, berbengkong dan bertengkolok. Menurut Zaini inilah pakaian hulubalang dan pembesar Melayu dari pelbagai negeri.

Bagi saya, apabila saya melihat gambar 'hulubalang-hulubalang Melayu' moden itu semuka penuh di Utusan Malaysia semalam, sekaligus mengingatkan saya kepada raja-raja "Bangsawan Melayu" yang saya saksikan pementasannya di kampung saya Kota Kuala Muda berpuluh tahun lalu. Saya geli hati dan ketawa bersendirian. Yang paling melucukan ialah Tengku Nan.

Saya terfikir apakah hulubalang Melayu di zaman purba yang miskin memakai songket yang mahal-mahal atau ini melambangkan zaman kemampuan rakyat biasa Melayu menjadi feudal menerusi kekayaan.

Yang pastinya ialah pemimpin-pemimpin UMNO tidak berpijak di bumi nyata, tidak menghayati inspirasi generasi baru dari rakyat biasa yang kebanyakkan hidup simple walaupun dari kalangan profesional kecuali segelintir anak golongan orang kaya baru Melayu menerusi politik atau birokrat.

Sekarang harga songket yang dipakai oleh pembesar-pembesar negara termasuk pemimpin-pemimpin UMNO dari serendahnya RM5,000 hingga RM30,000 kecuali yang dipakai oleh rakyat biasa songket berharga beratus ringgit dan yang termurah songket tiruan dari Pakistan. Tentunya mereka berasa telah memberikan bantuan kepada  industri songket negara termasuk seorang saudara saya pereka dan pembuat songket mahal yang terkemuka.

Dengan berpakaian "raja bangsawan" ini, UMNO memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, UMNO semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan UMNO sebagai parti rakyat. Pemimpin-pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan y sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burong nuri.

Bila sahaja kerajaan PAP Singapura ditubuh, semua anggota parlimennya termasuk perdana menterinya membangunkan persepsi mereka adalah datang dari rakyat biasa, mewakili perasaan rakyat dengan berpakaian sebagai rakyat biasa, beruniform Parlimen seluar putih baju putih walaupun sebenarnya mereka dari golongan elit, kalangan profesional dan berkelayakan tinggi.

Dalam politik, membangun dan menanam persepsi amat penting dan lebih mudah mempengaruhi rakyat dari  angka dan fakta. Anwar Ibrahim berjaya  membangunkan persepsi bahawa dia seorang pejuang Islam . Kepercayaan ini di kalangan orang Islam  sukar untuk dikikis hingga kini sekalipun dia melakukan dosa-dosa besar.

Pas membangunkan imej agama sehingga Pas diangggap sebagai pintu syurga. Orang tidak berilmu yang popular dengan kepakaran memaki hamun, fitnah, pembohong, pelawak, pengkafir dan  tukang karut pun dianggap sebagai ustaz dan ulama bila masuk Pas. Nak basuh dosa masuk Pas. Inilah kejayaan persepsi.

Apabila Zaini sendiri melihat pemimpin-pemimpin UMNO dalam pakaian raja bangsawan sebagai suatu kebenaran dan keagungan maka saya amat bimbang terhadap masa depan UMNO. Walaupun ini hanya sebagai suatu pementasan tetapi adalah suatu penghayatan yang tidak sihat yang menimbulkan persepsi umum, pemimpin-pemimpin UMNO mahu jadi raja dan bukannya mahu  hidup sebagai rakyat biasa.

UMNO BAHAGIAN CHERAS TELAH MEMPAMIRKAN HASRAT INI.

32 comments:

  1. Mungkin inilah kesedaran mereka untuk menunjukkan UMNO dah balik kepada perjuangan asal, Melayu.

    Jalan untuk UMNO kembali di hati setiap Melayu sebenarnya terbentang luas di depan mata..tak perlu tercari-cari tetapi malangnya mereka sudah hilang hidayah, petunjuk sehingga teraba-raba, terkeliru untuk memahami apa yang Melayu dan Islam mahu..maka terkeluarlah pelbagai idea "kulit" dan klon macam ni.

    Berterus terang sahajalah, kebengongan macam ini sebenarnya atas hasil apa yang mereka makan datangnya bukan dari hak mereka.

    ReplyDelete
  2. Man Toyo Masjid Damansara.25 June 2014 at 14:47

    Bilamahu jadi raja,motocar mesti jenama agung,rumah mesti besar,pakaian mesti mahal,tak cukup duit rasuah,minta projek,jual projek dan macam macam lagi.

    ReplyDelete
  3. Sewajarnya sempena 20 tahun UMNO bahagian Cheras,tunjukanlah sesuatu yang dapat dihayati bahawa UMNO telah kembali kepada rakyat.Inilah akibatnya bila pemimpin sekadarkan boleh berlakon dan bercakap tgetapi dalam kehidupan harian tidak bersama rakyat .

    Wajar UMNO Bhg Cheras menganjurkan pertandingan ratu fesyen isteri menteri menteri dan isteri Perdana Menteri menjadi sebagai juri. Barulah rakyat dapat menghayati kehidupan sederhana.

    ReplyDelete
  4. Tan Seri,
    Asalnya persepsi, kemudian menjadi kepercayaan. Inilah yang hampir melumpuhkan UMNO pada PRU 12 dan 13. Inilah yang mendorong saya beberapa kali menulis peri perlunya pemimpin kita dengan segera menjawab tohmahan yang jadi alat menyubur persepsi. Pemimpin kita bertangguh . Saya mahu pemimpin kita mengemukakan saman bagi menutup fitnah, pemimpin kita amat ' budiman '.

    ReplyDelete
  5. Laksamana Hang Tuah pernah di riwayatkan hanya membawa bekal makanan 7 biji bertih saja.

    ReplyDelete
  6. Putera Gunung Jerai25 June 2014 at 21:06

    Sebenarnya dalam UMNO sudah wujud kasta kasta.

    1.kasta umno bangsawan.
    2.kasta umno Vip
    3.kasta umno pertengahan.
    4.kasta umno kapcai dibawah.

    Yang selalu terbiar ialah kasta umno kapcai.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya jadi raja LAWAK macam pelawak2 diatas itu.

    ReplyDelete
  8. Tunku Baba Samy25 June 2014 at 22:31

    Sdr Tan Sri Zam: Saudara sendiri tanpa sedar atau sedar telah termasuk dalam sistem feudal negara yang mengadakan kasta antara rakyat. Terserahlah samaada saudara mahu hidup sebagai orang besar-besar atau rakyat biasa tetapi kebanyakannya mahu masuk dalam sistem ini,mahu jadi Tan Sri,Datuk Seri,Datuk dan sebagainya.

    Kita telah menerima sisem ini dari sejak merdeka,kita terima sistem beraja. Hiduplah dengan sistem ini dan sistem ini semakin robek kerana negara menyaksikan ketidak adilan dalam memileh rakyat untuk masuk dalam sistem ini.

    Maka itu ada rakyat biasa yang mengangkat diri menjadi raja,berpakaian kuning dan sebagainya. Syed Ali pun mahu jadi raja juga walaupun dari keturunan Arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ad an keturunan apa?

      Delete
  9. Mat Busu Jerlun25 June 2014 at 22:35

    Datuk Zaini, saya kesal kerana saudara sebagai seorang penulis radikal dan dinamik telah menjadi seorang yang konservative dan tidak dapat melihat kebenaran hanya kerana kawan.

    Tanpa sedar saudara sekarang dilihat sedang mengikut arus.

    ReplyDelete
  10. Patut Syed Ali al-Habshi pakai Dotti atau cawat.

    ReplyDelete
  11. Mmg pemimpin umno berlumba2 nk jadi raja, sedar x sedar perangai mrk diperhatikan oleh rakyat marhean n dibandingkan dgn pemimpin kaum lain mmg berbeza terutama kaum cina, rakyat tau tanpa berkecimpung dlm politik mrk pn sama mcm rakyat gak. tanpa mrk sedar rakyat meluat dgn sifat memperagakan kemewahan, pasti PRU akan dtg rakyat akan menghukum mrk....

    ReplyDelete
  12. Sesuatu yang malang apabila UMNO hilang fokus. Menang kalah kita ialah pilihanraya, keupayaan menawan pengundi bukan kehebatan dalam gelanggang sendiri.

    ReplyDelete
  13. Apa dah jadi pada Dulu Kini & selamanya. Tak ader sesiapa yg nak menyokong pembangkang tetapi perasaan meluat kelibat pemimpin parti yg tersayang membuatkan kebanyakan org merajuk dan memangkah pembangkang. Bak kata Pak Zam bila pemimpin menegur ahli Umno supaya berjiwa rakyat.. Soalan tu perlu dilontarkan semula bagaimana pula org berkata kata tu. Adakah mereka berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  14. Kadir Tanjung Tokong.26 June 2014 at 07:35

    Syed Ali menyalak mempertahankan kedaulatan Melayu sehingga gegar negara tetapi jika beliau berfikir bahawa dengan meagungkan apa juga yang melambangkan feudalisme akan membangunkan kesedaran nasionalisme maka beliau telah gagal membaca fahaman rakyat sekarang. Beliau juga telah menunjukan kepercayaan kepada apa lagi yang tidak percayai oleh rakyat. Beliau hanya menghayati pemikiran Mahathir dari mulut dan bukannya dengan hati dan jiwa raga.

    Seluruh pengundi Cheras jangan berikan undi kepada manusia yang juga mahu jadi raja,yang mahu mengagunakan rakyat untuk menjadi raja..fahamlah ini.

    ReplyDelete
  15. Tunku Indera kayangan26 June 2014 at 07:48

    Macam macam gila dalam dunia ini. Ada Arab gila nak jadi raja Melayu. Maka itu adalah lebih baik di ganti sahaja Syed Ali kepada Tunku Ali. Ghafar Baba perenah menyatakan secara sinis bahawa dia tidak mahu gelaran lain kecuali gelaran Tunku.

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat dengan tuan..... namun adakah mereka mendengar????

    ReplyDelete
  17. UMNO may RiP if leaders never change.

    ReplyDelete
  18. showing their wealth when they are said they helping the rakyat...jurang dengan rakyat marhaen dah jauh...

    ReplyDelete
  19. UMNO masih retorik.Cakap tak serupa bikin.Berjiwa rakyat.Rakyat didahulukan.Cukup cantik.Tapi kalau rezeku pemimpin UMNO sapu dulu
    Sedekah pada mata sepet.dapatlah persen.

    Yang kaya keliling kelalang menteri,MB .

    Slogan cantik.BN menaang Kedah Senang.
    Setakat hari ini yg senang keliling MB EXCO.

    Sudahlah rakyat jelik dan bersedih sangat-sangat.

    ReplyDelete
  20. http://www.malaysiakini.com/news/266846

    ReplyDelete
  21. Tan Sri, secara realitinya, Najib mesti bertegas menghapuskan semua jenis "Liability" yang sentiasa (tanpa henti) mencemarkan imeg UMNO dan secara tanpa sedar menebalkan "meluat" orang Melayu kepada pemimpin UMNO. Yang terakhir oleh UMNO Bahagian Cheras. Saya gagal menggapai rasional untuk "memasukki" tahap pemikiran "untuk" perlunya "gah" ber'Uniform" songket seumpama itu, sedangkan masih ramai ahli UMNO yang "menyembah" pokok getah seawal jam 4 pagi "menagih" rezeki yang tak ketentuan. Tan Sri, jika "liabiliti" ini berterusan, UMNO akan musnah, dan orang Melayu akan menyanyi dalam realiti dendangan "anak kecil bermain api......."

    ReplyDelete
  22. Salam Tan Sri,

    Pakaian ni benda yang remeh temeh, ini bukan fasion designer critics he he he

    ReplyDelete
  23. Memang pakaian benda yang remeh temeh. Umpamanya apabila kita mati,kita akan dikapankan dengan kain putih,tetapi mungkin dimasa akan datang ada orang Islam Melayu yang mahu dikapankan dengan pakaian di raja kerana duit dah banyak.Ha Ha Ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri kena tanya kenapa berubah nada. Ada kepentingan? Sedih pemimpin tertinggi masih tidak mendengar keluhan rakyat. Bila kalah pilihanraya baru nak tanya kenapa. Hayati maksud rakyat sekarang bijak dan boleh menilai. Tengok saja keluarga menteri buat majlis begitu mewah, mana datang duit yang berkoyan-koyan.. Puas kami memujuk hati mengatakan tidak semua pemimipin bersikap buruk tetapi semakin hari semakin menyakitkan hati. Pd mereka kalau kalah pd PR14 tidak mengapa, sebab mereka dah kaya harta tidak habis anak cucu makan tapi kami? Apa jadi kalau negara ini tidak dipimpin oleh melayu yg

      Delete
    2. Benda yg sama diulang, tetapi kesedaran tidak ada langsung. Ini bukan zaman pemimpin kita utk menayang kemewahan sedang rakyat dihimpit kesukaran. Sejarah telah menunjukkan rakyat yg tertekan akan bangun menentang. Sedarla

      Delete
  24. Tak ada salah tegur menegur, kalau betul terima saja sebagai pengajaran, kalau salah nak jawab pun jawab tak mau jawab masuk telinga kiri keluar kanan. Jgn selalu jadi 'deffensive'.

    ReplyDelete
  25. WZWH, isu pakaian bukan perkara remeh. Pemerhati politik tahu di zaman awal kebangkitannya Nik Aziz hanya memakai baju pagoda dan penganut PAS amat mengaguminya. Mereka percaya Nik Aziz zuhud . Unit Amal PAS menggilai Lim Guan Eng kerana beliau pernah makan nasi bungkus mamak bersama mereka. Barangkali kita semua sedar antara faktor mengapa Pemuda UMNO ditolak ialah kerana mereka kerap kelihatan meawah. Bagaimana seseorang tokoh itu ' dilihat' amat besar kesannya terhadap penerimaan atau penolakan khalayak kepadanya. Ini seni politik yang perlu pemimpin kita sedari.

    ReplyDelete
  26. Slm zam, setuju sgt dgn pandangan zam, ibarat terlebih sudu dari kuah. Tapi penjelasan syed ali pakaian itu adalah tajaan, jadi tak elok menghampakan pihak penaja. Apapun mereka berjaya membadutkan diri, dahlah umno cheras ni mcm tak wujud ja. Baik la pi bergabung dgn umno Bdr tun razak atau titiwangsa, membazir undi melayu kat cheras, ibarat campak garam dlm laut.

    ReplyDelete
  27. Ibrahim Legori27 June 2014 at 21:16

    Barangkali Zam tersentuh dengan imej yang ditampilkan oleh pemimpin pemimpin UMNO Bahagian Cheras dalam keadaan orang tidak senang dengan sikap seorang "Raja", Tidak wajar dalam keadaan ini ada pemimpin UMNO yang nak jadi Raja .

    Sepatutnya majlis itu menunjukan pendekatan dengan imej rakyat biasa yang melambangkan UMNO mewakili perkerja kilang,kaum perkerja,kaum nelayan dan petani.

    Apa yang ditunjulkan ialah pemimpin UMNO senantiasa memikirkan untuk menjadi orang atasan dan tidak dapat menyesoikan diri dengan cita cita baru generai baru;kesederhanaan dan mesra rakyat hanya dimulut sahaja.

    ReplyDelete
  28. Pki segak2.. hunus keris
    Cina jeling skit
    Cpt2 minta ampun maaf

    Bodoh kan Tan Sri..
    Ada pemimpin kita mcm tu
    Lg bodoh dr biawak...
    Itu pun diangkat gila..
    Dok kt kement. utama
    Mcm x der org lain
    Malaun sungguh org tu kan Tan Sri...

    ReplyDelete
  29. TS Zam UMNO ialah parti siasah bangsawan.
    Rakyat dan ahli adalah umpan cacing saje.

    ReplyDelete