Sunday, 15 June 2014

ANTARA KRONISME MAHATHIR, DAIM, ANWAR IBRAHIM DAN KRONI KAPITALISME

Dari kiri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Anwar

Ibrahim dan Tan Sri Francis Yeoh
Perbezaan nilai antara Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman dengan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir yang antaranya menyebabkan wujudnya jurang pemisahan antara kedua mereka ialah Tunku tidak percaya orang Melayu boleh berniaga seperti orang Cina dan biar orang Cina berniaga dan Melayu memerintah, tetapi Tun Dr. Mahathir percaya Melayu boleh keduanya.

Tun Dr. Mahathir percaya kepada melahirkan beberapa orang jutawan Melayu yang akan menjadi catylist kepada melahirkan ramai lagi jutawan Melayu dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin  kesal kerajaan sekarang (lihat interviu terkini beliau dengan BH) tidak memberi lagi peluang perniagaan kepada usahawan Melayu yang berjaya untuk melatih dan melahirkan entepreneurs Melayu baru.

Dalam interviu dengan BH itu Tun Daim berkata Anwar telah mengajar orang Melayu untuk menjadi kaya dengan mudah dengan memberikan mereka saham dan menjual saham tanpa  menjalankan perniagaan.


Melayu ingin tahu apakah syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Daim dalam negara yang memberikan perkerjaan kepada anak Melayu dari kalangan profesional hingga kepada pekerja biasa seperti syarikat Proton (kerajaan) yang melatih anak Melayu dari atas ke bawah? Atau syarikat yang dikuasainya terus dikendalikan oleh bukan Melayu? atau banyak kepentingan di luar negara?

Orang lebih kenal Daim sebagai hartawan dan jutawan Melayu dari mengenali syarikat-syarikat besarnya dalam negara yang memberikan ramai perkerjaan kepada anak tempatan terutama orang Melayu atau memberi peluang kepada anak Melayu untuk menggantikan atau mengambil tempat pekerja bukan Melayu dalam syarikat yang dikuasainya ?.Barangkali AirAsia lebih ke hadapan dalam hal ini.

Maka itu kita bertanya apakah dasar melahirkan kalangan perniagaan dan jutawan Melayu berjaya dalam masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir dan Daim sebagai Menteri Kewangan atau apa yang berlaku ialah beberapa jutawan Melayu yang lahir di atas ceper mas melahirkan jutawan dari isteri yang diceraikan sebagai bayaran tuntutan nafkah di samping kekayaan yang melimpah bagi diri sendiri. Matlamat menjadi jutawan!

Di samping itu terdapat jutawan Melayu yang menjalankan syarikat penerbangan sudah mempunyai kapal terbang sendiri (private jet) atas keuntongan yang dibiayai oleh kerajaan dan dengan cara mudah termasuk menjual nasi lemak sebungkus dua ratus ringgit dari syarikat catering sendiri kepada syarikat penerbangan.

Saya masih ingat seorang wartawan NST menulis berbangga melihat anak Melayu parkir private jetnya di lapangan terbang Amsterdam. Padanya inilah kejayaan Melayu.

Dalam masa kebangkitan jutawan-jutawan ceper mas berbagai lagi cerita menarik menjadi bualan umum ketika itu. Muncul taikoon kapal Melayu sebagai Mr. MOU dan kemudiannya diketahui sebagai penipu Melayu antarabangsa. Dia mendapat keyakinan dari kerajaan dan negara luar kerana sering tampil bersama menteri penting. Entah di mana dia sekarang?

Isteri salah seorang dari jutawan kilat, hilang barang kemas di London bernilai beratus ribu ringgit sehingga menjadi berita dunia.

Ahli-ahli UMNO marah kerana mereka yang tidak ada kena mengena dengan UMNO mendapat rahmat yang begitu besar kerana ada cable dengan "menteri" yang menganggap orang berkelayakan sekalipun tanpa pengalaman boleh berniaga .

Anwar Ibrahim menghayati  perasaan di akar umbi di dalam dan di luar UMNO.  Bila jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri beliau keluar dari Islamist dan bertindak sebagai Robin Hood dan juga sebagai Marxist. Mengambil saham orang kaya dan memberikannya kepada orang tidak mampu beli saham, memberikan gaji kepada ketua-ketua bahagian UMNO. Popularitinya memuncak menguasai UMNO seluruhnya.

Tun Dr. Mahathir mendedahkan senarai semua penerima saham dari kroni Anwar termasuk para penulis, sasterwan, wartawan, menteri dan juga ketua-ketua UMNO dan lain-lain orang yang tidak pernah mimpi dapat saham asalkan mereka orangnya. Ada yang dapat banyak, ada dapat sedikit berbanding dengan beberapa kerat kroni Daim.

Kata Aidid pemimpin besar PKI (Parti Komunis Indonesia)" Mengambil harta orang kaya, bukan mencuri, tetapi mengambil hak kita." Ada juga antara kroni Anwar yang kaya dan membuka pernigaan setelah mendapat modal dari jualan saham,menambah harta,membeli harta di luar dan hidup di luar negara.

Sebaliknya kroni-kroni Tun Daim dan Tun Dr. Mahathir yang dalam keadaan tersepit dan runcing terpaksa diselamatkan sehingga saham yang berharga tiga puluh sen menjadi lapan ringgit, projek-projek diadakan atau dibantu. Kroni kerajaan dari kalangan orang Cina dan India terus berjaya, menambah kekayaan dan termasuk dalam senarai orang terkaya di dunia. Seorang masuk penjara kerana menipu tetapi bebas masuk keluar penjara. Namanya Abdullah NG.

Dalam pada itu anak Melayu yang naik dari bawah, mengalami pahit maung dalam perniagaan yang mendapat pertolongan Tun Dr. Mahathir telah berjaya mengekal dan mengembangkan perniagaan seperti Syed Mokhtar, Sapura, Raman Brothers dan beberapa orang lagi. Tun Dr. Mahathir membantu mereka kerana mengetahui latar belakang mereka.

Ada seorang dua yang berjaya menubuhkan Yayasan untuk membantu Melayu atau mendirikan banyak masjid untuk imbangi dosa tetapi lebih banyak yang mengumpul wang dan harta di atas kebengkarapan syarikat biayaan kerajaan. Kerana matlamat adalah menjadi jutawan dengan apa cara sekalipun dan bukan sekadar menjadi ahli perniagaan atau usahawan. Perlu memenuhi quota jutawan Melayu.

Wang yang dapat dengan mudah tidak sayang untuk dihabiskan sebagai  flamboyantgirl friends bertukar ganti, hidup macam raja-raja, ada yang terus menetap di luar negara.

Bila Perdana Menteri Najib memberikan Brim, mereka mengkritik kerana ia adalah ibarat memberikan ikan dan bukan beri pancing tetapi mereka sendri lupa diri.Mereka  menjadi jutawan dengan wang pemberian diatas ceper mas.

Bila seorang Cina menuntut dihapuskan Kroni Kapitalisme, maka orang Melayu melompat marah tetapi ada orang Melayu yang menjadi kaya raya dengan menjadi kroni, setelah gagal dalam perniagaan, tidak mahu bayar hutang kerajaan sebaliknya mengambil tindakan mahkamah, menuntut bayaran beratus juta ringgit dari kerajaan kerana mereka mendakwa telah berbudi pada kerajaan.

Dari interview Tun Daim dengan Berita Harian dan juga kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ternyata mereka kecewa dengan kegagalan kerajaan untuk menjayakan orang Melayu dalam bidang usahawan dan perniagaan.

Maka itu dalam hal ini mungkin Tunku Abdul Rahman benar dan cara yang paling betul untuk mengkayakan orang Melayu adalah dengan cara Anwar mengambil harta orang kaya dan memberikan kepada orang Melayu dengan berselindung di sebalik saham. (cara ASB lebih beradab)

Ini juga sejalan dengan pemikiran Marxist James Putucheary yang banyak memberikan buah fikiran kepada penyusunan  Dasar Ekonomi Baru dibawah pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak yang diakui sendiri oleh Tun Ismail (Allahyarham) dalam bukunya The Reluctant Poltician(pg 216).

Kesilapan Anwar adalah oleh kerana dia mahu naik dari pintu belakang yang menurut kepercayaan orang tua-tua akan membawa sial seumur hidup. Maka itu dia tersungkur seinci dari kuasa dan Tun Dr. Mahathir hampir lemas kerana senarai penerima saham dari Anwar yang didedahkannya adalah akar umbi Anwar yang masih ada dalam UMNO dan juga di luar UMNO dan bukan seorang dua jutawan Melayu yang melahirkan bekas isteri sebagai jutawan.

15 comments:

  1. Meminjam gelaran sdr 'ROBIN HOOD' dan teringat Mat Sabu dlm ceramahnya di Tanah Liat Bkt Mertajam kata Robin Hood ini telah gunakan kedudukannya utk merampas wang rakyat utk disedekahkan kpd kaum kerabatnya, Mat Sabu kata lagi....kalau tak percaya pi check akaun adik dia Marzuki Ibrahim yg hanya dapat grade 3 dlm MCE dah ada berjuta juta dlm akaunnya.

    ReplyDelete
  2. Barangkali ramai Melayu yang fronting syarikat Daim,maka itu kita tidak kenal syarikatnya atau dia banyak menjalankan perniagaan di luar atau dia lebih mementingkan keselamatan perniagaannnya dengan memiliki bank di luar negara tetapi apakah faedah kepada bangsanya selain kepada dirinya sendiri. Sama sahaja macam orang cina kaya atau ini memang culture semua orang kaya.

    ReplyDelete
  3. Darwis Balingan.15 June 2014 at 18:25

    Daim tidak telus supaya orang tidak nampak dia.Dia nak imej yang baik sahaja tetapi orang yang tahu,tahulah.Saya tidak percaya bahawa dia seorang nasionalis sebenarnya. Dari seorang sosialis menjadi bapa kapitalis.Inilah kroni kapitalis.

    ReplyDelete
  4. Bagus mana jadi kroni kalau tak reti berniaga akan jatuh tersembab juga. Disini dipanggil kronisma. Kalau politically correct dipanggil networking. Di Amerika dipanggil lobbyist...

    ReplyDelete
  5. PEMERHATI AMPANG15 June 2014 at 20:09

    Tan Sri,

    Izinkan saya mengaitkan tulisan Tan Sri seperti berikut:

    YAB PM Mohd Najib adalah di antara Robin Hood jadian yang licik dan sangat berjaya. Beliau telah mengagihkan TUNAI kepada bangsanya ( kerana bangsanya kelompok teramai dalam perkhidmatan awam) dengan cara menaikkan gaji pegawai/kakitangan perkhidmatan awam. Jangan ambil peduli akan tujuan lain beliau (jika ada) berbuat demikian.

    2. Robin Hood jadian ala-Mahathir, Anwar dan yang lain-lain semuanya tidak berjaya - gagal!

    ReplyDelete
  6. Ariffin Taman Melawati15 June 2014 at 20:24

    Semasa Tun Mahathir dan Daim kakitangan kerajaan telah dikurangkan kerana membazirkan negara. Baki yang ada membuat kerja bersungguh untuk rakyat dan rakyat merasa kesannya dan membalas bujdi dengan mengundi BN tetapi Najib menambah penjawat awam,menamab gaji mereka sehingga tidak ada kerja nak dibuat dan tidak buat kerja sewajarnya ,dibelaknmg mengutuk kerajaan ,cemburu pada pegawai GLC kerana gaji berlipatganda dari mereka dan banyak membuang masa di kedai kopi,tiada pengawasan dan tiada ketegasan dari atasan kerana takut tak dapat undi mereka tetapi mereka tidak mengenang budi. Saya tidak percaya kepada penegasan KSN bahawa perkhidmatan penjawat awam bertmbah cekap.

    Pegawai tinggi kerajaan yang bersara sudah kayaraya diberi lagi tugas tugas besar,,yang lemah pun diberi jadi duta. Rakyat tidak merasa perkhidmatan kerajaan bertambah baik.Imej kerajaan bertambah buruk. Harta harta kerajaan tidak terjaga,padang awam rosak disana sini,tidak diawasi oleh pegawai atau ketua yang tak buat kerja. Inilah hakikatnya dan pegawai kerajaan akan balas budi najib dengan undi pembangkang kerana harap dapat gaji lebih besar.

    ReplyDelete
  7. 'Behind every great fortune there is a crime'
    - Honore de Balzac

    ReplyDelete
  8. It is a nice feeling making millions of money but you created a legacy by doing something which change millions of lives.

    ReplyDelete
  9. MAN BANUN SG PETANI.17 June 2014 at 20:19

    Setelah membaca tulisan ini.saya ingin mempersoalkan apakah Tun Daim seorang nasionalis atau seorang bapa kapitalis yang kebih mementingkan keuntungan diri dari kepentingan orang Melayu.Jika negara tercabar mereka telah menyediakan tempat untuk lari,ada rumah di London,Amerika,Africa dan lain lain.

    Tapi rakyat miskin seperti kita nak lari ke mana?

    Ada kalannya sandiwara dan pengucapan sesaorang pemimpin itu menutop diri mereka yang sebenar. Rakyat adalah menjadi alat dan mangsa penipuan telatah mereka.

    ReplyDelete
  10. We have to go back to sosialism and not chauvanist sosialism like DAP.People should educate to be human and not to be jutawan yang banyak dah jadi tak ketahuan,tipu kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Pemikiran bangsa melayu itu sendiri perlu berubah. Memandang ke hadapan demi masa depan. Lihat saja apa yang berlaku. Orang orang melayu seakan menjadi pendatang di tanah sendiri. Kita perlu sedar sebelum terlambat. Lihat saja orang cina. Mereka menguasai ekomi Malaysia. Tidak mustahil mereka juga bercita cita untuk menjadi pemerintah di tanah melayu. Berkata tentang perniagaan, cuba perhati di setiap tempat. Bangsa India juga kini sedar dan sedang membina empayat mereka dalam perniagaan. Kesatuan dan kesedaran melayu perlu ada.

    ReplyDelete
  12. Tun Tija. Seberang Perak.18 June 2014 at 13:05

    Posting zam ini seharusnya membuka mata bahawa walaupun Tun Daim telah menyelamatkan negara dari dua krisis ekonomi tetapi rakyat tidak seharusnya menutop mata terhadap kecekapannya menggunakan kedudukannya untuk membolot kekayaan negara untuk membina kekayaan diri di dalam dan di luar negara.
    Lihatlah cerita interviiunya dengan BH,kawannnya adalah Sultan Brunei. Dia bukan Daim Sosialis dan Nasional seperti tergambar pada the way he dress, dan juga bukan dari masjid masjid yang didirikannnya.

    Adakah dia akan dapat mengumpul kekayaan menggunung ini tanpa menjadi menteri dalam kerajaan?

    ReplyDelete
  13. Kita rakyat akan terus tertipu dengan para pemimpin kerana mereka adalah pelakon yang mau meyakinkan kita dan kita terpesona kerana kita juga melihat cara kehidupan mereka sebagai suatu kebenaran,mengkagumi kereta mewah,pakaian malah,majlis perkahwinan mereka.

    Lihatlah betapa perkahwinan anak anak pemimpin pemimpin kita,pakaian pengantin mereka ,malah artis artis ditunjolkan dengan pakaian dan barang kemas berjuta.

    Kepada rakyat biasa ini adalah suatu yang dikagumi dan kerana itu mereka tidak faham apabila pemimpin bercakap tentang kesederhanaan hidup,ada isteri menteri yang bertukar baju pagi petang siang malam lebih dari ratu fesen.
    Rakyat tidak melihatnya sebagai suatu kesilapan.Mereka dengar cerita raja berniaga,isteri menteri kaya raya maka itu adalah contoh yang baik bagi mereka kerana mereka telah diajar untuk menjadi jutawan.

    Tidakkah kita semuanya telah tertipu dan tersesat?
    Ayuh mari kita jadi jutawan macam Tun Daim dan kemudian kita bercakap tentang rakyat yang gagal dan masih mahu bertongkat.

    ReplyDelete
  14. Ape2 pn kita ditipu mrk dgn alasan demi rakyat n berkhidmat utk rakyat , mmg mrk ade tolong rakyat, dlm RM1 duit negara mrk ambil 20sen yg baki rakyat kongsi ramai2.... kira pya kira rakyat dpt lh segengam nasi putih tanpa lauk..... mrk sepinggan nasi beriani gam...... itulh pemimpin kita...

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya aku jelous dg kayaan yg diperolehi org melayu cara demikian tapi aku tidak ada upaya mendapatkan. Aku serah pd Allah swt jika jln yg diperoleh cara ta halal mka balas la pd keturunsnya

    ReplyDelete