Thursday, 24 April 2014

TONTONLAH SANDIWARA JPJ YANG SANGAT MENARIK INI


KENYATAAN KETUA PENGARAH JPJ YANG TELANJANGKAN SEGALANYA.

KOMEN:
Berasaskan kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad  ( Utusan Malaysia  25 April) berhubung dengan penyebaran video yang memalukan: Tok Guru Abdullah Samad Genting Tumpat Kena Saman, maka orang awam dapat membuat penghakiman betapa longgarnya displin dalam JPJ yang telah memungkinkan  segala penyalahgunaan kuasa berlaku.

Kata Ismail  sebenarnya pegawai JPJ yang terbabit tidak mempunyai niat untuk memburukan atau menjatukan maruah Tok Guru namun video tersebut hanya dimuat naik menerusi WhatsApp dalam kalangan pegawai  telah terlepas keluar dan disebarkan oleh pihak ketiga.

Saya ingin bertanya kepada Datuk Seri Ismail : Apakah ethical  video yang berupa kes untuk tindakan   disebarkan di kalangan  pegawai ? Adakah pegawai pegawai Datuk memahami moral obligation.? Adakah ini sikap bermaaf-maafan yang wujud dalam JPJ selama ini? Tidaklahlah heran kalau pegawai pegawai JPJ tidak berdisplin dan rasuah berleluasan dalam JPJ jika adanya cara berfikir ketua pengarah sebegini.

Adakah pegawai yang tidak berniat jahat  itu terlalu bahlol untuk memikirkan tentang siaran dalam WhatApp kepada rakan boleh diangkat muat  oleh pihak lain? Inikah taraf berfikir pegawai pegawai kerajaan kita?- Lukman Halim. 

TONTONLAH SANDIWARA JPJ INI:
Bila baru  baru ini berlaku kemalangan bas berturut  turut yang meragut nyawa tiap hari ,maka JPJ  tiba tiba menunjukan keupayaannya yang tersembunyi, mengeluarkan taringnya yang tajam, melakukan  pemereksaan mengejut keatas bas bas penumpang,mengadakan pegawai  penyamar diatas bas, ujian dadah keatas pemandu ,menghentikan khidmat bas dua tingkat( permitnya telah dikeluarkan  dengan sewenang- wenang), memantau exploitasi  terhadap pemandu bas, memantau  dari dekat bas melampaui had laju dan sebagainya. Tiba tiba JPJ  boleh buat segala-galanya.

Kenaapa ini semua tidak dilakukan dengan inisiatif  sendiri dari JPJ ,kenapa menunggu sehingga telah jelas kepada rakyat  tangan tangan pegawai JPJ berdarah dengan  malapetaka jalan raya ?Kenapa harus menunggu pemikiran dan cadangan dari orang lain sedangkan semua tindakan yang dipertontonkan kepada ramai itu  memang boleh dilakukan  dengan mudah oleh JPJ sendiri?

Mesyuarat berbagai pihak untuk merangka tindakan dan syor  oleh  jawatankuasa jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengatasi kemalangan  bagi tindakan JPJ  adalah sebenarnya memberi peluang lebih masa (overtimes) kepada pegawai pegawai JPJ untuk tidak menjalankan tugas,untuk  berkerja sambil lewa sambil  terus menerima rasuah.

Tidakah  tindakan  keras dan tegas yang sedang diambil sekarang hanyalah bersifat sandiwara untuk mengabui mata orang ramai?

Janganlah kerana sekarang banyak syarikat bas dimiliki oleh orang Melayu, maka alasan "keistimewaan" digunakan untuk mengizinkan kemesraan dan saling bermaafan antara JPJ dengan syarikat syarikat ini. Nyawa penumpang tidak boleh digadaikan dengan hak istimewa Melayu  apatah lagi jika pengusaha bas itu adalah  orang  parti parti  kerajaan.

Saya lebih yakin tindakan tindakan  JPJ  sekarang ini hanya sekadarkan untuk meredakan kemarahan orang ramai. Tindakan  tindakan ini hanya bersifat hangat hangat tahi ayam?  Semua tindakan yang diambil sekarang hanya untuk melepaskan batuk ditangga,semuanya  akan  dihentikan dengan alasan  menimbulkan kemarahan  orang ramai kerana perkhidmatan bas terpaksa dikurangkan kerana kekurangan tenaga,akan terpaksa dihentikan dahulu atas permintaan syarikat syarikat bas yang menghadapi masalah untuk mendapat pengganti bagi pemandu penagih dadah atau  masalah masalah yang timbul berikutan dengan tindakan dan JPJ pula tidak dapat menjalankan tindakan dengan konsisten kerana kekurangan kakitangan.

Bersedialah kita seluruh rakyat untuk  mendengar semua alasan karut marut ini  disamping melihat lakonan JPJ ini.

Bagi saya apapun sandiwara JPJ, SPRM mesti menyelongkar dari pucuk keakar  umbi khazanah rasuah dalam JPJ.Seolah olah ada keistimewaan yang diberikan kepada JPJ sehingga amat jarang pegawai pegawai jabatan ini ditangkap atau dihadapkan di mahakmah atas tuduhan rasuah pada hal orang ramai yang berintraksi  dengan mereka dari atas  sampai kebawah tahu bahawa inilah lubuk rasuah.

Wabak JPJ merebak ke  Puspakom  dan berlaku dengan lebih dahsyat lagi dan sekarang ada SPD( Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat).Apakah Pengerusinya Syed Hamid Albar dapat menjamin wabak ini tidak akan berjangkit?

38 comments:

  1. Zam, saya setuju dengan pandangan saudara CB dalam komen beliau di posting sebelum ini bahawa 1.4 juta kaki tangan awam adalah cukup ramai dan lebih dari mencukupi untuk berkhidmat dengan 28 juta rakyat Malaysia. Yang menjadi persoalannya ialah mereka ini bukan untuk berkhidmat bagi kesejahteraan rakyat tetapi untuk menjadi pengundi dan penerusan hayat hidup Najib dan BN/UMNO. Sekiranya ada tindakan diambil ianya hanya tindakan terpilih apabila `perbuatan` segelintir para pegawai ini terlalu ketara ataupun didapati menyokong pembangkang PR.

    ZAM bolih menjerit sekuat hati tentang rasuah para pegawai ini and nothing will happen sehingga kami rakyat menukar kerajaan di peti undi. Walau pun begitu there is no guarantee that the new PR government will be better but there is no harm in changing and keep on changing every 5 years until we get the correct government to serve the rakyat.

    Pilihan raya 14 nanti saya, rakan rakan saya yang selama ini mempertahankan UMNO demi survival bangsa Melayu tidak akan berbuat demikian lagi. Kami akan sentiasa mencuba kerajaan yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu garapan yg salah. Kalau pegawai lerajaan adalh utk kelangsungan kerajaan bn, itu salah! Pegawai kerajaan adalh penentang kps kerajaan pd hari ini. Ada yg teranf dan ada yg sembunyi...buatlah kajian.kaau toada sabotaj ini, kerajaan najib lg selesa. Your acusation is totally unfounded!

      Delete
  2. Budaya 'kow-team' memang sangat bermaharajalela di dalam jentera kerajaan sekarang. Kita semua tahu berapa ramai tokong penyeludup pekerja asing, tokong penyeludup kretek-kretek rokok, tonto-tonto yang menjaga tauke-tauke lori pasir, karaoke-karaoke, rumah-rumah urut, DVD, ah long-ah long, yang mengakibatkan berbilion ringgit cukai tidak dikutip oleh kerajaan, keselematan rakyat tempatan diancam dan perniagaan-perniagaan haram dilakukan terang-terangan.

    Malaysia sebenarnya sudah mencapai taraf 'negara-tandas' atau 'toilet-state'. Umno itu sendiri adalah parti yang terang-terangan mengamalkan budaya rasuah. Sudah tentunya budaya ini diterapkan di dalam kerajaan yang dikuasainya. Budaya rasuah di Malaysia bolehlah diibaratkan seperti kanser tahap-4 dimana ianya tidak boleh lagi dirawat dan kita hanya perlu menunggu kerajaan Umno ini tumbang dan mati dengan sendirinya. Sesiapa yang bertuah dapat membentuk kerajaan baru perlu membuat pembersihan di peringkat akar umbi dengan kabinet baru, pegawai-pegawai kerajaan baru, pengurusan syarikat-syarikat GLC yang baru dan polisi-polisi baru.

    ReplyDelete
  3. Pengawai dan penguasa Kerajaan yang Melayu rata-rata cuma jijik kepada babi.

    Rasuah diterima sebab dikira rezeki.

    ReplyDelete
  4. TS Zam
    Semua ini kerana ada rasuah bulanan yang tetap.Keduanya rasuah jalanan yang disiap sedia dalam poket pemandu.
    Urusan penguatkuasaan JPJ hanyalah sandiwara untuk mengabui rakyat.
    Setiap gerakan penguatkuasaan JPJ semuanya dibocorkan.
    Sebab itu tiada rasa hormat dan gentar dengan undang-undang.

    Lori pasir umpamanya sudah siap sedia budget bulanan untuk mereka sebagai pemudah cara.

    Rakyat nampak semua ini.

    JPJ dan KP nya patut dibubarkan sahaja.Biar semua kenderaan buat ikut suka hati.

    ReplyDelete
  5. Satu cerita menarik di terminal bas Amanjaya Ipoh. Kononnya nak tunjuk perihatin SPAD buka kaunter aduan letak kerusi dan meja disitu tapi kaunter tersebut di diami oleh keturunan jin kerana hampir 2 bulan tiada seorangpun kakitangan SPAD di situ sehinggalah kaunter itu di tutup...

    ReplyDelete
  6. penyakit ni dh lma brmaharaja lela, dlu Penguatkuasa jabtan ni abl rasuah dlmgelp skrg trngtrangn dh x x rsa malu dn tkut pda undng-undg.

    ReplyDelete
  7. Atas lebuhraya cuba perhatikan adakah bas ekspress yang mematuhi speed limit? Patut jpj atau polis trafik saman yang melebihi had laju. Apabila dibiarkan maka perbuatan curi curi akan menjadi perkara biasa Bahkan dalam bas itu sendiri pemandu pun merokok sewenang wenangnya.

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri,saya bukan nak ampu pegawai2 penguatkuasa JPJ atau nak mempertahan kedudukan mereka saya rasa bukan TS sebagai bekas Ahli Kabinet sahaja yg keliru malah ramai orang juga keliru tentang peranan/fungsi JPJ,saya ingin buat pembetulan sekadar yg saya tahu,Pertama tugas ujian dadah ialah tugas Anti Dadah Kebangsaan,ujian alkohol(pemandu mabuk) PDRM.Kedua yg mengeluarkan permit bas ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) sebelum ini oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP).Sebelum tahun 1987 JPJ yg mengeluar permit bas,lori,teksi,kereta sewa tapi bila LPKP diwujudkan pada tahun 1987 bukanlah lagi tanggungjawab JPJ.Berkenaan rasuah tidak dinafikan mungkin berlaku dikalangan pegawai2JPJ ini tugas SPRM untuk ambil tindakan saya percaya ramai dikalangan pegawai2 JPJ yg berkerja dengan jujur dan dedikasi dengan mengatakan pegawai2 JPJ semua makan rasuah itu adalah satu tuduhan tidak berasas dan fitnah.Kita jangan lupa beberapa orang pegawai JPJ maut dilanggar lori,bas dan kenderaan awam semasa mereka menjalankan tugas termasuk pegawai kanan mereka.Saya ingin mengesyorkan kpd kerajaan supaya kerja/tugas penguatkuasaan keatas kenderaan2 sama ada kenderaan perdagangan atau persendirian diletakan di bawah satu jabatan/agensi.Misalnya penguatkuasaan kenderaan perdagangan biar SPAD sahaja menguatkuasakannya,Penguatkuasaan kenderaan persendirian JPJ sahaja kuatkuasa atau pegawai2 ini (JPJ) dletak di bawah SPAD ini bermakna digabungkan pegawai JPJ dengan SPAD.JKJR pun boleh dibubarkan dan pegawai2nya di letak di bawah SPAD.Dalam keadaan sekarang PDRM keluar kompaun,JPJ dan SPAD pun keluar saman,JAS pula keluar notis asap pencemaran udara.keliru memang keliru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham kedudukan pekara ini. Tetapi ternyata JPJ sekarang sedang mengambil semua tindakan yang boleh dilakukannya di bawah kuatkuasanya yag selama ini tidak dilakukan. Jika apa yang dilakukannya
      telah dilakukan dari awal maka keadaan tidak akan menjadi teruk macam sekarang. Setelah keadaan telah amat teruk maka orang ramai yang keliru tersandar pada kenyataan bahawa banyak kuasa di bawah JPJ. Apakah selama ini JPJ tidak boleh berkerjasama Anti Dadah Kebangsaan.Atau masing masing ada pembahagiannya.

      Yang sangat jelas kepada orang ramai ialah bas express lari melebihi had laju laju . Kereta orang ramai di potong dan lori pun demikian juga. Kita tak perlu tunjukan pada PDRM dan lain lain pihak pada waktu ini. tetapi penumpuan mestilah kepada JPJ. Tidak benar sebilangan kecil pegawai JPJ yang rasuah tetapi bagi padangan orang ramai 99% perasuah di JPJ dari atas sampai kebawah.
      Tak usahlah kita ikut cara lama, bila timbulkan kesalahan suatu pihak,pihak lain pula ditunjuk.
      Jika kerajaan benar benar nak hapuskan rasuah yang melibatkan tumpukan di JPJ dahulu.Pegawai pegawai yang tidak jalankan tugas adalah juga immoral.Masa Mahathir dan Tun Daim pegawai kerajaan dikurangkan kerana banyak yang sepak kertas.

      Mana boleh seorang pegawai tinggi JPJ kata dia terkejut tengok bas lari melebihi had laju sedangkan orang ramai melihat setiap saat. Artinya mereka tidak tahu tanggungjawab mereka.

      Bagaimanapun saya setuju dengan beberapa syor saudara untuk dicoordinasikan dan diselaraskan semua jawatan yang terlibat dengan pengangkutan jalanraya supaya rasuah dapat diperkecilkan kerana pembahagiannya akan menjadi agak sulit.

      Delete
    2. Mak oooi , banyak betul fungsi dijalankan oleh banyak pihak sampai bercanggah dan bertaburan. Satu puak jaga dadah je. Satu puak keluar permit. satu puak lagi buat penguatkuasa.

      Akhirnya bas masuk gaung sebab pemadu hisap dadah , banyak saman dan tiada penguatkuasaan dan tayar botak sekali sebab Puspakom tak cek

      Delete
    3. TS Zam, tambah lagi satu agensi kerajaan ambil bahagian dalam saman menyaman sykt bas saya. Kementerian Kesihatan buat operasi sepadu dengan FAMA menyaman bas saya yang tiada stiker "Dilarang Merokok" di dalam bas baru-baru ni . Saman belum berbayar lagi.Pada masa itu bas saya membawa 6 org penumpang dari Muar ke KL. . 6 org x RM 17.60 = RM105.60. Mana nak bayar pemandu,disel,tol.pekerja dan ditambah lagi saman. Besar kah dosa sykt saya sampai kena saman. secara logic zaman sekarang, umum sudah mengetahui semua kenderaan berhawa dingin,org tak akan hisap rokok punya.Tq

      Delete
  9. Ingat Haron Hashim di zaman ACA dahulu?
    Jangan kata perasuah biasa, menteri pun ketar
    kaki bila namanya disebut!!
    Carilah orang serupa ini menerajui SPRM, negara ini
    akan menjadi lebih selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kita tentu ingat zaman Dato' Hassan Ibrahim LHDN dahulu. Betul-betul berani, tegas.dan berprinsip.

      Delete
  10. Tidaklah wajar tunjuk perasaan rakyat diadakan atas isu rasuah secara umum didataran merdeka dan menuduh pemimpin pemimpin negara bertanggunjawab tetapi sepatutnya ditujukan kepada sesuatu jabatan umpamanya jika JPJ yang paling rasuah maka mengapakah demonstrasi tidak diadakan di depan jabatan ini dengan izin polis.Rasuah pegawai pegawai kerajaan sebenarnya lebih dahsyat dari orang politik.Kurangkan pegawai kerajaan kurangkan rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa hanya penerima rasuah sahaja yang nampak kenapa pemberi tidak disabitkan sekali...cakap seolah2 semua di JPJ rasuah, cuba lihat dijalanraya bas express lori angkut tanah bermaharajalela tiada takut punya wang ade.

      Delete
  11. Tak selesai juga kalau SPRM ambil alih JPJ. Kerana dalam JPJ is how we work orang baru masuk JPJ kena ikut how we work bukan ikut SOP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dol keropok Johor25 April 2014 at 08:54

      Ha ha ha. beytu! betul! betul! akhirnya SPRM yang ikut JPJ dan bukan JPJ ikut SPRM.Maaf nak terkencinglah ketawa hal ini.Jadi saya pergi toilet dulu.

      Delete
  12. Sebenar nya sistem dan perundangan kita cukup lengkap untuk mengekang gejala bencana terjadi. Umpama nya kehakiman. Rakyat selalu gusar dan melaporkan kesalahan kepada polis. Cuma akhir cerita nya yang bersalah begitu mudah lepas bebas tanpa hukuman.

    Semua ini berpunca dari sikap. Sikap ambil lewa sehinggga nilai nyawa manusia itu tidak berharga langsung. Setiap kejadian sentiasa ada satu pihak lepas tangan. Ada yang di perdagangkan. Walhal masaalah ini perlukan tindakan bersepadu di antara semua pihak.

    Kelemahan dan dasar manusia yang tidak pernah berubah ! Berlaku kemalangan umpama ayam bertelur sebiji. Juara palsu yang semua sudah tahu implikasinya.... apa lagi jawapan nya, memang malas buat kerja.

    ReplyDelete
  13. Salam Tan Sri,ingatan saya dulu bg mengelak pemandu2 khususnya bas ekspress dan bas pelancongan memandu laju,setiap bas perlu dipasang kotak hitam bg memantau kelajuan dan diambil tindakan oleh JPJ dan PDRM.Mengenai pandu laju ini adalah di bawah kuasa PDRM kerana PDRM ada alat mengesan kelajuan JPJ tidak ada dengan sebab itu JPJ nak laksanakan AES tetapi oleh kerana kerajaan tidak tegas sistem AES itu tak dilaksanakan dan sekarang katanya AES itu akan diambilalih oleh PDRM.Saya tidak mahu berhujah dengan Tan Sri mengatakan 99% pegawai JPJ rasuah tapi kalau ini benar maka SPRM tidak buat kerja lah kot dan Tan Sri sepatutnya membantu SPRM menangani rasuah khususnya di JPJ.Saya menyokong penuh dan menyanjung tinggi keperihatinan Tan Sri dalam membasmi rasuah.Saya dapat tahu suatu ketika dahulu setiap operasi yg dijalankan oleh JPJ akan disertai juga pegawai SPRM tetapi sekarang sama ada amalan itu masih diteruskan atau tidak?,begitu juga pegawai2 SPRM memantau di pejabat2 JPJ dalam urusan ujian memandu.Tindakan SPRM menempatkan pegawai2nya setiap hari di pejabat2 JPJ adalah amat dihargai untuk membasmi rasuah dan salahguna kuasa pegawai2 JPJ.

    ReplyDelete
  14. Toke-toke bas ,lori dan sebagainya pun kata.Mereka sikit pun tak susah hati dengan JPJ.Ada jalan boleh atur dan selasai.
    Apa mankan ini.
    Saya rasa malu sebagai penjawat awam bila toke-toke cakap macam itu.
    Ada duit semua boleh beli.JPJ pun boleh beli.
    Jaga dari atas sampai bawah.

    JPJ cuma fokus lesen mati.Road tax mati.Orang ramai mati mereka bukan peduli.Janji mereka hidup senang.Duit banyak pergi umrah tiap-tiap tahun.

    SPRM tak tahulah.Ada juga pegawai SPRM tonjol sana sini yang dia SPRM.
    JPJ oh JPJ.
    Kalau taj rasuah bukan JPJ lah kata orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Perhentian Bas Muar ada seorg tu, dia ler Tokey bas, dia ler juga tokey JPJ, dia ler juga tokey SPAD, dia ler juga tokey Majlis Muar dan dia ler juga Tokey Ulat.

      Delete
    2. Sudah pasti dia tu juga gemok.

      Delete
  15. maaf sdr zam, saya setuju dengan sebahagian besar teguran serta idea sdr. bagaimanapun saya agak ragu dengan gaya penulisan sdr kerana pada saya ia bukan tulisan saudara. terlalu banyak salah ejaan, salah tatabahasa dan kata berulang. sebagai 'otai' kewartawanan, rasanya itu bukan saudara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ini blog lah tuan. bukan surat khabar. Kalau surat khabar, setiap artikel yang ditulis oleh wartwan kena melalui banyak tapisan. Penulisan-penulisan wartwan akhbar kena melalui tapisan ketua-ketua mereka seperti editor dan chief-editor sebelum ianya di cetak dan terpampang di dada-dada akhbar. Kalau penulisan tersebut berbentuk berita, maka penulisan tersebut hendaklah melalui tapisan news editor.
      Tetapi tidak di blog. Setelah artikel habis ditulis, ianya terus di pos online tanpa melalui sebarang tapisan atau suntingan. Kalau penulis-penulis tersebut rajin untuk membaca tulisannya semula, kesilapan-kesilapan seperti yang saudara sebutkan boleh diperbetulkan, itu pun kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Saya kira Zam menulis rencana-rencana di blog ini bersendirian. Tiada mata selain mata Zam sendiri untuk menyunting rencana tersebut sebelum ke udara. Mungkin Zam terpaksa mengupah editor untuk menyunting tulisan-tulisan beliau.

      Delete
    2. Usin bro. Ini Blog writing lah bro. Sedikit banyak kesilapan pasti berlaku. Cuba masuk satu lagi blog otai kewartawanan nama A KADIR JASIN dan bro akan dapati berlaku juga kesilapan tulisan dan ejaan. Blog doktor nama CHEDET pun kadang kadang berlaku juga walau pun telah siap di bedah dan jahit...

      Delete
    3. Terima Kasih pada saudara Maniam dan kawan kawan yang memahami kedudukan saya sebagai bloger sendirian. Saya tidak mempunyai sebarang pembantu dan tidak juga pernah meminta orang lain menulis bagi pihak saya.
      Memang saya sendiri kesilapan dan kelemehan saya dalam ejaan kerana selama lebih 10 tahun menjadi Ketua Pengarang saya lebih bergantung kepada proof reader dan semuanya dibetulkan oleh mereka.

      Saya kira siapa yang dapat membaca dan memahami maksud saya dengan jelas dalam bahasa yang tidak berbunga dan tindak indah, maka saya sudah mencapai matlamat saya. Terima Kasih.

      Delete
    4. Lagi kesilapan berlaku dalam jawapan saya. Sepatutnya dibaca saya sendiri sedar kesilapan dan kelemahan saya. zam

      Delete
  16. Awas TS Zam.JPJ akan balas dendam pada you nanti.Mereka check dari luar sampai dalam.Habis mereka korek .Susah dikerja JPJ.

    ReplyDelete
  17. Salam ,

    Tuan tau ke SPAD ada buat undang-undang untuk semua bas express di pasang alat pemantau GPS . Yang saya heran kenapa hanya satu vendor saja dibenarkan pasang alat ini ? Kenapa MPOB boleh buka peluang kepada ramai vendor tapi Ada monopoli di SPAD ? Kalau pun sudah pasang kenapa tak Boleh detect Kelajuan ?

    ReplyDelete
  18. Ini semua POYO....

    Ada kes kecoh seMalaya lepas tu diam........

    ReplyDelete
  19. Saya cukup takut untuk naik bas express sebagai perhidmatan awam.Saya kira memang tak selamat.Ternya terbukti sejak kebelakangan ini.Disiplin pemandu bas memang cukup bahaya sekali.Nyawa kita ditangan mereka.
    Suatu masa saya pernah naik bas exprees ternama.Pemandu bas tersebut bawa bekal air daun ketum sebagai minuman.Melihat keadaan begitu terus saya batal hasrat naik bas tersebut.Aduab pun saya buat.Saya pula kena marah dikaunter bas ternama itu.Aduan pada JPJ pun kena perli.Disuruh buat aduan pada Polis.
    Akihirnya kecewa sistem dinegara kita.Sebab itu kemalangan banyak berlaku.
    Tapi kalau agen bas datang maka dilayan macam menteri kerana ada habuan.
    Puncanya tidak lain tidak bukan kerana rasuah.B
    DiMalaysia makin tinggi jawatan makin banyak amalan rasuah.

    Cepat-cepatlah sikit supaya keretapi letrik cepat operasi.Saya amat takut dan fobia bila naik bas exprees.Teringat pemandu bawa bekal air daun ketum.

    JPJ jangan pandang rasuah sahaja.Ingatlah pada tanggung jawab.Kalau tak rasuah tentu kemalangan tak begini teruk.

    ReplyDelete
  20. Trojan Bt Selambau26 April 2014 at 13:07

    Pelik tetapi benar.Sepatutnya lori yang bawa pasir lebih muatanlah lari daripada JPJ.Sebaliknya JPJ lari daripada lori pasir bawa lebih muatan.

    ReplyDelete
  21. Bukan hujuang tahun saja pergi umrah.
    Bila pencen cuci dosa dalam masjid .

    ReplyDelete
  22. Pemandu bas ekspress harus dilatih memandu laju (110km sejam) dan mengikuti kursus pemanduan peringkat advance. Yang mendapat lesen memandu kebiasaannya pemandu yang memandu setakat 90km sejam sahaja. Mereka inilah yang selalunya bila memandu lebih 90km sejam, mudah hilang kawalan dan terjun gaung.

    ReplyDelete
  23. Darus che Mat Pendang27 April 2014 at 05:43

    Jangan lupa sesaorang pegawai yang mahu bertindak tegas juga menghadapi tekanan politik. adakalanya boss politik kata janganlah ambill tindakan kerana ini bas orang kita. Maka Ketua Pengarah atau Ketua Setiausaha pun berundur dari sifatnya yang tegas dan mengikut arus.Kuasa politik menguasai kuasa pentadbir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulan ug tidak betul...ini adalah andaian sematamata.saya alami sendiri dlm hal ini

      Delete
  24. Saya rasa pengguna bas pun kena mainkan peranan. Kalau bas bawa laju kena berani tegur pemandu bas. Malangnya yang berani tegur adalah minorti sedangkan yang majoriti senyap saje.

    Waktu menghantar anak perempuan saya naik bas untuk perjalanan jauh, hati saya sentiasa resah. Selamat ke tidak atau selamat ke kalau duduk sebelah anak saya seorang lelaki. Macam-macam yang difikirkan, nasihat saya jaga diri baik-baik kerana pengawasan ayah dah tiada lagi bila dia naik bersendirian.

    Syukur, dah lebih 3 tahun anak perempuan saya naik bas perjalanan jauh, setakat ni selamat. Dan beliau pun dah pandai memilih bas. Lazimnya beliau pilih bas yang mempunyai pemandu yang berumur sikit kerana ada rasa tanggung-jawab dan bawa dengan cermat. Silap haribulan, kalau dapat pemandu muda dan bawa laju, anak saya dengan haknya sebagai penumpang berani pulak menegur pemandu untuk membawa dengan perlahan.Setakat ni alhamdulillah, pemandu akan akur dengan permintaan itu.

    ReplyDelete